Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam
menggunakan tangan yang diperturunkan dari generasi ke generasi seperti membuat batik, seni
ukiran, anyaman, dan sebagainya.
Kraf tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai malah ianya perlu dipelihara
agar generasi yang akan datang masih mampu melihat dan mengenal serta mempunyai
kemahiran dan pengetahuan di dalam proses pembuatannya. Barang-barang kraf dihasilkan
mengikut kaedah-kaedah tertentu yang memerlukan penelitian dan kreativiti di dalam
penghasilannya. Kebanyakkan barang-barang kraf ini dihasilkan bagi tujuan kegunaan harian
dan untuk tujuan kerohanian. Seseorang tukang itu menghasilkan sesuatu barangan bukan sahaj
untuk kegunaan harian malah ianya mempamerkan keindahan seni serta kemahiran yang tinggi.
Seni kraf Melayu juga merupakan penjelmaan kepada unsur-unsur dari alam semulajadi kepada
satu bentuk seni rupa.
Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan
kecekapan. Kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti
pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya Craft Today Poetry of the
physical, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan
pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian
dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.
Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam. Sejak ribuan tahun lagi orang Melayu pada awalnya menganut
fahaman animisme dan menganut agama Hindu. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah
menyebabkan pengaruh Islam semakin berkembang kerana kebanyakkan mereka telah memeluk
agama Islam. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam
penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu
penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas
menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya
digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias
kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia
atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga
tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham
dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah
membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga
bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau
binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah
melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias
seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang
paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga
dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri.
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa
mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama
yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi
menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam
jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan
keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar
dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk
mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu
sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula
menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai
dengan fitrahnya.

2.0 Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda
supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,
anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun
dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan
keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat
daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan
rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalamtanur memiliki kekuatan
yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas
menyimpan air, balang dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung,
jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labuyakni alat untuk
menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian
pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa
bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu
yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan
terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik.
Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang
berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar
dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis
keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur
kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut,
bunga tanjung dan sebagainya.

2.2 Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-
tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-
tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam
merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan
yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk
mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan
menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini
berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang
mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun
pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat
Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan
semasa menjalankan ibadat.

Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian
depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima
buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan
kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya)
berbicara dengan tuhan.
2.3 Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional
yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya
mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang
ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir
dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan
Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah
air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis
motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun,
ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif
yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung
digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan
geometri.

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur
ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri
seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur
ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat
batik.


2.4 Ukiran
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti
seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di
negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu
teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan
gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk
ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-
rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik
tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-
alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu,
kereta kuda dan kereta lembu.

. Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup
masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran
amat kuat pengaruhnya kepada pengukir.Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam
ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula
terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang.
Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal
dengan kraf ukiran.

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris
berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh
dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris
juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa
dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan
mukjizat tuhan.

3.0 Kepentingan Mempelajari Seni Kraf Tradisional

Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung
dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat
diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid
sekolah.

3.1 Kepentingan mempelajari kraf tradisional;
i.Menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu
dikekalkan.
ii.Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional perlu dipelajari supaya tidak akan lupus
ditelan zaman.
iii.Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik.
iv.Merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.

3.2 Kepentingan mengenali kraf tradisional

i.Mempelajari teknik membuat produk:
Setiap kraf mempunyai teknik yang tertentu dan tersendiri berbeza antara satu dengan lain.
Contohnya kraf tembikar menggunakan pelbagai teknik tertentu seperti picitan, kepingan dan
lingkaran pada tanah liat untuk membentuk objek.

ii.Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam
menghasilkan kraf yang berkaitan;
Setiap kraf menggunakan bahan yang tertentu untuk menghasilkannya.
Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang untuk menghasilkan
objek.

iii.Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional;
Setiap kraf mempunyai motif yang berbeza pada ragam hias sesuatu objek. Contoh motif tapak
harimau dalam kraf anyaman.

iv. Warisan Bangsa
Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu
masa dahulu. Kepandaian menghasilkan ciptaan kraf diwarisi secara turun-temurun. Contohnya
dalam penghasilan seni tekatan, ukiran, anyaman dan sebagainya.

v. Alam Semula Jadi
Penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa,hasil daripada
pengamatan dan pemikiran penciptaannya. Tumbuhan (flora) seperti rupa daun, bunga dan
sebagainya dijadikan motif dalam menghasilkan karya.

vi. Kepercayaan
Hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam, mendorong
mereka meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan yang banyak.Hasil
ciptaan seni kraf Melayu adalah berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura
manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan.

vii. Persekitaran
Kraf tangan dihasilkan berdasarkan alam persekitaran. Sumber yang digunakan dalam proses
pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka dan melibatkan kelengkapan
domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan.

viii. Kreativiti
Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan
kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah lahir
dari hari ke sehari yang merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga
digunakan sebagai kehidupan harian.


4.0 Aktiviti seni kraf yang sesuai untuk murid tahun 3

Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-
tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Untuk aktiviti murid tahun 3, murid boleh melakukan aktiviti seperti berikut:

Tajuk : Seni kraf Tradisional (Anyaman)
Jenis anyaman : Anyaman siku keluang
Media : Alat: guntuing dan pembaris
Bahan : kertas warna, kertas lukisan, gam dank ad manila
Bahan Bantu Belajar : Contoh anyaman kelarai siku keluang
EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi


Faedah atau kelebihan yang murid dapat hasil daripada aktiviti ini:

a. Secara umum
i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan,
warna, harmoni dan kontra yang terdapat pada objek alam semula jadi
dan karya seni dalam penghasilan anyaman siku keluang.
ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman siku keluang.
iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam
penghasilan anyaman.
iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan budaya.
b. Secara khusus
i. Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami, bahasa
seni visual yang ada pada anyaman.
Unsur seni - Garisan lurus, Rupa geometri, Jalinan-tampak
dan sentuh, Warna-primer atau sekunder atau gabungan kedua-
dua warna
Prinsip rekaan - Harmoni kelarai, Kontra warna.


ii. Aplikasi Seni
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
anyaman.
Mengenal dan menyatakan jenis media - Alat gunting, bahan -
mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam dan
memahami teknik yang sesuai dalam pemghasilan karya.

iii. Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni
visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
Menghasilkan anyaman kelarai secara kreatif dengan
menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian
Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam
penghasilan karya

iv. Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
Mempamerkan karya yang dihasilkan
Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan




Contoh hasil kelarai siku keluang



5.0 Penutup

Seni kraf tradisional telah lama wujud sejak dahulu lagi namun sebelum kedatangan
Islam seni kraf mereka lebih banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme mereka dan juga
kepercayaan terhadap agama terdahulu iaitu Hindu. Setelah kedatangan Islam terdapat sedikit
perubahan kepada motif dan ragam hias yang lebih menumpukan kepada motif flora yang mana
ianya lebih lembut berbanding motif haiwan.
Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan
warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga
mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya.
Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup
tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding
pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat
di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang
sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.
Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna,
antara lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, tenang,
hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik. Berekspresi estetik
merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya, keperluan ini
terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin
merefleksikan keradaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan.
Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam
kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada keperluan primer, sekunder,
ataupun keperluan budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik dan benar, adil dan
tidak adil serta masuk akal atau sebaliknya.
Kecanggihan menghasilkan objek seni ini boleh dikaitkan dengan pemikiran saintifik dan
pemikiran matematik. Motif yang digunakan serta anyaman yang teliti sebenarnya dipengaruhi
dengan pemikiran saintifik bahkan coraknya juga adalah dalam bentuk geometri.
















Rujukan

Ku Zam Zam Ku Idris (1984).Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu. Dewan Budaya,
hlm.40-43.
Othman Mohd Yatim(1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam.Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa & Pustaka.
Sidi Gazalba (1977). Pandangan Islam Tentang Kesenian.Kuala Lumpur. Penerbit Pustaka
Antara.
Siti Zainon Ismail, (1986), Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rujukan laman sesawang

http://webcache.googleusercontent.com/search?hl=en&gbv=2&q=cache:u-
C7VNzRyRUJ:http://resam-melayu.com/2010/06/kesenian-anyaman-melayu-antara-kreativiti-
dan-sainstifik.html+jenis-jenis+seni+kraf+di+malaysia&ct=clnk

Anda mungkin juga menyukai