Anda di halaman 1dari 9

Perbezaan kebajikan sosial pada golongan OKU dan kaum wanita dalam industri di

malaysia dan switzerland


Kehidupan yang bersistem merupakan satu cara yang mengatur perjalanan hidup
manusia agar lebih tersusun dan rapi. Justeru, pelbagai aspek wajib diberi perhatian
untuk memastikan manusia mendapat kualiti hidup yang terbaik tanpa meninggalkan
mana-mana golongan, terutamanya golongan-golongan yang terpinggir. Di Malaysia,
sebuah negara yang menjaga kehidupan dan kebajikan rakyat, telah melakukan
pelbagai inisiatif yang memungkinkan dapat membantu kehidupan masyarakat agar
lebih selesa dan terjaga.
Dalam soal isu kebajikan rakyat, negara kebajikan ialah negara yang
bertanggungjawab terhadap kesejahteraan hidup warganya (Ali, 2021). Maka, dasar
bagi negara tersebut untuk mewujudkan sebuah negara atau institusi yang
berteraskan kebajikan, justeru model kebajikan digunakan sebagai asas dan
panduan supaya perlaksanaan sesuatu program, inovasi dan penambahbaikkan
adalah tidak menyimpang daripada tujuan utamanya.
Model kebajikan ialah panduan bagi amalan yang berkisarkan tentang hal-hal
yang berkaitan dengan kebajikan dalam negara. Dua jenis model kebajikan yang
selalu diketengahkan dan menjadi pengaruh yang kuat atau kedudukan yang tinggi
adalah model kebajikan institusi dan model kebajikan residual. Kedua-dua model
kebajikan ini adalah menfokuskan kepada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan
sosial dalam hidup masyarakat (Abu Bakar, 2019).
Bagi model residual, iaitu sebuah model kebajikan yang berteraskan
memenuhi keperluan sosial individu dan masyarakat dalam usaha untuk membantu
menyesuai dan memulihkan seseorang atau keluarga berdasarkan kepada nilai dan
norma masyarakat secara tidak menyeluruh (Wahab, 2010). Ini bermakna bantuan
dan perkhidmatan sosial yang diberikan adalah berdasarkan kepada masalah yang
dihadapi oleh sesetengah kumpulan sosial yang terpinggir dan bukannya kepada
semua anggota masyarakat. Residual juga bermakna perkhidmatan sosial yang
diberikan adalah kepada mereka yang layak menerima dan yang memerlukannya
sahaja (Shaffie, 2021).
Malaysia dan Switzerland adalah negara yang menggunakan model kebajikan
residual sebagai asas dalam meluaskan bantuan perkhidmatan sosial kepada
masyarakat di negara masing-masing. Hal ini merangkumi kepada semua rakyat
tanpa mengira siapa dan keadaan individu. Sebagaimana hal yang berkaitan dengan
golongan wanita dan golongan orang kurang upaya (OKU), hak-hak mereka juga
tidak dilupakan dan sentiasa diketengahkan mengikut undang-undang yang
ditetapkan negara.

1. MALAYSIA
Di Malaysia, semua perkara yang berkaitan dengan golongan wanita dan
golongan OKU berada dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) (Ahmad, 2021). Di bawah kementerian ini, segala akta yang
berkaitan dengan dua golongan ini akan diperbincangkan dan diaturkan sesuai
dengan masyarakat. Begitu juga dengan program dan bantuan yang akan diberikan
kepada golongan wanita dan OKU akan dipersetujui dibawah kementerian ini. Di
bawah KPWKM ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), akan menguruskan hal-
hal pada golongan wanita seperti masalah ibu tunggal dan golongan OKU dengan
lebih teliti.
Selain itu, golongan OKU di Malaysia, mereka perlu berdaftar dibawah JKM,
di mana semua hal yang berkaitan dengan golongan OKU seperti bantuan yang
diberikan dan program-program kebajikan adalah dilakukan oleh pihak JKM. Namun,
bagi golongan OKU yang terpinggir dan yang tidak mendaftarkan pengakuan
keadaan kurang upaya mereka dengan pihak JKM, akan menyebabkan segala
program dan bantuan yang diberikan tidak dapat dinikmati oleh mereka yang tidak
berdaftar. Ini kerana pihak JKM hanya mengambil tahu dan memberikan bantuan
kepada mereka yang memohon dengan JKM sahaja, bukannya pihak JKM yang
mencari dan menyelidik keluarga yang mempunyai ahli yang kurang upaya. Hal ini
menjelaskan bahawa, segala bantuan yang diberikan oleh JKM kepada golongan
OKU ini tidak diberikan secara keseluruhan tetapi hanya kepada segelintir sahaja.
Situasi yang sama juga berlaku pada golongan wanita, seperti golongan ibu
tunggal yang ingin memohon bantuan, mereka perlu berdaftar terlebih dahulu
dengan pihak JKM. Maklumat diri mereka perlu berada di dalam sistem untuk
diketahui keadaan terkini mereka yang membolehkan pihak JKM mengakui dan
seterusnya memberikan bantuan sesuai dengan masalah yang dihadapi.

i. OKU DI MALAYSIA
Menurut Jaafar (2014) bagi melindungi golongan OKU di Malaysia, kerajaan
telah mewujudkan Akta Orang Kurang Upaya 2008. Akta ini adalah untuk
memastikan setiap golongan OKU mendapat perlindungan dan layanan yang sama
di sisi undang-undang tanpa mengira bentuk fizikal dan kedudukan. Golongan OKU
yang merupakan golongan minoriti yang perlu diberi perhatian dan jagaan supaya
mereka tidak terpinggir. Berdasarkan akta yang ditubuhkan ini, golongan OKU
mendapat kemudahan untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat normal yang
lain seperti kemudahan dalam perkhidmatan, pendidikan, pekerjaan, komunikasi,
teknologi, budaya, sukan dan rekreasi, perubatan dan kesihatan, bantuan-bantuan
serta sistem sokongan sosial.
Berdasarkan JKM (2021), kerajaan juga menyediakan bantuan penjagaan
OKU terlantar/pesakit kronik terlantar sebanyak RM500 sebulan untuk setiap orang
dengan tujuan untuk meringankan beban keluarga/penjaga disamping untuk
menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga mereka yang OKU
terlantar atau sakit kronik. Bantuan elaun untuk pekerja yang cacat sebanyak
RM450 sebulan sebagai satu inisiatif untuk memastikan golongan OKU terus bekerja
dan mampu berdikari menjadi seorang yang produktif (JKM, 2021). Terdapat juga
bantuan yang diberikan untuk OKU yang tidak upaya untuk bekerja iaitu sebanyak
RM300 sebulan yang bertujuan untuk membantu OKU yang tidak mampu untuk
bekerja kerana ketidakupayaan serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal
bersama dengan ahli keluarga (JKM, 2021).
Menurut Ali (2021), kerajaan perlu menimbang dengan serius tentang Bajet
2022 termasuk bajet untuk Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang
Upaya (SBGP-OKU), bagi membantu golongan OKU meningkatkan pendapatan
mereka apabila memasuki sektor ekonomi. Hal ini dapat membantu OKU untuk
mendapatkan pekerjaan apabila perniagaan mereka berkembang.
Manakala, bagi Yup (2021), menjelaskan bahawa Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) Negeri Sembilan telah menganjurkan Karnival Kerjaya Inspirasi
2021 yang boleh menawarkan 450 peluang kerjaya untuk golongan OKU. Peluang
ini dibuka untuk memberikan ruang kepada OKU untuk mendapatkan pekerjaan
setelah melihat kepada kesukaran mereka untuk mendapat kerja disebabkan
kekurangan yang dihadapi.
Seterusnya juga, terdapat bantuan sosial melalui Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) untuk golongan OKU dan ibu tunggal, di mana
program ini menfokuskan bantuan kepada lebih 300,000 golongan ibu tunggal dan
OKU dengan memberikan kewangan sebanyak RM300 secara one-off (Bernama,
2020).
Untuk golongan OKU, mereka diberikan banyak kemudahan daripada pihak
kerajaan seperti dalam bidang pendidikan, mereka mendapat bantuan IPTA dan
IPTS, elaun pelatih PDK dan elaun PPKI. OKU juga mendapat pelepasan dan
pengecualian bagi bayaran perubatan, cukai pengangkutan jalan, pelepasan cukai
untuk OKU, talian telefon kediaman, tiket zoo negara dan bayaran gantian dokumen
pengenalan diri. Termasuk bantuan-bantuan kebajikan yang diberikan oleh JKM dan
bantuan pekerjaan. Mereka juga diberikan banyak diskaun seperti pakej internet,
LRT, komuter, Malaysia Airline, SPNB, bas RapidKL dan pelbagai lagi
(MyGoverment, 2021).

ii. WANITA DI MALAYSIA


Golongan wanita adalah golongan yang perlu dilindungi, justeru terdapat akta
khusus untuk golongan wanita iaitu Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta
106). Akta ini ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada golongan wanita dan
gadis yang terlibat dengan kegiatan maksiat dan bahaya. Selain itu juga untuk
memudahkan wanita dan gadis tanpa mengira umur untuk mendapatkan bantuan
dan peruntukan yang berkaitan dengan segera (Jabatan Perlindungan Data
Peribadi, 2021).
Perlindungan ini juga terpakai untuk semua golongan wanita termasuk ibu
tunggal, warga tua, remaja dan pelajar. Menurut JKM (2021), bagi ibu tunggal
terdapat bantuan yang disediakan oleh pihak JKM untuk membantu dan
meringankan beban mereka. Antara bantuan yang diberikan terdapat dua kategori
iaitu:
1. Bantuan bulanan (bantuan am)
i. Bantuan saraan kanak-kanak
ii. Bantuan anak pelihara
iii. Elaun pekerja cacat
iv. Bantuan orang tua
v. Bantuan am
2. Bantuan sekaligus
i. Bantuan alat tiruan/sokongan
ii. Geran pendidikan dan latihan kemahiran
iii. Bantuan sekolah (untuk anak-anak yang bersekolah)

Menurut Badra (2021), kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk


perlaksanaan Program MyKasih Kapital bagi memberi galakkan kepada wanita
untuk memperoleh pendapatan dari rumah. Bantuan ini adalah merupakan satu
modal perniagaan dan juga program bimbingan bagi menjalankan perniagaan
secara atas talian, di mana dijangka dapat memberi manfaat kepada hampir 5,000
orang peserta termasuk seramai 2,000 daripadanya adalah golongan ibu tunggal.
Seterusnya berdasarkan kepada Sakinah (2021), melalui Bajet 2022,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah
menetapkan banyak bantuan untuk golongan wanita seperti bantuan usahawan
yang terkesan dengan pandemik Covid 19, melalui program Dananita oleh MARA,
BSN Agrobank dan Tekunita oleh TEKUN. Dalam bidang kesihatan, diperuntukkan
subsidi untuk ujian mamogram bagi wanita yang berisiko tinggi dan ujian saringan
kanser serviks. Manakala bantuan untuk ibu yang bekerja, diperuntukkan bajet untuk
taska di bangunan kerajaan terutama di hospital dan universiti awam. Tidak
ketinggalan juga peruntukkan dalam aspek keselamatan wanita antaranya ialah,
Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad WAJA) dan juga perlaksanaan program
kesedaran komuniti tentang keganasan kepada wanita. Kerajaan juga turut
menyediakan bajet untuk penambahan pusat sokongan sosial setempat untuk
melindungi wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga serta
penambahan rumah perlindungan khas wanita.
Tambahan lagi, terdapat program SPS Prihatin Wanita yang disediakan oleh
kerajaan untuk memberikan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO, dimana program ini
diutamakan untuk golongan wanita yang bekerja sendiri dalam pelbagai sektor
informal (PEMERKASA, 2021).
2. SWITZERLAND
i. OKU DI SWITZERLAND
Bagi negara Switzerland, golongan OKU dilindungi di bawah perundangan am
yang diiktiraf secara rasmi oleh negara mereka. Perundangan ini telah dinyatakan di
dalam undang-undang sebagai garis panduan yang diguna pakai oleh semua parti
politik dan juga non-governmental organisation (NGO) (Dimitris Michailakis,1997).
Menurut Johnson (2008), golongan OKU di Switzerland banyak yang terlibat
dengan tenaga kerja berbanding dengan negara-negara lain walaupun mereka
selalu terkebelakang dalam hal-hal sosial yang lain. Gesaan agar golongan OKU
diberi peluang bukan sahaja dalam bidang kerja tetapi juga dalam masyarakat
secara menyeluruh. Undang-undang diskriminasi telah berkuat kuasa sejak tahun
2004 selain Switzerland juga telah berusaha meletakkan prinsip kesaksamaan ke
dalam perlembagaan mereka terhadap golongan OKU.
Berdasarkan undang-undang berkaitan dengan golongan OKU juga digubal
seperti Akta Kesaksamaan Orang Kurang Upaya, pada Disember 2002. Undang-
undang ini adalah untuk menghapuskan diskriminasi terhadap golongan OKU
(DisabilityIN, 2020).
Berdasarkan kepada Misicka (2020), bantuan sosial yang diberikan oleh
kerajaan kepada lebih daripada 270,000 rakyat Switzerland, dimana pada tahun
2018, kerajaan telah membelanjakan hampir $2.85 bilion untuk kebajikan. Menurut
Swiss Conference for Social Assistance External, mereka menyatakan bahawa
sistem kebajikan memberikan sumbangan penting kepada keharmonian sosial di
Switzerland untuk menjamin bahawa semua orang hidup dalam jaminan yang
sejahtera.
Kerajaan juga menyediakan insurans bagi golongan OKU untuk menghadapi
tempoh bersara mereka, dimana insurans merupakan satu inisiatif untuk pemulihan
dan membolehkan mereka menjadi masyarakat yang aktif serta meningkatkan kualiti
hidup disamping dapat mengurangkan kesan buruk kesihatan untuk masa akan
datang (Hamori, 2021).

ii. WANITA DI SWITZERLAND

Menurut Janicke (2021), di negara Switzerland, diskriminasi terhadap kaum wanita


adalah tersangat kuat di mana hak wanita diketepikan kerana nilai tradisional yang
terlalu tinggi serta disebabkan keadaan politik di negara tersebut. Diskriminasi yang
terlalu keras sehingga kuasa suami mengatasi segalanya seperti suami boleh
menghalang isteri daripada mempunyai akaun simpanan di bank dan keluar bekerja.
Selain itu juga, sehingga tahun 1992, warganegara wanita yang berkahwin dengan
bangsa asing akan hilang hak kerakyatan mereka serta merta. Switzerland juga
tidak mempunyai akta dan perundangan yang jelas tentang keganasan rumah
tangga sehingga tahun 1990 an.
Namun, dengan berlalunya masa, keberadaan wanita semakin mendapat
tempat dalam perundangan negara. Seperti contoh, hak wanita untuk mengundi
semakin kukuh setelah melalui masa yang panjang mempertahankan hak wanita
untuk mengundi dalam sistem demokrasi di Switzerland.
Switzerland yang terlalu berpegang pada sejarah tradisional telah
menyebabkan masyarakat mereka melancarkan mogok pada diskriminasi gaji dan
kekurangan sokongan kerajaan untuk wanita dalam sektor pekerjaan. Kebajikan
wanita juga kurang diberi perhatian dalam sektor pekerjaan, di mana gaji wanita
adalah kurang sebanyak 19% berbanding gaji lelaki, Pada tahu 1996, Akta Peluang
Sama Rata ditubuhkan untuk memastikan tiada diskriminasi dalam bekerja dan
memujudkan kesamarataan antara jantina. Dan yang terkini, Akta Kesaksamaan
Jantina pada tahun 2020 telah dipinda untuk mengelakkan berlaku perbezaan gaji
antara lelaki dan wanita serta menetapkan bahawa mana-mana institusi yang
mengenakan perbezaan gaji antara jantina akan dikenakan pembayaran balik.
Bagi wanita yang berpindah ke Switzerland, mereka akan mengalami situasi
yang sukar khususnya dalam bidang pekerjaan keranan pasaran kerja di
Switzerland tidak menyukai wanita asing walaupun wanita asing lebih berkelayakan
dan lebih tinggi pendidikan daripada rakyat Switzerland.
Selain itu, Switzerland melarang perkahwinan kanak-kanak dan perkahwinan
paksa serta meletakkan umur minimun untuk berkahwin bagi wanita adalah seawal
18 tahun. Hukuman penjara boleh dikenakan bagi yang melanggar peraturan ini.
Begitu juga dengan gangguan seksual yang dialami di tempat kerja merupakan
kesalahan yang menyalahi undang-undang Switzerland.
Tambahan lagi, bagi wanita yang hamil, mereka memperoleh perlindungan
pekerjaan semasa hamil, selepas bersalin dan semasa tempoh penyusuan, dimana
cuti bersalin yang dikenakan adalah selama 98 hari (14 minggu). Peraturan
menetapkan bahawa ibu yang bekerja tidak boleh hadir bekerja semasa tempoh
lapan minggu pertama selepas melahirkan dan bapa juga layak mendapat cuti
selama 10 hari. Bagi wanita yang bekerja sepenuh masa dan secara sambilan,
mereka mendapat sebanyak 80% daripada gaji mereka sebagai elaun harian.
Kemudahan lain yang diperoleh oleh wanita bekerja yang hamil ialah gaji
yang berterusan semasa tempoh kehamilan walaupun wanita tidak keluar bekerja.
Mereka hanya dibenarkan bekerja selama maksimum 9 jam sehari dan tidak
dibenarkan bekerja pada waktu malam selama 8 minggu sebelum melahirkan.
Mereka juga tidak layak dibuang kerja sepanjang tempoh kehamilan dan 16 minggu
pertama selepas melahirkan anak. Dalam aspek kesihatan terutamanya bidang
kehamilan, wanita mempunyai banyak pilihan apabila melibatkan keperluan
perubatan mereka. Insurans penjagaan kesihatan diperlukan bagi rawatan
sepanjang kehamilan dan melahirkan serta mereka ditawarkan sekurang-kurangnya
tujuh kali pemeriksaan sepanjang tempoh kehamilan.
Hal penyusuan juga diambil berat oleh kerajaan dengan menyediakan
hospital yang berteraskan mesra bayi dan menggalakkan penyusuan untuk bayi-bayi
yang lahir. Penetapan untuk wanita bekerja bagi melakukan menyusuan dan
pengepaman susu semasa bekerja dengan dibenarkan berehat selama 30 hingga
90 minit.
Dalam bidang perniagaan, wanita Switzerland adalah kurang berbanding
lelaki yang menceburi bidang ini. Beberapa institusi yang menyokong dan
memajukan golongan wanita yang memasuki bidang perniagaan ialah institusi
Kumpulan Wanita Profesional Zurich, Rangkaian Wanita Profesional dan
WomenWay. Wanita juga bebas untuk mempunyai sumber kewangan dan harta
sama seperti lelaki setelah Switzerland memodenkan undang-undang yang
berkaitan dengan pemilikan harta bagi wanita.
Pendidikan adalah sangat penting dimana Switzerland merupakan antara
yang terbaik di dunia. Kerajaan telah menaikkan tahap kemajuan untuk golongan
wanita dengan meratakan jurang jantina dalam pendidikan. Pelajar lelaki dan wanita
mendapat pendidikan yang sama dengan sistem pendidikan yang sama. Malah,
golongan wanita dilihat telah mendahului lelaki dalam pemilikan pendidikan ke
peringkat ijazah. Walaubagaimanapun, masih terdapat jurang jantina dalam bidang
tertentu seperti lelaki mendominasi bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan
matematik manakala wanita lebih kepada bidang kesihatan dan kebajikan.
Berkaitan dengan hal keganasan, wanita menyumbang peratusan yang tinggi
dalam menjadi mangsa pembunuhan dan cubaan bunuh, di mana mereka terlibat
dengan kes keganasan rumah tangga yang menyebabkan kes-kes domestik tidak
menurun untuk tahun-tahun sebelum ini berbanding dengan negara-negara lain.
Kerajaan telah cuba berusaha untuk memberi perlindungan kepada wanita-wanita
yang terlibat dengan keganasan, ugutan dan gangguan. Mereka yang terlibat
dengan hal ini tidak perlu membayar prosiding mahkamah dan pihak berkuasa
bertanggungjawab sepenuhnya untuk membantu kes-kes yang berkaitan dengan
keganasan terhadap wanita. Tidak ketinggalan juga hal-hal keganasan seksual
seperti merogol yang ditukarkan definisinya kepada perbuatan seks tanpa
persetujuan walaupun tiada keganasan digunakan. Switzerland juga membantah
keras pemerdagangan manusia dengan melakukan banyak program-program
sokongan nasional untuk mangsa serangan seksual, keganasan rumah tangga,
pemerdagangan dan jenayah-jenayah yang lain.

Dah blur dah jan, SWIS NI mcm nk buat esei masuk pertandingn lawan monggolia
RUJUKAN
Ali, A, H. (2021, Januari). Menilai kembali gagasan negara kebajikan. Dimuat
turun daripada https://naratifmalaysia.com/2021/01/14/menilai-kembali-
gagasan-negara-kebajikan/
Abu Bakar, S, H. (2019). Kebajikan sosial, teori dan praktis. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Wahab, H. A. (2010). Kesejahteraan sosial dan pembangunan komuniti: Pendekatan
dan indikator. Dimuat turun daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/162008136.pdf
Dimitris Michailakis. (1997). Government country reports on UN standard rules.
Retrieved from
https://www.independentliving.org/standardrules/UN_Answers/Switzerland.ht
ml
Shaffie, F. (2021). Dasar sosial dan kebajikan sosial. Dimuat turun daripada
http://repo.uum.edu.my/5936/1/F.S.pdf
Ahmad, N. (2021). Kementerian pembangunan wanita. Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/13420488/Kementerian_Pembangunan_Wanita
Janicke, M. (2021). Women’s right in Switzerland. Retrieved from
https://www.expatica.com/ch/living/gov-law-admin/womens-rights-in-
switzerland-422665/
Johnson, I,L. (2008). Disabled still face barriers in Switzerland. Retreived from
https://www.swissinfo.ch/eng/disabled-still-face-barriers-in-switzerland/671046
Misicka, S. (2020). How Swiss welfare work. Retrieved from
https://www.swissinfo.ch/eng/poverty_how-swiss-welfare-works/45575954
Jaafar, H, J.(2014). Akta orang kurang upaya 2008, perkembangan hak orang
kurang upaya di Malaysia. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/262298415_AKTA_ORANG_KURA
NG_UPAYA_2008_PERKEMBANGAN_HAK_ORANG_KURANG_UPAYA_DI
_MALAYSIA
JKM. (2021). Bantuan penjagaan OKU terlantar/pesakit kronik terlantar. Dimuat
turun daripada https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?
r=portal/left&id=UzhQSWdqWnJSZ2xI UUNFT2Z0WG9tQT09
JKM. (2021). Elaun pekerja cacat. Dimuat turun daripada
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=akVMUTlrSU5mT0dC
Zys3bzFCendNdz09
JKM. (2021). Bantuan OKU tidak berupaya bekerja. Dimuat turun daripada
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=T2FDeHJMei9nZVN4
UWxRdlRLNytrUT09
Ali, F, S. (2021). Perkenal semual skim bantuan niaga untuk OKU. Dimuat turun
daripada https://premium.sinarharian.com.my/article/153759/fokus/laporan-
khas-/perkenal-semula-skim-bantuan-niaga-untuk-oku
Yup, N, S. (2021). 450 peluang kerjaya untuk OKU. Dimuat turun daripada
https://www.kosmo.com.my/2021/11/10/450-peluang-kerjaya-untuk-oku/
Jabatan Perlindungan Data Peribadi. (2021). Akta Perlindungan Wanita dan Gadis
1973 (Akta 106). Dimuat turun daripada
https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/akta_akta/akta-perlindungan-wanita-dan-
gadis-1973-akta-106/?lang=en
JKM. (2021). Perkhidmatan ibu tunggal. Dimuat turun daripada
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=YTRSSkczSldsb0oyU
nN2eG5mdGhyZz09
Badra. (2021). MyKasih Kapital: Permohonan bantuan modal perniagaan untuk
wanita. Dimuat turun daripada https://harianpost.my/mykasih-kapital/
Sakinah. (2021). Bantuan khas wanita yang boleh anda mohon dalam bajet 2022.
Dimuat turun daripada https://www.portalmalaysia.com/bantuan-khas-wanita/
PEMERKASA. (2021). SPS Prihatin Wanita. Dimuat turun daripada
https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemerkasa-
spswanita
Bernama. (2020). PENJANA: Bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan OKU
dan ibu tunggal. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700058/penjana-bukti-
keprihatinan-kerajaan-terhadap-oku-ibu-tunggal
MyGoverment. (2021). Kemudahan dan keistimewaan OKU. Dimuat turun daripada
https://www.malaysia.gov.my/portal/subcategory/1057?language=my
DisabilityIN. (2020). Switzerland. Retrieved from
https://private.disabilityin.org/global/switzerland/
Hamori, S, A. (2021). Disability insurans benefit application in Switzerland. Retrieved
from https://bmchealthservres.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12913-
021-06992-2

Anda mungkin juga menyukai