Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN/FAEDAH/KEBAIKAN/MANFAAT

AKTIVITI BERIADAH ATAU BERSUKAN ATAU BERSENAM

Dewasa ini, masyarakat kita sering berlumba-lumba mengejar kejayaan kerjaya


dan kemewahan. Mereka beranggapan bahawa kemewahan merupakan kunci kepada segala
kesenangan sehingga alpa/lupa akan kepentingan aktiviti beriadah atau bersukan yang
merupakan amalan gaya hidup sihat. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran tentang
kepentingan mengamalkan aktiviti riadah/sukan sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya,
apakah kepentingan aktiviti riadah/sukan kepada kehidupan kita?

Antara kepentingan aktiviti riadah/sukan ialah aktiviti ini dapat menyihatkan


tubuh badan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita beriadah/bersukan, kadar
lemak yang terkumpul di dalam badan boleh dikurangkan. Selain itu, jantung kita dapat
mengepam darah dengan lancar. Kesannya, kita tidak akan berasa lesu dan mengantuk
ketika belajar di kelas. Misalnya, kita boleh berjoging atau bersenam robik bersama-sama
rakan atau keluarga pada waktu lapang. Dengan ini kita dapat menghindari penyakit jantung,
diabetes, dan darah tinggi secara total. Tegasnya, aktiviti beriadah atau bersukan penting
dalam melahirkan badan yang cergas dan otak yang cerdas untuk menikmati kesihatan yang
baik kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Selain itu, aktiviti beriadah/bersukan membuka ruang dan peluang untuk kita
mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan rakan taulan. Saya
berpendapat sedemikian kerana ketika melakukan aktiviti ini, ahli keluarga atau rakan-rakan
boleh berkongsi pandangan dan masalah sepanjang masa mereka bersama. Impaknya, setiap
ahli keluarga atau rakan akan lebih memahami antara satu sama lain dan dapat merapatkan
jurang antara mereka. Mereka juga dapat menikmati keseronokan beriadah/bersukan dan lebih
bersemangat melakukannya di sisi orang-orang tersayang. Sebagai contohnya, kita boleh
beriadah/bersukan bersama-sama ahli keluarga di taman rekreasi atau bermain futsal bersama
rakan-rakan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hubungan kekeluargaan yang erat dapat
dilahirkan melalui aktiviti riadah /bersukan.

Seterusnya, aktiviti riadah/sukan dapat menghindari remaja daripada terlibat


dengan gejala sosial. Hal ini demikian kerana masa lapang remaja dapat dipenuhi dengan
aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan kerana masa itu emas. Jika tidak, remaja
pasti akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak dan berbual-bual kosong
serta terjerumus dalam kancah merokok dan dadah. Oleh itu, dengan beriadah /bersukan
seperti bermain badminton, sepak takraw dan bermain bola tampar, remaja bukan sahaja dapat
keseronokan dan kesihatan yang baik malah dapat menghindari diri daripada gejala negatif, bak
kata peribahasa Melayu, menyelam sambil minum air.

Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan aktiviti berriadah atau bersukan. Oleh


itu, semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi memupuk kesedaran
dalam diri masyarakat tentang kepentingan beriadah / bersukan dalam kehidupan harian.
Dengan ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan bebas penyakit.
KEPENTINGAN BERSUKAN KEPADA MURID

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka
bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun 2011, kerajaan telah
memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh
aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak,
tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu
melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid.
Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti
mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang
ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin
berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung
sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.

Selain itu, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini
dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan
badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh.
Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan
rakan-rakannya yang tidak bersukan

Seterusnya, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan
menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa
untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada
jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga
berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif.
Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara
rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong
Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-
baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka
dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam
bidang sukan tidak berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan
masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh
itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa
faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk
bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu
juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh
sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak
melakukannya hanya hangat-hangat tahi ayam.
Aktiviti sukan dan riadah dapat memberi kebaikan kepada
orang ramai. Bincangkankenyataan tersebut.Skema Jawapan:Pengenalan:

-sukan dan riadah dijalankan pada waktu terluang.-antara aktiviti bersukan termasuk
bermain bola sepak dan lain-lain.-di negara maju, sukan sudah menjadi kelaziman.-di
negara kita, masih ramai tidak menyedari kebaikan bersukan dan beriadah.-
persoalannya apakah kebaikan bersukan dan beriadah?

Isi 1:

-bersukan dapat menyihatkan badan-mengeluarkan peluh dan badan menjadi sihat-


contohnya, masyarakat jepun mempunyai jangka hayat tinggi kerana gemar bersukan
dan beriadah.-tambahan pula

badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas

-Oleh itu, rajin bersukan/ beriadah melahirkan masyarakat sihat.

Isi 2:

-bersukan dapat membentuk disiplin diri dan nilai-nilai murni-bersukan mengajar


menepati masa, kesungguhan, kerjasama dan sebagainya-umpamanya, dalam
pertandingan badminton mengajar supaya gigih dan bersemangat tinggi-maka
mereka yang aktif bersukan dan beriadah menjadi insan yang cemerlang

Isi 3:

-bersukan dan beriadah melahirkan masyarakat yang bersatu padu.-pelbagai kaum


dapat bersukan dan beriadah bersama-sama.-contohnya, di sekolah, pelbagai kaum
akan menjalankan aktiviti sukan bersama-sama-dapat menghasilkan perpaduan kaum
di negara kita.-Jadi, dapat melahirkan negara aman / harmoni

Isi 4:

-bersukan/ beriadah dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu/ waktu cuti.-
akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan-contohnya- ibu bapa boleh
membawa anak berjoging atau bermain badminton-akan mengeratkan rasa kasih
sayang dalam keluarga-jelasnya, bersukan dapat membentuk keluarga bahagia
keluarga bahagia negara sejahtera

Penutup:

-Intihanya, sukan / riadah banyak memberi kebaikan kepada orang ramai-Bersukan


bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengukuhkan perpaduan
dankeluhuran keluarga-ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak bersukan melentur
buluh biar dari rebungnya

Anda mungkin juga menyukai