Anda di halaman 1dari 43

1

BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Organisasi pendidikan merupakan satu elemen yang amat bermakna dalam pembangunan
sebuah negara bangsa. Pembangunan organisasi pendidikan sesebuah negara mampu
mentakrifkan semula kemajuan negara tersebut. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi
menentang kemiskinan, membina demokrasi dan membentuk masyarakat yang sejahtera
(Preston dan Elo, 1996, dalam Affizal Ahmad, 2011).

Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka
suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri,
serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan
(Tribus, 1992, dalam Affizal Ahmad, 2011).

Menurut Hoy dan Miskel (2005), organisasi pendidikan adalah sebuah sistem
terbuka yang mengambil kira terhadap struktur dan proses yang memerlukan input dari
persekitaran, menukarkannya kepada pengeluaran/output kepada persekitaran. Oleh itu,
organisasi pendidikan dilihat sebagai sebuah sistem yang mempunyai interaksi sosial
( Cole, 1995; Hoy & Miskel, 2005). Menurut Cole (1995) sistem sosial adalah berasaskan
perhubungan dan sistem keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi.
Organisasi sekolah dilihat merupakan satu organisasi yang mengamalkan sistem sosial
kerana terdapat sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain.

Sistem sosial organisasi pendidikan mempunyai beberapa elemen yang bertujuan


untuk mempengaruhi tingkah laku manusia di dalamnya untuk bekerja ke arah matlamat
yang telah ditetapkan (Hoy & Miskel, 2005). Menurut Hoy dan Miskel (2005) elemen-
elemen tersebut adalah struktur, individu, budaya dan politik. Interaksi sosial di dalam
organisasi pendidikan yang terdiri dari pelajar, pendidik, pekerja-pekerja sokongan, ibu
bapa dan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengannya sama ada secara formal atau tidak.
Interaksi di pelbagai peringkat struktur organisasi ini akan menjadi faktor penentu
kepada pembentukan budaya dan iklim organisasi sekolah. Setiap organisasi pendidikan
2

mempunyai budaya dan iklim tersendiri yang mampu membezakannya daripada


organisasi yang lain dan mempengaruhi tingkah laku dan perasaan guru dan pelajar di
sekolah itu (Sergiovanni & Starratt, 1998).

2.0 DEFINISI BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH

2.1 Budaya Sekolah

Istilah budaya telah cuba ditakrifkan dan dibincangkan dalam pelbagai bidang kehidupan
termasuk antropologi, sosiologi, sejarah, bahasa dan retorik. Dari kemanusiaan ke bidang
sains, definisi budaya masih lagi menjadi satu istilah yang subjektif. Menurut
Sergiovanni (1991), di setiap sekolah terdapat pelakuan lazim yang boleh diperhatikan
dalam melahirkan peraturan-peraturan perhubungan. Peraturan ini adalah norma yang
mendefinisikan tindakan manusia, apa yang betul dilakukan, apa yang diterima dan apa
yang diharapkan. Norma ini adalah hasil ekspresi nilai dan kepercayaan oleh ahli dalam
organisasi. Ravasi dan Schultz (2006) menyatakan budaya organisasi adalah satu set
andaian yang dikongsi bersama dalam organisasi dalam interpretasi dan tindakan dengan
mendefinisikan kelakuan yang sepatutnya dalam keadaan-keadaan yang berlainan. Pada
masa yang sama, walaupun organisasi itu mempunyai ‘budaya sendiri yang unik’, dalam
organisasi yang lebih besar, terdapat budaya yang pelbagai dan kadang kala wujud
konflik budaya yang disebabkan oleh ciri pentadbiran oleh pengurusan yang berbeza.
Budaya juga boleh menjadi negatif dan positif.

Clifford Geertz (1973) merupakan perintis kepada pemahaman istilah ini.


Menurutnya, budaya merujuk kepada “historically transmitted pattern of meaning
embodied in a symbols.” Simbol ini termasuklah yang mesej bertulis (eksplisit) dan yang
tersembunyi (implisit) terkandung dalam bahasa. Elemen penting menurut Geertz dalam
budaya adalah norma, nilai, kepercayaan, tradisi, upacara, perayaan dan mitos yang
diterjemahkan oleh sekumpulan manusia. Oleh itu, nilai yang lahir daripada perancangan
mengajar, cara pengetua mengendalikan mesyuarat dan bagaimana dewan sekolah dihias
merupakan sebahagian daripada budaya sekolah.
3

Dimensi budaya sekolah menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010) adalah
berkenaan nilai, kepercayaan dan ideal yang dipegang dan dikongsi oleh anggota-anggota
komuniti sekolah. Ini meliputi kepercayaan terhadap tujuan persekolahan dan pendidikan,
peranan guru dan murid, misi dan visi sekolah dan sebagainya. Aspek budaya sekolah
juga meliputi kepercayaan dan nilai yang dikomunikasikan daripada guru dan murid
menerusi cerita dan pengumuman dalam perhimpunan mengenai peristiwa-peristiwa yang
mewujudkan imej sekolah yang diingini.

Menurut Hoy & Miskel, (2001, dalam Yaakob Daud, 2007), budaya sekolah
ditakrifkan sebagai pengumpulan nilai dan norma daripada warga sekolah yang menjadi
amalan guru. Budaya merupakan consensus berkaitan perkara yang penting dan perkara
yang tidak penting. Amalan-amalan ini bersifat kumpulan dan bukan bersifat individu .

Di dalam budaya sekolah terkandung corak idea, norma, pemikiran dan nilai-nilai
yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Kepimpinan instruksional
pengetua memainkan peranan yang penting dalam menentukan budaya sesuatu sekolah.
Berdasarkan pengalaman lepas pengetua dan pendidikan yang diterima, pengetua yang
mempunyai kepimpinan instruksional yang tinggi mungkin akan menjadikan program-
program instruksional seperti Budaya Membaca sebagai budaya yang perlu diterapkan,
sementara pengetua yang cemerlang dalam bidang sukan mungkin akan menjadikan
Budaya Kecemerlangan Kokurikulum sebagai budaya sekolah. Budaya organisasi bukan
sahaja mempengaruhi individu di dalam organisasi tetapi juga kepada persepi masyarakat
terhadap organisasi. Ibu bapa akan dapat mengenali budaya setiap sekolah yang positif
dan berkesan.

2.2 Iklim sekolah

Konsep iklim organisasi dibangunkan pada lewat 1950an apabila saintis sekolah mencuba
untuk membentuk konsep variasi dalam persekitaran pekerjaan. Walaupun terdapat
banyak pengkaji yang mencuba untuk mendefinisikan iklim organisasi, (Halpin & Croft,
1963; Pace & Stern, 1958), tetapi konsep ini dipopularkan oleh Taguiri, 1968.
Menurutnya, iklim terbentuk daripada tatarajah ciri-ciri kekal tertentu seperti ekologi,
4

milieu, sistem sosial dan budaya, seperti mana personaliti seseorang terbentuk daripada
ciri-ciri personalnya.

Menurut Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim
sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang
individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi
iklim sekolah berkenaan. Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan
sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.

Iklim sekolah ditakrifkan sebagai aspek fizikal dan pisikologi sesebuah sekolah
yang menyediakan pra-kondisi yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (Tableman, 2004). Manakala menurut National School Climate Center,
Center for Social and Emotional Education, and National Center For Learning and
Citizenship at Education Commision of the State, 2008) mengatakan bahawa iklim
sekolah merujuk kepada kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sekolah. Ianya berdasarkan
corak pengalaman kehidupan di dalam sekolah dan menunjukkan norma, matlamat, nilai,
hubungan interpersonal, pengajaran, amalan kepimpinan dan pembelajaran dan struktur
organisasi.

Striven (1985) berpendapat iklim sekolah adalah ‘suasana’ dalaman sekolah


dalam mana kita akan terasa kemesraannya sama ada komuniti dalamnya riang, atau kita
akan terasa ahli-ahlinya tidak peduli antara satu sama lain. Sergiovanni (1971) melihat
iklim sekolah sebagai satu cirri yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Ia
mempengaruhi tingkah laku guru dan murid serta ahli-ahli lain di dalamnya malah juga
dapat ‘dirasai’.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) pula menggunakan istilah budaya sekolah


untuk menerangkan suasana sekolah yang hampir menyamai iklim sekolah.
Mengikutnya, suasana sekolah yang baik adalah di mana persekitarannya dirasakan
selesa, tenteram, mesra, riang dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.
5

3.0 HUBUNGAN DI ANTARA BUDAYA SEKOLAH DAN IKLIM SEKOLAH

Iklim biasanya digunakan untuk mengambarkan sesebuah organisasi atau kumpulan


kerja. Manakala budaya bukan sahaja mengandungi gambaran sesebuah organisasi tetapi
juga ramalan, nilai dan kepercayaan yang memberikan organisasi itu satu identiti dalam
menentukan standard kelakuannya (Stephen & Stuart, 1995).

Menurut James Keefe (1993), iklim adalah satu ukuran kepada budaya organisasi.
Menurut beliau “Adalah mudah untuk merasai budaya daripada iklim. Iklim adalah
sesuatu yang mengelilingi persekitaran kita, ianya tidak semestinya sebahagian daripada
kita. Budaya adalah sesuatu yang kita bawa ke mana sahaja kita pergi”. Melalui
kenyataan ini, dapat kita lihat perbezaan yang jelas antara budaya dan iklim. Budaya,
disebabkan ia bukan sahaja mengandungi suasana persekitaran tetapi juga nilai dan
kepercayaan. Interaksi antara manusia dan iklimnya adalah sebahagian daripada budaya,
tetapi ekspresi manusia terhadap budaya tidak semestinya sebahagian daripada iklim
organisasi.

Menurut Sergiovanni (1991), keduanya mempunyai ciri-ciri yang sama, tetapi


iklim adalah lebih interpersonal dan hakiki dan dapat dilihat dalam sikap dan kelakuan
guru, penyelia, pelajar dan pengetua di tempat kerja. Ianya adalah konsep yang
membenarkan perbezaan dan persamaan kelakuan organisasi didefinisikan, sama ada
secara baik atau sebaliknya gaya operasi sekolah tersebut.

Budaya sekolah lebih normatif daripada iklim sekolah dimana ianya adalah
refleksi daripada perkongsian nilai, kepercayaan dan komitmen anggota sekolah yang
mengandungi dan melangkaui hidup interpersonal (Sergiovanni,1991). Kepercayaan dan
pendirian sekolah terhadap pendidikan, organisasi, hubungan manusia; Apa yang diharap
untuk dicapai; elemen yang perlu ada dan ciri-cirinya; dan imej yang diperlukan
dipamerkan merupakan cirri yang perlu untuk mendefinisikan budaya yang ingin
dikembangkan oleh sekolah.
6

4.0 KEPENTINGAN BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH

Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati.
Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam
kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-
pelajar. Peranan budaya dan iklim yang p

ositif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan sumbangan yang besar
terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah tersebut.

Pertama adalah apabila sesebuah sekolah itu mengamalkan budaya dan iklim yang
positif dan berada dalam keadaan yang baik secara tidak langsung potensi dan imej
sekolah tersebut akan meningkat. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung
sekolah terlibat akan dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah
sebegini akan menjadi tumpuan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah tersebut. Contohya seperti Sek. Keb. Zainab 2, Kota Bharu Kelantan dengan
mengamalkan budaya dan iklim yang positif prestasi akademik mereka meningkat dan
sekarang sekolah tersebut dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi.

Selain itu, guru-guru dan pelajar akan mempunyai hubungan interpersonal yang
baik. Guru-guru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa di sekolah
di mana mereka bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesra antara
guru dan murid. Mereka pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang
sentiasa mengamalkan budaya dan iklim yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan
bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan
bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di
kalangan pelajar pula, semangat sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa
segar dalam ingatan dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan
iklim positif di sekolah untuk membentuk pelajar yang berjaya.

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan meningkat kerana budaya dan iklim
yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran.
Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun sukatan
7

pelajaran telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan, tetapi guru tidak terikat
dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Mereka bebas untuk menggunakan kaedah-kaedah
pengajaran yang difikirkan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka
mengikut kreativiti sendiri. Pembelajaran yang kreatif penting untuk menarik minat
pelajar.

Seterusnya, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif ia akan dapat
menarik kepercayaan orang atasan ataupun orang luar. Dengan penampilan sekolah yang
baik, serta mempunyai budaya dan iklim yang baik mereka akan sentiasa mendapat
kepercayaan daripada pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun
kem motivasi. Pihak atasan akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini.
Apabila sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, pihak
penganjur tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan
datang. Kerana dengan penganjuran ini, secara tidak langsung ia akan meningkatkan imej
orang atasan tersebut.

Dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berkesan guru akan
dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta
nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang
kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan
bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi
ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta
sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

Kepentingan dominan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif adalah
sekolah tersebut akan melahirkan keluaran pelajar-pelajar yang berkualiti. Pelajar-pelajar
ini berkualiti kerana semasa di alam persekolahan mereka sentiasa mengamalkan budaya
yang positif dan berada dalam kawasan iklim positif. Seperti kata pepatah, merebung
buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah memainkan peranan untuk membentuk diri
pelajar apabila berada di sekolah.
8

5.0 TEORI DAN MODEL BUDAYA

Terdapat banyak teori dan model dalam budaya organisasi untuk mendefinisikan budaya
yang wujud dalam setiap organisasi. Setiap organisasi boleh terdiri daripada pelbagai
budaya dan budaya setiap organisasi pula berlainan daripada budaya organisasi yang lain.
Beberapa teori dan model adalah seperti yang dibincangkan di bawah.

5.1 Hofstede’s Cultural Dimensions Theory

Hofstede (1980) melihat kepada perbezaan umum antara 100,000 pekerja-pekerja IBM di
50 buah negara yang berbeza dalam 3 kawasan yang berbeza di seluruh dunia, dalam
percubaannya untuk mengkaji aspek budaya yang memberi kesan kepada kelakuan
perniagaan. Beliau mencadangkan akan kewujudan perbezaan budaya diantara kawasan
itu dan juga di dalam negara yang dikaji, serta kepentingan kesedaran kebangsaan dan
kepelbagaian budaya dalam kajiannya. Perbezaan budaya akan memberi kesan kepada
pemikiran dan tindakan sosial, dan dalam ‘program mental’, istilah yang digunakan oleh
Hofstede untuk kelakuan yang boleh diramalkan. Hofstede menghubungkan budaya
kepada etnik dan kumpulan kawasan, juga kepada organisasi, profesyen, keluarga,
masyarakat dan kumpulan-kumpulan budaya yang terpencil, sistem politik kebangsaan
dan perundangan.

Hotsfede mencadangkan empat dimensi dalam budaya dalam kajiannya terhadap


budaya nasional:

i. Power Distance : Masyarakat yang berbeza mempunyai cara yang berbeza dalam
menangani perbezaan sosial. Walaupun kelihatan, dalam perbezaan kuasa dalam
organisasi, hubungan “boss-subordinate” adalan berkesan dan menurut Hofstede
ianya menunjukkan bagaimana perbezaan dinyatakan dalam organisasi. Menurut
teori Mulder’s Power Distance Reduction, subordinat akan mencuba untuk
mengurangkan perbezaan kuasa antara mereka dan ketuanya, ketua akan mencuba
untuk mengekalkan atau memperluaskan lagi jurang yang ada, tetapi terdapat had
jangkaan akan perbezaan tahap kuasa. Skor yang tinggi mencadangkan terdapat
beberapa individu yang mempunyai kuasa yang lebih daripada individu yang lain.
Skor yang rendah menyatakan semua individu berhak mendapat kuasa yang sama.
9

ii. Uncertainty Avoidance: Adalah cara untuk berdepan dengan ketidaktentuan masa
depan. Masyarakat akan berdepan dengan teknologi, undang-undang dan agama
(walaubagaimanapun setiap masyarakat mempunyai cara yang berbeza untuk
menghadapinya) dan mengikut Hofstede, organisasi berdepan dengan teknologi,
undang-undang dan ritual dalam dua cara : rasional dan tidak rasional, dimana
ritual adalah tidak rasional. Hofstede menyenaraikan memo dan laporan, beberapa
sistem perakaunan, sebahagian besar perancangan dan sistem kawalan, serta
pemilihan pakar dalam ritual.

iii. Individualism vs. Collectivism : Perbezaan minat dalam peribadi dan matlamat
bersama (Parsons dan Shils, 1951). Hofstede menyatakan jangkaan masyarakat
tentang individualism dan collectivism akan dapat dilihat dalam organisasi.
Masyarakat yang bersifat collective akan mempunyai emosi yang lebih
bergantung kepada anggota organisasi, apabila dalam keseimbangan, organisasi
dijangka akan memperlihatkan tanggungjawab terhadap anggota. Individual yang
extreme dapat dilihat di US, dan sifat collectivism di US dilihat sebagai “buruk”.
Oleh itu, budaya lain dan masyarakat lain diluar US akan mencuba untuk
menyelesaikan masalah sosial dan organisasi mengikut cara mereka sendiri.
Hofstede menyatakan ekonomi kapitalis lebih kepada individualism dan
pertandingan dan bergantung kepadanya. Individualism juga adalah pembangunan
masyarakat pertengahan. Kajian menunjukkan sesetengah masyarakat dan budaya
mempunyai kedua-dua ciri iaitu ‘high individualism and high collectisvism’.

iv. Masculinity vs Femininity: Menyatakan sesetengah budaya didominasi oleh


lelaki atau wanita dalam nilai budaya, peranan gender dan hubungan kuasa.

v. Long Versus Short Term Orientation: Juga digambarkan sebagai “The long-term
orientation dimension” boleh di interpretasikan sebagai usaha organisasi untuk
mencari nilai kebaikan. Masyarakat dengan short-term orientation secara
umumnya mempunyai minat yang mendalam mengenai kebenaran yang jitu.
10

Mereka adalah normative dalam pemikiran. Mereka mempunyai rasa hormat yang
tinggi terhadap tradisi, kecenderungan yang sedikit dalam berjimat cermat untuk
masa depan, dan fokus kepada mencapai hasil yang cepat. Dalam masyarakat
yang mempunyai long-term orientation, anggota percaya kebenaran bergantung
sepenuhnya kepada situasi, konteks dan masa. Mereka memperlihatkan
keupayaan untuk beradaptasi dengan suasana yang berbeza, kecenderungan yang
kuat untuk berjimat dan melabur, serta ketabahan untuk mencapai hasil akhir.

Kajian oleh Amal & Mohammad Ali (2011) ke atas 123 orang pekerja bank di Pakistan
menggunakan teori Hofstede. Empat dimensi menggunakan teori ini diuji iaitu power
distance, collectivism vs individualism, masculinity vs femininity dan uncertainty
avoidance. Kajian mendapati hanya dua daripada empat dimensi yang signifikan kepada
organisasi yang efektif. Dalam keempat-empat dimensi, hanya collectivism dan power
distance sahaja yang dilihat memberi impak secara langsung kepada kecekapan
organisasi.

5.2 The Organizational Profile Model (OCP)

Dua jenis model yang utama dan alat untuk mengukur telah dibangunkan oleh O’Reilly
Chatman dan Caldwell (1991) dan Denison (1990).

O’Reilly, Chatman dan Caldwell (1991) membangunkan model ini berdasarkan


kepada kepercayaan bahawa budaya boleh dibezakan melalui nilai yang dipraktikan
dalam budaya itu. Model OCP adalah alat pengukuran kepada diri sendiri dalam 7
kategori iaitu inovasi, kestabilan, hormat kepada orang lain, hasil orentasi, perhatian
kepada perincian, orentasi kumpulan dan tahap agresif organisasi. Ianya bukan dibuat
untuk mengukur bagaimana budaya organisasi mempengaruhi pretasi organisasi, tetapi
untuk mengukur perhubungan antara personaliti individu dalam organisasi dan dalam
budaya organisasi itu. OCP digunakan untuk mengukur komitmen pekerja.

Model Daniel Denison’s (1990) menegaskan bahawa budaya organisasi boleh


dinyatakan oleh empat dimensi iaitu misi, kebolehan adaptasi, penglibatan dan kebolehan
untuk konsisten. Setiap dimensi umum didefinisikan dengan sub-dimensi di bawah:
11

i. Misi – arah yang strategik dan hasrat, matlamat, objektif dan visi.
ii. Kebolehan Adaptasi – mencipta perubahan, fokus pelanggan dan pembelajaran
organisasi.
iii. Penglibatan – Pemberian kuasa, orentasi kumpulan dan kebolehan pembangunan
iv. Kebolehan Konsisten – nilai asas, persetujuan, koordinasi atau integrasi.

Model Denison membolehkan budaya digambarkan secara lebih luas sebagai fokus
luaran dan dalaman, serta keupayaan untuk fleksibel berbanding kestabilan. Model ini
digunakan untuk mendiagnos masalah budaya di dalam organisasi.

5.3 Deal dan Kennedy (1982)

Deal dan Kennedy (1982) mendefinisikan budaya organisasi sebagai ‘the way the things
get done here’. Deal dan Kennedy membangunkan model budaya berdasarkan 4 jenis
organisasi. Setiap satunya memfokuskan kepada seberapa cepat organisasi memberi
maklum balas (feedback), bagaimana anggota dihargai, dan tahap risiko yang diambil.

i. Work-hard, Play-hard Culture: Ini memberi maklum balas yang cepat, pulangan
yang cepat dan risiko yang rendah dalam: stress datang daripada kuantiti kerja dan
bukannya daripada ketidakpastian. Tindak balas yang cepat menyebabkan hasil
yang cepat. Sebagai contoh: restoran dan syarikat perisian computer.

ii. Tough – Guy Macho Culture: Maklumbalas dan ganjaran yang cepat serta risiko
yang tinggi, menyebabkan: stress datangnya daripada risiko yang tinggi dan
potensi untuk mendapatkan/kehilangan ganjaran. Memfokuskan kepada masa
sekarang berbanding kepada masa depan yang lebih panjang. Sebagai contoh:
polis, pakar bedah dan ahli sukan.

iii. Process Culture: Mempunyai tindak balas dan ganjaran yang lambat tetapi
mempunyai risiko yang rendah menyebabkan: stress yang rendah, kerja dengan
tekun, selesa dan selamat. Stress datang daripada politik dalaman dan kelemahan
system. Birokrasi berkembang dan begitu juga dengan status-quo. Memfokuskan
12

kepada keselamatan masa lalu dan masa depan. Sebagai contoh: bank dan syarikat
insuran.

iv. Bet-the-company Culture: Mempunyai tindak balas dan ganjaran yang perlahan
tetapi berisiko tinggi, menyebabkan: stress datangnya daripada risiko tinggi dan
kelewatan maklumat tanpa mengetahui sama ada tindakan itu berhasil atau tidak.
Masa untuk membuat keputusan lebih lama dan lebih masa diperlukan untuk
memastikan apa yang dirancangkan dilaksanakan. Sebagai contoh: syarikat
penerbangan dan syarikat minyak.

5.4 Model Edgar Schein (1992)

Menurut Schein (1992), budaya adalah ciri organisasi untuk berubah, produk organisasi
yang dapat bertahan, khidmat, pengasas dan kepimpinan, dan semua ciri fizikal
organisasi. Model organisasi ini menerangkan budaya daripada pandangan pemerhati,
dinyatakan oleh tiga tahap kognitif budaya organisasi itu sendiri.

Tahap pertama ialah di mana ciri model ini boleh dilihat, dirasai dan didengar
oleh pemerhati, dikenali sebagai artifak. Ini termasuklah kemudahan, pejabat, perabot,
trofi penghargaan dan ganjaran, cara anggota berpakaian, bagaimana setiap anggota
berinteraksi sesama mereka dan juga kepada organisasi luar, termasuklah slogan syarikat,
pernyataan misi dan kepercayaan operasi yang lain.

Artifak mengandungi komponen fizikal organisasi tersebut yang menyampaikan


maksud budaya, Daniel Denison (1990) menggambarkan artifak sebagai aspek yang
dapat dilihat yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Verbal, kelakuan dan
artifak fizikal adalah manifestasi permukaan sesuatu organisasi.

Ritual, kelakuan interpersonal kolektif dan nilai seperti yang digambarkan oleh
kelakuan, terdiri daripada rangka budaya organisasi itu. Kandungan mitos, cerita dan
hikayat menceritakan sejarah organisasi dan mempengaruhi bagaimana masyarakat
memahami nilai dan kepercayaan organisasi itu. Bahasa, cerita dan mitos adalah contoh
artifak verbal yang diwakili dalam ritual dan upacara. Teknologi dan seni yang
ditunjukkan oleh anggota organisasi adaalah contoh artifak fizikal.
13

Tahap yang seterusnya adalah budaya yang dipercayai oleh anggota organisasi
iaitu nilai. Nilai yang dikongsi bersama adalah keutamaan individu dalam sesuatu aspek
dalam budaya organisasi. Sebagai contoh kesetiaan dan layanan kepada pelanggan. Pada
tahap ini, nilai peribadi dinyatakan dengan meluas dalam organisasi. Kepercayaan utama
dan ramalan, pengaruh individu terhadap kebolehpercayaan dan sokongan organisasi
selalunya menjadi dasar budaya organisasi. Kelakuan organisasi pada ketika ini selalunya
boleh dikaji dengan menemu duga anggota organisasi dan menggunakan soal selidik
untuk mengumpul maklumat mengenai keanggotaan organisasi.

Pada tahap yang ketiga yang merupakan tahap yang paling dalam ialah “tacit
assumption” organisasi tersebut. Ini adalah elemen dalam budaya yang tidak dapat dilihat
dan tidak dikenali secara kognitif dalam interaksi setiap hari antara anggota organisasi. Ia
juga adalah elemen dalam budaya yang terdapat larangan untuk membincangkannya
dalam organisasi. Kebanyakan ‘undang-undang yang tidak dikatakan’ ini wujud secara
tidak sedar oleh anggota organisasi.

Menggunakan Schein model, pemahaman tentang kelakuan organisasi yang


berlawanan menjadi jelas. Sebagai contoh, sesuatu organisasi boleh menunjukkan artistik
yang tinggi dan ukuran moral pada level kedua. Secara simboliknya, ganjaran organisasi
boleh terdiri daripada satu norma organisasi tetapi pada tahap yang lain, membawa
maksud yang berlainan sekali. Perkara ini menjelaskan kepayahan organisasi yang baru
dalam menyerap budaya organisai dan mengapa ianya memerlukan masa yang lama
untuk menjadi kebiasaan. Ianya juga menjelaskan mengapa agen perubahan organisasi
selalunya gagal untuk mencapai matlamat mereka.
14

6.0 TEORI DAN MODEL IKLIM SEKOLAH

6.1 Model OHI (Organization Health Inventory)

Model OHI adalah model kajian tentang sekolah yang sihat, yang merupakan satu rangka
kerja yang dapat memberi gambaran tentang iklim sekolah. Menurut Hoy dan Miskel
(1996) sekolah yang sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh
mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.

OHI adalah kebolehan sesebuah organisasi untuk berfungsi dengan efektif, untuk
mencapai kualiti yang ditentukan, keupayaan untuk berubah, dan untuk berkembang.
Ianya boleh terdiri daripada maksimum ke minimum.

OHI menyatakan bahawa sekolah yang sihat akan berjaya untuk mengurus segala
tekanan dari luar dan berkesan dalam memahami objektif dan matlamat organisasi.
Konsep OHI menurut Matthew Mile (1971) terdiri daripada 10 elemen yang boleh diukur
iaitu fokus matlamat, kecekapan komunikasi, persamaan kuasa optima, penggunaan
sumber, perpaduan, moral, inovasi, autonomi, adaptasi dan kecekapan menyelesaikan
masalah (Angus J.Macneil et al., 2009). Kesemua 10 ciri dimensi ini akan menentukan
kejayaan interaksi diantara anggota organisasi dan kebolehan organisasi menghadapi
tekanan daripada persekitaran.

1. Fokus Matlamat: keupayaan manusia, kumpulan atau organisasi untuk


mempunyai kejelasan, penerimaan, galakan dan sokongan kepada objektif dan
matlamat.
2. Kecekapan Komunikasi: Kecekapan komunikasi wujud apabila informasi adalah
secara relatifnya bebas daripada gangguan dan disampaikan secara vertikal atau
horizontal melampaui batasan organisasi.
3. Kesamaan kuasa optima adalah keupayaan untuk taburan pengaruh yang adil
dikalangan anggota dan pemimpin.
4. Penggunaan sumber adalah keupayaan untuk menyertai dan meyelaras usaha yang
dilakukan anggota dengan efektif dan dapat menghadapi ketegangan dengan baik.
5. Perpaduan ialah apabila anggota, kumpulan dan organisasi mempunyai kesedaran
yang jelas mengenai identity. Ahli merasa tertarik untuk menjadi anggota
15

organisasi. Mereka mahu bersama dengan organisasi, dipengaruhi olehnya dan


menyuntik pengaruh mereka sendiri ke dalamnya.
6. Moral ialah apabila anggota, kumpulan atau organisasi mempunyai perasaan
sihat, kepuasan dan gembira.
7. Inovatif adalah kebolehan untuk menjadi dan membenarkan seseorang untuk
menjadi inventif, pelbagai, kreatif dan mengambil risiko.
8. Autonomi adalah apabila seseorang, kumpulan atau organisasi boleh
mempertahankan idea dan matlamat dengan baik semasa mengurus permintaan
luaran.
9. Adaptasi adalah kebolehan untuk tolerasi dengan tekanan dan mengekalkan
kestabilan semasa bertanggungjawab keatas permintaan luaran persekitaran.
10. Kecekapan menyelesaikan masalah adalah keupayaan organisasi melihat masalah
dan menyelesaikannya menggunakan tenaga yang minimal. Masalah dapat
diselesaikan dan mekanisme penyelesaian masalah organisasi itu dikekalkan atau
diperkuatkan lagi.

Kajian yang dijalankan oleh Angus J.Macneil et al. (2009) menggunakan teori
OHI dalam menentukan kesan budaya dan iklim ke atas pencapaian pelajar di sekolah-
sekolah di Texas. Sampel kajian terdiri daripada 1727 guru di 29 buah sekolah di daerah
itu. Sekolah yang dikaji terdiri daripada 16 buah dalam level Exemplary (cemerlang), 7
dalam kategori Recognized (baik) dan 6 dalam kategori Acceptable (sederhana). Ketiga-
tiga kategori sekolah dibandingkan dengan 10 dimensi daripada iklim sekolah seperti
dalam model Organizational Health Inventory (OHI). Kajian mendapati dua dimensi
utama iaitu dimensi fokus matlamat dan adaptasi mempunyai skor yang tinggi dalam
membangunkan iklim sekolah yang sihat. Kajian mendapati dalam sekolah yang
cemerlang, iklim sekolahnya juga lebih sihat berbanding sekolah yang sederhana.
Sekolah yang mempunyai iklim yang sihat jugak menghasilkan pelajar yang dengan
pencapaian prestasi yang lebih baik dan cemerlang berbanding sekolah yang sederhana
dan lemah iklim sekolahnya.
16

6.2 Model Iklim Organisasi

Model ini dibangunkan oleh Payne dan Pugh (1976). Model yang memperlihatkan fakta-
fakta asas dalam mempengaruhi struktur dan iklim organisasi ini mengandungi 5
kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim
organisasi, individu dan persekitaran individu. Organisasi ini mengikut Payne dan Pugh
terletak dalam konteks persekitaran kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-
aspek eknonomi, politik, sosial dan ciri-ciri penempatan. Secara tidak langsung, semua
aspek dalam persekitaran kebudayaan dan ekonomi boleh mempengaruhi kelima-lima
komponen tersebut.

Model ini menunjukkan hubungan diantara iklim dan struktur organisasi yang
saling mempengaruhi dan merupakan perhubungan dua hala. Iklim organisasi atau
budaya organisasi akan mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri
perbandingan seperti personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat dan
pencapaian. Dalam konteks pendidikan, budaya formal dilihat dapat mempengaruhi
prestasi pelajar.

Suasana dan persekitaran sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim sekolah
memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang. Menurut seorang
perintis dalam kajian iklim sekolah, Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah digambarkan
sebagai personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha
untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Haward et al. (1974) pula
menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang
mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.
Kajian oleh Hanim Binti Sulaiman & Siti Maisarah Binti Harman @ Halmi
( 1999) di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru, menunjukkan guru-
guru mempunyai sikap yang baik terhadap ketiga-tiga faktor penentu iklim sekolah iaitu
program, proses dan bahan. Sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif akan mampu
untuk mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni disamping menggalakkan para
pelajar untuk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu pengetahuan.
17

6.3 Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model)

Kajian yang lebih sistematik dan teratur dijalankan oleh Mott (1972) dalam Hoy dan
Miskel (2001). Mengikut model kajian ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti
produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehubahsuaian dan fleksibel. Kelima-lima kriteria
ini menjadi faktor penting untuk mendefinisikan kebolehan sesuatu organisasi untuk
menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian.

Sekolah yang berkesan akan dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai


keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif. Pelajar yang mampu
untuk menyelesaikan masalah dan boleh beradaptasi dengan perubahan keadaan
persekitaran. Mengikut model ini, sekolah yang efektif adalah sekolah yang berjaya
mewujudkan budaya formal yang sihat dan positif. Ia menekankan hasil output yang
positif dalam keberhasilan pelajar. Output akhir dilihat lebih komprehensif secara teori
dalam mendefinisikan kualiti dan keberkesanan sekolah.

Faktor-faktor dalam teori ini adalah; amalan kepimpinan yang profesional; mempunyai
wawasan dan matlamat bersama; wujudnya persekitaran yang menggalakkan
pembelajaran; pengajaran yang bermatlamat; terdapat penghargaan atau hasrat yang
tinggi; amalan pengukuhan positif; pemantauan kemajuan sekolah; memberi hak dan
tanggungjawab kepada murid-murid; wujudnya perkongsian rumah-sekolah; sekolah
sebagai sebuah organisasi pembelajaran.

6.3.1 Amalan Kepimpinan Yang Profesional 

Amalan kepimpinan yang profesional  bermaksud seorang pemimpin mempunyai


wawasan dengan menggerakkan organisasi kepimpinannya secara terancang dan
profesional.  Hal ini meliputi gaya pengurusannya, hubungan dengan wawasan, nilai dan
matlamat serta pendekatan dalam melakukan proses pelaksanaan perubahan.  Aspek
kepimpinan pengetua diambil kira dan tugas mereka adalah sebagai pemimpin teknikal,
pemimpin manusia, pemimpin pendidik, pemimpin simbolik, dan pemimpin budaya.  
Namun apa yang paling penting adalah peranan mereka sebagai pemimpin pengajaran
(instructional leader) yang sentiasa peka dengan tahap kepuasan kerja guru-guru dan
18

sentiasa mengambil kira perkembangan pencapaian pelajarnya.  Mereka sentiasa


melakukan pemantauan dari segenap aspek dan melaksanakan penilaian dalaman bagi
tujuan penambahbaikan. 

6.3.2 Mempunyai Wawasan Dan Matlamat Bersama

Ishak (2004) dalam kajiannya menyatakan bahawa sesebuah sekolah menjadi lebih
berkesan apabila sekolah mempunyai satu tujuan yang jelas.  Wawasan atau visi sekolah
merupakan suatu gambaran mental tentang apa yang akan dicapai oleh sekolah pada masa
depan (Ramlah, 2000).  Pemimpin sekolah berkesan akan mewujudkan suatu visi dan
misi yang ideal dan dikongsi melalui persetujuan ahli-ahlinya.  Dalam menentukan visi,
kualiti dan keunggulan visi diperbincangkan, diperdebatkan dan diperhalusi oleh semua
ahli dan pemimpin agar unsur yang dianggap kurang membina dapat disingkirkan.  Bagi
mengukuhkan semangat menuju visi berkenaan, ianya hendaklah ditulis dan dipamerkan
agar dapat dibaca dan dihayati pada setiap masa oleh semua warga sekolah.  Dengan itu
segala perancangan dan amalan akan menjurus kepada suatu arah matlamat yang jelas
dan serupa. 

6.3.3 Wujudnya Persekitaran Yang Menggalakkan Pembelajaran.

Bidang utama sekolah adalah memberi pendidikan iaitu melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan, berterampilan dan berakhlak mulia.  Sharifah (2000) dalam pandangannya
menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran yang menggalakkan adalah persekitaran
yang teratur, dan persekitaran kerja yang menarik.  Dengan wujudnya persekitaran seperti
ini suasana pembelajaran akan menjadi lebih kondusif dan pembelajaran akan menjadi
lebih berkesan.  Pelajar-pelajar akan berasa lebih berpuas hati dengan persekitaran seperti
ini dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang sesuai untuk menimba ilmu
pengetahuan. 

6.3.4 Penumpuan Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran.

Tujuan utama sekolah adalah menyediakan lokasi yang kondusif untuk pembelajaran dan
tugas utama guru adalah menjalankan sesi pengajaran kepada pelajar.  Mohamed Najib
19

(2003) menyatakan bahawa pendidikan melibatkan dua proses iaitu pengajaran sebagai
proses memberi pengalaman manakala pembelajaran sebagai proses menerima
pengalaman.  Sekolah yang berkesan akan menumpukan ‘core business’ ini dan
menjadikan pelajar sebagai produk (outcome) modal insan yang berilmu dan berkualiti
tinggi.  Ada pihak yang menyarankan supaya sekolah lebih khusus dalam matlamatnya
iaitu lebih mementingkan perkara asas ‘back to basic’ dan menumpukan perhatian kepada
‘core business’ iaitu mengajar perlu menjadi pegangan mereka (Trisman et al., 1976;
Edmonds, 1979).

6.3.5 Pengajaran Yang Bermatlamat.

Pengajaran yang bermatlamat adalah pengajaran yang jelas tujuannya, mempunyai


perancangan yang rapi, pelajaran yang berstruktur dan amalan yang sesuai dengan
konteks yang dirancang.  Guru memberikan komitmen dalam menyediakan segala
perancangan dan persiapan yang rapi berdasarkan objektif yang ditetapkan manakala
pihak pentadbiran sekolah pula bertanggungjawab membantu guru dengan cara
menyediakan sukatan kurikulum yang betul dan lengkap agar segala perancangan bersifat
terarah dan menepati kehendak stake holder.  Selain itu, pengajaran di bilik darjah yang
bukan bersifat akademik pula mempunyai kepentingan dalam membangunkan emosi,
sahsiah, perkembangan fizikal dan psikomotor pelajar dengan terancang dan cemerlang.

6.3.6 Terdapat Penghargaan /  Hasrat Yang Tinggi.

Pengharapan dan hasrat tinggi sekolah dapat dilihat pada sasaran yang dinyatakan pada
visi sekolah.  Harapan yang tinggi bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru dan
staf selaku penggerak organisasi dan penyumbang kepada perubahan sekolah.  Pemimpin
yang berorientasikan pencapaian akan cuba meletakkan suatu sasaran tinggi dan memberi
kepercayaan kepada para guru dan kakitangan melaksanakan misi yang ditetapkan. 
Selain itu keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid
digalakkan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.  Kejayaan murid pula dibalas
dengan penghargaan secara serta-merta dan berterusan.
20

6.3.7 Amalan Pengukuhan Positif.

Setiap tindakan positif atau kejayaan ahli-ahlinya diberikan penghargaan yang


sewajarnya.  Mortimore (1995) mendapati bahawa pengukuhan positif dalam bentuk
hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. 
Walaupun tidak secara keterlaluan ganjaran-ganjaran dan pujian ini adalah penting bagi
mengiktiraf pencapaian atau usaha positif mereka.  Keadaan ini dilaksanakan bagi
mengukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan menggalakkan individu lain meniru
tingkah laku tersebut atau melakukan dengan lebih baik lagi.  Kepuasan kerja akan
berlaku apabila sumbangan positif mereka diberi perhatian dan dihargai.

6.3.8 Pemantauan Kemajuan Sekolah.

Kajian yang dilakukan oleh Mortimore (1995) terhadap sekolah berkesan mendapati
bahawa sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan
prestasi pelajar secara tekal dan bersistematik.  Hasilnya pihak guru, ibu bapa dan
pentadbiran dapat melihat sejauh mana matlamat sekolah telah dicapai. Selain daripada
kemajuan pelajar, sekolah juga perlu berusaha untuk meningkatkan kompetensi dari segi
pengetahuan dan kemahiran guru itu sendiri.  Sekolah yang berkesan juga menggalakkan
pelajar, guru dan ibu bapa secara kolaboratif mengambil berat tentang kemajuan dan
pencapaian pelajar.

6.3.9 Memberi Hak Dan Tanggungjawab Kepada Murid-Murid.

Dalam mengukuhkan lagi kajian beliau tentang faktor sekolah berkesan, faktor berkaitan
dengan penglibatan pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap sekolah juga
dianggap penting.  Dengan cara ini sekolah telah menekankan usaha meningkatkan harga
diri pelajar melalui tugasan yang bermakna kepada mereka. Pelajar digalakkan
mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Dalam masa yang
sama juga sekolah memberikan hak-hak yang sepatutnya diterima oleh pelajar tersebut
termasuklah kuasa-kuasa membuat keputusan dengan bimbingan guru-guru berpadanan
dengan peranan mereka di sekolah.  Hak-hak lain termasuklah memberi peluang sama
rata kepada semua pelajar untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti.
21

6.3.10 Wujudnya Perkongsian Rumah-Sekolah.

Ibu bapa dan guru mempunyai satu matlamat bersama iaitu untuk melihat pencapaian
positif pelajar dalam pelajaran.  Dengan cara ini, matlamat untuk membina hubungan
rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah turut dititik beratkan. 
Hubungan ibu bapa dan pelajar tidak terbatas di rumah sahaja malah keprihatinan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa ini semasa di rumah memberi semangat kepada pelajar ketika
mereka berada di sekolah.  Ibu bapa dan guru dapat mengeratkan hubungan mereka
melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak
dengan guru.  Guru-guru juga digalakkan mengunjungi rumah pelajar yang dirasakan
bermasalah untuk melihat sendiri keadaan persekitaran pelajar sambil menunjukkan rasa
prihatin pihak sekolah kepada mereka.  Pengetua juga boleh mengukuhkan lagi hubungan
ini melalui dasar-dasar yang terbuka yang menggalakkan perkongsian maklumat serta
kerjasama sekolah dan ibu bapa.

6.3.11 Sekolah Sebagai Sebuah Organisasi Pembelajaran.

Mortimore seterusnya menunjukkan bahawa sekolah-sekolah berkesan bukan sahaja


menyediakan tempat belajar kepada pelajar malahan juga kepada semua guru dan staf. 
Galakkan yang oleh pihak sekolah ini boleh dilakukan secara langsung atau tidak
langsung melalui persekitaran sekolah yang kondusif dan program-program tertentu. 
Persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran guru adalah apabila banyak
maklumat dan bahan yang bersesuaian untuk dibaca oleh guru-guru dalam meningkatkan
ilmu pengetahuan, kompetensi dan profesionalisme diri.  Fungsi perpustakaan dan sudut
bacaan bukan sahaja untuk manfaat pelajar tetapi juga guru-guru dan kakitangan yang
lain.  Program perkembangan staf pula diadakan dari masa ke semasa mengikut
perkembangan dan tuntutan semasa.  Bukan itu sahaja malah guru-guru juga digalakkan
menyumbangkan pengetahuan mereka untuk dikongsi bersama menerusi penulisan artikel
dan karya akademik lain. 
22

Menurut Shannon dan Bylsma (2007) mengkaji dan menganalisis 20 perkara


mengenai keberkesanan sekolah untuk melihat kepada ciri-ciri yang berhubung dengan
pencapaian prestasi pelajar yang tinggi. Terdapat sembilan ciri yang dapat dikenal pasti:

1. Mengekalkan fokus pengajara yang jelas dan dikongsi bersama.


2. Meletakkan standard dan jangkaan prestasi yang tinggi kepada semua
pelajar.
3. Kepimpinan yang menyediakan dan (providing leadership that is
distributed)
4. Memudahkan komunikasi aras tinggi dan collaboration
5. Menentukan arahan sekolah dan assessment selari dengan kurikulum
negara.
6. Monitor yang berterusan ke atas pengajaran dan pembelajaran
7. Menekankan kepada pembangunan professional guru.
8. Memupuk persekitaran pembelajaran kondusif
9. Menggalakkan penyertaan keluarga dan komuniti.

Kajian ini disokong oleh kajian Riley dan Fout’s (2003) ke atas 13 buah sekolah.
Mereka melihat kepada pendapat guru mengenai kelemahan dan kekuatan sekolah
mereka dan juga pendapat mereka mengenai suasana pembelajaran yang kondusif. Kajian
mendapati sekolah yang berkesan mengandungi objektif sekolah yang dikongsi bersama,
pengurusan yang peka kepada perubahan, memfokuskan kepada peningkatan berterusan
secara professional, serta menekankan kepada pengajaran dan kepimpinan yang efektif.

Kajian seterusnya dijalankan oleh Angeliki & George (2011) ke atas 109 guru di
Greece untuk melihat peranan pengetua dalam organisasi sekolah berkesan. Kajian
mendapati, peranan pengetua adalah penting dalam membentuk iklim sekolah berkesan
dan memperbaiki keberkesanan sekolah. Ianya dilihat amat perlu dalam:

i. Menguruskan pembuat keputusan dan penyelesaian masalah


ii. Membentuk persekitaran kolaborasi dan kepercayaan sesama guru dan
pelajar
23

iii. Percaya terhadap kepentingan membangunkan ikim kolaborasi, kelakuan


professional (professional behavior) dan komunikasi terbuka antara guru
dan juga antara guru dan pentadbiran.
iv. Memupuk ikim sekolah yang baik

Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2006) ke atas 97 orang guru mencuba
untuk melihat ciri iklim sekolah berkesan di sekolah-sekolah menengah agama di
Selangor dan implikasinya ke atas proses pembelajaran. Kajian mendapati ciri iklim,
pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan
berkaitan dengan penglibatan keseluruhan warga sekolah. Selain itu, pengamalan sifat
muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan
lebih terserlah sebagai ciri-ciri iklim sekolah menengah agama berbanding dengan
peranan yang dimainkan oleh pengetua atau guru-guru sahaja. Ciri iklim yang berasaskan
kepada iman kepada Allah membolehkan pembelajaran berkesan berlaku dan
meningkatkan lagi prestasi pelajar.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Azizi dan Nurfaizah (2010), budaya formal
sekolah dilihat sebagai satu organisasi sosial yang mempunyai struktur birokrasinya yang
tersendiri. Para pelajar dikumpulkan di dalam kelas mengikut pencapaian akademik dan
guru-guru pula telah menerima latihan mengikut pengkhususan.

6.4 Model Organizational Climate Descriptive Questionnaire (OCDQ)

Model ini yang dibangunkan oleh Halpin dan Croft (1962, 1963) merupakan asas kepada
pengukuran dan konsep iklim organisasi. Pendekatan ini adalah untuk mengenal pasti
aspek kritikal dalam interaksi antara guru dengan guru, dan interaksi antara guru dengan
pengetua di sekolah. Iklim sekolah dikenali dengan konstruk ‘personaliti’. Dalam
membina konsep iklim di sekolah, Halpin dan Croft dipengaruhi oleh analisis jenis
personaliti oleh Milton Rokeach’s (1960).

OCDQ adalah cubaan untuk mengukur domain iklim terbuka dan tertutup di
sekolah rendah. Alat pengukuran terdiri daripada 64 skala likert yang digunakan oleh
guru-guru dan Pengetua dalam menggambarkan corak interaksi dalam sekolah mereka.
Item ini adalah pernyataan yang mudah dan ringkas yang mengukur lapan dimensi
24

organisasi. Empat daripada dimensi itu merujuk kepada ciri-ciri kumpulan itu dan empat
lagi merujuk kepada ciri-ciri kepimpinan pengetua. Lapan dimensi itu adalah seperti yang
berikut:

1. Kesendirian ( allofness ) iaitu guru besar kelihatan formal, sentiasa berjauhan dari
guru dan murid dan terlalu mengikut peraturan seperti mengadakan peraturan
yang ketat untuk guru, tidak mendedahkan hasil lawatan nazir kepada guru,
mementingkan perincian peranan, sasaran dan tugasan khusus.

2. Penekanan kepada daya pengeluaran (production emphases) - menunjukkan guru


besar dirasakan selalu membuat penyeliaan yang ketat dan benar-benar dirasai
oleh guru-guru dengan menjalankan tugas kerja guru dan murid dengan jelas,
membaiki kelemahan guru, banyak berkomunikasi, memastikan guru bekerja kuat
dan berkomunikasi dengan jelas, kurang peka kepada reaksi guru, kerja lebih
masa, menuntut hasil dan menetapkan piawaian kerja.
3. Sifat bertimbang rasa (consideration) guru besar menerima dan mengenali staf
sebagai individu, baik hati dan berperikemanusiaan, memberi perhatian peribadi
dan menjaga kebajikan guru, menolong mereka dalam menjalankan kerja,
mempertahankan kepentingan guru, bertoleransi dan menggalakkan kepelbagaian.

4. Kesungguhan guru besar (thrust) menekan aspek memberi contoh atau teladan
yang baik contohnya datang awal, balik lewat, bekerja kuat, aktif, minat dalam
perkembangan baru dalam pendidikan, tidak mengharapkan guru memberi lebih
daripada dirinya sendiri.

Manakalah elemen tingkah laku guru pula ialah :

5. Ketidak pedulian (disengagement) bermaksud terdapat kerenggangan hubungan di


antara guru. Hal ini dapat dilihat melalui kegiatan seperti wujudnya
pengelompokan kecil, kurang kerjasama antara satu sama lain, wujud perasaan
tidak puas hati dan tanda untuk meninggalkan kerjaya perguruan.
6. Halangan (hindrance) bermaksud suasana kerja dirasakan terhalang kerana
terlampau banyak beban dan tanggungjawab seperti ” paper work ” ,laporan,
25

tugas-tugas harian yng tidak berkaitan dengan pengajaran dan mengganggu kerja
pengajaran dan bimbingan.
7. Kekitaan (espirit). Guru-guru berasa puas di mana semangat, moral dan
kecerdasan mereka adalah tinggi. Mereka menampakkan keriangan, komited,
gembira dengan hubungan rakan sekerja, saling bantu membantu dan saling
menghormati. Bekerja bersungguh-sungguh, taat setia kepada sekolah dan guru-
guru dapat memenuhi keperluan sosial dan peribadi di samping dapat merasai
kejayaan professional
8. Kemesraan (intimacy) bermaksud wujud hubungan interpersonal yang rapat dan
guru-guru berkongsi pengalaman hidup peribadi dan bertukar-tukar rahsia.
Terdapat kemesraan interaksi sosial di luar sekolah, ziarah menziarahi,
berbincang hal peribadi secara mendalam dan menjalankan perhubungan
persahabatan yang erat

Setiap sekolah akan diuji dengan kelapan-lapan dimensi ini untuk melihat
sekiranya terdapat corak yang wujud. Menurut kajian yang dijalankan terdapat corak
yang wujud. Enam konfigurasi dikenal pasti dan berada di sepanjang kontinum. Iklim
terbuka mempunyai nilai kebebasan yang rendah, rendah halangan, tinggi kesetiaan dan
sederhana dalam keintiman, rendah dalam pengasingan, rendah dalam penegasan produk,
tinggi dalam kepercayaan, dan tinggi dalam pertimbangan. Iklim yang tertutup
mempunyai profil yang sebaliknya.

Pembangunan model OCDQ dibina berdasarkan empat faktor: (1) Setiap sekolah
berbeza dalam “feel” masing-masing; (2) moral tidak dapat menggambarkan perbezaan
dalam perasaan antara sekolah; (3) pengetua yang berkesan di sekolah dimana perubahan
diperlukan selalunya ‘immobilizied’ dengan penentangan daripada fakulti; (4) konsep
‘personaliti’ itu sendiri adalah menarik. Jelas, profil iklim semestinya dapat membantu
pentadbir dan guru dalam memperbaiki suasana persekitaran sekolah mereka.

Pendekatan umum yang digunakan untuk conceptualize dan mengukur iklim


organisasi sekolah adalah empirical dan statistical. Halpin dan Croft membangunkan item
deskriptif yang luas untuk mengenal pasti aspek guru dan kelakuan pentadbiran. Ramalan
berpandu (guiding assumption) kajian adalah iklim organisasi yang dikehendaki adalah
26

dimana kepimpinan muncul dengan mudah daripada pelbagai sumber. Sekiranya di


sekolah, atau organisasi ingin menyudahkan tugas, kepimpinan adalah perlu, tetapi gaya
kepimpinan boleh ditunjukkan oleh pemimpin atau guru. Oleh itu, item pengukuran
ditulis dengan menggambarkan kedua-dua kelakuan interaksi sesama guru dan interaksi
guru-pengetua. Berikut merupakan contoh item yang digunakan:

1. Pengetua berada di sekolah sebelum guru tiba.


2. Guru-guru bertanya soalan tidak bermakna dalam mesyuarat.
3. Undang-undang yang dibuat oleh pengetua tidak pernah dipersoalkan.
4. Kebanyakkan guru di sekolah menerima kesalahan rakan sekerja.
5. Guru mengatakan ingin berpindah sekolah.

Skala yang digunakan untuk responden untuk merekod kelakuan sekolah didefinisikan
oleh empat kategori:

1. Jarang berlaku
2. Kadangkala berlaku
3. Selalu berlaku
4. Sangat selalu berlaku

7.0 APLIKASI TEORI DAN KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

7.1 Konsep Sekolah Berkesan

Dalam Teori Iklim Mortimore iaitu, Model Organisasi Berkesan (Organizational


Effectiveness Model) telah digunakan di Malaysia untuk membangunkan konsep sekolah
berkesan.

Menurut Mok (2012) ciri-ciri iklim persekolahan yang dikatakan berkesan


mengandungi beberapa ciri umum seperti berikut:

1. Perhubungan yang saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik


dengan murid-muridnya.
2. Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang
diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
27

3. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru dengan


menerima sekolahnya sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
4. Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan
keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan
betul dan sesuai.
5. Kewujudan alam belajar yang bersih, teratur dan tenteram.
6. Kewujudan disiplin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti, iaitu
tiada masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin,
tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya.

Mok mengatakan bahawa iklim jenis ini adalah iklim positif atau terbuka. Iklim
jenis ini menggalakkan interaksi sesama kakitangan sekolah, murid dan guru, pentadbir
dan guru dan warga kerja yang lain. Ini dapat mewujudkan inisiatif dalam diri murid
untuk berusaha memajukan diri, mematuhi segala peraturan sekolah, mempraktiskan
budaya penyayang dan bekerjasama. Guru-guru juga akan dapat bekerja dengan hati yang
lapang dan motivasi yang tinggi.

Mok (2012) juga mengatakan iklim sekolah yang negatif atau tertutup juga
mengandungi beberapa ciri utama seperti berikut:

1. Warga sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan konflik keperibadian,


serta masalah disiplin sekolah.
2. Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama di antara anggota-anggota sekolah
tidak dapat diperlihatkan.
3. Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan.
4. Keterlibatan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah sekadar minimum
sahaja.
5. Interaksi social di antara warga sekolah diperlihatkan pasif.
6. Kepimpinan Guru Besar/ Pengetua bercorak autokratik, manakala guru-guru
bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar.

Kewujudan iklim negatif atau tertutup sepenuhnya tidak wujud pada sesebuah sekolah,
selalunya sekolah akan berada di antara kedua-dua iklim tersebut (Mok, 2012).
28

Kebiasaannya sekolah-sekolah yang mempunyai rekod kejayaan yang baik, sering


mempunyai hampir kesemua ciri positif atau terbuka seperti yang disebutkan di atas.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai


suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram,
mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Memandangkan faktor iklim sekolah turut
membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang
telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang
mereka lakukan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan
mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan


2. Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-
muridnya
3. Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjaya, serta bertimbang rasa
4. Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan
mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status
sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-
perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan
keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk
pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna
sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti
warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini
bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed
(2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah bukan sahaja perlu efektif, tetapi
yang lebih penting ialah bagaimana guru dan pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam
berusaha untuk membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan.
29

7.2 Konsep Sekolah Selamat

Sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan
persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi
dan potensi terkini dan masa hadapan. Kosep ini berkaitan dengan Model OHI
(Organization Health Inventory).

Stephens (1996 dalam Shamsiah Mohd. Amin, Shahrulbanun A. Ghani dan


Azaiah Ab. Latib, 2005) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar
dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari
persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran
dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak.
Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra,
persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas
tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young,
1999, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005).

Menurut Quin Mary Magee et al. (1998, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al.,
2005) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai persekitaran selamat dan
pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

1. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah

Para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru,
langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan
pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap
tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan.

2. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga

Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan
sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua
kakitangan dan pelajar.
30

3. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan


menghormati semua pelajar

Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan
mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar.

4. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi

Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah
tingkah laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal
dalam pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat
perlu dan sekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian
tersebut.

5. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi

Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga
sentiasa bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang
terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan
menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang
bersesuaian dan membina.

6. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik

Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-


keperluan, menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan
menyelaraskan perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar.

7. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan

Pihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada


semua pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti
mempunyai risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap
pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang serius.
31

8. Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada


komuniti

Sekolah melibatkan ibu bapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli
perniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untuk
mewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat.

Menurut George Nicholson (1985, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005)
menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah
yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat
dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan
sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif.
Howard (1981, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005) menggariskan 6 faktor utama
yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin, keselamatan,
ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Terdapat beberapa objektif
Sekolah Selamat iaitu:

i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.


ii. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
iii. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
iv. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
v. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
vi. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
vii. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada
sekolah.
viii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
ix. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka.
32

Carolyn (1998, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005) menggariskan


beberapa implikasi yang dapat dilihat sekiranya sekolah yang selamat dapat diwujudkan.
Antaranya ialah:

i. Misi, visi dan matlamat sekolah jelas kepada seluruh warga sekolah.
ii. Iklim pembelajaran wujud dan penumpuan utama sekolah ialah kepada
peningkatan potensi pelanggan yang sentiasa berurusan.
iii. Hubungan interpersonal antara guru, pelajar, ibu bapa, pengetua dan staff berjalan
secara telus dan saling mempercayai.
iv. Komuniti akan merasai kepunyaan terhadap sekolah.
v. Kualiti dan standard pelajar sentiasa pada tahap yang tinggi.
vi. Masalah sekolah akan diselesaikan secara kolaboratif.
vii. “Team Work” akan terbina dengan harmoni dan bekerja secara proaktif.
viii. Kepakaran staf sentiasa berkembang secara berterusan.
ix. Perkhidmatan berteraskan kualiti dan penuh mesra.
x. Peraturan dan interaksi dijadikan landasan melaksanakan tanggungjawab.
xi. Kecuaian dapat dielakkan dan komitmen bekerja sentiasa tinggi.

Polisi Sekolah Selamat perlu dianggap sebagai ‘part and parcel’di dalam membantu dan
melengkapkan usaha mendidik pelajar-pelajar. Polisi Sekolah Selamat akan memberi satu
ransangan untuk menunaikan tanggungjawab dalam keadaan yang tenang dan
menyeronokkan

8.0 APLIKASI TEORI DAN KAJIAN DI LUAR NEGARA

8.1 Konsep Budaya Formal Sekolah Dengan Prestasi Pelajar

Dalam Model Iklim Organisasi ini dibangunkan oleh Payne dan Pugh (1976),
menunjukkan hubungan diantara iklim dan struktur organisasi yang saling mempengaruhi
dan merupakan perhubungan dua hala. Iklim organisasi atau budaya organisasi akan
mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri perbandingan seperti
personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat dan pencapaian. Dalam konteks
pendidikan, budaya formal sekolah dilihat dapat mempengaruhi prestasi pelajar.
33

Hoy et. al (1998) telah menjalankan kajian longitudinal untuk melihat kesan iklim
sekolah terhadap tahap pencapaian pelajar sekolah menengah. Pelajar di 86 buah sekolah
menengah di New Jersey telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel ini terdiri daripada
pelbagai tahap sosioekonomi. Pengkaji-pengkaji mendapati ciri-ciri sekolah seperti iklim
yang terbuka (openness climate) memberi kesan ke atas pencapaian pelajar. Dapatan
kajian mereka juga menyokong hujahan bahawa impak budaya formal sekolah iaitu iklim
sekolah adalah berkekalan dan mempunyai pengaruh yang berterusan sepanjang masa
keatas pencapaian pelajar.

Secara amnya menurut kajian Hargreaves (1975, dalam Kamaruddin, 1995),


menyatakan budaya sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik boleh
menimbulkan beberapa masalah di kalangan remaja seperti perlanggaran peraturan
tatatertib dan masalah emosi (takut dan menarik diri). Selain itu, para pelajar yang
tertekan akan sentiasa menimbulkan masalah.

Dalam kajian Byrne, Harttie dan Farser (1986, dalam Harzly, 2005), menyatakan
bahawa persekitaran atau budaya formal sekolah yang baik dapat mempengaruhi
pembelajaran yang efektif dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian
mereka melibatkan 1,675 orang pelajar di New South Wales, Australia.Dapatan daripada
kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam Matematik dan Bahasa
Inggeris dipengaruhi oleh suasana sekolah itu.

Dalam kajian Forrestar (1996, dalam Che Yacob, 1993), menyatakan bahawa
terdapat hubungan antara budaya sekolah dengan prestasi pelajar dan akan terus berputar
dan menghasilkan satu kitaran. Sekiranya kitaran itu bergerak ke arah pembaikan yang
positif maka prestasi pelajar meningkat, maka ia harus dikekalkan. Walau bagaimanapun
sekiranya, kitaran ini bergerak ke arah negatif maka prestasi pelajar menurun, maka
langkah-langkah untuk mengenal pasti kelemahan perlu dilakukan.

8.2 Konsep Sekolah Berkesan Dengan Kepemimpinan Pengajaran

Dalam kajian luar negara iaitu, Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness
Model) telah digunakan untuk membangunkan konsep sekolah berkesan. Dalam usaha
untuk mencapai keberkesanan di sekolah rendah, kepemimpinan pengetua sering dilihat
34

sebagai faktor utama. Di Amerika Syarikat, banyak cadangan telah dikemukakan melalui
laporan-laporan seperti "A Nation At Risk,1983", "Action For Excellence, 1983", "Better
Education For Michigan Citizen: A Blue Print For Action, 1984", "Leader For
America’s Schools, 1987" (dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005), menegaskan bahawa
betapa pentingnya kepemimpinan pengetua yang berkesan untuk mewujudkan sesebuah
sekolah yang berkesan.

Kajian yang dijalankan oleh Edmonds (1979), Brookover, et al. (1979), Sapore
(1983), Rutter, et al. (1979) dan Kroeze (1983) mengatakan bahawa sekolah yang
berkesan mempunyai para pengetua yang dapat memahami peranan yang dimainkan
dalam program pengajaran di sekolahnya (Mohd Nor Bin Jaafar, 2005). Mereka bukan
sahaja faham, tetapi bercita-cita tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
terhadap pencapaian akademik para murid mereka secara keseluruhan. Begitu juga Wildy
dan Dimmock (1993, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) mengatakan bahawa kajian-
kajian mengenai kepemimpinan pengetua dalam pengajaran yang dilakukan
dikebanyakan negara mendapati bahawa pengetua yang mempunyai kemahiran dalam
pemimpin pengajaran boleh membawa perubahan dalam pengajaran guru dan
pembelajaran para muridnya.

Kepemimpinan pengajaran merupakan satu idea atau gambaran dalam fikiran


yang telah dipertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah-sekolah sepanjang tahun
1980an dan awal tahun 1990an (Leihwood, Kenneth A , 1992). Begitu juga isu
kepemimpinan pengajaran telah menjadi agenda utama bagi para pengetua di sekolah-
sekolah yang berkesan. Drake dan Roe (1986) menganggap kepemimpinan pengajaran
sebagai tugas utama pengetua sekolah. Menurutnya lagi dengan berperanan sebagai
kepemimpinan pengajaran mereka dapat meningkat dan memajukan pembelajaran para
pelajar. Bagi Harris (1977) pula, kepemimpinan pengajaran dikaitkan dengan
pelaksanaan program inovasi oleh pengetua di sekolah.

Kepimpinan pengajaran mengikut Bevoise (1984, dalam Mohd Nor Bin Jaafar,
2005) mengambarkan sebagai tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua atau
menugaskan kepada guru-gurunya yang bermatlamatkan untuk memajukan pembelajaran
pelajar-pelajar. Begitu juga konsep kepemimpinan pengajaran yang dikemukakan oleh
35

Schon (1988, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) yang menekankan kepada pemerhatian
pengajaran di bilik darjah dan fokas secara khusus kepada bantuan, bimbingan dan
menggalakkan pengajaran secara reflektif. Manakala Reitzug dan Cross (1993, dalam
Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) telah membincangkan amalan kepemimpinan pengajaran
iaitu menggalakkan guru menyuarakan pendapat tentang kesulitan-kesulitan semasa
pengajaran, sebagai fasilitator dalam menyelesaikan kesulitan-kesulitan tersebut dan
memberi penghargaan kepada para guru. Bagi Smyth (1997, dalam Mohd Nor Bin Jaafar,
2005) konsep kepemimpinan pengajaran merupakan kepelbagaian kerjasama dan kajian
kritikal berkaitan dengan interaksi di bilik darjah untuk mencapai matlamat pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.

Menurut Rallis dan Highsmith (1986, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) telah
menyatakan bahawa kepemimpinan pengajaran adalah kepemimpinan yang berwawasan
dan berdaya maju. Mereka telah mengariskan fungsi kepemimpinan pengajaran sebagai:

(i) Model yang berperanan bagi menjana visi dan idea kepada tindakan.
(ii) Pemimpin yang meransang guru-gurunya untuk mencapai kecemerlangan.
(iii) Pemimpin yang membantu guru-guru menjadi pembuatkeputusan yang bijak
(mengenalpasti dan menyelesaikan masalah)dan memberi tunjuk ajar
dalamhal-hal pengajaran.
(iv) Menggunakan sumber dan mengenalpasti sumber yang ada dan
menggunakannya dengan secara efektif.
(v) Meningkatkan iklimsekolah dan mengekalkan kemudahan serta memajukan
proses pengajaran.
(vi) Memeta dan mewujudkan struktur organisasi dan mekanisme untuk
memajukan pengajaran di kalangan guru.

Glickman (1985, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) menyenaraikan lima tugas
utama kepemimpinan pengajaran iaitu pembantu terus kepada para guru, perkembangan
kumpulan, perkembangan staf, perkembangan kurikulum, dan kajian tindakan. Beliau
mencatatkan bahawa tugas-tugas ini merupakan kesepaduan yang menyatukan keperluan
gurudengan matlamat sekolah. Mengikut Pajak (1989, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005)
amalan umum kepemimpinan pengajaran ialah memperkukuhkan secara khusus
36

penentuan perlakuan dan kemahiran para guru, membuka ruang dialog berkenaan
masalah-masalah yang berlaku semasa pengajaran di bilik darjah, perkembangan
kurikulumdan stafdan membantu para guru membina pengetahuan profesional dan
kemahiran-kemahiran pedagogi.

National Association of Secondary School Principal (NASSP) telah


menyenaraikan ciri-ciri kepemimpinan pengajaran yang berkesan dalam “Handbook on
Effective Instrutional Leadership” (Mohd Nor Bin Jaafar, 2005). Ciri-ciri tersebut
adalahseperti berikut:

(i) Berkeyakinan dan menaruh sepenuh kepercayaan serta pengharapan yang


tinggi terhadap para guru dan kakitangan sekolah
(ii) Menghabiskan sebahagian besar waktu kerja bersama guru-guru berbincang,
membantu dan mendorong mereka bagi memajukan program pembelajaran
dan pengajaran
(iii) Berusaha mengesan dan mengenal pasti masalah-masalah dalamproses
pengajaran dan pembelajaran.
(iv) Terlibat secara langsung bagi mempastikan iklim serta budaya sekolah dapat
mempengaruhi guru ke arah mencapai matlamat sekolah yangtelah ditetapkan.

8.3 Kajian Teori Budaya di Luar Negara.

Kajian demi kajian dilakukan secara berterusan di luar negara untuk mengukur budaya
sesuatu organisasi. Menurut Imran, Grzegor dan Matthew (2010) dalam “An
organisational Culture Model for Comparative Studies : A Conceptual View” , budaya
organisasi menyatukan organisasi dan ia bukan sahaja menggalakkan pekerja bekerja
dengan baik tetapi juga memberikan komitmen yang tinggi kepada organisasi. Pelbagai
kajian menggambarkan kajian untuk menunjukkan peranan budaya organisasi dalam
prestasi dan kecekapan organisasi ( Cullen, 2002). Walaupun ternyata budaya organisasi
mempengaruhi kecekapan organisasi, terdapat juga beberapa kritikan daripada para
pengkaji tentang bagaimana budaya organisasi harus dikaji (Wilderom et al., 2004).

Walaupun budaya organisasi adalah implisit dalam aktiviti organisasi, kajian


membuktikan budaya organisasi memberi kesan kepada prestasi dan kecekapan
37

organisasi (Cullen, 2002; Mathew, 2007; Martins & Terblanche, 2003). Budaya
organisasi dikaji dalam hubungan dengan idea organisasi yang utama dan aktiviti-aktiviti
seperti kreativiti dan inovasi ( Martins & Terblanche, 2003); produktiviti dan kualiti
(Mathew, 2007) dan pemindahan ilmu (Lucas, 2006). Furnham & Gunter (1993)
menyimpulkan bahawa fungsi budaya organisasi adalah sebagai integrasi dalaman dan
koordinasi.

Kajian ke atas budaya organisasi yang berubah untuk memperbaiki prestasi dan
membuatkan pencapaian organisasi menjadi kompetitif semakin berkembang. Contohnya
dalam pembangunan Organisation Culture Inventory (Cooke & Lafferty, 1987). Ianya
adalah penting untuk sesuatu konsep itu diperhatikan dan diukur bagi membolehkannya
dimanipulasikan. Selain daripada keperluan untuk perubahan, terdapat minat untuk
mengkaitkannya dengan aktiviti organisasi yang lain seperti yang dinyatakan di atas iaitu
produktiviti dan kualiti, perkongsian ilmu pengetahuan dan pemindahan ilmu, sikap
kakitangan dan pekerjaan (Ashkanasay, Broadfoot & Falkus, 2000). Perkongsian ilmu
adalah alat pengukuran terbaru kepada pengurusan pengetahuan di mana aset
pengetahuan digalakkan dalam budaya untuk meningkatkan kecekapan dan output
organisasi (Stair & Reynolds, 2008).

Dalam kajian yang dilakukan oleh Amal Altaf & Mohammad Ali Jinnah (2011)
yang bertajuk “ The Impact of Organizational Culture on Organizational Effectiveness:
Implication of Hofstede Cultural Model as Organizational Effectiveness Model ” ke atas
123 responden menggunakan 4 dimensi teori Hofstede mendapati:

1. Power distant mempunyai impak negatif ke atas kecekapan organisasi.


2. Uncertainty avoidance mempunyai impak yang negatif dalam kecekapan
organisasi.
3. Masculinity mempunyai impak yang negatif ke atas kecekapan organisasi.
4. Collectivism mempunyai impak yang positif ke atas kecekapan organisasi.

Kajian yang dijalankan oleh Mieke Van Houtte dan Dimitri Van Maele (2011)
dalam “The black box revelation: in search of conceptual clarity regarding climate and
38

culture in school effectiveness research” mendapati istilah budaya lebih sesuai digunakan
untuk menggambarkan kecekapan sesuatu organisasi berbanding iklim.

8.4 Kajian Iklim Sekolah di Luar Negara

Kajian dilakukan oleh Ilhan Gunbayi dalam “School Climate and Teachers’ Perceptions
on Climate Factors: Research into Nine Urban High Schools”, 2007 ke atas sembilan
buah sekolah, iaitu empat sekolah di Afyon City dan lima di Usak City, Turki untuk
mengukur persepsi guru yang berhubung dengan faktor iklim dalam kalangan guru yang
mengajar kursus Sains Sosial, guru yang mengajar Sastera, Muzik dan Pendidikan Fizikal
dengan kecekapan organisasi. Kajian ke atas 381 orang guru ini mendapati guru-guru
bersetuju terhadap ciri iklim terbuka dalam semangat berpasukan (3.93), kejelasan dan
standard (3.52), keintiman dan sokongan ( 3.49), autonomi (3.48), konflik ahli (3.44),
iklim sederhan dalam risiko (3.29) dan penghargaan (3.07).

Kajian yang dijalankan oleh Angus J. Macneil, Doris L.Prater dan Steve Busch
dalam “ The effects of school culture and climate on student achievement” ke atas
sekolah-sekolah di Texas mendapati sekolah yang mempunyai tahap Exemplary
(cemerlang) mempunyai iklim sekolah yang lebih baik berbanding dengan sekolah pada
tahap Acceptable (lemah). Ini menunjukkan iklim sesuatu sekolah amat penting dalam
menentukan kejayaan dan prestasi sekolah.

9.0 KESIMPULAN

Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis
keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan
kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran, keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara
pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah.
Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling
berkaitan.

Di Malaysia kajian dan pegetahuan kita tentang budaya sekolah dan sekolah
berkesan masih terhad (EPRD, 2004). Jika ada pun kajian di Malaysia namun kajian
39

dijalankan secara berasingan dan tidak menekankan nilai budaya dan pencapaian sekolah
(Norihan Haji Azizan, 1996; Shahril Marzuki, 1997; Zulkifli Husin, 1998; Umi Nafisah
Md. Sirat, 1999; Abdul Aziz Omar, 2000 & Ahmad Zabidi Abd Razak, 2002). Walaupun
kajian-kajian di luar negara agak banyak namun kebanyakannya adalah kajian empirikal
berbentuk kualitatif dan interpretatif, kutipan data daripada sampel sekolah yang kecil
(Colley, 1999; Kelley & Bredeson, 1987; Kottkamp, 1984; Ortiz, 1986; Owens, Steinhoff
& Rosenbaum, 1989; Perkaralewis, 1988; Willower dan Smith, 1986). Kajian-kajian
mutakhir pula membuat perbandingan antara budaya sekolah menengah (Cavanagh &
Dellar, 1998; Pang, 1996). Kajian-kajian seumpama ini sangat terhad di Malaysia dan
telah lama tidak dikaji (EPRD, 2004).

Manakala kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah pula


menunjukkan iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi
dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru
lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif
sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa
terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya
iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.

Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke
atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf
bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya
sekolah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial
yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu
dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam
masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga,
sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial
bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di
kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.
40

Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan


teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku
guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan
antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan
dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus
pendidikan yang akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang
pendidikan yang sama rata perlu diambil kira untuk memberikan peluang pendidikan
yang adil kepada semua rakyat Malaysia dan seterusnya membantu usaha untuk
menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
41

10.0 RUJUKAN

Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19.

Affizal Ahmad. (2011). Kepentingan Pendidikan Dalam Pembentukan Kualiti Hidup.


Kubang Kerian: Universiti Sains Malaysia

Amal Altaf & Mohammad Ali Jinnah (2011). The Impact of Organizational Culture on
Organizational Effectiveness: Implication Of Hofstede Cultural Model as
Organizational Effectiveness Model. The International Journal of
Interdiscliplinary of Social Sciences. Vol.6, Issue 1. 1833-1882.

Cole, G.A. (1995). Management theory and practice (5th ed.). London: DP Publications.

Cooke, R. A., & Lafferty, J. C. (1987). Organizational Culture Inventory. Plymouth, MI:
Human Synergistics.

Cullen, J.B. (2002). Multinational Management. South-Western College Publishing.

Gumuseli, A. I., & Eryilmaz, A. (2011). The Measurement of Collaborative School


Culture (CSC) on Turkish School. New Horizon in Education, Vol.59, No.2.

Houtte, M. V., & Maele, D. V. (2011). The Black Box Revelation: In search of
Conceptual Clarity Regarding Climate and Culture in School Effectiveness
Research. Oxford Review of Education. Vol. 37, No. 4, 505-524.

Hoy, K. W., (1990). Organizational Climate and Culture: A Conceptual Analysis of


School Workplace. Journal of Educational and Psychological Consultation, 1(2),
149-168.

Hoy, K. W., Tarter, C. J., & Kottkamp, R. B., (2011). Measuring Organizational
Climate. Arlington Writers Ltd, Columbus.

Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2005). Educational administration: Theory, research and
practice (7th ed.). New York. McGraw Hill.
42

Khan, U. I., Usoro, A., & Majewski. (2010). An Organizational Culture Model for
Comparative Studies: A Conceptual View. International Journal of Global
Business. 3 (1) . 53-82. Central Michigan University.

Lazaridou, A., & Iordanides, G. (2011). The Principal’s Role in Achieving School
Effectiveness. ISEA, Vol.39, No.3.

MacNeil, A. J., Prater, D. L., & Busch, S. (2009). The effects of School Culture on
Student Achievement. International Journal of Leadership in Education, No.1,
73-84.

Martins, E. C., & Terblanche, F. (2003). Bulding Organizational Culture That Stimulate
Creativity and Innovation. Europen Journal Of Innovation Management. 6 (1).
64-74.

Matthew, J. (2007). The Relationship of Organizational Culture with Productivity and


Quality. Employee Relations. 29 (6). 677 – 695.

Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku: Edisi Ketiga. Ipoh:
Penerbitan Multimedia.

Mok Soon Sang (2012). Prinsip Teras Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mohd Nor Bin Jaafar. (2005). Kepemimpinan Pengajaran Guru Besar,Komitmen dan
Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan HubunganAntara Sekolah
Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Sungai Petani: Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim.

Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Kertas Kerja Seminar


Sekolah Efektif Kementerian Pendidikan Malaysia. 13-14 Julai 1995. Institut
Aminudin Baki: Kementerian Pendidikan Malaysia.

National School Climate Council (2007). The School Climate Challenge: Narrowing the
Gap Between School Climate Research and School Climate Policy, Practice
Guidelines and Teacher Education Policy.
43

Sergiovanni, T. J. (1991). The Principalship: A Reflective Practice Perspective.


Massachusetts: Alyn and Bacon.

Shamsiah Mohd. Amin, Shahrulbanun A. Ghani dan Azaiah Ab. Latib (2005). Konsep
dan Pelaksaan Sekolah Selamat. Seminar Pendidikan: Peningkatan
Profesionalisme Keguruan. Falkulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
15 Oktober 2005.

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Mikson (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Pucong: Penerbitan Multimedia.

Yaakob Daud. (2007). Budaya Sekolah Rendah: Hubungan dengan Kepimpinan,


Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik. (Projek tahun akhir yang tidak
diterbitkan). Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai