Anda di halaman 1dari 20

1

Kandungan
Kandungan Muka Surat
Penghargaan 2
Pendahuluan 3
Esei:
Pengenalan dan Definisi
Aspek Pendidikan
Aspek Keluarga
Aspek Komuniti
Aspek Teologi dan Agama
Aspek Sestem Pemerintahan
Kesimpulan

4
6
8
9
12
14
16
Refleksi 17
Bibliografi 18
Lampiran 19










2

Penghargaan
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus pendek untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS). Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Junaidah Binti Mat
Lia iaitu pensyarah bagi subjek ini yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang proses kerja kursus pendek ini disiapkan. Selain itu, saya ingin berterima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan berkongsi idea ketika
menyiapkan kerja kursus ini. Segala pertolongan dan bimbingan dari mereka sangat
berguna dan memberikan manfaat kepada saya.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah mendapat pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat bermakna dan berharga dalam
hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang
menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu Persamaan dan Perbezaan di antara
Tamadun India dan Tamadun Islam.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus pendek ini disiapkan.








3

Pendahuluan
Semua pelajar 1 PISMP wajib membuat satu kerja kursus pendek untuk subjek
Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS). Antara objektif kerja kursus ini
ialah mengenal pasti interaksi antara pelbagai tamadun dalam Tamadun Melayu,
mengenal pasti pengaruh Tamadun Islam di Asia dan Eropah, mengetahui sumbangan
tokoh-tokoh Tamadun Islam di Asia dan di Eropah, mengetahui sumbangan tokoh-tokoh
Tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan dan mengetahui isu-isu
kotemporari yang berkaitan dengan Hegemoni Barat dan Globalisasi.
Bagi kerja kursus pendek subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara
(TITAS), saya perlu membuat esei yang keempat yang bertajuk Persamaan dan
Perbezaan di antara Tamadun India dan Tamadun Islam. Saya telah mencari bahan
dan maklumat dari buku dan internet bagi menyiapkan esei tersebut. Saya juga
berbincang dengan rakan-rakan bagi menyiapkan kerja kursus ini.











4

Esei: Persamaan dan Perbezaan di antara Tamadun India dan Tamadun Islam
Pengenalan dan Definisi
Tamadun mempunyai pelbagai maksud. Tamadun dikenali sebagai madain,
mudun, madana dalam bahasa Arab. Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan
pembukaan bandar. Tamadun juga dikenali sebagai civilisation dalam bahasa Inggeris.
Civilisation berasal dari Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga
bermaksud peradaban manusia. Melalui sudut Barat, tamadun dikaitkan dengan
pembangunan lahirah seperti dalam aspek kebudayaan, penulisan undang-undang,
kesenian dan perbandaran. Mengikut Barat, pencapaian lahiriah dijadikan kayu
pengukur kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah
proses perkembangan tamadun. Melalui sudut Islam, tamadun merangkumi
pembangunan lahiriah dan rohaniah. Menurut tokoh Islam terkenal, Ibn Khaldun melihat
tamadun dari aspek kehidupan bandar. Beliau menganggap kehidupan bandar ialah
kehidupan bertamadun yang terbentu apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan
sekaligus melahirkan semangat tolong- menolong dan kerjasama. Syed Naquib al-Attas
pula menyatakan tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Terdapat dua tamadun yang
sangat gah dan kuat di dunia pada satu ketika dahulu iaitu tamadun India dan tamadun
Islam. Tamadun India menjadikan asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg
musnah oleh orang Aryan. Tahap baru selepas kemusnahan tamadun Indus dikenali
sebagai zaman Vedik yang berasal dari kitan Veda. Tamadun India diperintah oleh raja
dan mempunyai dua kerajaan iaitu Janapada (kerajaan kecil) dan Mahapada (kerajaan
besar. Pada 321 sebelum Masihi, Chadradupta Maurya telah menyatukan kerajaan
kecil untuk membuat empayar pertama yang dikenali sebagai Dinasti Maurya.
Kehebatan empayar tersebut mula menyerlah pada pemerintahan Asoka. Tamadun
Islam wujud di tempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering
kontang yang dikenali sebagai Hijjaz. Tamadun ini berasaskan pemikiran dan ajaran
agama yang merupakan anugerah Allah kepada manusia. Perkembangan tamadun
Islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom. Tokoh yang membawa
tamadun Islam ke satu tahap yang sangat tinggi ialah Nabi Muhammad saw. Baginda
5

menerima wahyu pertama di Gua Hira dan bermula dari saat itu baginda menyebarkan
ajaran Islam secara tersembunyi dan terbuka di Makkah dan Madinah. Tamadun Islam
ini bermula dari zaman Nabi Muhammad saw, Khulafa Ar-Rasyiddin dan kerajaan-
kerajaan Islam. Kedua-dua tamadun India dan tamadun Islam mempunyai persamaan
dan perbezaan yang tersendiri. Persamaan dan perbezaan ini dapat kita lihat melalui
aspek pendidikan, keluarga, komuniti, teologi dan agama dan sistem pemerintahan.

















6

Aspek Pendidikan
Aspek pendidikan ialah aspek yang sangat penting dalam setiap tamadun. Setiap
tamadun mementingkan pendidikan dalam masyarakat mereka. Hal ini kerana
masyarakat yang mempunyai ilmu yang tinggi dapat meningkatkan tamadun mereka
pada tahap yang lebih tinggi. Bagi orang Islam, mereka wajib menuntut ilmu. Menurut
hadis Nabi Muhammad saw:
Menuntut ilmu pengetahuan adalah wajib di atas setiap orang Muslim.
(Riwayat Bukhari)
Masyarakat yang berilmu dapat mentadbir sebuah tamadun dengan baik dan dapat
mengekalkan kegemilangan tamadun. Pendidikan juga dapat membentuk peribadi
seseorang. Persamaan tamadun India dan tamadun Islam dalam aspek pendidikan
ialah kedua-duanya menekankan pendidikan agama,pembinaan pusat pengajian ilmu
dan ilmu sains dan falsafah. Pendidikan pada zaman tamadun India bermula pada
zaman Vedik. Mereka perlu mengkaji buku kitab Veda dan penggunaan bahasa
Sanskrit melalui kaedah hafalan. Bagi mencapai taraf Brahmin, masyarakat dalam
tamadun India perlu menghafal kitab Veda. Antara kandungan kitab Veda ialah ritual,
mantera, dan lagu agama. Tamadun India juga menyediakan pusat pengajian ilmu
untuk masyarakat mereka iaitu Kolej Brahmin yang beroperasi pada tahun 100 sebelum
Masihi. Masyarakat pada zaman tersebut juga belajar ilmu saintifik dan falsafah.
Mereka juga meningkat pembelajaran ilmu sains. Bagi tamadun Islam, penekanan
terhadap pendidikan agama dapat dilihat ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab,
beliau menyediakan guru dan tempat belajar. Hal ini kerana beliau mahu
memperkembangkan pembelajaran al-Quran. Sebagai contoh, beliau menghantar Abu
Sufyan ke kawasan orang Badwi. Ketika zaman kerajaan Bani Umayyah, banyak pusat
pengajian yang telah dibina. Antaranya ialah Pusat Pengajian Tinggi di Cardova yang
diasaskan oleh Abd Rahman III Pusat pengajian ilmu tersebut menjadi pusat ilmu
pengetahuan di Eropah. Al-Hakam II iaitu perpustakaan yang terkenal pada zaman itu
turut dibina. Pada zaman kerajaan Bani Umayyah sebanyak 17 pusat pengajian dan 70
perpustakaan yang beroperasi di Andalusia. Seville, Toledo, Granada telah menjadi
7

pusat ilmu pada zaman kerajaan Bani Umayyah. Ketika zaman kerajaan Bani
Abassiyah, Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu melalui aktiviti
terjemahan bahasa asing ke bahasa Arab. Antara bahasa asing yang diterjemah ialah
bahasa Yunani, bahasa Sanskrit dan bahasa Suriani. Baitulhikmah pula menjadi
institusi keilmuan yang diasas oleh Harun Al Rashid dan berkembang pada zaman al-
Makmun Harun al- Rashid. Antara kegiatan utama yang dijalankan di Baitulhikmah ialah
kegiatan penterjemahan falsafah dari bahasa asing terutamanya bahasa Yunani.
Terdapat tiga tahap dalam proses penterjemahan iaitu tahap pertama ialah mencatat
segala idea dan percakapan. Tahap kedua ialah mengumpul idea yang serupa atau
kumpul hadis nabi dalam buku manakala tahap ketiga ialah mengarang dengan lebih
teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu. Terdapat juga perbezaan yang
dapat dilihat dalam tamadun Islam dan India dalam aspek pendidikan. Bagi tamadun
India, tidak semua masyarakat mereka mendapat pendidikan. Bidang pendidikan ketika
itu didominasi oleh lelaki. Terdapat kasta sudra (bawahan) yang tidak dibenarkan
mendapatkan pendidikan. Mereka menjadi orang suruhan kepada golongan kelas-kelas
atasan. Dalam masyarakat klasik India semua kasta kecuali sudra dibenarkan
mempelajari kemahiran menulis,membaca dan mengira. Bagi tamadun Islam, semua
lapisan masyarakat mendapat pendidikan. Kaum perempuan juga tidak ketinggalan
dalam mendapatkan pendidikan sehingga melahirkan tokoh perawi hadis tersohor iaitu
Saidatina Aisyah. Melalui pendidikan, masyarakat Islam dapat melahirkan banyak
ilmuwan Islam. Antara ilmuwan Isalam yang terkenal ialah Zakaria al-Razi, Al-Hawi, Al-
Zahrawi, Al-Khawarizmi, Al-Battani, Abu Ishaq, Al-Biruqi, Al-Bitruni, Al-Farabi ,Al-
Miskawayh, Al-Mawardi dan Ibn-Sina. Melalui persamaan dan perbezaan tamadun
India dan tamadun Islam, kita dapat melihat kedua-dua tamadun tersebut sangat
mementingkan pendidikan. Mereka membina banyak pusat pengajian ilmu untuk
memajukan tamadun masing. Jika negara kita lebih menumpukan aspek pendidikan,
sudah pasti negara kita akan lebih maju dan terbilang di persada dunia. Kita juga dapat
melihat bahawa masyarakat tamadun Islam lebih bebas dalam menuntut ilmu manakala
golongan kasta sudra (bawahan) tidak dibenarkan mendapat pendidikan. Oleh itu,
pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam kegemilangan kedua-dua
tamadun.
8

Aspek Keluarga
Selain itu, persamaan antara tamadun India dan tamadun Islam dapat dilihat
melalui aspek keluarga. Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan
masyarakat begitu dihayati oleh tamadun India dan tamadun Islam. Kedua-dua
tamadun sangat mementingkan kekeluargaan. Pembinaan keluarga mempunyai
matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian
malah menjadi penerus zuriat. Bagi tamadun India, keluarga bersama ialah bentuk yang
paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India walaupun hubungan darah yang
dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan
kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan
kasih sayang dan rasa hormat. Bagi tamadun Islam, institusi kekeluargaan adalah
berasaskan ajaran al-Quran yang memberi kepentingan dalam hubungan
kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan
tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak
anak itu di dalam kandungan seperti menjaga kandungan dengan berhati-hati. Ibu bapa
bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak yang
merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Hal ini kerana seseorsng ysng
mempunyai ilmu agama dapat mencegah diri daripada kemungkaran. Anak-anak tidak
boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan
ibu bapa. Mereka perlu taat kepada perintah ibu bapa selagi tidak menyalahi syariat.
Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam. Sebagai contoh, jika
seorang lelaki berkahwin empat dan mempunyai empat keluarga, dia perlu memberi
nafkah dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil. Islam juga mengajar agar setiap
muslim hormat-menghormati dan sayang-menyayangi sesama ahli keluarga. Melalui
aspek keluarga, kita dapat melihat bahawa kedua-dua tamadun mempunyai beberapa
persamaan. Kedua-dua tamadun sangat mementingkan kekeluargaan. Hal ini kerana
keluarga bahagia merupakan asas kepada kegemilangan tamadun. Oleh itu, kita perlu
menanam azam yang tinggi untuk membentuk keluarga bahagia supaya dapat
memajukan agama, bangsa dan negara kita.

9

Aspek Komuniti
Di samping itu, tamadun India dan tamadun Islam mempunyai perbezaan dalam
aspek komuniti. Masyarakat merupakan aset yang paling penting dalam kegemilangan
sesebuah tamadun. Penyusunan masyarakat yang teratur dan aman dapat
mewujudkan tamadun yang gemilang. Bagi tamadun Islam, masyarakat Islam
mengamalkan sistem masyarakat dimana semua golongan manusia adalah sama di sisi
Allah swt. dan hanya keimanan seseorang yang menentukan betapa tingginya darjat
seseorang manusia. Allah swt. tidak pernah membezakan hamba-hambaNya kerana
pangkat mahupun harta tetapi Allah swt. menilai ketaqwaan setiap muslim. ALLAH
berfirman:

(al-Hujurat, ayat 13)
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi ALLAH ialah orang yang paling
bertaqwa.
Melalui firman tersebut menunjukkan orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang
yang bertaqwa. Orang miskin atau kaya sama sahaja di sisi Allah melainkan mereka
bertaqwa. Orang Islam sangat mementingkan ukhwah sesama muslim. Ukhwah
masyarakat Islam sangat menyeluruh. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya
ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama dan
hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang
bukan Islam. Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam
terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut. Terdapat tiga
asas individu dalam Islam iaitu ikatan kekerabatan, persamaan agama dan ikatan
kemanusiaan. Hubungan sesama anggota masyarakat juga berasaskan konsep
10

egalitarian bermaksud sama rata. Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud
sistem kelas dalam masyarakat dan tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita.
Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan. Ini
bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaanyang sesuai
dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya. Hal ini amat berbeza dengan sisitem
masyarakat dalam tamadun India. Dalam sistem masyarakat tamadun India, wujud satu
amalan tersendiri yang menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat yang mempunyai
peranan masing-masing iaitu kasta. Sistem kasta di India menetapkan stratifikasi sosial
dan pembatasan dalam kehidupan sosial di India. Empat kasta yang utama ialah
Brahmin (pendidik), Ksatriya (pemerintah), Vaisya (peniaga), dan Sundra(pekerja).
Sistem kasta ini diamalkan oleh semua penduduk dalam tamadun India dimana sistem
kelas ini disusun mengikut pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat di situ. Terdapat
beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dalam sistem kasta ini seperti tidak dibenarkan
wujud satu bentuk hubungan atau ikatan perkahwinan dengan kasta-kasta yang
berbeza, dibenarkan makan atau minum di antara individu sekastanya sahaja dan perlu
melakukan tugas-tugas atau kerja-kerja mengikut jenis kastanya sahaja, Setiap individu
perlu mentaati dan menerima aturan-aturan kasta tersebut. Sistem kasta ini telah
menyebabkan masyarakat dalam tamadun India terpisah dan tidak dapat bergaul
antara satu sama lain. Sistem in juga telah menyebabkan orang dalam kasta rendah
berasa rendah diri dan tidak dapat bergerak ke kelas yang tinggi dan tiada pergerakan
dalam pengkelasan masyarakat. Melalui aspek komuniti dalam kedua-dua tamadun,
kita dapat melihat bahawa sistem masyarakat dalam tamadun Islam ialah sama rata.
Allah swt. tidak menilai seseorang melalui darjat atau harta tetapi menilai seseorang
berdasarkan iman dan taqwa. Islam tidak mempunyai sistem kelas dan tidak
membezakan lelaki dan wanita. Ketika kedatangan Islam, Allah swt. mengangkat
martabat wanita ke tahap yang lebih tinggi berbanding zaman jahiliyyah yang
merupakan zaman yang merendahkan martabat wanita. Bagi tamadun India,
penyusunan masyarakat mereka berdasarkan system kelas iaitu kasta. Sistem kasta ini
menyebabkan masyarakat kasta rendah tidak boleh bergaul dengan masyarakat kasta
tinggi. Oleh itu, setiap tamadun mempunyai sistem masyarakat yang tersendiri. Sistem
11

masyarakat ini menjadi identiti sesebuah tamadun dan membawa kegemilangan
sesebuah tamadun.



















12

Aspek Teologi dan Agama
Tambahan pula, persamaan dan perbezaan dalam tamadun India dan tamadun
Islam dapat dilihat melalui aspek teologi dan agama. Teologi merupakan aspek
tamadun spiritual yang penting bagi sesebuah masyarakat. Bagi kedua-dua tamadun,
kepercayaan kepada Tuhan merupakan asas penting dalam kehidupan beragama.
Kedua-dua tamadun ini juga mempunyai kitab suci sendiri yang menjadi pegangan
hidup masyarakat mereka. Agama hindu mempunyai kitab Veda manakala agama
Islam mempunyai kitab al-Quran. Kedua-dua agama ini turut menyarankan
penganutnya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Agama Hindu dan
Islam turut menyatakan kehidupan selepas mati. Terdapat juga perbezaan agama
antara agama Hindu dan Islam. Dalam Tamadun India, terdapat beberapa agama yang
tersebar iaitu Hindu, Buddha, Islam, dan Sikh. Terdapat juga agama lain seperti Jaina,
Bahai, dan Zoraster. Dalam agama Hindu, terdapat 6 mazhab, bergantung kepada
dewa atau dewi yang disembah. Sejarah awal bermulanya agama ini agak sukar
ditentukan kerana bersifat semula jadi. Agama Hindu juga tidak mempunyai pengasas
dan institusi agama yang khusus. Prinsip utama agama Hindu adalah kewujudan Tuhan
yang tunggal, ,manusia suci, perpaduan melalui percintaan, harmoni agama dan
pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci. Bagi
agama Islam pula, agama dipanggil sebagai ad-Din dan merangkumi keesaan Allah,
mempercayai dan meyakini Allah serta apa yang disampaikan-Nya dengan sepenuh
hati dan membuktikan dengan amalan di samping melakukan apa yang diperintah serta
meningalkan apa yang dilarang. Pengertian Islam pula dari segi bahasa adalah berasal
dari perkataan Arab yang membawa maksud berserah, tunduk dan patuh. Dari segi
istilah pula, Islam beerti berserah, tunduk dan patuh kepada Allah swt. iaitu Tuhan
semesta alam. Hal ini bermaksud agama Islam mempunyai Tuhan yang satu iaitu Allah
swt. dan sistem perundangan Islam yang lengkap untuk kehidupan seharian manusia.
Melalui aspek teologi dan agama, kita dapat melihat persamaan antara kedua-dua
tamadun iaitu agama Hindu dan Islam mempunyai kitab suci sendiri yang menjadi
panduan hidup untuk penganutnya. Perbezaan juga dapat dilihat melalui segi
penyembahan Tuhan. Agama Hindu perlu menyembah dewa dan dewi mereka
manakala agama Islam perlu menyembah Allah swt. Oleh itu, setiap agama dalam
13

sesebuah tamadun mempunyai kriteria tersendiri sebagai pemangkin kegemilangan
sesebuah tamadun.



















14

Aspek Sistem Pemerintahan
Selain itu, perbezaan dapat dikenalpasti antara kedua-dua tamadun melalui aspek
sistem pemerintahan. Terdapat dua sistem pemerintahan dalam tamadun India iaitu
sistem beraja dan pemerintahan berbentuk empayar. Bagi sistem beraja, pada tahap
awal pembentukannya, iaitu antara tahun 600 - 320 S.M., tamadun India mempunyai
dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja
manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan
Magadha. Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak.
Kedudukan seseorang raja ini kemudiannya diperkukuh dengan pelbagai bentuk
upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci
dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan
peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah
tertinggi serta merupakan golongan dominan. Bagi pemerintahan berbentuk empayar,
Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan
kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321-185 S.M.. Hal ini telah mengubah status
raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga
ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. Zaman
kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka, iaitu
dari tahun 273 - 232 S.M.. Penilaian itu dibuat berasaskan kejayaan Asoka
menamatkan perang saudara. selepas kematian ayahnya, Bindusara, dan menakluk
negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India. Selepas Perang Kalinga,
Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan
penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.
Walaupun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk
birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya. Bagi tamadun Islam, sistem
pemerintahan berbeza mengikut zaman seperti zaman Nabi Muhammad saw, Khulafa
Ar-Rasyiddin dan kerajaan-kerajaan Islam. Ketika zaman Nabi Muhammad saw,
baginda menjadi ketua kerajaan yang memerintah sesuai dengan Al-Quran. Baginda
membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada beberapa perkara.
Pertama, menghapuskan semangat assabiyah dan menggantikannya dengan
15

semangat ummah mengikut akidah Islam. Kedua, menjadikan Islam sebagai landasan
undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat berasaskan Al-Quran dan
Sunnah. Ketiga, menjadikan kaedah musyawarah sebagai kaedah yang berkesan
dalam pentadbiran. Keempat, memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam
Madinah Kelima, mewujudkan hubungan diplomatik dengan Habsyah, Mesir, Byzantine
dan Parsi. Bagi zaman Khulafa Ar-Rasyiddin, Al Quraan dan As-Sunnah menjadi
asas corak pemerintahan. Khalifah mengutamakan kebajikan dan keadilan semua
rakyat. Majlis Syura memainkan peranan penting dalam melaksanakan pentadbiran
negara. Bagi zaman kerajaan Islam, kerajaan Bani Umayyah mengamalkan
pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga kepentingan serta
kedudukan pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Sebahagian khalifah
menjalankan dasar pilih kasih dengan mengutamakan keluarga Bani Umayyah.
Kelemahan khalifah menyebabkan gabenor di beberapa wilayah menyalahgunakan
kuasa, mengumpul kekayaan dan mengamalkan rasuah. Melalui aspek system
pemerintahan, kita dapat melihat setiap perkara atau perubahan yang dilakukan dalam
sistem pentadbiran dalam tamadun Islam dibuat berdasarkan al-Quran manakala dalam
tamadun India, perubahan system pemerintahan bergantung kepada kebijaksanaan
pemerintah tersebut. Walaupun pemerintahan yang sistematik dijalankan dalam kedua-
dua tamadun namun tamadun Islam lebih bersifat adil dan saksama manakala
pentadbiran di tamadun India bersifat kuasa yang mutlak. Oleh itu, sistem pemerintahan
yang sistematik dapat menjamin kesejahteraan sesebuah tamadun.







16

Kesimpulan
Kesimpulannya, tamadun India dan tamadun Islam mempunyai beberapa
persamaan dan perbezaan mengikut beberapa aspek iaitu aspek pendidikan, keluarga,
komuniti, teologi dan agama dan sistem pemerintahan. Persamaan dalam kedua-dua
tamadun menunjukkan tamadun India dan tamadun Islam bersetuju bahawa persamaan
tersebut boleh meningkatkan kegemilangan tamadun mereka. Perbezaan dalam kedua-
dua tamadun juga menunjukkan tamadun India dan tamadun Islam mempunyai cara
tersendiri untuk membangunkan tamadun mereka. Kita dapat belajar mengenali
kegemilangan sesebuah tamadun melalui persamaan dan perbezaan antara tamadun.
Jika kita memahami persamaan dan perbezaan sesebuah tamadun, kita dapat bersikap
toleransi antara kaum lain untuk keharmonian sejagat. Oleh itu, jika masyarakat
mengetahui persamaan dan perbezaan sesebuah tamadun, masyarakat dapat
membuka ruang untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih baik
pada masa hadapan.











17

Refleksi
Selepas menyiapkan kerja kursus pendek ini, banyak perkara baru yang saya
belajar. Antaranya ialah sejarah Tamadun India dan Tamadun Islam. Kedua-dua
tamadun tersebut sangat hebat dan unggul pada zaman dahulu. Tamadun tersebut
mempunyai kehebatan dari segi aspek pendidikan, keluarga komuniti , teologi dan
agama dan sistem pemerintahan. Disebalik kehebatan kedua-dua tamadu tersebut,
terdapat persamaan dan perbezaan antara dua tamadun tersebut.
Kedua-dua tamadun ini sangat menekankan aspek pendidikan untuk
meningkatkan keunggulan tamadun mereka. Bagi tamadun India, pemerintah mereka
telah membina Kolej Brahmin yang beroperasi pada tahun 100 sebelum Masihi. Bagi
tamadun Islam pula, banyak ilmuwan Islam yang dilahirkan seperti Zakaria al-Razi, Al-
Hawi, Al-Khawarizmi dan Al-Farabi. Mereka merupakan ilmuwan yang hebat dan
berakhlak mulia.
Selain itu, melalui kerja kursus pendek ini saya dapat mengetahui nilai-nilai
kekeluargaan yang telah diterapkan oleh kedua-dua tamadun ini. Kedua-dua tamadun
ini sangat menekankan aspek pendidikan kerana keluarga merupakan asas
pembentukan sesebuah masyarakat. Bagi tamadun India, keluarga bersama ialah
bentuk paling menonjol dalam system kekeluargaan India. Bagi tamadun Islam pula,
institusi kekeluargaan adalah berasaskan Al-Quran yang memberi kepentingan dalam
hubungan kekeluargaan.
Kesimpulannya, kursus kerja pendek ini sangat bermanfaat kepada saya. Saya
berharap dapat menyiapkan kerja kursus seperti ini pada masa akan datang.





18

Bibliogafi
Ahmad Zaki Abd. Latiff, A. H. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Samsudin, R. b. (2008, April). Diterima Mac 25, 2012, from
http://sejarahstpm.blogspot.com/: http://sejarahstpm.blogspot.com/2008/04/tema-
2-pemerintahan-dan-pentadbiran_21.html
Shahir, A. (2011, February 6). DiterimaMac 25, 2012, from
http://kelascikgushahir.blogspot.com:
http://kelascikgushahir.blogspot.com/2011/02/aspek-peningkatan-tamadun-
pemerintahan.html




19



Lampiran








20

Anda mungkin juga menyukai