Anda di halaman 1dari 2

Amalan gaya hidup yang sihat.

Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya


hidup sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri.
Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak
kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini
meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala.
Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini
kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan
rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang
boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu
kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka
hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran
dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang
memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk
menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet
yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka
masa yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu
kehidupan yang sihat. Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang
dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal
penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan
penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan
rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan
seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu
ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman
yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat.
Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan
dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan
tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman
menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat
manusia.
Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya
hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan
tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan
rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu
memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi,
rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan
oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh
badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki
gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman
moden begitu banyak tekanan baik di pejabat mahupun di rumah bersama-sama
alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan
melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan

mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional.


Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan
moden yang begitu mendesak ini.
Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan bahawa satu gaya
hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan
terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup
semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan
masyarakat kita dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak
yang buruk. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya
aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai