Anda di halaman 1dari 2

KUIZ TITAS 1

1. Empat hak anggota dalam masyarakat Islam


i. Hak Untuk Hidup
-Setiap ahli masyarakat mempunyai hak untuk dilindungi daripada
dibunuh dan dicederakan
ii. Hak Untuk Kebebasan
-Setiap individu mempunyai hak kebebasan tetapi masih terikat
dengan undang-undang dan syariah Islam
iii. Hak Untuk Keadilan
-Setiap anggota masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan
keadilan mengikut undang-undang yang berlandaskan Al-Quran dan
As-Sunnah
iv. Hak Persamaan
-Setiap orang mempunyai hak untuk mendapatkan peluang yang
sama dalam sesuatu bidang
2. Hubungan tamadun dapat dilihat dari perspektif agama, budaya dan
bahasa. Apakah yang dimaksudkan dengan perspektif budaya?
- Budaya merupakan tatacara masyarakat itu bertindak ke atas
persekitaran mereka dalam kehidupan yang mencorakkan kehidupan,
amalan dan tingkah laku.
- Budaya secara
- umumnya diertikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang
menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam,
sikap, nilai, peralatan budaya atau apa-apa yang dihasilkan meraka
sebagai anggota masyarakat.
3. Empat ciri-ciri asas tamadun
- Kewujudan penempatan manusia
- Kemajuan teknologi
- Sistem pemerintahan dan ekonomi
- Urbanisasi
- Organisasi Sosial
- Kepercayaan dan agama
- Tulisan dan bahasa
- Budaya dan kesenian
- Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti
- Sistem perundangan

4. Ibn Khaldun
- Ibn Khaldun berpandangan bahawa agama sebagai perisai sesebuah
tamadun. Sesebuah tamadun membangun dengan pesat tetapi boleh

runtuh sekiranya masyarakat sesebuah tamadun tidak menjaga agama


mereka. Ajaran agama mendorong manusia menghayati nilai-nilai
kehidupan yang luhur dan berhemah tinggi seterusnya melahirkan
ketinggian budaya dan masyarakat harmoni. Agama menggariskan hakhak manusia untuk dilindung. Contohnya, agama Islam mempunyai lima
prinsip-prinsip tamadun iaitu menjaga nyawa, menjaga harta, menjaga
maruah, menjaga agama dan menjaga hak keadilan. Untuk membuat
peraturan dan undang-undang, masyarakat sesebuah tamadun perlulah
menggariskan undang-undang tersebut berasaskan agama yang
menekankan hak keadilan individu. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya
penganiayaan dan kezamilan dalam sistem sosial masyarakat.
5. Ciri-ciri asas pembinaan tamadun di malaysia
- Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
6. 2 ciri yang membentuk jati diri dan identiti tamadun di Malaysia
- Islam telah manjadi teras kepada pembentukan jati diri dan identiti
tamadun di Malaysia.
-Budaya kita masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa membentuk jati
diri dan identiti Malayia yang unik.
- Bahasa adalah ciri yang menentukan jati diri sesebuah tamadun. Bahasa bukan
sahaja berperanan
sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat malah menjadi ciri yang
mendefinisikan bangsa tersebut. Kita sebagai rakyat Malaysia
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Perwatakan, adab dan kesusilaan orang Melayu adalah berasaskan
kepada prinsip tauhid dan hukum syarak. Mana-mana adat yang
diamalkan sebelum Islam yang menyalahi syarak ditinggalkan atau
dimodifikasi supaya selaras dengan syarak.

- konsep kendiri ahli dalam masyarakat juga memainkan peranan untuk


membentuk jati diri negara. Persekitaran yang baik adalah perlu bagi
menghasilkan masyarakat yang berakhlak baik dan akhlak yang baik itu juga
perlu lahir daripada diri sendiri berdasarkan kepada faktor-faktor persekitaran
yang boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia

Anda mungkin juga menyukai