Anda di halaman 1dari 6

Karangan mudah: Latihtubi SPM 2013 (1)

Sebab-sebab memilih sebagai tempat / destinasi pelancongan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistemewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar dan dalam memilih Negara kita sebagai destinasi pelancongan. Apakah sebabsebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di Negara sendiri. Antara sebabnya ialah keindahan alam semulajadi yang menarik terdapat di Negara ini. Malaysia mempunyai hutan yang menarik dan dipenuhi dengan flora dan fauna. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran seseorang contohnya Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati contohnya negeri Melaka. Terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A.Famosa, tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain. Dengan melancong, seseorang itu juga dapat menambah ilmu pengetahuan. Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Di Pantai dan di Pulau membolehkan seseorang pelancong itu menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Port Dickson, Desaru, Kota Tinggi dan lain-lain. Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit, Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual setanding dengan luar negara. Selain itu terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan Kraftangan Malaysia kerana menarik dan harganya murah. Pada setiap tahun, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu melancong ke luar Negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya. Kesimpulannya, melancong di Malaysia banyak mendapat kebaikan dan dapat memajukan sektor pelancongan Negara.

Karangan mudah: Latihtubi SPM 2013(2)


Langkah memajukan sukan Negara Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One ,Le Tour De Langkawi,Sukan komenwell dan sebagainya.Pecapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walakin begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah dilakukan untuk memajukan sukan negara. Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia. Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet, pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina di setiap daerah atau di setiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai permainan sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius dalam subjek tersebut. Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa. Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan kepada anak- anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

Karangan mudah: Latihtubi SPM 2013(3)


Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial. Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anakanak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai

benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga. Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak- anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklahbagai mencurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibu bapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka dan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit. Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka. Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.

Karangan mudah: Latihtubi SPM 2013(4)


Karya sastera mampu mencorakkan minda pembaca. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. Karya sastera merujuk hasil penulisan yang meninggikan budaya sesuatu masyarakat itu. Karya yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsur pengajaran positif dan mampu memberi satu kesedaran kepada setiap pembacanya. Sajak, novel, pantun, gurindam, cerpen dan seloka antara contoh karya sastera. Sememangnya karya sebegini berupaya untuk mematangkan pemikiran seseorang itu terutama golongan remaja. Karya sastera sering mengupas kemelut social yang sudah berlaku, sedang berlaku, dan mungkin bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini menyebabkan pembaca mengetahui sesuatu kemelut itu dengan lebih baik dan faham impak yang timbul. Pembaca tidak lagi melihat kemelut hanya daripada satu aspek sahaja tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor menjurus kea rah kemelut tersebut. Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yang berguna kepada pembaca dalam melihat kehidupannya. Lantaran itu, karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca. Kesedaran ini timbul setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusik jiwa mereka. Novel Bukit Kepong mampu menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab mereka tidak menyertai pasukan polis atau pembaca mula melihat anggota polis dengan satu pandangan baru yang positif. Jadi, tanpa karya sastera mungkin masyarakat tidak mengalami apa-apa perubahan minda. Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan. Pemilihan katanya begitu indah dan menyentuh naluri kita. Keindahan bahasa itu melambangkan keyakinan masyarakatnya terhadap bahasa sendiri. Kemahiran berbahasa ini sudah pasti memberi impak yang positif kepada pembaca jua. Sesungguhnya, karya sastera menyebabkan pembaca memiliki pengetahuan bahasa yang luas dan berguna dalam kehidupannya serta kerjaya mereka. Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri ketika menghasilkan karya mereka. Pengalaman itu mampu dikongsi bersama oleh pembaca. Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olah berlaku antara penulis dan pembaca. Keadaan ini memberi satu bentuk hubungan peribadi antara penulis dan pembaca yang memudahkan sesuatu karya itu difahami oleh pembaca. Situasi ini menghidupakan masyarakat untuk menjadi satu entity yang berperasaan kemanusiaan sejagat. Masyarakat yang tiada pilih kasih dan mementingkan diri. Namun, tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya. Karya sastera sering dikatakan membosankan, tidak menepati cita rasa remaja, terlalu panjang, sukar difahami, tidak

melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagi alas an yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan karya sastera dipinggirkan oleh masyarakat terutama remaja yang lebih suka sesuatu yang pantas dan mudah difahami. Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera semakin menghilang. Kesimpulannya, karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakat moden. Cuma karya sastera harus berubah paradigma mereka. Karya sastera harus mencari jalan untuk menembusi minda remaja. Kejayaan karya sastera memahami keperluan remaja bakal memastikan karya murni ini terus hidup subur dalam sanubari masyarakat kita. Sanggupkah kita melihat karya sastera hilang di persada dunia ini?

Anda mungkin juga menyukai