Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN – KARANGAN (BAHAGIAN B)

SOALAN
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan
yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada
negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usahah yang wajar dilakukan untuk membantu golongan
ini?

Baca soalan dengan di atas dengan teliti. Kemudian salin semula karangan berikut ke dalam buku latihan
anda dengan melengkapkan setiap tempat kosong menggunakan pilihan jawapan yang diberikan.

 kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas
jalan
 pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi
kepada OKU
 pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna
 nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat
 duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
 muafakat membawa berkat
 kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan
kemalangan atau penyakit tertentu
 Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang golongan OKU kepada
segenap lapisan masyarakat
 masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka
menjalani kehidupan dengan sebaiknya
 memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, peralatan
pembelajaran
 membantu OKU dengan memberi peluang mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang
 Semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat perlu berganding bahu menjayakan matlamat
tersebut

Orang Kurang Upaya (OKU) ialah __________________(1)__________________.


Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial,
rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan
kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun
banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut
memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu________________(2)____________________.

Pelbagai usaha yang dapat dilakukan antaranya _____________(3)_____________. Hal ini


kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna
malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya (OKU) haruslah diberi

Siti Syuhaibah Zahedi_Bahasa Melayu_SPM2017 1


layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka
dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu,
________________(4)________________ dan memberi tempat duduk di dalam kenderaan
awam. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti
kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas
hati.

Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam
membantu golongan kurang upaya ini. ______________(5)___________. Rancangan di TV3
seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui
rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan
terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan
masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian,
_____________(6)____________ untuk meneruskan kehidupan mereka.

Seterusnya, kerajaan juga pula dapat _________________(7)________________ . OKU


diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek,
keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO)
dan lain-lain institusi. Di sini, OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan
boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan
___________(8)__________ dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain
bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan


__________(9)_____________ dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan
beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal
juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah
berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan
daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk
membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang
lain.

Di samping itu, ______________(10)_____________. Sistem pendidikan khas perlu


diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini
berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah

Siti Syuhaibah Zahedi_Bahasa Melayu_SPM2017 2


ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga
mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada
OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup
mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Akhir sekali, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam syarikat
mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang
ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya, sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator
pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani di mana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang
normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasar raya Besar Giant yang telah mensasarkan 5 peratus daripada
pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada OKU dan membantu
mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan
memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. ______________(11)___________________.
Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era
pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah _________(12)________ sangat sesuai
diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Siti Syuhaibah Zahedi_Bahasa Melayu_SPM2017 3

Anda mungkin juga menyukai