Anda di halaman 1dari 27

Nama: Liow See Yeng

No i.c: 900109-12-6090
Opsyen: Pendidikan Prasekolah
Kumpulan: pismp sem 1 2011
Nama pensyarah pembimbing:
EN. MOHD. HAIRUDIN BIN AMIN
Tarikh serahan: 28 FEBRUARI 2011
Pendahuluan
Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian
dan keunikan yang tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah
tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi

1
yang berlaku antara tamadun. Proses interaksi bermula dengan proses
pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui
proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.

Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan
insan. Ia berlaku sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan
negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga
dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana
wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan sikap saling menghormati antara sesebuah
tamadun dengan tamaudun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamaudn ini memberi
peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta
memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat
mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang
akhirnya boleh meruntuhkannya.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Kesan Positif

2
Interaksi antara Tamadun Islam, Yahudi dan Kristian semasa zaman
kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam
Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad
(saw), di Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut
agama lain telah diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan
tuntutan agama mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad
(saw), ataupun umat Islam yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-
pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah
dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam,
individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam
pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi
dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku
Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai
penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi


kesan positif kepada kedua-dua Tamadun. Agama Buddha disebarkan ke Negara
China melalui interaksi ini. Di samping itu, terdapat kemahiran-kemahiran lain yang
diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut
diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa
perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan
China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi
membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun China ke
dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dengan China berlaku secara
aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Antara interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan


kesan positif ialah proses interaksi secara aman, iaitu melalui perdagangan.
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi
ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di Negara
China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-
wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan
dan Ming telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan
penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang terhasil dariapda interaksi ini ialah

3
penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti
Islam tempatan Cina. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya
cendekiawan-cendekiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha
Zhu. Cendekiawan-cendekiawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran
etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga,
ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam
ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam
kepada masyarakat Cina. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak
mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi
oleh ajaran agama Buddha. Di samping itu, interaksi ini turut menemukan seni bina
Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China
hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah


meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini
berlaku secara aman, iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan
pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu
dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza, iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan
Negara China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa
bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi
menyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting ialah kesan yang
didapati daripada hubungan ini. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya
agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam
tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten,
Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah
pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang
berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.
Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan,
kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan, dan istilah-istilah Arab yang
digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan


kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan
kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi
membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga

4
kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam.
Di samping itu,, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang
diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan
sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku
melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara
aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik,
contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu
ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik
peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan/ Monggol (1279-1368
Masihi) yang pernah menyerang Myanmar (Kemboja) dan Jawa pada abad ke-13
Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada
hubungan antara Tamadun China-Jepun. Tamadun China telah menyumbangkan
beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting
ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari Negara China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan
dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku
tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di
Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan
Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh
Tamadun China ke Jepun. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan
tulisan Jepun, iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan Cina telah memainkan
peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun
Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut
meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya
upacara-minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah
Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran
Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah
memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala, konsep mandat dari syurga
telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal
daripada keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dan Jepun
telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun
telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

5
Kesan Negatif

Di Eropah, misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi


telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak
baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai
pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor
perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dengan Kristian


dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah
telah bertindak melancarkan beberapa siri peperangan ke atas orang-orang Islam
yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan
ramai penganut Islam dan Yahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor
perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India juga, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa


berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang
Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama
Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu
dan kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam.
Contohnya, raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan
kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna,
mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita
dapat melihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula
diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han
Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan
Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami
Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan
Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah
pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin
oleh Kao Hsien –chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah

6
mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara China.
Permusuhan antara orang Islam dengan orang Cina juga dicetuskan oleh rasa tidak
puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya, pada
abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara Negara China telah mewujudkan
permusuhan dengan orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati
oleh orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada
tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-
pemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri
dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam
tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000
hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang Islam. Kesan daripada
peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang Islam telah melarikan diri dari China
dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan
orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan
Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianisme.
Orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa
tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan
pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang Cina Islam. Rasa
tidak puas hati orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri
pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching, iaitu Pemberontakan Sinkiang
I (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Yunan
(1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi) dan
Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).

Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Antara Tamadun

Kepimpinan merupakan faktor penting yang mempengaruhi interaksi antara


tamadun. Interaksi antara tamadun dapat berlaku dalam suasana aman apabila
terdapatnya seorang pemimpin atau raja yang bersikap toleran dan adil. Sebaliknya

7
seorang pemerintah atau raja yang zalim dan tidak mempunyai sifat toleran akan
menyukarkan interaksi antara tamadun.

Dalam mengkaji interaksi antara tamadun kita menemui banyak contoh


pemimpin atau raja yang mempunyai sikap toleransi. Nabi Muhammad (saw)
contohnya ialah seorang pemimpin yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi.
Baginda tidak menyekat kegiatan agama penganut-penganut Yahudi dan Kristian
semasa pemerintahan Islam di Madinah sebaliknya hak mereka telah dilindungi
secara perundangan. Hal yang sama berlaku semasa zaman pemerintahan Khulafa
al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepasnya. Dalam orang raja daripada
kerajaan-kerajaan Islam seperti Ghaznawi, Delhi dan Moghul telah bersikap toleran
kepada penganut agama Hindu dan penganut-penganut agama lain. Malah sultan-
sultan daripada kerajaan Islam turut melantik pegawai-pegawai daripada kalangan
penganut Hindu, contohnya, semasa pemerintahan Masud dalam kerajaan
Ghaznawi, beliau telah melantik Tilak seorang jeneral beragama Hindu sebagai
pemerintah Wilayah Punjab. Kemuncak kepada sikap toleran ini ditunjukkan oleh
Akbar Agung (1556-1605 Masihi), iaitu salah seorang raja Moghul. Dasar
pemerintahan baginda tidak mendiskriminasikan antara penganut-penganut Islam
dengan penganut –penganut Hindu dan agama lain. Cita-cita baginda adalah untuk
menyatupadukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan
kebudayaan.

Bagi mewujudkan satu ikatan yang kuat dengan daerah-daerah jajahannya,


baginda telah menggalakkan perkahwinan politik antara putera-putera dan
kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu. Baginda sendiri telah mengahwini puteri
Raja Bhagwan Das. Sementara puteri Raja Marwar dikahwinkan dengan puteranya
Jahanghir. Bagi baginda, agama bukanlah pemisah antara dua kelompok
masyarakat terbesar di India, iaitu masyarakat Islam dan orang-orang Hindu. Bagi
mendapat kefahaman semua agama, baginda telah mendalami semua agama.
Akhirnya, baginda telah mewujudkan satu agama baru hasil gabungan doktrin
kesemua agama yang dipelajari oleh baginda, iaitu agama Islam, Zoroaster, Hindu,
Jain dan Kristian. Agama tersebut dikenali sebagai Din-Illahi (Kesatuan Ketuhanan)
yang diumumkan oleh baginda pada tahun 1581 Masihi. Walaupun tindakan baginda
ini dilihat sebagai kemuncak toleransi seorang pemimpin tetapi sikap ini telah
mendatangkan padah kepada baginda kerana penyatuan ajaran ini menyebabkan

8
Akbar dianggap telah merosakkan semua agama tersebut. Tindakan Akbar
mendapat bantahan daripada alim ulama Islam, sami-sami Hindu dan Buddha serta
paderi-paderi Kristian, Zoroaster dan golongan agama Majusi. Agama baru ciptaan
baginda ternyata tidak mendapat sambutan.

Dalam interaksi antara Tamadun India dengan China, raja-raja China dari
Dinasti-dinasti Wei Utara, Han dan Tang telah menyumbangkan peranan penting.
Raja-raja Wei Utara dan Tang terutamanya telah memberi peluang kepada
perkembangan agama Buddha yang datang dari India. Semasa zaman
pemerintahan Dinasti Tang, aktiviti penterjemahan kitab-kitab Buddha telah berlaku
secara aktif.

Bagi interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Jepun, peranan


putera Shotoku Taishi (593-622 Masihi) tidak dapat diremehkan. Baginda telah
berperanan mengembangkan agama Buddha, iaitu elemen penting daripada
Tamadun China yang meresap ke dalam Tamadun Jepun. Beliau ialah wali pertama
agama Buddha di Jepun.

Di samping sikap toleransi pemimpin yang menjadi penggalak kepada proses


interaksi antara tamadun terdapat juga pemimpin yang bersikap zalim dan tidak
mempunyai toleransi sehingga mewujudkan konflik di kalangan masyarakat. Dalam
interaksi antara Tamadun Islam dengan Hindu di India kita dapati beberapa orang
raja Islam seperti Sultan Shamsuddin Altamish (1211-36 Masihi), Sikunder Lodi
(1489-1517 Masihi) dan Aurangzeb (1658-1707 Masihi) yang bertindak keras
terhadap penganut-penganut Hindu. Mereka bertindak mengharamkan beberapa
upacara keagamaan Hindu, memusnahkan kuil-kuil dan patung-patung Hindu.

Manakala, dalam interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China


juga kita dapati terdapat di kalangan pemerintah China yang tidak bersikap bertolak-
ansur, contohnya Han Wu Ti semasa pemerintahan Dinasti Han yang mengamalkan
dasar memihak kepada cendekiawan-cendekiawan Konfusianisme berbanding
dengan sami-sami Buddha.

Faktor kedua yang turut mempengaruhi interaksi antara Tamadun ialah sikap
golongan agama seperti sami, paderi dan alim ulama. Lazimnya golongan ini

9
berusaha untuk mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan kepada
sifat keinsanan.

Namun demikian terdapat juga contoh-contoh yang menunjukkan bahawa


golongan agama turut mewujudkan konflik antara masyarakat yang berbeza
tamadun. Konflik ini lazimnya dikaitkan dengan perbezaan agama. Contohnya, Paus
Urban II dalam perjumpaan besar-besaran penganut Kristian di Clermont, Perancis
pada tahun 1095 Masihi telah menyeru orang Kristian agar berperang dengan orang
Islam yang dikatakan bertindak zalim ke atas penganut-penganut Kristian. Begitu
juga peranan St. Bernard dari Clairvaux dan Pope Eugene III yang memberi
sokongan moral kepada tentera Kristian agar terus mara dalam Perang Salib II.
Dalam interaksi antara Tamadun India dengan China, ahli-ahli falsafah
Konfusianisme yang berpengaruh semasa zaman pemerintahan Dinasti Han telah
menyebabkan ramai sami dan penganut agama Buddha ditangkap dan
dipenjarakan. Begitu juga semasa zaman pemerintahan Dinasti Moghul di India
pengaruh alim ulama Islam terutamanya semasa pemerintahan Aurangzeb telah
menjadi kuat. Golongan ini tidak berpuas hati dengan tindakan Akbar yang terlalu
liberal dalam hal keagamaan.

BAGAIMANA INTERAKSI ANTARA TAMADUN BERMULA?

Interaksi Antara Tamadun India dan China

10
Mengikut rekod sejarah China, interaksi Antara Tamadun China dengan India
telah berlaku kira-kira pada abad ke-2 S.M melalui hubungan perdagangan.
Hubungan ini telah dilaporkan oleh sumber-sumber China klasik. Hasil yang didapati
daripada interaksi antara kedua-dua tamaduan pada ketika itu kurang jelas.
Penyebaran agama Buddha ke Negara China pada masa pemerintahan Dinasti Han
merupakan kemuncak kepada interaksi antara Tamadun India dengan China.

Ajaran Buddha sendiri ialah penghasilan daripada Tamadun India yang


disebarkan ke dalam masyarakat Cina. Oleh sebab Buddhisme muncul dalam
kerangka budaya masyarakat India, ia telah berkongsi banyak aspek kebudayaan
dengan agama Hindu dan aspek-aspek budaya India seperti kesusasteraan,
kesenian, muzik dan sebagainya. Jalan Sutera juga telah menjadi laluan kepada
para pedagang. Hal ini terjadilah satu saluran interaksi antara tamadun India dan
China. Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan
tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan ini.

Interaksi Antara Tamadun Islam dan India

Hubungan antara orang Arab dengan India telah berlaku sejak zaman
kerajaan Ma’in dan Saba’ (1200-115 S.M.) di Arab Selatan. Hubugan awal tersebut
ialah hubungan perdagangan. Komoditi perdagangan yang dibawa oleh pedagang-
pedagang Islam termasuklah kain, pedang dan yang paling utama ialah hasil
rempah. Pada abad ke-5 Masihi, telah terdapat petempatan orang Arab di pesisir
pantai India. Agama Islam telah bertapak di India sejak abad pertama Hijrah, namun
demikian kedudukannya masih lagi lemah.

Penyebaran pengaruh Islam di India melalui pelbagai cara. Perdagangan


merupakan cara yang paling awal dan aman. Di samping itu, pengaruh Islam juga
tersebar ke India melalui peperangan. Tentera Islam telah sampai ke kawasan
pantai Sind di India sejak zaman Khalifah Umar bin al-Khattab. Angkatan Islam telah
berusaha menawan Thana pada tahun 636-37 Masihi tetapi gagal. Semasa
pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, sekali lagi tentera Islam telah menyerang
Sind, iaitu pada tahun 644 Masihi melalui jalan darat. Pemimpin tentera Islam ialah
Abdullah bin Amir. Dalam serangan tersebut, Sistan dan Makran telah berjaya
ditawan. Serangan ke atas Sind dilakukan semula pada tahun 659 Masihi di bawah

11
pimpinan al-Haris tetapi peperangan tersebut dihentikan apabila beliau meninggal
dunia di medan perang pada tahun 662 Masihi. Pada abad ke-8 Masihi, tentera
Islam telah berjaya menguasai Sind semula. Tentera Islam juga berjaya menakluki
Kabul dan Lahore di sempadan India semasa zaman Umayyah. Muhammad al-
Qaisim, iaitu pemimpin perang Islam semasa zaman pemerintahan al-Walid telah
memainkan peranan penting dalam usaha penaklukan ke atas India. Beliau telah
berjaya menakluki kawasan-kawasan penting di India seperti Debal/Dewa/Daibul
(Pelabuhan bagi Sind), Dahir, Rawar, Brahmanabad, Aror dan Multan.

Selepas Muhamad al-Qasim meninggal dunia semasa zaman pemerintahan


Khalifah Sulaiman usaha-usaha penaklukan India oleh tentera Arab-Islam telah
berhenti. Walaupun usaha-usaha penaklukan India dihentikan tetapi orang-orang
Arab yang menetap di Multan kemudiannya telah menubuhkan sebuah kerajaan
Islam. Penaklukan Islam ke atas India kemudiannya telah dilakukan oleh
pemerintah-pemerintah keturunan Turki dan Parsi-Islam.

Operasi ketenteraan tersebut telah memberi peluang kepada kemunculan


beberapa buah kerajaan Islam di India. Antara kerajaan tersebut ialah kerajaan
Ghaznawi (997-1150 Masihi), Kerajaan Ghori (1155-1206 Masihi), kesultanan Delhi
(1206-1351Masihi) dan kerajaan Moghul (1526-1857 Masihi).

Interaksi Antara Tamadun Islam dan India

Hubungan orang Arab dengan Negara China telah berlaku sejak abad ke-3
Masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan Parsi yang pertama dihantar ke
istana kerajaan Wei. Orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke Negara
China, iaitu melalui jalan sutera darat yang merentasi Khurasan, Samarqand,
Xinjiang hingga ke Peking dan juga jalan laut yang digunakan pada abad ke-5
Masihi merentasi Laut Arab ke Benua ‘Kecil India’, Kepulauan Melayu hingga ke
Canton di tenggara China. Dalam catatan-catatan China mengatakan bahawa kapal-
kapal China telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di pelabuhan Siraf pada
abad ke-5 Masihi. Menjelang abad ke-7 Masihi, ramai orang Arab yang membuat
petempatan di daerah-daerah di tenggara China seperti Kwang Cho (Canton),
Chang Chow dan Chuan Cow.

