Anda di halaman 1dari 2

Zaman sekarang sudah maju, fasa demi fasa perubahan dunia telah

berlaku.Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, berubah pula ke zaman


industri dan zaman atom, kini sampailah kita di zaman yang disebut sebagai zaman
teknologi maklumat (ICT). Dalam pada itu, penemuan dalam bidang ICT telah
berjaya menjadikan tamadun dunia kepada situasi yang lebih suka bersaing antara
satu sama lain.
Pada waktu yang sama, teknologi ICT telah mewajarkan manusia untuk
mencapai berbagai-bagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan
dan maklumat yang paling canggih. Di Malaysia, teknologi maklumat dan komunikasi
merupakan perkara baharu yang begitu diberikan perhatian. Pihak kerajaan telah
mengambil pelbagai langkah yang penting untuk menerapkan budaya ICT dalam
kalangan masyarakat. Oleh itu, pihak kerajaan telah menganjurkan pelbagai kempen
untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa bidang ICT mempunyai faedah yang
sangat besar kepada masyarakat dan negara.
Lain daripada itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat menjadikan
masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan
perkembangan dunia. Hal ini kerana dengan hanya berbekalkan sebuah komputer
peribadi yang disambung dengan rangkaian Internet, masyarakat boleh mendapat
maklumat tentang hal ehwal mengenai seluruh dunia.Mereka hanya perlu menaip di
papan kekunci dan menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini
dalam sesuatu bidang. Misalnya, masyarakat boleh pergolakan politik di Timur
Tengah melalui skrin komputer mereka. Dengan ini, masyarakat Malaysia tidak akan
keciciran maklumat dalam menelusuri arus perdana yang pantas bergerak bagai
belut diketil ekor. Gelaran katak di bawah tempurung jugak tidak akan dilabel pada
setiap masyarakat Malaysia.
Selain itu, dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat dan
komunikasi juga dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat yang
sama ada berada di dalam negara ataupun di luar negara masih dapat
berkomunikasi antara satu sama lain pada bila-bila masa. Maklumat, berita, ucapan
dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan dengan
rasional dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan
tokoh perniagaan juga berjalan lancar hanya dengan melalui Internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama antara semua pihak dapat dipupuk dalam kalangan
rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Jelaslah bahawa kemajuan ICT dapat
merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain walaupun berada di benua
yang berbeza. Kejauhan tidak lagi menjadi penghalanguntuk menjadikan hubungan
semakin akrab bagai isi dengan kuku.
Sementara itu, kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi juga dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita.Perkembangan bidang
ICT secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia.Tanpa
teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di persada antarabangsa. Produk kita
juga akan dicap sebagai produk yang ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan
Malaysia pagi-pagi lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi
maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, seorang insan yang terkaya di
dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia
Super Corridor (MSC) di Kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur
City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), beliau
memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam pembangunan teknologi
maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain.
Dengan berbuat demikian, sistem hidup manusia masa depan akan lebih
bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun,
kebergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat
dinafikan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di
samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baharu yang berkaitan
dengan ICT agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. Sudah
menjadi tugas kita bagai mengambil yang jernih yang buangkan yang keruh.
Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi
tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.

(583 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai