Anda di halaman 1dari 30

Topik X Hubungan

Etnik dari
Aspek Ekonomi

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan proses modenisasi dan impaknya kepada masyarakat


di Malaysia;

2.

Menerangkan tentang dasar pembangunan negara; dan

3.

Menghuraikan peranan dasar ekonomi tertentu dalam perpaduan


kaum.

X PENGENALAN
Pembinaan sesebuah negara adalah tidak statik atau kekal tanpa berlaku
perubahan. Pembinaan negara perlu merangkumi perubahan dan proses
modenisasi dalam ekonomi. Ekonomi merupakan institusi yang bersifat super
structure dalam proses pembangunan negara. Tanpa institusi ekonomi, mustahil
sesebuah negara berkenaan akan pergi lebih jauh, terutamanya dalam
menghadapi zaman globalisasi dan era teknologi maya yang ada sekarang.
Proses ini merupakan elemen yang seharusnya dilihat penting terutamanya
dalam mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.
Masyarakat pelbagai etnik terutama dalam kalangan akar umbi tidak mungkin
bertemu dalam kapasiti yang besar dalam bidang politik atau pentadbiran
negara. Akan tetapi, mereka bergerak aktif di pasar atau di kedai yang wujud di
Malaysia sama ada di kampung atau di bandar besar. Oleh yang demikian,
hubungan etnik wujud secara tidak langsung melalui aktiviti ekonomi dalam
kalangan masyarakat kita, terutama dalam kalangan masyarakat peringkat akar
umbi. Jika mengikut teorinya, mudah untuk kita membuat kesimpulan bahawa

92

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

jika makan minum masyarakat terjaga, maka mereka juga akan dapat hidup
dalam keadaan aman. Keamanan ini akan mendorong masyarakat pelbagai
kaum untuk menjalankan aktiviti ekonomi seterusnya menyumbang ke
arah sistem ekonomi negara yang lebih baik. Dalam topik ini, kita akan
membincangkan bagaimana ekonomi memainkan peranan yang penting dalam
konteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

4.1

KONSEP MODENISASI EKONOMI

Modenisasi merupakan istilah yang menggambarkan konsep masyarakat dan


negara membangun melalui proses transformasi atau perubahan dalam segala
aspek kehidupan masyarakat yang dialami oleh semua bangsa atau negara.
Modenisasi seringkali dikaitkan dengan proses pembaratan (westernisation).
Menurut Syed Husin Ali (1987), proses pembaratan melibatkan perubahan
sistem dan nilai ke arah nilai dari Barat. Biasanya, Barat dijadikan sebagai model
untuk menjayakan proses modenisasi ini. Namun begitu, pembangunan
yang berlaku seharusnya membawa perubahan dalam masyarakat yang akan
memajukan manusia. Walau keadaan apa sekali pun, proses transformasi dan
perubahan ini harus dilalui oleh semua bangsa atau negara dalam segala
aspek kehidupan. Perubahan ini berlaku secara berencana atau secara tidak
berencana. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (1979), modenisasi berkait rapat
dengan perubahan berencana. Perubahan berencana merupakan proses yang
mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebih
dahulu sebelum perubahan itu dilaksanakan. Perubahan berencana ini disebut
sebagai modenisasi atau pembangunan.
Proses modenisasi ini mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan
ekonomi dan pembangunan politik. Bagi Nels Smelser, modenisasi melibatkan
beberapa perubahan dalam subsistem masyarakat iaitu perubahan dalam bidang
ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan dan sistem susun lapis
masyarakat.
Dalam bidang ekonomi, modenisasi dilihat dari aspek berikut:
(a)

Penggunaan teknologi mudah (simple) dan penggunaan teknologi bersifat


saintifik;

(b)

Sistem pertanian bercorak sara diri dan bercorak komersial; dan

(c)

Penggunaan tenaga manusia serta binatang; dalam proses pengeluaran


kepada penggunaan mesin dan jentera.

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

93

Dalam konteks Malaysia, perubahan ini boleh dilihat dalam aspek kegiatan
ekonomi iaitu daripada ekonomi bercorak tradisi ke arah ekonomi moden.
Perubahan ini diklasifikasikan sebagai proses modenisasi.
Bidang ekonomi tradisi melibatkan bidang primary seperti perhutanan,
perikanan atau pertanian yang biasanya dilakukan di kawasan luar bandar atau
desa. Keadaan ini berbeza dengan ekonomi moden yang melibatkan sektor
secondary dan tertiary. Sektor secondary melibatkan aktiviti seperti perkilangan,
perindustrian, perniagaan dan sebagainya yang biasanya melibatkan aktiviti
pembuatan. Sementara itu, aktiviti tertiary melibatkan bidang perkhidmatan.
Konsep proses modenisasi yang berlaku di Malaysia dan berasal dari Eropah ini
dapat dijelaskan melalui Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Proses modenisasi di Eropah dan Malaysia

Antara pendekatan yang masih diguna pakai hingga kini untuk melihat
perubahan masyarakat dan proses modenisasi adalah pendekatan yang dibawa
oleh W. W. Rostow tentang pertumbuhan tahap dalam perkembangan ekonomi.
Menurut beliau, proses perkembangan ekonomi berlaku dalam lima tahap iaitu:
(a)

Tahap Masyarakat Tradisional


Tahap ini dapat diperhatikan melalui perkembangan ekonomi yang
berlaku dengan terbatas dan berskala kecil seperti aktiviti kegiatan
ekonomi tradisi, antaranya pertanian dan perikanan. Dalam masyarakat
sebegini, pembangunan ekonomi dan sosial berlaku dalam kadar yang
rendah. Struktur sosial masyarakat pula berada dalam bentuk hierarki iaitu
masyarakat mempunyai kadar mobiliti sosial yang sangat rendah. Dalam
erti kata lain, masyarakat cenderung untuk kekal dalam aktiviti ekonomi
yang diturunkan oleh nenek moyangnya.

94

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

(b)

Tahap Persediaan
Tahap ini ditandai dengan kesedaran sesetengah masyarakat untuk
memperolehi keuntungan dan melabur semula keuntungan tersebut
dalam pengeluaran. Masyarakat sudah mula melabur wang untuk
mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Misalnya, sesetengah kita
meletakkan pelaburan dalam pasaran saham seperti saham pelaburan
dalam penternakan dan sebagainya. Keadaan sedemikian menggalakkan
pertumbuhan ekonomi berlaku secara tidak langsung dalam masyarakat.

(c)

Tahap Lepas Kandas


Tahap ini merupakan tahap yang paling penting bagi sesebuah negara dalam
usaha untuk mencapai kemajuan. Tahap ini memperlihatkan peningkatan
dalam kadar pelaburan sehingga pendapatan per kapita sebenar meningkat
dengan jumlah yang besar. Tahap ini ditandai dengan tahap yang selesa
apabila keperluan asas masyarakat mencukupi seperti makan-minum,
pakaian dan sebagainya. Malahan, sesetengah mereka membuat pelaburan
dalam unit amanah saham tertentu dan menunggu untuk mendapatkan
dividen. Pada tahap ini, produktiviti sesebuah negara akan meningkat dan
membawa pada pertumbuhan kendiri. Untuk sampai ke tahap ini, sesebuah
negara itu perlu memperuntukkan 10 hingga 15 peratus daripada Keluaran
Negara Kasar (KNK) untuk pelaburan produktif.

(d)

Tahap Kematangan
Tahap ini berlaku apabila pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan secara
kendiri. Malahan, pada tahap ini sesebuah organisasi dapat berdiri sendiri
sebagai entiti ekonomi yang kuat tanpa mengharapkan bantuan dari luar.
Misalnya di Malaysia, terdapat RISDA dan FELDA yang boleh berdiri
sendiri.

(e)

Tahap Penggunaan Masa


Tahap ini merujuk pada pencapaian kemajuan ekonomi, sosial, pendidikan
dan sebagainya sehingga mewujudkan keseimbangan dan kestabilan
ekonomi sebagaimana berlaku di negara Barat.

Oleh yang demikian, apabila kita melihat kelima-lima tahap perkembangan


tersebut, kita akan mendapati bahawa sebuah negara akan mengalami proses
modenisasi dalam ekonominya. Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

95

yang pesat sejak merdeka seiring dengan perubahan struktur ekonomi yang
beralih daripada sektor pertanian ke perindustrian. Langkah ini bertujuan untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya negara tidak terlalu bergantung
pada satu atau dua komoditi sahaja. Antara strategi yang diambil adalah
melaksanakan dasar penggantian import dengan menggunakan sumber
tempatan sebagai input dalam kegiatan perindustrian.
Namun begitu, perubahan ini tidak membawa hasil yang menggalakkan.
Akibatnya, dasar itu digantikan oleh dasar yang berorientasikan eksport mulai
tahun 1970an yang sebahagian besarnya bergantung pada pelaburan asing untuk
menyediakan modal, kepakaran, peluang pekerjaan dan kesampaian barangan
ke pasaran antarabangsa. Perubahan ini menghasilkan pertumbuhan pesat sektor
pembuatan sehingga menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) sejak tahun 1980an dengan mengambil alih tempat sektor
pertanian. Perubahan struktur ekonomi Malaysia berlaku seiring dengan
perubahan struktur guna tenaga yang digambarkan oleh kemerosotan
sumbangan sektor pertanian untuk guna tenaga. Perubahan ini yang diimbangi
oleh peningkatan pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan
perkhidmatan yang berlaku serentak dengan kemunculan sektor perindustrian
sebagai sektor utama yang menawarkan peluang pekerjaan. Pertumbuhan sektor
perindustrian berlaku seiring proses perbandaran yang membantu membekalkan
tenaga buruh. Proses perbandaran yang pesat menggalakkan penghijrahan
tenaga buruh dari luar bandar ke bandar untuk mengisi peluang pekerjaan yang
ditawarkan dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Akibat
daripada penghijrahan ini, jumlah penduduk bandar meningkat dengan
pesatnya sehingga menjadikan lebih separuh penduduk di Malaysia tinggal di
kawasan bandar.
Masyarakat pelbagai kaum menjalin kerjasama dalam aspek politik mahupun
sosioekonomi bagi menjamin persekitaran negara agar sentiasa berada dalam
keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mula
mencapai kemerdekaan dari British walaupun masih terdapat jurang dalam
perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,
pendidikan atau tempat tinggal. Jurang pencapaian ekonomi dalam kalangan
masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga
mencetuskan peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan
pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.

96

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Perkembangan pesat sektor perindustrian mengubah struktur masyarakat


Malaysia daripada masyarakat desa menjadi masyarakat bandar. Selain proses
perbandaran, pertumbuhan pesat ekonomi membolehkan rakyat menikmati
taraf hidup yang lebih baik apabila pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur
dapat diperluas meliputi banyak tempat. Hal ini membantu meningkatkan lagi
kesejahteraan hidup rakyat, di samping membaiki kualiti kehidupan.
Proses modenisasi yang dilaksanakan adalah untuk mencapai kemajuan.
Kemajuan ini dilaksanakan dengan mewujudkan masyarakat industri. Kaedah
atau proses yang dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi dapat dilihat
dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Kaedah dan Proses Pembangunan Ekonomi
Kaedah atau Proses

Penerangan

Teknologi

Pengetahuan dan teknik tradisional diketepikan untuk


memberi laluan pada teknologi dengan penerapan ilmu
saintifik.

Pertanian

Kegiatan pertanian sara diri diubah menjadi pertanian


komersial.

Industrialisasi

Proses produksi yang dilakukan secara besar-besaran dengan


menggunakan teknologi canggih di kilang.

Urbanisasi

Proses perpindahan penduduk ke bandar, pemusatan


penduduk di bandar dan perubahan kepada gaya hidup
bandar. Urbanisasi ini penting dalam konteks keperluan
buruh atau industri.
Sumber: Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011)

Umumnya, ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi ialah pertumbuhan


yang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti Keluaran Negara Kasar
(KNK). Pada masa yang sama, proses pembangunan ekonomi juga diharapkan
akan membawa perubahan sosial yang menyeluruh dalam masyarakat iaitu
daripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada
kehidupan maju dan moden. Perubahan sosial tersebut dapat dilihat misalnya
dalam aspek pekerjaan (sektor pertanian/sektor industri) dan aspek kehidupan
(cara hidup desa/cara hidup bandar).

TOPIK 4

4.1.1

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

97

Modenisasi di Eropah

Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah Barat akibat revolusi besar
iaitu Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Modenisasi ini berdasarkan
pada dua perkembangan iaitu pengetahuan dan maklumat. Persoalan
modenisasi dapat ditinjau dari dua segi iaitu falsafah dan praktikal sebagaimana
yang dapat dilihat dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Modenisasi dari Aspek Falsafah dan Praktikal
Falsafah
x Pemahaman tentang kemajuan atau
evolusi melahirkan pelbagai teori sosial
berkaitan dengan perubahan sosial.
x Teori evolusi sangat berpengaruh
dalam bidang ilmu kemasyarakatan.
x Evolusionisme berkait dengan gagasan
bahawa perkembangan masyarakat
atau negara miskin menuju masyarakat
moden.
x Bersifat sehala (unilinear) ataupun
banyak hala (multilinear) dalam
perkembangan kebudayaan manusia.
Hal ini bermakna masyarakat akan
mengalami perkembangan atau proses
evolusi sesuai dengan keadaan
masing-masing.

Praktikal
x Perkembangan pencapaian kemajuan
di Eropah Barat.
x Perkembangan dalam kemajuan sains
dan teknologi mencorakkan semula
hubungan manusia dengan alam
sekitar.
x Masyarakat Eropah menggunakan
sains teknologi bagi menguasai alam
sekitar dan mengumpul kekayaan.
x Penggantian teknik pengeluaran secara
tradisional (tenaga haiwan) kepada
kaedah moden (jentera).
x Manifestasi proses ini lahir di Britain
pada abad ke-18 juga dikenali sebagai
Revolusi Perindustrian.

Sumber: Ubah suai daripada Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011)

Modenisasi yang berlaku ini ialah kesan langsung daripada perkembangan


dalam ilmu pengetahuan dan maklumat. Oleh itu, untuk memahami modenisasi
khasnya di Eropah, kita perlu melihat falsafahnya dari sudut praktikal. Impak
modenisasi ini ke atas masyarakat di Eropah mengubah masyarakat desa
menjadi masyarakat bandar. Selain itu, penggunaan teknologi tradisi seperti
tenaga haiwan juga berubah apabila penggunaan jentera dan mesin digunakan
secara meluas. Modenisasi yang berlaku ini merupakan elemen penting yang
mencipta perubahan yang bermula di Eropah dan merebak ke seluruh dunia.

98

4.1.2

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Penjajahan dan Imperialisme

Penjajahan dan imperialisme masyarakat Eropah Barat ke benua lain bermula


sejak abad ke-16 dengan kegiatan perdagangan seperti yang dilakukan oleh
British East India Company dan Dutch East India Company. Penjajahan ini
dilakukan untuk memastikan jaminan bekalan barang mentah, buruh dan juga
pengawasan pasaran secara berterusan. Kedatangan tenaga buruh asing
menyebabkan berlakunya perubahan dalam kehidupan sosial, kebudayaan dan
sistem politik masyarakat tempatan. Penjajahan juga dapat membentuk
pandangan dalam kalangan masyarakat Eropah Barat terhadap masyarakat yang
dijajah. Masyarakat Eropah yang mempunyai kelebihan dari segi ketenteraan
dan industri pula ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju dan moden.
Jelaslah, penjajahan memberi kesan besar ke atas ekonomi dan sosial (termasuk
juga dalam bidang ilmu, budaya dan pendidikan).

4.1.3

Pemodenan dan Pembaratan

Pembangunan ekonomi dan politik Eropah Barat menjadi model bagi


pembangunan di negara membangun. Proses pemodenan merupakan proses
perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan ialah proses peniruan gaya hidup
Eropah Barat untuk mengubah gaya hidup lama menjadi gaya hidup yang
moden tanpa disulami dengan perencanaan dan pelaksanaan untuk mengubah
aspek kehidupan yang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, negara jajahan
termasuk Malaysia telah mencapai kemerdekaan daripada British. Negara baru
ini memilih model Eropah Barat sebagai contoh pembentukan negara. Dari segi
politik, model yang dipilih ialah model negara bangsa dan demokrasi politik.
Dari segi ekonomi pula, model yang dipilih ialah sistem ekonomi yang
berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi. Menurut Barraclough (1978),
terdapat tiga perkara yang menunjukkan jalinan ekonomi dunia, iaitu:
(a)

Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi fizikal yang


menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia, terutama melalui
jaringan kereta api, perkapalan dan telegraf;

(b)

Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh


pola kebergantungan yang tinggi, terutama antara negara industri Eropah
Barat dengan negara lain; dan

(c)

Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secara


langsung oleh firma Eropah Barat di negara bukan-industri.

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

99

Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam
hubungan politik dan ekonomi antarabangsa sehingga akhirnya membentuk
globalisasi. Dalam proses globalisasi, terdapat dua faktor yang tidak
menggunakan negara bangsa sebagai landasan aktivitinya. Dalam bidang
ekonomi, golongan kapitalis membentuk syarikat perbadanan multinasional
(multinational corporations atau MNC).

AKTIVITI 4.1
1.

Merujuk pada Teori Rostow, bagaimanakah teori ini dapat


menerangkan proses modenisasi masyarakat di Malaysia?

2.

Bezakan antara pemodenan dan pembaratan, begitu juga


penjajahan dan imperialisme.

4.2

MODENISASI DI MALAYSIA

Proses modenisasi merujuk pada bagaimana asas ekonomi orang Melayu


berubah daripada aktiviti bercorak tradisi menjadi sektor ekonomi moden.
Proses ini melibatkan kehadiran dan pengaruh sistem ekonomi penjajah,
kemerdekaan dan penyusunan semula ekonomi dalam menuju ke arah
masyarakat yang bersatu padu.

4.2.1

Asas Sistem Sosioekonomi Orang Melayu

Modenisasi merupakan konsep yang digunakan untuk merujuk kemajuan dan


perubahan dalam satu-satu bidang yang umumnya dialami oleh sesebuah
komuniti dan masyarakat di dunia. Modenisasi merangkumi semua aspek
kehidupan dengan manusia yang akan tertumpu pada idea dan cara hidup barat
secara tidak langsung. Proses ini juga akan mempengaruhi masyarakat dari
pelbagai segi seperti sosial, cara hidup, budaya dan sebagainya.
Masyarakat di Malaysia sebelum penjajahan adalah masyarakat berbentuk
tradisi dengan ekonomi maritim (maritime economy) dan ekonomi tani (peasant
economy) merupakan aktiviti ekonomi yang utama. Jadual 4.3 menunjukkan
perbezaan antara aktiviti maritim dan aktiviti tani.

100

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Jadual 4.3: Perbezaan antara Aktiviti Maritim dan Aktiviti Tani


Aktiviti Maritim
x Aktiviti elit Melayu yang didalangi
oleh pembesar dan golongan istana
x Nadi aktiviti perekonomian orang
Melayu
x Tertumpu di kawasan kota
perdagangan seperti Melaka yang
merupakan pusat perdagang entreport
utama di Alam Melayu
x Berlaku dengan kadar yang amat tinggi
antara penduduk tempatan dengan
pedagang dari China, India dan Timur
Tengah
x Melaka menjadi pusat perdagangan
yang penting
x Kebanyakan yang terlibat dalam
aktiviti ini terdiri daripada golongan
bangsawan
x Kedatangan kuasa Barat
menghapuskan dominasi masyarakat
Melayu dalam aktiviti maritim.

Aktiviti Tani
x Masyarakat Melayu terpaksa menghilir
dan membina penempatan memulakan
aktiviti bercorak pertanian.
x Keadaan ini disebabkan oleh jumlah
kawasan tanah yang luas belum
diterokai
x Lebih berkait rapat dengan masyarakat
yang tinggal di kawasan pedalaman
dan kampung atau desa
x Kegiatan utama adalah bersifat kecilkecilan dan sederhana
x Tujuan pengeluaran hanya untuk sara
diri
x Contoh aktiviti ekonomi tani adalah
seperti
 Pertanian;
 Perikanan; dan
 Perhutanan.
x Terlibat dengan sistem ekonomi tukar
barangan atau dipanggil sistem
barter/barter trade atau lebih tepat
kita panggil pertukaran komoditi.
 Misalnya, dalam kalangan
masyarakat Melayu suatu masa
dulu, mereka membuat pertukaran
beras dengan garam. Garam ini
banyak diperolehi di kawasan
berpantai, sementara beras di
kawasan pedalaman.
x Tanah menjadi faktor pengeluaran
utama
x Tanah dapat dibuka dengan mudah
bergantung kepada keperluan dan
tenaga

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

101

x Organisasi tenaga kerja dalam


masyarakat tani berlandaskan keluarga
dan komuniti setempat
x Tenaga kerja komunal dapat
dizahirkan melalui aktiviti seperti
institusi berderau, seraya, gotongroyong dan sebagainya
x Masyarakat tani banyak
memperlihatkan ciri-ciri sama rata
(egalitarian) dan tidak menunjukkan
ciri-ciri perbezaan kelas yang ketara

4.2.2

Sistem Sosioekonomi Semasa Penjajahan

Kedatangan penjajah mematikan aktiviti ekonomi maritim orang Melayu. Seperti


yang diterangkan sebelum ini, aktiviti ekonomi maritim adalah aktiviti ekonomi
yang melibatkan atau dikuasai oleh golongan bangsawan atau golongan istana
Melayu. Kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris telah
menghancurkan kegiatan ekonomi orang Melayu dan mereka sebenarnya
mengambil alih kegiatan ekonomi tersebut daripada tangan bangsawan Melayu.
Kedatangan penjajah telah memperkenalkan bentuk ekonomi baru yang
dipanggil sistem ekonomi tunai (cash economy), yakni pengeluaran adalah
untuk tujuan pasaran (market) dan bukan untuk sara diri.
Sistem ekonomi mempunyai dua motif iaitu untuk pasaran dan untuk sara diri.
Maka sistem ekonomi yang diamalkan ini disebut sebagai sistem dwi-ekonomi
(dual-economic system). Semasa pendudukan British khasnya, mereka
memperkenalkan tanaman tunai atau bercorak komersil seperti getah dan
diusahakan secara besar-besaran dalam sistem estet. Kekurangan tenaga buruh
dalam sistem estet ini diatasi dengan membawa masuk pekerja asing secara
besar-besaran dari India dan China. Pekerja dari India dibawa masuk dan
bekerja di ladang getah. Sementara itu, pekerja Cina bekerja di sektor
perlombongan yang diusahakan secara besar-besaran oleh British akibat revolusi
industri di Eropah dan desakan keperluan sumber bahan mentah seperti getah
dan timah.

102

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Pengenalan sistem ekonomi tunai membuatkan penduduk di kawasan


pedalaman dan di luar bandar terserap dalam sistem ekonomi kapitalis melalui
hubungan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis ini beroperasi pada peringkat
antarabangsa, serta peringkat nasional dan daerah. Dalam sistem ekonomi
kapitalis, faktor pengeluaran utama ialah modal dan penguasaan ke atas modal
termasuklah penguasaan ke atas barangan modal atau capital goods menjadi
motif utama bagi semua pihak. Apabila penduduk diserap masuk ke dalam
sistem ekonomi kapitalis, maka struktur masyarakat mengalami perubahan
besar. Perbezaan ekonomi antara penduduk menjadi begitu ketara. Mereka yang
menguasai modal berada pada hierarki yang tinggi dalam susun lapis
masyarakat (social stratification).
Semasa penjajahan British, kegiatan ekonomi masyarakat boleh dibahagikan
pada dua sektor iaitu sektor tradisi dan sektor moden.
(a)

Sektor Tradisi
Merangkumi kegiatan ekonomi bercorak kegiatan primary dalam bidang
pertanian, perikanan dan perhutanan.

(b)

Sektor Moden
Melibatkan kegiatan sektor secondary dan tertiary
(i)

Sektor ekonomi secondary melibatkan kegiatan ekonomi seperti


perindustrian, pembuatan barangan, perniagaan, perdagangan dan
sebagainya.

(ii)

Sektor kegiatan ekonomi tertiary pula melibatkan kegiatan ekonomi


yang berupa bidang perkhidmatan, pengangkutan, hiburan,
pelancongan dan lain-lain.

Pada hakikatnya, kegiatan sektor tradisi membawa pulangan berkurangan


(decreasing returns) dan sektor moden membawa pulangan meningkat
(increasing returns). Keadaan ini disebabkan oleh faktor berikut iaitu hasil
keluaran sektor tradisi tidak anjal, pengeluaran dalam sektor tradisi bersifat
bermusim, alat pengeluaran di sektor tradisi tidak boleh digunakan sepenuhnya,
serta harga hasil keluaran sektor tradisi tidak tetap dan selalu berubah-ubah
mengikut permintaan di pasaran dunia. Faktor sebaliknya beroperasi bagi sektor
ekonomi moden.
Negara maju di dunia menumpukan sebahagian besar (iaitu lebih daripada 90%)
daripada kegiatan ekonomi mereka pada sektor moden, berbanding dengan
negara mundur yang masih terikat dengan kegiatan ekonomi dalam sektor
tradisi (50 hingga 70%). Berdasarkan pernyataan ini, dapat disimpulkan bahawa
penduduk yang terlibat dalam kegiatan ekonomi moden mempunyai

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

103

pendapatan lebih banyak (lima kali ganda) dan taraf hidup mereka lebih tinggi
daripada penduduk yang terlibat dalam kegiatan di sektor tradisi. Oleh itu,
jurang ekonomi dan kemajuan yang wujud antara sektor juga merupakan jurang
ekonomi dan kemajuan antara penduduk.

4.2.3

Sistem Sosio-ekonomi Semasa Era Menuju


Kemerdekaan

Kita sedia maklum Malaysia atau Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Kedatangan masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu membentuk polarisasi
kaum bukan sahaja dalam bentuk etnisiti yang berasaskan kaum tetapi juga
berasaskan pekerjaan. Masyarakat Melayu tidak terlibat dalam sektor ekonomi
moden dan berada di kampung. Ini menyebabkan masyarakat Melayu
ketinggalan jauh berbanding kaum lain dalam aspek sosioekonomi. Berbanding
kaum Cina dan India, kedudukan kaum Melayu rendah dalam aspek ekonomi.
Sementara itu, orang Cina terlibat secara langsung dalam aktiviti perlombongan
dan pembukaan kawasan bandar yang membolehkan sosioekonomi mereka
meningkat. Begitu juga, orang India yang terlibat secara langsung dengan aktiviti
perladangan dan estet berasaskan pengeluaran pada skala besar. Orang Cina dan
India dikatakan lebih rajin berbanding orang Melayu. Benarkah begitu?
Sebenarnya ini merupakan dasar British dalam meneruskan cengkaman ke atas
negara yang dijajah. Keadaan ini dicipta supaya masyarakat asal lambat
menyedari kekayaan negara mereka dikaut oleh pihak penjajah.
Pada abad ke-18, pembukaan Pulau Pinang oleh Raffles telah melibatkan
kedatangan buruh dari negara China. Begitu juga, pembukaan Negeri-negeri
Selat yang lain pada tahun 1826 yang melibatkan buruh dari China. Situasi
menjadi lebih ketara apabila bijih timah ditemui di Larut pada 1848. Buruh Cina
amat diperlukan untuk pembukaan di kawasan perlombongan. Kehadiran
kongsi gelap Cina membentuk landskap baru apabila berlaku perpecahan dalam
kalangan pembesar Melayu. Di samping itu, wujud kelompok kongsi gelap yang
menyokong pihak tertentu dalam kalangan orang Melayu. Hal ini
mengakibatkan berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan
berlakunya perang saudara yang membolehkan British mengambil kesempatan
dalam persengketaan ini.
Kebergantungan pembesar Melayu pada British menyebabkan ekonomi orang
Melayu dikuasai British. Kehadiran orang Cina dan India menjadikan situasi itu
semakin parah apabila British lebih selesa memilih orang Cina dan India untuk
menggerakkan aktiviti ekonomi mereka. Masyarakat yang bersifat majmuk
didefinikasikan bukan sahaja mengikut kumpulan etnik tetapi setiap kaum itu
hidup berasingan dan mengekalkan cara hidup masing-masing. Kaum Cina

104

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

terlibat secara langsung dalam bidang sektor ekonomi. Masyarakat Cina


terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu golongan atasan yang diwakili oleh
peniaga kaya, golongan pertengahan yang merupakan golongan profesional dan
teknikal dan golongan buruh yang menjadi tenaga mahir dalam segala bidang.
Orang India pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kelompok golongan
profesional tetapi bilangannya kecil dan mereka ini mendapat pendidikan barat.
Mereka bekerja sebagai guru, peguam dan doktor dengan kerajaan British dan
biasanya berasal daripada kasta yang lebih tinggi berbanding kelompok kedua
dan mereka tinggal di kawasan bandar. Bagi kelompok kedua, sebahagian besar
daripada mereka tinggal di estet dan terdiri daripada kelompok buruh mahir
dan tidak mahir dan mereka bekerja di ladang milik orang Eropah. Sebahagian
mereka terlibat dalam pembinaan dan membaiki jalan raya, landasan keretapi
dan mengedalikan kemudahan awam. Sementara itu, orang Melayu rata-rata
terlibat dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti menjadi petani, nelayan dan
pedagang kecil. Ini menyebabkan mereka ketinggalan kerana tidak terlibat
dalam aktiviti ekonomi yang membawa pulangan besar.
Jadual 4.3 menerangkan kegiatan ekonomi yang terperinci tahun 1957 oleh R. K.
Vasil.
Jadual 4.3: Kegiatan Ekonomi Penduduk Berasaskan Kaum dan Industri Tahun 1957
Kegiatan Ekonomi

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Pertanian, nelayan dan


perhutanan

749

310

174

10

Padi

381

0.5

Getah

260

200

150

Perlombongan dan pembuatan

36

136

16

Perdagangan

32

127

32

180

174

80

38

Perkhidmatan kerajaan

17

Polis, pengawal kesihatan

43

Tentera

15

23

Industri dan perkhidmatan lain

*Jumlah dalam ribu

Sumber: Vasil (1980) dalam Abdul Halim Ramli (2009)

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

105

Jadual 4.3 menerangkan dengan jelas tentang kegiatan ekonomi dan agihan guna
tenaga yang tidak seimbang. Secara kasar, boleh dikatakan kaum Melayu
kebanyakannya menjadi petani dan nelayan secara kecil-kecilan di kawasan luar
bandar. Kaum India pula menjadi buruh kasar di sektor perladangan. Sementara
kaum Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan peniagaan di bandar.
Ketidakseimbangan ini merupakan kesan langsung akibat dasar pecah dan
perintah yang diamalkan British di Tanah Melayu. Impaknya ialah jurang
sosioekonomi yang luas antara etnik selepas merdeka. Hal ini adalah perkara
utama dan penting yang perlu ditangani oleh kerajaan iaitu dari aspek agihan
dan kesamarataan.
Bumiputera, khususnya orang Melayu tidak digalakkan oleh penjajah untuk
turut menceburkan diri dalam sektor ekonomi moden atas alasan orang Melayu
tidak berminat berbuat demikian. Malah, dalam ekonomi sektor tradisi, orang
Melayu tidak dibenarkan untuk mengubah bidang tumpuan mereka ke arah
pertanian (penanaman getah) yang lebih menguntungkan bagi mengelak
persaingan terhadap sistem estet mereka. Penduduk bumiputera dalam sektor
tradisi juga tidak dibekalkan dengan prasarana fizikal dan kemudahan sosial,
perubatan dan lain-lain yang merupakan indikator kemajuan dan pembangunan.
Dari segi pendidikan, penjajah Inggeris juga mendiskriminasikan penduduk
bumiputera dalam sektor tradisi luar bandar dengan hanya memperkenalkan
pendidikan 3M yang bertujuan untuk mengajar mereka supaya menjadi petani
dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka.
Pendidikan untuk kemajuan dan mobiliti sosial hanya dikhaskan kepada anak
bangsawan Melayu dan anak kaum bukan Melayu yang bekerjasama dengan
pihak penjajah Inggeris. Pada hakikatnya, jurang ekonomi antara sektor dan juga
antara penduduk ialah jurang perkauman, di mana kaum bukan bumiputera
mempunyai kedudukan ekonomi lebih baik dan kaum yang terperangkap dalam
kemiskinan dan penderitaan ialah penduduk bumiputera atau kaum Melayu.

4.2.4

Sistem Ekonomi Semasa Era Penyusunan

Dasar pecah dan perintah British menyebabkan ketidakseimbangan sama ada


antara wilayah atau dalam sektor pekerjaan. Ketidakseimbangan ini memberikan
kesan pula pada agihan pendapatan, guna tenaga dan pembahagian kerja yang
berasaskan pada etnik tertentu. Impak jarak sosioekonomi ini membawa
ketegangan dan konflik perkauman yang berpanjangan dan mencapai
kemuncaknya apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

106

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Selepas kemerdekaan pada 1957, terdapat satu jurang atau lompang yang besar
apabila etnik Melayu masih jauh ketinggalan dari segi sosioekonomi berbanding
Cina dan India. Sementara itu, keadaan ini berterusan selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan hinggalah pembentukan Malaysia 1963. Kemasukan
Sabah, Sarawak dan Singapura yang membentuk gagasan Malaysia
menyebabkan kerajaan perlu memikirkan wilayah yang lebih luas dan agihan
yang lebih adil bagi semua kawasan dan etnik apabila kebolehcapaian pada
masa itu amatlah terbatas. Namun begitu, keadaan di Semenanjung Malaysia
agak kritikal berbanding dengan Sabah dan Sarawak.
Menurut kajian Snodgrass (1980) yang terdapat dalam buku Hubungan
Etnik tulisan Abdul Halim Ramli (2009), pada tahun 1957, pekerja Melayu
kebanyakannya bekerja dalam sektor yang kurang maju berbanding kumpulan
kaum lain di mana 69 peratus pekerja lelaki Melayu dan 88 peratus pekerja
wanita Melayu bekerja dalam sektor pertanian. Kebanyakan pekerja Cina pula
bekerja dalam sektor yang lebih maju dengan 66 peratus pekerja lelaki Cina dan
42 peratus pekerja wanita Cina bekerja dalam sektor di luar bidang pertanian.
Bagi pekerja India pula, mereka lebih banyak menumpukan perhatian dalam
bidang pertanian eksport dengan 40 peratus pekerja lelaki India dan
90 peratus adalah pekerja wanita India. Menurut beliau lagi, pola penumpuan
kerja kaum wujud dalam banyak industri, misalnya orang Melayu banyak
mendominasi pekerjaan dalam pentadbiran awam dan penanaman padi,
manakala orang Cina pula mendominasi industri perlombongan dan perniagaan.
Selain itu, menurut Abdul Halim Ramli, didapati pemilikan kekayaan juga
adalah tidak seimbang. Misalnya, pada tahun 1970, lebih 70 peratus ladang getah
dimiliki oleh syarikat yang dikuasai oleh pelabur asing. Syer pemilikan warga
Malaysia dalam syarikat perladangan pula kebanyakannya dimiliki oleh orang
Cina. Snodgrass mendapati wujudnya aspek ketidakseimbangan pemilikan ini
apabila lebih 61 peratus daripada sektor pertanian moden, industri dan
perniagaan dikuasai oleh sektor korporat pelabur Eropah. Sementara itu, majoriti
terbesar dalam sektor perniagaan milik tempatan dikuasai oleh orang Cina.
Orang Melayu hanya terlibat dalam sektor tradisional seperti getah dan
kelapa dalam skala yang kecil. Selain itu, penyertaan orang Melayu sebagai
nelayan juga secara kecil-kecilan dan hanya sedikit penyertaan dalam syarikat
pengangkutan dan lain-lain industri. Ternyata kedudukan sosioekonomi orang
Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum lain iaitu kaum Cina dan India.
Keadaan ini telah menjadi asas konflik perkauman akibat perasaan tidak puas
hati yang timbul terhadap agihan bahagian ekonomi antara etnik.

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

107

Terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk meningkatkan tahap penyertaan


kaum Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi Malaysia. Antaranya pada tahun
1961, kerajaan menubuhkan Syarikat Pelaburan Nasional yang bertujuan untuk
membeli saham dalam syarikat pembuatan dan melibatkan diri dalam
perniagaan. Lebih kurang 50,000 orang kakitangan awam kaum Melayu telah
dibenarkan untuk membeli saham yang berharga RM 10,000 dalam syarikat
tersebut. Namun begitu, usaha ini tidak mencapai matlamat sebagaimana
diharapkan.
Selain itu, kerajaan menubuhkan Rural and Industrial Development Authority
(RIDA) pada tahun 1950. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu perniagaan
orang Melayu dengan cara memberikan pinjaman skala kecil untuk sektor luar
bandar bagi tujuan perniagaan tani. Namun begitu, masalah yang dihadapi
dalam RIDA seperti masalah kekurangan dana, pengurusan yang lemah dan
kerugian yang tinggi dalam perniagaan menyebabkan RIDA ditutup pada 1966.
Pada tahun 1955, dua pertiga daripada projek yang dibiayai RIDA gagal
dilaksanakan dan banyak pembayaran yang tertunggak.
Maka, usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk membantu orang Melayu
supaya boleh bersaing dengan kaum lain. Pada tahun 1965 dan 1968, Kongres
Ekonomi Bumiputera diadakan dengan bertujuan mencari penyelesaian
permasalahan ekonomi orang Melayu, terutamanya di kawasan luar bandar.
Kongres ini menerima 69 cadangan, antaranya supaya kerajaan mencontohi apa
yang dilaksanakan di Jepun semasa pentadbiran Meiji iaitu dengan menubuhkan
syarikat kerajaan dan menjualnya dengan harga yang murah kepada orang
awam. Kongres kedua pada tahun 1968 menerima lebih banyak cadangan
supaya kerajaan memainkan peranan yang lebih besar untuk memajukan
masyarakat Bumiputera. Hasil kongres ini tertubuhnya Bank Perniagaan Melayu
pertama yang dikenali sebagai Bank Bumiputra yang ditubuhkan pada 1965.
MARA pula ditubuhkan pada tahun 1966 untuk menggantikan peranan RIDA.
Dari tahun 1966 hingga tahun 1970, jumlah pinjaman yang diberikan berjumlah
RM31 juta yang mewakili 4,800 pinjaman dalam pelbagai projek kepada orang
Melayu, antaranya ialah:
(a)

Menubuhkan beberapa syarikat perniagaan dan industri;

(b)

Membina premis perniagaan untuk peniaga Melayu;

(c)

Menggalakkan kaum Bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan sebagai


pembekal, pemborong, kontraktor bagi membekal barangan binaan; dan

(d)

Menubuhkan syarikat bas.

108

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Usaha ini ialah usaha kerajaan melalui MARA yang berperanan penting
membantu orang Melayu. Misalnya, penubuhan syarikat bas ketika sektor itu
didominasi oleh kaum Cina merupakan kejayaan besar kerana syarikat bas
tersebut menjadi kukuh setelah lama ditubuhkan.
Di samping itu, kerajaan juga berperanan penting dalam penubuhan Federal
Agricultural Marketing Authority (FAMA) pada tahun 1952 untuk memperbaiki
sistem pemasaran dan memastikan golongan petani mendapat harga yang
berpatutan dalam memasarkan produk pertanian. Selain itu, Bank Pertanian juga
ditubuhkan pada tahun 1969 bagi memberikan pinjaman untuk sektor pertanian,
khususnya kepada orang Melayu di luar bandar.
Selain itu, kerajaan juga menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) pada tahun 1956 untuk memberikan tanah baru kepada mereka yang
tidak mempunyai tanah, khususnya dalam kalangan orang Melayu dan juga
kaum lain. Penubuhan FELDA merupakan kejayaan besar kerana institusi itu
membawa konsep penerokaan tanah secara besar-besaran yang sebelum ini
dilakukan oleh pihak swasta. Hari ini, FELDA merupakan sebuah organisasi
ekonomi yang penting di peringkat dunia.
Walaupun pelbagai usaha dan penubuhan badan berkepentingan ekonomi
ditubuhkan untuk membantu Melayu sejak merdeka, tetapi kedudukan ekonomi
kaum Melayu masih rendah. Keadaan dapat dilihat seperti dalam Jadual 4.5 iaitu
kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia.
Jadual 4.5: Kemiskinan di Semenanjung Malaysia Tahun 1970 dalam Peratus
Strata

1970

Luar Bandar

58.7

Bandar

21.3

Melayu

65.0

Cina

26.0

India

39.0

SEMENANJUNG

49.3

Sumber: Rancangan Malaysia (1976, 1991) Malaysia RRJP 2 dalam Abdul Halim Ramli
(2009)

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

109

Jadual 4.5 jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketinggalan jauh selepas lebih
tiga penggal dasar pembangunan dilaksanakan bermula tahun 1956. Kadar
kemiskinan masih tinggi di luar bandar yang terdiri daripada orang Melayu.
Justeru, satu dasar baru diperkenalkan pada tahun 1971 yang dikenali dengan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai matlamat serampang dua mata
iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

AKTIVITI 4.2
Bincangkan bersama rakan sekelas bagaimana berlaku modenisasi
ekonomi dalam masyarakat Melayu. Bentangkan di dalam kelas.

4.3

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA


DAN DASAR EKONOMI

Rancangan Pembangunan Negara ialah rancangan yang mengambil kira dua


perkara iaitu Rangka Rancangan Jangka Pendek seperti pelaksanaan dalam
tempoh lima tahun bermula dari Dasar Ekonomi Lama iaitu Rancangan Malaya 1
dan 2 serta Rancangan Malaysia 1 hingga 10. Selain itu, dasar khusus yang
merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang seperti DEB, Dasar Penswastaan
dan Wawasan 2020 mempunyai matlamat yang jelas untuk perpaduan kaum.

4.3.1

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara ialah dokumen yang


menyediakan matlamat pembangunan ekonomi negara dengan melihat lima
tahun sebelum dan lima tahun yang akan datang serta mengandungi dasar
khusus untuk tujuan ekonomi dan pembangunan Malaysia. Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Negara yang pertama telah dilaksanakan semasa era
transisi dengan pentadbiran British di Tanah Melayu pada 1956 yang dikenali
dengan Rancangan Malaya Pertama (19561960) dan Rancangan Malaya Kedua
(19611966).

110

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai gagasan


pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Negara dikenali dengan Rancangan Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama
bermula pada tahun 1966 hingga tahun 1970. Seterusnya, diikuti dengan
Rancangan-rancangan Malaysia yang lain dalam kiraan lima tahun. Sehingga
kini, Rancangan Malaysia telah mencapai kepada Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK10) iaitu dari 2011 hingga 2015.
Pada keseluruhannya, matlamat Rancangan Malaya Pertama (RM1) dan
Rancangan Malaya Kedua (RM2) adalah untuk membangunkan ekonomi dalam
sektor perladangan di kawasan luar bandar. Objektif Rancangan RM1 dan RM2
tidak banyak berubah. Antaranya ialah:
(a)

Menyediakan kemudahan dan peluang bagi penduduk luar bandar bagi


memperbaiki taraf sosioekonomi dan kebajikan mereka;

(b)

Menyediakan pekerjaan untuk penduduk;

(c)

Meluaskan lagi jenis pengeluaran, menumpukan pembangunan terhadap


keluaran pertanian yang sesuai sebagai tambahan penghasilan getah
dengan memberikan galakan yang sesuai ke arah pembangunan industri;

(d)

Meninggikan output per kapita dan mempertahankannya daripada kesan


buruk yang mungkin berlaku akibat kejatuhan getah; dan

(e)

Memperbaiki dan memperkembangkan perkhidmatan sosial yang


diperlukan bagi menyediakan peluang pekerjaan dan pelajaran serta
kesihatan.
(Abdul Halim Ramli, 2009)

Dengan adanya Rancangan Malaysia, negara kita meletakkan matlamat


perpaduan negara sebagai matlamat utama dalam pelaksanaan dasar, selain
matlamat pertumbuhan ekonomi, pembasmian kemiskinan, penyusunan
semula masyarakat, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Jadual 4.6
menunjukkan secara umum berkaitan dasar yang telah dijalankan di Malaysia.

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

111

Jadual 4.6: Penumpuan RMK1 Hingga RMK10


Bil

Rancangan

Catatan

RMK1
(19661970)

Selepas penubuhan Malaysia, kerajaan membuat perubahan


dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan negara
selari dengan penyertaan Sabah dan Sarawak. Pelbagai dasar
dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan
untuk melengkapi rancangan pembangunan ekonomi tersebut.
Kerajaan terus memberi perhatian terhadap pembangunan desa
dan prasarana, di samping perindustrian gantian import.
Namun begitu, Rancangan Malaysia Pertama agak terbantut
akibat Konfrontasi Indonesia yang berakhir pada 1966 dan
tragedi 13 Mei 1969.

RMK2
(19711975)

Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB)


diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan
membasmi kemiskinan. DEB mengambil tempoh selama
20 tahun (19711990). Rancangan Malaysia Kedua juga
memperlihatkan peralihan industri gantian-import menjadi
industri berorientasikan eksport.

RMK3
(19761980)

Rancangan pembangunan ini merupakan lanjutan daripada


Rancangan Malaysia Kedua.

RMK4
(19811985)

DEB masih diteruskan dan tumpuan turut diberikan pada


pembangunan industri berat.

RMK5
(19861990)

DEB berakhir pada tahun 1990. Kerajaan turut memberikan


penekanan ke atas industri berat dan elektronik.

RMK6
(19911995)

Dasar Pembangunan Negara (DPN) mula diperkenalkan


sebagai pengganti DEB. Rancangan pembangunan kali ini lebih
menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju
dan dasar penswastaan.

RMK7
(19962000)

Rancangan pembangunan yang mula memberi perhatian


kepada industri berteraskan k-ekonomi.

RMK8
(20012005)

Rancangan pembangunan kali ini ialah lanjutan daripada


Rancangan Malaysia Ketujuh.

RMK9
(20062010)

Rancangan
pembangunan
yang
masih
berteraskan
k-ekonomi, tetapi diberi keutamaan untuk pembangunan
manusia (modal insan). Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja
untuk meningkatkan kualiti modal insan dalam kalangan
rakyat Malaysia.

10

RMK10
(20112015)

Rancangan pembangunan membawa aspirasi Program


Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang
berlandaskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan.
Sumber: Mohd Sohaimi Esa et al. (2009)

112

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

RMK10 adalah dasar ekonomi yang terbaru dengan meletakkan lima teras utama
iaitu:
(a)

Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;

(b)

Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda


kelas pertama;

(c)

Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;

(d)

Meningkatkan tahap dan kemampuan hidup; dan

(e)

Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan dasar.

Jika dilihat dengan lebih lanjut, RMK10 masih berjalan. Amnya, matlamat akhir
dasar ekonomi adalah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
pelbagai etnik. Antara dasar yang jelas memainkan peranan yang penting dalam
matlamat perpaduan nasional ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilaksanakan semenjak RMK2 hingga RMK5.

4.3.2

Elemen Perpaduan dalam Dasar Ekonomi

Dasar ekonomi merujuk kepada dasar yang berkaitan dengan pembangunan


dalam sesebuah negara. Namun begitu, dalam konteks Malaysia dasar ini
menjurus pada aspek yang lain iaitu untuk perpaduan. Sesetengah dasar bukan
sahaja mempunyai nilai ekonomi, tetapi mempunyai matlamat sosial iaitu untuk
perpaduan. Khususnya, terdapat tiga dasar yang dilihat di sini untuk perpaduan
iaitu:
(a)

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


DEB merupakan kesan langsung daripada implikasi peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini memberikan kesedaran dalam kalangan parti pemerintah untuk
menggubal dasar yang membantu orang Melayu. Ini kerana jurang
sosioekonomi antara kaum Melayu dan bukan Melayu memungkinkan
berlakunya ketegangan dan konflik etnik sekali lagi. DEB ialah sejenis
dasar afirmatif. Justeru, DEB digubal adalah untuk mewujudkan hubungan
etnik yang lebih baik di samping memupuk perpaduan dalam kalangan
etnik. Seperti yang diterangkan dalam seksyen terdahulu, matlamat DEB
bersifat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat.

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

113

Membasmi kemiskinan akan dapat dicapai melalui peningkatan pendapatan


dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia dengan menyediakan banyak
peluang pekerjaan di pelbagai sektor. Sementara itu, penyusunan semula
masyarakat dapat dilakukan melalui migrasi penduduk di kawasan
luar bandar ke bandar. Migrasi ini penting kerana dapat mewujudkan
keseimbangan di kawasan bandar antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Dalam usaha menjayakan matlamat DEB, kerajaan melaksanakan program
untuk membasmi kemiskinan seperti kemudahan pemasaran, kredit dan
pinjaman, perkhidmatan lanjutan dan penyelidikan. Antara usaha kerajaan
untuk menjayakan rancangan ini ialah penubuhan FAMA (1965), Lembaga
Pertubuhan Peladang (1973) dan MARDI (1968). Langkah yang diambil ini
dilihat mensasarkan masyarakat luar bandar iaitu orang Melayu yang
masih miskin dan akan dapat meningkatkan pendapatan mereka serta
sekali gus mengurangkan kemiskinan. Selain itu, kerajaan juga
menekankan kegiatan yang mempunyai pengeluaran yang lebih tinggi.
Kegiatan yang mempunyai pengeluaran yang lebih rendah digantikan
dengan pengeluaran pada skala yang lebih tinggi agar ia memberikan
keuntungan yang berlipat ganda kepada petani.
Dalam usaha menyusun semula masyarakat, kerajaan terlebih dahulu
mengenali masalah yang wujud. Ini kerana ketidakseimbangan berlaku
dalam aspek sektor, kaum dan kawasan. Dari segi sektor, didapati sektor
tradisi merupakan sektor pekerjaan yang mempunyai tahap pendapatan
paling rendah. Selain itu, terdapatnya perbezaan pendapatan antara etnik
disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang diceburi. Pembahagian kawasan
kemiskinan kebiasaannya merujuk pada kawasan luar bandar. Kawasan
luar bandar terdiri daripada orang Melayu yang bekerja sebagai petani,
pesawah dan nelayan.
Antara usaha yang dilaksanakan melalui DEB dalam membantu
masyarakat luar bandar adalah:
(i)

Menerapkan kaedah pertanian moden;

(ii)

Memberikan pendidikan yang terbaik; dan

(iii) Membantu masyarakat luar bandar melalui program perbandaran


dengan menempatkan perusahaan moden di luar bandar.

114

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Selain itu, kerajaan juga melakukan usaha memodenkan kawasan luar


bandar melalui pembukaan tanah baru seperti Jengka, Pahang Tenggara
dan juga rancangan Perairan Muda, Kemubu dan Besut. Akhir sekali,
kerajaan juga berusaha membentuk masyarakat pengusaha Melayu di
mana kerajaan memberikan bantuan khas untuk memastikan mereka
berjaya dalam perniagaan. Kerajaan berharap dalam tempoh 20 tahun
perlaksanaan DEB, Malaysia akan mempunyai 30 peratus ekuiti saham
dalam perdagangan dan perusahaan yang menjadi hak milik orang
Melayu. Jika orang Melayu dibantu, masyarakat kaum lain juga terbela.
Oleh itu, Malaysia diharap berada dalam keadaan aman.
(b)

Dasar Penswastaan
Dasar Penswastaan diperkenalkan pada bulan Mac tahun 1983 oleh
mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pada asasnya, Dasar Penswastaan melibatkan pemindahan perkhidmatan
atau perusahaan ke dalam sektor swasta. Penswastaan membawa makna
penjualan saham milikan negara atau milikan awam kepada sektor swasta
yang akhirnya menyebabkan ekuiti dikuasai oleh sektor swasta. Dasar
tersebut bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalisation), iaitu
proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam
ekonomi. Sebelum ini, sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyedia
dan menentukan arah dasar utama, tetapi turut menyediakan perkhidmatan
serta terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di
Malaysia. Terdapat lima tujuan Dasar Penswastaan seperti yang dapat
dilihat dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Lima tujuan Dasar Penswastaan

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

115

Umumnya, Dasar Penswastaan menyumbang kepada kepesatan


pertumbuhan ekonomi serta membantu dalam usaha mencapai matlamat
penyusunan semula masyarakat serta meningkatkan penyertaan golongan
orang Melayu dan Bumiputera ke dalam sektor korporat. Di samping itu,
kesan Dasar Penswastaan juga telah mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan dan membolehkan kerajaan membantu sektor yang
lebih kritikal. Selain itu, dasar ini telah berjaya mewujudkan persaingan
dalam sektor pelaburan, tenaga dan telekomunikasi.
(c)

Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan wawasan yang dicetuskan oleh Tun
Dr Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1991. Matlamat wawasan ini
adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian
yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dari pelbagai aspek iaitu
material dan bukan material. Wawasan ini bukan sahaja mempunyai nilai
dari aspek ekonomi, malahan juga dari aspek perpaduan nasional.
Wawasan 2020 yang ingin dibina adalah Bangsa Malaysia yang maju
berdasarkan acuan tersendiri. Justeru, matlamat wawasan ini ialah sebuah
bangsa yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan,
mempunyai nilai moral dan etika, hidup dalam sebuah masyarakat yang
demokratik, liberal, toleran, penyayang, adil dan saksama dari segi
ekonomi, progresif dan makmur, serta memiliki sepenuhnya ekonomi
berdaya saing, dinamik, teguh dan tidak luntur. Matlamat atau cabaran
Wawasan 2020 dapat dijelaskan secara umum seperti berikut:
(i)

Cabaran mewujudkan sebuah negara Bangsa Malaysia yang bersatu


padu;

(ii)

Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dan


terjamin;

(iii)

Cabaran bagi memupuk dan memajukan sebuah masyarakat


demokrasi yang matang;

(iv)

Cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika


tinggi;

(v)

Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang matang, liberal


dan toleran;

(vi)

Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan


progresif;

(vii)

Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang dan


berbudaya penyayang;

116

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

(viii)

Cabaran untuk mewujudkan masyarakat adil dari segi ekonomi;


dan

(ix)

Mewujudkan sebuah masyarakat makmur yang memiliki ekonomi


berdaya saing, dinamik, kuat dan tidak mudah luntur.

Jelaslah, Wawasan 2020 adalah dasar ke arah persediaan sebuah negara


maju. Dalam konteks ini, negara bangsa yang ingin diwujudkan adalah
dengan mengurangkan jurang pendapatan antara etnik, melalui peruntukan
peluang yang sah, kesetaraan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang
lebih rapat, pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan pembangunan
sumber manusia sepenuhnya bagi mencapai matlamat tersebut.

AKTIVITI 4.3
1.

Bincangkan secara kritis tentang Rangka Rancangan Jangka


Pendek Lima Tahun dalam memupuk hubungan etnik.

2.

Pilih satu dasar berikut dan terangkan bagaimana dasar ini


memainkan peranan yang penting dalam perpaduan nasional.
Bentangkan di dalam kelas.

4.4

(a)

DEB

(b)

Dasar Penswastaan

(c)

Wawasan 2020

KESIMPULAN

Perbincangan dalam topik ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman kita


bahawa dalam konteks Malaysia, matlamat pembangunan ekonomi yang utama
ialah untuk mencapai perpaduan nasional. Perpaduan ini digabung jalin ke
dalam dasar dan matlamat dasar yang akhirnya membawa pengertian
perpaduan dan kesepaduan masyarakat dalam konteks negara Bangsa Malaysia.
Namun begitu, proses ini dibina dengan mengambil jangka masa yang lama
semenjak merdeka hingga kini. Jika pembangunan ekonomi baik dan setiap
kaum akan menikmati ekonomi dengan adil, maka Malaysia akan terus aman
tanpa berlaku pergolakan etnik yang melampau dan mengancam kesepaduan
masyarakat yang terbina.

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

117

SEMAK KENDIRI 4.1

1.

Jelaskan kaitan antara ekonomi dan hubungan etnik dalam


konteks pembinaan negara bangsa di Malaysia.

2.

Bagaimanakah ekonomi memainkan peranan yang penting dalam


penyatupaduan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia?

3.

Bincangkan elemen yang boleh menggugat keharmonian kaum


dalam aspek ekonomi jika tidak diuruskan dengan baik.

4.

Berikan cadangan bagaimana perpaduan kaum pelbagai etnik


dapat dibina melalui aktiviti ekonomi.

Modenisasi ialah perubahan dalam kehidupan manusia.




Berlaku dalam dua bentuk iaitu:


o

Modenisasi dalam politik; dan

Modenisasi dalam ekonomi.

Berlaku secara berencana dan tidak berencana.

Proses modenisasi secara berencana mempunyai matlamat, kaedah


dan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu
perubahan itu dilaksanakan.

Modenisasi ekonomi di Malaysia berlaku apabila terdapat perubahan


tumpuan aktiviti ekonomi, misalnya dalam bentuk penggunaan binatang
kepada penggunaan teknologi mesin dan jentera.

Perubahan ekonomi daripada ekonomi bercorak tradisi seperti pertanian dan


perikanan ke arah ekonomi moden seperti perkilangan, perniagaan dan
perkhidmatan.

118

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Teori W. W. Rostow sesuai untuk memahami perubahan masyarakat dalam


modenisasi ekonomi. Menurut teori ini, perubahan berlaku dalam lima tahap
iaitu:


Tahap tradisi;

Persediaan;

Lepas kandas;

Matang; dan

Penggunaan masa.

Modenisasi bermula di Eropah dan berlaku dalam dua kaedah iaitu secara
falsafah dan secara praktikal.

Modenisasi dibawa keluar dengan cara penjajahan dan imperialisme.

Modenisasi dilihat sama seperti pembaratan dan pemodenan yang menjurus


kepada modenisasi.

Asas sistem ekonomi orang Melayu adalah bercorak maritim dan pertanian.

Semasa penjajahan, orang Melayu tidak diberikan peluang oleh British untuk
terlibat dalam sektor ekonomi moden berbanding dengan orang bukan
Melayu iaitu kaum Cina dan India yang terlibat secara langsung dalam
ekonomi moden.

Apabila merdeka, terdapat jurang sosioekonomi yang besar antara etnik


yang membawa kepada prejudis dan prasangka yang menebal hingga
kemuncaknya membawa kepada konflik perkauman pada 13 Mei 1969.

Sistem ekonomi semasa penjajahan British adalah berbentuk dwi-ekonomi


iaitu orang Melayu dengan sektor tradisi dan orang bukan Melayu dengan
sektor ekonomi moden.

Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, terdapat pelbagai usaha untuk


membantu orang Melayu dengan menubuhkan Syarikat Pelaburan Nasional
(1961), RIDA (1950 hingga 1966), MARA (1966, menggantikan RIDA), Bank
Bumiputra 1965, FELDA (1956) dan DEB (19711990).

DEB mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk membantu orang Melayu
dengan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

119

DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang selama 20 tahun dan


berjaya mengubah kedudukan ekonomi orang Melayu.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengandungi matlamat pembangunan


ekonomi negara dengan melihat lima tahun lepas dan lima tahun ke
hadapan.

Semenjak merdeka, kita sudah melalui 12 Rancangan Pembangunan Lima


Tahun iaitu bermula dengan RM1 dan RM2 dan diteruskan dengan RMK1
hingga RMK10.

Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020 merupakan dasar ekonomi yang


penting dalam pembangunan negara dengan menerapkan elemen perpaduan
seperti penyusunan semula masyarakat dan pembinaan modal insan untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Pembaratan

Dasar penswastaan

Pemodenan

Imperalisme

Penjajahan

Jurang ekonomi

Rancangan pembangunan lima tahun

Modenisasi ekonomi

Teori W.W. Rostow

Modenisasi di Eropah

Wawasan 2020

Modenisasi di Malaysia

Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas
perpaduan. Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).
Barraclough, G. (1978). The times atlas of world history. London, England: Times
Books.
Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011). Hubungan etnik: Kelangsungan pembinaan
negara bangsa. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

120

TOPIK 4

HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar


Bakti.
Shamsul Amri Baharuddin. (1977). RMK: Tujuan dan pelaksanaannya. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Shamsul Amri Baharuddin. (1979). The development of the under development
of the Malaysian peasantry. Journal of Contemporary Asia, 9(4), 434454.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.
Syed Husin Ali. (1987). Kaum kelas dan pembangunan: Malaysia. Kuala
Lumpur, Malaysia: Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai