Anda di halaman 1dari 8

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 SEJARAH PENGHIJRAHAN 2

3.0 KESAN ASIMILASI BUDAYA TERHADAP MASYARAKAT

MALAYSIA 2-4

4.0 PERGAULAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT 4

5.0 PEKERJAAN ATAU PERGANTUNGAN EKONOMI 5

6.0 PENGARUH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM

INTERAKSI SOSIAL KAUM INDIA MUSLIM 6

7.0 RUMUSAN 6

RUJUKAN 7
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2

1.0 PENGENALAN
Masyarakat India Muslim adalah mereka yang berketurunan India dan beragama
Islam. Di Malaysia, masyarakat India Muslim merupakan masyarakat Muslim kedua terbesar
selepas masyarakat Melayu Muslim dan masyarakat Cina Muslim pula merupakan golongan
ketiga selepas India Muslim. Namun, masyarakat India Muslim ini merupakan masyarakat
minoriti dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat India Muslim di Malaysia dapat
dikelompokkan kepada tiga kelompok. Pertama, masyarakat India Muslim yang telah
berkahwin dengan orang Melayu dan telah berasimilasi dengan budaya dan kehidupan

masyarakat Melayu. Kelompok ini dikenali sebagai Jawi Peranakan. edua, masyarakat

India Muslim yang tidak berkahwin dengan orang Melayu tetapi mengamalkan dengan budaya
dan cara hidup Melayu serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam
kehidupan seharian. Kelompok ketiga ialah masyarakat India Muslim yang masih
mengekalkan tradisi dan budaya mereka serta masih menggunakan bahasa Tamil dalam
kehidupan seharian dan menggunakan bahasa Melayu yang ringkas.

2.0 SEJARAH PENGHIJRAHAN


Masyarakat India Muslim ini kebanyakannya berasal dari selatan India. Pada abad ke-
13 hingga abad ke-19, penghijrahan masyarakat India Muslim ke Tanah Melayu adalah
disebabkan faktor perdagangan. Namun, masyarakat ini bukan sahaja tertumpu kepada
bidang perdagangan sahaja malahan mereka menyebarkan dakwah Islam ke Tanah Melayu.
Di Tanah Melayu, masyarakat ini lebih bertumpu di Melaka. Sebagai pusat perdagangan dan
pusat penyebaran Islam yang penting, pastinya Melaka merupakan tarikan kepada
masyarakat India Muslim. Di Melaka, India Muslim bukan sahaja menjalankan aktiviti
perdagangan malahan menyerap ke dalam pemerintahan dan pentadbirn kerajaan.
Sebagaimana tercatat dalam Sejarah Melayu, ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Shah, menantu Seri Nara merupakan seorang Tamil Muslim. Meskipun masyarakat Tamil
Muslim merupakan masyarakat minoriti di Melaka namun, oleh kerana penyerapan mereka
ke dalam aktiviti perdagangan dan pentadbiran menjadikan masyarakat minoriti ini
berpengaruh.

3.0 KESAN ASIMILASI BUDAYA TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA


Secara keseluruhannya, kesan asimilasi ini dapat dilihat dalam tiga kategori, iaitu
makanan, adat istiadat dan pakaian.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 3

Kesan Asimilasi

Makanan Adat Istiadat Pakaian

Dari sudut makanan, masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan istilah ‘mamak’.
Istilah ‘mamak’ digunakan bagi membezakan masyarakat India yang bukan Islam dengan
India Muslim. ‘Mamak’ digunakan bagi masyarakat India Muslim. Jika istilah ‘mamak’ disebut,
masyarakat Malaysia sudah dapat mengetahui jenis makanan masyarakat India Muslim.
Antara makanan yang sudah sebati dengan masyarakat Malaysia ialah nasi kandar. Nasi
kandar merupakan satu hidangan utara Malaysia yang sangat terkenal dan berasal dari Pulau
Pinang yang dipelopori oleh masyarakat India Muslim. Roti canai juga merupakan makanan
yang berasal dari masyarakat India. Nama roti canai berasal dari kawasan Chennai, India.
Kini, roti canai menjadi sarapan kegemaran oleh rakyat Malaysia. Seterusnya, capati juga
menjadi juadah sarapan pagi yang digemari oleh masyarakat Malaysia. Penyerapan makanan
masyarakat India Muslim jelas dapat dilihat di Malaysia. Kedai ‘mamak’ merupakan antara
penyumbang utama asimilasi ini berlaku.
Seterusnya, asimilasi adat istiadat masyarakat India Muslim terhadap masyarakat
Malaysia ialah adat berinai ketika berkahwin bagi pengantin. Adat berinai merupakan adat
masyarakat India yang diikuti oleh masyarakat Malaysia. Majlis berinai dilangsungkan secara
berperingkat. Terdapat tiga peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala
berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi
istiadat berinai besar pula dilangsungkan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas
majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin
perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak
tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan
jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai di atas tangan dalam kalangan
masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelm ini. Corak ini adalah dari pengaruh
di India. Oleh kerana masyarakat India yang telah biasa dengan adat ini di India sebelum
berhijrah ke Nusantara, mereka meneruskan adat berinai sehingga menjadi budaya dalam
kalangan masyarakat Malaysia untuk berinai ketika bergelar raja sehari.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 4

Pakaian tradisional masyarakat India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan


kesan kepada rakyat Malaysia. Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari. Sari amat
dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati reka bentuknya.
Pembuatan sari memerlukan sebidang kain berukuran lima hingga enam ela yang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut baju yang berwarna sama
atau tidak. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak
di atas bahu kiri. Sari ini diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.Pada asalnya, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan
berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut namun, masyarakat India Muslim
mengubah baju kecil tersebut menjadi baju biasa untuk menutup aurat. Perubahan ini sesuai
dengan tuntutan Islam yang menyeru umatnya menutup aurat. Malah kini, kain sari yang
dibuat menjadi baju kurung juga menjadi popular. Hal ini jelas menunjukkan asimilasi budaya
pakaian sari masyarakat India Muslim kepada masyarakat Malaysia iaitu baju kurung yang
merupakan baju kebangsaan negara Malaysia.

4.0 PERGAULAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT


Kepelbagaian masyarakat di Malaysia menjadikan masyarakat India Muslim bukanlah
satu masyarakat yang aneh dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini memberi peluang kepada
masyarakat India Muslim bergaul serta berinteraksi dengan masyarakat Malaysia yang lain
tanpa didiskriminasi. Kini, dapat kita lihat masyarakat India Muslim tidak lagi menggunakan
bahasa ibunda mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat Malaysia sebaliknya
menggunakan bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu. Sebagai contoh, setiap pekerja
restoran ‘mamak’ dapat berinteraksi dengan para pelanggan secara lancar dan mudah kerana
mereka menggunakan dan memahami bahasa yang sama. Selain itu, pertambahan
perkahwinan campur antara masyarakat India Muslim dengan kaum lain di Malaysia
membuktikan pergaulan atau sosial masyarakat India Muslim sudah semakin baik.
Perkahwinan campur ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang
keharmonian pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Seterusnya, masyarakat India Muslim
ini bersifat mesra dengan masyarakat Malaysia. Agenda ini dapat kita lihat di gerai-gerai baju
di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, peniaga-peniaga dari kalangan India
Muslim lebih mudah mesra dan sentiasa tersenyum ketika melayan pelanggan yang melawat
ke kedai mereka. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat ini sememangnya mempunyai
kebolehan yang tinggi dalam bidang perniagaan.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 5

5.0 PEKERJAAN DAN PERGANTUNGAN EKONOMI


Penghijrahan masyarakat India Muslim ke Nusantara adalah disebabkan faktor
perdagangan di samping menyebarkan dakwah Islam. Masyarakat India Muslim
sememangnya sangat sinonim dengan aiktiviti perdagangan dan perniagaan sehinggi kini.
Kemahiran dalam bidang perdagangan dan perniagaan memberi masyarakat ini bergelumang
dalam bidang ini sejak zaman kegemilangan Melaka lagi sehinggalah ke hari ini. Pada zaman
dahulu, masyarakat India Muslim terbabit dalam aktiviti perdagangan bercorak global
termasuk aktiviti eksport dan import. Kepakaran sebagai pedagang membolehkan mereka
membeli dan menjual barangan dengan harga yang terbaik. Perdagangan pakaian seperti
kain pelikat dari India merupakan barangan dagangan utama mereka sementara mereka
mendapatkan bijih timah, hasil-hasil hutan, rempah ratus dan sebagainya untuk keperluan di
India. Namun, pada abad abad ke-19, mereka mula mengalami persaingan dengan
pedagang-pedagang Barat. Situasi ini menyebabkan kebanyakan pedagang India Muslim
mula berpindah dari tempat perniagaan asal mereka. Oleh itu, mereka mula meluaskan
bidang perniagaan di Pulau Pinang. Kini, dapat kita lihat bahawa ramai keturunan India
Muslim yang masih berada di Pulau Pinang. Kini, tradisi perniagaan ini diteruskan sehingga
sekarang. Namun, perubahan corak perniagaan dapat dilihat. Sebagai contoh, pada zaman
dahulu, pedagang bersifat tidak menetap sebaliknya bersifat global di antara negara dengan
negara. Kini, perniagaan masyarakat India Muslim lebih bersifat setempat dan bertapak di
Malaysia seterusnya perniagaan yang maju dieksport dengan kilangnya bertempat di
Malaysia. Sebagaimana yang dapat kita lihat, restoran ‘mamak’ sangat sinonim dalam
kehidupan masyarakat Malaysia. Restoran ‘mamak’ hampir memenuhi perniagaan di
Malaysia sama ada di bandar mahupun pekan-pekan di kawasan luar bandar. Populariti
restoran ini jelas menunjukkan kepakaran masyarakat India Muslim dalam menyesuaikan
bidang perniagaan mereka dalam era globalisasi kini. Mereka bijak menyusun strategi bagi
meneruskan aktiviti perniagaan dan bertahan dalam dunia perniagaan yang semakin banyak
cabaran. Restoran ‘mamak’ ini dimiliki oleh masyarakat India Muslim dan mereka akan
mengambil pekerja dalam kalangan masyarakat India Muslim juga. Seterusnya, dalam
sejarah Malaysia juga telah membuktikan bahawa ramai masyarakat India Muslim yang
berjaya dalam bidang perniagaan. Antara individu dan syarikat yang dikenali di Malaysia
dalam bidang perniagaan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari yang merupakan pengasas
Yayasan Al-Bukhary, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu pengasas Gedung tekstil
terkenal, Jakel, Mydin Mohamed bin Ghulam Hussin iaitu pengasas pasaraya Mydin, Darul
Ehsan Property, Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel, Kumpulan Syed,
Saudagar-Saudagar Kertas, Percetakan Zafar dan banyak lagi.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 6

6.0 PENGARUH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM INTERAKSI SOSIAL


MASYARAKAT INDIA MUSLIM
Secara umumnya, bahasa rasmi India adalah bahasa Hindi. Namun, kebanyakan
masyarakat India Muslim menggunakan sama ada bahasa Tamil, Malayalam, Hindi, Telegu
atau Gujerati. Masyarakat India Muslim banyak berinteraksi dengan masyarakat Malaysia
sehingga mereka sudah fasih berbahasa Melayu lebih-lebih lagi bahasa Melayu merupakan
subjek wajib di semua sekolah kerajaan. Oleh itu, penggunaan bahasa ‘rojak’ oleh masyarakat
ini sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada penggunaan bahasa Melayu masyarakat
Malaysia kini. Antara contoh pengaruh bahasa-bahasa yang digunakan oleh masyarakat India
Muslim ke dalam bahasa Melayu ialah:

Bahasa Tamil Bahasa Melayu


Akka Kakak
Kadai Kedai
Kappal Kapal
Nagaram Negara
Raja Raja
Muthu Mutiara
Surya Suria
Bhumi Bumi

7.0 RUMUSAN
Konklusinya, masyarakat India Muslim memberi banyak pengaruh dalam kehidupan
masyarakat Malaysia dari pelbagai aspek. Masyarakat ini juga telah banyak memberi
sumbangan terhadap ekonomi negara. Kemasukan atau penghijrahan masyarakat India
Muslim ini sememangnya membawa satu dimensi baru dalam gaya hidup dan budaya
masyarakat Malaysia. Hal ini menyebabkan berlakunya percampuran budaya dalam
kehidupan masyarakat yang telah memberi keunikan yang tersendiri kepada identity
masyarakat Malaysia. Malaysia sudah dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan
kepelbagai kaum, kebudayaan, makanan dan adat tradisi. Kesefahaman antara kaum dan
masyarakat ini sedikit sebanyak melatih masyarakat Malaysia untuk mewujudkan sebuah
negara yang harmoni dan makmur. Secara keseluruhannya, pengaruh dan kesan yang
dibawa oleh masyarakat India Muslim ke negara Malaysia telah membawa kepelbagaian
warna dalam tamadun Malaysia.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 7

RUJUKAN

Azhar Md Aros, Ahmad Zaki Haji Latiff & Azam Hamzah. (2009). Buku Revisi untuk Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Beberapa aspek tamadun Melayu, India,
China dan Jepun. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Irman Mohd Abd Nasir & Abdul Qayyum Abdul Razak. (2016). Analisis Jenis Bahasa
Masyarakat India Muslim di Malaysia. Jurnal Peradaban, Jil. 9, 32-50

Mohd Razmi Husin & Md. Shahadi Ab Rahman. (2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Omar Y. & Jamaluddin A. (2010). Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Ekspresi Sebuah Identiti.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 8

Anda mungkin juga menyukai