Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-Nya, saya
dapat menyiapkan tugasan kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (MPU3052) ini
dengan jayanya.

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya
juga sangat berterima kasih kepada Mohd Lutfi Bin Ahmad yang telah menjadi tulang
belakang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

Sekian, Terima Kasih.


KANDUNGAN

Muka Surat

Penghargaan i

Kandungan ii

1.0 Pengenalan 1
2.0 Keunikan kehidupan India Muslim di Malaysia
2.1 Sejarah penghijrahan
2.2 Kesan Asimilasi Budaya terhadap masyarakat Malaysia
2.3 Pergaulan dengan masyarakat setempat
2.4 Pekerjaan/pergantungan ekonomi
2.5 Pengaruh penggunaan Bahasa Melayu dalam interaksi sosial
kaum India Muslim
3.0 Kesimpulan 4–7

Rujukan
Lampiran

1.0 PENGENALAN
Masyarakat India Muslim di Tanah Melayu kebanyakkan berketurnan India yang
berwarganegara Malaysia. Malaysia India Muslim boleh dikelompok sebagai masyarakat
minoriti di kalangan masyarakat India di negara ini (Berita Metro, 2016). Orang India Muslim
dipercayai pertama sekali tiba di Samudera pada awal abad ke-10, sebelum kemudiannya
menetap di semanjung Malaysia. Masyarakat India Muslim lebih sinonim bergelaran
‘mamak’. Perkataan ‘mamak’ dikatakan bermula apabila masyarakat tempatan mengambil
kecenderungan penutur bahasa Tamil dalam kalangan India Muslim yang menggunakan
perkataan maama. Perkataan ini digunakan untuk memanggil mereka yang lebih tua iaitu
pak cik.

2.0 KEUNIKAN KEHIDUPAN INDIA MUSLIM DI MALAYSIA


2.1 Sejarah penghijrahan

Berabad-abad lalu, masyarakat India Muslim berhijrah dari India Selatan ke Semananjung
Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara. Kehadiran orang India ke Tanah
Melayu sebelum kemerdekaan terdiri daripada berbagai-bagai kelompok seperti Tamil,
Benggali, Sikh dan juga masyarakat Islam dari selatan India (HAMKA, 1891). Tahun
kedatangan awal masyarakat India Muslim di Malaysia tidak dapat dipastikan. Ramai
pengkaji berpandang bahawasanya mereka telah menetap di Malaysia seawal kurun ke-18,
lebih awal daripada British. Ada juga kajian dinyatakan kedatangan India Muslim ke Tanah
Melayu adalah pada abad ke-15 di Melaka yang bersamaan dengan zaman Paramaswara
(Erni Budiwanti, 2010). Ada yang menyatakan bahawa sebelum 1786 lagi, masyarakat India
Muslim telah berniaga di Kuala Kedah, dan pada tahun 1794, dikatakan bahawa terdapat
lebih kurang 1000 orang India Muslim berdagang di Pulau Pinang. Pada tahap awal iaitu
antara abad ke-13 hingga abad ke-19, kehadiran India Muslim bukan sahaja kerana aktiviti
perdagangan tetapi juga bersifat keagamaan dan aktiviti penyebaran Islam turut menjadi
agenda utama. Peranan mereka dalam perkembangan Islam bukan sahaja dapat dilihat di
Tanah Melayu tetapi juga hampir di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di Sumatera,
Indonesia (Abdul Rahman, 2000). Keprihatinan mereka dalam aspek agama dapat dilihat
usaha-usaha mereka menyebarkan agama Islam melalui sistem pendidikan serta
penubuhan madrasah dan masjid. Secara umumnya, masyarakat India Muslim di Malaysia
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther. Di Malaysia, mereka banyak
menetap tinggal di kawasan Pulau Pinang, Klang, Melaka dan Singapura. Kebanyakkan
keturunan Marikar bermazhab Syafi’e sedangkan Rawther bermazhab Hanafi (S.M Naquib,
1989).
2.2 Kesan Asimilasi Budaya Terhadap Masyarakat Malaysia

Asimilasi bermaksud proses percantuman antara etnik yang berlainan sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama (Kamus Dewan, 2013). Proses
asimilasi ini berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat dan rapat antara ahli kumpulan
etnik yang berbeza. Daripada proses asimilasi ini lahir pelbagai etnik seperti India Muslim,
Baba Nyonya dan banyak lagi. Terdapat dua faktor yang mempengaruh asimilasi iaitu
kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka dan golongan majoriti
menerima golongan lain (Azyumardi, 2000). Dalam konteks ini, berlaku asimilasi budaya
dimana golongan Melayu sanggup menerima golongan India. Masyarakat India Muslim yang
berkahwin dengan orang Melayu dan berasimilasi dengan budaya dan kehidupan Melayu.
Perkahwinan campur antara orang India Muslim dan Melayu asli secara lebih luas
dipermudakan oleh peranan mereka sebagai pendidik Islam. Asimilasi orang India Muslim
ke dalam masyarakat Melayu dicontohi oleh Munsyi Abdullah seorang Jawi pekan yang
menceritakan pendidikan beliau dalam tiga bahasa Tamil, Arab dan Melayu (Affandi Hassan,
2002). Dalam adat istiadat masyarakat Melayu lama, banyak upacara yang berteraskan
pengaruh tradisi India seperti adat resam dalam kehamilan, kelahiran bayi, cukup umur dan
perkahwinan. Pada asalnya, orang-orang berketurunan India Muslim menjiwai adat resam
nenek moyang mereka secara hebat.

Asimilasi budaya dalam golongan Melayu yang sangat ketara adalah dalam majlis
perkahwinan. Upacara perkahwinan merupakan salah satu aspek utama yang dipengaruhi
oleh golongan India dalam budaya Melayu (Cikgu Hasniza, makluman dari temu bual).
Upacara bersanding ini merupakan pengaruh golongan India dalam budaya Melayu.
Sebagai contoh, ketika upacara perkahwinan pengantin dianggap raja sehari dan diadakan
upacara bersanding sebagai kemuncak upacara tersebut (Thangavelo, 2008). Penggunaan
sirih pinang, kunyit dalam upacara tersebut merupakan pengaruh India yang bertujuan
memberi semangat kepada pengantin. Upacara bersanding seolah olah menjadi satu
kewajipan sedangkan persandingan itu merupakan adat hindu yang mengagungkan dewa
Rama dan Sita. Perkara ini masih dilaksanakan dalam kalangan Melayu Malaysia dengan
tidak melanggar segala syarat agama Islam. Dari segi pakaian dalam majlis perkahwinan
juga mengalami asimilasi budaya. Contoh yang kita boleh dilihat adalah pakaian golongan
India Muslim semasa majlis perkahwinan. Mereka biasanya memakai ‘saree’ mengikut
budaya Hindu dan masih tertakluk kepada syarat agama dengan menutup aurat. Contoh
asimilasi pakaian ini boleh dilihat dalam lampiran 1 iaitu majlis perkahwinan ahli Persatuan
India Muslim, Klang yang diperoleh melalui kajian lapangan.
Sebagai contoh lain, upacara berinai dalam perkahwinan merupakan satu asimilasi
budaya daripada golongan India yang dipengaruh dan masuk ke dalam adat orang Melayu.
Majlis berinai ini dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai
curi yang diadakan pada waktu petang. Berinai kecil, yang dilakukan selapas berinai curi.
Bagi berinai besar, ianya dijalankan pada malam sebelum atau selepas majlis akad nikad
untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Perkara ini merupakan adat
golongan india dari tamadun Hindu dimana masyarakat india berinai pada majlis penting
dalam kehidupan. Adat-adat seperti berinai, pakai pakaian tradisional India, bersanding,
melengang perut banyak lagi turut diguna oleh masyarakat India Muslim untuk mengekalkan
budaya mereka. Oleh yang demikian, asimilasi seperti ini menjadi satu kebiasaan dalam
kalangan Melayu dan semakin hari, perkara-perkara ini menjadi satu kewajipan.

Aspek seterusnya yang membantu pergaulan masyarakat setempat adalah adat


melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat
Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebalah Utara Semanjung lebih dikenali
dengan panggilan kirim perut (Mohd Zaki, 2006). Adat ini ialah adat yang dijalankan ke atas
seorang wanita yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan
kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu
rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.
Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan
kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini
ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak membacakan jampi mantera
dan mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita
hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur
budaya hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.

Selain itu, adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam
ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang
mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti dilakukan oleh Brahmin supaya bayi
itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam, adat ini
digantikan dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke dalam bibir bayi tersebut.
Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan
dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa (Azami,
makluman dari temu bual). Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian
nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan
oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan
dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut
tarikh kelahiran bayi.
Tidak dapat dinafikan bahawa, selain daripada aktiviti harian seni bina juga telah
dipengaruhi oleh golongan India. Banyak kuil-kuil agama Hindu menyerupai bentuk seni bina
kuil Hindu di India. Masyarakat India selatan yang beragama Islam lebih suka dengan gaya
seni bahasa Islam mereka (Vlatseas, 1990). Pengaruh seni bina Selatan India banyak
mempengaruhi binaan masjid. Pulau Pinang merupakan salah satu contoh seni bina India,
dibina oleh ketua masyarakat India Muslim. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada
menara yang tertinggi dan kubah potong bawang (lampiran 2). Struktur pembinaan seperti
ini banyak digunakan pada seni bina masjid pada zaman sekarang (Norlizaiha, 2010). Seni
bina yang bercirikan India di Malaysia juga dapat dilihat dalam beberapa reka bentuk
bangunan di Malaysia. Sebagai contoh, reka bentuk Taj Mahal yang begitu unik dan penuh
dengan ukiran kreativiti tamadun India. Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia
yang terletak di Putrajaya mengambil contoh reka bentuk Taj Mahal di India (Hashim Hj
Musa, 2005). Ini jelas menunjukkkan bahawa pengaruh India begitu mahir dalam seni ukiran
sehinggakan reka bentuk bangunan yang mereka hasilkan dijadikan sebagai asas
pembinaan pusat pentadbiran di Malaysia.

3.3 Pergaulan dengan Masyarakat Setempat

Pergaulan masyarakat India Muslim dengan masyarakat setempat dapat dilihat dalam
pelbagai aspek kehidupan seperti adat budaya, makanan, pakaian dan sebagainya. Faktor-
faktor pergaulan ini akan menyumbang kepada perpaduan dalam negara kita
(Osman,2014). Antaranya, aspek makanan. Makanan memainkan peranan penting sebagai
jambatan untuk mengeratkan hubungan antara seseorang individu dengan individu yang
lain. Hal ini demikian kerana, masyarakat Malaysia dapat menikmati makanan etnik lain
secara mudah dan cepat. Makanan kaum India Muslim atau dikenali sebagai makanan
Mamak merupakan salah satu makanan yang paling digemari oleh masyarakat setempat.
Kebanyakkan masyarakat Malaysia gemar mengunjungi restoran Mamak tanpa mengira
kelainan agama, bangsa dan sebagainya. (Lampiran 3) Secara tersiratnya, situasi ini telah
membantu pembentukan masyarakat dan mengeratkan pergaulan masyarakat setempat.
Seterusnya, antara dapatan kajian yang didapati melalui kaedah pemerhatian adalah ramai
individu yang terdiri daripada pelbagai kaum gemar mengunjungi kedai Mamak untuk
menonton siaran televisyen terutamanya pada hari perlahwanan bola sepak. Pada hari
tersebut, para peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum akan mengunjungi kedai Mamak
untuk menonton perlahwanan secara siaran langsung. Hal ini membolehkan kedai mamak
memainkan peranan utama sebagai platform untuk menjalinkan hubungan antara satu sama
lain. Satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti persepsi kaum lain terhadap kedai
Mamak. Salah satu soalan yang terdapat dalam temu bual adalah “Adakah makanan India
Muslim mempengaruhi kehidupan seharian anda ?” Jawapan yang didapati menunjukkan
betapa penting makanan Mamak dalam kalangan masyarakat setempat. Kedai Mamak
digemari oleh masyarakat Malaysia kerana makanannya mempunyai unsur-unsur yang
dapat menunjukkan identiti masyarakat majmuk. Jelas bahawa, aspek makanan India
Muslim ini membantu dalam pergaulan masyarakat setempat dan mengeratkan lagi tali
persaudaraan.

Kehadiran restoran mamak sudah semestinya mempengaruhi pergaulan masyarakat


setempat. Tidak dapat dinafikan bahawa, bahasa mempengaruhi pergaulan masyarakat
setempat. Frasa “Anneh, Teh tarik onnuh (satu)!” sering kedengaran di kedai mamak dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, latar belakang dan agama. “Anneh”
membawa maksud abang dan “Onnuh” bermaksud satu. Kedua-dua perkataan ini
merupakan perkataan bahasa Tamil. Penggunaan dua bahasa dalam satu ayat
menunjukkan bahawa betapa pengaruh bahasa lain dalam pergaulan bahasa dalam
masyarakat setempat.

3.4 Pekerjaan/pergantungan ekonomi

Masyarakat India Muslim Malaysia adalah antara golongan masyarakat yang paling
bekerja dan mempunyai cita-cita keusahawanan yang tinggi (Abdullah Isyak, 2009).
Golongan ini juga boleh dikatakan sebagai golongan masyarakat yang mempunyai paling
ramai majikan dalam kalangan mereka. Masyarakat India Muslim ini memainkan peranan
penting dalam bidang makanan. Hal ini demikian kerana, kepesatan restoran ‘Mamak’ ini
melahirkan satu fenomena menarik di Tanah Melayu (Lampiran 3 & 4). Identiti makanan
masyarakat India Muslim seperti ‘Mee goreng mamak’ ini secara langsung mengakui
bahawa restoran yang diusahakan merupakan perkembangan yang penting bagi
masyarakat ini di Tanah Melayu. Gerai Mamak juga dikenali sebagai “Mapley”, merupakan
sejenis tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Sungguhpun lazimnya dibuka
sebagai gerai tepi jalan, sebilang pengendali gerai mamak zaman moden telah
mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi penubuhan restoran mamak yang
mempunyai beberapa cawangan. Gerai Mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat
istirehat, kerana pilihan makanan dan minumannya yang pelbagai. Lazimnya gerai sebegini
dibuka 24 jam sehari. Hampir tiada jenis tempat makan yang lain setanding dengan gerai
mamak dari segi kepentingan budaya, kecuali kopi tiam. Antara contoh sajian di gerai
mamak ialah roti canai, nasi lemak, murtabak, mee goreng, nasi kandar dan sudah tentu
raja segala teh tarik di Malaysia. Kedai Mamak yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan
masyarakat Malaysia menunjukkan kejayaan mereka dalam pekerjaan dan pergantungan
ekonomi masyarakat India Muslim di Malaysia
Selain bidang makanan, masyarakat India Muslim turut terbabit dalam aktiviti
perniagaan yang maju. Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Habib Jewel, Mydin, Kedai
Tekstil, kumpulan Barkath dan banyak lagi yang sering menjadi tanda tanya di kalangan
peniaga (Berita Harian, 2018). Kejayaan besar perniagaan India Muslim di Malaysia sering
dicemburi kerana kemampuan mereka menjadikan perniagaan sebagai strategi menukar
cara hidup pengguna. Budaya niaga India Muslim tidak tertumpu pada ringgit dan sen
semata-mata. Budaya niaga yang menjadi budaya hidup warisan keluarga ini mempunyai
teras yang kuat dan lebih mahal nilainya berbanding mencari untung semata-mata. Barang
kemas melibatkan emas dan berlian merupakan salah satu perniagaan utama India Muslim.
Kewujudan perniagaan perhiasan dan barang kemas berasaskan emas oleh peniaga India
Muslim dengan pelbagai koleksi dan khidmat tempahan peribadi memenuhi kehendak
pelanggan. Tinjauan mendapati ada peniaga India Muslim yang turut mewujudkan dua buah
kedai barang kemas emas dengan nama yang berbeza dalam satu premis perniagaan yang
sama bagi tujuan memenuhi keperluan kehendak menegah atasan dan pertengahan. Jualan
barang kemas sangat ditentukan dengan harga yang ditetapkan, rekaan barang dan jenis
pelanggan. Dalam persaingan dengan peniaga-peniaga lain, harga rekaan barang kemas
tidak boleh diturun atau dinaikkan sewenang-wenangnya. Alternatif bagi peniaga India
Muslim ialah dengan mewujudkan dua buah kedai barang kemas berbeza status dan
harganya. Hal ini merupakan satu taktik yang digunakan dalam golongan India Muslim
dalam pekerjaan. Kejayaan dalam bidang barang kemas dapat dilihat dalam peniagaan
Habib.

3.5 Pengaruh penggunaan Bahasa Melayu dalam interaksi sosial kaum India Muslim

Masyarakat India Muslim di Malaysia kebanyakannya datang daripada kawasan


Tamil Nadu dan Kerala. Terdapat tamil muslim yang berketurunan india dan malabari
muslim yang berketurunan india suku malabari (Zakariyya Kandhalvi, 2008). Dari segi
penggunaan Bahasa Melayu dalam interaksi sosial, terdapat makluman daripada
responden-responden kajian lapangan bahawa terdapat golongan remaja yang bertutur
bahasa Tamil dalam masa yang sama tidak boleh menulis dan membaca tulisan bahasa
tersebut. Masalah ini telah diluahkan oleh Syahul dalam satu temu bual di pejabat Persatuan
Liga Muslim Pulau Pinang. Beliau menjelaskan sebagaimana berikut:

“Bahasa Tamil dari segi penggunaan tidak ada masalah atau dari segi komunikasi
semuakan. Ibu bapa berkomunikasi dalam bahasa Tamil tidak ada masalah. Tapi
menguasai dari segi tulisan, bacaan memang timbul masalah. Tapi sekarang banyak
persatuan-persatuan malahan kita di sini pun adakan kelas bahasa Tamil” (Syahul, 2019)
Masalah ini timbul akibat daripada faktor pendidikan yang diterima. Oleh kerana
mereka beragama Islam maka anak-anak mereka tidak dihantar ke sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil kerana perlu kepada pendidikan Islam. Namun di sekolah Kebangsaan
pula tiada pendidikan secara khusus untuk mempelajari bahasa dan tulisan Tamil. Oleh
sebab itu, mereka hanya didedahkan bahasa Tamil dirumah melalui komunikasi antara
keluarga. Permasalahan ini juga timbul dari kalangan kelompok yang berbahasa Malayalam.
Malahan terdapat responden yang meluahkan bahawa terdapat golongan remaja yang tidak
fasih dan tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Ini sebagaimana yang
diluahkan oleh Hassan dalam temu bual, mantan pengerusi Persatuan Malabari Muslim
Malaysia dalam temu bual di Surau Malabar Hidayatul Islam, Taman Wilayah Selayang:

“Kita punya anak semua dia ikut dengan Melayu, pergi sekolah Melayu, belajar agama
dengan Melayu. Dia banyak sudah campur. Macam ais batu sudah hilang diri banyak.
Bahasa pun sudah kurang sekarang. Anak muda dengan anak cucu saya semua tidak tahu
bahasa Malayalam. Semua bahasa Melayu dia gunakan. Pasal dia kawan dengan Melayu,
dia pergi sekolah Melayu, mengaji dengan Melayu” (Hassan, 2019).

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, terdapat bahawa dua pendapat yang
berlainan dimana satu golongan mengatakan bahawa, anak-anak dan masyarakat mereka
bertutur dalam bahasa Tamil walaupun dihantar ke Sekolah Kebangsaan dan diberi
pendidikan formal bahasa Melayu. Hal ini menegaskan bahawa, penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan India muslim amat kurang. Mereka lebih bertutur dan menggunakan
bahasa Tamil sebagai bahasa komunikasi maka, bahasa Melayu untuk hal-hal penting.
Pendapat yang seterusnya adalah seperti dimana, anak-anak mereka lebih selesa dan
menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dengan orang lain. Hal ini demikian
kerana, mereka lebuh bergaul dengan rakan Melayu sama ada di sekolah juga di luar. Oleh
itu, mereka lebih menggunakan bahasa Melayu dalam penggunaan harian. Pendapat ini
membuktikan bahawa, secara langsung atau tidak bahasa Melayu digunakan dalam
interaksi harian antara satu sama lain dalam bentuk formal juga tidak formal.
3.0 KESIMPULAN

Golongan India dan India Muslim banyak memberi kesan dan pengaruh kepada
masyarakat di Malaysia. Kemasukkan budaya golongan India di Malaysia sememangnya
membawa satu dimensi baru dalam cara hidup dan budaya masyarakat di Malaysia.
Sebagai kesannya, berlaku percampuran budaya dalam kehidupan masyarakat seperti yang
berlaku di Malaysia. Sumbangan dan pengaruh dalam aspek kebudayaan, adat istiadat, seni
bina dan sebagainya. Pengaruh golongan India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati
dalam kehidupan seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat
Malaysia telah berjaya mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing
dengan negara yang lain. Secara konklusinya, pengaruh dan kesan yang dibawa oleh
golongan India membawa warna dalam kalangan masyarakat Malaysia.
RUJUKAN

Rosila Yaakub. (2018, March 23). “India Muslim di Malaysia”. Metro, 5.

HAMKA. (1891). Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Erni Budiwanti. (2010). Jaringan Ulama Timur Tengah. Bandung: Penerbit Mizan .

Abdul Rahman (2000). Islam at the Crossroads. Tokyo: Asahi Evening News.

S.M Naquib (1989). Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam Agama. Selangor: Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Nik Safiah Karim. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Azyumardi. (2000). Pemikiran Islam Masa Kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Affandi Hassan. (2002). Muslim comes to Malaysia. Singapore: Malaysia Publishing House.

Thangavelo. (2008). Budaya di Malaysia. Kuala Lumpur: ISTAC.

Azyumardi. (2000). Pemikiran Islam Masa Kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zaki. (2006) “Reconstruction of Civilization”. Kuala Lumpur: Times Book International.

Vlatseas. (1990). Aspects of Islamic Civilization. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru.

Norlizaiha. (2010). Progress and Disillusion. Kuala Lumpur: MIT Press.

Hashim Hj Musa. (2005) Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Osman Omar. (2014). Civilization Transformasion and the Muslim World. Kuala Lumpur:
Mahir Publication.

Abdullah Isyak. (2009). A Strategy for Growth. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru.

Aaron Raymond. (2018, November 18). “Perniagaan India Muslim”. Harian, 8

Zakariyya Kandhalvi. (2008). Nahdatul Ulama: Tradisi, Relasi-Relasi Kuasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cikgu Hasniza, makluman dari temu bual di SMK Alang Iskandar.

Azami, makluman dari temu bual di Kedai Mamak.


Syahul, temu bual di pejabat Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang.

Hassan mantan pengerusi Persatuan Malabari Muslim Malaysia, temu bual di Surau
Malabar
Hidayatul Islam, Taman Wilayah Selayang

Anda mungkin juga menyukai