Anda di halaman 1dari 11

2.

0 PENDAHULUAN

“Kepercayaan kepada Tuhan”, prinsip pertama dalam Rukun Negara. Mengapakah


frasa tersebut dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara sedangkan frasa
tersebut boleh dijadikan prinsip kedua ataupun terakhir dalam lima prinsip Rukun Negara?
Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia dan sistem pentadbiran mementingkan kehidupan
beragama dan menganggap agama sebagai prinsip hidup yang utama. Tanpa agama
manusia akan hidup di dalam keadaan yang huru hara. Agamalah yang dapat membentuk
pembangunan rohani dan jasmani yang seimbang dan sempurna. Nilai-nilai murni yang ada
dalam pelbagai agama dan kepercayaan pula dihayati dan diamalkan oleh masyarakat
majmuk di Malaysia.

1
3.0 ISI PENULISAN

3.0.1 KONSEP AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Terlebih dahulu, apakah yang dimaksudkan dengan “agama” dan “kepercayaan”?


Noresah Baharom (2007) mendefinisikan agama sebagai kepercayaan kepada Tuhan dan
sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Menurut Al-
Syahrastani pula, agama bermaksud kekuatan dan kepatuhan yang terkadang yang biasa
dimaksudkan sebagai pembalasan dan perhitungan (amal perbuatan di akhirat). (Abdullah,
2004) Menurut James Murray (2007), religion atau agama bermakna “The belief in and
worship of a superhuman controlling power, especially a personal God or gods”, "ideas
about the relationship between science and religion" and “a particular system of faith and
worship”. Ini bermakna kepercayaan dan penyembahan terhadap kuasa yang luar biasa
yang mengawal manusia, seperti Tuhan atau dewa-dewa, "suatu idea mengenai hubungan
antara sains dan agam dan sistem kepercayaan dan ibadah tertentu. Dengan ini, dapat
disimpulkan bahawa agama membawa maksud kepercayaan terhadap kekuasaan Tuhan
dan kepatuhan terhadap-Nya. Sebagai contohnya, agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu
dan Sikh merupakan agama kerana penganut-penganutnya mempercayai dan mematuhi
Tuhan mereka. Mereka juga menerima dan mengikuti ajaran dan suruhan Nabi atau sami
dan Tuhan agama masing-masing.

kepercayaan
kepada Tuhan

Agama

kepatuhan dan penyembahaan


menerima
menerima terhadap kuasa
terhadap kuasa
suruhanNya luar biasa

Rajah 3.0.1.1: Agama

2
Seterusnya, Noresah Baharom (2007) mengatakan kepercayaan sebagai anggapan
atau akuan bahawa sesuatu itu ada. Ini bermaksud kepercayaan merujuk kepada sesuatu
yang orang percaya ada. Contohnya, ajaran Konfusianisme dan ajaran Taoisme. Rousseau
et al, (2002) memberikan definisi kepercayaan sebagai menganggap dengan pasti dan kuat
bahawa ada benar atau wujudnya sesuatu serta mengharapkan untuk menjadi benar dan
memenuhi jangkaannya. (Mohd Aizzat, 2016) Doney et.al. (2001) memdefinisikan
kepercayaan sebagai sesuatu yang diharapkan daripada kejujuran dan tingkah laku
berdasarkan perkongsian norma dan nilai bersama. (Megat Ayob Megt Arifin, 2008) Oleh hal
yang demikian, dapat kita simpulkan bahawa kepercayaan sebagai anggapan atau rasa
percaya kita terhadap sesuatu bahawa sesuatu itu benar dan wujud. Kepercayaan tidak
mempunyai Tuhan. Sebagai contohnya, Confucianisme, Taoisme dan Animisme merupakan
kepercayaan kerana penganut kepercayaan-kepercayaan tersebut percaya bahawa
kepercayaan tersebut benar dan baik serta kepercayaan tersebut tidak mempunyai Tuhan,
malah yang ada ialah tokoh atau pengasas kepercayaan tersebut.

anggapan
anggapan
sesuatu ada

Kepercayaan

sesuatu yang
diharapkan
diharapkan mengharapkan
daripada sesuatu itu
sesuatu itu
kejujuran
kejujuran benar
benar

Rajah 3.0.1.2: Kepercayaan

3
3.0.2 AMALAN NILAI-NILAI MURNI

Masyarakat majmuk di Malaysia berkongsi dan mengamalkan nilai-nilai murni


daripada pelbagai agama dan kepercayaan. Yang pertama sekali, amalan nilai-nilai murni
agama Islam yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia ialah nilai tanggungjawab.
Penganut agama Islam harus menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah dengan
menguruskan dan mentadbir alam dengan sempurna serta beribadah kepada Allah.
(Abdullah Zhidi Omar, et. al., 2016) Mereka diwajibkan untuk melakukan perkara yang
disuruh dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mereka juga disuruh untuk melakukan
tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan
jujur. Masyarakat Malaysia pula mengamalkan nilai tanggungjawab dengan bersedia untuk
menjaga maruah bangsa Malaysia dan negara serta mengamalkan suruhan dengan
menjauhi larangan agama masing-masing. Seterusnya, nilai hemah tinggi juga amat
ditekankan dalam agama Islam. Orang Muslim mengamalkan kebersihan dalam semua
perkara dalam kehidupan. (Suhaimi shafie, 2015) Mereka menjaga kebersihan hati dalam
menjalankan sesuatu seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Masyarakat
Malaysia pula berhemah tinggi dengan menjaga kebersihan hati dan diri mereka supaya
imej diri tidak terjejas. Seperkara lagi, nilai kasih sayang juga diamalkan oleh masyarakat
Malaysia. Agama ini melarang penganutnya membunuh nyawa sendiri dan orang lain serta
memelihara nyawa dengan mengelakkan diri melakukan perkara yang bahaya dan
mengamcam diri sendiri dan orang lain. Masyarakat Malaysia mengamalkan nilai kasih
sayang dengan tidak melibatkan diri dalam aktiviti merempit dan menbunuh diri kerana
mengancam nyawa diri sendiri.

Nilai murni agama Kristian yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia ialah nilai
kasih sayang. Agama Kristian menyuruh penganutnya menjalinkan hubungan yang baik
dengan jiran mereka dan memelihara hubungan tersebut. (Abdullah Zhidi Omar, et. al.,
2016) Pengganut agama ini sanggup menolong jiran mereka jika ditimpa kesusahan serta
turut berkongsi suka dan duka dengan mereka. Masyarakat kita mengamalkan nilai ini
dengan menghadiri sambutan perayaan di rumah jiran mereka dan bergotong-royong
menolong jiran mereka semasa perkahwinan. Tambahan lagi, nilai hormat-menghormati
merupakan suatu nilai yang amat ditekankan agama ini. Nilai moral menghormati ayah dan
ibu merupakan salah satu daripada sepuluh nilai moral yang mesti dihayati oleh penganut
agama Kristian. Agama Kristian inginkan penganutnya menghormati ibu bapa mereka
dengan mendengar nasihat ibu bapa mereka dan menjauhi segala perkara yang dapat
menjatuhkan maruah ibu bapa. Masyarakat Malaysia mengamalkan nilai ini dengan

4
menggunakan bahasa yang sopan dan nada percakapan yang sesuai semasa berbual
dengan ibu bapa mereka. (Ahmad Fikri, 2014) Mereka juga bersalam dengan ibu bapa
selepas dan sebelum meninggalkan rumah. Seterusnya, nilai hemah tinggi juga adalah satu
nilai murni agama kristian yang masyarakat kita amalkan. Amalan berzina dan melakukan
maksiat dilarang sama sekali dalam agama kristian. Masyarakat Malaysia pula tidak berzina
dan melakukan maksiat kerana perkara ini sesuatu yang dilarang oleh agama dan dapat
menjatuhkan maruah diri dan keluarga.

Seterusnya, Nilai murni agama Buddha, iaitu nilai hemah tinggi menjadi amalan
masyarakat Malaysia. Agama ini menyuruh penganutnya menyuruh penganutnya
melakukan kebaikan akhlak iaitu pertuturan, perbuatan dan pekerjaan yang betul. (Jalan
Mulia Lapan Lapis) (Abdullah Zhidi Omar, et. al., 2016) Masyarakat Malaysia mengamalkan
nilai ini dalam melakukan pekerjaan yang betul dari segi peraturan agama dan undang-
undang negara seperti menjadi pekerja kilang atau guru. Selain itu, nilai kasih sayang juga
merupakan nilai murni yang diamalkan oleh penganut agama tersebut. Penganut agama ini
disuruh untuk menghindari diri daripada membunuh makhluk hidup serta menanamkan sifat
penyayang dan belas kasihan. Mereka disuruh untuk menyayangi nyawa manusia dan tidak
mengalakkan peperangan serta menginginkan kedamaian. Masyarakat Malaysia
mengamalkan nilai ini semasa menghadapi konflik untuk mengelakkan peperangan.
Sebagai contonhnya, semasa Malaysia menghadapi konfrentasi dengan Indonesia. (Ahmad
Fikri, 2014) Selain itu, agama ini menekankan nilai keprihatinan. Agama ini menyuruh
penganutnya untuk memberi perhatian dan menjaga kesihatan mereka. Mereka dilarang
untuk makan dan minum benda yang memabukkan dan merosakkan akal yang sihat.
Masyarakat Malaysia juga mengamalkan nilai ini dengan tidak meminum minuman
beralkahol kerana minuman tersebut dapat merosakkan akal.

Di samping itu, nilai murni yang terdapat dalam agama Hindu, iaitu nilai
tanggungjawab juga diamalkan oleh masyarakat kita. Penganut agama Hindu tidak
terpesong daripada melaksanakan kewajipan (Upanishad) dan tidak lupa untuk
melaksanakan tanggungjawab atau kewajipan (dharma). (Abdullah Zhidi Omar, et. al., 2016)
Masyarakat kita mengamalkan nilai ini dengan sentiasa mematuhi undang-undang negara
dan sanggup memelihara maruah negara. Agama Hindu menekankan nilai tidak
mementingkan diri sendiri. Penganut agama Hindu tidak mementingkan diri sendiri dan
memikirkan tentang kebajikan orang lain dan ini juga merupakan nilai yang terkandung
dalam Upanishad. Masyarakat Malaysia tidak mementing diri mereka dengan memberi
laluan kepada kereta “Ambulance” yang dinaiki oleh pesakit walaupun mereka ingin sampai
ke destinasi mereka dengan cepat. Seperkara lagi, nilai hemah tinggi juga jelas kelihatan
dalam agama Hindu. Penganut agama ini tidak sombong dan angkuh serta tidak

5
menganggap bahawa diri terlalu baik dan pandai. Masyarakat Malaysia juga tidak sombong
dan selalu bertegur sapa dengan jiran-jiran.

Nilai murni yang dimilik oleh agama Sikh ialah nilai toleransi. Penganut agama ini
mempunyai pandangan yang terbuka serta bertolak ansur terhadap agama-agama lain.
(Abdullah Zhidi Omar, et. al., 2016) Mereka berfikiran terbuka dan bertolak ansur dengan
agama-agama lain. Masyarakat Malaysia mengamalkan nilai ini dengan menunggu dengan
sabar dan memberi keutamaan kepada semasa perarakan agama lain. Seterusnya, nilai
hormat-menghormati merupakan nilai yang terdapat dalam Kitab Utama, iaitu kitab
pengaanut agama Sikh. Penganut agama Sikh patuh dan menghormati guru-guru agama.
Masyarakat Malysia mengamalkan nilai ini dengan bersalaman dengan guru mereka
selepas tamatnya kelas. Tambahan lagi, agama Sikh mempunyai nilai keadilan sebagai satu
nilai yang wajib diamalkan. Keadilan perlu dilaksanakan dan diamalkan dalam semua bidang
kemanusian. Mereka bersikap adil dan tidak bersikap pillih kasih semasa bertindak dan
mengambil keputusan. Contohnya, di Malaysia para guru tidak berat sebelah semasa
menyelesaikan masalah pelajar.

Tambahan lagi, nilai-nilai murni yang dalam kepercayaan Taoisme juga diamalkan
oleh masyarakat kita. Yang pertama ialah nilai mencintai alam sekitar. Menurut agama ini,
manusia perlu memelihara alam sekitar dengan baik untuk mendapatkan kehidupan yang
berharmoni dengan alam sekitar. (Azizi Yahaya, 2008) Masyarakat Malaysia mengamalkan
nilai ini dengan mengkitar semula barang-barang untuk menjaga alam sekitar. Seterusnya,
nilai berbudi bahasa ditekankan dalam kepercayaan Taoisme. Menurut kepercayaan ini,
manusia perlu mengamalkan sifat hormat-menghormati dan berbudi bahasa dalam
kehidupan seharian mereka. Masyarakat Malaysia pula berbudi bahasa dengan menjaga
tingkah laku mereka dan bertutur dengan bersopan santun dengan semua lapisan
masyarakat dari tua hingga ke muda. Nilai merendah diri merupakan nilai agama ini yang
diamalkan oleh masyarakat kita. Agama ini menyuruh manusia untuk memilik perasaan
merendah diri dan tidak mengamalkan sikap menunjuk-nunjuk. Masyarakat kita pula
merendah diri dengan tidak bersikap riak malah bersyukur kepada Tuhan atas segala
kejayaan yang dicapai serta berkongsi kegembiraan dengan orang dengan mengadakan
jamuan dan kenduri.

Nilai amanah merupakan salah satu daripada lima kebaikan dalam kepercayaan
Confucianisme (Wu Chang) Menurut kepercayaan ini, kebolehpercayaan (Xin-
truthworthiness) atau amanah mesti diamalkan oleh semua aspek kehidupan manusia. (Eow
Boon Hin, 2002) Mereka tidak boleh menganayai orang lain dan menjalankan sesuatu
dengan baik serta betul. Masyarakat Malaysia mengamalkan nilai ini denngan tidak

6
menyalahgunakan wang persatuan dan kuasa yang diberikan. Kepercayaan ini juga
mementingkan nilai kasih sayang. Penganut kepercayaa ini mementingkan dan memelihara
lima hubungan (Wulun atau Five Relations) seperti hubungan suami dengan isteri,
hubungan adik beradik, hubungan pemerintah dengan menteri, hubungan antara sahabat
dan hubungan bapa dengan anak. Masyarakat kita mengamalkan nilai ini dengan menolong
bapa untuk mencuci kereta dan seorang kawan menolong rakannya untuk menyiapkan kerja
kursusnya. Selain itu, nilai berperikemanusiaan merupakan salah satu nilai yang wajib
penganut kepercayaan ini amalkan. Penganut kepercayaan ini mesti memiliki sifat
kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia. Mereka mengelakkan perkara dan
tindakan yang dapat memberikan kesan negatif kepada orang lain. Masyarakat kita
mengamalkan nilai ini dengan mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak membahayakan
nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Kepercayaan yang terakhir ialah kepercayaan animisme. Amalan nilai dari persepktif
kepercayaan ini yang ada dalam masyarakat Malaysia ialah nilai mencintai alam sekitar.
Penganut kepercayaan ini menjaga hubungan mereka dengan alam sekitar dan
menghormatinya. Mereka tidak menebang pokok sesuka hati dan menebas kawasan hutan
yang luas untuk penematan mereka. Begitu juga dengan masyarakat Malaysia, mereka
menanam pokok-pokok bunga sekitar rumah mereka. Seterusnya, amalan nilai murni
ketaatan yang ada dalam kepercayaan ini diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Penganut
kepercayaan ini mentaati tradisi, budaya dan amalan yang diwarisi turun-temurun dalam
keluarga mereka. Mereka menyembah benda yang dianggap mempunyai kuasa seperti
pokok, batu dan sebagainya, apabila mereka membuat permintaan pertolongan. Mereka
memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan. Masyarakat
Malaysia pula mengaplikasikan nilai ketaatan dengan mengamalkan budaya dan tradisi
dalam keluarga mereka seperti bersembayang di rumah ibadat semasa hari perayaan. Nilai
murni hormat-menghormati juga diamalkan. Penganut kepercayaan ini menghormati roh
orang yang telah meninggal dunia dan mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100
dan sebagainya. (Chang Lee Hoon, 2005) Masyarakat Malaysia mengamalkan nilai ini
dengan menghormati orang tua dengan memberi salam kepada mereka serta menghormati
orang yang telah meninggal dunia dengan berdoa untuk kesejahteraan roh mereka.

Semua agama dan kepercayaan diatas mempunyai persamaan dari aspek nilai-nilai
murni yang dimilik. Persamaan nilai atau nilai-nilai yang dimiliki oleh kebanyakkan agama
dan kepercayaan disebut sebagai nilai-nilai sejagat. Nilai-nilai universal atau sejagat yang
dimiliki oleh semua agama dan kepercayaaan di atas ialah nilai kasih sayang. Semua
agama dan kepercayaan menyuruh penganutnya untuk menyanyangi diri sendiri, orang lain
dan juga alam sekitar. Penganut diwajibkan untuk memelihara hubungan dengan orang dan

7
alam sekitar untuk keharmonian dan kemakmuran hidup. Seterusnya, nilai hormat-
menghormati. Semua agama dan kepercayaan juga menyuruh penganutnya menghormati
Tuhan, ibu bapa, orang lain dan juga alam sekitar. Mereka juga diwajibkan untuk berbuat
baik kepada orang, menjaga hak manusia dan haiwan serta mengembirakan ibu bapa.
Selain itu, nilai hemah tinggi juga menjadi nilai sejagat. Semua agama dan kepercayaan di
atas, mewajibkan penganutnya untuk menjaga kelakuan dan tingkah laku mereka serta
melarang mereka daripada terlibat dalam gejala sosial dan aktiviti yang boleh menjatuhkan
maruah diri dan keluarga.

nilai kasih
sayang

Nilai-
nilai
sejagat

nilai hormat- nilai hemah


menghormati tinggi

Rajah 3.0.2.1: Nilai-nilai sejagat

8
5.0 KESIMPULAN

Tegasnya, agama dan kepercayaan adalah sebuah pegangan hidup bagi setiap
manusia yang hidup di muka bumi ini. Banyak nilai agama dan kepercayaan bersifat sejagat
boleh diterima sebagai prinsip hidup. Hanya konsep ketuhanan sahaja berbeza antara satu
agama dengan yang lain. Masyarakat Malaysia yang pelbagai agama dan kepercayaan pula
menyebabkan nilai-nilai murni yang ada dalam pelbagai agama dan kepercayaan diteliti,
disesuaikan, dihayati dan diterima supaya nilai tersebut menjadi titik penyatuan antara
masyarakat dan dapat melahirkan warga Malaysia yang berakhlak mulia.

9
6.0 RUJUKAN

BUKU

Abdullah, Yatimin. (2004). Studi Islam Kontemporer. Jakarta : Amzah.

Abdullah Zhidi Omar, Et. Al. (2016). Penghantar Pendidikan Morl. Selangor: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Eow Boon Hin. (2002). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

James Murray. (2007). Oxford Dictionary (3rd Edition). United Kingdom: Oxford University
Press.

Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Jurnal

Chang Lee Hoon. (2005). Agama Dan Budaya. Fakulti Pendidkan, Universiti Malaya, 7-10.

Azizi Yahaya. (2008). Prisnip-Prinsip Agama. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi


Malaysia, 17-25.

Megat Ayob Megt Arifin. (2008). Tokoh Islam. Tinjaun Pustaka, 12-15.

Internet

Mohd Aizzat. (2016, September 2). Agama Dan Kepercayaan. Retrieved From Scribd:
Https://Www.Scribd.Com/Doc/6125022/Agama-Dan-Kepercayaan.

Suhaimi Shafie. (2015, Mac 13). Nilai-Nilai Agama Islam. Retrieved From Scribd:
Https://Www.Scribd.Com/Presentation/46474500/Nilai-Nilai-Agama-Islam..

Ahmad Fikri. (2014, Jun 9). Nilai-Nilai Murni Dalam Masyarakat Malaysia. Retrieved From
Scribd: Https://Www.Scribd.Com/Presentation/46474500/Nilai-Murni-Dalam-
Masyarakat-Malaysia.

10
11

Anda mungkin juga menyukai