Anda di halaman 1dari 6

诚品教育补习中心

2019
KARANGAN UMUM (DIMENSI MASYARAKAT)
Tajuk: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak seharusnya dipinggirkan. Mereka
perlu diberikan peluang sama rata dengan masyarakat yang lain.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu
golongan ini. (Kedah 2019)

分析题目:

Tema/Isu :

Kehendak soalan :

Watak :

Format :

Isi-isi penting:

1.

2.

3.

4.

5.

准备于语文科精英团队 Page 1
诚品教育补习中心
2019
KARANGAN UMUM (DIMENSI MASYARAKAT)

准备于语文科精英团队 Page 2
诚品教育补习中心
2019
KARANGAN UMUM (DIMENSI MASYARAKAT)
Contoh Karangan Cemerlang

Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan
bantuan berterusan daripada pelbagai pihak supaya mereka turut memberikan
sumbangan berkesan kepada negara.

Sebagai seorang pelajar, apakah peranan yang dapat anda mainkan untuk membant
u atau menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?

Takrif orang kurang upaya (OKU) ialah insan yang kurang bernasib baik kerana
mengalami kecacatan kekal sama ada dalam bentuk kecacatan fizikal atau mental. Kecacatan
fizikal seperti buta, pekak, cacat anggota, manakala cacat mental seperti ‘sindrom down’ dan
terencat akal. Mereka terpaksa mengharung suatu perjalanan sukar untuk hidup sempurna
seperti golongan normal dek kecacatan yang dialami. Mereka mengalami perasaan rendah diri,
tersisih daripada arus perdana masyarakat dan sukar menghadapi kehidupan hari-hari
mendatang tanpa sokongan ahli keluarga terdekat. Pada hari ini jumlah OKU di negara ini
dalam semua kategori telah meningkat sehingga 4000 orang. Hal yang demikian
menunjukkan golongan tersebut tidak boleh dibiarkan meneruskan kehidupan dalam kedaifan.
Mereka sepatutnya diberikan peluang untuk meneruskan hidup atas kudrat yang ada pada
mereka atau dengan perkataan lain mereka harus berdikari.

Sebagai seorang insan yang sempurna fizikal dan mental saya haruslah bersyukur
kepada Allah kerana mengurniakan kesempurnaan anggota badan. Namun begitu, saya akan
menghargai keberadaan insan orang kurang keupayaan yang hidup bersama-sama saya. Saya
akan cuba untuk memotivasi mereka agar mereka meneruskan usaha sehingga berjaya dalam
kehidupan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana orang kurang upaya juga mempunyai
keistimewaan mereka tersendiri. Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat orang kurang
upaya yang berjaya di negara kita, antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara,
seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama memperoleh ijazah
kedoktoran, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution pemasangan karpet
terkenal di Malaysia dan pernah memenangi anugerah OKU Kecemerlangan bahagian
Keusahawanan Malaysia dan Tuan Atan merupakan seorang peguam dan berperanan
menggubal akta OKU di Malaysia. Oleh sebab itu, saya akan memberikan motivasi kepada
rakan-rakan OKU yang berada di sisi saya untuk meneruskan kecemerlangan yang mereka
ada berdasarkan kecemerlangan orang kurang upaya seperti saya nyatakan di atas. Sekiranya
saya mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU, saya yakin mereka mampu
准备于语文科精英团队 Page 3
诚品教育补习中心
2019
KARANGAN UMUM (DIMENSI MASYARAKAT)
berjaya dalam kehidupan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mereka juga
boleh berjaya seperti orang lain sekiranya ada usaha kerana usaha itu tangga kejayaan.
Tegasnya, saya akan cuba untuk memotivasi mereka agar meneruskan usaha mereka sehingga
berjaya.

Selain itu, saya juga akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai
mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan.
Hal ini dikatakan demikian kerana melalui persatuan seperti ini, golongan sahabat OKU akan
dapat bertemu dengan rakan-rakan seperti mereka. Di tempat sebegini juga mereka dapat
bertukar-tukar pandangan dan pengalaman sebagai orang kurang upaya terutama berkongsi
pengalaman kejayaan mereka dala kehidupan. Selain itu, di tempat-tempat sebegini juga
mereka sedar bahawa mereka bukan keseorangan dan mereka mempunyai sahabat yang
berusaha untuk terus berjaya dalam suasana negara yang sedang membangun. Bahkan juga,
dengan adanya persatuan seperti ini, mereka akan mendapat banyak info berkaitan golongan
orang kurang upaya malah mereka juga akan tahu bantuan-bantuan yang boleh didapati
mereka sekarang sama ada melalui bantuan badan bukan kerajaan dan kerajaan seperti
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Sesungguhya, dengan menyertai badan-
badan atau persatuan OKU, sahabat-sahabat OKU akan dapat memotivasikan diri mereka
untuk berjaya sebagaimana kejayaan sahabat OKU lain. Bahkan juga mereka akan berasa diri
mereka tidak dipinggir oleh masyarakat dan mereka juga boleh berjaya seperti orang lain.
Sekiranya sahabat OKU dapat menyertai persatuan OKU, mereka akan mampu berjaya
seperti orang lain kerana mereka juga mempunyai hak untuk berjaya. Tegasnya, sebagai
rakan saya akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-mana
persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan.

Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan menggalakkan mereka untuk mendaftar
diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar
OKU. Selain itu, saya akan cuba menyedarkan rakan-rakan OKU betapa pentingnya mereka
mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas ini. Sebagaimana kita sedia maklum
Kementerian Pendidikan Malasyia telah mewujudkan sekolah pendidikan khas untuk
mengelakkan pelajar OKU tercicir dari aliran pendidikan perdana. Di sekolah pendidikan
khas, pelajar OKU akan mendapat pendidikan sejajar dengan kebolehan mereka, di samping
mereka akan didedahkan kepada kemahiran sama ada teknik atau vokasional untuk mereka
dapat meneruskan kehidupan. Oleh itu, objektif sekolah pendidikan khas adalah untuk
mendedahkan mereka kepada pembelajaran mengikut kebolehan agar pendidikan yang

准备于语文科精英团队 Page 4
诚品教育补习中心
2019
KARANGAN UMUM (DIMENSI MASYARAKAT)
diterima oleh mereka dapat mendedahkan mereka untuk berdikari apabila dewasa nanti tanpa
memerlukan bantuan daripada ibu bapa. Sekiranya sahabat-sahabat OKU saya dapat
mengikuti pendidikan di sekolah pendidikan khas ini, mereka akan dapat meneruskan
kehidupan mereka seperti rakan-rakan mereka yang lain. Tegasnya, sebagai seorang sahabat
OKU, saya juga akan cuba menggalakkan mereka untuk mendaftar diri ke Kementerian
Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar OKU.

Selain itu, sebagai seorang rakan OKU, saya akan cuba untuk memberikan penerangan
yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke
sekolah pendidikan khas. Hal ini dikatakan demikian kerana ada sebilangan ibu bapa tidak
mahu anak-anak mereka digelar sebagai OKU kerana mereka beranggapan bahawa anak-anak
mereka perlu menerima pembelajaran seperti pelajar-pelajar yang lain. Oleh itu, saya akan
cuba untuk menjelaskan betapa ruginya ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk
menerima pendidikan aliran perdana. Namun, saya bukan bertujuan untuk memperlekeh
sahabat OKU atas kekurangan yang mereka alami tetapi saya cuma perlu meyakinkan ibu
bapa OKU bahawa kerajaan amat prihtain dan cuba sedaya upaya membantu golongan OKU.
Sekiranya ibu bapa terus menghantar anak-anak mereka mengikuti pendidikan aliran perdana,
sudah pasti anak-anak mereka akan tercicir berbanding dengan pelajar-pelajar lain bukan
OKU. Tambahan pula, sekiranya anak-anak mereka dapat menerima pembelajaran di sekolah
berpendidikan khas banyak agensi kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka setelah
mereka menamatkan pengajian di sekolah aliran pendidikan khas. Bahkan juga, anak-anak
mereka akan dapat bersaing dengan rakan-rakan OKU yang lain untuk mendapat tempat
dalam peperiksaan antara pelajar OKU. Tegasnya, sebagai seorang rakan pelajar OKU, saya
saya akan cuba untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU supaya
mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas.

Akhirnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan
pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid berkeperluan khas terutama apabila
program pemerkasaan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dijalankan oleh pihak
kerajaan. Sebanyak 23 program khusus boleh disertai rakan-rakan pelajar OKU
seperti kemahiran yang ditawarkan antaranya penyediaan dan pembuatan makanan, operator
pengeluaran pemprosesan makanan dan proses kimpalan arka kepingan logam dan
sebagainya. Dengan ada pendidikan khas seperti di atas, murid berkeperluan khas akan dapat
menimba ilmu untuk digunakan oleh mereka apabila mereka dewasa nanti. Sekiranya, rakan-
rakan OKU, dapat meneruskan pelajaran di Sekolah Vokasional mereka akan dapat menimba
ilmu dan menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan mereka apabila dewasa nanti. Perlu

准备于语文科精英团队 Page 5
诚品教育补习中心
2019
KARANGAN UMUM (DIMENSI MASYARAKAT)
diingat, sebagaimana saya nyatakan di atas banyak golongan OKU berjaya di
Malaysia antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau
juga menjadi orang cacat pertama menerima memperoleh ijazah kedoktoran, Saudara Syukur
Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution pemasangan karpet terkenal di Malasyia dan pernah
memenangi anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan Malaysia dan Tuan
Atan merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di Malaysia.
Tegasnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan
pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid berkerperluan khas.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sebagai rakan pelajar OKU saya
perlu memainkan peranan untuk membantu mereka untuk berjaya seperti orang lain. Semua
pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa Melayu berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Mereka juga berhak untuk
berjaya seperti rakan-rakan mereka di aliran perdana tetapi perlu betul caranya. Diharapkan
dengan usaha-usaha yang saya lakukan di atas saya akan dapat membantu rakan OKU untuk
berjaya. Semoga mereka akan berjaya seperti rakan-rakan seangkatan dengan mereka.

准备于语文科精英团队 Page 6

Anda mungkin juga menyukai