Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pendahuluan

Perkataan tamadun berasal dari perkataan arab yang memberi maksud


kemajuan. Setiap tamadun mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tamadun-
tamadun ini sudah pastinya semakin maju kerana pertembungan-pertembungan
dengan tamadun lain. Perbezaan dan pertembungan antara tamadun ini juga
mampu membawa impak yang positif dan juga negatif terhadap tamadun-tamadun
ini. Walaupun begitu, tamadun-tamadun ini mengambil setiap yang berlaku itu
sebagai pelajaran untuk mereka terus maju. Menurut kamus dewan edisi keempat
(2010), tamadun ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,
cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

2.0 Ekonomi

2.1 Ekonomi dalam tamadun Melayu

Menurut Ubah Iqbal, Nordin Hussin, Ahamad Ali Seman, (2015), semasa
zaman pra-kolonia Semenanjung Tanah Melayu, masyarakat melayu
mendominasi populasi penduduk. Kebanyakan daripada mereka menetap di
kawasan berhampiran laut dan pinggir sungai (Awang,2002). Kawasan
penempatan mereka yang berhampiran dengan laut dan sungai memboleh
mereka mendapatkan sumber makanan dan sumber air dengan mudah.
Tambahan pula, kawasan sedemikian membantu ekonomi masyarakat
Melayu yang mengamalkan sara hidup yang mudah. Bagi masyarakat yang
tinggal berhampiran dengan sumber air, mereka menjalankan aktiviti kegiatan
perikanan dan penanaman padi.
Disebabkan “alah bias tegar biasa” masyarakat Melayu berjaya
menyesuaikan diri dengan alam sekitar kerana ada diantara kalangan mereka
yang mahir dalam ilmu pelayaran. Kesannya wujud tamadun Melayu yang

1
tinggal kawasan dan persisiran tersebut. Selain itu, terdapat masyarakat
Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman kampung-kampung dengan
menjalankan kegiatan sara hidup seperti menternak bintang seperti lembu,
kerbau dan kambing. Aktiviti penternakan ini membantu urusan penduduk
setempat untuk membajak sawah dan menarik kayu. Mereka juga
menjalankan aktiviti-aktiviti memungut hasil hutan seperti akar-akar kayu,
kayu barus, rotan dan kayu cendana serta buah buahan (Noor Alina Syahida
Sorkawi, Yunus Sauman, 2015). Sekiranya terdapat lebihan daripada hasil
pencarian, mereka akan menukarkannya dengan orang lain bagi
mendapatkan pakaian atau makanan seperti beras (Awang, 2002).

2.2 Ekonomi dalam tamadun India

Sejak pembukaan selat Melaka, kaum India mula datang ke Tanah


Melayu mencari peluang pekerjaan kerana keadaan sosial dan ekonomi yang
tidak stabil di negeri mereka. Hal ini kerana, masalah yang sering dihadapi
oleh orang India ialah bencana alam yang menyebabkan kerosakan teruk
pada hasil tanaman mereka. Keadaan ini menyebabkan sumber bekalan
makanan mereka semakin berkurang kerana hasil pertanian yang tidak
mencukupi (A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, 2003). Oleh itu,
masyarakat India telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tanah
Melayu dan berkerja sebagai peladang-peladang dibawah seliaan pihak
British. Tambahan pula, buruh asing dari India rela untuk berkerja walaupun
gaji yang dibayar adalah rendah.

Selain itu, buruh-buruh dari India merupakan buruh yang murah,


patuh daan senang dikawal oleh pihak British. Di samping itu, disebabkan
kaum-kaum lain iaitu Melayu dan Cina tidak berminat untuk bekerja di ladang-

2
ladang getah, buruh india mula mendominasi pekerjaan di ladang-ladang
getah. Keadaan ini menyebabkan, kaum India telah dijadikan buruh untuk
membina bangunan- bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri
Selat (Azmah Abdul Manaf, 2001). Selepas tahun 1900, setelah pihak British
menanam biji-biji getah secara besar- besaran terutamanya di bahagian barat
Tanah Melayu. Bagi memudahkan pihak British,orang-orang India yang
berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris diambil untuk berkhidmat sebagai
pegawai-pegawai perubatan dan jurukur dalam bidang-bidang ternikal dan
professional (Azmah Abdul Manaf, 2001).

2.3 Ekonomi dalam tamadun China

Ekonomi di negara China mengalami kemerosotan yang teruk lebih- lebih


lagi kadar pengangguran yang semakin meningkat akibat terlalu ramai warga
China hidup susah. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa menyara hidup
dengan menjual hasil pertanian mereka pada harga yang rendah sambil
mencari jalan mendanai ketagihan candu mereka. Keadaan ini memaksa
warga negara Cina mencari sumber pendapatan yang lain dengan mencari
jalan keluar dari negara sendiri disebabkan desakkan oleh tekanan ekonomi
dan politik negara mereka sendiri. Oleh hal demikian, kebanyakan komuniti
Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari peluang pekerjaan dan
kekayaan di tempat kita. Komuniti Cina pada masa itu sangat memegang
pada falsafah Konfusianisme iaitu memberi perhatian kepada golongan
petani sahaja. Hal ini kerana, Falsafah Konfusianisme memandang rendah
kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat
dengan penipuan dan keuntungan yang merupakan elemen-elemen yang
buruk mengikut ajaran Konfusianisme. Disebabkan itu, komuniti Cina yang
datang ke Tanah Melayu hanya berminat untuk menjadi pelombong,
menanam tebu, lada hitam dan gambir.Ada kalangan mereka ini hanya
datang ke Tanah Melayu untuk mengumpul harta dan balik kembali ke China
tetapi menjelang Perang Dunia Kedua dan China menjadi sebuah negara

3
komunis, ramai pula yang membuat keputusan untuk tinggal di sini (Noor,
2010).

3.0 Sosio Budaya

3.1 Sosio budaya dalam tamadun Melayu

Sebelum kedatangan Agama Islam masyarakat Melayu yang


dahulunya menganut fahaman animisma, Hindu, Buddha sedikit sebanyak
meresap masuk ke dalam kehidupan masyarakat Melayu. Bermula dengan
kepercayaan animisma, kemudiannya kedatangan Hindu dan Buddha ke
tanah Melayu dari India pada awal kurun ke 3. Sebelum Masihi serta Islam
dari Timur Tengah pada kurun ke 13, ketiga- tiga kepercayaan ini
mempengaruhi adat resam, bahasa, tutur kata dan sosio budaya masyarakat
Melayu di Nusantara sekaligus merubah sistem kepercayaan mereka.
Kepercayaan animisma yang tidak teratur dan perlbagai menyebabkan
berlakunya kecelaruan kefahaman agama. Tetapi selepas kedatangan
agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan penyembahan dan upacara
keagamaan menjadi lebih teratur dan tersusun. Kedatangan Hindu-Buddha
sebagai agama telah merubah sistem kepercayaan, pemikiran dan gaya
hidup masyarakat Melayu. Elemen-elemem Hindu-Buddha juga didapati
hampir sama dengan setiap aspek kehidupan orang Melayu yang beradat
serta menjadi tradisi yang diamalkan sejak turun temurun. Dalam adat
perkahwinan orang Melayu dahulu misainya, bakal pengatin perempuan dan
lelaki akan memakai inai bagi menaikan seri kedua-dua mempelai pengatin.

3.2 Sosio budaya dalam tamadun India

Seperti yang mana kita ketahui, penganut agama Hindu di Tanah Melayu
sememangnya sudah wujud pada awal lagi. Penganut-penganut di Tanah

4
Melayu sangat mendukung konsep agama Hindu Buddha kerana agama ini
kelihatan lebih teratur dan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Hal ini
kerana, kita masih lagi dapat melihat penganut agama Hindu Buddha ini
masih lagi mengamalkan upacara keagaamaan mareka yang tersendiri sepeti
Wesak dan Deepavali. Sebagai contoh, Batu Cave adalah salah satu tempat
bagi menganut agama Hindu menjalankan upacara keagamaan terutamanya
ketika hati Deepavali. Selain itu juga, agama ini juga memberi kesan kepada
bahasa, pemakanan, perkahwinan, kesenian di Malaysia. Salah satu
pengaruh yang amat ketara ialah penggunaan bahasa. Tamadun India telah
memberi impak yang besar terhadap Tamadun Melayu. Hal ini kerana,
pengaruh bahasa Sanskrit telah diubah dan dijadikan kosa kata bahasa
Melayu. Kesusasteraan India menjadi sumber perkembangan di tamadun
Melayu kerana penggunaan bahasanya yang mudah dan unsur bahasa yang
menarik. Pengaruh bahasa Sanskrit telah mengubah bahasa Melayu lama
dan menghasilkan bahasa Melayu yang baru. Sebagai contoh drohaka telah
menjadi derhaka, prakara menjadi perkara dan sebagainya (Ramlah Adam,
Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween, Muslim Fadzil. (2010). Akhir sekali
ialah tamadun India juga mempengaruhi tamadun Malaysia dari segi
pemakanan. Sebagai contoh makanan tradisional daripada tamadun India
ialah capti, tosai dan roti canai yang sehingga sekarang makanan ini menjadi
makanan kegemaran oleh warganegara Malaysia. Selain itu, roti-roti ini
biasanya dimakan bersama kuah seperti dal dan kari. Makanan ini juga telah
divariasikan dengan pelbagai cara bagi menghasilkan rasa yang berbeza
seperti roti apabila tambah keju akan menjadi roti keju yang lebih manis dan
sedap. Selain itu juga, makanan tradisional India yang amat digemari
penduduk Malaysia iaitu Nasi Briyani. Makanan ini berasal daripada orang
India. Makanan ini kebanyakan dijual di gerai makanan orang india ataupun
kedai mamak. Nasi Briyani ini terbahagi kepad dua enis iaitu nasi biryani
ayam atau nasi briyani kambing.

5
3.3 Sosio budaya dalam tamadun China

Kehidupan di Tanah Melayu yang lebih baik dari negara asal


menyebabkan ramai warganegara Cina berhjrah ke Malaysia untuk mencari
sumber pendapatan utama. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara
tidak langsung menyumbang kepada kemasukan seni, budaya, agama dan
bahasa mereka. Masyarakat Cina juga percaya mereka lebih cerdik,beradab
dan berkebolehan daripada orang-rang dari tamadun lain. Hal ini kerana,
kemampuan mereka membawa seni bina mereka ke Tanah Melayu untuk
membina sebuah masjid. Sebenarnya gaya seni bina adalah setua tamadun
Cina. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara dasarnya tidak
berubah, perubahan utama hanya berlaku pada perincian berhiasan. Sejak
Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya
seni bina Korea, Vietnam dan Jepun tidak kurang juga pengaruhnya ke atas
Tamadun Melayu yang meliputi Kepulauan Melayu. Sebagai contoh lokasi
Melaka telah dipih sebagai tempat melakarkan ukuran seni kerana Melaka
merupakan penepatan awal menerima kedatangan tamadun Cina di Tanah
Melayu selain menjadi pusat pelabuhan yang penting suatu ketika dahulu.
Antara bangunan lama di Melaka yang dipengaruhi oleh seni bina Cina ialah
Masjid Kampung Hulu. Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid
paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapak asal yang
terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di
Melaka. Ciri seni bina Cina yang terdapat pada masjid ini dapat dilihat melalui
unsur pagoda pada seni bina menara yang kebiasaan terpisah daripada
bangunan utama masjid. Sebelum kewujudan pembesar suara, menara ini
berfungsi sebagai tempat untuk Bilal melaungkan azan. Konsep pagoda ini
telah lama digunakan di China bagi fungsi keagamaan yang sering digunakan
di kuil Buddha. Struktur pagoda bercirikan banggunan tipikal bertingkat
dengan hiasan luaran yang ketara, pelan berbentuk polygonal dan
mempunyai puncak stupa. Jelas di sini menunjukkan seni bina dan fungsi

6
pagoda diguna pakai dalam pembinaan menara Masjid Kampung Hulu.
Tambahan pula, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu
menyebabkan munculnya masyarakat Baba dan Nyonya. Kemunculan
masyakarat Baba Nyonya ini terutama sekali di negeri Melaka dan Pulau
Pinang kerana negeri ini merupakan suatu interaksi perhubungan yang
memberi kesan besar di Malaysia. Berdasarkan catatan De Eredia
masyarakat Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan
membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin
dengan wanita Melayu tempatan. Secara tidak langsung mereka
menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga
semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga.
Proses campuran pembudayaan Melayu dan tamadun Cina ini telah berlaku
ke atas mereka dan melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik
dinamakan Baba dan Nyonya. Budaya dan cara hidup masyarakat Baba dan
Nyonya ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi
makanan dan pemakaian. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi
resipi orang Melayu seperti penggunaan rempa ratus dan mereka ini
menggunakan tangan ketika makan seperti amalan masyarakat Melayu.
Generasi Nyonya (perempuan) yang terdahulu sehingga kini masih memakai
pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu yang dikenali
sebagai kebaya nyonya. Seni bina dan kelengkapan rumah masyarakat ini
masih mengekalkan ciri tamadun Cina. Kehidupan dan pemikiran kaum Baba
Nyonya ini juga masih mengekalkan unsur-unsur masyarakat Cina biarpun
mereka telah lama terpisah dari komuniti nenek moyang mereka di China.
Bagaimanapun, dari segi anutan, kebanyakanya mereka masih mengekalkan
agama Buddha namun ramai di antara mereka yang memilih agama lain
seperti Islam dan Kristian.

4.0 Pendidikan

4.1 Pendidikan dalam tamadun Melayu

7
Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, sistem Pendidikan
orang Melayu hanyalah berlandaskan kepada pelajaran agama Islam iaitu
menjadikan kitab suci Al-Quran sebagai panduan dan rujukan utama. Sistem
pendidikan di Tanah Melayu adalah tidak formal dan fokusnya lebih kepada
pendidikan agama. Pembelajarannya lebih kepada membaca al-Quran,
pembelajaran bahasa Arab, hukum agama serta penguasaan teknikal
seperti menulis, mengira dan membaca. Mereka telah mejadikan surau atau
masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat Al-
Quran. Pelajaran yang diperolehi oleh anak-anak Melayu ketika itu adalah
hafalan ayat-ayat Al-Quran, doa dan mempelajari ajaran agama Islam.
Pendidikan yang penting pada ketika itu ialah Pendidikan Islam di mana
pendidikan ini mula berkembang dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok
dan masdrasah sebagai tempat mendapatkan pendidikan tersebut.
Tambahan pula, sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, juga
mempengaruhi pendidikan kepada semua termasuk anak-anak, masyarakat
serta golongan bangsawan, dengan erti kata lain, pendidikan anak-anak telah
diwajibkan seawal tujuh tahun dalam Islam. Selain itu juga, kedatangan Islam
ke Tanah Melayu menyebabkan masyrakat mengambil berat tentang
Pendidikan anak-anak terutamanya dalam peribadi dan sahsiah serta amalan
ibadat (Razimi Husin, 2013).

4.2 Pendidikan dalam kaum India dan Cina.

Walau bagaimanapun, apabila penjajahan British bermula, sistem


pendidikan yang berteraskan Pendidikan Inggeris dimulakan. Pihak British
yang berkuasa di Tanah Melayu, mula memperkenalkan sistem
pendidikan Inggeris yang dipengaruhi oleh golongan imigran atau buruh.
Pendidikan ini mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hal ini demikian
menyebabkan masyarakat Melayu pada masa itu tercabar dan terasa sukar
untuk mempelajari Bahasa Inggeris kerana majoriti masyarakat Melayu tidak

8
mahir untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan baik. Tambahan pula,
tindakan British yang menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk
terus belajar di sekolah Inggeris kerana pihak mereka bimbang jika orang-
orang Melayu belajr dengan pandai, kedudukan Inggeris akan pasti tergugut
(Sufean Hussin, 2002). Peluang untuk belajar di sekolah Inggeris hanya
diberikan kepada golongan bangsawan dan kelas atasan sahaja (Razimi
Husin, 2013). Tambahan pula, tindakan pihakl British yang mewujudkan
sekolah Vernakular menambahkan lagi jurang perbezaan antara kaum. Hal
ini kerana, sekolah Vernakular ini telah mengasingkan pelajar-pelajar kepada
bebarapa aliran sehinggakan setiap pelajar mempunyai ideologi yang
berbeza-beza serta menanam sikap tiada tolenransi antara satu sama lain
terutamanya melibatkan agama dan bangsa. Pihak British juga memilih untuk
tidak mencampur tangan dalam urusan pentadbiran dlam sistem pendidikan
setiap kaum. Hal ini kerana, pihak mereka snegaja berbuat demikian bagi
mengekalkan amalan “racist” dalam setiap kaum. Tambahan pula, situasi ini
memudahkan pihak British untuk terus menjalankan agenda “pecah dan
perintah” yang mereka amalkan
Bagi kaum Cina, pembukaan sekolah bagi kaum Cina tiada masalah kerana
kebanyakan komuniti-komuniti Cina pada masa itu mempunyai kewangan
yang cukup tinggi disebabkan mereka menjawat jawatan sebagai orang
kanan British dalam mengelolaan proses perlombongan. Tetapi bagi kaum
India, mereka masih memerlukan bantuan British untuk membuka sekolah
aliran India. Hal ini kerana, kedudukan kaum India yang lebih terpencil iaitu
terletak di dalam kawasan estet serta ladang getah menyukarkan kaum India
membuka sekolah aliranya sendiri tanpa bantuan daripada pihak British.
Sistem pendidikan sedemikian telah mengekalkan masyarakat Melayu
berada di kawasan pedalaman menjalankan kegiatan pertanian, Cina terus
menjalnkan aktiviti perlombongan dan perniagaan serta orang India pula
kekal dalam kawasan ladang dan estet.

5.0 Aplikasi kehidupan yang sihat dalam kepelbagaian tamadun di Asia.

9
Pertembungan antara tamadun telah menyebabkan berlakunya perkongsian idea
terutamanya dalam bidang perubatan bagi mencegah penyakit dan untuk
membentuk sebuah negara yang bertamadun seiring dengan negara-negara maju
yang lain. Sebagai contoh, seperti mana yang kita sedia maklum, kaum Melayu
merupakan salah satu kaum yang mengamalkan perubatan tradisional dan
kebanyakan kitab perubatan orang Melayu turut dipengaruhi oleh perubatan agama
Islam (Jasmi, Kamarul Azmi, Suratman, Azmi Shah, Ruskam, Aminuddin, 2003).
Sejak dahulu lagi masyarakat Melayu mempunyai kepakaran yang mendalam bagi
usaha pemulihan daripada sakit contohnya demam dan keuzuran. Sebelum adanya
perubatan moden, orang Melayu sangat bergantung sepenuhnya kepada perubatan
tradisional Melayu. Sebagai contoh bagi pesakit yang mengalami demam panas,
masyarakat Melayu menggunakan air daun bunga raya yang dibaca tujuh kali Al-
Fatihah dan tuamnya keatas dahi pesakit dengan menggunakan tuala kecil.
Perubatan seperti ini masih lagi guna pakai oleh orang sesetengah orang Melayu
terutamanya bagi orang-orang Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman.

Selain itu juga, masyarakat Cina juga tidak ketinggalan dengan menggunakan
kaedah Akupuntur dan moxihustion dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan
teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk
jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam
kulit dan tisu di bawah kulit. Tambahan pula, dalam rawatan moxibustion, daun
moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu
dibakar Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada
saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan.

6.0 Penutup

Kesimpulannya, perbezaan mahupun persamaan antara tamadun ini sangat


memberi impak yang besar terhadap kehidupan dan kemajuan masa kini. Semua

10
bidang baik dalam bidang ekonomi,sosio budaya mahupun pendidikan perlulah
memainkan peranan masing-masing demi mengelakan ketidaksefahaman antara
kaum. Tanpa kesafahaman masyarakat terdahalu ditambah lagi dengan jurang
perbezaan tamadun ini pada masa itu, kemungkinan masyarakat kita masih tidak
bertamadun. Walaupun begitu, perbezaan antara tamadun sudah pastinya juga ada
yang mendatangkan perkara yang negatif seperti perbalahan kaum, jurang ekonomi
dan sebagainya. Setiap masalah dan perkara negatif yang berlaku perlulah kita
dijadikan sebagai pengajaran untuk kita terus maju di masa akan datang.
Perkongsian idea dan pendapat daripada tamadun yang lain ini telah menjadikan
sesebuah negara itu lebih bertamadun. Oleh itu, semua masyarakat haruslah
mengambil peluang ini untuk lebih memajukan negara dan menjadikan negara
sebagai negara yang tersohor di mata dunia dalam apa jua aspek kecuali aspek-
aspek yang negatif. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga
keamanan dan kemajuan negara kita.

11
7.0 Rujukan

A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin. 2003. Globalisasi dan Peradaban di


Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm 211.

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlm 8.

Awang, S. (2002). Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957.


Tesis
Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 1

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Jasmi, Kamarul Azmi, Suratman, Azmi Shah, Ruskam, Aminuddin, et al. 2003.
Pengaruh Pemikiran al-Imam al-Nawawi di Kalangan Guru-guru Takmir Di
Negeri Johor. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Noor Alina Syahida Sorkawi dan Yunus Sauman (2015) Sosioekonomi masyarakat
Melayu Mukim Sepang, 1957-1990. Tesis Jabatan Sejatah, Fakulti Sains
Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Noor, M. M. (2010). Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia masa kini: buta dengan
perubahan realiti sosial Negara. Jurnal Demokrasi, 9(2)

Mohd Razimi Husin (2013) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

12
Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween, Muslim Fadzil. (2010). Buku
Teks
Sejarah Tingkatan 5. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Penerbit
UITM. Hlm10

Ubah Iqbal, Nordin Hussin, dan Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah perkembangan
ekonomi semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era
prakolonial. Jurnal antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp.
95-11

13

Anda mungkin juga menyukai