12
Hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan Negara China menjadi
semakin rancak pada abad ke-8 Masihi melalui jalan darat dan laut. Pedagang-
pedagang Arab dan Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou.
Walaupun terdapat usaha-usaha mengembangkan Islam di Negara China berlaku
pada abad ke-8, tetapi ia hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian, iaitu
dengan usaha beberapa orang tokoh Muslim tempatan Cina seperti Wang Daiyu, Ma
Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin.

Namun begitu, hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China adalah
bermasalah, contohnya pada tahun 751M, di mana Panglima Ziyad bin Saleh telah
menyerang Negara China sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud antara
Empayar Abbasiyah dengan Dinasti Tang. Masalah cemburu dengan kemakmuran
orang Islam di Negara China pada zaman Dinasti Han dan masalah perbezaan
agama juga menyebabkan berlaku pemberontakan dan penghijrahan orang Islam
Cina ke Asia Tenggara.

Interaksi Antara Tamadun Melayu dan China

Rekod rasmi China bertarikh 638M mencatatkan Kedah pernah menjalin


hubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China.
Pada masa itu, negeri Kedah telah dijadikan sebagai pusat perhentian utama bagi
sami Buddha dari China yang belayar melalui Selat Melaka untuk India.

Selain itu, pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan


diplomatik dengan China telah dilaksanakan agar Melaka selamat dari ancaman
musuh. Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara
sebagai pemerintah Melaka oleh Maharaja China. Untuk menjalinkan hubungan
yang baik antara dua negara, Maharaja China telah menghantar puterinya, Hang Li
Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Kelompok yang berasal
daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba
dan Nyonya” ataupun “Peranakan”. Awal abad ke-19- setelah kedatangan kuasa
British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang
Cina iaitu segolongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai “Cina Selat”
ataupun Straits Chinese.

13
Interaksi Antara Tamadun China dan Jepun

Interaksi antara Tamadun China dengan Negara Jepun berlaku melalui Korea
semasa zaman Raja Pakche memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh
China sejak abad ke-2 Masihi lagi. Raja Pakche pernah meminta bantuan Jepun
untuk mengatasi pihak utara pada abad ke-2 Masihi. Penglibatan tentera Jepun
yang ramai di Korea pada masa tersebut telah menyebabkan unsur-unsur Tamadun
China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun.

Pada tahun 405 masihi, Raja Pakche telah menghantar beberapa orang
penasihat ke istana Yamato. Penasihat-penasihat tersebut terdiri daripada penulis-
penulis istana yang mahir dalam tulisan Cina dan bertindak membantu kerajaan
Jepun menyediakan rekod-rekod istana. Golongan-golongan penasihat ini juga
membawa bersama mereka tukang-tukang mahir dalam peleburan logam dan lain-
lain. Tahap ini menjadi tahap penting dalam perkembangan intelektual Jepun.
Perkembangan penting berlaku pada pertengahan abad ke-5 Masihi apabila Raja
Pakche telah mengirimkan pemberian doktrin dan patung Buddha ke Jepun.
Pemberian ini telah menarik minat maharaja Jepun walaupun ditentang oleh
menteri-menterinya. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah
diperkukuh identiti oleh Tamadun Jepun.

NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN


Dalam interaksi antara pelbagai tamadun, ia mempunyai nilai yang sama
telah berlaku pada setiap interaksi tersebut. Nilai tersebut ialah nilai keterbukaan
yang telah diamalkan oleh setiap tamadun apabila sesuatu interaksi berlaku
padanya. Prinsip bertolak ansur telah diamalkan dalam menggarap idea dari
tamadun lain. Sebagai contohnya, tamadun Yunani rela berkongsi peradaban
14
mereka yang unik dengan tamadun lain seperti India, China dan Iran. Sifat
keterbukaan bagi tamadun Islam juga menyebabkan mereka menerima idea dari
luar walaupun menapisnya terlebih dahulu, misalnya kubah masjid adalah berasal
dari seni bina Graeco-Roman.

Selain itu, nilai kesejagatan juga telah berlaku pada setiap tamadun yang
sanggup berinteraksi dengan tamadun lain. Nilai ini telah mengimbangi tamadun
dengan sifat semula jadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia. Sebagai
contoh, falsafah Yunani telah mempengaruhi serba sedikit terhadap Islam namun
begitu perbahasannya tentang falsafah dan kekuatan akal orang Yunani masih tidak
dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam. Kesejagatan juga menunjukkan
bahawa keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh
tamadun manusia dan bukannya berperang sahaja untuk mendapatkan sesuatu
daripada tamadun lain.

Dari segi agama dan kerohanian, penganut Islam bertunang dan


berpaksikan kepada konsep tauhid. Asas agama Islam adalah akidah, syariah dan
akhlak. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu.
Manakala sumber sekunder pula ialah sumber aqli yang berdasarkan akal.
Keseluruhannya, aspek kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) dalam
agama Islam mestilah seimbang dan bersepadu untuk mencapai keredaan Allah.

Dalam tamadun China pula, orang China lebih percaya kepada konsep
ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka.
Antaranya ialah penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme
atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan
dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya
kecuali Buddhisme.

Bagi tamadun Hindu pula, kepercayaan Hindu menekankan konsep


ketuhanan dan kerohanian. Antaranya ialah percaya kepada ketuhanan Brahmin
(Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan juga Siva (Tuhan Pemusnah)
dalam kepercayaan mereka.

Dalam aspek institusi kekeluargaan, kita boleh mengetahui bahawa


tamadun Islam adalah berasaskan ajaran al-Quran yang memberi kepentingan

15
dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa adalah
berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak
mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa
bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak
merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Bukan hanya ibu bapa sahaja yang
mesti melaksanakan tanggungjawabnya tetapi anak-anak juga mesti melaksanakan
tanggungjawab yang menjadi hak bagi ibu bapa mereka. Anak-anak mesti membuat
kebaikan kepada ibu bapa dan tidak boleh menderhaka kepada keduanya. Ikatan
ibu bapa dan anak-anak tidak hanya diikat dengan ikatan hak dan tanggungjawab
tetapi juga diikat dengan perasaan kasih saying dan rasa hormat. Konsep keadilan
menjadi asas perjalanan sistem keluarga Islam. Penafian hak ahli keluarga adalah
bertentangan dengan konsep keadilan.

Keluarga merupakan unit asas yang penting dalam tamadun China. Ajaran
Confucius menjadi asas kepada tamadun China iaitu kepentingan hubungan kasih
saying dan hierarki kuasa yang dititikberatkan dalam ajaran tersebut. Konsep “li”
telah menekankan lima jalinan hubungan sesama manusia. Antaranya adalah
berikut:

i. Hubungan maharaja dengan rakyat.


ii. Hubungan bapa dengan anak.
iii. Hubungan suami dengan isteri.
iv. Hubungan abang dengan adik.
v. Hubungan kawan dengan kawan.

Seperti dengan tamadun Islam, anak-anak juga tidak boleh menderhaka kepada
kedua ibu bapanya, ia akan mendapat balasan jika berbuat demikian. Konsep
ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat Cina mengadakan
upacara mengingati nenek moyang, ini adalah bertujuan mengucapkan terima kasih
dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang ataupun ibu bapa yang telah
meninggal dunia.

Selain itu, orang India pula juga mementingkan institusi kekeluargaan seperti
tamadun lain. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem
sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat
mengikut tradisi mereka. Keluarga bersama merupakan bentuk yang paling

16
menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikira
daripada anggota lelaki dariapda keluarga yang sama merupakan asas ikatan
kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan
kasih sayang dan rasa hormat.

Komuniti ataupun sistem sosial adalah unit yang penting dalam tamadun
Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan
kekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama
manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
Tamadun Islam telah menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap
jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut. Hubungan sesama
anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata. Dalam
pengertian sebenar ajaran Islam, ia tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat, ini
bermaksud ia tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita. Konsep sama rata
telah membawa makna kepada kaum wanita iaitu fungsi dan peranan wanita adalah
merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

Manakala bagi tamadun China pula, pembentukan komuniti Cina telah


banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat Cina iaitu kuasa lelaki
dan bapa. Mereka lebih mementingkan sistem kekerabatan yang berasaskan
hubungan darah. Sistem kelas dalam komuniti pula ditentukan oleh tahap
pendidikan dan kemahiran. Oleh itu, orang Cina amat mementingkan pendidikan
kepada anak-anak supaya mereka mendapat layanan yang adil dan baik apabila
dewasa kelak.

Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai


peraturan yang lebih ketat. Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
Penentuan kasta seseorang adalah secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek
moyang. Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan
layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut dan mempengaruhi semua
aktiviti kehidupan dalam komuniti. Konsep dharma pula ditekankan dalam hubungan
sesama anggota masyarakat. Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi
menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.

Dalam aspek etika ataupun tatasusila, syariat Islam telah mengatur


hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia

17
sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat
Islam juga merangkumi akhlak yang mulia bagi penganut Islam. Akhlak Islam
bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama
manus terutamanya ibu, bapa,guru jiran dan termasuk sesama manusia walaupun
dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam
persekitaran seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Rasulullah merupakan model
akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya.

Bagi tamadun China pula, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan


peraturan kehidupan menerusi konsep Dao berasaskan 3 perkara berikut:

i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.

ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.

iii. Peraturan perhubungan politik.

Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan.
Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai
jalan penyelesaian.

Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma


iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga
sebaliknya, melakukan sesuatu yang buruk akan dibalas buruk. Masyarakat perlu
mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat
matlamat dalam mencapai mokhsa.

Persamaan dan perbezaan antara tamadun


Tamadun mempunyai dua bentuk yang penting, iaitu tamadun spiritual dan tamadun
material. Tamadun-tamadun utama di dunia mempunyai persamaan dan perbezaan
baik dalam aspek spiritual mahupun material. Persamaan dan perbezaan antara
tamadun ini boleh dilihat dalam pelbagai segi meliputi aspek-aspek teologi, etika,
pemikiran, kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-pencapaiannya. Etika
terbahagi kepada beberapa perkara yang penting,iaitu keluarga dan
kemasyarakatan, alam sekitar, kebudayaan, idea intelektual, agama (teologi),
pendidikan dan ekonomi.

18
Teologi
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam,
Kristian, Yahudi dan Hinduisme. Konsep monoteisme terdapat dalam agama Islam,
Kristian, Yahudi dan Hinduisme. Namun demikian manifestasi konsep monoteisme
Kristian, Yahudi dan Hinduisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam,
Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu
daripada Allah (saw). Sebaliknya kewujudan agama Hindu agak kabur dan agama
ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam
dengan Kristian dan Yahudi dijelaskan dalam al-Quran serta penganut-penganut
agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai Ahl-al-Kitab. Teologi ialah aspek
tamadun spiritual yang penting bagi sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi


lebih merupakan sebuah ajaran moral dan etika. Dalam ajaran Buddhisme tidak
membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku-
perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia demi untuk melepasi
kesengsaraan hidup dan mencapai pembebasan diri ataupun nirvana. Oleh sebab
Buddhisme terbentuk dalam kerangka sosiobudaya masyarakat India, maka tidak
dapat dinafikan terdapat beberapa konsep Buddhisme yang dapat dicari
persamaannya dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

Ciri-ciri persamaan antara tamadun dalam aspek teologi

Semua agama menekankan kepada konsep ketuhanan kecuali agama


Buddha yang menekankan kepada falsafah moral dan etika. Dalam ajaran
Buddhisme tiada konsep ketuhanan.

Semua agama juga mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam


agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya seperti sembahyang lima
waktu, puasa pada bulan Ramadan, mengerjakan haji bagi orang Islam, upacara-
upacara tertentu bagi penganut-penganut Hindu, sembahyang di gereja bagi
penganut Kristian. Doktrin ini terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama
tersebut, iaitu al-Quran bagi umat Islam, Taurat bagi penganut Yahudi, Injil bagi
penganut Kristian dan kitab-kitab Ved bagi penganut agama Hindu. Aspek-aspek

19
tertentu dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi mempunyai persamaan, iaitu
contohnya dari segi hidup selepas mati dan balasan di akhirat. Begitu juga dengan
konsep-konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan.

Selain itu, dalam beberapa aspek konsep-konsep Buddhisme mempunyai


persamaan dengan Hinduisme kerana Buddhisme terbentuk dalam kerangka
Hinduisme sehinggalah ianya mempunyai bentuk yang tersendiri kemudiannya.
Dalam agama Hindu dan Buddhisme terdapat konsep ‘kelahiran semula’. Konsep
‘karma’ dalam agama Hindu juga mempunyai persamaan dengan konsep ‘karma’
dalam agama Buddhisme. ‘Karma’ ialah konsep yang berkaitan dengan pembalasan
yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.

Ciri-ciri perbezaan antara tamadun dalam aspek teologi

Manifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya


monoteisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monoteisme dalam agama
Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian, konsep trinity adalah berbeza dengan
ketunggalan Tuhan dalam Islam. Begitu juga asosiasi nabi-nabi tertentu dengan
tuhan dalam agama Yahudi dan Kristian adalah bertentangan dengan monoteisme
agama Islam yang mengaku hanya Allah (swt) Tuhan yang sebenar dan Allah (swt)
tidak boleh dikaitkan atau disekutukan dengan manusia mahupun benda. Sementara
konsep monoteisme dalam agama Hindu membolehkan tuhan digambarkan dengan
pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung
sembahan. Kesukaran untuk memahami Hinduisme menyebabkan ramai
berpendapat bahawa konsep ketuhanan dalam agama tersebut adalah bersifat
politeisme.

Di samping itu, wujud juga perbezaan antara agama Hindu dan Buddhisme,
antaranya ialah tentang konsep reinkarnasi ataupun penjelmaan semula. Konsep ini
hanya terdapat dalam agama Hindu. Penjelmaan semula bermaksud, seseorang itu
akan menjelma semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk-bentuk yang
berbeza dan tidak semestinya dalam bentuk manusia. Konsep ini asalnya hanya
digunakan untuk penjelmaan semula dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan
sejarah agama Hindu kini memperlihatkan bahawa konsep ini juga sering kali
dikaitkan dengan seseorang manusia.

20
Etika
Insititusi kekeluargaan adalah unit asas yang penting bagi semua tamadun.
Persamaan yang ada pada semua tamadun ialah semua tamadun menekankan
pembinaan nilai dan etika yang baik, ia adalah penting dalam sesebuah masyarakat
yang bertamadun. Walaupun ajaran Islam, Buddha dan Konfusian berbeza namun
pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluarga dan kemasyarakat.
Bagi agama Confucius, ia meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan
manusia (konsep li), iaitu anak patuh pada ibu bapa, adik patuh pada abang, isteri
patuh pada suami, murid patuh pada guru dan rakyat patuh pada raja. Agama Islam
pula menyeru kepada perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan
berdasarkan al-Quran. Mereka menegaskan bahawa hubungan anak dan ibu bapa
berdasarkan hak dan tanggungungjawab. Tamadun India juga mementingkan
institusi kekeluargaan , pembinaan keluarga India mempunyai matlamat untuk
membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian serta penerus
keturunan.

Manakala bagi persamaan kemasyarakatan pula, ikatan masyarakat


tamadun Islam bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama
manausia iaitu orang Islam dan bukan Islam. Penganut Islam amat mementingkan
ikatan kasih saying, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat serta juga
mementingkan konsep sama rata antara lelaki dan perempuan. Tamadun Islam juga
tidak mewujudkan kelas hamba iaitu semua manusia adalah sama walaupun takwa
yang membezakan. Bagi tamadun China pula, pembentukan masyarakat banyak
dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka iaitu kuasa bapa atau lelaki adalah
penting. Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam
pembentukan masyarakat Cina. Sistem kelas dalam masyarakat juga ditentukan
oleh tahap pendidikan dan kemahiran. Selain itu, masyarakat tamadun India juga
memainkan peranan yang penting, ia berbeza dengan tamadun lain bahawa
masyarakat India mempunyai peraturan-peraturan yang lebih ketat. Sistem sosial
dalam masyarakat iaitu sistem kasta yang rigid dan penentuan kasta itu adalah
diwarisi oleh nenek moyang. Sistem kasta menentukan pekerjaan dan layanan
kepada individu dan ia membawa pengaruh yang ketara kepada semua aktiviti pada

21
zaman awal perkembangan tamadun Islam. Konsep dharma diberikan penekanan
penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat.

Namun begitu, ia terdapat juga perbezaan kekeluargaan dan kemasyarakatan


antara tamadun. Contohnya Islam amat menekankan tentang kasih sayang dan
hormat-menghormati dari aspek kekeluargaan. Ajaran agama-agama lain pula
menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan
masyarakat seperti Confusius sedangkan matlamat agama Islam lebih jauh lagi
untuk mendapat keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t.

Dalam aspek alam sekitar pula, persamaan alam sekitar antara tamadun
ialah kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk
hidup bersama dengan manusia. Pada pendapat Confusius ialah alam perlu dijaga
agar tidak menjejaskan kehidupan keseluruhan. Dalam masyarakat Jepun
tradisional pula, unsur alam perlu diberi penghormatan secara berlebihan seperti
sembah batu dan pokok dianggap sebagai kuasa ketuhanan iaitu“kami”. Tamadun
Islam juga lebih jelas tentang kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah
kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia.
Manakala perbezaan alam sekitar pula, ia terdapat beberapa tamadun yang
memelihara alam sekitar diberikan penafsiran pasif sehingga alam sekitar itu
disembah dan dianggap sebagai “Divine Power”

Ia terdapat persamaan kebudayaan dalam budaya makan.


Misalnyamasyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum
sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa
menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar.
Namun begitu, perbezaan kebudayaan juga berlaku pada sebahagian tamadun
mengikut agama mereka. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan
haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan
dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Bagi tamadun India pula,
penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dari segi idea intelektual juga dapat ditinjau melalui idea para intelektual
dalam tamadun masing-masing. Walaupun berbeza tamadun namun telah
menyuarakan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal
kerajaan dan sistem pemerintahan. Falsafah tradisional menekankan moraliti atau

22
akhlak sebagai asas kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan
melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja mempunyai gelaran yang
tertinggi, sebagai seorang raja yang mulia mestilah bersikap adil dan ada akhlak
yang baik. Kun Fu Tze (Confucious) telah memperkenalkan kod 17 perkara.
Tamadun India pula memperkenalkan Kautilya. Penulis-penulis tamadun Islam
seperti al-Farabi, al-Ghazali merupakan tumupan kepada pemimpin dan kepimpinan.
Ia bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik dan berbeza dengan
sekularisme. Al Quran dan al-Hadis sebagai panduan kepada penganut-penganut
Islam. Dalam tamadun Melayu pula, rakyatnya amat setia pada raja mereka, ia telah
mewujudkan satu ungkapan iaitu ‘takkan melayu menderhaka’ pada zaman
tradisional seperti Hang Jebat. Sistem pemerintahan seperti Socrates dan Plato
(Greek dan Yunani) telah melahirkan idea sistem pemerintahan demokrasi,
perbuatan ini telah menghapuskan sistem pemusatan kuasa sebelumnya.

Selain itu, semua agama menekankan konsep ketuhanan. Contohnya agama


Islam, Kristian dan Hindusisme percaya kepada konsep monoteisme. Semua agama
itu mempunyai doktrin dan amalan yang tertentu. Yahudi, Kristian dan Islam
mempunyai beberapa aspek tertentu dan sama seperti konsep syurga, neraka, hari
pembalasan dan sebagainya. Konsep Buddihisme juga sama dengan Hinduisme
iaitu percaya pada kelahiran semula dan karma. Akan tetapi, ia terdapat perbezaan
terhadap agama Islam iaitu penganut-penganut Islam hanya percaya wujudnya satu
kuasa pencipta, manakala agama Buddha pula menolak konsep tuhan tetapi mahu
pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu pula, mereka
percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahma, Vishnu dan Siva. Manifestasi
ketuhanan yang berbeza dan juga monoteisme Islam, Kristian, Hindu adalah
berbeza. Wujudnya perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep
reinkarnasi dan setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri.

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam setiap tamadun.


Pendidikan bertujuan untuk membentuk peribadi seseorang individu. Berasaskan
matlamat ini menjadikan tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah suatu
tanggungjawab yang mulia. Kesedaran ini menjadikan dimensi inner being diberi
kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hindu dan agama-agama lain.
Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang sebelum dia
menguasai persekitaran luarnya. Apa yang membezakan antara agama-agama

23
dengan tamadun tersebut ialah cara bagaimana transformasi itu berlaku dan apakah
elemen-elemen yang dipentingkan. Walau bagaimanapun, persoalan tauhid
memainkan peranan yang penting dalam trasformasi manusia dalam agama Islam.
Sebaliknya dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, trasformasi
sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self -discovery).

Kegiatan ekonomi dalam tamadun-tamadun awal berlangsung dalam konteks


“Moral semesta”. Oleh itu muncul konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddha
sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada ajaran jalan lapan lapis.
Setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniargaan.
Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai
hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa
wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia.
Konsep ‘wang’, laba, ganjaran, pasaran dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh
pertimbangan-pertimbangan moral. Penipuan, riba, rasuah dan bentuk-bentuk
penyelewengan lain amat ditegah dalam Islam. Sementara Tamadun Chin yang kuat
dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme memberi perhatian kepada kepentingan
golongan petani. Falsafah Konfusianisme memandang rendah kepada golongan
pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan
untung yang merupakan elemen-elemen yang buruk mengikut ajaran
Konfusianisme. Dalam tamadun Eropah zaman pertengahan, kita dapati bahawa
ajaran agama Kristian amat mempengaruhi kegiatan ekonomi. Sepertimana ajaran
Islam unsur-unsur rasuah, riba dan penipuan adalah dilarang dalam ajaran Kristian.
Kegiatan ekonomi yang dijalankan juga terikat dengan konsep halal dan haram.

Institusi Keagamaan
Agama merupakan unsur yang penting dalam tamadun. Setiap agama
mempunyai institusinya yang tersendiri, contohnya masjid dalam agama Islam, gerja
dalam agama Kristian, kuil bagi agama Hindu dan Buddha. Institusi ini memainkan
peranan penting dalam tamadun-tamadun tersebut.

24
Institusi-institusi ini mempunyai peranan yang sama dalam masyarakatnya.
Institusi-institusi tersebut berperanan sebagai tempat ibadah dan upacara-upacara
keagamaan tertentu. Di samping peranan tersebut, institusi-institusi ini juga
mempunyai fungsi-fungsi sosial, ekonomi dan sosial.

Masjid merupakan tempat perhimpunan penting bagi umat Islam. Dalam


tamadun Islam, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dilakukan di masjid. Nabi
Muahammad (saw) telah menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran Islam
semasa zaman pemerintahan Islam di Madinah. Baginda juga menjadikan masjid
sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mana Baginda sendiri telah menjadikan
masjid sebagai tempat mengajar, apabila rumahnya sudah tidak dapat memuatkan
jemaah-jemaah yang belajar dengan Baginda.

Begitu juga dengan peranan gereja dalam Tamadun Barat. Gereja bukan
hanya menjadi tempat ibadat tetapi juga merupakan pusat kegiatan sosial
masyarakat setempat. Di samping itu, gereja juga memainkan peranan penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Barat. Paderi-paderi adalah golongan
cendekiawan yang menjadi guru mengajar kanak-kanak setempat. Perkembangan
inilah yang kemudiannya melahirkan sekolah-sekolah missionary yang mana
sekolah-sekolah dalam bentuk yang formal tetapi dibina dan dibiayai oleh
pertubuhan-pertubuhan agama Kristian.

Kuil dalam agama Hindu dan Buddha juga memainkan peranan yang sama.
Pada peringkat awal perkembangan kedua-dua agama ini, kuil-kuil bukan hanya
merupakan tempat beribadat tetapi juga berfungsi sebagai pusat pendidikan bagi
mengajar ilmu-ilmu keagamaan. Bagi agama Hindu, golongan Brahmin, iaitu sami-
sami Hindu adalah golongan terpelajar. Sumber-sumber ajaran agama Hindu dalam
kitab-kitab Veda, Mahabharata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit
hanya boleh difahami oleh golongan tersebut. Oleh itu, golongan memainkan
pernana yang penting dalam perkembangan pendidikan. Hal yang sama berlaku
kepada kuil-kuil Buddha yang mana sami-sami Buddha yang fasih berbahasa Pali
dan Sanskrit merupakan sumber untuk masyarakat memahami ajaran-ajaran
Buddha.

25
• Azhar Hj. Mad. Aros (2004), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Selangor.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

• Bab 4, Interaksi antara Tamadun. Amanizaini (31 Julai 2010) dilayari pada 22
Januari 2011 daripada blogspot http://notapismp.blogspot.com/2009/04/tamadun-
islam-dan-tamadun-asia.html

• “Interaksi Pelbagai Tamadun” Haba (3 Desember 2008) dillayari pada 22 Januari


2011 daripada blogspot http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-
pelbagai-tamadun.html

26
• Interaksi antara Pelbagai Tamadun (Melayu, China dan India). Hidayah 29 Oktober
2008 dilayari pada 22 Januari 2011 daripada blogspot
http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html

• “Interaksi antara Tamadun”. Muhammad Faizzudin bin Othman. (etc. al) dilayari
pada 22 Januari 2011 daripada Scribd,
http://www.scribd.com/doc/36660739/Interaksi-Antara-Pelbagai-Tamadun

• “Nilai-nilai Universal Antara Tamadun. Haba (4 Desember 2008) dilayari pada 23


Januari 2011 daripada blogspot http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/nilai-nilai-
universal-antara-tamadun.html

• “Nilai-nilai Unversal antara Tamadun dilayari pada 23 Januari 2011 daripada scribd.
http://www.scribd.com/doc/13270162/Bab-5-Nilai-Nilai-Universal-Antara-Tamadun-
V2

• “Persamaan dan Perbezaan. Tanpa pengarang (Oktober 2008) dilayari pada 24


Januari daripada oocities
http://www.oocities.com/tamadunislam/persamaan_dan_perbezaan.htm

• Aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara tamadun dilayari pada 24 Januari


2011 daripada scribd http://www.scribd.com/doc/29214297/Aspek-Persamaan-Dan-
Perbezaan-Tamadun

27

Anda mungkin juga menyukai