Anda di halaman 1dari 7

TEMA: Alam pekerjaan

TUGASAN: Persediaan-persediaan sebelum menempuhi alam


pekerjaan
Samudera gelora Pawana berpintal,
Cuaca redup ditutup mega,
Jikalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan diduga.
Pantun di atas membawa amanat bahawa sesuatu yang
berisiko jjangan sama sekali dicuba tanpa sebarang persediaan yang
rapi. Walau bagaimanapun, dalam dunia yang mencabar seperti hari
ini, kemampuan meneroka sesuatu yang baharu dan lebih mencabar
memungkinkan individu tertentu boleh mencapai kejayaan sehingga
di luar jangkaan. Sebagai individu yang inginkan cabaran, saya
mengidami kecemerlangan dalam kerjaya ke lautan untuk menjadi
seorang guru yang Berjaya. Oleh hal yang demikian, saya faham
untuk memenuhi matlamat tersebut bukanlah boleh dicapai dengan
mudah. Persis untuk mencapai matlamat besar seperti itu, saya
hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai persediaan sama ada
dalam aspek fizikal, mental emosi dan berani menempuh segala
cabaran. Dalam melalui arus pascamodenisme yang kjian mencabar
dari semasa ke semasa ini, nusa yang kita cinta ini semakin utuh dan
terkenal di persada antarabangsa. Jelaslah bahawa pembangunan
negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-negara maju
yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan duduk sama rendah
berdiri sama tinggi. Namun begitu, dari segi pembangunan atau
pembinaan jati diri masyarakat yang berintegriti dan berkerjaya,
negara kita masih belum Berjaya sepenuhnya. Semakin negara kita
berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus
penganggur dalam kalangan masyarakat di negara kita kerana
banyak berlaku persaingan pekerjaan. Persoalan yang membelenggu
fikiran saya, apakah persediaan saya untuk menempuh alam
pekerjayaan? Hal ini akan menjadi fokus dominan diskusi saya pada
perenggan seterusnya demi kebaikan bersama kerana tiada penyakit
yang tiada penawarnya.
Sebagai cetusan minda saya yang pertama, saya perlulah
memantapkan diri dengan persediaan yang paling asas yang
merupakan persediaan yang vital untuk menempuh alam pekerjaan
dan seharusnya diperkasakan dalam diri saya. Hal ini dikatakan
demikian kerana pekerja seharusnya melaksanakan persediaan awal
dari segi fizikal, mental dan emosi bagi menempuh segala halangan
dan cabaran yang akan mendatang bagi membentuk individu yang
berprestasi dan sentiasa khusyuk dalam pekerjaan. Di samping itu,
pekerja memerlukan motivasi yang tinggi daripada orang lain bagi
memberi kekuatan dalam diri untuk menemouh alam pekerjaan yang
sukar dan bakal menjadi bebanan dalam hidup. Sebagai seorang
remaja yang berwawasan tinggi, saya akan menetapkan sasaran saya
untuk mencapai cita-cita yang saya idamkan bagi memperoleh
kejayaan dalam hidup. Ironinya, remaja mayapada ini bersikap alpa
dan akan menyebabkan banyak berlakunya pengangguran selepas
tamat persekolahan dan kurang tenaga kerja yang mahir dalam
pelbagai bidang pekerjaan. Oleh itu, saya perlulah mengorak langkah
yang liberal bagi membelenggu peningkatan peratus dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Sebagai contoh, tidak mudah menyerah
kalah dan berhempas pulas untuk mencapai kejayaan yang diingini
kerana pada akhirnya saya akan merasa manisnya sebuah
pengorbanan. Sebagai menggulung segala yang telah diperkasakan,
jelaslah bahawa saya perlulah melakukan persediaan awal sebelum
hujan bagi mempersiapkan diri untuk menempuh sebarang halangan
dan cabaran dalam mayapada yang baharu.
Pekerjaan memerlukan individu yang memiliki pelbagai ilmu
yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum serta mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang
sama ada elektronnik, memasak, membina dan heterogen tarbiah
yang berkaitan. Merenung sejenak memikirkan rasionalnya,
persediaan saya untuk menempuh alam pekerjaan yang proaktif
ialah saya seharusnya memprogramkan jadual harian yang amat teliti
dan berdisiplin bagi mengawal dan mengurus masa dengan lebih
sistematik. Hal ini disebabkan oleh saya akan dapat mengikuti semua
perancangan supaya berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan
agar semua perkara dapat dilakukan dengan lancer dan berkesan.
Lagipun, masa itu emas yang seharusnya dihargai dan patut
digunakan dengan sebaiknya dan tidak membuang masa dengan
melakukan yang perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Sebagai contoh, meletakkan cita-cita sebagai perkara yang paling
hadapan daripada aktiviti yang kurang berfaedah seperti membuat
jadual waktu harian dan sentiasa menetapkan target yang hendak
dicapai untuk mendapat masa hadapan yang lebih cerah. Ironinya,
remaja pada masa ini bersikap selektif tentang kerja yang dilakukan
dan hanya mementingkan keserakahan mereka dengan melakukan
perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah dan suka
berfoya-foya tanpa memikirkan masa hadapn mereka yang mungkin
akan terjejas akibat daripada tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu,
saya mestilah memaksimumkan masa saya dengan perkara-perkara
yang mendatangkan faedah dan sentiasa beringat akan masa
hadapan saya kerana masa itu lebih tajam daripada pedang dan tidak
akan menanti saya. Sebagai tuntasnya, jelaslah bahawa setiap waktu
di dunia ini amatlah berharga dan lebih mengutamakan cita-cita yang
hendak dicapai dan lebih fokus terhadap masa hadapan diri sendiri.
Dari perspektif yang lain pula, sebagai seorang remaja yang
berwawasan, saya seyogianya memantapkan psikologi dan emosi
dalam diri saya agar sentiasa bermotivasi tinggi dan tidak mudah
berputus asa dan mendapatkan nasihat serta dorongan daripada
orang atau individu yang paling dekat dengan saya terutamanya ibu
bapa saya yang sentiasa memahami dan cuba untuk menolong saya
dan sentiasa memberi kasih sayangyang sepenuhnya kepada saya
bagai menatang minyak yang penuh. Hal ini dikatakan demikian
kerana saya tidak akan mudah pudar semangat dengan cabaran-
cabaran yang bakal saya tempuhi semasa berada dalam alam
pekerjaan yang penuh dengan tanggungjawab hidup. Di samping itu,
saya akan cuba untuk mengubah Haluan saya ke arah yang lebih baik
dan sentiasa berfikiran ppositif dan terbuka agar setiap pekerjaan
yang saya ingin ceburi dapat dilaksanakan dengan mudah dan
senang. Cuba kita bayangkan sekiranya sikap mudah mengalah dan
senang berputus asa kerana kurangnya motivasi dandorongan yang
utuhdaripada ahli keluarga atau sahabat akan menyebabkan banyak
berlakunya pusing ganti pekerja dalam industry perniagaan kerana
terlalu memlih pekerjaan yang ingin diceburi dan sentiasa cuba untuk
menerima pendapat dan sokongan daripada semua orang yang
mengambil berat tentang saya dan sentiasa mengahargai jasa serta
pengorbanan mereka dan menjadikan semua guru yang pernah
mengajar saya sebagai idola dan sentiasa mengikuti segala jejak
langkah mereka. Sebagai penghias bicara akhir, jelaslah bahawa
kekuatan kjita dapat diperoleh melalui orang-orang yang kita sayangi
bagi menempuh segala kesukaran dan kesusahan yang akan
ditempuh semasa saya di alam pekerjaan yang baharu.
Pertumbuhan ekonomi dunia yang tidak menentu
menunjukkan bahawa kadar ekonomi meningkat hanya 3.1 peratus
pada 2015. Kegawatan ekonomi ini telah memberi kesan di sector
pekerjaan di negara organisasi Kerjasama Islam (OSI). Organisasi ini
dianggitai 57 negara dengan anggaran populasi melebihi 1.6 juta
penduduk di setiap negara pada tahun 2011. OKI juga mencatatkan
purata kadar pengangguran lebih tinggi berbanding dengan dunia,
negara maju dan negara bukan OIC. Lebih istimewa lagi, sudah
terang lagi bersuluh membuat kajian dan mencari maklumat yang
tepat tentang bidang dan kerjaya yang ingin diceburi merupakan
persediaan saya yang proaktif untuk menempuh alam pekerjayaan.
Hai ini disebabkan olah saya perlu banyak membaca bahan-bahan
yang berkaitan tentang bidang yang saya inginceburi. Lagipun,saya
dapat mengetahui tentang keputusan yang diingini jika hendak
menceburi bidang pengurusan melalui membaca daripada bahan-
bahan yang berkaitan tentang bidang pengurusan kerana membaca
jambatan ilmu seperti usaha melalui pembacaan,berbincan dengan
rakan-rakan,guru,Internet dan memperoleh maklumat daripada
tokoh-tokoh yang pernah terlibat dalam kerjaya berkenaan. Sebagai
contoh,saya perlu banyak membaca buku untuk mencari maklumat
seperti kamus dewan,majalah dan buku ilmiah yanglain. Memetik
kata-kata salah seorang ahli filsuf ‘Wahai anakku! Carilah ilmu kerana
apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan jikalau kamu
kaya,ilmu itu akan menjadi perhiasan dirimu.” Ironinya,kebanyakan
remaja terjerumus dan terpengaruh dengan media sosial yang ian
menular dari semasa ke semasa kerana teknologi moden yang
semakin maju sehingga menyebabkan amalan membaca semakin
maju sehingga menyebabkan amalan membaca semakin
berkurangan ditelan zaman kerana masyarakat pada masa ini
terutama golongan remaja yang merupakan pengguna tegar madia
sosial. Solusinya,saya mestilah mengutamakan dan menjadikan
budaya membaca sebagai tabiat dalam kehidupan seharian bagi
memudahkan saya mencari maklumat tentang bidang yang ingin
saya ceburi sebelum memilih bidang tersebut demi masa hadapan
saya.
Beriabadah dan bertawakai kepada Allah yang Maha Esa
merupakan suruhan yang telah ditulis dalam Al-quran untuk semua
umat Islam di muka bumi ini agar tidak terpesong ke jalan yang sesat
dan salah serta menghalang umat Islam daripada menjadi salah
seorang golongan yang jahil dan syirik dengan menyembah tuhan
lain selain Allah. Allah menyuruh kita untuk taat akan perintah-Nya
dan hinduri larangan-Nya agar hidup sentiasa diberkati di dunia dan
di akhirat. Melalui potongan ayat suruh Al-imran yang
mafhumnya’Wahai orang-orang yang beriman! Berpeganglah kamu
dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” Menyingkas
jendela konkrit yang seterusnya,persediaan saya untuk menempuh
dan pekerjaan ialah berusaha dan bertakawal dengan tidak pernah
melupakan ibadah kepada Allah supaya hidup diredai oleh Allah dan
mendayak ketenangan di dunia dan di akhirat. Hal ini disebabkan
oleh saya sebagai seorang umat Islam seharusnya taat dan patuh
kepada perintah Allah agar segala usaha dan cita-cita dimakbulkan
oleh Allah. Di samping itu,saya juga boleh menjadikan segala ibadah
yang dilakukan sebagai bekalan di akhirat nanti dan mendapat kasih
saying daripada Allah yang mahu kuasa yang mencipta segala yang
ada di dunia ini. Bagi membuktikan perkara ini,contoh ketara yang
boleh kita keengahkan ialah melakukan ibadah wajib dan sunut
seperti solat limu waktu,berpuasa dan segala perintah yang perlu
diamalkan oleh semua umat Islam agar memperoleh pahala dan doa
turut diamalkan oleh semua umat Islam agar memperoleh pahala
dan doa turut termakbul. Sebaliknya, masyarakat pada masa ini lebih
terpengaruh dengan kesenoronakan duniawi sehingga lupa akan
tanggungjawab sebagai seorang muslim yang akan menyababkan
mereka tidak mendapat keberkatan ole Allah di dunia dan di akhirat.
Solusinya,saya mestilah malaksanakan kewajipan sebagai seorang
muslim ahar dapat mencapai kejayaan sama ada di dunia dan di
akhirat demi masa hadapan yang lebih cerah. Sebagai penutup
wacana ini,jelaslah bahawa jika ingin Berjaya dalam kehidupan, saya
seharusnya tidak alpa dengan keseronokan mayapada ini sehingga
lupa akan tanggungjawab kepda agama.
Bulan semakin terang, bayang semakin jelas dan diskusi ini
akan diakhiri dengan kata-kata harapan daripada saya. Di sini saya
menegaskan bahawa jelaslah terdapat pelbagai wadah yang efisien
serta persediaan yang dapat saya implimentasikan bagi memastikan
dirisaya dapat menempuh alam pekerjaan dan mempunyai masa
hadapan yang lebih cerah serta sentiasa berfikiran positif dan
terbuka. Kesimpulannya,usaha yang proaktif dan sistematik mestilah
dilakukan kerana perjalanan yang beribu-ribu batu bermula dengan
Langkah yang pertama. Semoga persediaansaya untuk menempuh
alam pekerjaan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sejahtera
dan mengurangkan peritus penganggur kepada angka sifar.

Anda mungkin juga menyukai