Anda di halaman 1dari 23

PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami sangat bersyukur atas segala nikmat dan kemudahan yang telah

dikurniakan kepada kami sepanjang masa menyiapkan tugasan yang diberi walaupun kami

terpaksa menempuh pelbagai cabaran sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus

Tamadun Islam dan Tamadun Asia kami yang dihormati iaitu Encik Syuja Bin Saedin Mohd

kerana telah memberi kami peluang serta masa yang mencukupi bagi menyiapkan tugasan

ini. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang mencukupi kepada kami

sepanjang masa penyiapan tugasan ini.

Seterusnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa masing-

masing yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan atas kejayaan kami. Mereka juga

turut membantu kami dari segi kewangan untuk memudahkan kami melaksanakan tugasan

ini.

Akhirnya, kami juga rasa amat bergembira kerana dapat mempunyai ahli kumpulan yang

bekerjasama demi menyiapkan tugasan ini dan memberi komitmen yang amat tinggi ketika

melaksanakan tugasan ini.


PENDAHULUAN

Objektif tugasan ini adalah untuk mengkaji pengaruh dan kesan-kesan tamadun Asia

lain yang dapat dilihat dalam perkembangan Tamadun Melayu.

Tamadun Melayu sering disinonimkan dengan Islam, ia dianggap sebagai dua entiti

yang tidak dapat dipisahkan kerana bangsa Melayu menganuti agama Islam sejak zaman

dahulu. Asia Tenggara atau nusantara pada asalnya ialah kawasan yang telah menerima

agama Hindu dan Buddha tetapi dengan kedatangan Islam ia telah berjaya mengubah

kawasan ini kepada pusat perkembangan Islam.

Tamadun Malaysia sebelum kedatangan Islam, menerima pengaruh yang berasaskan

kepada kepercayaan dan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme, dinammisme, hyang,

premis dan lain-lain. Setelah perkembangan Tamadun Islam sedunia, Malaysia tidak

terkecuali dalam mengikuti ajaran Sunnah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad dan

cara hidup rakyat Malaysia sejak 12 masihi lagi telah terbukti adalah berpaksikan kepada

ajaran Islam.

Kejayaan ini berjaya dicapai oleh generasi awal berasaskan fahaman agama Islam

yang berteras tauhid. Bukti kejayaan tamadun dihuraikan dalam perincian bab ini. Walaupun

kejayaan yang dibina berdasarkan pencapaian dan kepintaran zaman tersebut yang banyak

bergantung pada bahan alam yang tidak terlalu kompleks terhadap teknologi penciptaannya,

masyarakat Melayu tetap bergerak aktif dan mampu berinteraksi serta bersaing dengan

bangsa Asia lain seperti bangsa Cina dan India. Umat Melayu mampu membina jati diri

bangsa yang disegani dan menjadi contoh teladan kepada bangsa lain.
BAHAGIAN A - PENGENALAN

Tugasan ini dijalankan adalah untuk mengaji pengaruh tamadun Asia lain dalam

perkembangan tamadun Melayu. Perkembangan Tamadun Melayu banyak dipengaruhi oleh

tamadun-tamadun luar seperti Arab, Cina, India, serta Barat. Pengaruh-pengaruh ini dapat

dilihat dalam aspek sistem politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pengaruh tamadun Asia

lain telah memberi kesan-kesan dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga sekarang.

Adat merupakan cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Ia juga

mencerminkan perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada

berpandukan bulan atau tahun. Satu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Dari

segi pengertiannya, budaya dan adat ialah konsep yang saling bergantung. Adat Melayu yang

awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha, selepas itu dipengaruhi oleh campuran

Hindu atau Buddha dan Islam. Pengaruh tamadun luar yang ketiga juga merupakan pengaruh

yang paling kuat dalam kebudayaan dan adat Melayu adalah dipengaruhi oleh Tamadun

Islam.

Tamadun Barat pula banyak mempengaruhi masyarakat Melayu dalam bidang politik,

ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Hal ini kerana masyarakat Melayu telah mengalami

perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris.

Walau bagaimanapun, pengaruh Islam masih lagi memainkan peranan yang amat penting

terutamanys dalam senario politik Melayu dan masih digunakan sehingga kini.

Tamadun Asia lain yang banyak mempengaruhi tamadun Melayu ialah Tamadun Cina,

Tamadun India dan Tamadun Islam. Tamadun Melayu berdiri berasaskan terasnya iaitu orang

Melayu. Oleh itu, ia berkembang di kawasan-kawasan yang dihuni oleh orang Melayu dan

dikenali sebagai kepulauan Melayu. Pusat-pusat tamadun Melayu mengalami perkembangan

tamadun yang panjang dan ia telah berlaku ratusan tahun dahulu.


Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud sebelum permulaan

tahun masihi iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Hubungan China dengan Tanah

Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi selepas munculnya Dinasti Tang (618-907

M) dan Empayar Srivijaya di alam Melayu pada abad ke-7. Pemerintahan zaman Dinasti

Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui

pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut

antara Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Tanah Melayu.

Daripada segi kebudayaan, India adalah sebahagian daripada elemen budaya silam

yang menyumbang kepada pembentukan identiti budaya Melayu selain daripada elemen

agama Islam. Pengaruh peradaban India berkembang di kepulauan secara dominan dari kurun

masihi yang pertama hingga kurun ke-14 dan ke-15 melalui dua falsafah kepercayaaan yang

penting iaitu Hinduisme dan Buddhisme. Aspek lain yang mempengaruhi perkembangan

tamadun melayu adalah kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu berlaku sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan

masyarakat tersebut. Antara yang terpenting adalah kedudukan Semenanjung Tanah Melayu

sebagai tempat persinggahan dan sekali gus sebagai kawasan perdagangan yang menawarkan

banyak sumber perdagangan kepada semua pedagang seluruh dunia yang menarik minat

pedagang-pedagang dari India Selatan. Mereka mengembangkan Semenanjung Tanah Melayu

sebagai pusat perdagangan mereka di rantau Asia Tenggara.

Tamadun Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun

manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam yang berasal daripada perkataan Arab

salima bererti selamat sentosa atau kedamaian. Daripada perkataan salima ini dilahirkan

perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti

penyerahan diri, tunduk patuh dan ketaatan.


Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Tanah Melayu

dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku

perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur-unsur

budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam

masyarakat Melayu telah mengubah pelbagai aspek kehidupan seperti kerohanian, intelektual

dan kemasyarakatan.

Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan Tamadun Melayu dahulu dan

sekarang. Islam telah menjadi agama rasmi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan

Malaysia. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada Tamadun Melayu.

Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan agama Islam

dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan

berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi antara kedua-duanya dalam

Tamadun Melayu.
BAHAGIAN B PERBINCANGAN DAN ANALISIS

PENGARUH TAMADUN CINA TERHADAP TAMADUN MELAYU

(i) Dari Segi Makanan

Dari segi makanan, Tamadun Cina telah banyak mempengaruhi Tamadun Melayu.

Masakan masyarakat Cina telah diserap ke dalam masyarakat Melayu melalui masakan

masyarakat Nyonya. Masakan nyonya adalah gabungan masakan melayu dan cina yang

berasal dari kaum Cina, iaitu Amoy (Xiamen) dan Fukian. Golongan keturunan kaum Cina

telah bermaustautin di kedudukan yang unik seperti Negeri-negeri Selat khususnya di negeri

Melaka. Masyarakat ini telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu pada zaman

kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di Tanah

Melayu dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu. Keturunan mereka

dipanggil baba (lelaki) dan nyonya (perempuan). Oleh sebab makanan adalah disediakan oleh

kaum wanita pada zaman dahulu, panggilan 'nyonya' telah digunakan sebagai nama makanan

tradisional tersebut. Contoh masakan nyonya ialah bubur chacha, air asam dan nasi kerabu,

ikan bakar dan lain-lain.

Masakan nyonya seperti bubur chacha (kiri) dan air suam (kanan)
Masakan nyonya seperti nasi kelabu (kiri) dan ikan bakar (kanan)

(ii) Dari Segi Bahasa

Sekitar tahun 1560 Masihi, Yang Lin menyatakan bahawa perkataan Bahasa Melayu

mempunyai kaitan dengan Bahasa Cina. Beliau berjaya mengumpulkan sebanyak 500 kosa

kata bahasa Melayu yang diserap daripada bahasa Cina yang kebanyakannya berkaitan aspek

ekonomi dan nama barangan. Kata pinjaman daripada bahasa Cina, terutamanya dialek

Hokkien, telah banyak diserapkan ke dalam Bahasa Melayu dalam aspek berkaitan adat,

kekeluargaan dan agama orang Cina. Antata berikut merupakan senarai perkataan Bahasa

Cina yang diserap ke dalam Bahasa Melayu:

(i) Rumah dan perkakasnya: tanglung, sampan, cawan

(ii) Manusia dan hal ehwalnya: kongsi, tauke, samseng

(iii) Makanan dan buah-buahan: bihun, cincau, kuih

(iv) Pakaian dan barang-barang dagangan: kekwa(bunga), bak (dakwat), koyok (ubat)

(v) Permainan: ceki, congkak, pakau

Sebagai perbandingan, Edwards &Blanden (1930-1935) dalam Collins (2005) telah

mencatatkan sejumlah perkataan yang berasal daripada Bahasa China (Dinasti Ming),

antaranya:
(a) Chia pu erh (Kapur) (b) Ko lo ma (Kurma) (c)Chen chieh (Cengkeh) (d) Yin tan (Intan)

(iii) Dari Segi Musim Perayaan

--Pemberian Angpau dan permainan bunga api

Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilditri merupakan budaya yang asalnya

dipinjam dari budaya masyarakt Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau

yang melambangkan tuah biasanya sesiapa yang sudah berkahwin akan memberi angpau

kepada generasi yang belum berkahwin tanpa mengira usia atau kepada orang tua pada majlis

perkahwinan atau Perayaan Tahun Baharu Cina. Dari budaya masyarakt Melayu pula,

pemberian angpau adalah dari orang dewasa kepada orang tua atau kanak-kanak tanpa

mengira status perkahwinan. Warna angpau dalam masyarakat Cina adalah merah yang

melambangkan tuah baik manakala angpau dalam masyarakat Melayu pula adalah warna

kegemaran masyarakat Islam iaitu warna hijau. Selain itu, permainan bunga api dan mercun

ketika Hari Raya Aidilfitri juga dipinjam dari budaya masyarakat Cina yang akan membakar

bunga api dan mercun pada tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baru dan

menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah.

Pemberian angpau (kiri) dan permainan bunga api (kanan)


(iv) Dari Segi Kesenian

Pada awalnya, tarian kipas dipersembahkan bagi tujuan ritual pemujaan dan

penghormatan kepada Dewa Mitologi Cina dan kemudiannya berkembang menjadi satu

bentuk hiburan kepada masyarakat. Tarian ini telah dipinjam oleh masyarakat Melayu untuk

mempertunjukkan di Istana Raja dengan penari-penari yang cantik. Tarian ini sangat terkenal

di negeri Perak. 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki biasanya diperlukan

dalam tarian ini. Penari-penari lazimnya akan memegang 2 buah kipas dan memakai baju

kebaya, bersanggul serta berdandan dengan suntikan bunga yang disanggul. Tarian ini

memperlihatkan bahawa kipas Cina adalah bermakna dalam masyarakat cina iaitu untuk

menunjukkan dewa dewi pada zaman dahulu yang selalu menjadikan kipas sebagai alat

keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi yang dipercayai oleh

masyarakat cina iaitu feng shui yang merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu penanda

baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh demikian, tarian ini selalu dipersembahkan

agar dapat membawa tuah yang baik kepada seluruh anggota masyarakat cina.

Tarian kipas cina

(v) Pengaruh Cina terhadap Kaum Melayu (Baba dan Nyonya)

Baba dan Nyonya merupakan golongan keturunan Cina yang unik khususnya di Melaka

dan komuniti Cina Peranakan di Kelantan dan Terengganu. Asal usul mereka bermula melalui

perkahwinan campur yang berlaku antara kaum-kaum Cina dan Melayu. Baba digunakan
untuk merujuk kepada lelaki manakala Nyonya digunakan untuk merujuk kepada perempuan

untuk generasi-generasi seterusnya. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal berhijrah ke

Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga

adalah Hokkien.

Dari segi makanan dan pemakainan, jelaslah terdapat pengaruh Melayu dalam komuniti

Baba dan Nyonya. Mereka menggunakan tangan sebagaimana juga orang Melayu semasa

makan sudah menjadi sesuatu kebiasaan mereka. Kebanyakan masakan mereka juga diresapi

oleh cara masakan Melayu. Sebagai contohnya, ayam kapitan dan pindang bandeng. Di

samping itu, pakaian tradisi Baba dan Nyonya iaitu pakaian Nyonya dan sarung batik serupa

dengan baju kebaya, pakaian tradisi Melayu. Generasi tua masih mengekalkan pemakaian

sarung dan kebaya.

Kumpulan komuniti ini telah mengalami proses asimilasi dalam sosiobudaya Melayu, di

samping mengekalkan agama dan ciri-ciri kepercayaan asal mereka iaitu agama yang

berkaitan dengan masyarakat Cina seperti Buddha, Konfusianisme, Taoisme dan lain-lain.

Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dengan bahasa Melayu iaitu sejenis dialek

Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.


PENGARUH TAMADUN INDIA TERHADAP TAMADUN MELAYU

(i) Dari Segi Adat Istiadat

Kebudayaan dan peradaban adalah kesatuan yang kompleks yang mengandungi

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila dan adat resam. Sebelum kedatangan Islam,

agama dan budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu

hingga berabad-abad lamanya. Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan

masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ia amat sesuai untuk menjaga kepentingan

sosial dan politik mereka sendiri. Manakala rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut

dan memegang kepada kepercayaan animisme. Pengaruh India telah banyak diresap dalam

adat dan budaya kaum Melayu. Pengaruh ini paling ketara dalam adat resam Melayu yang

membabitkan perkahwinan dan kehamilan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa

pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan

dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu yang jahat

(Amran,1995:136). Selain itu, pengaruh Hindu yang juga menjadi ikutan dalam masyarakat

Melayu termasuklah:

A. Upacara Perkahwinan -- Bersanding

Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan

diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan

diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi

satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-

agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru digelar sebagai

Raja Sehari. Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan

penggunaan beras kunyit adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada pengantin

berdasarkan kekuningan semangat padi.


Perkahwinan Masyarakat Melayu Perkahwinan Masyarakat India

B. Adat Berinai

Berinai dalam perkahwinan Melayu akan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah tradisi

dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi,

berinai kecil dan berinai besar. Corak lukisan inai di atas tangan dalam kalangan masyarakat

Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh

daripada budaya Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.

C. Adat Bersembah

Pemujaan Raja secara berlebih-lebihan dalam masyarakat Melayu juga merupakan

cerminan kepada pengaruh Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan

Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari

aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan

Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.


(ii) Permainan Wayang

Bidang ini juga banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu terutamanya di Jawa.

Permainan wayang telah wujud pada zaman pra-sejarah lagi. Permainan wayang merupakan

kegiatan ritual, namun ia diselitkan dengan unsur-unsur drama, nyanyian dan sebagainya.

Pada asalnya, permainan wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno tetapi

kemudiannya bercampur dengan bahasa Sanskrit. Isi cerita juga mengalami perubahan.

Asalnya berkisar pada cerita mitos nenek moyang, kemudian mencedok cerita-cerita yang

bersumberkan epik Mahabharata dan Ramayana yang dianggarkan bermula sejak zaman

pemerintahan Rakai Pekatan (782-856) dari kerajaan Mataram di Jawa Tengah. Pada abad ke-

11 M, wayang tersebut telah menjadi drama yang menggetarkan kalbu apabila diselitkan

dengan permainan gamelan dan nyanyian.

Permainan Wayang

(iii) Dari Segi Kesenian ( Seni Bina, Seni Ukir, Seni Lukis )
Seni bina di Alam Melayu telah menerima pengaruh Hindu yang begitu kuat. Salah

satu seni bina yang terkenal di Alam Melayu ialah Angkor Wat di Kemboja. Angkor Wat

dibina oleh raja Angkor iaitu Suryavarman II (1113 1150 M). Tujuan pembinaan adalah

untuk menyembah dewa Visynu dan melambangkan kekuatan kerajaan Suryavarman II.

Selain itu, Angkor Wat juga merupakan makam Suryavarman II. Kawasan Angkor Wat

berbentuk segi empat tepat dengan 15550 meter panjang, 1400 meter lebar dan terdapat

beberapa menara yang melambangkan puncak Gunung Meru (gunung dewa-dewa). Angkor

Wat mempunyai lukisan timbul yang menceritakan dua epik Hindu iaitu Mahabharata dan

Ramayana.

Manakala di Lembah Bujang, Kedah terdapat banyak pembinaan candi untuk memuja

Gautama Buddha serta dewa-dewi Hindu. Struktur binaannya seperti kuil-kuil di India

Selatan. Reka bentuk candi-candi itu mempunyai tradisi seni bina tempatan. Antara candi-

candi yang termasyhur ialah Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Pendiat. Candi Pendiat

berbentuk 4 segi bujur, mempunyai dewan dan tempat penyembahan.

Seni pahat dan seni ukir dapat dilihat melalui perhiasan rumah, barang-barang perak

dan tembaga (arca, lampu, talam), barang-barang perhiasan wanita, kepala perahu dan

patung-patung. Patung-patung dibuat sebagai lambang ketuhanan Hindu. Patung-patung

seperti ini banyak terdapat di Funan dan di Jawa. Ukiran-ukiran juga dapat dilihat pada

dinding candi dalam bentuk makhluk ajaib, daun dan bunga. Seni lukis pula dapat dilihat

pada dinding-dinding gua, wau dan batik.


(iv) Dari Segi Makanan

Dari segi makanan, masakan India adalah salah satu pengaruh yang agak besar kepada

Tamadun Melayu. Pengaruh India kepada masakan Melayu bermula sejak kurun ke-19. Kini,

masyarakat Melayu turut mempunyai menu yang sama dengan India seperti roti canai, capati,

maruku, kari dan sebagainya. Semua ini ialah contoh masakan masyarakat lain yang diserap

ke dalam budaya Melayu hasil daripada perkahwinan campur ataupun pergaulan seharian.

Pada awalnya, roti canai atau paratha ialah makanan kegemaran kaum India. Pada masa

kini, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang diminati oleh

sebilangan besar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum cina atau kaum melayu. Roti-roti ini

sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal. Sesetengah orang juga suka menghidang roti

canai bersama teh tarik.

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Ia bukan sahaja digemari oleh

kaum India bahkan juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh

orang Melayu terutamanya di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya

(ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini

akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya

mengekalkan aroma dan tekstur nasi.

Roti Canai Nasi beriani


( v ) Dari Segi Bahasa

Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini

iaitu Tamadun Melayu dan Tamadun India. Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa

Sanskrit yang diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu. Ini adalah kerana kebanyakan

masyarakat melayu ketika itu beragama hindu dan Bahasa sankrit telah menjadi Bahasa

bangsawan dan menpunyai hieraki yang tinggi. Kegunaan Bahasa Sanskrit dalam masyarakat

Melayu adalah untuk memajukan bidang intelek masyarakat. Di samping itu, Bahasa Sanskrit

juga digunakan sebagai bahasa ilmu dan komunikasi di Asia Tenggara dan menjadi Bahasa

keagamaan. Tambahan lagi, Bahasa Sanskrit menjadi bahasa berkaitan dengan pemerintahan

dan digunakan dalam bahasa Melayu, antaranya ialah dosa, manusia dan derhaka. Penemuan

Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan

pengaruh bahasa Sanskrit dalam perkembangan bahasa Melayu. Antara contoh bahasa

Sanskrit yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah :

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu

Bhakti Bakti

Prakara Perkara

Vela Bila

Samasara Sengsara

Selain itu, bahasa Tamil juga adalah salah satu bahasa yang mempengaruhi Tamadun

Melayu. Sebahagiannya pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang

dipinjam daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu. Berikut adalah

beberapa contoh pengaruh Bahasa tamil dalam Bahasa melayu. Antaranya ialah:

Bahasa Tamil Bahasa Melayu

Akka Kakak
Kadai Kedai

Kappal Kapal

Katikam Ketika

Nagaram Negara

Bhumi Bumi

Suniyam Sunyi
BAHAGIAN C PANDANGAN PELAJAR

Selepas menghabiskan tugasan ini, kami memahami kelangsungan tamadun Melayu

menghadapi pelbagai jenis cabaran dari dalam dan luar tamadun.

Salah satu cabaran dari luar dalam tamadunnya adalah kemasukan pengaruh asing.

Sebagai contothnya, tamadun Barat adalah sesuatu tamadun yang paling kukuh dan

terpengaruh kini yang menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu. Selain itu, orang melayu

bukan sahaja digugat oleh segi nilai dan amalan agamanya bahkan juga adat resamnya dan

proses sosialisasi serta kebudayaannya. Pada pendapat kumpulan kami mengenai kemasukan

pengaruh asing seperti Tamadun Barat menyebabkan sebahagian orang melayu berfikiran

terbuka dan menerima perbuatan yang tidak bermoral berlaku seperti minum arak, berjudi,

pergaulan bebas dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tindakan-tindakan ini telah melanggar

undang-undang dan peraturan Islam yang telah ditetapkan pada Zaman Silam. Kes-kes ini

telah dielakkan dan kerajaan boleh menekankan ajaran Islam kepada orang Melayu untuk

membantu mereka supaya tidak menggoncang cuba dan menyetuh pantang larang yang telah

ditetapkan dan mengamalkan kesetiaan kepada Tuhannya.

Bukan itu sahaja, kemasukan pengaruh asing juga adalah memberikan cabaran dari

segi penerokaan sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, penerokaan

dalam bioteknologi, aeroangkasa, robotic, mikroelektronik dan sebagai-sebagainya telah

memberi impak kepada Tamadun Melayu. Tamadun Barat telah digelarkan sebagai tamadun

yang maju dalam bidang teknologi. Mereka mencipta pelbagai kemudahan teknologi dalam

kehidupan mereka. Hal ini juga membantu mereka menjadi lebih mudah dalam kehidupan

dan kerja dapat disiapkan dengan berkesan dan cekap. Pada pendapat kumpulan kita,

teknologi yang paling canggih telah memberikan cabaran kepada Tamadun Melayu dan ia

juga memberikan impak kepada orang Melayu untuk mencipta kemudahan teknologi supaya
mendapat mengikuti era baru. Sebagai contohnya, orang Melayu telah bermula menggunakan

teknologi yang canggih untuk menuai padi. Hal ini adalah untuk membantu mereka

menghabiskan kerja dengan pantas dan juga menjimatkan masanya. Tamadun Melayu juga

hendaklah cuba menciptakan teknologi yang baru supaya dapat digunakan dalam bidang-

bidang lain dan juga menbantu kerja-kerjanya menjadi lebih efisien.

Di samping itu, cabaran dari dalam tamadun ialah kesan sosiobudaya daripada

kemajuan dan perubahan yang dialami dan dicapai. Dari aspek ini, remaja-remaja

menghadapi pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, penyalah laku juvana dan

sebagainya. Seterusnya, pengaruh kebendaan dan kemewahan hidup yang membawa kepada

pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain juga adalah menjadi

cabaran Tamadun Melayu. Terdapat beberapa amalan dalam perniagaan yang bertentangan

dengan nilai Islam terutamanya riba, perjudian, perniagaan arak dan hiburan haram juga

adalah berlaku dalam kalangan orang Melayu. Pada pendapat kumpulan kami, bagi mengatasi

cabaran-cabaran tersebut, pihak tersebut hendaklah menguatkuasakan undang-undang dan

melantik polisnya menjalankan pemantauan. Bidang kuasa polis yang sedia ada hendaklah

digunakan oleh pihak pentadbir sekolah untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar. Selain itu, cara-

cara pencegahan yang bersesuaian perlu diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.

Kaunseling di peringkat sekolah adalah peranan yang paling penting dalam membantu remaja

mengatasi masalah mereka supaya mereka tidak akan dipengaruhi oleh perbuatan-perbuatan

negatif dan juga mempunyai keupayaan untuk membezakan kebetulan dan kesalahan.
KESIMPULAN

Perkembangan Tamadun Melayu bukan sahaja bergantung pada masyarakat Melayu,

bahkan juga dipengaruhi oleh tamadun lain seperti Tamadun Cina dan Tamadun India.

Tamadun Melayu adalah bersifat terbuka dalam menerima unsur-unsur tamadun lain dan

bersedia untuk menerima pembaharuan. Pengaruh daripada tamadun lain mendatangkan

kesan positif dan negatif. Masyarakat Melayu dapat membezakan dan menyerapkan unsur-

unsur positif untuk mencapai kegemilangan Tamadun Melayu. Sebelum kedatangan Islam,

agama dan budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat Melayu.

Pengaruh Tamadun Cina terhadap Tamadun Melayu jelas ditunjukkan dari segi

makanan, bahasa, budaya pada musim perayaan dan kesenian. Bukti yang paling ketara

adalah kemunculan etnik Baba dan Nyonya. Asal usulnya adalah golongan yang keturunan

Cina berkahwin dengan masyarakat Melayu apabila mereka melakukan perdagangan di

Tanah Melayu. Walaupun etnik ini telah mengalami proses asimilasi dengan sosiobudaya

Melayu, mereka masih lagi mengamalkan agama dan kepercayaan mayarakat Cina seperti

Buddha, Konfusianisme dan sebagainya.

Dari perspektif lain, Tamadun India juga memainkan peranan penting dalam

perkembangan Tamadun Melayu. Adat dan budaya Melayu dipengaruhi oleh Tamadun India

terutamannya dalam amalan perkahwinan, adat berinai, adat bersembah dan sebagainya.

Selain itu, percampuran unsur-unsur antara Tamadun India dan Tamadun Melayu juga

dijelaskan melalui permainan wayang. Seni bina, seni ukur dan seni lukis di Alam Melayu

juga telah menerima pengaruh Hindu yang kuat. Dari segi pemakanan, contoh masakan

masyarakat India diserap ke dalam masyarakat Melayu seperti roti canai, nasi beriani dan kari
menyebabkan masyarakat Melayu kini menpunyai menu yang sama dengan masyarakat

India. Tambahan pula, Bahasa Sankrit dari Tamadun India telah diubahsuai dan dijadikan

kosa kata Melayu kerana masyarakat Melayu pada zaman dahulu adalah beragama Hindu dan

bertutur Bahasa Sankrit.

Secara konklusinya, Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum iaitu Melayu, Cina,

India dan sebagainya dapat bertolak ansur dan hidup dalam keamanan. Hal ini membuktikan

bahawa keistimewaan dan ciri-ciri Tamadun Melayu, Cina dan India tidak bertentangan dan

juga boleh bercampur sebahagian unsur-unsur demi kesejahteraan masyarakat. Apabila

berlaku percampuran antara tamadun, hubungan antara masyarakat juga akan dirapatkan.

Inilah keunikan Malaysia.


RUJUKAN

Internet

1. Zainudin, Z. (2015, March 10). Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan

masyarakat melayu. Dipetik pada 15 Mac 2016 dari

http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/03/pengaruh-tamadun-luar-dalam-

kehidupan.html

2. Bab 3 Tamadun Melayu. (n.d.). Dipetik pada 16 Mac 2016 dari

http://zh.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu#scribd

3. Jenis-jenis tarian masyarakat di Malaysia. (13 Ogos, 2010). Dipetik pada 20 Mac,

2016 dari http://tarianmalaysia29.blogspot.com/2010/08/tarian-kipas.html

4. Pengaruh Cina Dan India Terhadap Tamadun Melayu. (2 November 2014). Dipetik

pada 20 Mac 2016 dari https://prezi.com/nh-nxhstqtc5/pengaruh-cina-dan-

india-terhadap-tamadun-melayu/

5. Tarian Kipas. Dipetik pada 20 Mac 2016 dari

https://subjeksivik.wordpress.com/tarian/tarian-cina/tarian-kipas/

6. Kipas. Dipetik pada 20 Mac 2016 dari

https://sites.google.com/site/senidanbudayamalaysia/kia

7. Zawiah Mat 1 & Mashitah Sulaiman. Interaksi budaya India & Cina ke atas

pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu. Dipetik pada 10 Mac 2016, dari

http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%207%20-

%20zawiyah%20-20115-140.pdf
8. Nazari Raduan. (2014, 12 March). Interaksi Tamadun China Dalam Tamadun

Melayu.

Dipetik pada 10 Mac 2016, dari

http://tujuhpen.blogspot.my/2014/03/interaksi-tamadun-china-dalam-

tamadun.html

9. Tarian Malaysia. (2012, October ). Dipetik pada Mac 13, 2016 dari

http://miszfarahsimplelife.blogspot.com/2012/10/tarian-tarian-yang-terdapat-

di-malaysia.html

10. Interaksi Antara Tamadun. (2013, Januari 30). Dipetik pada Mac 10, 2016 dari
http://www.slideshare.net/mobile/Zila93/interaksi-antara-tamadun-16255659

Buku

1. Abd. Latiff, A. Z., Azam Hamzah, & Azhar Mad Aros (2012). Buku Teks: Tamadun

Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (Ed. ke-2). Selangor, D.E.: Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai