Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Latar Belakang Kajian

Ilmu pengetahuan adalah merupakan satu perkara yang penting dalam agama
Islam. Disamping, ia sangat diambil berat oleh agama, ilmu juga sangat berguna
untuk manusia. Kerana proses ketamadunan yang berlaku pada manusia yang
bergerak dengan pantas dari satu generasi ke generasi yang seterusnya, adalah
dengan adanya ilmu yang bermanfaat.

Ini sangat diakui sehingga ayat yang pertama yang telah diturunkan oleh Allah
SWT ialah berkenaan dengan membaca, dimana dengan cara membaca, manusia
akan memperoleh sesuatu ilmu tersebut. Sebagaimana dengan firman Allah SWT
yang bermaksud:







Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha
Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya.

(Al-Alaq 96:1-5)

Sungguh jelas disini, menunjukkan bahawa Allah SWT telah menyuruh hambaNya
supaya membaca kerana dengan membaca merupakan salah satu cara dan proses
dalam memperolehi ilmu pengetahuan. Menurut Islam, ruang lingkup ilmu
pengetahuan adalah amat luas termasuk dalam semua bidang, iaitu merangkumi
ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.

Secara umumnya, tugas seorang pelajar adalah menimba ilmu dengan sebanyak
yang mungkin samada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Kedua-dua ilmu ini sangat
penting untuk membentuk akhlak dan peribadi seseorang pelajar agar ia menjadi
seorang muslim yang mantap imam dan amalnya.

Sesuatu ilmu yang dipelajari itu, haruslah diamalkan dan dituruti serta disebarkan
dengan sebaiknya, agar pahala amalan dan pahala menyebarkan ilmu diperolehi
secara berterusan sehingga ke hari akhirat.

Melalui dengan ilmu juga, kita dapat beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah
SWT dengan sempurna dan penuh tertib. Sekiranya seseorang hamba itu beribadat
dengan bersungguh-sungguh dengan sebanyak yang mungkin, tetapi melakukannya

1
dengan tidak mengikut aturan dan susunan yang telah Allah SWT tetapkan, maka
ibadahnya adalah sia-sia dan tidak diterima disisi Allah SWT.

Setiap orang perlu mengetahui dengan betul akan setiap rukun, cara
perlaksanaan, turutan ibadat mengikut tertib dan sebagainya, dimana semua
perkara tersebut adalah bermula daripada ilmu.

Menuntut ilmu Fiqh Ibadat merupakan kewajipan agama yang sudah diketahui
secara menyeluruh oleh semua umat Islam. Didalam Fiqh Ibadat, ia merangkumi
thaharah (kebersihan), solat, puasa, zakat dan haji. Kelima-lima perkara ini adalah
sangat penting dengan berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran, hadis dan
kesepakatan ulama. Akan tetapi, masih ramai lagi umat Islam yang mengabaikan
dan bersifat acuh tak acuh akan kepentingan Fiqh Ibadat, samada lelaki mahupun
perempuan, juga samada muda dan tua.

Lebih menyedihkan, ada segelintir masyarakat yang melakukan ibadah dengan


sesuka hati tanpa panduan yang tepat daripada orang yang arif dalam agama. Lebih
mengecewakan lagi, ada yang melakukan ibadah dengan tujuan hanya untuk
menunjuk-nunjuk dihadapan orang ramai, seolah-olah dia merupakan orang yang
alim dan mahir dalam hal-hal agama.

Perkara utama dalam Fiqh Ibadat ialah berkenaan dengan thaharah (kebersihan).
Ini kerana kebersihan dalam kehidupan adalah merupakan aspek utama yang perlu
diberi lebih perhatian. Ini diakui melalui hadis Nabi Muhammad SAW, riwayat Al-
Khatib Al-Baghdadi, yang bermaksud:

Kebersihan adalah merupakan sebahagian daripada iman.

Dengan ini, diakui dengan sangat jelas akan keutamaan kebersihan dalam
kehidupan manusia sejagat. Dalam bab thaharah, ia merangkumi semua aspek,
kebersihan diri dan kawasan sekeliling, kerana dengan keadaan diri yang bersih dan
tempat ibadat yang tidak dicemari dengan najis, akan memudahkan amal ibadat
dilakukan dan diterima oleh Allah SWT.

Bermula dengan menjaga akan bab kebersihan, maka ibadah lain juga akan lebih
sempurna dan merasa yakin, justeru ia akan membangkitkan lagi semangat dalam
melakukan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Tuntutan melakukan ibadah dengan betul ini tidak boleh dipandang ringan.
Ancaman dan balasan daripada Allah SWT terhadap mereka yang tidak
melaksanakan atau tidak mengendahkan ibadat, adalah sangat keras. Antara akibat
melakukan ibadah dengan sewenang-wenangnya ialah laknat Allah SWT. Mereka
yang melakukan ibadah dengan sesuka hati adalah seperti melanggar perintahNya,
dan sesiapa yang melanggar perintahNya tidak akan masuk syurga, bahkan bau
syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka.

2
2.0 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan-
persoalan berikut:

1. Bagaimanakah tahap kefahaman pelajar terhadap ibadah yang dilakukan


dalam kehidupan seharian?
2. Bagaimanakah amalan ibadah dikalangan pelajar, samada dilaksanakan
mengikut rukun dan tatatertib yang betul atau tidak?
3. Apakah persepsi pelajar terhadap subjek Fiqh Ibadat yang telah dipelajari?

3.0 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh
penyelidik. Antara objektif tersebut adalah seperti berikut:

1. Untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar Kolej Islam Assofa terhadap


ibadah yang dilakukan dalam kehidupan seharian, berdasarkan subjek Fiqh
Ibadat yang telah dipelajari.
2. Untuk melihat tahap amalan terhadap setiap pelajar Kolej Islam Assofa dalam
melaksanakan ibadah seharian mengikut rukun dan tatatertib yang betul dan
tepat.
3. Untuk melihat persepsi terhadap kefahaman pelajar Kolej Islam Assofa dalam
subjek Fiqh Ibadat.

3
BORANG SOAL SELIDIK
SUBJEK ASAS STATISTIK (KAS 4033)

Maklumat Kepada Responden:

Soal selidik ini adalah untuk memenuhi keperluan bagi kerja kursus untuk subjek
Asas Statistik. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar
Kolej Islam Assofa dalam subjek Fiqh Ibadat. Segala maklumat yang diberikan
akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

Bahagian A

ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan dibawah.

MAKLUMAT DIRI RESPONDEN:

1. Jurusan Pengajian :

a. Syariah c. Kewangan dan Perbankan Islam

b. Usuluddin d. Tahfiz dan Qiraat

2. Semester

a. 1 d. 4
b. 2 e. 5
c. 3 f. 6

3. Jantina

a. Lelaki

b. Perempuan

4. Umur

a. Bawah 20 tahun c. 25-30 tahun

b. 21-25 tahun

4
Bahagian B

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR KOLEJ DALAM SUBJEK FIQH IBADAT

ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan dibawah.

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

BIL. BAB THAHARAH (KEBERSIHAN) 1 2 3 4 5

1. Hukum beristinjak adalah wajib.

2. Terdapat 3 jenis pembahagian najis.

3. Rukun wudhu terbahagi kepada 6 perkara.

4. Tawaf mengelilingi Kaabah adalah diharamkan ketika


berada dalam keadaan berjunub.
5. Thaharah adalah merupakan suatu keperluan yang wajib
dalam kehidupan.

BIL. BAB SOLAT 1 2 3 4 5

1. Terdapat 5 solat yang wajib ditunaikan sehari semalam.

2. Waktu Maghrib bermula apabila matahari terbenam dan


berterusan sehingga syafaq merah hilang serta kesannya
tidak kelihatan lagi disebelah barat.
3. Hukum azan adalah sunat muakkad.

4. Diam sekejap sebelum dan selepas membaca surah Al-


Fatihah, adalah merupakan sunat haiah dalam solat.

5. Sujud sahwi dilakukan apabila berlaku kecacatan dalam


solat yang didirikan ketika solat, samada disengajakan
atau terlupa.

5
BIL. BAB PUASA 1 2 3 4 5

1. Puasa dari segi bahasa ialah menahan daripada sesuatu


samada kata-kata ataupun makanan.
2. Mandi junub sebelum fajar adalah amalan sunat ketika
berpuasa.
3. Suami yang berjimak dengan isterinya pada siang hari
dalam bulan puasa diwajibkan mengeluarkan kafarah.
4. Puasa pada hari Arafah ialah puasa sunat.

5. Perempuan yang hamil dan menyusukan, yang


memikirkan akan keselamatan anaknya dikenakan fidyah
dan ganti puasa.

BIL. BAB ZAKAT 1 2 3 4 5

1. Zakat wajib dikeluarkan apabila sudah cukup haul


setahun (qamariah).
2. Cara mengeluarkan zakat ialah apabila wujud dan
hadirnya golongan yang berhak mendapat zakat atau
hadirnya pemerintah atau wakil yang memungut zakat.

3. Harta-harta zakat terbahagi kepada 2 iaitu harta zahir dan


harta batin.
4. Zakat binatang ternakan bagi unta ialah apabila cukup
nisabnya 5 ekor unta.
5. Orang muallaf ialah salah satu golongan yang berhak
mendapat harta zakat.

BIL. BAB HAJI DAN UMRAH 1 2 3 4 5

1. Haji dan umrah adalah wajib ke atas mereka yang


merdeka.
2. Cara-cara ihram haji dan umrah ialah dengan mandi
sunat ihram.
3. Lelaki yang menyikat rambut sewaktu dalam ihram
adalah haram hukumnya.
4. Syarat sah tawaf ialah menyempurnakan sebanyak 7 kali
pusingan atau 7 kali tawaf.

6
5. Sunat bagi melontar adalah dengan bertakbir pada setiap
kali lontaran batu.
Bahagian C

ANALISIS PERSEPSI PELAJAR KOLEJ TERHADAP SUBJEK FIQH IBADAT

ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan dibawah.

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju

BIL PERKARA 1 2 3 4 5

1. Subjek Fiqh Ibadat banyak memberi manfaat dalam


membantu pelajar dalam mengerjakan ibadah dengan
betul.
2. Melalui subjek Fiqh Ibadat ini, dapat membantu pelajar
dalam memperolehi ilmu yang baru.
3. Dapat memberikan semangat yang tinggi kepada pelajar
dalam mengerjakan ibadah.
4. Membantu pelajar dalam mengetahui akan kepentingan
amalan ibadah yang dilakukan.
5. Para pelajar akan lebih prihatin dan mengambil berat
akan setiap ibadah dalam kehidupan seharian.

7
5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Daripada 300 orang pelajar kolej, seramai 30 orang telah dipilih sebagai
responden dalam kajian soal selidik ini. Analisis data responden yang diperolehi
adalah dihuraikan dengan menggunakan analisa peratusan yang dibuat untuk
mengetahui akan bilangan pelajar kolej yang terlibat dalam kajian soal selidik ini,
yang dipengaruhi oleh faktor jantina dan jurusan pengajian. Dalam soal selidik ini,
soalan yang diedarkan untuk responden ialah berkenaan dengan subtopik-subtopik
dalam subjek Fiqh Ibadat, iaitu berkenaan dengan bab thaharah (kebersihan), bab
solat, bab puasa, bab zakat serta bab haji dan umrah.

Jadual 5.1 dan 5.2 menunjukkan taburan responden, mengikut latar belakang iaitu
jantina dan jurusan pengajian.

Jadual 5.1: Taburan Responden Berdasarkan Jantina.

Jantina Bilangan Peratus (%)

Lelaki 13 43.3 %

Perempuan 17 56.7 %
Jumlah 30 100 %

Jadual 5.2 : Taburan Responden Berdasarkan Jurusan Pengajian

Jurusan Pengajian Bilangan Peratus (%)

Syariah 8 26.7 %
Usuluddin 7 23.3 %
Kewangan dan 9 30 %
Perbankkan
Tahfiz dan Qiraat 6 20 %
Jumlah 30 100 %

8
Kajian soal selidik ini yang ingin menguji dan mengetahui akan tahap kefahaman
pelajar dalam subjek Fiqh Ibadat, diukur dengan berdasarkan skala 1-5. Skala 1
bermaksud paling rendah tahap kefahamannya dan skala 5 bermaksud faham dan
memahami dengn jelas akan topik yang dipelajari. Dimana ia adalah sebagaimana
yang berikut seperti dalam jadual:

Skala Makna Skala


1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
Jadual 5.3

Carta graf bar berganda dibawah menjelaskan dengan lebih terperinci akan tahap
kefahaman pelajar Kolej Islam Assofa dalam subjek Fiqh Ibadat seperti yang berikut:

4
Syariah

3 Usuluddin
Kewangan

2 Tahfiz

0
Thaharah Solat Puasa Zakat Haji Umrah

Jadual 5.4: Carta graf bar berganda

Setelah dianalisis data yang diperolehi daripada responden-responden, maka


didapati bahawa setiap pelajar dalam setiap jurusan pengajian mempunyai tahap
kefahaman yang tinggi dan memberangsangkan dalam bab thaharah (kebersihan).
Manakala dalam bab haji dan umrah, semua pelajar dalam semua jurusan pengajian

9
memilih skala 4, iaitu bermaksud memperoleh kefahaman yang kurang berbanding
bab thaharah (kebersihan).

Bagi bab solat, puasa dan zakat, tahap kefahaman pelajar berada dalam keadaan
yang tidak membimbangkan, dan hal ini menunjukkan setiap pelajar Kolej Islam
Assofa sentiasa menumpukan perhatian yang jelas semasa proses pembelajaran
didalam kuliah.

Selain itu, carta graf bar berganda juga telah menunjukkan tidak ada aras yang
menandai skala yang kurang daripada 4, yang bermakna sekiranya ada yang berada
di bawah skala 4, bermaksud tahap kefahaman pelajar kolej dalam subjek Fiqh
Ibadat adalah sangat tidak memuaskan dan perlu kepada penekanan yang lebih
dalam subjek ini.

Justeru, adalah sangat penting bagi pelajar untuk memahami akan subjek Fiqh
Ibadat dengen lebih terang dan jelas kerana hal-hal ibadat merupakan suatu perkara
yang tidak boleh diperlekehkan dan diambil remeh. Sebagai pelajar daripada jurusan
agama, seharusnya para pelajar memahami dan belajar dengan tekun akan subjek
ini kerana subjek ini sangat penting dalam membantu pelajar-pelajar dalam
melakukan ibadah wajib dalam kehidupan seharian.

10

Anda mungkin juga menyukai