Anda di halaman 1dari 3

2.

0 SEJARAH INTERAKSI ANTARA TAMADUN-TAMADUN

Interaksi antara tamadun-tamadun adalah memberikan banyak faedah di


antara tamadun. Proses interaksi di antara tamadun adalah bermula dengan proses
pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang etnik.

Antaranya, interaksi terhadap tamadun Cina dan tamadun India adalah


melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. Jalan Sutera sebagai
saluran interaksi antara tamadun India dengan tamadun Cina. Ia adalah laluan yang
berperanan penting kepada para perdagang. Dalam proses interaksi yang berlaku,
bukan hanya barang dagangan dibawa masuk ke China, agama Buddha juga
merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China. Pada kurun ke-2, dalam
aktiviti perdagangan telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan
tamadun India di rantau Asia Tenggara.

Seterusnya, interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India telah


bermula seawall abad ke-3 sebelum masihi. Interaksi Tamadun Melayu-India adalah
bermula dengan pelayaran para pedagang Melayu menyeberangi Teluk Bengal.
Mereka mencari barang dagangan dan membawa barang dagangan berupa rempah
ratus untuk didagangkan di India. Suvarnabhumi yang bermaksud “tanah emas” ialah
tujuan utama para pedagang dari India ke Tanah Melayu. Dalam interaksi peringkat
awal tamadun Melayu dan tamadun India, agama Hindu dan Buddha adalah
disebarkan. Setiap kali pedagang India berkunjung di Tanah Melayu, mereka
menyebarkan agama dan kebudayaan dari India kepada penduduk tempatan.

Selain itu, dalam interaksi kedua-dua tamadun tersebut, bahasa Sanskri


diterima oleh Tamadun Melayu dan menjadi kosa kata bahasa Melayu kini.
Petempatan orang India terawal didirikan oleh golongan peniaga pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Dalam golongan pedagang India terdapat beberapa
yang beragama Islam dan memegang jawatan dalam pentadbiran. Tun Ali adalah
seorang India-Muslim yang memegang jawatan Bendahara Melaka dari tahun 1446-
1456. Di Melaka, keturunan India-Muslim mendirikan masjid dan petempatan mereka
yang dikenali sebagai Kampung Paili.

Di samping itu, dalam rekod rasmi China mencatatkan Kedah pernah


menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke
China yang bertarikh 638 M. Pelaburan Melaka adalah menjadi tempat pertemuan
bagi para pedagang untuk menjalankan kegiatan perdagangan termasuk para
pedagang dari China. Kerajaan China merupakan tarikan bagi para pedagang untuk

1
dating ke Melaka dan menjadikan pemerintahan Melaka selamat dari ancaman
musuh. Hubungan di antara Melaka dengan China bermula apabila Parameswara
memerlukan perlindungan bagi mengelakkan Melaka dijajah oleh kuasa lain. Pada
tahun 1403, Laksamana Yin Ch’ing membawakan permintaan Parameswara kepada
Maharaja China di Kerajaan Ming memohon memohon bernaung di bawa
perlindungan China. Pada tahun 1405, Laksamana Cheng Ho membawa perutusan
pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja
China.

3.0 KESAN POSITIF TERHADAP INTERAKSI ANTARA TAMADUN-TAMADUN

Antaranya, kesan positif dalam interaksi antara tamadun India dan tamadun
China adalah ajaran Buddha di India disebarkan ke Asia Tenggara dan Asia Timur.
Pada zaman Han Timur, agama Buddha telah dibawa masuk ke China. Maharaja
Han Timur menghantar wakil ke India untuk memahami ajaran Buddha untuk dapat
lebih mendalam. Doktrin Daorisme dan Confusianisme telah disertai ke dalam ajaran
Buddha untuk menyesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat Cina, namun tidak
menjejaskan doktrin asal Buddhisme.

Seterusnya, dari segi sains dan teknologi terhadap tamadun India, mereka
menggunakan beberapa ciptaan sains dan teknologi dari tamadun China untuk
mengembang masyarakat India. CIptaan sains dan teknologi China seperti
pembuatan kertas, tembikar dan bahan letupan, percetakan serta kompas juga telah
dibawa masuk ke India melalui proses interaksi. Selain itu, ahli-ahli astronomi India
mengembangkan bidang astronomi India di Negara China. Di zaman dinasti Tang,
astronomi Cina dan India berkerjasama dan menghasilkan kalendar Cina yang baru.
Perubatan Cina juga diberi penghormatan yang tinggi di India. Karya perubatan India
banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina bagi memperkayakan ilmu perubatan Cina.

Selain itu, hasil daripada interaksi tamadun Melayu dan tamadun India
adalah agama Hindu dan Buddha disebarkan. Agama Hindu dan Buddha menjadi
pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan
animisme. Kedatangan agama Hindu dan Buddha menjadikan upacara agama di
kalangan masyarakat tempatan lebih formal dan teratur. Lazimnya, kedatangan
agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat
Melayu. Pada hari ini agama Hindu telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan adat-
adat yang bertentangan sudah tidak diamalkan lagi dikalangan masyarakat Melayu.

2
Di samping itu, dalam interaksi antara tamadun Cina dan tamadun Melayu,
agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui para pedagang dari Canton
dan Hainan. Kehadiran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam turut
menguatkan teori penyebaran Islam dari China. Selain itu, Cina peranakan adalah
dikenali sebagai Baba dan Nyonya yang mempunyai unsur-unsur kebudayaan
Melayu yang diwarisi oleh tamadun Melayu. Sehubung itu, dalam bidang perubatan,
tamadun Melayu memperoleh keuntungan daripada tamadun Cina. Contohnya,
rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan menyeimbangkan ‘yin’ dan
‘yang’ mengikut kepercayaan masyarakat.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, proses interaksi terbukti telah memperkayakan lagi unsur-


unsir ketamadunan dalam tamadun Melayu, tamadun Cina dan tamadun India.
interaksi antara tamadun adalah penting untuk memberi kesan-kesan yang positif
kepada masyarakat kini. Hal ini kerana interaksi adalah sebagai satu unsur untuk
meningkatkan peringkat-peringkat tamadun. Oleh yang demikian, pembinaan
tamadun Melayu, Cina dan India saling berkait rapat antara sama satu lain.

Anda mungkin juga menyukai