Anda di halaman 1dari 17

ETIKA, AKHLAK DAN PERUNDANGAN DALAM

PENDIDIKAN

PQI6003

SEMESTER 2, SESI 2022/2023

TAJUK TUGASAN:

PERANAN AGAMA SEBAGAI SUMBER NILAI

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL ANIS SYIFA BINTI HUSAINI (17194362/2)

DISEMAK OLEH:

DR. SIMAH BINTI MAMAT


1.0 PENGENALAN
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini akan menjalani kehidupan

bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Setiap manusia

menjalani kehidupan dengan berpandukan kepada garis panduan yang telah

ditetapkan oleh agama masing-masing. Dalam hal ini, manusia percaya

bahawa Tuhan yang berkuasa untuk menentukan jalan kehidupan seseorang

di dunia ini. Misalnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik yang

mana terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Walaupun begitu, negara ini

tetap dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hal ini adalah

kerana setiap agama mempunyai garis panduan yang tersendiri yang

bertujuan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai-

nilai moral dalam diri. Contohnya, nilai-nilai moral yang baik seperti sabar,

murah hati, sopan santun, penyayang, hormat-menghormati turut diamalkan

oleh agama-agama lain dan bukan hanya agama Islam sahaja. Perkara ini

selari dengan perspektif Islam yang mana Tuhan mencipta kepelbagaian

dalam masyarakat adalah untuk mereka saling mengenali, menghormati dan

boleh bertukar pendapat antara satu sama lain. Hal itu secara tidak langsung

dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum

dan agama. Sehubungan dengan itu, perkara ini jelas menunjukkan bahawa

agama memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan

sumber nilai dalam diri masyarakat agar negara sentiasa aman dan makmur

kerana dengan pembentukan akhlak yang baik dapat mencegah seseorang

itu daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama.


1.1 PENGERTIAN AGAMA

Secara umumnya, agama merupakan elemen yang paling penting dalam

kehidupan seseorang insan yang lahir di muka bumi ini. Menurut Shah dan

Friedman (2018), antara sebab yang menjadikan agama sebagai elemen

yang sangat penting bagi manusia adalah kerana manusia ialah homo

religious yang mempunyai fitrah keinginan untuk memahami dan menerima

segala nilai-nilai murni. Pada asalnya, istilah agama ini dikatakan berasal

daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud sesuatu panduan bertulis yang

diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Menurut Farid (2005: 3),

penganut agama Islam khususnya di rantau Asia tidak memahami istilah

“agama” tersebut kerana ianya digunakan oleh orang Hindu untuk kitab-kitab

suci mereka seperti Vedik. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat

pendapat yang menyatakan bahawa perkataan agama itu terbentuk melalui

gabungan dua kata, iaitu “a” yang membawa maksud tidak dan “gam” yang

bermaksud pergi. Maka, perkataan agama itu sendiri akan membawa maksud

tidak pergi dan bersifa tetap apabila digabungkan agar dapat diwarisi oleh

generasi yang akan datang.

Selain itu, al-Dīn pula adalah istilah bahasa Arab yang merujuk kepada

agama. Istilah al-Dīn (dalam bentuk nakirah) bermaksud gaya hidup

seseorang. Manakala al-Din dalam bentuk makrifah pula bermakna cara

atau gaya hidup yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Istilah tersebut

merupakan suatu yang khusus yang terdapat di dalam Al-Quran. Konsep al-

Dīn ini juga melihat terhadap konsep kepercayaan kepada kewujudan zat

yang dapat dilihat dan yang tidak dapat dilihat (zat yang paling tinggi) yang
seterusnya akan membangkitkan perasaan dan kemahuan serta kawalan

kepada perkara yang menjadi kepentingan manusia. Secara ringkasnya,

istilah al-Din itu sudah cukup untuk merangkumi kesemua aspek dalam

kehidupan manusia dan juga akhirat. Terdapat empat bahagian istilah al-Dīn,

iaitu;

a) Allah SWT mempunyai kuasa yang mutlak

b) Taat dan setia kepada yang maha mutlak melalui penyerahan diri

c) Allah yang berkuasa mutlak sentiasa mengawasi iman dan amalan

seseorang

d) Allah berkuasa untuk memberi balasan sama ada balasan baik atau

balasan buruk

Di samping itu, agama disebut sebagai religion dalam bahasa Inggeris.

Di Barat, pengertian religion ini adalah berbeza dengan pengertian al-Dīn

yang mana berpendapat bahawa agama itu hanya melibatkan hubungan

tetap antara manusia dengan Tuhan sahaja. Kedua-dua konsep tersebut

dikatakan berbeza kerana al-Dīn menekankan tentang hubungan manusia

dengan Tuhan (vertikal), hubungan manusia dengan manusia dan alam

lingkungan hidupnya (horizontal).

Demikian juga, Kamus Dewan (2010) mentakrifkan agama sebagai

sesuatu kepercayaan kepada Pencipta yang Maha Kuasa iaitu Tuhan dan

dewa-dewa yang dipuja kerana kekuasaannya. Selain itu, Sitti Amaliyah Jamil

(2013) ada memetik pendapat Elizabeth K. Nottingham yang menyatakan

bahawa agama dapat menjadi pencetus kebahagiaan dan perasaan-

perasaan lain dalam diri manusia. Sebagai tambahan, Tylor (1874) pula
menyatakan bahawa agama adalah melibatkan kepercayaan terhadap

perkara atau makhluk-makhluk spiritual yang dianggap suci. Oleh itu, terdapat

empat unsur agama yang dapat dibentuk melalui definisi-definisi tersebut,

iaitu;

a) Kepercayaan terhadap perkara spiritual (kekuatan ghaib) yang

mempunyai kuasa seperti Allah dalam agama Islam.

b) Hubungan baik dengan kekuatan ghaib dapat menentukan

kesejahteraan hidup manusia.

c) Dapat membangkitkan batin manusia yang akan menentukan

cara hidup manusia.

d) Kepercayaan terhadap kitab-kitab suci yang mengandungi

ajaran dan hokum-hukum agama.

Secara kesimpulannya, agama boleh dikatakan sebagai sebuah ajaran

dan kepercayaan terhadap Tuhan yang Maha Kuasa melalui kitab-kitab suci

yang diwariskan dari satu generasi ke generasi lain yang menjadi garis

panduan serta pedoman hidup manusia. Maka, dengan adanya agama akhlak

dan moral yang baik dalam diri manusia dapat dibentuk kerana setiap agama

sememangnya menerapkan nilai-nilai murni agar dapat melahirkan insan

yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara.

2.0 PERANAN AGAMA SEBAGAI SUMBER NILAI

Tidak dapat dinafikan bahawa seseorang yang beragama dapat membentuk

moral, etika dan nilai-nilai murni dalam diri sekiranya seseorang individu itu

menghayati serta mematuhi suruhan dan ajaran yang ditetapkan dalam


agama masing-masing. Namun demikian, tanpa pegangan agama pun

manusia tetap tidak dapat dipisahkan dengan akhlak dan juga sumber nilai

moral sama ada baik atau buruk. Penentuan akhlak dan sumber nilai ini dapat

ditentukan melalui penghayatan dalam agama kerana adanya panduan yang

menjadikan kehidupan manusia menjadi lebih teratur. Oleh sebab itu agama

berperanan sebagai sumber nilai dalam diri manusia kerana dapat menjadi

kod dan peraturan moral yang dinamik yang menjadi pedoman dalam

mengawal kehidupan spiritual manusia.

2.1 Pengertian Akhlak, Moral dan Nilai-nilai Murni

Akhlak boleh didefinisikan sebagai dua pendekatan iaitu melalui bahasa dan juga

istilah. Dari sudut bahasa, akhlak diambil daripada perkataan bahasa Arab, iaitu

‘khuluq’ yang bermakna budi pekerti. Hal ini dijelaskan lagi oleh Imam Al-Ghazali

yang menyatakan bahawa akhlak ini dapat menunjukkan tingkah laku seseorang

yang telah sebati dalam diri manusia. Manakala dari sudut istilah pula, akhlak

bermaksud segala tingkah laku, perbuatan, tutur kata dan penampilan diri yang

berpandukan kepada ajaran agama Islam. Secara ringkasnya, akhlak ini

menekankan tentang nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu.

Sifat yang baik ini akan lahir dalam diri sekiranya manusia sentiasa menghayati

agama dalam kehidupan kerana ia akan mendorong manusia untuk sentiasa

melakukan perkara-perkara yang baik.

Moral pula dapat ditakrifkan sebagai kesedaran terhadap sesuatu tingkah

laku yang baik atau buruk dan mengetahui perkara yang patut dilakukan dan

perkara yang perlu ditinggalkan (Kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi

Keenam). Dalam hal ini, pembentukan moral adalah bergantung kepada situasi
dan keadaan yang dapat mempengaruhi moral seseorang, seperti sistem social,

kelas sosial dan agama yang dianuti dalam masyarakat. Menurut pandangan ahli

falsafah Barat, manusia melakukan sesuatu perkara adalah disebabkan oleh

dorongan untuk mencapai kenikmatan dan keseronokan (Thomas Hobbes, 1588-

1679). Menurut beliau juga, moral tidak mempunyai kaitan dengan kepercayaan

seseorang terhadap agama kerana ianya melibatkan kehendak nafsu semata-

mata. Oleh sebab itu, falsafah moral Barat boleh dibahagikan kepada dua asas,

iaitu;

a) Aplikasi nilai moral adalah terbatas kepada urusan individu sahaja

kerana berasaskan kepada ajaran sekularisme.

b) Menolak kepercayaan terhadap agama dan hari akhirat.

Moral yang baik seperti kebenaran, keberanian, kejujuran dan keadilan

perlu diterapkan dalam diri manusia untuk membentuk tingkah laku yang baik.

Manakala, moral buruk seperti ketidakadilan, kezaliman, mungkir janji dan

sebagainya perlu dibendung agar masyarakat sentiasa hidup dalam keadaan

yang harmoni.

Seterusnya, agama juga berperanan sebagai sumber nilai seperti nilai-

nilai murni. Secara umumnya, nilai murni adalah amalan mulia yang perlu ada

dalam diri seseorang agar dapat mengelakkan berlakunya kekacauan dan

masalah dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, segala perbuatan dan

tatasusila yang yang baik sesama manusia, alam dan Tuhan boleh dikatakan

sebagai nilai murni. Berikutan itu, nilai murni juga dapat menjadi ukuran terhadap

sesuatu perkara yang diinginkan dalam hidup (Wan Mohd. Zahid, 1988).

Demikian juga, Clyde Kluckhohn pula menyatakan nilai sebagai satu standard

yang mengawal tingkah laku seseorang. Menurut beliau juga, nilai adalah satu
‘preference’ yang dapat menentukan tanggapan untuk disukai dan membentuk

hubungan yang baik sesama manusia dalam kelompok masyarakat.

3.0 PERANAN AGAMA ISLAM SEBAGAI SUMBER NILAI

Islam merupakan sebuah agama yang berbeza dari agama lain. Hal ini demikian

kerana istilah Islam itu sendiri tidak mempunyai kaitan dengan individu dan

sebagainya kerana nama tersebut diberikan oleh Allah SWT. Dari segi bahasa,

Islam diambil daripada kata kerja Salima yang bermaksud keaslian dan kesucian,

kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan serta ketaatan (Afif Abd al-Fatta

Tabbarah, 1969:17). Selain itu, seorang muslim harus percaya bahawa Islam

adalah agama yang benar di sisi Tuhan, iaitu Allah (Syed Muhammad Naquib Al-

Attas). Berikutan itu, agama Islam dianggap sebagai agama yang istimewa di sisi

orang Islam adalah kerana umat Islam tidak hanya fokus kepada aspek

kepercayaan semata-mata, malahan juga dapat belajar tentang konsep akhlak.

Dari segi istilah pula, Islam bermaksud menyerah diri kepada Allah SWT tanpa

sebarang paksaan dan sentiasa mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya

sesuai dengan konsep dalam Islam yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran

iaitu ‘amar maaruf dan nahi mungkar’. Konsep ini secara tidak langsung dapat

menunjukkan peranan dan kepentingan agama Islam dalam pembentukan nilai

dalam diri umat Islam itu sendiri.

Dalam islam, terdapat beberapa elemen yang menjadi asas pembentukan

nilai dan tingkah laku yang baik dalam diri seseorang, iaitu akidah, syariah dan

akhlak.
Akidah Syariat Akhlak

- Keimanan kepada - Hukum dan - Tingkah laku dan

Allah SWT serta peraturan keperibadian

meyakini berasaskan yang tertanam

kewujudan-Nya kepada Al-Quran dalam diri

dan Al-Hadith seseorang

- Keimanan dan - Berkaitan dengan Menurut al-Ghazali,

keyakinan kepada muamalat dan - Sendi akhlak mulia

Allah SWT. urusan ialah hikmah, amarah,

- Rukun iman dan perkahwinan dan nafsu yang akan

Rukun Islam (munakahat), membentuk akhlak-

perwarisan akhlak seperti pemaaf,

(warathah), kasih saying, pemurah,

perniagaan (at- adil dan sebagainya.

Tijarah) dan lain- - sendi akhlak buruk

lain. ialah keji, bodoh, rakus

dan aniaya yang akan

melahirkan sifat seperti

pemarah, boros,

bersangka buruk dan

lain-lain.

- Hubungan baik dengan

diri sendiri, manusia dan

Allah SWT.

Jadual 1 : Konsep Akidah, Syariat dan Akhlak dalam Islam


Melalui jadual tersebut, gabungan elemen dan unsur dalam Islam itu

dapat mencorakkan kehidupan seseorang individu dan masyarakat. Kandungan

dan garis panduan yang ditetapkan oleh agama Islam ini dapat mewujudkan

akhlak yang baik kerana umat Islam percaya bahawa Allah melihat segala

perbuatan yang dilakukan oleh hamba-Nya. Di samping itu, agama Islam juga

berperanan dalam menzahirkan sifa-sifat mahmudah seperti sifat amanah seperti

yang terkandung dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati

(amanah) Allah dan Rasul Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-

amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). ‘

(al-Anfal ayat 27)

Seterusnya, agama Islam juga menekankan sifat sabar dalam diri umat

Islam. Hal ini kerana sifat sabar dikatakan dapat mendidik manusia seperti

firman-Nya :

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, dan janganlah kamu

berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan

hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan

cekal hati); sesungguhnya Allah SWT berserta orang-orang yang sabar”.

(al-Anfal ayat 46)

Melalui firman-firman di atas, dapat dilihat bahawa agama Islam sangat

menitikberatkan tentang nilai-nilai baik yang secara tidak langsung dapat

mengharmonikan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama.

Misalnya, Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya untuk memberi


menghormati agama lain dan memberi nasihat dan teguran secara berhikmah

melalui penggunaan bahasa yang sopan dan halus. Hal ini secara tidak

langsung dapat mengubah persepsi dan pandangan agama lain terhadap

agama Islam. Kesannya, masyarakat yang beragama Islam dapat menjadi

contoh yang baik kepada agama lain dalam pembentukan akhlak yang baik.

Antara amalan yang dapat membentuk keperibadian mulia dalam diri

seseorang adalah melalui sedekah dan bantuan makanan yang sering

diagihkan dalam bulan Ramadan. Bantuan ini bukan sahaja kepada golongan

Islam, bahkan masyarakat bukan Islam juga layak untuk menerima bantuan

tersebut.

4.0 PERANAN AGAMA KRISTIAN SEBAGAI SUMBER NILAI

Agama Kristian merupakan agama monotheis yang besar yang menekankan

tentang kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus atau juga dikenali sebagai Nabi

Isa a.s. Agama Kristian merupakan agama samawi yang telah dibawa kepada

Bani Israil berpandukan kepada ajaran Nabi Musa dan menjadikan kitab

Taurat sebagai sumber .Menurut Kamus Webster, ‘Kristian’ dapat ditakrifkan

sebagai kepercayaan kepada Tuhan, iaitu Yesus. Manakala, penganut bagi

agama Kristian ini pula disebut sebagai ‘Kristen’. Berdasarkan beberapa

sumber, orang Kristian ini dianggap sebagai penerang hidup. Dalam agama

Kristian ini, terdapat firman Allah tentang Nabi Isa atau juga yang mereka

anggap Jesus yang bermaksud :

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka

(Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan kitab Taurat yang diturunkan


sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil yang mengandungi

petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi sambil mengesahkan

benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi

petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

[Al-Maidah : 46]

Sehubungan dengan itu, agama Kristian mengamalkan Peraturan

Emas yang mengandungi undang-undang Tuhan. Berdasarkan peraturan

tersebut, orang Kristian diperintah untuk sentiasa menyayangi dan mencintai

diri sendiri, jiran dan Tuhan dengan sepenuh hati. Hal ini adalah sebagai

simbolik Tuhan Jesus mereka yang sanggup berkorban untuk menebus

segala dosa yang telah dilakukan oleh manusia.

melarang
perbuatan yang
mendatangkan
kemudaratan

Nilai moral melakukan


agama kebaikan dengan
Sentiasa mengamalkan
Kristian nilai-nilai seperti
beriman
pemaaf baik hati
dan penyayang

Rajah 1 : Nilai-nilai yang diajar dalam agama Kristian


Hal ini jelas menunjukkan bahawa agama Kristian juga dapat menjadi

garis panduan kepada umatnya kerana ajaran yang terkandung dalam

kitab agama Kristian juga menekankan tentang keperibadian mulia

seseorang melalui pengamatan nilai-nilai murni dalam kehidupan

seharian. Contohnya, agama Kristian juga menggalakkan umatnya untuk

menyayangi jiran seperti keluarga sendiri. Hal ini boleh dilihat apabila

berlaku sambutan perayaan, yang mana sikap toleransi dan kasih sayang

sesame jiran ini boleh berlaku dengan menziarahi rumah terbuka yang

dianjurkan oleh jiran walaupun dari agama yang berbeza. Perkara ini

dapat membentuk nilai moral yang tinggi dalam diri seseorang.

5.0 PERANAN AGAMA BUDDHA SEBAGAI SUMBER NILAI

Seterusnya, agama Buddha juga merupakan agama yang terdapat di Malaysia.

Perkataan Buddha dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud “Da

yang sedar”. Istilah ini dicipta melalui gabungan kata ‘budh’ dan ‘ta’. Sehubungan

dengan itu, agama Buddha ini dikatakan berasal dari keturunan diraja. Pengasas

bagi agama Buddha ini ialah Siddharta Gautama. Sebagai pengetahuan, agama

Buddha merupakan antara tiga agama terbesar di dunia. Namun demikian,

agama ini dikatakan tidak mempunyai Tuhan yang dianggap sebagai pencipta

atau Maha Kuasa seperti agama lain. Hal ini kerana mereka menjadikan patung

atau berhala sebagai Tuhan mereka yang patut mereka sembah. Terdapat

beberapa ciri agama Buddha, iaitu ;

a) Buddha adalah manusia dan bukannya makhluk spiritual seperti dewa.

b) Semua lapisan masyarakat dianggap sama rata.

c) Agama Buddha menghormati agama lain.


Ciri-ciri yang terdapat dalam agama Buddha ini jelas menunjukkan bahawa

agama Buddha juga sama seperti agama lain yang menekankan nilai-nilai murni

dalam diri penganutnya. Hal ini kerana terdapat lima larangan yang ditegaskan

dalam agama ini, seperti tidak membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan

minum arak. Selain itu, terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan dalam

agama Buddha, iaitu mempunyai pandangan, fikiran, pertuturan, perbuatan,

pekerjaan, usaha dan kesedaran yang betul dalam melakukan sesuatu perkara.

Dengan adanya peraturan ini, Buddhisme akan menjadi lebih seorang insan yang

mempunyai masa depan yang cerah kerana adanya panduan dan hala tuju

seseorang itu untuk sentiasa bergerak dan memperbaiki diri.

6.0 PERANAN AGAMA HINDUISME SEBAGAI SUMBER NILAI

Di Malaysia, terdapat satu lagi agama iaitu agama Hinduisme. Istilah Hinduisme

ini berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu Dharma Sanatana yang bermaksud abadi.

Hinduisme ini juga dikenali sebagai Veda dan merupakan agama yang paling tua

di dunia. Agama Hinduisme ini pula mengamalkan kepercayaan politeisme

kerana terdapat banyak dewa yang mereka puja. Namun demikian, mereka

masih percaya dan yakin bahawa Tuhan mereka adalah yang Maha Esa dan

itulah sumber kekuatan mereka. Sebagai contoh, agama Hinduisme ini

mempunyai kepercayaan yang dikenali sebagai ‘Pancasradha’. Antara keyakinan

yang dinyatakan adalah,

a) Brahman – Tuhan Maha Esa

b) Atman – Setiap makhluk mempunyai jiwa

c) Karmaphala – Terdapat hukum sebab dan akibat dalam diri seseorang.

d) Samsara – Proses Kelahiran semula

e) Moksa – Kebahagiaan tertinggi adalah tujuan akhir manusia


Melalui keyakinan yang terkandung dalam Pancasradha tersebut, dapat

dilihat bahawa agama Hinduisme ini mengajar umatnya untuk sentiasa

bertanggungjawab dan berpegang teguh terhadap prinsip hidup. Hal ini

kerana mereka percaya dan yakin kepada Tuhan mereka dan setiap yang

berlaku pasti mendapat balasan, sama ada baik atau buruk. Hal ini secara

tidak langsung dapat memberi dorongan kepada manusia untuk sentiasa

melakukan kebaikan agar tidak mendapat balasan yang buruk. Sikap timbang

rasa dalam ajaran Hinduisme ini juga menyebabkan manusia sentiasa

bertolak ansur sesama manusia, khususnya dalam masyarakat yang

berbilang kaum. Antara perayaan yang disambut oleh agama Hinduisme ialah

Hari Deepavali dan Thaipusam. Perayaan ini bukan sahaja diraikan oleh

penganut agama Hindu, malahan turut dimeriahkan oleh penganut agama

lain berdasarkan garis panduan agama masing-masing.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang indah dan unik. Namun

demikian, keindahan ini perlu dijaga dan dikekalkan selari dengan keharmonian

masyarakat berbilang kaum. Perkara ini tidaklah menjadi isu yang besar kerana

sememangnya setiap agama di negara ini mempunyai ajaran yang menekankan

tentang nilai-nilai murni serta moral yang baik. Tambahan pula, agama Islam

selaku agama rasmi negara ini boleh menjadi garis panduan kepada agama-

agama lain juga. Walau bagaimanapun, setiap agama mempunyai peranan yang

tersendiri dan tiada agama yang memerintah penganutnya untuk melakukan

perkara-perkara yang tidak bermoral.


Namun demikian, masyarakat perlulah mempunyai pegangan agama

yang kuat kerana tanpa penghayatan agama dengan betul, seseorang itu akan

mudah untuk terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Anda mungkin juga menyukai