Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah mengekalkan tubuh badan kekal sihat.

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mulka sedar akan kepentingan menjalani hidup
sihat. Namun , masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting.

Semua orang ingin hidup sihat. Apabila sihat, badan akan rasa lebih cergas dan bersemangat
Ada beberapa langkah untuk memastikan badan kita sihat. Antaranya ialah kita perlu makan
makanan yang seimbang. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dieelakkan atau dikurangkan agar
dapat mengawal penyakit seperti diabetes, kolestrol tinggi, obesti dan sebagainya.

Penampilan dan kebersihan diri juga perlu diutamakan . Ini kerana kebersihan akan
mengelakkan kita dari dijangkiti pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan kita.
Kebersihan menggambarkan keperibadian seseorang dan kita lebih berkeyakinan dalam pergaulan.

Kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan


kekuatan stamina dan kesihatan yang baik. Contohnya, kita boleh berjoging, bermain bola sepak
atau aktiviti sukan yang kita minat kerana secara tidak langsung ia membantu kita menjaga
kesihatan melalui bersenam.

Apabila kita tidur dengan cukup, badan kita akan mendapat rehat yang secukupnya. Kita
dapat mengelakkan keletihan seharian belajar atau bekerja melalui tidur yang cukup. Rehat sebegini
menjadikan badan kita kembali cergas dan lebih bertenaga seterusnya mengurangkan stres.

Pemeriksaan berkala akan memastikan kita peka dengan kesihatan badan kita. Dengan
berfikiran positif pula akan membantu kita lebih ceria dan sihat.Kita harus sentiasa menjaga emosi
dengan baik sama ada untuk diri sendiri atau dengan orang lain supaya kehidupan kita lebih ceria
dan bermakna tanpa sebarang masalah.

Oleh itu, menjadi masyarakat yang sihat dan cerdas akan melahirkan generasi yang sihat dan
seimbang serta meningkatkan kemajuan negara.Sebagai masyarakat yang prihatin, kita haruslah
memupuk kesedaran untuk menjaga kesihatan bersama.

Anda mungkin juga menyukai