Anda di halaman 1dari 19

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Remaja

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai
golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah
sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang
membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang
diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi
keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku
Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk
memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa
perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam
gejala sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anakanak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu
menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak
dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk
mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai
kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu
sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada
hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti
riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan
angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa
anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya
mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan
agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu
mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan
cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di
samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai
kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu
bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu
merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa
hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama
merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah
masalah sosial pada masa kini.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anakanak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa
kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya,
ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.
Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama
untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak
mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada
penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih
baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak1

anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan
wang ringgit.
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu
bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana
segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah
laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai
tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak
mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa
perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka
tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat.
Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini,
golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan
seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan
mereka.
Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam
mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik
anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang
bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang
berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita
berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang,
ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan
berkesan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu
golongan ini?
Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan umpama
melukut di tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan kehadiran mereka, sekali
gus menerima nasib seperti pungguk rindukan bulan. Orang Kurang Upaya termasuklah
mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria
yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh
dan berkesan mereka dalam masyarakat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami
kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan
yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan
sesuatu pekerjaan. Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah
membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal.
Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan
kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih
OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini
mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun
cacat. Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan
pusat-pusat latihan kemahiran OKU ini seperti Program Semai Bakti Pusat (PDK) di bawah
pengawasan Felda di seluruh Negara berjaya melatih kira-kira 7,700 orang OKU dalam
pelbagai bidang. Jelaslah kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU
berdikari dan menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara kita.
Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada
OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini
berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan
khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar
yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian
di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan
yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Oleh itu, peluang ini akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib
hidup mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa
mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil
kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk
memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai
operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini
hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar
Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun
2010 nanti iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka
kepada OKU untuk membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan
keluarga
mereka.
Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu
perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang
susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera
melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan dari masa
ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9 kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan
Kementerian Sumber Manusia. Semua OKU yang berminat boleh membuat permohonan
3

dan perlu mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan
kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan
ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.
Intihanya, negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah merealisasikan
impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang memerlukan
sumbangan dan komitmen semua pihak termasuk golongan OKU untuk memberikan
sumbangan kepada negara dalam menjayakan impian berkenaan. Kita hendaklah percaya
golongan OKU juga ada peranan dan mampu memberi sumbangan bermakna andai diberi
peluang dan ruang sewajarnya. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan
OKU. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti
mereka akan terus tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti.

Remaja lari rumah sudah menjadi satu perkara lumrah dalam kehidupan zaman
moden ini.
Jelaskan sebab-sebabnya.
Remaja lari rumah diibaratkan sebagai remaja yang meninggalkan rumah tanpa
mendapat keizinan ibu bapa mereka. Kajian telah membuktikan bahawa golongan remaja
perempuan dari kawasan bandar lebih banyak lari dari rumah berbanding jantina yang
lainnya itu. Media massa telah menggunakan bahan berita sebegini untuk melariskan jualan
akhbar mereka atau menarik jumlah penonton ke saluran mereka itu. Sebenarnya, wujud
pelbagai faktor yang menyebabkan kemelut ini terus menular dalam kalangan remaja kita
tersebut.
Sebab utama ialah ibu bapa pada zaman ini sering mengabaikan amalan mendidik
anak mereka itu. Kegagalan ini banyak dikaitkan dengan sikap ibu bapa yang terlalu sibuk
mengejar kejayaan kerjaya atau mencari rezeki buat keluarga mereka itu. Remaja akan
berasa diri mereka disisihkan oleh ibu bapa kerana tidak ada langsung interaksi dengan
orang tua mereka itu untuk tempoh yang panjang pula. Jadi, kegagalan ibu bapa melakukan
tugas mendidik itu yang membawa fenomena sosial ini terus berlaku dalam kalangan
masyarakat kita.
Selain itu, gejala sosial ini berlaku kerana remaja itu mengalami tekanan yang hebat
dalam kehidupan harian mereka. Tekanan ini melibatkan prestasi pelajaran di sekolah yang
berdasarkan peperiksaan itu dan juga harapan ibu bapa yang keterlaluan supaya anak
mereka berjaya dalam pelajaran tersebut. Remaja yang gagal mengawal tekanan sebegini
akan berasa cemas dan tidak tenang dalam kehidupan mereka lalu melihat lari rumah ini
sebagai jalan keluar yang paling mudah. Jelaslah, remaja yang tidak boleh mengawal
tekanan hidup menjadi golongan yang mudah terlibat dalam amalan buruk ini.
Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya turut dilihat menjadi penyebab utama remaja
meninggalkan rumah tanpa kebenaran itu. Rakan sebaya yang masih mentah itu pasti
memberikan nasihat yang tidak rasional apabila remaja meluahkan perasaan mereka yang
tertekan tersebut. Tanpa disedari remaja akan mematuhi nasihat yang diberikan oleh
kawannya tanpa memikirkan impak buruk yang berlaku pada masa hadapan itu. Lantaran
itu, rakan yang tidak matang pemikirannya akan membawa banyak remaja terjebak dalam
perbuatan sumbang ini.
Pengaruh media massa turut mempunyai kaitan dalam penularan perbuatan lari dari
rumah ini. Penyiaran program hiburan Barat oleh pihak media massa terutama elektronik ini
telah meracuni pemikiran remaja kita tentang erti kehidupan sebenar itu. Lama-kelamaan,
minda remaja akan cuba meniru semua tindakan yang dilihat menerusi program tersebut
4

termasuklah tindakan lari dari rumah kerana beranggapan tindakan itu bijak. Sesungguhnya,
penyiaran program sebegini membawa minda remaja kita keliru lalu bertindak di luar batasbatas budaya tempatan itu pula.
Malahan, budaya lari rumah ini turut disebabkan oleh sikap remaja itu sendiri terutama
dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ada remaja yang sengaja mencari masalah kerana
mahu diberi perhatian oleh ahli keluarga yang tidak berinteraksi itu. Jika amalan sebegini
dibiarkan sudah pasti remaja itu akan mengulangi kesilapan demi kesilapan kerana sedar
bahawa keluarga mereka akan terus membantu atau memberikan perhatian apabila
sebarang masalah terjadi. Oleh itu, remaja kita yang bersalah dalam isu ini kerana ada
remaja yang mempunyai sikap suka menimbulkan masalah dalam kehidupan ini atau
berpura-pura itu.
Pendek kata, semua hujah yang dihuraikan tadi membawa budaya lari rumah ini
sebagai satu perkara yang lazim berlaku dalam kalangan remaja kita. Semua pihak haruslah
berfikiran terbuka dalam menangani isu ini agar masalah sosial ini berjaya dikekang dengan
efektif. Jika semua pihak masih berdegil terutamanya ibu bapa yang tidak mahu menerima
pandangan hidup anak, sudah pasti gejala lari rumah ini akan berterusan untuk satu jangka
masa yang panjang pula. Peribahasa menconteng arang ke muka sendiri harus direnung
oleh remaja yang ingin melakukan perkara buruk ini kerana tindakan mereka itu pasti
menimbulkan rasa malu terhadap keluarga mereka untuk satu jangka masa yang panjang.

Banyak pelajar pada zaman ini tidak berminat untuk belajar lalu sering ponteng
sekolah.
Jelaskan sebab-sebab pelajar ponteng itu.
Ponteng sekolah bermaksud pelajar tidak pergi ke sekolah secara sengaja atau
berpura-pura sakit itu. Antara punca yang mendorong pelajar mengambil tindakan ini banyak
tetapi sikap diri sendiri turut menjadi penyebab utama isu ponteng semakin menular itu.
Kemelut negatif ini telah menjadi satu masalah sosial yang mula mendapat perhatian semua
pihak terutamanya daripada pihak kerajaan kita. Lantaran itu, punca-punca yang membawa
ponteng sekolah berlaku harus dikaji dan difahami supaya jalan penyelesaiannya boleh
diketahui.
Sebab utama pelajar negara ini ponteng sekolah dikaitkan dengan ketiadaan minat
untuk belajar di sekolah tersebut. Kajian telah membuktikan bahawa pelajar tidak berminat
untuk belajar kerana melihat subjek itu sebagai membosankan, sukar difahami, atau tidak
mengetahui kaitan pelajaran itu dengan masa depan mereka. Kegagalan minda pelajar
untuk berfikir secara matang tentang masa depan telah menjadikan ketiadaan minat untuk
belajar ini sebagai sesuatu yang sukar dikikis. Akibatnya, banyak pelajar mengambil jalan
mudah dengan tidak mahu pergi ke sekolah setiap hari itu.
Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan fenomena
ponteng sekolah ini semakin menjadi-jadi di kawasan bandar. Kehidupan bandar yang
mengutamakan aspek kebendaan telah mendorong ibu bapa memberikan tumpuan khusus
terhadap kerjaya mereka lalu menjadikan tugas mendidik anak terabai pula. Situasi ini
seolah-olah memberikan tanggapan kepada anak bahawa pendidikan di sekolah itu tidak
penting kerana ibu bapa mereka sendiri tidak memberi penekanan pembelajaran di sekolah
itu. Maka, kegagalan ibu bapa menjalankan tugas mendidik anak itu telah membuka
peluang kepada pelajar untuk terus mengamalkan amalan ponteng sekolah ini.
Tambahan pula, pengaruh rakan telah menjadikan pelajar berani untuk tidak pergi ke
5

sekolah apabila berasa tidak suka itu. Dalam dunia kehidupan pelajar sudah pasti nasihat,
teguran, cadangan, dan pujukan rakan sebaya lebih dipercayai daripada kata-kata ibu bapa
mereka sendiri. Malangnya, semua cadangan rakan sebaya itu berunsur negatif yang
mampu menjejaskan imej pelajar yang masih tercari-cari identiti sendiri itu. Sesungguhnya,
pelajar yang mudah dipengaruhi oleh rakan mereka akan lebih terdedah untuk terlibat dalam
amalan ponteng sekolah tersebut.
Kemelut ponteng sekolah ini turut berlaku disebabkan cara pengajaran dan
pembelajaran sesetengah guru yang tidak menarik itu. Ada guru yang selalu ponteng kelas,
tidak bersedia dengan bahan pendidikan, sering bermesyuarat, dan sebagainya yang
menjejaskan kualiti pembelajaran pelajar di kelas pula. Apabila perkara sebegini diamalkan
oleh seseorang guru sudah pasti pelajar tidak lagi berminat untuk mendengar penerangan
guru mereka ketika berada di dalam kelas itu. Jadi, pelajar sanggup ponteng kerana mereka
berpendapat cara pengajaran dan pembelajaran guru tertentu tidak memenuhi keperluan diri
mereka itu.
Kesimpulannya, semua hujah tadi membuktikan bahawa ponteng sekolah sudah
menjadi satu wabak yang perlu diselesaikan segera. Semua pihak terutamanya ibu bapa
dan guru perlulah berganding bahu serta mengubah sikap mereka jika mahu kemelut
ponteng sekolah ini ditangani secara efektif pula. Kegagalan untuk menghalang budaya
ponteng ini bakal menyaksikan banyak pelajar tidak akan menerima pendidikan yang
sempurna dalam kehidupan mereka itu. Peribahasa pemuda harapan negara, pemudi tiang
bangsa membuktikan bahawa pelajar amat penting untuk kemajuan negara pada masa
hadapan terutamanya pelajar yang berpendidikan tinggi itu.

Disiplin amat penting dalam kehidupan manusia.


Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membentuk disiplin seseorang.
Disiplin merujuk satu sikap yang mengutamakan pematuhan terhadap peraturan
kehidupan masyarakat. Antara contoh disiplin itu meliputi disiplin di sekolah, di rumah, dan
juga di pejabat. Pihak media massa melihat isu disiplin ini semakin penting kerana sering
menyiarkan sikap remaja yang suka melanggar disiplin terutama di sekolah. Jadi, ada
banyak tindakan yang boleh dibuat untuk memastikan diri seseorang itu mempunyai disiplin.
Langkah yang paling mudah melibatkan usaha kerajaan melancarkan kempen tentang
disiplin dalam kalangan masyarakat. Kempen ini boleh disiarkan menerusi media massa
pada masa perdana terutama di televisyen negara ini. Penayangan kempen menerusi media
massa ini memudahkan rakyat untuk memahami kepentingan disiplin dalam kehidupan lalu
bersama-sama mengamalkannya pula. Lantaran itu, tindakan menganjurkan kempen
sebegini boleh membawa lebih banyak pihak mengamalkan disiplin dalam hidup mereka.
Selain itu, amalan disiplin ini boleh dipupuk melalui usaha ibu bapa memaparkan
teladan yang baik. Orang tua yang selalu berdisiplin terutama dalam aspek mematuhi masa
dan bekerja boleh memberi impak kepada golongan muda juga. Anak akan memahami
kepentingan disiplin setelah melihat ibu bapa mereka berusaha mematuhi disiplin sebaik
mungkin. Sesungguhnya, ibu bapa yang memberi teladan sebegini boleh menjadikan
generasi muda melihat disiplin sesuatu yang penting dipatuhi.
Malah, kejayaan memiliki rakyat yang berdisiplin boleh dicapai jika pihak sekolah
mengenakan disiplin yang ketat. Semua pelajar yang melakukan kesalahan akan dihukum
dengan adil dan berpatutan. Pelajar di sekolah ini akan memahami dan menyedari bahawa
setiap kesilapan akan ada balasan tertentu. Oleh itu, pengenalan disiplin yang ketat di
sekolah boleh mendidik pelajar supaya memahami tindakan mereka boleh menimbulkan
pelbagai kesan yang harus ditanggung itu.
6

Tambahan pula, disiplin ini boleh dipupuk oleh diri remaja itu sendiri. Remaja yang bijak
akan melihat disiplin sebagai satu peraturan yang dibuat supaya kehidupan mereka menjadi
lebih mudah dan tersusun. Lama-kelamaan, remaja itu menyedari bahawa kejayaan dalam
hidup banyak bergantung kepada kemampuan diri mereka untuk mematuhi peraturan yang
ada di dunia ini. Jelaslah, diri remaja itu sendiri harus ada sikap mengutamakan disiplin
dalam kehidupan mereka sehari-hari itu.
Masyarakat juga mempunyai peranan yang penting untuk memastikan disiplin menjadi
kukuh dengan mengamalkan sikap menegur remaja yang tidak berdisiplin. Amalan menegur
kesilapan remaja ini perlulah dibuat dengan sopan supaya tidak menimbulkan kemarahan
pihak tertentu pula. Tindakan sebegini memberi amaran kepada remaja bahawa kelakuan
mereka masih diperhatikan oleh masyarakat terutama kelakuan yang sumbang itu.
Akibatnya, remaja lebih berhati-hati untuk melanggar disiplin dalam kehidupan kerana sedar
ada pihak yang akan menegur kesilapan mereka itu.
Kesimpulannya, semua tindakan tadi memang mampu untuk memastikan disiplin
dalam kalangan masyarakat kita terutama remaja begitu kukuh. Kerjasama semua pihak
amat diperlukan terutama daripada remaja supaya melihat disiplin itu sebagai sesuatu yang
positif dan bukannya sesuatu yang mengawal mereka. Sikap mengutamakan disiplin ini
boleh membantu negara untuk mencapai wawasan yang diidamkan pada masa hadapan
pula. Peribahasa harimau mati kerana belangnya mengingatkan kita bahawa kemusnahan
sesuatu bangsa itu banyak ditentukan oleh kepatuhan mereka terhadap disiplin dan
peraturan dalam kehidupan harian pula.

Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai


kesan.
Jelaskan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut.
Warganegara asing dilihat sebagai satu kelompok manusia yang datang ke sesebuah
negara lain pula untuk mencari rezeki. Rakyat dari Indonesia, Myammar, Vietnam, dan
Bangladesh dilihat sebagai golongan utama yang datang ke Malaysia. Ada pihak yang
menentang kehadiran warganegara asing ini tetapi ada juga yang menerima kedatangan
mereka dengan tangan terbuka berdasarkan laporan media massa kita. Jadi, kita semua
harus sedar bahawa kehadiran orang luar ini membawa pelbagai impak kepada masyarakat
dan negara kita.
Impak yang mudah difahami apabila warganegara asing berleluasa di negara ini ialah
kes jenayah akan meningkat secara mendadak. Kajian sudah membuktikan ada kes
jenayah seperti rompak dan ragut serta perkosaan dilakukan oleh orang asing terutama
mereka yang kesempitan wang itu. Tindakan drastik sebegini juga dilakukan setelah warga
asing ini ditipu oleh pihak-pihak tertentu yang menjanjikan pekerjaan sebaik sahaja sampai
di negara ini. Sesungguhnya, kehadiran orang asing ini akan menjadikan negara ini tidak
selamat kerana kes jenayah terhadap rakyat tempatan terus berlaku secara berleluasa itu.
Selain itu, penyakit berbahaya boleh merebak melalui kehadiran jutaan warganegara
asing di negara ini. Masyarakat dunia sudah mengetahui bahawa ada penyakit seperti
SARS, H1N1, dan penyakit kelamin yang disebarkan oleh orang luar. Kadar kematian akibat
penyakit sebegini begitu tinggi lalu boleh mewujudkan wabak penyakit pula yang
memerlukan kerjasama negara serantau untuk mengekang penularannya kelak. Maka,
semakin banyak warganegara asing datang ke negara ini semakin tinggilah risiko
berlakunya wabak penyakit pada suatu masa nanti.
7

Tambahan pula, jumlah populasi negara akan menjadi lebih banyak apabila jumlah
warga asing ini ditambah semuanya. Masalah ini boleh berlaku kerana ada warga asing itu
datang secara haram lalu jumlah sebenar penduduk warga asing ini sukar untuk ditentukan
oleh pihak berkuasa. Penduduk yang ramai boleh menyukarkan pihak berkuasa untuk
merancang kemudahan awam kerana kepadatan penduduk sukar ditentukan itu. Jelaslah,
kerajaan sukar untuk merancang projek kemudahan awam kerana jumlah penduduk
tempatan dan asing tidak dapat ditentukan dengan tepat.
Namun, warga asing ini juga boleh menjadikan kos buruh di Malaysia lebih murah
berbanding negara jiran. Kebanyakan warga asing ini datang ke Malaysia untuk bekerja
dengan kadar upah yang rendah tetapi masih sanggup bekerja dengan tekun. Situasi ini
menjadikan kos untuk melakukan sesuatu projek seperti projek pembinaan di negara ini
akan menjadi lebih murah apabila banyak menggaji pekerja dari negara asing itu. Oleh itu,
kadar buruh di negara ini akan mempunyai daya saing yang bersesuaian dengan keadaan
pasaran kerja serantau itu.
Malah, ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya apabila warga
asing ini banyak di Malaysia. Negara akan mempunyai ekonomi yang mapan kerana
pertumbuhan ekonominya tinggi sepanjang tahun yang disebabkan oleh aktiviti perniagaan
yang berterusan tanpa gangguan itu. Perkembangan ekonomi yang sihat ini turut membawa
kestabilan politik dan sosial kepada rakyat Malaysia lalu menjadikan kualiti kehidupan lebih
baik berbanding negara jiran. Lantaran itu, kemasukan warga asing ini perlulah diterima
kerana kehadiran mereka akan memacu ekonomi negara menjadi lebih baik pada masa
hadapan.
Kesimpulannya, semua kesan tadi harus dikaji dan diterima oleh masyarakat kita
secara terbuka. Semua pihak terutama masyarakat umum perlulah melihat warga asing ini
sebagai satu keperluan yang harus dipenuhi dalam kehidupan zaman moden ini. Cuma,
kedatangan warga asing ini hendaklah dipantau dengan cara yang lebih efektif dan efisien
supaya semua kesan negatif tidak akan berlaku lagi. Peribahasa lain padang lain belalang
seolah-olah mengingatkan kita dan warga asing ini supaya meghormati budaya serta
peraturan sesuatu tempat yang baru itu agar tidak berlaku sebarang masalah pada
kemudian hari.

Kerajaan mewajibkan program 1Murid1Sukan di setiap sekolah.


Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di
sekolah.
Aktiviti sukan dilihat sebagai satu aktiviti riadah yang baik untuk pelajar di sekolah.
Antara aktiviti yang positif ini meliputi acara larian, bola sepak, hoki, badminton, dan
8

sebagainya. Pihak media massa turut menyiarkan banyak bahan berita yang menekankan
peri pentingnya sukan dalam kehidupan pelajar yang penuh tekanan itu. Lantaran itu,
pelajar yang menyertai aktiviti sukan akan memperoleh pelbagai kesan baik.
Impak positif yang pertama melibatkan masa lapang pelajar berkenaan dipenuhi
dengan aktiviti yang berfaedah. Pelajar tidak akan bercampur dengan golongan yang tidak
bermoral kerana aktiviti sukan dijalankan di kawasan sekolah dengan pengawasan pihak
guru pula. Masa untuk menghabiskan sesuatu acara sukan itu juga memerlukan tempoh
yang lama seperti bola sepak yang pastinya mengambil masa sejam lebih. Jadi, pelajar
yang terlibat dalam acara sukan akan memenuhkan masa lapangnya dengan baik.
Selain itu, pelajar yang sering menyertai aktiviti sukan dikatakan lebih sihat berbanding
dengan pelajar yang melakukan sebarang aktiviti senaman itu. Sukan memerlukan tenaga
dan pelajar pasti akan berpeluh apabila melakukan acara sukan seperti hoki dan badminton
itu. Peluh yang keluar ini turut menyingkirkan toksik badan selain mengurangkan tekanan
yang dihadapi oleh pelajar itu. Jelaslah, pelajar akan sihat kerana masa tidur mereka juga
terjaga kerana sudah keletihan menjalani latihan sukan di sekolah itu.
Malah, pemupukan nilai-nilai murni turut berlaku apabila seseorang pelajar itu
menyertai aktiviti sukan di sekolah. Nilai murni seperti bekerjasama, berbincang, berfikir
secara kritis dan bersemangat juang pasti tertanam kerana semua nilai ini diperlukan dalam
sebarang acara sukan itu. Pelajar yang sudah selalu menyertai sukan akan turut
mengamalkan nilai sebegini dalam kehidupan harian mereka yang penuh dengan dugaan
itu. Jadi, nilai-nilai murni dapat dipupuk jika pelajar menyertai acara sukan di sekolah.
Malahan, pelajar yang berbakat dalam acara sukan ini juga boleh menjadi pasukan
pelapis kepada atlet negara pada masa hadapan. Usia yang masih muda dan peluang untuk
dilatih dalam tempoh tertentu menjadikan pelajar calon terbaik untuk meneruskan
kegemilangan pasukan negara dalam acara sukan akan terus berlaku. Mereka apabila
mencapai umur tertentu pula akan bertanding untuk memastikan imej sukan negara terus
terpelihara. Maka, pelajar yang menyertai acara sukan boleh dilihat sebagai berpotensi
untuk mewakili negara pada masa hadapan pula.
Sukan juga dilihat sebagai satu kaedah psikologi untuk memberikan keyakinan kepada
diri pelajar itu. Acara sukan memerlukan pelajar berinteraksi dan melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan biasa mereka itu terutama ketika bersaing dalam pertandingan sukan.
Kejayaan pelajar melakukan sesuatu yang luar biasa dalam sukan boleh memberikan
mereka satu keyakinan bahawa diri mereka bagus dalam sesuatu perkara itu.
Sesungguhnya, pelajar akan melihat diri mereka dengan berbeza setelah menyedari potensi
diri mereka menerusi acara sukan yang disertai itu.
Kesimpulannya, semua impak positif tadi memang boleh dialami oleh pelajar kita yang
menyertai acara sukan tersebut. Ibu bapa hendaklah memberikan sokongan yang padu
kepada anak mereka agar melibatkan diri dalam acara sebegini. Sukan tidak harus dilihat
sebagai sesuatu yang membazirkan masa dan tenaga sahaja kerana kejayaan pelajar tidak
harus diukur berdasarkan kejayaan dalam akademik sahaja bersesuaian dengan slogan
badan cergas, otak cerdas. Sudah sampai masanya kita melihat sukan sebagai satu
komponen utama dalam usaha memajukan sistem pendidikan negara itu.
Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh remaja dalam mengharungi kehidupan
zaman globaisasi.
Huraikan kemahiran itu.
Kemahiran remaja bermaksud kelebihan yang dimiliki oleh seseorang remaja itu melalui
pendidikan yang diterimanya. Remaja yang berkemahiran boleh mengharungi cabaran kehidupan
dengan lebih baik dan mudah terutama apabila mereka dewasa kelak. Pihak media massa juga
sering menguar-uarkan kepentingan remaja memiliki kemahiran ini dengan menyiarkan pelbagai
9

berita tentang kemahiran ini. Jadi, apakah kemahiran-kemahiran yang harus dikuasai oleh remaja kita
itu semua?
Kemahiran utama yang harus dimiliki oleh remaja kita ialah mempunyai kebolehan berbicara
dalam dwibahasa itu. Mereka boleh menguasai bahasa asing ini dengan memasuki kelas bahasa
secara peribadi atau berbual-bual dengan rakan yang berlainan keturunan itu ketika berada di
sekolah. Kemampuan berbahasa selain bahasa ibunda ini memberikan satu keyakinan diri kepada
remaja dan peluang untuk memperoleh sesuatu kerjaya pada masa depan juga lebih cerah.
Ringkasnya, kemampuan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa boleh menjadikan diri remaja itu
lebih berketerampilan dalam menjalani kehidupan masyarakat moden itu.
Selain itu, remaja yang bijak akan memahirkan diri mereka dalam teknik berkomunikasi yang
betul. Kebolehan bertutur ini boleh dikuasai dengan baik menerusi amalan bertutur dengan rakan,
guru, dan masyarakat secara umum tanpa mengira situasinya. Kebolehan berkomunikasi bukan
sahaja memudahkan remaja meluahkan perasaan mereka tetapi juga kreativiti tertentu dan
memahami situasi yang sedang berlaku di depan mereka itu. Jelaslah, kemahiran berkomunikasi ini
akan membawa remaja mengharungi kehidupannya dengan lebih yakin terutama alam kerjaya yang
penuh celaru tersebut.
Aspek kemahiran kepemimpinan juga penting dikuasai oleh remaja dalam era globalisasi ini.
Kelebihan aspek ini dikuasai apabila remaja menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah terutamanya aktiviti berunsur persatuan dan pasukan beruniform itu. Remaja akan dididik
cara untuk menguruskan sesuatu projek dengan lancar dan efektif sambil memahami ciri-ciri manusia
secara umumnya. Jadi, remaja akan mampu untuk meneruskan kehidupan masa depan mereka
dengan penuh keyakinan kerana sedar diri mereka memiliki kemahiran yang diperlukan tersebut.
Dunia zaman ini dikuasai oleh kemajuan teknologi komunikasi berunsurkan komputer, telefon
bimbit, dan satelit yang harus difahami oleh remaja. Mereka hendaklah membiasakan diri
menggunakan peralatan komputer dan sebagainya untuk memastikan pengetahuan mereka terhadap
teknologi komunikasi moden begitu mendalam. Kelebihan dalam situasi ini memudahkan remaja
untuk melakukan pelbagai perkara terutama yang melibatkan penggunaan teknologi komputer pada
masa depan itu. Lantaran itu, remaja tidak akan tersisih daripada pelbagai kejadian yang melanda
dunia ini apabila mereka menguasai kemahiran dalam teknologi komunikasi tersebut.
Akhir sekali, remaja hendaklah memiliki kemahiran berfikir secara rasional dan logik dalam
menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kemahiran ini mampu dikuasai apabila remaja diajar agar
melihat semua sudut pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu isu yang melanda
diri mereka itu oleh pihak ibu bapa dan guru. Pemikiran rasional ini akan menjadikan remaja tidak
akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya, undang-undang, dan perasaan pihak
lain di negara ini. Akibatnya, suasana harmoni di negara ini akan terus wujud kerana rakyat kita
mampu untuk menyelesaikan semua kemelut yang berbangkit secara rasional dan mengikut fakta
yang sahih itu.
Natijahnya, semua kemahiran yang dihuraikan tadi perlulah dimiliki oleh remaja kita tanpa
banyak dalih pula. Pihak ibu bapa dan sekolah perlulah merangka pelbagai aktiviti yang bersesuaian
supaya generasi muda itu menerima latihan yang betul untuk menguasai semua kemahiran itu.
Kegagalan kita sebagai masyarakat untuk menyediakan remaja dalam mengharungi cabaran hidup
masa depan merupakan satu kesalahan yang sukar untuk dimaafkan. Bak kata pepatah pemuda
harapan negara, pemudi tiang negara yang membuktikan betapa tingginya harapan masyarakat
terhadap kemampuan remaja kita untuk meneruskan perjuangan memajukan negara ini menjadi
sebuah negara moden kelak.

Kecemerlangan akademik menjadi impian semua pelajar namun masih banyak yang
gagal mencapainya.
Huraikan cara-cara memperoleh kecemerlangan akademik itu.
Kecemerlangan akademik merujuk kejayaan yang diperoleh oleh pelajar di sekolah. Walaupun
ada pihak yang merujuk kejayaan ini dalam bidang akademik sahaja tetapi ada juga yang melihat
meliputi aspek yang jauh lebih luas seperti bidang kokurikulum itu. Pihak media massa sering
mengkritik pihak sekolah yang hanya berjaya melahirkan pelajar yang bagus dalam peperiksaan
10

tetapi masih gagal menyerlah dalam bidang yang lain pula. Jadi, apakah kaedah-kaedah yang boleh
dilakukan oleh seseorang pelajar dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik itu?
Tindakan pertama ialah pelajar perlulah melakukan ulang kaji yang kerap terutama subjek yang
sukar buat mereka itu. Amalan ini boleh dilakukan ketika berada di kawasan sekolah dan juga ketika
di rumah pada bila-bila masa terluang tersebut. Kekerapan melakukan ulang kaji memudahkan
pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam lalu tidak akan mengalami sebarang
masalah ketika menghadapi peperiksaan kelak. Lantaran itu, kecemerlangan akademik boleh
diperoleh apabila pelajar sering melakukan amalan menelaah bahan pendidikan mereka itu.
Selain itu, pelajar yang bermatlamat tinggi untuk memperoleh kejayaan dalam akademik mereka
hendaklah memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Mereka
mestilah bersedia mendengar dan menyalin semua bahan pendidikan yang disuarakan oleh guru
tanpa banyak alasan pula. Tindakan memberikan fokus ketika guru mengajar di kelas memudahkan
pelajar untuk mengetahui bahagian penting sesuatu topik apabila diberi penekanan oleh pihak guru
itu. Akibatnya, pelajar akan berjaya menjawab semua soalan peperiksaan dengan mudah kerana
mereka mendengar semua penerangan guru tanpa ada perasaan prejudis itu.
Tambahan pula, kejayaan dalam akademik menjadi lebih holistik apabila pelajar terbabit
menyertai semua aktiviti kokurikulum mereka. Pelajar yang berfikiran positif akan melibatkan diri
dalam aktiviti persatuan, pasukan beruniform, sukan dan sebagainya dalam usaha menjadikan diri
mereka serba boleh dalam pelbagai perkara di sekolah. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum juga
berupaya untuk merehatkan minda mereka daripada terkongkong oleh amalan membaca buku
akademik sahaja lalu memberikan satu ketenangan minda. Sesungguhnya, banyaj pelajar yang
berjaya dalam akademik turut melibatkan diri secara serius dalam pelbagai kegiatabn korikulum di
sekolah mereka.
Kejayaan dalam akademik turut mampu diraih oleh pelajar apabila mereka tidak terlibat dalam
sebarang kesalahan yang melanggar disiplin sekolah. Golongan sebegini akan mematuhi semua
disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah seperti tidak merokok, tidak ponteng sekolah, tidak
berambut panjang, dan sebagainya dengan penuh jiwa raga mereka. Kemampuan memastikan diri
mereka tidak terlibat dalam kegiatan negatif ini menjadikan minda dan fokus pelajar tidak terganggu
dalam mencapai kejayaan akademik itu. Ringkasnya, pelajar yang berjaya dalam akademik mesti
mematuhi disiplin sekolah kerana mereka tidak mahu isu disiplin menganggu persiapan mereka
dalam mencapai kejayaan dalam peperiksaan kelak.
Kajian juga telah membuktikan bahawa kejayaan pelajar dalam akademik banyak ditentukan
dengan tahap interaksi mereka dengan rakan dan guru di sekolah. Hubungan yang lebih mesra dan
harmoni sesama pelajar lain dan guru akan menjadikan jiwa pelajar lebih tenteram lalu mudah
menerima pelajaran guru. Kewujudan interaksi dengan guru juga membolehkan pihak guru
memberikan tumpuan peribadi kepada pelajar berdasarkan kemampuan mereka dalam sesuatu
subjek tersebut sehingga berjaya. Maka, semakin rapat hubungan pelajar terbabit dengan rakan dan
guru semakin tinggilah peluang untuk dirinya berjaya dalam bidang akademik.
Konklusinya, semua tindakan yang dihuraikan tadi boleh dilakukan oleh semua pelajar yang
mahu mencapai kejayaan dalam akademik mereka. Pelajar harus sedar dan memahami bahawa
kejayaan akademik penting supaya kehidupan masa depan mereka lebih terjamin dan cerah pula.
Kegagalan memperoleh kejayaan akademik di sekolah boleh membawa satu dugaan kehidupan yang
maha besar kepada pelajar tersebut. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan yang membuktikan
bahawa usaha untuk berjaya terletak pada tangan pelajar tersebut.

Semangat kejiranan yang semakin luntur telah menyebabkan timbulnya berbagaibagai masalah dalam masyarakat.
Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya.
Semangat kejiranan merujuk satu perasaan yang mengutamakan jiran tetangga dalam
kehidupan seseorang itu. Pengamalan semangat ini melibatkan sikap sering berbual dengan jiran,
mengunjungi mereka ketika perayaan atau kecemasan serta membantu apabila diperlukan tanpa
sebarang pertanyaan. Media massa turut menyiarkan pelbagai kemelut yang melibatkan aspek
11

kejiranan di negara ini sehingga menimbulkan polemik yang meluas itu. Akibatnya, pelbagai punca
kemelut ini berlaku dan kaedah untuk mengatasinya harus difahami segera.
Punca utama yang membawa lunturnya semangat kejiranan ini ialah perubahan dalam pola
kehidupan masyarakat kita itu. Masa bekerja masyarakat zaman moden sudah berubah berbanding
masa kerja zaman dahulu dan kesibukan bekerja itu membawa masyarakat melupakan jiran mereka.
Kesibukan bekerja ini telah membawa kesukaran masyarakat untuk bertemu dan berbual sesama
sendiri untuk mengukuhkan semangat kejiranan itu. Sesungguhnya, perubahan dalam gaya hidup
terutama masa bekerja telah menjadikan konsep kejiranan itu semakin terhakis dalam jiwa manusia.
Selain itu, kepupusan semangat kejiranan turut dikaitkan dengan jurang status sosioekonomi
masyarakat. Sudah wujud sesetengah ahli masyarakat kita yang berstatus tinggi atau bergaji tinggi
yang memandang rendah jiran mereka yang bergaji kecil itu. Persepsi yang mengutamakan status diri
menyebabkan kurangnya interaksi sesama jiran yang berbeza status tersebut sehingga boleh
menimbulkan perasaan tidak selesa pula. Jadi, semangat kejiranan di negara ini semakin renggang
kerana ada ahli masyarakat kita yang mengutamakan status sosioekonomi apabila cuba menjalin
sebarang hubungan kejiranan itu.
Tambahan pula, kajian membuktikan bahawa semangat kejiranan semakin hilang disebabkan
oleh sikap mengutamakan perkauman begitu menebal. Ada ahli masyarakat kita yang tidak suka
apabila mempunyai jiran yang berbeza kaum daripada diri mereka sendiri itu. Situasi ini
menyebabkan interaksi tidak akan berlaku sesama jiran itu kerana sudah wujud pandangan serong
terhadap jiran yang berlainan bangsa itu. Lantaran itu, rasa hormat terhadap jiran yang berlainan
bangsa akan hilang sehingga menjejaskan konsep kejiranan yang mulia tersebut.
Kemelut kejiranan ini boleh ditangani apabila pihak berkuasa mengadakan lebih banyak program
berunsur kemasyarakatan di peringkat kebangsaan. Antara program itu melibatkan majlis rumah
terbuka setiap kali perayaan yang disambut oleh rakyat di negara ini kerana program sebegini
mewujudkan peluang rakyat untuk berinteraksi sesama sendiri. Semakin kerap program sebegini
dianjurkan oleh kerajaan semakin rapatlah hubungan yang boleh dijalin sesama ahli masyarakat di
negara ini yang berbilang kaum itu. Ringkasnya, program kemasyarakatan harus menjadi agenda
utama kerajaan dalam melaksanakan sebarang program mereka itu.
Ibu bapa juga berperanan dalam memupuk semangat kejiranan ini dengan menyuburkan konsep
jiran yang positif dalam jiwa anak mereka. Golongan tua ini boleh membawa anak mereka menyertai
aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan kejiranan mereka itu seperti aktiviti kenduri-kendara dan
gotong-royong itu. Apabila anak-anak didedahkan dengan amalan yang murni ini sudah pasti jiwa
mereka akan terbuka lalu memahami keperluan mempunyai jiran yang rapat itu dalam kehidupan
moden ini. Maka, ibu bapa mempunyai tugas berat dalam usaha memastikan semangat kejiranan di
negara ini terus wujud tanpa sebarang masalah.
Kesimpulannya, semangat kejiranan di negara ini sedang mengalami satu krisis yang besar
tetapi masih sempat untuk diubah situasinya itu. Semua pihak mempunyai tugas berat dalam usaha
mengekalkan semangat kejiranan di negara ini kerana dugaan yang menanti begitu hebat pula.
Ketiadaan semangat kejiranan boleh menyebabkan pelbagai masalah melanda Malaysia seperti
perselisihan kaum, kejatuhan ekonomi, dan kemungkinan berlakunya peperangan itu amat besar.
Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa semangat kejiranan penting dalam
mengekalkan keharmonian di negara ini untuk dinikmati oleh generasi akan datang itu.

Perpaduan amat diperlukan di negara ini terutama ketika pelbagai cabaran


mendatang.
Huraikan cara-cara untuk memupuk perpaduan di negara kita.
Perpaduan merujuk satu suasana atau ikatan yang mesra antara rakyat sesebuah
negara itu. Antara impak yang timbul akibat ketiadaan perpaduan ialah peperangan, sikap
saling bergaduh dan juga ketiadaan pertumbuhan ekonomi yang stabil di sesebuah negara
itu. Tulisan mengenai kepentingan perpaduan telah banyak kali diketengahkan oleh pihak
12

media massa di negara ini lalu membuktikan betapa seriusnya konsep ini kepada
masyarakat kita. Jadi, kaedah-kaedah untuk mencapai perpaduan di negara ini harus
diketahui dengan mendalam pula.
Tindakan yang paling efektif untuk memupuk perpaduan di negara ini ialah perkahwinan
campur diberikan satu lonjakan atau galakan baru. Maknanya perkahwinan campur menjadi
satu lumrah dalam masyarakat kita kerana cara ini merupakan kaedah paling mudah tetapi
praktikal untuk dilaksanakan oleh masyarakat. Impaknya ialah satu generasi muda yang
lebih bertoleransi terhadap perbezaan kebudayaan dapat dihasilkan kerana sudah melihat
perbezaan budaya kedua-dua ibu bapa mereka itu. Jadi, perpaduan di negara ini mampu
dicapai dengan mudah jika konsep perkahwinan campur itu dilihat sebagai sesuatu yang
positif dan murni pula.
Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka harus diluaskan di negara ini kerana
setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri pula. Rumah terbuka ketika musim
perayaan membolehkan sesiapa sahaja melawat rumah jiran mereka lalu mewujudkan satu
persefahaman tentang kehidupan mereka itu tanpa disedari pula. Lama-kelamaan lawatan
sebegini memberikan satu pandangan yang positif tentang jiran tetangga yang kemudiannya
turut mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang wujud dalam jiwa masyarakat mereka
itu. Maka, perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dicapai melalui perluasan konsep
rumah terbuka di negara ini.
Bukan sahaja perkahwinan campur diberi galakan dan konsep rumah terbuka diluaskan
tetapi sikap saling menghormati antara satu sama lain harus ditekankan juga. Sikap saling
hormat ini menyebabkan setiap lapisan masyarakat tidak akan berani untuk mengeluarkan
sebarang ungkapan atau istilah yang boleh menyinggung perasaan kaum yang lain pula.
Ketertinggian pandangan terhadap perasaan individu daripada kaum lain menyebabkan
rasa perpaduan itu begitu menebal dalam jiwa setiap insan di negara ini. Justeru, perpaduan
akan terus menjadi sesuatu yang dihargai di negara ini jika sikap saling menghormati itu
wujud dalam jiwa penduduk negara.
Malahan, satu program berunsur perpaduan boleh dianjurkan di peringkat sekolah
terutama dalam kalangan remaja untuk memastikan generasi muda turut memiliki perasaan
perpaduan ini. Program ini boleh menekankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembabitan
semua pelajar daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan satu interaksi pula. Jiwa remaja
yang masih mudah sudah pasti akan mudah untuk ditanam dengan unsur perpaduan ini
kerana mereka masih belum memiliki sebarang perasaan negatif terhadap kaum yang lain
pula. Maka, penganjuran program yang bersesuaian dalam kalangan remaja menjadi satu
mekanisme yang baik untuk memupuk perpaduan ini.
Tambahan pula, pihak media massa terutama stesen penyiaran tempatan terutama
swasta boleh menyiarkan pelbagai program yang berunsur perpaduan. Rancangan hiburan,
drama dan dokumentari perlulah menekankan unsur perpaduan seperti mengambil semua
pelakon tanpa mengira kaum atau menyiarkan sejarah kaum yang wujud di Malaysia.
Program melalui media massa ini sudah pasti akan tertanam secara perlahan-lahan dalam
jiwa masyarakat terutama jika unsur hiburan turut diselitkan dalam setiap program tersebut.
Sesungguhnya, perpaduan akan tercapai dengan lebih mudah melalui penyiaran pelbagai
program berunsur perpaduan di media massa kita.
Konklusinya, semua kaedah untuk mencapai perpaduan tadi memang mampu untuk
dilaksanakan lalu mencapai matlamatnya. Semua pihak perlulah memberikan kerjasama
yang baik terutama masyarakat demi perpaduan sejati itu. Ketiadaan kerjasama yang padu
boleh membawa kemusnahan kepada negara ini pada masa yang mendatang terutama jika
isu-isu sensitif terus digunakan oleh pihak-pihak terbabit pula. Peribahasa bersatu teguh
bercerai roboh membuktikan perpaduan itu amat penting buat mana-mana negara di dunia
ini kerana tanpanya negara itu pasti akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa asing pula.

Kebaikan Sukan kepada individu, masyarakat dan negara


Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai
lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian,
13

badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut.
Media massa di negara ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan
yang menarik perhatian masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa
banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara secara tersirat.
Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas
dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti
sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut
menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu
itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih
tinggi sehingga mampu menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah.
Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus
untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada aspek
kesihatan diri mereka pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa seseorang itu
berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik
badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun
sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya berlaku. Akibatnya, masyarakat di
negara ini tidak akan menghabiskan wang mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana
tidak mengalami penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang.
Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi
acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau
kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat
tanpa mengira keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik
dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan
antara kaum tersebut. Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi
kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang
murni itu.
Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah
negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara
sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan
pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan awam.
Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membawa semua projek ini
berjalan lancar sehingga menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang.
Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh
memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu mudah.
Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan
dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan
sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari
sukan itu boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat,
dan negara. Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan
Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat.
Kesan pembuangan bayi
Isu pembuangan bayi telah menjadi satu kemelut duri dalam daging buat masyarakat
kita. Gejala ini telah menyebabkan masyarakat kita berasa malu kerana teras utama budaya
kita mengutamakan aspek kesopanan diri. Pihak media massa juga telah menggunakan
masalah ini untuk mengkritik masyarakar kita secara tersirat. Jadi, apakah, impak yang
dibawa oleh penularan budaya membuang bayi ini?
Kesan yang ketara ialah imej rakyat dan negara ini terjejas pada mata masyarakat
terutama orang asing. Sejak dahulu, masyarakat kita begitu mengutamakan kesopanan
terutama dalam aspek pendidikan remaja kita sehingga menjadi kaguman orang asing.
14

Namun, kejadian pembuangan bayi yang semakin kerap berlaku ini telah menukar persepsi
orang lain itu sehingga memalukan kita pula. Maka, kejadian buruk ini telah menconteng
arang ke muka masyarakat kita tanpa disedari itu.
Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab ini boleh membawa dakwaan jenayah
dikenakan kepada ahli masyarakat kita. Pihak polis telah berkali-kali memberi amaran
bahawa ibu bapa yang melakukan gejala ini boleh didakwa di mahkamah apabila bayi
mereka itu meninggal dunia. Sudah ada banyak kes pembuangan bayi terutama di kawasan
sampah dan sunyi yang membawa kematian bayi tersebut walaupun ibu bapa mereka tidak
mempunyai niat untuk membunuhnya atau mencederakannya. Ringkasnya, amalan buruk
ini bukan sahaja keji tetapi boleh membawa wujudnya kes mahkamah pula yang boleh
menjejaskan masa depan individu terbabit.
Tambahan pula, masa depan bayi itu turut terjejas dek tindakan ibubapanya yang tidak
bertanggungjawab tersebut. Bayi yang dibiarkan bersendirian itu pastinya akan dihantar ke
pusat kebajikan masyarakat dan hidup sebagai anak yatim piatu pula. Tanpa belaian kasih
sayang dan didikan sempurna sudah pasti anak itu akan membesar sebagai insan yang
bermasalah terutama daripada aspek emosinya. Lantaran itu, negara kita akan memiliki
banyak remaja yang mempunyai masalah jiwa yang sukar untuk dikawal sehingga
menimbulkan pelbagai kesan sampingan lain itu.
Kos perbelanjaan pihak berkuasa juga bertambah apabila gejala pembuangan bayi ini
tidak dikawal dengan efektifnya. Kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang
banyak untuk memastikan urusan persatuan kebajikan berjalan dengan lancar. Semakin
banyak penghuni rumah kebajikan ini semakin tinggilah kos yang diperlukan untuk
mentadbirkannya dengan lancar itu. Jadi, kerajaan tidak akan mempunyai wang lebihan
untuk menjalankan aktiviti pembangunan yang lain pula.
Kesimpulannya, amalan pembuangan bayi ini membawa pelbagai impak yang negatif
kepada masyarakat dan negara. Semua pihak terutamanya ibu bapa hendaklah lebih peka
dalam urusan mendidik anak mereka itu. Kalau kita masih menuding jari tanpa mahu
menerima kesilapan diri sudah pasti gejala ini tidak akan mampu diselesaikan dengan baik.
Sudah sampai masanya kita sebagai ahli masyarakat Malaysia bekerjasama untuk
membendung gejala pembuang bayi ini dengan bersungguh-sungguh.

Bincangkan
masyarakat.

punca-punca

makanan

ringan

begitu

popular

dalam

kalangan

Makanan ringan diklasifikasikan sebagai makanan yang mudah untuk disediakan dan
dinikmati oleh masyarakat pengguna tanpa mengira masa. Antara makanan ringan itu
meliputi kategori kerepok, gula-gula, manisan dan sebagainya. Pihak media massa sering
menyiarkan bahan berita mengenai isu makanan ringan ini yang menjadi kegilaan dalam
kalangan kanak-kanak Malaysia. Sebenarnya, ada banyak sebab yang membawa makanan
ringan ini menjadi sesuatu yang lumrah di negara ini terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Punca utama yang mendorong makanan ringan ini begitu menular dalam masyarakat
kita kerana syarikat pengeluar makanan ini begitu bijak merancang strategi pengiklanan
produk mereka itu. Bayangkan setiap iklan yang dikaitkan dengan makanan ringan ini pasti
melambangkan suasana yang ceria dan penuh rasa seronok yang mudah difahami oleh
15

kanak-kanak kita. Ada juga syarikat yang menawarkan hadiah istimewa setiap kali makanan
ringan keluaran syarikat mereka ini dibeli oleh pengguna. Jadi, makanan ringan sudah
sebati dalam masyarakat kita kerana kemahiran syarikat pengeluar untuk mempromosikan
produk mereka dalam bentuk yang menarik lagi unik.
Selain itu, kanak-kanak melihat makanan ringan sebagai sesuatu yang cool atau
menarik untuk dinikmati. Pada pandangan mereka, makanan ringan yang dinikmati itu akan
menjadikan diri mereka lebih dikenali lalu ditiru oleh rakan-rakan yang lainnya terutama
setelah melihat iklan produk tersebut. Makanan ringan telah dikatakan sebagai contoh
kehidupan moden yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak bergaya zaman globalisasi
ini. Bayangkan, tidak ada lagi kanak-kanak yang suka menikmati dodol, kuih tempatan atau
karipap di kantin kerana melihat makanan itu sudah ketinggalan zaman.
Penularan budaya makanan ringan ini turut dikaitkan dengan mudahnya untuk
memperoleh makanan sebegini. Kanak-kanak boleh membeli makanan ini di kedai runcit
dan kawasan kantin sekolah pada bila-bila masa pula terutama ketika masa rehat di
sekolah. Kanak-kanak mendapati keadaan sebegini memudahkan mereka untuk pergi
membeli tanpa sebarang halangan pula. Maka, makanan ringan ini terus menjadi-jadi
kerana makanan ini dijual di mana-mana pun.
Kita juga tidak boleh menafikan bahawa makanan ringan itu secara relatifnya lebih
murah berbanding makanan lain yang dikatakan lebih berkhasiat itu. Kadar harga yang
murah ini kerana makanan ini dihasilkan tanpa khasiat dan begitu mudah cara
penyediaannya berbanding dengan makanan lain yang berkualiti itu. Keadaan ini
menyebabkan kanak-kanak malah orang dewasa melihat makanan ringan ini sesuatu yang
boleh dinikmati sepanjang masa pula. Lama-kelamaan, mereka akan menjadi ketagih
dengan makanan ringan ini tanpa disedari pula.
Malahan, ada pihak yang mengaitkan isu ini dengan kekurangan pengawasan ibu
bapa yang menjadikannya semakin meruncing itu. Banyak pihak melihat ibu bapa zaman ini
terlalu sibuk bekerja sehingga tidak berupaya untuk memantau aktiviti anak terutama
amalan pemakanan yang tidak sihat itu. Ibu bapa lebih suka melihat anak mereka gembira
menikmati makanan ringan ini daripada menegur golongan muda itu kerana sudah penat
bekerja atau tidak mahu menjejaskan hubungan kekeluarga pula. Ketiadaan teguran ibu
bapa itu seolah-olah memberikan lampu hijau kepada anak untuk meneruskan amalan yang
tidak sihat ini dalam kehidupan mereka itu.
Konklusinya, makanan ringan sudah menjadi satu budaya baru dalam kehidupan
generasi moden Malaysia. Kita hendaklah mula berfikir tentang kemelut ini kerana sudah
pasti kualiti kesihatan kanak-kanak kita akan terjejas suatu masa nanti. Topik yang meliputi
obesiti dan gigi rosak sudah mula menjadi perbualan masyarakat kita ekoran menularnya
amalan memakan makanan ringan sebegini. Mungkin sudah sampai masanya, kerajaan
lebih tegas dalam memantau penjualan makanan ringan ini terutama di kawasan kantin
sekolah dan tempat umum yang lainnya.

Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin diketepikan.


Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan bagaimanakah cara
untuk mengatasi gejala ini berlaku?
Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap
bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu
meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak
menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak
berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini?
Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang
dan kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa
ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul
kepada anak. Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan kaedah materialistik
16

untuk mengatasi kesibukan mereka bekerja itu dalam mendidik anak. Akibatnya,
kepincangan akhlak dan semakin menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan
remaja dalam kadar yang begitu pantas serta meluas.
Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di negara ini dalam tempoh terdekat turut
menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita. Pelbagai program yang tersiar terutama
penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk meninggalkan budi
bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu. Semakin lama
remaja menonton program yang sebegini semakin terjejaslah konsep budi bahasa yang
diterapkan dalam dirinya oleh ibu bapa dan pihak masyarakat itu. Jelaslah, remaja tidak lagi
berbudi bahasa kerana terpedaya dengan kandungan palsu atau berunsur imaginasi
khayalan media massa yang diimport itu.
Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan paling utama dalam
membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka harus meluangkan masa dan mempamerkan
teladan yang betul serta memberikan didikan keagamaan kepada golongan muda itu.
Remaja lebih mudah meniru budi bahasa itu apabila melihat sendiri kelakuan baik yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka. Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu bapa
tidak mementingkan aspek kebendaan sahaja.
Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan
sistem pendidikan yang menekankan falsafah kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di
sekolah hendaklah menekankan keperluan membentuk pelajar menjadi insan yang
seimbang peribadinya dalam segi jasmani, rohani, dan intelektual. Masa pelajar banyak
dihabiskan di sekolah yang membolehkan pihak sekolah menyemai nilai budi bahasa ini
dengan lebih baik lagi mendalam itu. Sesungguhnya, kejayaan pihak pengurusan sekolah
dalam melaksanakan tugasnya bakal menghasilkan remaja yang berbudi bahasa itu.
Kerajaan juga boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja
dengan mewujudkan satu program khas untuk remaja. Program Khidmat Negara
merupakan satu aktiviti yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan
terutama menekankan lebih banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan
oleh remaja zaman ini. Remaja yang menyertai program sebegini akan berinteraksi sesama
sendiri untuk satu tempoh yang lama lalu penyemaian budi bahasa boleh dilaksanakan
dengan mudah. Lantaran itu, program yang bercorak kebangsaan tentang budi bahasa
harus dilancarkan oleh kerajaan dengan segera.
Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan mereka dalam
menyelesaikan kemelut sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah
lagi bertamadun buat manusia. Jika remaja masih tidak mahu berubah sudah pasti masa
depan negara ini akan mengalami satu zaman kegelapan yang panjang pula kerana budi
bahasa merupakan asas kehidupan manusia sejagat. Bak kata pepatah biar mati anak,
jangan mati adat yang menekankan betapa pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi
bahasa ini dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang,
dan terbilang itu.

Kesihatan dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi amat penting dalam kehidupan
remaja.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan-amalan remaja yang sihat.
Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki
pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik
penting buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan
tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik,
remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi.
Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu mempunyai disiplin diri
yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar,
menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang
17

negara. Remaja yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti
yang tidak sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik.
Maka, amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan
yang baik.
Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara
hidup yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti
kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang
sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka
dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang
seimbang kepada remaja di negara ini.
Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi
amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama
menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu
kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama
memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan
mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh
memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap
kesihatan.
Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud
dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah
dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu mampu
menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu
memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi
mereka seolah-olah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini.
Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu
mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang
memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami
sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional
mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap
masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh
menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.
Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja.
Kesihatan remaja yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja
tubuh mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya.
Remaja yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran
kehidupan moden kini.
Sesetengah pelajar tidak mempunyai aktiviti tertentu pada masa cuti sekolah.
Bincangkan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa tersebut.
Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat kerana mereka tidak perlu ke
sekolah untuk belajar. Selain cuti hujung minggu, pelajar juga mempunyai cuti pertengahan
semester dan cuti semester selain cuti umum negara. Pelbagai pihak sudah memberikan
pandangan mereka tentang cara yang baik untuk memenuhi masa cuti pelajar ini. Jadi,
wujud banyak aktiviti yang berfaedah buat pelajar ketika cuti mereka itu.
Satu aktiviti yang baik ialah aktiviti yang mamu meningkatkan pencapaian akademik
mereka. Contohnya, mereka boleh menghadiri kelas tambahan di pusat tuisyen, membuat
ulang kaji pelajaran di rumah dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru
sebelum cuti tersebut. Semua aktiviti ini mampu merangsangkan minda pelajar untuk terus
berfikir walaupun mereka masih bercuti untuk meninggikan prestasi pelajaran mereka kelak.
18

Oleh itu, aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran perlu dilakukan oleh pelajar ketika mereka
bercuti ini.
Selain itu, aktiviti yang dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar juga
boleh dilakukan ketika cuti sekolah ini. Antara aktiviti itu ialah pelajar menghadiri seminar
motivasi atau membantu ibu bapa di kebun, ladang dan sebagainya yang baru buat diri
pelajar itu sendiri. Semua aktiviti ini pasti memberikan satu pengalaman yang berguna
kepada pelajar lalu boleh dikaitkan dengan kehidupan mereka sebagai pelajar pula nanti.
Maka, pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang memberikan mereka satu
pengalaman baru dan berguna dalam kehidupan ketika cuti sekolah.
Mungkin juga pelajar boleh melakukan aktiviti yang berupaya untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Pelajar boleh pergi melancong bersama-sama keluarga, pulang ke
kampung halaman dan berkunjung ke rumah sanak-saudara ketika mereka tidak ke sekolah
itu. Ketika melakukan aktiviti ini sudah pasti interaksi dan hubungan lebih akrab akan terjalin
antara pelajar dengan keluarga mereka terutama ayah dan ibu pula. Sesungguhnya, pelajar
boleh melakukan aktiviti yang mampu menjalin hubungan erat antara ahli keluarga mereka
ketika tidak ke sekolah itu.
Selain melancong, belajar dan mendapatkan pengalaman baru, pelajar juga boleh
menggunakan masa cuti itu untuk bekerja mendapatkan pendapatan. Kerja sambilan sudah
menjadi satu gaya hidup pelajar kini kerana selain mendapat pengalaman kerja, diri pelajar
juga boleh memperoleh wang yang dapat digunakan untuk keperluan persekolahan mereka
kelak. Pada masa yang sama, bekerja sambilan ini mendedahkan pelajar dengan alam
kerjaya yang sebenar sebelum mereka benar-benar memasuki alam tersebut lalu
menjadikan diri mereka lebih matang. Oleh itu, masa cuti sekolah boleh digunakan oleh
pelajar untuk mendapatkan sedikit wang saku dengan bekerja secara sambilan.
Kesimpulannya, cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan cuti daripada belajar.
Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti yang sudah
disarankan tadi. Pelajar boleh menambah pengetahuan, bersiar-siar dengan keluarga dan
sebagainya kerana mereka perlu sedar masa itu emas. Jika mereka gagal menggunakan
masa dengan baik sudah pasti diri mereka sendiri akan mengalami kerugiannya.

19

Anda mungkin juga menyukai