Anda di halaman 1dari 7

1.

0 KONSEP KEPERCAYAAN DAN KETUHANAN DIDALAM SESEBUAH TAMADUN

Banyak definisi tamadun yang diberikan oleh para sarjana yang mendasarkan fahaman mereka kepada kajian sejarah, antropologi dan arkeologi. Semua tamadun berasakan kepada kepercayaan dan ketuhanan. Ditinjau dari sudut sejarah, memang benar bahawa banyak bangunan didirikan atas dorongan agama dan diperkayakan dengan seni ukiran yang berunsurkan keagamaan. bangunan-bangunan agung dibina sebagai rumah ibadat. Islam, rumah-rumah Melayu, misalnya Banyak

Sebelum kedatangan

di bahagian pemelesnya, dihiasi dengan

ukiran patung,menandakan kuatnya pengaruh Hindu-Buddha kepada senibina mereka. Agama juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas adat istiadat, pakaian dan sebagainya. Di sini menampakkkan agama memainkan peranan penting dalam membentuk dan mengembangkan sesuatu tamadun. Apabila berkata soal agama ia berkait rapat dengan kepercayaan dan ketuhanan didalam sesebuah tamadun 1.1 TAMADUN MELAYU Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di Alam Melayu. Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek, antaranya akidah, politik, sosial, undang-undang, ekonomi dan kebudayaan. Tamadun bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ia bermaksud bahawa agama /tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun. Justeru itu dalam asas bertamadun adalah akidah, syariah dan akhlak yang merupakan kompenen dalam agama Islam itu sendiri. Sumber dalam tamadun ada dua iaitu sumber naqli (wahyu) menjadi sumber asas manakala sumber aqli merupakan sumber sekunder yang mana ketepatan mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Matlamat utamanya ialah mencapai keredhaan Alla, manakala material berfungsi sebagai alat penghubung mencapai keredhaan allah. Akidah bererti iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan hidup. Secara tradisional, perbahasan dalam akidah di kalangan masyarakat di Malaysia berkisar di sekitar enam Rukun Iman yang melibatkan keimanan kepada Allah s.w.t., Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat serta Qada dan Qadar. Namun, pemikir masa kini membincangkan akidah

dalam perspektif lebih luas, meliputi permasalahan berkaitan dengan hubungan antara manusia, alam dan Tuhan. Dari segi keilmuan, akidah merupakan asas dan dasar pembinaan sebarang bentuk ilmu. Manakala dari segi kehidupan pula, akidah berperanan sebagai teras kepada semua sistem kehidupan bermasyarakat.

Perbincangan mengenai kepercayaan atau akidah di kalangan masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap masa iaitu sebelum kedatangan HinduBuddha, selepas kedatangan Hindu-Buddha dan selepas kedatangan Islam.

Sebelum kedatangan Hindu-Buddha ke Alam Melayu, masyarakat tempatan mempunyai kepercayaan sendiri yang biasanya diistilahkan sebagai animisme, dinamisme dan pemujaan Hyang atau nenek moyang. Masyarakat Melayu

mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk. Roh nenek moyang yang dinamakan Hyang (seperti poyang/ moyang) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan.

Selepas kedatangan Hindu-Buddha, terdapat di kalangan masyarakat di Alam Melayu yang menganut agama Hindu atau Buddha, atau kedua-duanya sekali. Wujud juga sinkretisme atau persenyawaan di mana agama Hindu-Buddha dianuti bersama dengan kepercayaan nenek moyang. Ini membuktikan sifat tolak ansur masyarakat setempat dalam menerima pengaruh luar, dan pada masa yang sama tetap mempertahankan tradisi nenek moyang mereka.

Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Alam Melayu, telah menjadikan upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-

benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Menurut pendapat Syed Naquib, kedatangan agama Hindu tidak mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan atasan sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu.

Selewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan corak hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialah:

i.

Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam Semesta.

ii. iii. iv. v. vi.

Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat. Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya. Menghormati maruah dan martabat manusia. Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan. Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.

Lantaran itu, masyarakat Melayu menyedari bahawa seluruh hidup mereka terfokus kepada tuhan (god-centered). Masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa. Kesannya, pandangan semesta Melayu telah

dibentuk berasaskan hablum minalLah (berbuat baik kepada Allah) dan hablum minannas (berbuat baik kepada manusia).

Walaupun Islam telah bertapak kuat, ini tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis sepenuhnya daripada kehidupan masyarakat Melayu. Masih terdapat banyak petunjuk yang menggambarkan masyarakat Melayu

terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam sekalipun tidak seperti sebelumnya. Namun begitu realiti talbis (percampuran antara hak dan batil) yang berlaku dalam masyarakat Melayu semakin berkurangan dewasa ini dengan pendekatan pendidikan yang begitu meluas. 1.2 TAMADUN CINA Pandangan umum bahawa orang Cina beragama Buddha adalah tidak tepat. Ini disebabkan kepelbagaian yang terdapat di dalam sistem kepercayaan orang Cina yang memperlihatkan aneka ciri pemujaan. Kepercayaan orang Cina banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Tumpuan ajaran-ajaran kepercayaan orang Cina banyak berkisar di sekitar diri manusia. Oleh itu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Tuhan orang Cina dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka yang mementingkan manusia berhubung kebaikan dunia dan akhirat. Ini berbeza dengan agama-agama Masihi seperti Kristian dan Islam yang mengakui kewujudan Tuhan yang satu. Agama atau kepercayaan bagi masyarakat Cina adalah sesuatu yang personal. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan sekaligus yang diyakini mereka dapat memberikan kesejahteraan hidup mereka asalkan tidak bercanggah

dengan adat dan budaya mereka. Ianya harus sesuai dengan kehendak orang Cina dan tidak menghilangkan identiti mereka. Dalam tamadun Cina terdapat banyak agama yang di anuti dalam masyarakat Cina spertiKonfusianisme, Daoisme,Buddhisme,Nichiren,Shoshu,Agama Islam,Kristian dan Atiesme. 1.3 TAMADUN INDIA Bagi tamadun India, agama Hindu turut menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Percaya kepad konsep trimurti iaitu Brahma (Tuhan Pencipta) , Vishnu(Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah) . Namun begitu kuasa agung bagi mereka adalah Brahma yang bersifat kit ananda. Budha tidak menekankan konsep ketuhanan kerana ia lahir kerana tidak puas hati terhadap sistem kasta. Andai ditekankan mereka takut akan muncul golongan brahminsebagai perantara Tuhan. Justeru itu ia hanya menekankan konsep kerohanian. Agama ini turut menekankan konsep karma dan kelahiran semula, di mana seseorang akan hidup semula mengikut balasan perlakuan mereka. Justeru itu mereka perlu sentiasa berbuat baik untuk mendapat karam yang baik di dalam kelahiran yang baru. Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta. Dalam Hinduisme terdapat lima prinsip yang utama. (i) Kewujudan Tuhan yang tunggal, (ii) Manusia itu suci, (iii) Perpaudan melalui percintaan, (iv) harmoni agama dan

(v) pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantra yang suci. Sepuluh disiplin yang bersifat universal ialah kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (Asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya) dan penjimatan (Tapas).

Bagi agama Budha iaitu Buddhisme, ia berkembang bebas daripada pengaruh Veda.Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama.Matlamat Buddhisme ialah mengatasi samsara ataupun roda kelahiran semula. Seseorang harus mengikis karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat. Terdapat dua bahagian dalam ajaran ini iaitu Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Mulia. Dalam Empat Kebenaran Mulia ia menekankan kepercayaan penderitaan itu universal (duhkha), ada punca segala penderitaan (duhkha samudaya), penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha) dan ada cara untuk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga). Bagi Lapan Jalan Mulia ia menekankan pandangan yang betul (Kefahaman), aspirasi yang betul (Cita-Cita), aertuturan yang betul (Komunikasi), kelakuan yang betul (Aksi), kehidupan yang betul (Sara Hidup), Usaha yang betul (Daya Usaha), Minda yang betul (Mental), Konsentrasi yang betul (Meditasi). 1.4 TAMADUN JEPUN Bagi tamadun Jepun, konsep kepercayaan dan ketuhanan banyak berkaitan dengan Shintoisme, Buddhisme dan Konfusianisme. Bagi Agama Shinto ia adalah gama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti Jalan Tuhan (kami-no-michi).Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara. Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi. Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari. Tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci.Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran Shinto.Tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.

Dalam Buddhisme ia mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan mematuhinya.Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi Tiga Harta Suci iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha.Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan. Manakala bagi Konfusianisme, ajaran ini diminati kerana memberi penekanan kepada moral. Ajaran ini juga terkandung dalam Perlembagaan 17 Artikel. Pada zaman Shogun Tokugawa ajaran ini menjadi asas dalam pembinaan negara.

Anda mungkin juga menyukai