Anda di halaman 1dari 2

1

Masyarakat india muslim di Malaysia.Bincangkan

Masyarakat India Muslim di Malaysia kebanyakannya berketurunan Tamil Muslim

yang berwarganegara Malaysia. Masyarakat India Muslim boleh dikelompokkan sebagai

masyarakat minoriti di kalangan masyarakat India di negara ini. Orang India Muslim

dipercayai pertama sekali yang tiba di Samudera (sekarang Aceh di Sumatera, Indonesia)

pada awal abad ke-10, mereka sebelumnya menetap di Semenanjung Malaysia. Masyarakat

India Muslim ini lebih sinonim dengan gelaran ‘mamak’.Perkataan ‘mamak’ dikatakan

bermula apabila masyarakat tempatan mengambil kecederungan penutur bahasa Tamil dalam

kalangan India Muslim yang menggunakan perkataan maama.Perkataan ini digunakan untuk

memanggil mereka yang lebih tua iaitu pak cik.

Sejak dari dahulu, masyarakat ini kebanyakannya berhijrah dari India Selatan ke

Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara.Kehadiran orang India ke

Tanah Melayu sebelum kemerdekaan terdiri daripada berbagai-bagai kelompok seperti

Tamil, Malyali, Benggali, Sikh dan juga masyarakat Islam dari selatan India.Pada tahap awal

iaitu antara abad ke-13 hingga abad ke-19, kehadiran India Muslim bukan sahaja kerana

aktiviti perdagangan tetapi juga bersifat keagamaan dan aktiviti penyebaran Islam turut

menjadi faktor utama . Peranan mereka dalam perkembangan Islam bukan sahaja dapat

dilihat di Tanah Melayu tetapi juga hampir di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di

Sumatera. Keprihatinan mereka dalam aspek agama dapat dilihat dari usaha-usaha mereka

bagi menyebar dan mengembangkan agama Islam melalui sistem pendidikan serta

penubuhan madrasah dan masjid.


2

Selain itu, masyarakat India Muslim ini juga memainkan peranan penting dalam

bidang makanan. Hal ini demikian kerana, kepesatan restoran Mamak ini melahirkan satu

fenomena menarik di Malaysia. Identiti makanan masyarakat India Muslim seperti ‘mee

goreng mamak’ atau ‘roti canai’ ini memberi impak yang besar kepada restoran yang

diusahakan dan dapat mengembangkan masyarakat ini di Malaysia. Selain bidang makanan,

masyarakat India Muslim turut terbabit dalam aktiviti perniagaan tekstil, percetakan,

perniagaan barang kemas dan pertukaran mata wang asing.

Seterusnya, masyarakat India Muslim di negara ini dapat dibahagikan kepada tiga

kelompok. Pertama ialah, masyarakat India Muslim yang telah berkahwin dengan orang

Melayu dan telah berasimilasi dengan budaya dan kehidupan Melayu. Kelompok ini dikenali

sebagai Jawi Peranakan. Kedua ialah, masyarakat India Muslim yang tidak berkahwin

dengan orang Melayu tetapi berasimilasi dengan budaya dan cara hidup Melayu dengan

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.Kelompok yang terakhir ialah

masyarakat India Muslim yang masih mengekalkan tradisi dan budaya mereka menggunakan

bahasa Tamil dan mereka juga boleh bertutur dalam ahasa Melayu secara ringkas.

Tuntasnya, sejarah telah membuktikan bahawa semenjak beratus-ratus tahun yang

lampau, hubungan perdagangan antara negara India dengan negara-negara Asia Tenggara

berlaku secara meluas. Malahan kehadiran pedagang India dan Muslim ke rantau Asia

Tenggara dan ke Tanah Melayu disifatkan sebagai satu tahap perubahan dalam menunjukkan

perubahan dalam adat perkahwinan di mana perkahwinan campur telah mula berlaku. Pada

masa itulah muncul golongan India Muslim ini.

Anda mungkin juga menyukai