Anda di halaman 1dari 1

Faedah Bersukan

Bersukan merupakan sejenis aktiviti riadah yang baik untuk tubuh badan kita. Kita
digalakkan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Bersukan terdapat banyak faedah
yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedah ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita
berbasikal, berjoging atau bermain badminton, badan akan mengeluarkan peluh dan lemak
dalam tubuh kita dapat dibakar. Dengan ini, badan kita akan menjadi sihat dan cergas, otak
juga menjadi cerdas.

Melalui bersukan, kita dapat mengeratkan hubungan dan memupuk sikap bekerjasama.
Kita dapat berkenalan dengan sesiapa tanpa mengira umur, bangsa mahupun agama.
Perpaduan antara kaum dapat dipupuk apabila bermain dalam kumpulan. Pada masa yang
sama, kita dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang sukan.

Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang. Kesibukan kita menyertai sesi
latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Sementara itu, kita dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan stress.

Tidak dapat dinafikan bahawa bersukan juga dapat mengelakkan penyakit seperti
penyakit jantung, diabetis dan sebagainya. Kita dapat mengaktifkan jantung apabila kita
melakukan aktiviti riadah. Di samping itu, organ-organ kita juga dapat berfungsi dengan
baik. Oleh itu, kita dapat nenjalani kehidupan dengan ceria.

Kesimpulannya, bersukan amat penting untuk kita. Kita dapat hidup dengan aman
sentosa dengan melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyahut
seruan agar selalu bersenam untuk mencerdaskan otak dan mencergaskan badan.

Di samping itu, kita dapat mengharumkan nama sekolah. Sekiranya kita berbakat dalam bidang
sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya
memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita
juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Anda mungkin juga menyukai