Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan Internet

Pada era globalisasi ini, penggunaan Internet semakin meluas. Internet boleh
mendatangkan banyak manfaat kepada kita.

Kita boleh melayari Internet untuk mencari pelbagai maklumat terkini. Maklumat
yang dikehendaki boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Gambar dan informasi
juga boleh dicetak atau disimpan di dalam komputer.

Selain itu, kita boleh berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai di
seluruh dunia melalui rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Kemudahan ini
bukan sahaja membolehkan kita menghantar mesej serta-merta, malahan menjimatkan
kos.

Di samping itu, kita boleh membuat bayaran bil dan membeli barangan melalui
Internet. Transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara online. Ini dapat
menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran.

Bukan itu sahaja, kita akan peka kepada perkembangan semasa. Kita dapat
mengetahui peristiwa yang berlaku di serata dunia dalam masa yang singkat. Misalnya
berita dalam lapangan politik, sukan dan hiburan. Kita tidak akan menjadi katak di
bawah tempurung.

Pendek kata, Internet memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan
kita. Kita perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini.
Kebaikan Internet dalam Kalangan Masyarakat
- January 05, 2016
Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapatkan maklumat melalui
internet. Berdasarkan pernyataan berkenaan, huraikan kebaikan internet dalam kalangan
masyarakat ini.

Idea-idea penting:

1. Bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat
2. Dapat menyelsaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan
perbankan
3. Dapat berkomunikasi pada jarak jauh dan jarak dekat malah merentasi lautan
seantero dunia
4. Ibu bapa akan mudah mendapat dan menyemak keputusan peperiksaan anak-anak
secara cepat dan berkesan
5. Memudahkan urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan masa dan kos

Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, internet
menjadi perkara penting dalam kehidupan kita. Internet merupakan teknologi asas dalam
pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian
perhubungan dunia yang telah mengecilkan dunia selain televisyen. Ianya juga memberi
banyak kebaikan kepada masyarakat kerana penggunaannya yang meluas dan maklumat
tanpa sempadan. Semua perkara dapat dilakukan dengan adanya internet. Masyarakat tidak
terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas serta
dari mana-mana sahaja mahupun luar negara atau dalam negara. Masyarakat perlulah
menggunakannya dengan sebaik mungkin dan elakkan diri daripada menjadi katak di bawah
tempurung. Dengan kehadiran internet, masyarakat menjadi lebih maju dan mempunyai
pengetahuan yang luas. Internet banyak membantu kita dalam kehidupan seharian. Oleh itu,
mari kita lebarkan skop perbincangan dengan tajuk kebaikan internet dalam kalangan
masyarakat untuk mendalami manfaat internet.
Pertamanya, kegunaan internet yang utama adalah mencari dan mengumpul
maklumat dalam masa yang singkat. Internet sememangnya membolehkan kita mencari
maklumat dalam masa yang singkat. Sama ada kita mencari dengan menggunakan telefon
pintar atau komputer, hanya ada satu keperluan yang membolehkan kita melayari internet
iaitu hubungan internet. Pada zaman ini, perkara ini menjadi satu kewajipan sehingga pada
tahap remaja. Mereka sudah giat menggunakannya untuk berhubung dengan kawan-kawan
mereka. Remaja juga boleh mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.
Internet juga merupakan perkara yang 'mesti ada' dalam kalangan orang yang bekerja. Ianya
memudahkan pencarian dan pengumpulan maklumat kepada sesiapa yang
menggunakannya. Tamsilnya, kita boleh mencari maklumat tentang destinasi yang ingin kita
lawati dan memudahkan pencarian dengan menggunakan aplikasi GPS. Dengan itu, kita
boleh membuat pilihan destinasi mahupun menyediakan bajet atau kos untuk percutian
tersebut. Sejajar hal ini, masyarakat dapat meluaskan pandangan mereka bukan sahaja di
dalam negara tetapi luar negara juga. Di samping itu, penggunaan internet menggalakkan
masyarakat Malaysia untuk bercuti dan juga orang luar melawat ke negara kita. Kesannya,
internet menggalakkan pergerakan masyarakat dari serata dunia untuk melawat ke negara-
negara lain. Internet juga boleh memberikan maklumat tentang apa-apa sahaja dengan
menggunakan hujung jari sahaja.

Seterusnya, mari kita selusuri tentang kebaikan internet iaitu dapat menyelesaikan
pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan. Semakin maju
teknologi, semakin maju masayarakat zaman sekarang. Negara yang maju mempunyai
sistem pengurusan kewangan yang mantap. Negara kita sedang menuju Wawasan 2020,
dengan itu, Malaysia telah menaiktaraf pengurusan pengendalian kewangan. Rakyat
Malaysia boleh membuat bayaran cukai melalui 'online'. Kebaikan membayar bil atau cukai
secara atas talian menjimatkan masa dan memudahkan rakyat Malaysia membayar cukai
dan bil masing-masing serta mendorong kepada pembayaran yang tidak bertangguh dan
tidak bermasalah. Contohnya, segelintir masyarakat ingin membayar cukai atau
melangsaikan hutang dengan dengan menggunakan kemudahan Maybank2U. Kita hanya
perlu memilih untuk membayar dengan Maybank2U atau cara lain untuk menyelesaikan
bayaran tersebut. Internet memberi kemudahan kepada kita untuk membayar cukai, bil dan
urusan perbankan. Oleh itu, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dengan membayar
perkara-perkara tersebut kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Cuba kita
fikirkan, apa akan terjadi jika rakyat Malaysia tidak terdedah kepada penggunaan internet?
Sudah tentu pembangunan Malaysia membangun secara perlahan atau tidak membangun
sama sekali. Kesimpulannya, kita perlu menghargai kegunaan internet dengan membuat
perkara yang berfaedah seperti membayar bil dan urusan perbankan.

Seterusnya, internet dapat berkomunikasi di antara jarak jauh dan jarak dekat malah
merentasi lautan seantero dunia. Internet memudahkan perhubungan kita dengan saudara
mara kita yang jauh. Kemudahan perhubungan internet seperti 'Facebook', 'Twiter', 'email'
dan lain-lain dapat menghubungkan kita dengan seseorang di mana-mana sahaja. Berikutan
itu, dengan adanya kemudahan internet, keselamatan juga terjamin. Tamsilnya, ibu bapa
yang menghantar anaknya untuk belajar di luar negara selalu berhubung menggunakan
perkhidmatan 'skype'. Ibu bapa boleh berhubung dengan anak malah boleh melihat wajah
mereka juga. Internet amat penting bagi mengekalkan hubungan yang erat kerana air
dicincang tidak akan putus. Lantaran itu, Internet membolehkan kita berhubung dengan
keluarga dan kawan tidak kira di mana sahaja kerana internet tiada sempadan untuk
berhubung antara satu sama lain. Internet sememangnya memberi kelebihan untuk kita
berhubung dengan orang lain tidak mengira jarak sama ada dekat atau jauh.

Selain itu, internet membenarkan ibu bapa mendapatkan keputusan peperiksaan anak-
anak secara cepat dan berkesan. Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga
tidak mempunyai masa untuk melihat prestasi anak-anak di sekolah. Ibu bapa haruslah
mengetahui pencapaian anak dalam pelajaran supaya kebajikan mereka tidak terabai dan
mereka akan rasa disayangi oleh ibu bapa yang sibuk mencari duit untuk menampung
perbelanjaan seharian. Internet boleh membaiki perkara berikut dengan mewujudkan sebuah
laman web khas untuk mengetahui rekod pencapaian anak di sekolah. Tamsilnya, laman web
SAPS disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan ibu bapa menyemak keputusan
peperiksaan anak secara atas talian. Dengan melayari laman web ini, ibu bapa dapat
menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, ibu bapa boleh terus berhubung dengan guru
untuk membincangkan hal anak dalam kumpulan 'WhatsApp'. Lantaran itu, ibu bapa dapat
mengawal hal eehwal anak-anak walaupun mereka tiada dalam pandangan ibu bapa. Oleh
itu, internet digalakkan dalam masyarakat kini yang tiada masa untuk meluangkan masa
bersama-sama keluarga.
Selanjutnya, kebaikan internet juga adalah memudahkan urusan pembelian barang
sekali gus menjimatkan masa, tenaga dan kos. Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan
rutin harian mereka iaitu bekerja untuk mencari rezeki supaya dapat mengurangkan beban
inflasi yang meningkat pada kebelakangan ini. Lanjutan daripada isi sebelumnya,
kebanyakan masyarakat tiada masa untuk meluangkan sedikit masa untuk beriadah. Internet
memberi jalan lain yang memudahkan kehidupan masyarakat dengan prasarana dan
kemudahan-kemudahan lain. Bagi seseorang yang tidak mempunyai masa untuk beriadah
atau membuat urusan lain, Internet boleh memudahkan urusan pembelian barang
terutamanya barang runcit. Jika dibandingkan dengan negara lain, negara seperti Jepun dan
Korea telah mempraktikkan amalan ini dalam kalangan masyarakatya. Sejajar hal ini, kita
dapat mencontohi amalan mereka dan mempraktikkannya di Malaysia. Dengan
menggunakan Internet. masyarakat boleh menjalankan rutin harian mereka dengan lebih
cepat dan berkesan.

Akhirul mukaddimahnya, penggunaan internet sememangnya jelas memberikan seribu


satu faedah atau manfaat kepada kita. Oleh itu, sebagai masyarakat yang berminda kelas
pertama, kita perlulah memanfaatkan penggunaan internet dalam menimba ilmu
pengetahuan khasnya. Dalam era serba moden ini, kita janganlah ketinggalan umpama katak
bawah tempurung kerana penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan
kemajuan negara sekarang. Jadi pihak kerajaan perlulah mendidik masyarakat
menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekali gus setanding dengan
masyarakat negara maju lain demi mencapai Wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak
ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Tuntasnya, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet
sememangnya memberikan pelbagai faedah kepada kita.
For You
The internet is a weaponized tool with potential for both good and evil uses. Being that it
connects the minds of billions of human and Ai entities across the world directly to one
another through interactive multimedia.

What this means is that it becomes an extension of its users will and intent to a level limited
only by that users finances, creativity, intellect and the current reaches of technology in
general.

It has the potential to be either important or pointless in the lives of each individual and for
as many various reason as there are unique minds which use it or ignore its very existence.

It can connect students to knowledge and professors to colleagues using all of their senses in
ways which probably have not even been conceptualized of yet. If physicists, other scientists
and engineers create a way to design and build systems and methods to utilize quantum
entanglement as a means of transporting data streams across light years; then it will
potentially become inescapable no matter how far you travel in the universe.

Whether it’s important influence is positive or negative will be determined by what


humanity uses it for as groups and as individuals. Communication is what glues individuals
together to create the network which is society. Society is dependant upon having
communications and the internet is the most powerful communication tool or weapon that
we have yet built and deployed into continual 24/7/365 usage. The network creates a new
layer over top of normal more physically local societal branches using social media
platforms where not only do humans and now Ai gather and process data but also
contribute to it in a live and psychological way and in some ways even physical.

Its benefits are limitless and its dangers are potentially catastrophic in nature when social
engineering practices are properly deployed and masterfully enacted in a clockwork fashion.

It will either be one of our greatest achievements as a species or the vice which squeezes the
very human essence from our being. It could very well save or destroy the world as we know
it, simply by how we allow it to effect our minds and how we perceive each other.

The determining factor is humanity and what it allows itself to become.

http://www.klientsolutech.com/internet-in-our-life/

http://www.klientsolutech.com/how-internet-impact-on-society-positively-and-negatively/

Anda mungkin juga menyukai