Anda di halaman 1dari 42

Akomodasi dan asimilasi adalah antara dua konsep penting untuk menerangkan perpaduan dalam sesebuah negara yang

terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Menurut Ting Chew Peh (1987) dengan menggunakan perwakilan A,B dan C bagi budaya, konsep akomodasi dapat diringkaskan melalui rumus A + B + C = A + B + C. Ini bermaksud pelbagai kumpulan etnik hidup bebas mengamalkan malah mempertahankan budaya masing-masing meskipun hidup bercampur dengan etnik lain. Berbeza pula dengan konsep asimilasi yang diwakili oleh formula A + B + C = A. Etnik minoriti iaitu B dan C akan mengamalkan bentuk kebudayaan A yang merupakan golongan dominan dalam sesebuah negara. Hakikatnya, asimilasi bukanlah konsep perpaduan yang baru atau asing di tanah air. Ini dapat dilihat pada masyarakat Baba dan Nyonya sebagai rujukan terbaik hasil daripada proses asimilasi etnik Cina dengan kebudayaan Melayu. Malah, proses tersebut tetap berjalan seperti mana yang berlaku dalam masyarakat Cina Kelantan. Orang bukan Melayu juga sudah dapat diasimilasikan dengan dari segi pakaian dan makanan. Hari ini bukan suatu yang janggal untuk melihat orang Cina dan India berbaju kurung dan menjamah nasi lemak. Malah, berkat daripada sistem pendidikan kebangsaan, generasi muda bukan Melayu begitu fasih berbahasa kebangsaan. Ironinya, selepas setengah abad negara ini merdeka, asimilasi etnik minoriti ke dalam kebudayaan Melayu semakin tipis dengan membiarkan kaum Cina dan India semakin berkiblatkan Hong Kong, India dan Barat. Sebaliknya, seperti wujud kecenderungan asimilasi songsang apabila orang Melayu pula secara sedar atau tidak cuba untuk diasimilasikan dengan kebudayaan etnik-etnik lain. Buktinya, sekarang ini dalam mana-mana persembahan kebudayaan seperti sudah menjadi kewajipan persembahan etnik Cina dan India diadakan diiringi oleh pengunaan bahasa-bahasa bukan kebangsaan atas alasan perpaduan. Persoalannya, benarkah perpaduan dapat dibentuk melalui kepelbagaian yang tidak terkawal sedangkan untuk tujuan berhibur pun mengikut kotak-kotak kaum? Oleh itu, dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun ini yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan ada baiknya konsep perpaduan rakyat Malaysia dirombak semula. Adakah konsep akomodasi yang dikatakan baik untuk Malaysia sepertimana yang dinyatakan juga oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dalam Modul Hubungan Etnik (2008:19) masih lagi relevan apabila melihatkan jurang pengasingan atau segregasi etnik di negara ini yang semakin ketara? Mahu atau tidak, semua pihak perlu ikhlas mengakui bahawa melalui konsep asimilasi sahajalah rupa bentuk bangsa Malaysia akan terbentuk sama seperti bangsa Indonesia dan Thailand.
Quote:

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia


Dr Rahmat Ghazali Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi

mengesan konflik perkauman. Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita. Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi). Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153. Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival. Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian.

Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara. Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita. Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran konflik perkauman yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali. Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep salad bowl atau mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama. Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi

Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing. Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satusatunya elemen budaya nasional (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masingmasing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival. Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi. Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurangkurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan. Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen. Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep mangkuk sayur-mayur seperti di Malaysia kita

lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina. Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan mangkuk sayur-mayur Malaysia? Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai polis bahasa. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papanpapan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.
Quote:

Buang kontrak sosial lalu digantikan dengan asimilasi


Utusan 28 Jun 2008 muka hadapan melaporkan Pulau Pinang akan meletakkan papan tanda bertulisan Cina dan India beserta tulisan bahasa Kebangsaan. Cadangan itu yang diutarakan oleh seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Teoh Seang Hooi mendapat perhatian akhbar perdana Utusan Malaysia. Di muka yang sama juga, Utusan juga melaporkan kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan geran 999 tahun kepada perkampungan Cina namun hanya memberi geran 99 tahun kepada perkampungan bukan Cina. Walaupun kami menyokong pendedahan tersebut dan semoga hal-hal sebegini didedahkan lagi, kami berharap pendedahan tersebut bukanlah dikeranakan ianya muncul dari negeri Pakatan Rakyat. Hal mengenai papan tanda dan kampung Cina telah menjadi persoalan orang ramai sejak zaman kekuatan Barisan Nasional lagi. Kalau kita lihat disekitar Kuala Lumpur, Jalan Bukit bintang, Jalan Cheras, Jalan Seputeh dan beberapa jalan lain, papan tanda jalan ditulis dalam bahasa Cina, bahasa India dan bahasa rasmi negara. Hal ini menimbulkan tanda tanya masyarakat kerana Malaysia dikenali sebagai sebuah negara berbahasa Malaysia (bahasa Melayu) dan berpaksikan budaya Melayu. Namun penggunaan papan tanda bukan berbahasa kebangsaan yang meluas telah menghakis identiti negara ini. Begitu juga dengan percambahan kampung-kampung baru Cina yang sungguh banyak lebih-lebih lagi di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Selain itu pertambahan program-program TV berbahasa vernakular telah menyebabkan identiti Malaysia yang sepatutnya disatukan melalui bahasa telah gagal terjadi.

Begitu juga dengan banyaknya aktiviti-aktiviti kebudayaan asing yang dipersembahkan dimajlis-majlis rasmi negara menyebabkan usaha bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak gagal sama sekali. Beginilah akibatnya apabila masyarakat tidak menyedari dan tidak disedarkan tentang kepentingan bahasa dan budaya nasional. Malahan masyarakat sendiri tidak mengetahui apakah itu yang dimaksudkan dengan perkataan nasionalisme yang seringkali disalahanggap sebagai patriotisme. Nasionalism itu datang dari perkataan nation iaitu, ciri hidup yang sama (common). Contohnya orang English terbentuk kerana terdapatnya banyak kesamaan antara mereka seperti cara bercakap, cara makan, cara marah, cara berjual beli, kemalasan mereka, kerajinan mereka, warna kulit mereka, dan budaya mereka. Cara orang English tidak sama dengan orang Irish dan orang Scottish mahupun Welsh. Kesamaan sesama mereka membentuk cara hidup mereka sendiri dan pemerintahan sendiri yang dipanggil England, Scotland, Ireland dan Wales. Sementara patriotism itu bermaksud menyokong dan mencintai tanah air. Apabila kita ditanya apakah warganegara kita? Kita boleh menjawab warganegara Malaysia. Dan apabila kita ditanya apakah bangsa kita? Biasanya kita akan menjawab bangsa Melayu atau Cina atau India. Cuba kita alih bahasakan ke bahasa Inggeris. what is your citizenship? Answer: Malaysian. What is your nationality? Answer: Should be Malaysian too right!? Dan apakah maksud nation kat atas tadi? CARA HIDUP YANG SAMA. Kita masih tidak mempunyai bangsa Malaysia. Kita hanya mempunyai kaum Melayu, Cina dan India tapi tiadanya bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia mesti mempunyai satu bahasa yang sama, nama yang lebih kurang sama, berbudaya sama dan berfikiran sama. Indonesia adalah satu negara yang terdekat dengan kita yang berjaya menjalankan proses nationalism. Dan konsep nationalism ini sendiri digagaskan oleh Kerajaan Madinah oleh Presiden pertamanya Presiden Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Dia melaksanakan satu bahasa, satu bangsa, satu kiblat, satu ketua, satu kitab dan satu budaya. Ambik Asimilasi Dalam sibuk-sibuk kita mempersoalkan apa itu kontrak sosial, kita terlupakan asimilasi. Lagipun para akademik dan perundangan sendiri juga tidak menjumpai satu dokumen kontrak yang dipanggil kontrak sosial. Dimana itu kontrak yang dipanggil kontrak sosial itu? Siapakah yang menandatanganinya? Berapakah tebal kontrak itu? Apakah kandungannya? Dalam kita haru biru menyelamatkan kekuasaan Melayu di Malaysia ini, baiklah kita buangkan terus hantu kontrak sosial di minda kita ini dan digantikan dengan asimilasi. Indonesia tidak mempunyai kontrak sosial. Namun dia tidak mempunyai masalah perkauman di sana kerana kaum pendatang telah dijalankan proses asimilasi dengan kaum dominan mereka (kaum Melayu Indonesia). Kini rakyat mereka tidak kira apa etnik asal mereka dikenali sebagai bangsa Indonesia. Malaysia juga harus menjalankan proses asimilasi dengan segera dan berkesan. Dengan cara itu

persoalan penghakisan kuasa Melayu tidak akan timbul kerana semua orang sudah dikenali sebagai Melayu. Bagaimanakah cara untuk mengamalkan asimilasi itu? Semua bahasa vernakular harus dihapuskan. Hanya bahasa Melayu dibenarkan digunakan disekolah, pejabat, mahkamah, parlimen, papan tanda jalan, iklan-iklan, siar suara, televisyen dan akhbar. Nama-nama masyarakat mesti berbunyi bumiputra bukan nama Cina, India atau Arab. Beberapa artikel di dalam Perlembagaan yang menghalang proses asimilasi harus dihapuskan. Asimilasi adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah perkauman di Malaysia ini. Penggunaan kontrak sosial yang entah mana dan tidak saksama akan sentiasa menjadi ketidakpuas hatian etnik-etnik lain di Malaysia ini. Wahai pembaca yang budiman mana adakah anda setuju proses asimilasi perlu dilakukan kepada orang-orang bukan melayu untuk menjayakan perpaduan antara kaum di Malaysia ini? Sila undi di atas.

Siru Kambam dan asimilasi bahasa

5 DIS Pada 1996, Allahyarham Dr Othman Puteh merangkumkan Siru Kambam yang menjadi latar bagi kebanyakan cerpen saya sebagai suatu daerah berhampiran Taiping yang menggambarkan secara dominan kehidupan masyarakat India dan hubungannya dengan masyarakat majmuk. Saya tidak pasti sama ada arwah pernah berpeluang ke Taiping, Perak semasa hayatnya tetapi saya pasti arwah memahami keunikan penduduk majmuk di sekitar bandar berkenaan. Rata-rata penduduk pelbagai kaum di Taiping tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Sebagai individu yang lahir, belajar dan membesar di Taiping, saya menyedari sepenuhnya keunikan ini. Apabila bercakap mengenai sejarah dan asal-usul Bahasa Malaysia, kita tidak dapat menafikan bagaimana istilah dan frasa daripada pelbagai bahasa lain meresap masuk dan berasimilasi sehingga melahirkan satu bentuk bahasa yang kini menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara bertuah ini.

Seorang warga emas bersama cucu-cucunya di Aulong Lama, Taiping. Sejak zaman dahulu, bahasa yang dituturkan penduduk Melayu juga banyak menerima istilah Bahasa Cina dan Tamil. Misalnya, cawan, tauhu, tauke, cincai, tose, kedai, bumi dan ragam. Sekiranya mahu disenaraikan kesemua perkataan/istilah pinjaman dalam sejarah perkembangan Bahasa Malaysia, senarai itu akan bersifat infinitif. Malah, ada pandangan yang mengatakan bahawa perkataan-perkataan asli dalam Bahasa Malaysia adalah kampung, parang, amuk dan babi. Namun, bukan itu topik yang mahu saya bincangkan pada kali ini. Sebaliknya, saya mahu menarik perhatian masyarakat pelbagai kaum terhadap hakikat bahawa dalam konteks di Malaysia, berlaku juga asimilasi Bahasa Malaysia ke dalam bahasa Tamil; khususnya selepas istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1970. Saya mendapat maklumat yang unik dan menarik ini hasil perbualan bersama beberapa individu kaum India daripada generasi baru dan lama di sekitar Taiping, baru-baru ini. Nama Siru Kambam sendiri membuktikan bagaimana istilah kampung diterima pakai secara meluas dalam kalangan masyarakat India semasa bercakap Bahasa Tamil. Istilah kampung disebut gramam dalam Bahasa Tamil, Telegu dan Malayalam. Namun, dalam kalangan penduduk kaum India di Taiping, istilah yang digunakan adalah kampung atau kambam. (Nota: Agak menarik untuk diperhatikan bahawa rupa-rupanya terdapat juga sebuah tempat bernama Kambam di Tamil Nadu, India!) Sambil berbual-bual bersama jiran lama, penduduk dan kenalan lama di Aulong dan Aulong Lama, Taiping, saya sempat mencatatkan beberapa istilah yang membuktikan asimilasi Bahasa Malaysia ke dalam Bahasa Tamil sejak dahulu.

Penduduk kaum India generasi baru dan lama yang sempat saya temui semasa berada di Taiping baru-baru ini berbual menggunakan Bahasa Tamil yang diselitkan beberapa perkataan Bahasa Malaysia yang sudah sebati dalam jiwa mereka dan tidak lagi dianggap sebagai istilah yang dipinjam daripada bahasa pertuturan masyarakat Melayu di sekeliling mereka.

Perkataan kambam berasal daripada kampung. Berikut contoh ayat-ayat yang sempat saya catatkan bagi tujuan menunjukkan asimilasi bahasa yang dimaksudkan. Ayat-ayat ini sudah diterjemahkan daripada Bahasa Tamil untuk membantu pemahaman. Perkataan-perkataan HURUF BESAR adalah perkataan yang kekal dalam Bahasa Malaysia walaupun penutur menggunakan Bahasa Tamil dalam perbualan. 1. Jambatan itu tidak berapa KUAT. 2. Kenapa sudah lama tidak BALIK KAMPUNG? 3. Bila encik akan BALIK ke Kuala Lumpur? 4. Di rumah sebelah juga ada pokok BUNGA RAYA. 5. Saya betul-betul SAKIT (sakit hati) apabila dapat tahu hal itu. 6. Kami memang sangat SEDIH sebab dia tidak datang. 7. Budak-budak itu memang BISING sampai ke larut malam. 8. Tempat ini sudah lama tidak BANJIR. 9. MURID itu ditangkap sebab menCONTENG di dalam TANDAS. 10. GURU BESAR sekolah itu tinggal di KAMPUNG sebelah. 11. Pemuda itu memang PANDAI menipu. 12. Mereka SESAT semasa mendaki BUKIT itu.

13. KASUT dia memang sangat BUSUK. 14. BUMBUNG ini sudah lama BOCOR. 15. TIANG itu sangat LICIN. 16. Kami TUMPANG sahaja di rumah ini sehingga rumah kami SIAP. 17. TAKUT juga nak pijak TANGGA itu. 18. Kalau mahu masak UBI KAYU ini memang SENANG. 19. CIKGU suruh kami bawa KAMUS esok. 20. Kedai MAMAK itu tentu sudah TUTUP/BUKA. 21. Kamu tidak pergi berJALAN-JALAN di bandar? 22. Janganlah PERLI. 23. Anak bongsunya CACAT sejak lahir. 24. Hujan sudah menjadi LEBAT. 25. Di SIMPANG itu, belok KANAN, bukan KIRI. Kemudian pergi TERUS. 26. Kata orang, dialah KETUA kumpulan itu. Ayat-ayat di atas hanyalah beberapa contoh yang sempat saya catatkan sepanjang perbualan secara santai dan spontan bersama penduduk kaum India yang mewakili generasi baru dan lama dari latar pendidikan dan sosioekonomi yang juga berbeza di Aulong Lama dan Aulong, Taiping. Penggunaan istilah Bahasa Malaysia dalam perbualan mereka mungkin juga dilihat sebagai satu bentuk pencemaran Bahasa Tamil yang melahirkan bahasa rojak. Saya sebagai pencinta bahasa memang tidak menyokong pencemaran seperti itu.

Istilah agarathi jarang digunakan apabila merujuk pada kamus. Walau bagaimanapun, pemerhatian saya di atas adalah lebih kepada aspek asimilasi Bahasa Malaysia ke dalam Bahasa Tamil dalam kalangan penutur Bahasa Tamil; bukan aspek bahasa rojak. Saya lebih tertarik untuk memperhatikan bagaimana istilah-istilah Bahasa Malaysia sudah mula meresap masuk ke dalam Bahasa Tamil dan menjadi sebahagian kosa kata sejak tahun 1970; iaitu sejak istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan secara rasmi. Sekiranya perkataan kampung dalam budaya Melayu sudah diterima pakai dalam Bahasa Tamil sebagai kampung dan kambam, tidak mustahil contoh sejumlah perkataan yang saya petik di atas juga sudah/akan menjadi sebahagian daripada kosa kata lazim dalam kalangan penutur asli Bahasa Tamil di Malaysia. Rata-rata individu yang menuturkan ayat-ayat seperti di atas langsung tidak menyedari bahawa mereka menggunakan beberapa istilah Bahasa Malaysia semasa berbual menggunakan Bahasa Tamil. Malah, ada juga beberapa individu (generasi tua) yang saya temui itu tidak bersekolah dan ada juga yang merupakan murid sekolah Tamil. Hanya apabila saya menjelaskan kepada mereka, barulah mereka sedar bahawa beberapa istilah yang mereka gunakan secara spontan sebenarnya adalah istilah Bahasa Malaysia. Mereka juga mengakui bahawa mereka tidak berniat mahu mencemarkan bahasa atau mengamalkan bahasa rojak dalam perbualan. Sebaliknya, rata-rata individu yang saya temui mengatakan bahawa asimilasi Bahasa Malaysia ke dalam Bahasa Tamil seperti yang diperhatikan itu adalah suatu proses semula jadi sejak kecil. Walaupun bahasa ibunda kami adalah Bahasa Tamil, kami juga berbangga dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Jadi, apa yang berlaku (asimilasi bahasa) tidaklah pelik bagi kami di sini, kata seorang suri rumah.
...................................................................................................................................................................

HNS2013 KENEGARAAN
PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan

para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002). Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62) Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku

hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180). SEJARAH PENDIDIKAN Negara Malaysia mempunyai sejarah pendidikan yang unik dan tersendiri. Rentetan sejarah yang ada dan perubahan yang berlaku dalam arena politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan pada masa lampau, telah membawa kepada perubahan dalam perlaksanaan dasar dan corak pendidikan negara Malaysia serta menjadi landasan untuk perubahan pada masa akan datang. Berdasarkan kepada perkembangan sejarah yang berlaku, pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan British, semasa kedatangan British dan selepas kemerdekaan. Sejarah Pendidikan Sebelum Kemerdekaan Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan lebih bersifat keagamaan iaitu

berasaskan sistem pondok atau madrasah. Ianya berkembang pesat sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65). Sekolah jenis ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bermoral tinggi, namun terdapat kelemahan pada perlaksanaannya iaitu tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris. Sekolah Vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar disetiap sekolah dan berasaskan kepada identiti kaum masing-masing. Sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandrin (Kuo Yu) dan bahasa Tamil untuk Sekolah Tamil. Manakala Sekolah Inggeris hanya ditubuhkan di kawasan bandar yang mana sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 65). Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan

Pada zaman penjajahan, setiap sekolah ditubuhkan mengikut kaum dan mempunyai kurikulum yang berbeza-beza serta lokasi sekolah juga terpisah mengikut kaum masing-masing. Sekolah-sekolah berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu, contohnya Sekolah Cina mendapat bantuan dari golongan peniaga Cina. Disamping itu juga sekolah Cina ini diberi pilihan sama ada mendapat bantuan Negara Cina ataupun bantuan dari kerjaaan tempatan. Sistem pendidikan pada zaman ini meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan dikalangan semua kaum. Walaubagaimana pun, kependudukan Jepun telah banyak mengubah dan memberi kesan serta

menjejaskan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. Sekolah dan kolej terpaksa dibaiki dan diperkemaskan kerana mengalami kerosakan dan siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan Selepas kemerdekaan, sistem pendidikan negara adalah berasaskan kepada laporan yang dikeluarkan iaitu Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Yu (1951) dan diikuti oleh Ordinan Pelajaran pada tahun 1952. Laporan Barnes disediakan bagi mengkaji dan menyiasat kedudukan pendidikan orang-orang Melayu pada masa itu. Antara syor yang diutarakan adalah penubuhan sekolah dwibahasan yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu juga Sekolah Vernakular akan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan. Laporan Fenn-Yu pula bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes kerana dikatakan Laporan Barnes ingin menghapuskan bahasa dan kebudayaan masyarakat Cina. Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan kemelut tersebut, kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa dan laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Hasrat Ordinan Pelajaran (1952) bagi membentuk satu corak sistem persekolahan yang menghapuskan Sekolah Vernakular Cina dan Tamil tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan pada ketika itu. Apa yang jelas ialah sistem pendidikan pada zaman tersebut lebih dipengaruhi oleh corak sosioekonomi yang dicetuskan oleh kaum masing-masing. Aspirasi dan fikiran yang berlainan dikalangan masyarakat menyukarkan pencapaian sesuatu matlamat (Gurnam Kaur Sindhu et al, 2005: 68).

DASAR PENDIDIKAN Pada zaman penjajahan, sistem pendidikan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Ianya berkembang mengikut identiti, taat setia dan keturunan mereka kepada negara asal. Ini memberi satu tekanan kepada pembangunan rakyat tempatan pada ketika itu. Bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah, beberapa langkah telah diambil dan menggubal satu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap perkembangan. Pembentukan Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama merupakan tahap awal kepada terbentuknya Dasar Pendidikan di negara ini. Parti Perikatan yang mencapai kemenangan dalam pilihanraya pada tahun 1995 di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato Tun Abdul Razak Hussien telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. Laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan penyata ini termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957). Penyata Razak ini mempunyai tujuan utama iaitu untuk menyatupadukan kaum di Malaysia yang mana pada waktu itu terpisah oleh bahasa dan budaya yang berbeza-beza. Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah :

Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah rendah dan menengah Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaun dapat dikurangkan. Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.

Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum termasuk parti politik kesan daripada Penyata Razak. Orang Melayu tidak berpuas hati dan syahk

wasangka terhadap kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Manakala Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahawa kemajuan Sekolah Tamil akan terencat. Akibat terlalu banyak penentangan terhadap Penyata Razak maka satu jawatankuasa pula ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Hasil semakan dan kajian semula yang dijalankan terhadap Laporan Razak, maka terhasillah Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan menyokong hampir kesemua dasar yang dicadangkan oleh Laporan Razak, dan terhadap beberapa usul tambahan. Dalam mencapai matlamat menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib mengsyorkan supaya pendidikan di peringkat sekolah rendah diberikan secara percuma, dan membolehkan kanak-kanak menikmati alam persekolahan dalam sistem pendidikan. Semua sekolah yang menerima bantuann kerajaan ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan ini perlbagai kaum dapat memelihara bahasa dan budaya masing-masing. Manakala untuk mewujudkan dan mengeratkan perpaduan kaum,

peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Melalui laporan Razak dan Laporan Rahman Talib ini terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran ini dibentuk bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di Malaysia melalaui sistem Pendidikan. Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu keseragaman sistem persekolahan, penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan bercorak kebangsaan. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pertembungan antara etnik-etnik di Malaysia. Pada tahun 1970, kerajaan memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara kaum-kaum dan memupuk perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan

menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam laporan itu menyatakan tujuan jawatankuasa ini : Mengkaji semula matlamat dan kesannya sisitem pendidikan termasuk kurikulumnya, dalam rangka Dasar Pendidikan Kebangsaan yang wujud, dengan tujuan memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu berdisiplin dan terlatih (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 100). Laporan jawatankuasa ini adalah sama seperti laporan-laporan yang terdahulu iaitu untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Menjadikan pendidikan sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan di negara ini. Oleh tiu aspek bahasa telah menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat kerajaan. Dalam laporan ini, matlamat pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat (Mohd Yazid Yusoff et al.,2002: 4-5). Melalui laporan Jawatankuasa Kabinet juga, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1983. Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi dan jasmani (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Menjelang tahun 1995, kerajaan telah meluluskan Akta Pendidikan 1996. Akta ini menggantikan Akta Pendiidkan 1961, tetapi masih menyokong matlamat menyatupadukan kepelbagaian kaum di Malaysia menerusi pendidikan. Akta ini menampilkan beberapa perubahan besar terhadap dasar pendidikan negara dan dianggap sebagai dasar yang sangat liberal. Ia dianggap membayangkan perubahan sikap masyarakat Melayu dan memenuhi beberapa impian masyarakat

Cina(Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 101). Akta ini juga memberi penekanan kepada peningkatan pendidikan prasekolah, pendidikan swasta, pendidikan

keguruan, pendidikan teknikal dan pendidikan khas. Dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaaan adalah abahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (Gurnam Kaur Sidhu et al., 2005: 75). Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu yang pertama ialah perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Kedua adalah perpaduan rakyat dan yang ketiga pendidikan sepanjang hayat ke arah membina masyarakat yang aman dan makmur. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid tahap 2 di sekolah-sekolah rendah terlibat dan menyertai aktiviti unit beruniform, persatuan dan sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti sebegini boleh memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi. Perkembangan kurikulum pendidikan juga mengikut arus dan kesesuaian semasa. Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dilaksanakan di prasekolah menggantikan kurikulum lama. Manakala di peringkat sekolah rendah pula, diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mana mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahun 1. Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari segi rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara (Buku Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011: 2). Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula daripada saat negara bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari ini. Antara fokus utama dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya jelas menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan

mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini. Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak dan keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali berubah, namun ia tidak lari daripada misinya yang asal iaitu membangunkan sesebuah negara di mana rakyatnya berbilang kaum, bersatu padu untuk memacu negara ke arah kegemilangan dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang semakin mencabar.

CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKAN Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing. Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum. Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup

dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana. Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasardasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar. KEBERHASILAN INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM Bidang Pendidikan Keberhasilan integrasi dan perpaduan dalam bidang pendidikan di Malaysia boleh dinilai dalam beberapa aspek utama iaitu : 1. 2. 3. Matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama Matlamat mewujudkan sekolah pelbagai kaum Matlamat menyatukan pelbagai kaum melalui aktiviti ko-kurikulum Dalam kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, ianya masih lagi belum mencapai matlamat yang diinginkan. Kaum Cina merupakan kaum yang paling kuat menentang matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini kerana mereka bimbang bahasa ibunda mereka akan hilang penggunaanya pada masa akan datang. Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memberi

kelonggaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dan menjadikan mengurangkan penggunaan Bahasa Melayu. Oleh itu, sehingga sekarang kerajaan melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan masih belum mencapai matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama disemua sekolah di negara ini. Kegagalan kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah merumitkan lagi usaha untuk mencapai integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini adalah kerana, semua kaum berusaha mempertahankan bahasa ibunda masing-masing dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-etnik di negara ini. (Riduan Tee, 2010: 69) Manakala hasrat dan matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah integrasi iaitu pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah atau beberapa buah sekolah pelbagai kaum dalam satu kawasan juga masih lagi belum dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan namun mendapat tentangan hebat dari masyarakat Cina kerana menganggap Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka (Modul Kenegaraan, 2010: 184). Pada masa ini bukan sahaja sekolah rendah dan sekolah menengah berasaskan bangsa dan kaum, tetapi juga pusat-pusat pengajian tinggi tempatan ditubuhkan berasaskan kepada kaum. Dalam konteks pengajian tinggi di Malaysia, terdapat 20 buat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 32 buah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penubuhan IPTS ini ada yang berasaskan kaum dan parti politik seperti penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR). Universiti ini dimiliki oleh Malaysian Chinese Association (MCA) dan hampir seratus peratus (100%) daripada pelajarnya adalah kaum Cina. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajar mereka yang berbangsa Melayu, Cina dan India mendapati kebanyakkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Para pelajjar masih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam semua hal berbanding bergaul dengan kaum-kaum lain. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus. Polarisasi ini amat membimbangkan dan menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan antara kaum di Malaysia (Riduan Tee, 2010: 74). Daripada hasil kajian ini dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di sekolah yang

berasaskan kaum tertentu lebih suka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat pengajian yang mempunyai kaum yang sama dengan kaumnya. Hal ini boleh membantutkan usaha kerajaan mencapai perpaduan di negara ini. Walau bagaimanapun, usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui kokurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan menampakkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial. Secara keseluruhannya hasrat dan matlamat kerajaan untuk

mengintegrasi dan menyatupadukan kaum melalui dasar pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi belum lagi mencapai matlamat sepenuhnya walaupun terdapat hasil yang boleh dibanggakan. Ini kerana setiap dasar yang dilaksanakan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang tidak melihat dasar pendidikan tersebut dari sudut politik. Mereka sering berprasangka buruk sebelum menilai dan melihat dasar tersebut secara terperinci. Mereka juga sering mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan nasional. Namun demikian usaha kerajaan untuk menyatupadukan pelbagai kaum melalui dasar pendidikan dapat dilihat hasil positifnya dalam bidang ko-kurikulum. Pelajar pelbagai kaum yang terlibat secara aktif akan menjadi lebih matang dan bertoleransi dengan kaum lain hasil daripada kerjasama yang mereka lalui. Bidang Politik Dalam bidang politik pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan generasi yang akan memimpin negara menjadi sebuah negara maju dan mempunyai semangat patriotik. Ianya adalah satu penubuhan parti politik yang tidak bersifat perkauman dan ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Sifat perjuangannya pula adalah meletakkan kepentingan umum lebih daripada kepentingan kaumnya sendiri. Namun pada hari ini di Malaysia, kepelbagaian kaum yang ada menyebabkan masyarakat masing-masing menubuhkan persatuan dan parti politik

yang

berasaskan

kepada

kaum

masing-masing.

Contohnya

kaum

Melayu

memperjuangkan hak orang-orang Melayu melalui pasrti United Malaysian National Organisation (UMNO), orang Cina melalui parti Malaysian Chinese Assosiation (MCA), dan kaum India melalui parti Malaysian Indian Congress (MIC). Alasan partiparti politik ini ditubuhkan mengikut kaum adalah untuk mengelakkan kaum itu ditindas oleh kaum lain. Keadaan ini sebenarnya akan lebih menimbulkan konflik dan pertikaian daripada penyelesaian tentang sesuati isu yang dibangkitkan. Keadaan politik di negara Malaysia hari ini adalah kerana kegagalan dasar pendidikan yang dilaksanakan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara untuk menghormati dan memahami kaum lain. Hal ini bukan hanya berpunca daripada kelemahan yang terdapat dalam dasar pendidikan tersebut tetapi ianya juga berpunca daripada sikap kaum itu sendiri yang ego dan mementingkan kaum serta gagal untuk menerima perubahan yang terdapat dalam dasar pendidikan. Sebagai contohnya, perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan sekolah integrasi yang ditentang hebat oleh pelbagai kaum tanpa memikirkan kebaikan dan tujuan murni kerajaan untuk melahirkan generasi yang memahami dan peka terhadap kaum lain. Generasi yang ingin dihasilkan melalui dasar pendidikan yang dirancang akan mampu memahami dan menghormati kaum lain dan seterusnya memerintah negara Malaysia dengan adil tanpa menindas dan menafikan hak-hak kaum lain. Dalam senario politik semasa juga dapat dilihat bahawa krisis nilai, akhlak atau etika di kalangan pemimpin menyumbang ke arah perpecahan. Dasar

pendidikan pada peringkat awal gagal untuk memberikan penekanan kepada peri pentingnya penerapan nilai-nilai murni dan akhlak mulia untuk membentuk generasi yang seimbang dari segi luaran dan dalaman. Oleh itu lahirlah generasi pemimpin yang tidak mampu untuk menghadapi tekanan dengan profesional. Maka terbentuklah aliran politik yang negatif iaitu saling mencari keburuk pihak lawan dan bukannya menampilkan kewibawaan diri sendiri. Corak politik yang sebegini akan menyumbang kepada perpecahan dan pertelingkahan dikalangan ahli-ahli politik dan para penyokongnya, seterusnya akan menghalang berlakunya perpaduan kaum di Malaysia. Oleh yang demikian langkah dan tindakan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang seimbang amat tepat. Namun negara masih lagi belum dapat melihat hasilnya pada hari ini. Politik yang berasaskan kaum ini seringkali menimbulkan ancaman yang besar terhadap kesejahteraan negara. Ianya berlaku apabila ahli politik yang cetek

ilmu pengetahuan tentang sejarah di Malaysia mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu dan status kedudukan orang-orang Melayu. Isu-isu ini bagaikan

mencurahkan minyak ke dalam bara api. Ia boleh membangkitkan api kemarahan orang-orang Melayu dan boleh mencetuskan pertumpahan darah di negara ini. Oleh itu, mata pelajaran sejarah perlu diajar diperingkat sekolah rendah lagi dan perlu dijadikan mata pelajaran teras supaya isu-isu berkaitan Raja-raja Melayu dan hakhak keistimewaan orang-orang Melayu dapat difahami oleh semua kaum di negara ini. Dalam bidang politik ini, kelemahan dasar pendidikan untuk melahirkan pelapis pemimpin negara yang bersifat patriotik menyebabkan wujudnya parti-parti politik yang bersifat perkauman. Perjuangan mereka lebih mementingkan pembelaan kaum masing-masing melebihi kepentingan negara. Manakala krisis nilai dan akhlak yang membelenggu personaliti ahli-ahli politik masa kini juga mengakibatkan berlakunya perselisihan kaum yang menyumbang kepada perpecahan. Bidang Ekonomi Dasar Pendidikan Negara juga dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang termasuklah bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda perpaduan. Di samping itu juga, melalui pendidikan pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan hasrat kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi. Jurang ekonomi yang besar akan menyukarkan agenda perpaduan dan integrasi kaum. Di negara ini, kaum Cina mendominasi bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan rasa iri hati kaum lain terhadap kaum Cina. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan melalui dasar pendidikan telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang ekonomi. Justeru itu, pada masa kini telah muncul individuindividu daripada pelbagai kaum yang berjaya menyaingi kaum cina dalam bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan. Persaingan yang sihat ini akan

mengurangkan rasa cemburu dan iri hati kaum lain terhadap kaum Cina.

Pada masa kini juga, jenis pekerjaan tidak lagi menggambarkan identiti sesuatu kaum di Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan yang mereka inginkan, sama ada dalam sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Keadaan ini adalah hasil daripada dasar kerajaan yang telah berjaya memberi pendidikan kepada semua kaum. Dalam sektor awam, jawatan guru contohnya, terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya. Melalui percampuran pelbagai kaum dalam bidang yang sama akan memudahkan lagi matlamat kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum di negara ini. Golongan ini lebih mudah memahami dan menghormati budaya dan adat resam kaum lain. Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa, dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah berjaya melahirkan golongan yang terpelajar dan berilmu daripada pelbagai kaum. Golongan terpelajar ini telah merubah corak kehidupan dan ekonomi di negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan. Bidang Sukan dan Kesenian Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga menekankan aspek ko-kurikulum dalam

menyatupadukan murid pelbagai kaum. Melalui ko-kurikulum bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui dasar pendidikan inilah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian ditanam dan diperkembangkan. Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini

menunjukkan kejayaan dasar pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menanam minat terhadap sukan. Namun begitu, masih ada kelemahan dalam bidang sukan ini. Iaitu masih ada sukan yang dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. Contoh yang jelas adalah sukan bola

keranjang dimonopoli oleh kaum berbangsa Cina. Perlawanan bola keranjang peringkat kebangsaan yang disiarkan melalui Astro menunjukkan bahawa hanya kaum Cina yang terlibat, pemain, penonton dan pengadil semuanya berbangsa Cina. Begitu juga dengan sukan sepak takraw, semua pemain adalah berbangsa Melayu. Oleh itu kerajaan perlu berusaha supaya sukan-sukan sebegini diminati oleh semua golongan dan kaum. Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya meminati seni dari peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya. Insan-insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan membantu membuka minda individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan prasangka baik di kalangan penonton. Hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan kaum dalam bidang sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya. Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih ghairah memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 utnuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

Bidang Sosial Dalam bidang sosial, melalui dasar pendidikan kerajaan berhasrat untuk

meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. Perpaduan dari sudut sosial ini ialah penyatuan kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dengan latar belakang kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza hidup bersama dan slain bertolak ansur utnuk kepentingan dan faedah bersama. Melalui pendidikan, kerajaan

menekankan peri pentingnya mempelajari sejarah, kebudayaan dan kepercayaan kaum lain serta menghormatinya. Pengetahuan amat bernilai supaya tidak berlaku kejutan budaya apabila berlakunya pertembungan di antara kaum dan etnik yang berlainan. Perpaduan dan integrasi sosial pada hari ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat negara ini yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan luar Bandar. Kawasan taman perumahan contohnya, pelbagai kaum tinggal berjiran, mereka saling bekerjasama untuk menjaga keharmonian kawasan mereka. Manakala pelbagai aktiviti-aktiviti dirancang dan dilaksanakan bersama. Persatuan Rukun Tetangga yang ditubuhkan diharap oleh ahli-ahli pelbagai kaum untuk menjaga keamanan dan keselamatan kawasan tempat tinggal mereka. Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui perkahwinan. Pada masa kini perkahwinan berlainan bangsa bukan lagi menjadi perkara baru bahkan kebanyakkannya direstui oelh keluarga kedua-dua pihak. Senario ini banyak berlaku di negeri Sabah yang mana bilangan etniknya berjumlah 42 etnik. Jika pada suatu masa dahulu perkahwinan sebegini boleh menimbulkan persengketaan antara kedua-dua etnik, tetapi pada masa kini ianya sudah menjadi kebiasaan hasil daripada sifat tolak ansur dan menghormati antara satu sama lain. Melalui pendidikan juga, pelbagai kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia mula difahami dan diterima oleh kaum lain selagi ianya tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum. Sebagai contoh, budaya bertukar-tukar makanan di kalangan jiran, sambutan perayaan bersama-sama, pemberian duit raya dan sebagainya Walaupun begitu dari bidang sosial ini, masih lagi berlaku pertelingkahan dan pergaduhan yang menumpahkan darah akibat berlaku pertembungan antara dua atau lebih kaum yang berbeza adat dan budaya. Namun seringkali berita-berita sebegini tidak disiarkan di media massa untuk mengelakkan perbalahan antara kaum menjadi lebih buruk. Faktor utama yang mencetuskan perkara ini ialah faktor sikap dan mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan bersama. Oleh itu dasar kerajaan melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat tepat iaitu menerap nilai-nilai murni seawal usia lagi. Penutup

Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan

telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.

RUJUKAN Buku Panduan Perlaksanaan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S).(2011). Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia ISBN 978-983-3444-32-8 Gurnam Kaur Sidhu, Gurcharan Singh Sandhu, Kamaruzaman Moidunny dan Ranjit Kaur Sidhu.(2005). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Kompetensi Umum (Teras dan Profesional). Selangor : Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd. Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Kamus Dewan Edisi Ke 3.(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Modul HNS2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak Jauh.(2011). Unit 10 Isu-isu Dan Cabaran

Negara. Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris. Mohamad Rodzi Abd Razak, . (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia : Peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. pp. 90-106. ISSN 2180-0251 Mohd Yazid Yusoof , MOhd Noor Mohd Zain dan Idris Omar. (2002). Kertas Kerja : Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran Dengan Akta Pendidikan 1996 melalui http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0125&pub=

DuniaPendidikan &sec=Kertas_Kerja&pg=kk_01.htm Mohd Ridhuan Tee Abdullah.(2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61-84. ISSN 1985-6830 Muslim, Nazri and Alias, Jamsari. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished) Omar, Rusdi dan Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010). Dasar luar Malaysia era Dato Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. In: Proceedings Seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) "Political Managements and Policies in Malaysia", 13-15 July 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamads Thoughts, Universiti Utara Malaysia , Sintok , pp. 173-194. ISBN 978-983-44865-3-2 Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANG SAAN.pdf

...................................................................................................................................................................

Sistem Pendidikan di Malaysia - Punca Masalah Perkauman?


Oleh John Lee Pemimpin-pemimpin kita gemar mengadu mengenai masalah polarisasi kaum. Biarlah di universiti ataupun di pejabat, sesiapa pun boleh lihat bahawa rakyat jelata lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama. Inilah sebab kerajaan mengadakan program Khidmat Negara - supaya dewasadewasa muda tidak perlu takut berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan dari kaum yang lain. Memang benar, usaha ini harus dilaung, tetapi ia bukan satu penyelesaian untuk masalah polarisasi kaum yang sudah ke tahap yang amat serius. Dari umur kecil lagi, masyarakat kita dibahagi mengikut kaum; dan kalau menjelang umur 18 tahun, barulah kita menggalakkan perpaduan kaum, ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat. Oleh kerana itu, sistem pendidikan rendah dan menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian dan perpisahan mengikut barisan kaum. Sebelum pemodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki sekolah, tidak susah membuat kawan daripada kaum dan bangsa yang lain. Dalam masyarakat kita yang cukup majmuk, pada bila-bila masa kanak-kanak tentulah bermain dan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa. Masalahnya muncul apabila kanak-kanak masuk sekolah. Kalau mereka semua menghadiri sekolah yang sama, tiadalah masalah - tetapi oleh kerana pihak kolonialis enggan menyokong satu sistem sekolah untuk semua rakyat, kita sudah biasa dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-masing. Kalau terdapat cukup peluang untuk kanak-kanak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita masih boleh mengelak persoalan polarisasi kaum. Tetapi dalam zaman urbanisasi ini, kita hidup dalam masyarakat di mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran kerana mereka lebih gemar bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah. Hakikatnya sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolah kebangsaan, kalau anak Cina pergi sekolah jenis kebangsaan Cina, kalau anak India pergi sekolah jenis kebangsaan Tamil, mana adanya perpaduan nasional? Realitinya, kita sudah mengamalkan suatu sistem pendidikan berdasarkan segregasi. Saya kadangkala membangkitkan isu ini dengan rakan keturunan Cina saya, tetapi respon mereka hampir selalunya sama: pendidikan dalam bahasa ibunda kritikal untuk mengekalkan budaya dan identity Cina! Tambahan pula, kata mereka, dengan pembangunan pesat di negara Cina, sesiapa yang

fasih dalam bahasa Mandarin, tentulah masa hadapannya cerah. Namun demikian, pada pendapat saya kompromi antara kaum-kaum di Malaysia sangat mustahak, demi masa depan negara kita. Biasanya penyokong sistem yang diamalkan sekarang akan mengelakkan isu perpaduan dan pergaulan antara pelajar-pelajar daripada keturunan yang berlainan. Tetapi, ini bukanlah isu yang kecil; kalau anda hanya mempunyai kawan baik daripada satu kaum, apa kemungkinan anda boleh bergaul, berinteraksi dengan mereka yang mengamal budaya dan agama yang lain? Oleh itu, mustahil menafikan kenyataan ini: sistem pendidikan kita pada masa sekarang menjejaskan perpaduan nasional. Penyelidik-penyelidik di Britain sudah mendapati kanak-kanak yang menghadiri sekolah di mana para pelajar terdiri daripada kanak-kanak yang terutamanya dari satu kaum sahaja, lebih mungkin bertembung dengan masalah berkawan dengan dan memahami orang daripada keturunan dan kaum yang lain. Ini bukan maksud kita mesti memansuhkan sekolah jenis kebangsaan; bagi sebahagian rakyat, sistem sekolah ini mungkin lebih sesuai daripada sekolah kebagsaan. Tetapi saya berpendapat sekolah kebangsaan seharusnya memadai bagi kebanyakan pelajar dan ibu-bapa. Jadi bangkitlah soalan seterusnya: mengapa kebanyakan keluarga Cina dan India membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan? Saya fikir terdapat dua sebab utama: isu akademik dan iklim sosial. Sebagai seorang yang telah menghadiri sekolah kebangsaan, saya boleh beritahu anda: kualiti akademik di sekolah kebangsaan amat rendah. Tiada bandingan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina; di sana, guru-guru berdedikasi dan mendorong pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran mereka. Di sekolah kebangsaan, guru-guru lebih kerap tiada motivasi untuk mengajar. Tambahan pula, sekolah jenis kebangsaan mengajar bahasa ibunda pelajar Cina dan Tamil; tentulah ibu-bapa Cina dan Tamil lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Masalah yang lain, lebihlah rumit: iklim sosial di sekolah kebangsaan biasanya tidak begitu bertolak ansur. Sebagai contoh, lihatlah kejadian yang baru berlaku sebulan lalu: seorang guru di satu sekolah menengah kebangsaan memberitahu pelajar-pelajarnya bahawa budak India merupakan anak pelacur, di antara banyak lagi kenyataan yang menghina. Kejadian seperti ini bukan begitu jarang; di sekolah menengah kebangsaan saya, seorang guru berkata rakyat Malaysia berketurunan Cina tidak boleh dipercayai untuk mempertahankan negara Malaysia dan memanggil kami "pendatang asing". Di sekolah-sekolah lain, aktiviti-aktiviti kadangkala diadakan pada hari Ahad atau hari perayaan agama yang lain, dan kakitangan sekolah bukan selalunya bertolak ansur. Semua kejadian kecil ini, apabila dijumlahkan, amat menakutkan bagi ibu-bapa Cina dan India.

Kesimpulannya, sistem sekolah kebangsaan haruslah dibentuk semula kalau kita betul-betul mahu memupuk perpaduan. Guru-guru dan kakitangan sekolah mestilah lebih bertolak ansur dan lebih bermotivasi. Mereka yang enggan menerima hakikat bahawa kita tinggal di negara dan masyarakat yang majmuk patut berdepan dengan akibat yang serius. Untuk meningkatkan motivasi guru-guru, gaji harus naik. Kalau kerajaan kita mahu memupuk semangat perpaduan di sekolah kita, guru-guru mestilah jadi su atu contoh untuk para pelajar. Dengan ini, barulah sistem sekolah kebangsaan kita menjadi sistem sekolah kebangsaan, bukan sistem sekolah Melayu. Selain itu, isu bahasa juga mesti ditangani. Sekolah kebangsaan tidak boleh menggantikan sekolah jenis kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakan kelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Ini lebih baik daripada tidak mengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila isu bahasa ditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangan kepada satu sistem sekolah kebangsaan. Semua, biarlah masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu, mesti sedia berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk, hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Mungkin cadangan-cadangan saya tidak begitu sesuai untuk masyarakat kita; itu tidak apa. Yang kita mesti tumpukan ialah masalah perpaduan; masalah sistem sekolah kebangsaan. Suatu sistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunan akan menyumbang kepada polarisasi kaum. Apa-apa sistem pun, biarlah sistem kerajaan, sistem pendidikan, sistem korporat, asalkan mengikut dasar pemecahan rakyat dari segi kaum, akan tetap gagal menyatupadukan rakyat.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Masyarakat Majmuk di Malaysia Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.

Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4). Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu. Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10). Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan MelayuArab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
...................................................................................................................................................................

assignment hubungan etnik sem 3


2.0 Soalan: Jelaskan perbezaan budaya kehidupan dalam masyakat yang dikatan menjadi halangan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Pendapat ini disokong oleh Zulhilmi Paidi (2003) yang menyatakan perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Budaya merujuk kepada suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk

dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetik.. 2.1 Usaha kerajaan dalam mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat Orang Melayu, Cina, India dan lain lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta kerja membanting tulan di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu sama lain kerana negeri ini berlainan dengan mana mana negeri yang ada di dunia ini Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj (Perdana Menteri Pertama) Lapangan Terbang Sg Besi, Kuala Lumpur 3 Jun 1957

Berdasarkan petikan ucapan bekas Perdana Menteri Pertama Malaysia, dapat disimpulkan bahawa perpaduan merupakan satu elemen penting dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi selama 54 tahun. Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum dan etnik di Malaysia. Melalui kesedaran dan ikhlasan bersepadu inilah tertubuhnya Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO, Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan kongres India Tanah Melayu (MIC) Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk atau penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan kebudayaan. Oleh itu perpaduan negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Menurut Zilhilmi Paidi (2003) tanpa perpaduan yang perlu dipertahankan, kemungkinan untuk mengecapi kemajuan bersama hanya tinggal menjadi kegagalan mutlak. Kebangkitan bangsa merdeka hanya akan bekesan dan bertambah kuat melalui perpaduan yang digembleng dari setiap kaum di Malaysia. Hujah ini diperkuatkan lagi melalui ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berbunyi: Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memiliki nilai hidup yang tinggi. Nilai hidup yang tinggi termasuklah sikap disiplin, tabah hati serta hormat menghormati antara satu

sama lain. Bangsa yang mempunyai nilai hidup yang tinggi tidak akan pecah barisan apabila diserang, sebaliknya akan rapatkan barisan mereka dan berdiri tegak menangkis segala serangan. Mungkin beberapa daripada mereka akan gugur tetapi kerana barisan tidak retak dan berkecai apabila kemenangan diperoleh, maka yang gugur akan dapat dibangun dan dipulihkan semula. Tun Dr Mahathir Mohamad Majlis Anugerah Perpaduan Formula Malaysia Dan Pelancaran Yayasan Formula Malaysia 1 November 2000

Perpaduan Matlamat 1 Malaysia merupakan ceritera perjuangan dan perjuangan Dato Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Sehingga kini isu perpaduan masih lagi releven dan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana impaknya begitu mendalam pada kemajuan negara dalam semua aspek. Sama ada kita sedar atau tidak, kejayaan negara yang dikecapi hasil suatu usaha yang konsisten dari semua pihak dalam mengekalkan keamanan sejagat melalui perpaduan. Buktinya, konsep perpaduan yang diperjuangkan oleh Dato Sri Mohd Najib adalah kesinambungan dari perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman (Pengerak Minda Rakyat 2010). Dalam mencari jalan menyelesaikan masalah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif dalam mewujudkan suasana keamanan berteraskan perpaduan yang jitu. Namun begitu, perpaduan tidak akan dapat dicapai dengan mudah, berpegang kepada prinsip setiap perjuangan yang bermakna memerlukan pengorbanan yang besar setiap individu dari pelbagai ras dan kaum perlu mengorbankan kepentingan masing masing dalam menjiwai erti perpaduan yang sebenar.

2.2 Punca punca masalah perpaduan di Malaysia

Terdapat beberapa sumber dari media massa seperti surat khabar dan internet yang menyatakan punca masalah perpaduan di Malaysia adalah disebabkan rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Perbezaan pegangan, kepercayaan dan kepentingan kaum yang perlu diperjuangkan dari setiap parti politik menyebabkan hubungan perpaduan menjadi renggang. Mengambil ikhtibar dari peristiwa 13 Mei 1969, babak hitam dalam sejarah negara Malaysia di mana prinsip perpaduan antara kaum diletakkan jauh dari persepsi masyarakat mengakibatkan perasaan syak wasangaka dan perjudis menebal da kalangan masyarakat hingga menyebabkan perbalahan yang merugikan melibatkan banyak nyawa dan harta benda (Majalah Info, 2010, halaman 10)

Segala - galanya bermula apabila dalam pilihanraya tahun tersebut isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Berdasarkan peristiwa tersebut, dapat dilihat bahawa jatuhnya perpaduan di negara Malaysia apabila setiap dari kita mula mempersoalkan dan mempertikaikan hak hak antara kaum di Malaysia. Sememangnya peristiwa 13 Mei 1969 cukup mendewasakan Malaysia dalam menguruskan perpaduan supaya keperihan yang terpaksa diharungi dalam mencapai keamanan tidak lagi berulang.(Dr. Sivamurugan Pandian, 2010). 2.3 Dasar Pecah Dan Perintah Selain itu, dasar pecah dan perintah British sebelum zaman kemerdekaan turut mempengaruhi nilai nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia hingga kini. Sebelum zaman kemerdekaan, British telah meletakkan ketiga tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India di tempat yang berbeza mengikut peranan masing masing. Pemerintahan tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi British di tanah Melayu di samping menjarakkan jurang perpaduan di antara kaum. Kaum Melayu digalakkan tinggal di kawasan kampung untuk menguruskan pertanian, kaum cina pula ditugaskan bekerja di lombong lombong bijih timah dan tinggal di bandar, manakala kaum india pula bekerja di estet estet dalam menguruskan ladang getah di tanah Melayu. Menurut Rohani (2003) Implikasi dari dasar pecah dan perintah, ketiga tiga kaum tersebut hanya berinteraksi ketika mereka menjalankan perniagaan jual beli di pasar.

Hujah ini disokong oleh Hagiwara(1979);dasar pecah dan perintah British telah mengasingkan ketiga tiga komuniti ras ras dan etnik antara satu sama lain kecuali dalam bidang penukaran ekonomi dalam perniagaan. Pergerakan politik berlainan yang mengikut

garis golongan etnik juga muncul di semenanjung Malaysia. Setiap parti politik yang muncul hanya mempunyai sedikit perhubungan antara satu sama lain dan mereka akan berusaha mengukuhkan identiti dan kesedaran ras etnik sendiri. Implikasinya hingga ke hari ini, penempatan kaum Melayu masih lagi di kampung dan desa kecil yang jauh tertinggal dalam arus kemajuan. Berbeza pula dengan kaum cina yang mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam kemajuan kerana peratusan keuntungan perniagaan di bandar bandar besar berlipat ganda lebih tinggi dari perniagaan berasaskan pertanian yang dijalankan di kampung kampung yang selebihnya dipelopori oleh orang Melayu sendiri. 2. 4 Agama Dan Budaya Perbezaan budaya dan agama juga turut menjadi persoalan mengenai faktor kegagalan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ketika itu. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Ada yang berpendapat, bahawa kejahilan terhadap agama yang dianuti oleh segolongan masyarakat menyebabkan salah tafsiran dan membuat kesimpulan mereka perlu memerangi individu dan kelompok masyarakat yang berbeza pegangan dan agama dengan mereka. Isu ini menjadi barah hingga menyebabkan kebencian dan syak wasangka di kalangan masyarakat menular sesama sendiri. Kesannya, masyarakat Malaysia mula berantakan pada 13 Mei 1969. Seharusnya isu perbezaan agama dan budaya tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh menimbulkan sebarang sentimen perkauman. Apa pun agama yang dianuti, rata rata menyeru agar penganutnya melakukan kebaikan, bersatu padu, berahlak mulia dan melarang sebarang perbuatan yang menjurus kepada kehancuran. (Majalah Info, 2010, halaman 24)

Firman Allah S.W.T bermaksud; Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah S.W.T serta bertakwalah kamu kepada-Nya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul dan sempurna dan janganlah kamu menjadi daripada mana mana golongan yang musyrik iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka, mereka berselisih pula menjadi berpuak puak, tiap tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya ( daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu Surah Al Rum, ayat 31 - 32 Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, jelas membuktikan bahawa Islam melarang sebarang persengketaan yang sia sia. dalam menjaga perpaduan negara, agama Islam

dijadikan sebagai agama Persekutuan, namun begitu Malaysia tidak menyekat mana mana kaum mengamalkan agama yang dianuti. Asas pengangan agama yang kuat mewujudkan keharmonian dan sikap hormat menghormati dalam kelompok masyarakat Malaysia

Menurut Laurent Merzger (2007) menyatakan sikap orang Melayu yang suka menabur janji atau lebih tepat dengan istilah janji Melayu turut menjadi punca kepada keretakan perpaduan di Malaysia. Seperti menjadi kebiasaan dan rutin harian bagi golongan masyarakat kaum Melayu yang tidak begitu menitikberatkan dalam mengotakan janji yang telah diberikan. Mengambil petikan dari tulisan Dr Mahathir Mohamad: time does not seem to be appreciated by Malays. Life is valuable, but time is not. berdasarkan pendapat Dr Mahathir, jelas terserlah sikap orang Melayu yang suka menabur janji dan melengah lengkahkan kerja hingga ke minit terakhir memberi satu persepsi yang negatif terhadap kaum Melayu itu sendiri. Budaya ini memberi imej yang buruk kepada orang Melayu dalam proses menjiwai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sama ada kita sedar atau tidak, budaya negatif ini mempengaruhi hubungan sosial, ekonomi serta kebudayaan kaum Melayu dengan kaum lain. Kaum lain hilang keyakinan dalam menjalankan proses perniagaan dengan kaum Melayu. Kaum lain hilang kepercayaan dalam menjalinkan proses pembangunan bersama sama kaum Melayu implikasi dari budaya orang Melayu yang tidak mahu berusaha membaiki kelemahan dirinya sendiri. Jika budaya ini berterusan menular dalam kalangan orang Melayu, kita akan terus tertinggal ke belakang dan perasaan syak wasangka dan iri hati terhadap kejayaan kaum lain akan terus menebal dan misi dan visi perpaduan hanya tinggal menjadi angan angan dan akhirnya menjadi mimpi yang tidak kesampaian.

Selain itu, salah satu sikap orang Melayu yang dianggap lemah ialah budaya politik wang yang semakin berleluasa di kalangan parti politik Melayu itu sendiri. Amalan politik wang yang berlaku di Malaysia memperlihatkan ketidak tulusan parti politik dalam memperjuangkan hak kaum kaum di Malaysia. Seperti senario politik di serata pelosok dunia, parti politik di Malaysia tidak terlepas dari amalan politik wang sehingga menyebabkan pegangan dan prinsip parti diketepikan demi kepentingan sesuatu individu. Mengambil petikan Yahaya Ismail (2003) yang menyatakan: since 1987, UMNO has been nurturing dan promoting materialistic cultural values for politcal power jelas memperlihatkan kelemahan parti dalam menangani masalah budaya politik wang. Implikasi dari amalan politik wang, perpaduan di antara kaum menjadi bertambah sukar, kepercayaan terhadap parti parti

politik yang seharusnya menjadi tunggak perpaduan menjadi rapuh dan hilang ditelan kerakusan amalam politik wang terbabit.

2.5 Pendidikan Perpaduan dari segi pendidikan di negara Malaysia masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Mengimbas dari sejarah pendidikan negara pada awal kemerdekaan, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan sebelum terhasilnya Sistem Pendidikan Nasional. Empat aliran tersebut adalah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang menggunakan silibus yang berbeza beza berdasarkan keperluan kaum masing masing. Jelasnya di sini, perbezaan sistem pendidikan mendorong kepada kegagalan perpaduan kerana kurangnya interaksi antara pelbagai kaum di peringkat awal kanak kanak dan awal remaja.

Melihat konsep perpaduan dari perspektif pendidikan orang Cina, perpaduan menjadi sukar apabila pendidikan dan status bahasa Cina sering dibangkitkan dalam mempertahan identitii masyarakat Cina di Malaysia. Merujuk kepada Tan Chee Beng (1988) dan Tan Liok Ee (1988) yang menyatakan simbol identiti orang cina yang signifken dan setiasa menjadi isu perhatian ialah pendidikan dan status bahasa Cina itu sendiri. Mengimbas kembali sejarah lama sistem pendidikan di tanah akhir sebelum merdeka, Laporan Pendidikan Barnes (Barnes report of 1951) yang mengkritik kepentingan Mandarin sebagai bahasa penghantar di sekolah hanya akan melambatkan proses proses integrasi dan asmilasi kaum Cina dengan kaum lain sekaligus melumpuhkan proses perpaduan di antara kaum. Ekoran dari laporan tersebut, masyarakat kaum Cina sedar akan mempertahankan identiti mereka dan bingkas bangun dalam mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia hingga ke hari ini. Pendapat ini disokong melalui penyataan Tan Liok Ee (1988) bagi pemimpin masyarakat Cina itu, bahasa Mandarin harus dipertahankan dalam pengajaran, biarpun kehilangan bantuan kewangan kerajaan.

Melihat perpaduan dari prospek pendidikan negara, menurut kajian Abdul Rahim Ahmad (1983) didapati kesan sekolah terhadap matlamat perpaduan belum lagi menyeluruh, walaupun ada tanda-tanda yang menunjukkan sekolah sedang menuju ke arah ini. Perasaan nasionalisme dan pengetahuan mereka tentang negara adalah lebih tinggi

daripada kanak-kanak yang sebaya yang tidak bersekolah dalam bahasa kebangsaan. Ini kerana isu perpaduan kaum masih jauh perjalannya dan pendidikan sejarah dianggap alat terpenting ke arah menjayakannya. Ia bukan penyatuan atau asimilasi yang sepenuhnya secara spontan dan semula jadi tetapi ia sudah merebak kepada kanak-kanak dan remaja yang berpendidikan yang lahir selepas kemerdekaan Malaysia. (Ghazali Othman 1986: 12) Dalam satu kajian lain pula (Ibrahim,1980), mendapat hanya 40.9 peratus dari para pelajar sekolah yang mengaku dirinya sebagai orang Malaysia. Berdasarkan kajian tersebut, memperlihatkan bahawa keruncingan masalah nasionalisme di kalangan remaja menjadi lebih parah kesan dari kurangnya pendedahan sejarah awal tertubuhnya negara Malaysia. Lebih membimbangkan lagi tidak sampai separuh dari peratusan pelajar sekolah di Malaysia mengaku dirinya rakyat Malaysia. Jika semangat cintakan negara tidak dapat dicipta, bagaimana pula dengan ideologi perpaduan yang ingin disemaikan dalam diri pelajar Malaysia?

Bagi mengurang serta membasmi sentimen perkauman di kalangan awal remaja, kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan bagi membentuk bangsa Malaysia yang bersatupadu bekerjasama serta hidup harmonis antara berbilang kaum di negara ini. Mohd Izham (2006) melalui kajiannya mendapati kesemua guru (100&) yang menjadi responden kajiannya bersetuju dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Dari aspek matlamat penubuhannya, sebahagian besar guru (responden) mempunyai tanggapan tentang matlamat adalah untuk meningkatkan perpaduan, tolenransi dan kerjasama antara kaum kaum di Malaysia. 2. 6 kesimpulan Kesimpulannya, perpaduan merupakan elemen penting kepada pembangunan masyarakat dan negara dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza budaya, pegangan dan agama namun dengan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan manfaat yang optimum kepada semua kaum di Malaysia. Masa hadapan Malaysia yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan pasti dapat diharungi dengan berkesan melalui perpaduan negara dalam mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai