Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pendahulan

Menurut Othman Che Man (2015), permainan bola jaring merupakan salah satu
permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi
permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab
dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut
kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola
jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James
Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan bola
jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. (Fauzi Jamhari, 2012) Ia
bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-
guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi
permainan kaum wanita di Malaysia.

2.0 Sejarah Perkembangan Bola Jaring

Bola jaring (netball) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai
daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun
1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat
sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s Physical Training
College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola jaring di sana. Di
Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul
sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai
garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan permainan.
Permainan bola jaring ini dimainkan dalam golongan wanita. Perkembangan dan
pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf
antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Permainan bola jaring
yang seakan-akan menyamai bola keranjang, mula dipopularkan oleh orang Amerika. Sejak
tahun 1897, permainan tersebut mengalami banyak perubahan. Perubahan-perubahan ini
dilakukan untuk menyesuaikan peraturan permainan serta peralatan yang digunakan oleh
para pemain, yang rata-ratanya adalah kaum wanita.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi tentang peraturan permainan bola jaring telah
diterbitkan di England. Peraturan ini dibuat bagi membezakan permainan ini dengan bola
keranjang. Skor atau mata dikira setiap kali jaringan dibuat. Gol ditukar kepada jaring dan
saiz bola dikecilkan sebesar bola sepak. Permainan ini kemudian dipopularkan oleh negara-
negara Tanah Jajahan British. (Firdaus Zailan, 2012)

Menurut Fauzi Jamhari (2012), pertandingan bola jaring di peringkat antarabangsa


pertama kali diadakan pada tahun 1949. Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring
Antarabangsa telah ditubuhkan. Serentak dengan itu, undang-undang dan peraturan yang
berkaitan dengan permainan bola jaring dibuat dengan lebih terperinci. Pada peringkat awal,
permainan bola jaring diperkenalkan di Malaysia oleh guru-guru Inggeris kepada anak-anak
tempatan.

Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh
Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri Selat
pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin
Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970an hingga lewat 1980an, bola
jaring di Malaysia telah dimainkan dalam kalangan pelajar wanita di sekolah, kolej, universiti
serta jabatan kerajaan dan kelab.

3.0 Kemahiran-Kemahiran Dalam Permainan Bola Jaring

Terdapat pelbagai kemahiran dalam permainan bola jaring. Antaranya ialah hantaran
aras dada, hantaran lantunan, hantaran atas kepala, hantaran sisi, mengelak, menerima
bola, menghadang, gerak kaki dan menjaring.

3.1 Hantaran aras dada

Munurut Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), hantaran aras


dada ialah sejenis kemahiran menghantar bola kepada rakan sekumpulan pada rasa dada
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras
dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Kemudian, bola ditolak dengan kuat dengan
meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari. Cara penghantaran bola ini sesuai
untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan
tidak dihalang oleh lawannya. Semasa melakukan kemahiran menghantar bola ini, badan
hendaklah dalam kedudukan seimbang, sebelah kaki melangkah ke arah lontaran dan
tangan diluruskan tangan serentak dengan hantaran.
Gambar 3.1

3.2 Hantaran lantunan

Menurut Othman Che Man (2015), hantaran lantunan ialah hantaran yang dilakukan
dengan melantunkan bola menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan
sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan
badan. Dengan kedua-dua belah tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil
menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi badannya.
Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru
digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya. Pada mulanya, pemain
hendaklah melantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan
tangan. Pemain hendaklah bertindak dengan pantas dalam melakukan pergerakan ini dan
ketika melantunkan bola, badan hendaklah condong sedikit ke depan.

Gambar 3.2: Hantaran lantunan


3.3 Hantaran Atas Kepala

Menurut Firdaus Zailan (2012), hantaran atas kepala ialah sejenis hantaran dimana bola
dihantar dari atas kepala pemain yang menghantarbola. Hantaran atas kepala ini dilakukan
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk
melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain lawan. Untuk melakukan hantaran ini,
pemain hendakalah berada dalam kedudukan bersedia. Pemain mesti berdiri dengan
sebelah kaki di hadapan. Seterusnya, pemain hendaklah memegang bola dengan kedua-
dua belah tangan tinggi di atas kepala dan meledingkan badan ke belakang sedikit. Selepas
itu, siku hendaklah dibengkokkan dan bola mestilah ke hadapan kepala dan sambil itu tolak
bola ke hadapan dengan meluruskan tangan serta ikut lajak.

Gambar 3.3: Hantaran Atas Kepala

3.4 Hantaran Sisi

Hantaran sisi merupakan sejenis hantaran bola dimana boleh dihantar dari bahagian
sisi. Hantar sisi ini dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan
atau kedua-dua belah tangan. (Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)
Cara melakukan hantara ini ialah, pemain hendaklah berada dalam kedudukan bersedia.
Seterusnya, berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan bengkokkan sedikit lutut hadapan,
bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. Selepas itu, luruskan kaki hadapan
dan bengkokkan lutut belakang dan sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola
ke sasaran dan ikut lajak.
Gambar 3.4:Hantaran Sisi

3.5 Menerima Bola

Kemahiran menerima bola sangat penting dalam permainan bola jaring dan ini
merupakan sejenis kemahiran yang digunakan untuk menerima bola yang dihantar oleh
rakan. (Fauzi Jamhari, 2012) Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan
tangan yang baik. Bagi melakukan kemahiran ini, mata hendaklah sentiasa memandang ke
arah bola datang. Seterusnya, berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan hulurkan tangan
ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. Selepas itu,
terima bola dengan ibu jari dengan keadaan ibu jari yang sentiasa di belakang bola. Semasa
bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan dan semasa menerima bola,
pindahkan berat badan ke kaki belakang. (Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2007)

Gambar 3.5:Menerima Bola

3.6 Mengelak

Kemahiran mengelak ialah sejenis kemahiran yang membolehkan seseorang pemain


bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan
selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat
beberapa asas mengelak, iaitu berlari ke arah yang sesuai, berlari laju dan berhenti dengan
mengejut, berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju dan mengacah dan bergerak
ke suatu arah (mengelak acan). Semasa melakukan kemahiran ini, badan hendaklah berada
dalam kedudukan bersedia. Seterusnya, bongkokkan badan ke satu arah untuk
mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan. (Fauzi Jamhari,
2012).

Gambar 3.6: Mengelak

3.7 Menghadang

Kemahiran menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk


menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring
gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat
empat posisi asas menghadang iaitu berdiri menghadap permain lawan, berdiri
membelakangkan pemain lawan, berdiri di sisi pemain lawan dan berdiri di belakang pemain
lawan.

Gambar 3.7: Menghadang


3.8 Gerak Kaki

Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan
pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa melanggar undang-undang
permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum
dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara.
Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut:

1) Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.


2) Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
3) Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
4) Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.

3.9 Menjaring

Menurut Norlaila Razali (2011), kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan
sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau
penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan
tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan
dalam kedudukan berikut:

1. Menjaring pada kedudukan statik.


2. Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
3. Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
4. Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
5. Melompat dan menjaring.

Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas
menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga
dilakukan. Selain itu, antara teknik menjaring pada kedudukan statik ialah badan hendaklah
berada dalam keadaan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan dan pegang bola dengan
kedua-dua belah tangan. Seterusnya, jari dibuka dan melengkung serta ibu jari di belakang
bola. Selepas itu, bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan
lutut. Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh
pergelangan tangan serta jari-jari. Ikut lajak.
Gambar 3.9: Menjaring

4.0 Peralatan

Peralatan yang digunakan atau terlibat dalam bola jaring terdiri daripada bola, tiang gol
dan gelanggan.

4.1 Bola

Berukuran standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan.


Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah
lebih kurang 99sm-102sm dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak).
Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah.

Gambar 4.1: Bola Jaring

4.2 Tiang Gol

Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10
kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring yang
diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkan dengan
teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.
Gambar 4.2: Tiang gol gelanggan bola jaring

4.3 Gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Bola jaring juga boleh dimainkan di
gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan
gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup. Garisan
sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan
gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan tengah dengan jejari
45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di
mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan.

Gambar 4.3: Gelanggang bola jaring


5.0 Rumusan

Kesimpulannya, bola jaring merupakan suatu permainan yang mampu


mengharumkan nama negara kita ke persada dunia jika pelbagai langkah bagi
mengembangkan potensi diri pemain-pemain bola jaring dilaksanakan dengan efektif. Guru-
guru pelatih permainan bola jaring yang berkemahiran sangat diperlukan bagi melatih dan
mengajarkan kemahiran-kemahiran yang ada dalam bola jaring untuk melahirkan atlet-atlet
sukan yang berkualiti serta berkemahiran dalam permainan ini.
6.0 Rujukan

Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Modul Latihan Sukan Untuk
Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Jaring. Kementerian Pelajaran
Malaysia, 5-18.

Fauzi Jamhari. (2012). Kemahiran Asas Bola Jaring. Universiti Sultan Idris, 3-11.

Firdaus Zailan. (2012, October 24). Permainan Bola Jaring. Retrieved from SlideShare:
https://www.slideshare.net/fido3530/permainan-bola-jaring.

Maizura Ruslan. (2012). Ko-kurikulum. Open University, 4-11.

Norlaila Razali. (2011). Pencapaian Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring Pelbagai Posisi Melalui
Latihan Ketangkasan Di Daerah Kinta Utara. Universiti Sultan Idris, 3-12.

Othman Che Man. (2015). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6 SK. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai