Anda di halaman 1dari 19

THE COMMONWEALTH DIPLOMA IN YOUTH DEVELOPMENT

SKP 2203
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

TUGASAN KUMPULAN
ILMU KETAMADUNAN DAN KEPENTINGANNYA DALAM
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

DISEDIAKAN UNTUK
YBHG. PROF. DR. ZAID AHMAD

DISEDIAKAN OLEH
FAHMIE BIN SALIHIN @ MD AYOB DB 00353
MOHAMMAD AMIRUL AKRAM BIN RAZMAN DB 00367
NURIKHWAN BIN MUKHTAR DB 00341

1
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN 3

2. ILMU KETAMADUNAN DAN PENDIDIKAN 5

3. ILMU KETAMADUNAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA 12

4. HUBUNGAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA 17

5. KESIMPULAN 19

2
PENGENALAN

Ilmu Ketamadunan merupakan satu medium pengajaran penting untuk kita


mempelajari akan kepentingan ilmu. Manusia dari semua golongan bertamadun
mengangkat martabat kalangan yang berilmu ke tahap yang paling atas. Jika tidak,
pasti golongan itu akan menjadi mundur dan sudah pasti tiada pembinaan tamadun
akan berlaku. Seringkali jika kalangan berilmu dipinggirkan maka budaya dan
golongan berkenaan akan musnah. Golongan manusia yang hanya mempunyai
kekuatan fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya
bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi berpandukan dari sejarah
tamadun manusia, seringkali kita saksikan bahawa sesebuah bangsa yang kuat
tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut
nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu seperti Bangsa Mongol

Kesan sebaliknya berlaku jika ilmu dimartabatkan ke peringkat yang paling


tinggi. Zaman Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuwan terkenal seperti
Socrates, Plato dan Aristotle yang terkenal dalam bidang falsafah, logik dan
geometri. Confuciusme yang mewarnai tamadun China klasik telah member
sumbangan besar kepada manusia sejagat melalui penghasilan kertas, sutera,
percetakan, kompas serta ubat meriam. Di Eropah perkembangan tamadunnya
bermula perlahan setelah melalui zaman gelap.

Ilmu adalah penyuluh hidup dan penerang zaman. Konsep ilmu telah
diberikan tafsiran yang pelbagai. Di dalam Al-Quran juga disebut mengenai ilmu.
Surah pertama yang diturunkan iaitu surah Al-Alaq adalah seperti berikut:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian


makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-Alaq : 96:1-5)

3
Jelas sekali tamadun Islam mementingkan ilmu dalam pembinaan tamadun.
Ini dapat dilihat pada kegemilangan tamadun Islam dimana ramai cendikiawan telah
lahir dari kecemerlangan budaya ilmu pada masa itu.

Ciri utama yang mendasari sesebuah tamadun ialah pertumbuhan bandar


atau kota. Istilah-istilah yang membawa makna peradaban seperti civitas, maddana
atau hadarah dan nakarikam menggambarkan kehidupan di bandar. Hal ini kerana
ciri-ciri kehidupan di bandar itu lebih kompleks yang melahirkan pengkhususan kerja,
inovasi dan kemajuan dalam pelbagai bidang.

Ciri kedua yang perlu dimiliki oleh masyarakat bertamadun ialah mempunyai
tingkah laku yang luhur dan murni. Hal ini telah ditegaskan melalui perkataan civilize
dalam bahasa Inggeris dan adab serta adbun dalam bahasa Arab. Begitu juga
kehalusan tatasusila bagi mencerminkan masyarakat bertamadun.

Kemajuan dalam pelbagai bidang merupakan ciri ketiga untuk membuktikan


bahawa sesebuah masyarakat itu bertamadun. Rom pula misalnya terkenal dengan
unsur seni bina dan undang-undang, Athens pula melahirkan ahli-ahli falsafah
manakala kerajaan bani Abbasiyah semasa pemerintahan Sultan Harun al-Rasyid
memberi sumbangan yang besar dalam bidang intelektual. Generasi muda perlu
dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar
kesinambungan kemajuan dapat diteruskan

4
ILMU KETAMADUNAN DAN PENDIDIKAN

Pendidikan dalam Tamadun Islam

Institusi-institusi pendidikan di zaman kerajaan islam telah lama wujud


selaras dengan perkembangan agama islam lagi. Institusi-institusi ini ditubuhkan
sejak dari zaman Rasulullah hinggalah ke zaman sekarang. Institusi-institusi ini di
tubuhkan secara formal dan tidak formal.Sejak penubuhannya, agama islam telah
menekankan pada pendidikan supaya tradisi intelektual dapat diteruskan
Pengetahuan ('ilm') menduduki kedudukan penting dalam Islam, sebagaimana
dibuktikan oleh lebih daripada 800 rujukan dalam Al-Quran. Kepentingan pendidikan
berulang kali ditekankan dalam Al-Quran dengan perintah-perintah yang kerap,
seperti "Allah memuliakan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
mempunyai pengetahuan hingga ke tahap yang tinggi" (58:11). Ayat tersebut
memberikan penekanan kuat untuk masyarakat Islam untuk berusaha dalam
pendidikan dan pembelajaran.Al-Quran berfungsi sebagai pelan menyeluruh untuk
individu dan masyarakat dan sebagai sumber pengetahuan utama. Oleh itu,
pendidikan dalam Islam secara tegas membuktikan asal-usulnya dari hubungan
simbiotik dengan arahan agama.

Rasulullah S.A.W tidak jemu-jemu memberi rangsangan supaya orang Islam


tekun dan sentiasa belajar. Membaca dan menulis merupakan kunci ilmu. Baginda
pernah menerima khidmat orang Yahudi dan Nasrani bagi menyampaikan pelajaran.
Syarat pembebasan diri bagi tawanan perang seperti tawanan perang Badar ilah
mengajar anak-anak orang islam. Kepentingan ilmu dalam Islam jelas kelihatan
dengan wahyu pertama yang diterima oleh Rasululllah S.A.W yang memerintahkan
baginda membaca yakni mempelajari ilmu pengetahuan. Bacalah dengan menyabut
nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal
darah. (al-Quran, surah al-Alaq 96 :1-2) Rasululllah menjadikan rumah al-Arqam bin
Abu al-Arqam sebagai tempat belajar yang di kenali sebagai Dar al-Arqam.
Baginda pula bertindak sebagai guru. Di rumah tersebut baginda menyampaikan
dasar-dasar agama dan pengajian al-Quran. Selain dari rumah al-Arqam baginda
juga menjadikan rumah baginda di Mekah sebagai tempat belajar.

5
Di Madinah, masjid yang ditubuhkan ialah Masjid Quba dan Nabawi. Masjid
tersebut berfungsi sebagai markas bagi segala aktitviti keagamaan dan ke
masyarakatan khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadat dan
pendidikan. Bentuk pengajiaan di masjid Nabawi adalah bentuk pengajiaan tidak
formal.Bentuk pendidikan yang formal dan sistematik di adakan apabila surau yang
bersambung dengan masjib didirikan. Institusi tersebut dikenali sebagai al-Suffah.
Mata pelajaran yang di ajar ialah al-Quran, dasar-dasar Islam, seni khat, sejarah,
menunggang kuda, memanah, dan bahasa bangsa asing.

Pendidikan dalam Tamadun Tanah Melayu

Di Malaysia menurut kebiasaan kanak-kanak berumur tujuh tahun akan


dihantar kesurau untuk mengaji al-Quran, ibadat, tauhid dan akhlak. Peranan masjid
dan surau, ia terus menjadi pendidikan tidak formal. Sistem pendidikan pondok
merupakan antara institusi pendidikan islam yang bersifat formal dan mempunyai
pengaruh yang besar di kalangan masyarakat melayu. Ia merupakan tempat
pengajian formal yang terawal dibentuk oleh pengasasnya mengikut kekuatan
pegangan agama Islam pada masa itu sehingga terbentuknya satu organisasi di
dalam kawasan tertentu. Sistem pengajian pondok mula berkembang sejak abad ke
18 Masihi hingga ke abad 20 Masihi. Sistem pengajiaan sebegini berkembang pesat
di kelantan, terengganu, Kedah dan Perlis. Antara institusi yang terkenal
menggunakan sistem ini ialah Pondok Kubang Pasu dan Pondok Tuk Kenali di
Kelantan, Pondok Tuk Ku Pulau Manis dan Hj Wan abdul Latif di Terengganu dan
pondok Batu 16 (Pak Ya) di Kedah. Mata pelajaran yang diajar di kebanyakan
pondok termasuklah nahu, saraf, fikah, tauhid, tasawuf dan akhlak. Namun begitu,
terdapat perbezaan di antara sesebuah pondok dengan pondok yang lain. Institusi
pendidikan Islam berkembang dengan penubuhan Madrasah yang merupakan
institusi pendidikan yang lebih sistematik. Madrasah pertama yang didirikan ialah al-
Madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam pada tahun 1906 Masehi, di ikuti oleh
Madrasah Iqbal al-Islamiyah di Singapura, al-madrasah al-Ahmadiyah di Riau,
Madrasah Muhammadiah Melayu di Kelantan, al-Madrasahal-Mashur al-Islamiyyah
di Pulau Pinang, al-Madrasah al-Khairiyyahdi Johor, al-Madrasah al-Alawiyyah al-
Madaniyyah di Perlis, Maahad Mahmud di Kedah dan lain-lain.

6
Gambar menunjukkan Madrasah Tahfiz Al-Hauhar di negeri Johor.

Pendidkan dalam Tamadun Cina & Tamadun Malaysia

a) Tamadun Cina

Sejak abad ke 21, pendidikan cina kuno telah dikenalpasti dan kesannya
boleh dijejak sehingga ke hari ini. China mempunyai sistem penulisan tertua di dunia
yang masih digunakan hingga ke hari ini. Lao Zi, pengasas Taoisme, mempunyai
kesan besar terhadap budaya Cina serta perkembangan pendidikannya sehingga ke
hari ini. Taoisme merupakan sistem agama dan falsafah yang menekankan sarjana
berfikir tentang kehidupan dan apa yang dimaksudkan. Confucius adalah seorang
ulama penting dalam budaya Cina. Dia mengasaskan Konfusianisme, sistem nilai
agama dan etika yang rumit. Confucius dilihat sebagai pengasas pendidikan untuk
rakyat jelata. Salah satu petikan daripadanya ialah "Menyediakan pendidikan untuk
semua orang tanpa unsur diskriminasi" dan "Ajar mengikut keupayaan pelajar

Maharaja semasa Dinasti Ming menentukan apa yang akan diajar


berdasarkan apa yang dia percaya dan apa yang dia inginkan untuk dinastinya.
Kesan budaya yang dibawa inilah yang menjurus kepada pendidikan
holistik.Pengenalan peperiksaan Imperial memainkan peranan penting dalam
peralihan dari bangsawan kepada kerajaan meritokrasi. Pendidikan juga dilihat

7
sebagai simbol kuasa; di mana individu yang berpendidikan sering memperoleh
pendapatan yang jauh lebih besar dan menduduki jawatan kerajaan.

b) Tamadun Malaysia

Perkembangan pendidikan Cina di Malaysia (Malaya sebelum tahun 1963)


telah bermula sejak imigrasi besar-besaran orang Cina. Perkembangan ini dipelopori
oleh para pendidik Cina; Dong Zong dan Jiao Zong. Pendidik-pendidik Cina daripada
kumpulan ini memainkan peranan sebagai satu entiti yang memberi tekanan dalam
menjaga pembangunan pendidikan Cina di Malaysia. Pada waktu itu, pihak
pentadbiran British tidak mencampur tangan malahan menentang keras pembiayaan
untuk pembinaan Sekolah Vernakular Cina kerana penduduk Cina dianggap sebagai
penduduk asing sementara di Tanah Melayu. Maka, perbelajaan pengurusan
sekolah tersebut hanya ditampung oleh derma daripada masyarakat Cina sahaja.

Dalam aspek pendidikan, sikap masyarakat Cina lebih ketara berorientasikan ke


negara asal. Oleh itu, sistem pendidikan Sekolah vernakular Cina sangat mirip
dengan sistem pendidikan di negara China. Mereka sanggup mengeluarkan
perbelanjaan lebih untuk mendirikan sekolah serta mengeluarkan tajaan untuk
mengimport guru dari negara China bersama dengan buku teks sekolah yang
dikeluarkan di sana untuk diajar kepada anak-anak mereka.Sebahagian besar
sekolah vernakular cina ditubuhkan antara 1920-an dan 1930-an dan pada
permulaannya. Sistem ini diterima sebagai salah satu pelengkap kepada sistem
pendidikan pada tahun 1956 hasil daripada pengumuman Laporan Razak. Dalam
kalangan orang Cina, kebanyakan ibu bapa inginkan pendidikan vernakular kerana
penggunaan bahasa ibunda demi kelangsungan budaya.

8
Gambar menunjukkan kelas yang sedang berlangsung di sebuah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina di Selangor.

Pendidkan dalam Tamadun India dan Tamadun Malaysia

a) Tamadun India

Pendidikan semasa awal tamadun India bermula pada Zaman


Vedik.Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu
menjadi terasnya.Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum
lelaki.Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima
pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab
Veda, iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva serta bahasa Sanskrit
merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah
yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.Pendidikan ketika
zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.Golongan wanita pada masa itu tidak
mempunyai peluang untuk menerima sebarang pendidikan.Pendidikan yang
berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia
menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum
agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai
murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej
Brahman.Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang
harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi
peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

9
Gambar menunjukkan manuskrip Rigveda (padapatha) dalam Devanagari

b) Tamadun Malaysia

Dalam tahun 1816 telah diwujudkan sebuah sekolah yang terawal di Tanah
Melayu iaitu Penang Free School yang diasaskan oleh Eferan Kuching. Oleh
itu,mereka merasakan perlu untuk mewujudkan cawangan sekolahnya yang
berbahasa Tamil. Akhirnya pada 1950 telah diadakan mata pelajaran Tamil di
sekolah itu serentak dengan penubuhan Sekolah Anggota di Melaka yang menjadi
antara sekolah terawal Tamil di Tanah Melayu. Selepas British merasakan bahawa
orang India perlu dikekalkan kerana untuk menjimatkan kos pentadbirannya maka
mereka telah mewujudkan dan mengambil berat mengenai sekolah ini. Penubuhan
sekolah vernakular India ini mungkin lebih awal daripada sekolah vernakular Melayu.
Pada 1900-an dikatakan sudah ada 3 buah sekolah vernakular kerajaan dimana
salah satu daripadanya ialah sekolah Tamil. Sekolah-sekolah Tamil mula dibina die
stet-estet di Province Wenisly dan di kawasan Johor Utara. Sekolah vernakular
Tamil menggunakan kurikulum daripada India. Perkembangan pendidikan Tamil di
Malaysia sejak zaman penjajahan British adalah berdasarkan dasar yang dibentuk
pentadbir negara. Pra-kemerdekaan dan pasca-kemerdekaan telah memaksa
sekolah vernakular India ini menerima setiap laporan pendidikan yang dibuat. Ini
kerana kebanyakan daripada sekolah vernakular ini adalah miskin di kawasan
ladang.

10
Gambar menunjukkan pintu masuk sebuah sekolah jenis kebangssan tamil di Pulau
Pinang

Kepentingan Pendidikan dalam Pembangunan Tamadun Manusia

Pendidikan berupaya memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas


sesebuah masyarakat; dan begitu juga sebaliknya, pendidikan boleh menjadi punca
kekeliruan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan dapat membantu pertumbuhan
sahsiah dan menyemai jati diri seseorang individu. Malaysia merupakan sebuah
negara yang didiami oleh rakyat majmuk. Pendidikan yang terdapat di Malaysia
memainkan peranan penting dalam meningkatkan perpaduan kaum. Sesungguhnya,
sistem pendidikan yang wujud pada hari ini telah membantumerealisasikan cita-cita
negara untuk menyatupadukan kaum juga meningkatkan integrasi nasional dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Perpaduan kaum yang terbina ini seterusnya
membawa kepada keberkesanan dalam sistem pentadbiran negara. Kelancaran
system pentadbiran inilah yang kemudiannya membawa kepada pembangunan
negara. Pendidikan turut memberi kepentingan dalam melahirkan pemimpin yang
berwibawa, berdedikasi dan paling penting, berpengetahuan tinggi. Tidak dapat
dibayangkan sekiranya seseorang tanpa ilmu pengetahuan menerajui kepimpinan
negara, sudah pasti sistem pentadbiran negara akan menjadi kucar-kacir.

11
ILMU KETAMADUNAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai


kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada
kewujudan masyarakat majmuk. Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada,
negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju
dalam acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh
negara kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada
pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu
setelah kedatangan dan penerimaan agama Islam oleh orang Melayu. Keunggulan
yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa Melayu
pada zaman kegemilangan menjadi rujukan utama kepada generasi kini dan akan
datang untuk membina sebuah tamadun yang hebat dalam konteks pembinaan
negara bangsa Malaysia.

Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta


orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat
Melayu, peranan Bahasa Melayu, sistem perundangan, pembudayaan ilmu,
pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas. Justeru, dalam
konteks pembangunan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu
pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas
terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika
dahulu.

Pembinaan Budaya Ilmu


Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal
danterpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu
masyarakat dan bangsa.Dalam konteks pembudayaan ilmu pengetahuan, tamadun
Melayu berperananmemberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya
ilmu yang perlu diamalkanoleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semangat
Iqra antara aspek social yangmendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam
di Alam Melayu.Islam telah mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat

12
Melayu sehingga menganggapnya sebagai persoalan yang amat penting. Dengan
kedatangan dan penerimaan Islam, golongan ilmuan mendapat tempat yang wajar
dalam masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi oleh semua
lapisan masyarakat. Ada sebahagian daripada mereka yang menjadi rujukan kepada
pihak istana dan sekaligus menggantikan peranan pawang dan bomoh yang
sebelumnya amat penting dalam institusi pemerintahan.

Kedatangan Islam juga berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi


keilmuan dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat
keilmuan seperti di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Ia
juga telah meyumbang kepada penubuhan beberapa institusi pengajian dan
pendidikan. Antara yang terpenting ialah istana, masjid, madrasah dan pondok.
Istana misalnya, dalam sejarah keagungan Islam di Alam Melayu menjadi nadi
penting dan memain peranan yang cukup besar sebagai pusat perkembangan ilmu
pengatahuan kepada golongan bangsawan dan pembesar.Begitu jugadengan
peranan yang dimainkan oleh institusi madrasah dan pondok dalam memberikan
pendidikan dan ilmu kepada masyarakat. Istilah-istilah meunasah, rangkang dan
dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau peringkat-peringkat
pendidikan yang diamalkan (Azyumardi,2000:156) .Sistem pendidikan Islam yang
berintegrasikan keperluan hidup duniawi dan ukhrawiamat relaven dengan
keperluan manusia. Justeru, budaya membaca, mencintai ilmu pengatahuan dan
cara berfikiran yang kritis mesti diwujudkan dan diberi keutamaan dalam masyrakat.
Oleh kerana pembudayaan ilmu pengatahuan amat signifikan dalam membina
peradaban manusia, sarjana tampatan, Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55)
mengariskan beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat dan hasrat
tersebut.Antaranya ialah:

i. Mementingkan ilmu pengatahuan


ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan
budaya keilmuan.
vi. Memberi pengiktirafan terhadap peraanan kaum manita.
13
jika kita mengamati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati
bahawa kejayaan, kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam
dengan pemahaman yang sebenar dan tulen, mengamal ajaran Islam secara
sempurna dan menyeluruh dalam pelbagai dimensi kehidupan malah pembudayaan
ilmu pengatahuan telah mengakar dansebati di dalam jiwa mereka. Hal ini disingkap
oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16) dengan mengatakan bahawa jika umat hari
ini mahu kembali kepada Islam, nescaya kita mampu menegakkan peradapan
moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.

Pembinaan Jati Diri & Modal Insan

Konsep kemuliaan insani dan ketinggian taraf sebagai nadi utama


masyarakat bertamadun perlu diterapkan dalam rangka pembangunan
Malaysia.Istilah peradabanyang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi
ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang
diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.Justeru, dalam usaha membina
jati diri manusia Melayu ini ia memerlukankebudayaan bangsa yang selari dengan
prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insani ini
semakin terhakis akibat gelombang modenisasi danglobalisasi yang melanda umat
Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat diperincikan menerusi:

i. Pengaruh nilai individualistik. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada


kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling
menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

ii. Meluaskan fahaman materialisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang


menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara
manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan
sesama manusiatidak lagi bersifat sacral (Zulkiflee & Mohd Nasir,
2005:89).Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu
ini, sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah
diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya
terhadap ajaran Islam yang syumul yang tentunya akan melahirkan watak insan
Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
14
Sistem Pemerintahan

Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah
berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan
kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah wilayah politik atau negara bangsa
Malaysia merupakan lanjutan dari politik-politik atau kerajaan-kerajaan Melayu
sebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa
buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka,
Johor-Ria, Lingga dan sebagainya (Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-
33). Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan
yangmengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau
landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan
tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam.

Setiap politik Melayu yang dinyatakan di atas, diperintah oleh raja atau sultan
atau Yang di-Pertua .Sistem pemerintahan beraja (sekarang ini sistem pemerintahan
raja berpelembagaan) adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepada
pembangunan undang-undang Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua
intitusi beraja iaitu Yang Di Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai
komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang
di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga buah badan di
dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif)
dan badan kehakiman (judikatif) (Abdul Aziz, 2002:40-59).

Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara
dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada
sesiapa atau suruhanjaya yang dilantik atas perkenan baginda. Baginda merupakan
payung dan paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat
sistem raja berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya
baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang
termaktub di dalamPerlembagaan persekutuan Malaysia.

15
Sistem Perundangan

Dalam konteks sejarah, politik Melayu merupakan kamus perundangan


sendiri yang berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam (hukum syarak).
Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada
Prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala
Berang,Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan
22 Februari 1303M. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang
perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum
sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tentang kesaksamaan antara
semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman,
2004:90).

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan


dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan
Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-
undang Melaka. Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak
merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat
melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British
memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila
mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malay Union (Abdul Monir,
2005:68).

16
HUBUNGAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

Kita selalu beranggapan bahawa tamadun itu sering dilihat dari segi fizikal
seumpama pembinaan bangunan dan kemudahan. Walaubagaimanapun tamadun
juga perlu dilihat secara keseluruhannya iaitu dari segi tingkahlaku masyarakat
tersebut. Untuk itu, ilmu memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
dan pembangunan negara. Pendidikan dan kehidupan manusia adalah dua perkara
yang tidak boleh dipisahkan. Pendidikan merupakan landasan untuk mencapai
kejayaan. Tanpa ilmu pengetahuan, individu, masyarakat, bangsa dan negara akan
mundur dan akan ketinggalan dalam semua bidang dan lapangan. Ilmu
Ketamadunan mengajar bahawa budaya ilmu merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan
Negara:

Masyarakat yang baik dan seimbang itu ialah masyarakat yang dapat
menilai atau mengukur sesuatu perkara itu baik atau buruk mengikut pertimbangan
aturan agama dan undang - undang. Di samping bijak dan cekap dalam segala
tindakan untuk mencapai kemajuan pembangunan negara atau tamadun bangsa
dan negara. Matlamat ke arah pembudayaan ilmu ialah bagi melahirkan masyarakat
yang berilmu dan cintakan ilmu. Masyarakat ini bukan sahaja mahukan ilmu-ilmu
yang bersifat keagamaan untuk akhirat tetapi juga mengambil keutamaan dalam
ilmu-ilmu keduniaan seperti politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi sebagainya.

Melalui pendidikan, masyarakat yang berbudaya ilmu adalah masyarakat


yang mempu menangani segala permasalahan dalam segala tugas yang
diamanahkan dan ini akan mempengaruhi kemajuan dalam pembangunan negara.
Hasil atau kesan masyarakat berbudaya ilmu itu ialah mampu membina negara dan
bangsa yang bertamadun. Pendidikan dan penghayatan ke atas ilmu akan
melahirkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan untuk menuju sebuah negara
maju yang bertamadun.

Untuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat


bukanlah satu impian yang terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai . Ini kerana
melalui pengalaman sejarah silam , generasi manusia terdahulu seperti masyarakat
Yunani , China , India dan Islam sendiri pernah mencapainya di dalam pelbagai
bidang keilmuan. Kecanggihan sains dan teknologi yang didominasi oleh negara-

17
negara Barat dan negara Jepun moden sekarang ini adalah manifestasi dari budaya
ilmu yang disemai di dalam masyarakat mereka .

Kepentingan pendidikan dalam pembinaan tamadun tidak dapat menjamin


kekuatan sesuatu tamadun untuk terus berkekalan. Namun, Ilmu hasil pendidikan
adalah batu asas kepada pembinaan malah ketahanan sesuatu tamadun itu.
Sejarah telah membuktikan bahawa dengan ilmulah tamadun terbina dengan
gemilang. Ilmu jugalah yang memandu tamadun ke arah landasan yang betul.
Landasan itulah yang menentukan halatuju sesuatu tamadun itu sama ada akan
berjaya atau gagal. Namun kejayaan atau kegagalan sesuatu tamadun itu
bergantung kepada sikap setiap individu di dalam masyarakatnya. Penyemaian
sikap mementingkan ilmu pengetahuan perlu terus ada dan tumbuh subur di dalam
setiap individu masyarakatnya. Oleh itu pendidikan adalah jawapan kepada
kejayaan sesuatu tamadun itu dan sudah tentu pendidikan adalah perkara terpenting
untuk pembangunan negara dalam pembinaan tamadun.

18
KESIMPULAN

Dalam suasana Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya,


keperluan persefahaman dan sikap tolak ansur serta saling hormat-menghormatI
antara satu sama lain amat kritikal bagi menghalang sebarang ancaman kepada
kehormanian yang dinikmati. Sebarang perasaan tidak puas hati, gelisah dan
kebencian harus segera dipadamkan kerana ia boleh memercikkan gelombang
kemarahan yang menyeluruh untuk dikongsi oleh sesuatu kaum yang merasakan
ketidakadilan itu. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi satu pengajaran berguna dalam hal
ini. Lantaran itu realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan
budaya perlu difahami oleh generasi muda yang akan meneruskan kesinambungan
negara ini. Hasil dari kefahaman ini akan mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan
lagi hubungan antara kaum di Malaysia.

Selain membina perasan saling hormat-menghormati, saling memahami


budaya dan agama di kalangan rakyat Malaysia, ilmu ketamadunan diharap dapat
mempertingkatkan kesedaran generasi muda mengenai kedudukan dan identiti
mereka dalam satu keadaan di mana proses globalisasi kian mencabar wibawa
agama-agama dan budaya selain budaya barat. Budaya dan tamadun barat mulai
menguasai seluruh hidup masyarakat dunia dengan sebahagian besar dari idea,
nilai dan maklumat dari barat diterima dan diamalkan. Sungguh pun demikian tidak
semua nilai-nilai barat ini sesuai bagi penduduk asia khususnya penduduk Malaysia.
Justeru itu ilmu ketamadunan seharusnya dapat menjadi asas kepada
pembangunan negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang bertamadun.

19

Anda mungkin juga menyukai