Anda di halaman 1dari 17

1.

PENDAHULUAN

Pendidikan yang berkualiti memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara,
mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta
meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992,
dalam Affizal Ahmad, 2011). Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang
kemiskinan, membina demokrasi dan membentuk masyarakat yang sejahtera (Preston dan
Elo, 1996, dalam Affizal Ahmad, 2011). Pendidikan merupakan satu organisasi yang
memberi kesan yang mendalam dalam kemajuan sesebuah negara.. Negara yang maju
mestilah bermula dengan sistem pendidikan yang mapan dan berkualiti dan disokong dengan
kepimpinan yang berkesan..
Hoy dan Miskel (2005) menyatakan, organisasi pendidikan adalah sebuah sistem
terbuka yang mengambil kira terhadap struktur dan proses yang memerlukan input dari
persekitaran, menukarkannya kepada pengeluaran/output kepada persekitaran. Oleh itu,
organisasi pendidikan dilihat sebagai sebuah sistem yang mempunyai interaksi sosial ( Cole,
1995; Hoy & Miskel, 2005).
Menurut Cole (1995) sistem sosial adalah berasaskan perhubungan dan sistem
keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Sekolah mengamalkan sistem sosial
kerana berlaku interaksi di antara sekumpulan individu dalam intitusi sekolah berkenaan,
sebagai contoh interaksi guru dengan murid, guru dengan guru dan guru dengan komuniti.
Hoy & Miskel (2005) menyatakan bahawa sistem sosial organisasi pendidikan
mempunyai beberapa elemen yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku manusia di
dalamnya untuk bekerja ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Elemen-elemen tersebut
adalah struktur, individu, budaya dan politik. Interaksi sosial di dalam organisasi pendidikan
yang terdiri dari pelajar, pendidik, pekerja-pekerja sokongan, ibu bapa dan sesiapa sahaja
yang berinteraksi dengannya sama ada secara formal atau tidak.
Pembentukan budaya dan iklim sekolah banyak dipengaruhi oleh interaksi di dalam
struktur organisasi sesuatu institusi termasuk institusi pendidikan. Dapatan ini disokong oleh
Sergiovanni & Starrat (1998) yang menyatakan setiap organisasi pendidikan mempunyai
budaya dan iklim tersendiri yang mampu membezakannya daripada organisasi yang lain dan
mempengaruhi tingkah laku dan perasaan guru dan pelajar di sekolah itu.

2.0

DEFINISI KEPEMIMPINAN, BUDAYA, DAN IKLIM SEKOLAH


2.1
Imam

Definisi Kepemimpinan
Abul-Hassan

al-Mawardi

dalam

kitabnya

Al-Ahkamus

Sultaniyyah

menyatakan kepimpinan yang adalah mempunyai syarat-syarat yang tertentu seperti


adil, mempunyai ilmu pengetahuan, sempurna pancaindera, tidak cacat, mempunyai
kemampuan berfikir, keberanian dan kekuatan serta keturunan mulia.
Menurut Kamus Dewan, definisi kepimpinan ialah keupayaan seseorang itu
memimpin. Manakala Koontz dan ODonnel (1979) menyatakan kepimpinan secara
amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh iaitu satu seni atau proses
mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah
pencapaian matlamat bersama. Berdasarkan pendapat Koontz dan ODonnel
kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai satu proses mempengaruhi, ini kerana konsep
kepimpinan tidak akan wujud tanpa adanya pengaruh. Konsep ini merupakan satu
proses yang berterusan dan bertujuan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan
bersama.
Manakala

Gordon

(1955)

berpendapat

bahawa

pemimpin

berupaya

mempengaruhi pengikutnya dan pengikutnya pula mestilah mematuhi serta akur


segala arahan. Ianya merupakan suatu proses interaksi di antara pemimpin dan ahli
kumpulan.

Hollander

(1978)

menyatakan

kepimpinan

adalah

satu

proses

mempengaruhi pengikutnya secara bukan paksaan tetapi pujukan dengan satu tujuan
iaitu untuk mencapai matlamat secara bersama.
2.1.1

Stail Kepimpinan

Blake & Mouton (1964) menjelaskan terdapat empat stail kepimpinan secara
amnya yang boleh dijadikan panduan untuk mengelaskan cara kepimpinan.
i.

Kepimpinan Autokratik
Pemimpin autokratik mementingkan pelaksanaan tugasan. Arahan
yang diberikan hendaklah dipatuhi oleh orang bawahan. Pemimpin ini
menggunakan kuasa formal untuk memimpin orang bawahan.
Contohnya adalah seperti pemimpin dalam bidang industri.

ii.

Kepimpinan Berperikemanusiaan
2

Pemimpin berperikemanusiaan mementingkan kakitangannya lebih


dari tugasan. Pemimpin ini mementingkan suasana kerja yang
kondusif, hubungan positif antara staf dan mengelakkan sebarang
iii.

konflik berlaku dalam kepimpinannya.


Kepimpinan Demokrasi
Pemimpin demokratik menginginkan semua staf melibatkan diri dalam
organisasi. Semua staf mendapat peluang untuk memberi pendapat dan
pandangan sebelum pemimpin membuat keputusan. Suara orang

iv.

bawahan diberikan perhatian.


Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)
Pemimpin laissez-faire biasanya tidak berminat dengan tugasan yang
diberikan. Pemimpin ini memberikan tugas membuat keputusan
kepada orang bawahan dan tidak menggunakan kuasa yang ada
padanya dengan wajar.

2.2

Definisi Budaya Sekolah

Terdapat pelbagai takrifan bagi menjelaskan maksud budaya dan ia adalah berbeza
mengikut bidang perbincangan. Tiada takrifan yang mutlak berkaitan definisi budaya
dan pengkaji yang berbeza mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan definisi
budaya. Clifford Geertz (1973) menyatakan bahawa budaya merujuk kepada
historically transmitted pattern of meaning embodied in a symbols. Simbol ini
termasuklah yang mesej bertulis (eksplisit) dan yang tersembunyi (implisit)
terkandung dalam bahasa.
Elemen yang utama dalam budaya sekolah menurut Geertz adalah norma,
nilai, kepercayaan, tradisi, upacara, perayaan dan mitos yang diterjemahkan oleh
sekumpulan manusia. Simbol dan elemen ini boleh terdiri dari simbol yang tersurat
atau tersirat. Nilai yang wujud dari teknik dan cara pengajaran, persekitaran sekolah
yang kondusif, hubungan antara staf dan kakitangan sekolah dan kepimpinan guru
besar atau pengetua merupakan budaya yang wujud dalam persekitaran sekolah.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2010) menyatakan bahawa budaya sekolah
adalah berkenaan nilai, kepercayaan dan ideal yang dipegang dan dikongsi oleh
anggota-anggota komuniti sekolah. Ia termasuklah kepercayaan terhadap tujuan
persekolahan dan pendidikan, peranan guru dan murid, misi dan visi sekolah dan
sebagainya. Penyampaian ilmu pengetahuan dan perkongsian maklumat oleh
3

komuniti sekolah disampaikan dalam pelbagai cara, sebagai contoh pengunguman,


poster, mural dan kain rentang yang bertujuan untuk membentuk kepercayaan dan
nilai merupakan contoh satu budaya di sekolah. Hoy & Miskel, (2001) mentakrifkan
budaya sekolah sebagai pengumpulan nilai dan norma daripada warga sekolah yang
menjadi amalan guru.
Menurut Ravasi dan Schultz (2006), budaya organisasi adalah satu set andaian
yang dikongsi bersama dalam organisasi dalam interpretasi dan tindakan dengan
mendefinisikan kelakuan yang sepatutnya dalam keadaan-keadaan yang berlainan.
Setiap organisasi mempunyai keunikan budaya yang pelbagai. Kepelbagaian budaya
ini boleh mencetuskan konflik yang membawa kepada kesan positif dan negatif.
Sergiovanni (1991) pula menyatakan, di setiap sekolah terdapat pelakuan lazim yang
boleh diperhatikan dalam melahirkan peraturan-peraturan perhubungan. Peraturan
yang dimaksudkan ini merangkumi tingkahlaku atau tindak tanduk individu, apa yang
dilakukan betul atau tidak, ianya diterima atau ditolak dan harapan individu tersebut.
Nilai dan kepercayaan oleh ahli dalam organisasi membentuk norma-norma ini.
2.3

Definisi Iklim sekolah


Iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti

seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai
tahap organisasi iklim sekolah berkenaan
Halphin dan Croft, 1963
Howard (1974) menyatakan bahawa definisi iklim sekolah sebagai keadaan
sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.
Konsep dan definisi iklim organisasi dirintis oleh Halpin dan Croft (1963) dan
dipopularkan oleh Taguiri, 1968 yang menyatakan iklim terbentuk daripada tatarajah
ciri-ciri kekal tertentu seperti ekologi, milieu, sistem sosial dan budaya, seperti mana
personaliti seseorang terbentuk daripada ciri-ciri personalnya. Menurut Tableman,
2004 mengtakrifkan iklim sekolah sebagai aspek fizikal dan psikologi seseduah
sekolah yang menyediakan pra-kondisi yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

National School Climate Center, Center for Social dan Emotional Education
dan National Center For Learning and Citizenship at Education Commision of the
State (2008) menyatakan yang iklim sekolah merujuk kepada kualiti dan ciri-ciri
kehidupan di sekolah. Ianya berdasarkan corak rutin kehidupan di dalam sekolah
melibatkan norma, matlamat, nilai, hubungan interpersonal, pengajran, amalan
kepimpinan dan pembelajaran dan struktur organisasi.
Sergiovanni (1971) melihat iklim sekolah sebagai satu cirri yang
membezakannya dengan sekolah yang lain. Ia mempengaruhi tingkah laku guru dan
murid serta ahli-ahli lain di dalamnya malah juga dapat dirasai.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) pula menyatakan istilah budaya
sekolah untuk menerangkan suasana sekolah yang hampir menyamai iklim sekolah.
Sekolah yang mempunyai iklim yang baik mempunyai persekitaran yang dirasakan
selesa, tenteram, mesra, riang dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.
3.0

CIRI-CIRI BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH


3.1

Ciri-ciri Budaya Sekolah

Beberapa kajian telah dibuat dan ciri-ciri budaya sekolah yang berkesan telah
dikenalpasti melalui kajian berkenaan. Ciri-ciri budaya sekolah tersebut termasuklah:
i.

Membentuk nilai-nilai yang kukuh yang mendorong persekitaran yang


selamat,kondusif untuk belajar dan bebas daripada masalah disiplin atau
vandalisma. Persekitaran yang selesa dan kondusif dapat memastikan

ii.

pembentukan budaya pembelajaran yang lebih positif.


Pemimpin perlu mempunyai jangkaan yang tinggi, terhadap tiap-tiap pelajar dan
guru, kepercayaan bahawa semua orang boleh berjaya. Pemimpin perlu
memberi peluang dan ruang kepada orang bawahan untuk menunjukkan potensi
diri disamping mengembangkan prestasi mereka dalam menjalankan tugasan.

iii.

Budaya ini dapat membentuk perhubungan yang sihat.


Pemimpin juga mestilah mempunyai kepercayaan bahawa kemahiran-kemahiran
asas perlu diperolehi oleh semua pelajar. Semua pelajar mempunyai hak untuk

iv.

belajar dan perlu berhak mendapat layanan yang adil tanpa sikap pilih kasih.
Kepimpinan yang kukuh dan kepercayaan kepada kepentingannya adalah sangat
penting. Pemimpin yang tidak tetap pendirian akan melahirkan konflik dengan

staf dan orang bawahan. Konflik yang timbul akan memberi kesan negatif
v.

terhadap budaya sekolah.


Pemimpin juga harus mempunyai kepercayaan bahawa sekolah boleh memupuk
perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan pengajaran dan
pembelajaran, kurikulum ,organisasi pembelajaran dan amlan sekolah yang peka
kepada keperluan pelajar pelbagai kebolehan, budaya, latar belakang

vi.

sosioekonomi, dan tahap keistimewaan.


Budaya sekolah membentuk satu tindakan positif iaitu usaha yang gigih untuk
menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang bukan sahaja pelajar terlibat
dalam proses pembelajaran tetap guru, pentadbir, ibu bapa juga terlibat dalam
pembelajaran berterusan.

3.2

Ciri-ciri Iklim Sekolah


3.2.1

Tujuh ciri yang dipilih ini merangkumi peranan yang perlu

dilaksanakan oleh pengetua, guru guru dan pelajar untuk mewujudkan


iklim sekolah yang berkesan.
i.

Kawasan sekolah bersih, cantik, selamat dan cukup tempat ruang


belajar. Suasana sebegini akan mewujudkan rasa tenang, tenteram dan
sudah tentu guru-guru akan sentiasa bersemangat untuk bekerja dan

ii.

para pelajar pula bersemangat untuk belajar.


Pengetua mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan dengan
guru dan pelajar. Sikap pengetua yang mudah bergaul akan
memudahkan setiap warga sekolah berani untuk berbincang tentang
apa jua masalah. Kewujudan suasana sebegini akan mengurangkan rasa

iii.

tekanan dan akan membantu meningkatkan motivasi.


Sikap pelajar yang positif, bermaksud keperibadian yang baik yang
ditunjukkan oleh pelajar sama ada semasa berada di sekolah atau luar
kawasan sekolah. Sekiranya pelajar mempunyai sikap positif ini,
mereka boleh menguruskan sesuatu kerja dengan bebas dan boleh
berdikari tanpa perlu dipaksa. Guru-guru hanya perlu memantau
tingkah laku pelajar tersebut dan hanya perlu menegur tanpa perlu

iv.

mengambil tindakan yang berat.


Pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan
pekerjaan. Ciri ini bermaksud guru atau pelajar yang hendak
melaksanakan sesuatu perkara telah meletakkan ketentuan syarak
sebagai asasnya. Dengan pengamalan sebegini, ia dapat memastikan
6

setiap tindakan akan membawa kepada kebaikan kerana Islam tidak


v.

pernah menganjurkan ke arah kemaksiatan.


Komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi. Ciri ini bermaksud
guru-guru memberi tumpuan penuh kepada kurikulum dan pengajaran.
Mereka memahami bahawa tugas utama mereka di sekolah adalah
berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, mereka perlu
memastikan setiap aktiviti yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran
benar-benar memberi kesan kepada pelajar. Antara tindakan mereka
ialah memaksimumkan waktu pengajaran dan membuat perancangan

vi.

yang rapi tentang pengajaran.


Guru-guru bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Kesemua tujuh ciri ini menunjukkan bahawa guru-guru bersama-sama
memberi sumbangan ke arah perjalanan dan perkembangan sekolah.
Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan sekolah.
Menurut Rotter (1975) yang membentangkan Teori Motivasi
Pembelajaran Sosial, individu yang mengetahui kaitan antara kelakuan

mereka dan kesan yang dialami mempunyai kecenderungan kawalan dalaman


yang kuat. Mereka tahu bahawa tindakan yang mereka ambil akan
mempengaruhi apa yang berlaku kepada mereka.
Sekiranya setiap warga sekolah berusaha mewujudkan iklim sekolah
yang berkesan, mereka akan mempunyai kawalan dalaman diri yang kuat.
Dengan kawalan dalaman yang kuat, ini akan memotivasikan warga sekolah
untuk melaksanakan sesuatu tugas pada tahap yang terbaik. Sikap sebegini
dapat memastikan mereka mencapai kejayaan dalam setiap tugas yang
dilaksanakan.
3.2.2

Kepimpinan dan Pentadbiran

Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea


daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua
melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi
sokongan

kepada

guru

terhadap

amalan

penghajaran

mereka

dan

menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka.


Pihak

pentadbiran

mempunyai

program

pembangunan

staf

untuk

menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di


sekolah berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka.
3.2.3

Komunikasi

Sikap pengetua yang mengamalkan corak komunikasi secara terbuka kepada


seluruh warga sekolah dan ibu bapa juga dapat mewujudkan ciri iklim sekolah
berkesan. Sikap sebegini amat penting diamalkan kerana peranan pengetua
cukup penting dalam menentukan keberkesanan sekolah. Selain itu,
berdasarkan profil pengetua/guru besar berkesan menurut model Malaysia
(Institut Aminuddin Baki 1998), kesimpulan daripada dapatan kajian yang
dibuat di sekolah-sekolah di Malaysia menyatakan bahawa antara ciri penting
pengetua berkesan ialah pengetua atau guru besar yang mengamalkan cara
berkomunikasi yang cekap dalam pelbagai hala dan cara. Sekiranya pengetua
tidak mengamalkan konsep terbuka, ini akan menyukarkan pengetua untuk
mendapat maklum balas yang diperlukan untuk mengemas kini perancangan
yang sedang dibuat bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Menurut Ahmad
(1991), ketua hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam
mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan. Hal ini tidak
akan tercapai melainkan wujudnya jalinan yang erat antara pemimpin dengan
pihak yang dipimpin tanpa adanya garis pemisah antara satu sama lain. Apa
yang lebih penting lagi ialah seseorang guru besar atau pengetua itu mampu
bertindak sebagai model terbaik kepada guru dan pelajar. Sekiranya pengetua
gagal memainkan peranan ini, maka agak sukar segala perubahan dapat
dilakukan di sekolah kerana tanpa contoh teladan yang terbaik akan
menyebabkan guru dan pelajar kurang menghormati guru besar atau pengetua.
Keadaan ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak bersungguh-sungguh
melaksanakan arahan dan perancangan guru besar atau pengetua. Keterbukaan
komunikasi oleh guru besar atau pengetua ini akan menghilangkan rasa
ketidakpuasaan hati di kalangan guru atau pelajar. Keadaan ini sangat
membantu peningkatan motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan
pada tahap yang terbaik dan pelajar pula akan belajar dengan bersungguhsungguh.

3.2.4

Kemudahan Fizikal

Pelajar dan guru di sekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan
sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan
fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan
kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
3.2.5

Pencapaian Pelajar

Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislaman


yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan kasih
sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang
membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid. Selain itu,
pengetua yang memimpin guru-guru, menjadi penyeru kepada kebaikan dan
mencegah kepada kemungkaran serta menjadi pencetus, penggerak dan
pembina tamadun Islam. Kajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar
terhadap guru sebagai suatu yang mendorong mereka belajar dan mencapai
kejayaan. Memandangkan keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan
kepada pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap p elajar perlu
diutamakan oleh pentadbiran sekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya
sentiasa berakhlak mulia, menghormati guru dan sedia memberi bantuan
kepada guru apabila diminta, sentiasa berbincang dengan guru apabila
menghadapi kesukaran dalam pelajaran, menjaga kebersihan diri, menjaga
bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah, kurang menghadapi masalah
disiplin di dalam atau luar kawasan sekolah. Selain itu, tugas seseorang guru
bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, bahkan bertanggungjawab
untuk membentuk peribadi yang cemerlang di kalangan pelajar. Dengan sikap
pelajar yang berakhlak mulia, maka guru tidak perlu mengambil tindakan yang
keras untuk menyedarkan pelajar tentang kesalahan yang mereka lakukan,
sebaliknya sekadar menegur sahaja. Sikap pelajar yang baik juga ialah mereka
bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata,
sebaliknya juga perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum. Penyertaan dalam
bidang kokurikulum ini secara tidak langsung dapat memupuk amalan nilainilai murni dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar. Walaupun mereka aktif,
9

tetapi pencapaian mereka adalah seimbang ataupun lebih baik daripada


pelajar-pelajar yang tidak aktif dan markah mereka juga seimbang dalam
setiap mata pelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah menengah agama juga
harus diorientasikan menjadi pelajar yang bertakwa kepada Allah, bermotivasi,
ada

wawasan

diri,

jelas

matlamat,

gigih

berusaha

meneroka

dan

membudayakan ilmu dan kemahiran, berbudaya saing yang tinggi serta


sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat.
4.0

HUBUNGAN DI ANTARA BUDAYA SEKOLAH DAN IKLIM SEKOLAH

Iklim biasanya digunakan untuk mengambarkan sesebuah organisasi atau kumpulan kerja.
Manakala budaya bukan sahaja mengandungi gambaran sesebuah organisasi tetapi juga
ramalan, nilai dan kepercayaan yang memberikan organisasi itu satu identiti dalam
menentukan standard kelakuannya (Stephen & Stuart, 1995).
Menurut James Keefe (1993), iklim adalah satu ukuran kepada budaya organisasi.
Menurut beliau Adalah mudah untuk merasai budaya daripada iklim. Iklim adalah sesuatu
yang mengelilingi persekitaran kita, ianya tidak semestinya sebahagian daripada kita. Budaya
adalah sesuatu yang kita bawa ke mana sahaja kita pergi. Melalui kenyataan ini, dapat kita
lihat perbezaan yang jelas antara budaya dan iklim. Budaya, disebabkan ia bukan sahaja
mengandungi suasana persekitaran tetapi juga nilai dan kepercayaan. Interaksi antara
manusia dan iklimnya adalah sebahagian daripada budaya, tetapi ekspresi manusia terhadap
budaya tidak semestinya sebahagian daripada iklim organisasi.
Menurut Sergiovanni (1991), keduanya mempunyai ciri-ciri yang sama, tetapi iklim
adalah lebih interpersonal dan hakiki dan dapat dilihat dalam sikap dan kelakuan guru,
penyelia, pelajar dan pengetua di tempat kerja. Ianya adalah konsep yang membenarkan
perbezaan dan persamaan kelakuan organisasi didefinisikan, sama ada secara baik atau
sebaliknya gaya operasi sekolah tersebut.
Budaya sekolah lebih normatif daripada iklim sekolah dimana ianya adalah refleksi
daripada perkongsian nilai, kepercayaan dan komitmen anggota sekolah yang mengandungi
dan melangkaui hidup interpersonal (Sergiovanni,1991). Kepercayaan dan pendirian sekolah
terhadap pendidikan, organisasi, hubungan manusia; Apa yang diharap untuk dicapai; elemen
yang perlu ada dan ciri-cirinya; dan imej yang diperlukan dipamerkan merupakan cirri yang
perlu untuk mendefinisikan budaya yang ingin dikembangkan oleh sekolah.
10

5.0

KEPENTINGAN BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH

Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati.
Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam
kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar.
Peranan budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat
memberikan sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan
sekolah tersebut.
Pertama adalah apabila sesebuah sekolah itu mengamalkan budaya dan iklim yang
positif dan berada dalam keadaan yang baik secara tidak langsung potensi dan imej sekolah
tersebut akan meningkat. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung sekolah
terlibat akan dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah sebegini akan
menjadi tumpuan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut.
Contohya seperti Sek. Keb. Zainab 2, Kota Bharu Kelantan dengan mengamalkan budaya dan
iklim yang positif prestasi akademik mereka meningkat dan sekarang sekolah tersebut
dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi.
Selain itu, guru-guru dan pelajar akan mempunyai hubungan interpersonal yang baik.
Guru-guru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa di sekolah di mana
mereka bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesra antara guru dan
murid. Mereka pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang sentiasa
mengamalkan budaya dan iklim yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan bertambah
mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar.
Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat
sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka.
Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk membentuk
pelajar yang berjaya.
Pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan meningkat kerana budaya dan iklim
yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran.
Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun sukatan
pelajaran telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan, tetapi guru tidak terikat
dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Mereka bebas untuk menggunakan kaedah-kaedah

11

pengajaran yang difikirkan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka
mengikut kreativiti sendiri. Pembelajaran yang kreatif penting untuk menarik minat pelajar.
Seterusnya, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif ia akan dapat
menarik kepercayaan orang atasan ataupun orang luar. Dengan penampilan sekolah yang
baik, serta mempunyai budaya dan iklim yang baik mereka akan sentiasa mendapat
kepercayaan daripada pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun kem
motivasi. Pihak atasan akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini. Apabila
sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, pihak penganjur tidak
akan teragak-agak untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan datang. Kerana
dengan penganjuran ini, secara tidak langsung ia akan meningkatkan imej orang atasan
tersebut.
Dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berkesan guru akan dapat
menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat
kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,
kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja
akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang
dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran
pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.
Kepentingan dominan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif adalah
sekolah tersebut akan melahirkan keluaran pelajar-pelajar yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini
berkualiti kerana semasa di alam persekolahan mereka sentiasa mengamalkan budaya yang
positif dan berada dalam kawasan iklim positif. Seperti kata pepatah, merebung buluh biarlah
dari rebungnya. Pihak sekolah memainkan peranan untuk membentuk diri pelajar apabila
berada di sekolah.

12

6.0

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DENGAN BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH

Kepimpinan seseorang pentadbir memberikan kesan yang sangat penting kepada prestasi
sesebuah sekolah. Seringkali kita akan mendengar pengetau atau guru besar selaku orang
yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus sekolah dipersalahkan jika sekolah kurang
cemerlang.Maka, tugas menjadi seorang pengetua bukan satu tugas yang mudah dan boleh
dipandang ringan. Menurut Abdul Aziz (2003) Pengetua adalah pemimpin profesional yang
memainkan dua peranan yang saling bergantungan antara satu sama lain. Peranan ini
dinamakan kepimpinan dan pengurusan.
Selaku orang yang paling utama yang diberikan kuasa untuk mentadbir sekolah,
pengetua akan menunjukkan gaya kepimpinan tersendiri yang difikirkan sesuai dengan
kemampuan beliau dan cara kerja di sekolah. Gaya kepimpinan ini secara tidak langsung
akan mempengaruhi budaya dan iklim sesebuah sekolah. Sesetengah pentadbir sekolah yang
baharu mempunyai 2 pilihan dalam mentadbir sekolah, iaitu mengikut budaya dan iklim sedia
ada yang sudah menjadi amalan sekian lama di sekolah, ataupun membentuk iklim dan
budaya baru melalui gaya kepimpinan pentadbir itu sendiri.Kita sedia maklum bahawa
pengaruh dan kecekapan seseorang pentadbir akan dapat membawa kearah kecemerlangan
sesebuah sekolah, maka amat penting seseorang pentadbir itu untuk menjalankan kepimpinan
beliau bagi membentuk budaya dan iklim yang sesuai,kondusif, bermotivasi di sekolah.
Memetik kata kata Fred Hachinger, Saya belum pernah melihat sekolah yang maju
ditadbir oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang
cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang
menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes,
jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya (Dalam Davis & Thomas
1989 : 17). Dari sini kita dapat lihat bahawa pengetua selaku pentadbir adalah orang yang
paling penting untuk menunjukan corak kepimpinan yang akan membentuk budaya dan iklim
sekolah yang cemerlang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada beberapa kategori kepimpinan yang selalu
diamalkan di sekolah. Menurut Leithwood dan Jantzi (1994), terdapat enam kategori
kepimpinan yang diamalkan di sekolah iaitu kepimpinan pengajaran, kepimpinan
transformasi, kepimpinan moral, kepimpinan penyertaan, kepimpinan pengurusan dan
kepimpinan kontigensi.Maka, dari pelaksanaan gaya kepimpinan ini, kita akan dapat melihat
sejauh mana pentingnya gaya kepimpinan yang diamalkan di sekolah akan mempengaruhi
budaya dan iklim semasa sekolah.
13

Mengambil contoh gaya kepimpinan yang selalu diamalkan di sekolah, iaitu


kepimpinan tranformasi. Menurut Burns(1978), pemimpin transformasi merupakan
pemimpin yang melibatkan diri dengan orang lain melalui satu cara yang tertentu sehingga
pemimpin dan pengikutnya dapat meningkatkan motivasi dan semangat bekerja ke suatu
tahap yang lebih tinggi. Dengan kata lain, apabila seseorang pemimpin itu berjaya untuk
meningkatkan motivasi dan semangat kerja pekerjanya, maka ia secara langsung akan
mengubah budaya dan iklim sekolah. Sebagai contoh, pengetua dan guru besar yang sentiasa
menjaga keperluan dan memberikan perhatian kepada kehendak guru dalam pengajaran,
seperti menyediakan peralatan mengajar yang mencukupi, kemudahan fotostat di sekolah
ataupun kemudahan Smart TV di dalam kelas, akan meningkatkan semangat dan motivasi
guru untuk mengajar dengan sehabis baik. Ini akan mengubah iklim sedia ada para guru di
sekolah, dengan menjadikan guru lebih kreatif, rajin dan mempelbagaikan teknik dan cara
pengajaran hasil dari kemudahan yang dbekalkan.Perubahan budaya dan iklim hasil
kepimpinan yang berkesan ini disokong oleh Chan (2004), beliau mendapati bahawa gaya
kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh pengetua cuba memenuhi keperluan
perkembangan potensi kakitangan apabila beliau dapat mengenal pasti keperluan pengikut
dan sentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan
yang lebih tinggi. Kepimpinan pengetua ini akan membentuk keazaman diri, kemampuan dan
juga akan mendorong seluruh warga sekolah untuk melaksanakan inovasi dalma pendidikan
dan mempunyai inisiatif sendiri untuk melakukan perubahan.
Selain itu, kita juga dapat melihat hasil kajian yang positif dalam menunjukkan betapa
kepimpinan

memberikan kesan kepada budaya dan iklim sekolah. Salah satu gaya

kepimpinan yang menarik untuk diperkatakan ialah, daya kepimpinan moral. Kanungo dan
Mendonca (1998) menyatakan kepimpinan moral adalah tingkah laku pemimpin
mempengaruhi nilai, kepercayaan dan sikap pengikut bagi mencapai matlamat organisasi.
Keberkesanan tingkah laku tersebut akan tercapai sekiranya pengetua memiliki sifat berikut:
nilai kemanusiaan, tanggung jawab moral dan sistem pemikiran positif (Roepke, 2011).Dari
definisi yang diberikan, pengetua digambarkan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai
tingkah laku baik, pelaksanaan nilai hidup yang positif dan juga pengamalan moral yang
memberikan kesan kepada tingkah laku guru.Ini secara tidak langsung akan memberikan
kesan kepada tingkah laku guru di sekolah sekali gus menjadikan budaya sekolah menjadi
lebih baik. Antara kajian yang menunjukan kesan kepimpinan moral terhadap kepuasan kerja
guru ialah kajian oleh Muhammad Faizal (2015), dalam kajiannya, Kepimpinan Moral
Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Dan Maktab Rendah Sains MARA: Satu Perbandingan.
14

Hasil dapatan kajian oleh beliau menunjukan bahawa kepimpinan moral pengetua adalah
berkait rapat dengan kepuasan kerja guru, dimana para guru memberikan reaksi positif
terhadap gaya kepimpinan moral pengetuanya. Dengan kata lain, kepimpinan yang
ditunjukkan oleh pengetua berkenaan menjadikan guru berasa puas dalam berkerja, dan ia
mewujudkan budaya dan iklim kerja yang positif di sekolah.
Sesungguhnya, kepimpinan seseorang pentadbir akan memberikan kesan yang besar
terhadap iklim dan budaya sesuatu sekolah. Kita akan dapat lihat bahawa sesuatu sekolah
yang cemerlang dan berkesan tidak akan mempunyai iklim dan budaya yang sama dengan
sekolah yang kurang berkesan.Dan kebiasaanya, sekolah yang berkesan ditadbir oleh
pentadbir yang mampu memimpin dengan baik.
7.0

PENUTUP

Kepimpinan di sekolah adalah satu proses di mana pentadbir mempengaruhi


ahli sekolah lain bagi mencapai matlamat sekolah atau matlamat organisasi. Pengurusan
dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti, berwibawa dan berkesan akan dapat membentuk
budaya dan iklim sekolah yang lebih positif. Kesimpulannya, gaya dan corak
kepimpinan yang diaplikasikan oleh pengetua sama ada gaya kepimpinan
kolaboratif, gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan moral atau pelbagai
lagi gaya yang berkesan akan memberikan kesan positif terhadap motivasi dan
kepuasan kerja guru.Seterusnya, kepuasan kerja ini akan dizahirkan dengan
berubahnya budaya dan iklim sekolah menjadi lebih baik.

15

RUJUKAN
Ab. Aziz Yusuf (2003). Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. Kuala Lumpur.
Pearson (M) Sdn. Bhd.
Affizal Ahmad. (2011). Kepentingan Pendidikan Dalam Pembentukan Kualiti Hidup. Kubang
Kerian:Universiti Sains Malaysia
Blake, R..,Mouton, J. (1964). The Mangerial Grid: The Key to Leadership Excellennce.
Houston: Gulf Publishing Co.
Burns, J. M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.
Chan Yuen Fook. 2004. Kepimpinan Transformasional Dan Inovasi Pendidikan.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut
AminuddinBaki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Clifford Geertz. (1973). The Interpretation of Cultures. Basic Book 2000 Paperback: ISBN 0465-09719-7.
Cole, G.A. (1995). Management Theory and Practice (5th ed.). London:DP Publications.
Gordon Thomas. (1955). Group-Centered Leadership. New York: Houghton Mifflin. Hlm.
51.
Halpin, A. N., & Croft, D. B. (1963). The Organizational Climate of Schools. Chicago:
Midwest Administration Center of the University of Chicago.
Halpin. A. W.,Croft, D. B. (1963) The Organizational Climate of Schools. Danville, IL:
Interstate Printers and Publicationers, Inc.
Hollander, Edwin P. (1978). Leadership Dynamics. New York: Free Press. Hlm. 1-2.
Howard. E. R. (1974). School Climate Improvement. Education Digest 39(8): 333-336.
Hoy,W.K.,& Miskel, C, G. (2005). Educational Administration:Theory, Research and
Practice (7th ed.). New York: McGraw Hill.
Imam Abul-Hassan Al-Mawardi. (1985). Al-Ahkamus Sultaniyyah. Beirut: Darul Kutub AlIlmiyyah. Hlm. 7.
Kamus Dewan. (1994). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1038.

16

Koontz, Harold dan ODonnel. (1976). Management: System and Contigency Analysis of
Managerial Function. New York: McGraw-Hill. Hlm. 587.
Leithwood, K., & Jantzi, D. (2000). The effects of transformational leadership on
organizational conditions and student engagement with school. Journal of Educational
Administration, 38(2), 112-129.
MacNeil, A. J., Prater, D. L., & Busch, S. (2009) The Effects of School Culture on Student
Achievement. International Journal of Leadership in Education, No.1, 73-84.
Mortimore, P. (1995). Key Characteristics of Effective Schools. Kertas Kerja Seminar
Sekolah Efektif Kementerian Pendidikan Malaysia. 13-14 Julai 1995. Institut Aminudin
Baki: Kementerian Pendidikan Malaysia
Muhammad Faizal (2015) JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Julai 2015, Bil. 2, Isu 3
| eISSN 2289-9669
National School Climate Council (2007). The School Climate Challenge: Narrowing The
Gap Between School Climate Research and School Climate Policy, Practice Guidelines
and Teacher Education Policy
Ravasi, D,; Schultz, M. (2006). Responding to Organizational Identity Threats: Exploring
The Role of Organizational Culture. Academy of Management Journal 49(3): 433-458.
Sergiovanni, T. J. (1991). The Principalship: A Reflective Practice Perspective
Massachusetts: Alynn and Bacon.
Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Mikson (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Pucong: Penerbitan Multimedia.

17

Anda mungkin juga menyukai