Anda di halaman 1dari 43

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sebuah organisasi boleh dihuraikan sebagai sekumpulan orang-orang yang melibatkan


dirinya dalam aktiviti-aktiviti yang diusahakan bersama untuk mencapai beberapa matlamat
tertentu.Sebuah organisasi biasanya ditubuhkan dengan tujuan dan rekabentuk bagi
menyempurnakan maksud-maksud tertentu. Berbeza dengan organisasi lain, asas penubuhan
sekolah adalah untuk memberi bimbingan sahsiah dan panduan moral serta nilai yang diamalkan
dalam sesebuah masyarakat selain pelbagai dimensi ilmu pengetahuan, khususnya kepada
golongan kanak-kanak (pendidikan sekolah rendah) dan golongan belia (pendidikan sekolah
menengah).Pelbagai aspek ilmu dapat dibangunkan dan didalami seperti aspek kognitif
(kebolehan mental atau minda), aspek intrapersonal ( kebolehan bersosial) dan juga tidak
ketinggalan aspek interpersonal ( pembangunan moral spiritual). Ini adalah sejajar dengan
langkah dalam merealisasikan harapan dan cita-cita Negara yang diaspirasikan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Para pengkaji dalam dunia pendidikan khususnya mencari satu kayu ukur sebagai tanda
aras atau piawai dalam mengenalpasti tahap keberkesanan sesebuah institusi pendidikan,
khususnya sekolah. Sekolah yang berkesan penting kerana ia menjadi penentu pembangunan
negara, terutamanya pembangunan sumber manusia bermula dengan sistem persekolahan.
Sekiranya sekolah gagal dalam mecapai matlamat pendidikan negara maka sudah tentulah
kestabilan negara akan terjejas.

Keberkesanan sesebuah organisasi sekolah, yang berfungsi melalui jaringan


hubungan beberapa sistem; seperti badan manusia, boleh diukur dengan mengambil kira tahap
kesihatannya. Matthew Miles (1969) mentakrifkan sebuah organisasi yang sihat sebagai
sebuah organisasi yang bukan sahaja mampu mengawal anasir luaran, bahkan berjaya
menukarkan kuasa ancaman menjadi kuasa dorongan dalam mencapai misi dan matlamat

1
organisasi, selain kemampuanya untuk terus mengekalkan kelestarian organisasinya seiring
dengan perubahan persekitarannya. Bagi sesebuah organisasi sihat kejayaan jangka masa panjang
adalah elemen yang paling dititikberatkan berbanding dengan kejayaan jangka masa pendek.
Konsep ini selaras dengan fungsi pendidikan di Malaysia yang bertujuan bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Falsafah
Pendidikan Kebangsaan)

Sebuah organisasi sekolah yang sihat dan berkesan berjaya menyediakan satu
persekitaran yang selesa, kondusif dan menyenangkan (Hoy & Miskel,2006) . Ia dilindungi dari
pencerobohan yang tidak munasabah (integriti institusi). Para guru berasa selesa, menyayangi
dan menghargai sekolah, pelajar, dan mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain
(semangat kesepakatan). Mereka melihat para pelajar sebagai sebuah pasukan yang komited
dalam pembelajaran mereka (penekanan akademik ). Di samping itu, para guru juga melihat guru
besar sebagai sekutu yang sangat mereka kagumi dan percayai dalam memperbaiki mutu
pengajaran; guru besar adalah seseorang yang mudah didekati, sentiasa member sokongan,
bertimbang rasa, dan yakin dengan kebolehan para guru melaui penetapan standard prestasi guru
yang tinggi (kepimpinan sepasukan). Guru-guru bergantung kepada guru besar untuk menyemai
dan menyediakan satu struktur pembelajaran yang kondusif agar pembelajaran yang berkesan
boleh berlaku (sokongan sumber), dan pada masa yang sama, untuk menjadi seorang pemimpin
yang sensitif kepada keperluan sosial dan emosi kumpulan. Guru besar mempunyai pengaruh
dengan pihak atasan pentadbiran pusat ( Pejabat Pelajaran Daerah, dan Jabatan Pelajaran Negeri)
dan dilihat oleh guru-guru sebagai seseorang yang boleh menyalur dan menyampaikan maklumat
keperluan mereka terutamanya, yang berkaitan dengan sumber-sumber bahan dan fasiliti
pengajaran yang mereka perlukan (sumber pengaruh penegtua yang tinggi). Organisasi sekolah
yang sihat tidak perlu untuk memaksa kerjasama, bahkan kerjasama lahir dari sikap toleransi dan
kerelaan bebas yang diberikan oleh ahli organisasi yang memahami tanggungjawab mereka
masing-masing.

Organisasi sihat melambangkan sebuah organisasi sekolah yang mempunyai tahap iklim
yang kondusif dan selesa. Iklim sekolah, adalah suatu konsep yang lebih luas, ia merujuk kepada

2
persepsi guru-guru terhadap persekitaran kerja di sekolah. Yang banyak dipengaruhi oleh
perkara-perkara formal dan tidak formal di sekolah, penglibatan individu dan juga kepimpinan
dan pengurusan. Secara ringkas ia menggambarkan tentang ciri-ciri yang dapat membezakan
sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain yang mana iklimnya turut mempengaruhi kelakuan
dan tindakan individu dalam sekolah tersebut.

Secara lebih jelas, iklim sekolah adalah kualiti persekitaran sekolah yang dialami oleh
individu didalamnya yang dapat mempengaruhi dan mengubah caralaku dan tindakan mereka
berbanding dengan individu yang berada di sekolah lain. Iklim sesebuah organisasi sekolah
bolehlah ditaktifkan secara kasar sebagai personaliti sekolah itu; iaitu personality is to individual
as climate is to organization (Hoy & Miskel)

Iklim sekolah umumnya digambarkan sebagai satu konsep mengenalpasti kualiti dalam
sesebuah organisasi. Gilmer (1966) mendefinasikan iklim sesebuah organisasi sebagai ciri-ciri
yang membezakan sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain yang mempengaruhi
kelakuan dan tindakan individu dalam organisi tersebut. Sementara George Litwin dan Robert
Stringer (1968) pula mendefinasikan iklim sebagai satu set ciri yang boleh diukur dalam
persekitaran pekerjaan, yang didasarkan kepada persepsi kumpulan individu yang bekerja dan
hidup dalam organisasi tersebut dan yang menunjukkan bahawa mereka terpengaruh dengan
keadaan yang ada di dalamnya. Berdasarkan kepada definasi iklim organisasi yang dinyatakan
tadi, keduanya memberi perkaitan suasana atau tahap kesihatan sesebuah organisasi dalam
mempengaruhi tahap keberkesanan sesebuah organisasi, khususnya sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Iklim sekolah memainkan peranan penting dalam sesebuah sekolah. Iklim sekolah yang
baik akan mengakibatkan guru-guru rasa selamat, yakin dan puas hati serta tidak terasa terancam
untuk datang dan mengajar di sekolah. Pentadbir (guru besar) pula dirasakan berkeyakinan,
mesra, sederhana, mudah ditemui dan bersifat terbuka serta berkebolehan memberi kepimpinan
di sekolah.Murid-murid pula mempunyai semangat setia kawan, berasa selesa untuk belajar dan
hadir ke sekolah.Ini disokong lagi berdasarkan kepada komposisi organisasi sekolah yang
berteraskan kepada hubungan dominan interaksi antara manusia. Kolaborasi antara elemen-

3
elemen tersebut akan menentukan sama ada suasana iklim berada dalam keadaan baik atau
sebaliknya.

Namun begitu terdapat pelbagai insiden yang meletakkan maruah institusi sekolah dalam
bahaya. Integriti institusi pendidikan khususnya sekolah sentiasa menjadi sumber agresi
sesetenggah pihak yang sentiasa menyalahkan pihak sekolah sebagai punca masalah keruntuhan
akhlak dan kemerosotan nilai aptitude dan attitude dalam kalangan belia kini. Pelbagai
perubahan dari aspek implimentasi sukatan kurikulum hingga ke langkah penilaian dan
pentaksiran menjadi runggutan dan terpaksa akur dengan suara-suara anasir diluar bidang
pendidikan.

Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk
dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan
profesionalisme perguruan. Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan
mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya
kekerasan itu berakhir pula dengan tragedy. Kurangnya nilai kesepaduan dan kasih sayang dalam
sesebuah organisasi sekolah ini menjadi punca stigma negatif masyarakat terhadap keberkesanan
sekolah sebagai agen sosialisasi. Guru pukul murid seperti insiden yang dilaporkan dalam Berita
Harian bertarikh 4 Mei 2009, yang berlaku di Kuala Terengganu dimana tiga pelajar perempuan
sebuah sekolah menengah mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh guru selepas dituduh
tidak memberi perhatian dalam kelas. Salah seorang pelajar berkenaan turut mendakwa pening
dan pitam akibat pukulan guru tersebut. Ini perperlihatkan satu senario ketidaksihatan
organisasi sekolah yang secara langsung akan menjejaskan tahap iklim sekolah tersebut. Pelbagai
kemungkinan yang punca kepada permasalahan ini dapat dikenalpasiti. Salah satu antaranya
kerana sikap guru yang mungkin mangambil lewa kepentingan tugasnya sebagai pendidik.

Tidak kurang dengan itu, remaja kini juga begitu mudah terpenggaruh dengan anasir
negatif yang menjadi faktor utama keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi dalam zaman
yang tiada sempadan ini. Para remaja, khususnya pelajar sekolah dengan tidak segan-silu
mengingkari peraturan sekolah dengan melakukan aktiviti tidak bermoral dalam kawasan
sekolah. Bahkan, yang sangat mendukacitakan terdapat pelajar yang hanyut dalam kebinasaan
yang diciptakannya sendiri ketika guru sedang sibuk mengajar. Seorang pelajar lelaki dengan
selamba mengambil pil khayal di belakang kelas dalam satu kejadian di sebuah sekolah

4
menengah di Yan, Kedah (Harian Metro, 16 Julai 2011). Hebatnya pengaruh budaya negatif yang
menular dalam golongan belia kini. Para pendidik. Khususnya guru, bukan sahaja berdepan
dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, malahan
turut ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang semakin bermasalah.

Masalah ketidakseimbangan dan ketidaksihatan ini juga boleh diperhatikan berlaku


dalam kalangan pentadbir sekolah (guru besar) itu sendiri. Ada sesetengah pentadbir yang
sanggup mengadaikan integriti dan mencalar maruah sebagai ketua dengan melakukan tindakan
salah guna kuasa. Kejadian yang berlaku di Kuching (Metro, 11 Oktober 2011) yang mana,
seorang guru besar sekolah rendah telah didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menceroboh
sistem maklumat peribadi empat guru lain semata-mata mahu mengisi borang bagi membolehkan
mereka dipindahkan akibat tidak sebulu dengan pegawai bawahannya. Tindakan tidak wajar ini
berkemungkinan didorong oleh sifat amarah dan ketidakmampuan guru besar tersebut dalam
menilai baik buruk setiap dugaan dan cabaran yang dihadapinya sebagai seorang ketua. Ini
mencerminkan satu orientasi hubungan persekitaran kerja yang tidak sihat dan bermasalah. Hal
ini seharusnya dielakkan demi menjaga nama baik dan integriti institusi pendidikan, khususnya
sekolah.

Selain dari desakan dan tekanan dalam mengurus tadbir orang bawahan (para guru), guru
besar juga berdepan dengan tekanan dalam memastikan peningkatan pencapaian akademik tahun
demi tahun, yang diharapkan semakin meningkat dan terus meningkat. Oleh kerana desakan imej
fantamorgana yang sempurna seiring dengan desakan masyarakat yang terlalu berfokuskan
pada keputusan pepriksaan, terdapat segelintir guru besar yang tewas dan mengambil langah
yang drastik untuk melarang sebilangan muridnya untuk menduduki peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan (Sinar
Harian, 6 Oktober 2011) yang berlaku keatas seorang murid di Kuala Krai, tiga murid SK Bandar
Bintangor, Sarawak dan lima murid SK Telok Sira, Kedah dilarang mengambil UPSR 2011
kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah.
Insiden ini berkemungkinan berlaku kerana penetapan sasaran pencapaian sekolah yang
diilhamkan tidak mencerminkan dan berpandu kepada kebolehan para murid seperti yang
sepatutnya dilakukan dalam sebuah organisasi sekolah yang sihat.

5
Persekitaran sekolah kini turut diancam oleh tindakan segelintir
ibubapa yang terlalu emosi dengan tindakan yang diambil oleh guru dalam
mendidik anak-anak mereka. Tindakan emosional dan keterlaluan ini akan
menjejaskan motivasi dan efisiensi para guru dalam mendidik murid-murid.
Tidak cukup dengan habuan maki hamun dan kata-kata kesat, seorang bapa
kepada murid dilaporkan bertindak menceroboh kawasan sekolah dan
menyerang seorang guru yang sedang bersarapan di kantin dengan
mengacukan sepucuk pistol ke arah kepala guru terbabit. Bapa berusia lewat
30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak
perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab
soalan ketika sesi pembelajaran (MyMetro, 16 Jun 2011).

Ancaman keselamatan ini bukan hanya datang dari pihak diluar


kawasan sekolah bahkan ancaman bahaya juga wujud dalam kalangan
persekitan sekolah. Kurangnya sikap toleransi, hormat menghormati dan nilai
kasih sayang menjadikan sekolah sebagai medan pertempuran bagi
segelintir ahli organisasinya. Akhbar Bernama bertarikh 27 April 2011
melaporkan insiden yang berlaku yang mengakibatkan seorang guru dijatuhi
hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan
denda, selepas didapati bersalah mencederakan Guru Besar sekolah tempat
beliau mengajar lebih empat tahun lalu. Guru terbabit didakwa mengikut
Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja
menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha
bekas guru besarnya di pejabat sekolah setelah perselisihan pendapat
mengenai aturan sekolah.

Insiden-insiden yang dinyatakan jelas menunjukkan suatu senario ketidakseimbangan dan


ketidaksihatan organisasi sekolah yang sekaligus mencerminkan iklim sekolah yang tidak
berkesan dan menjejaskan keberkesanan organisasi sekolah. Memandangkan faktor iklim
sekolah bergantung kepada tahap kesihatan sekolah, maka sehubungan dengan itu, kajian ini
bertujuan untuk melihat tahap kesihatan sekolah dan hubungannya dengan jenis iklim di
sesebuah sekolah itu.

6
1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah ini, jelaslah bahawa aspek kesihatan sesebuah
organisasi itu adalah penting bagi memastikan kelangsungan dan keberkesanan sesebuah
organisasi. Tahap kesihatan sesebuah organisasi sekolah akan memberikan kesan terhadap
iklim di sesebuah organisasi sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang mungkin menyumbang dan
melimitasi tahap kesihatan ini, lantaran memerlukan kajian yang teliti bagi mengenalpasti
faktor-faktor tersebut. Oleh itu, kajian ini akan meneliti tahap kesihatan serta mengukur tahap
keberkesanan implimentasi kelima-lima dimensi pengurusan sekolah sebagai sebuah organisasi
sihat berdasarkan kerangka teori Organisasi Sihat yang dimodifikasi oleh Hoy, Tarter &
Kottkamp (2003) berdasarkan kepada teori asal Matthew Miles (1969). Tahap kesihatan
organisasi sekolah ini juga secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap iklim jenis iklim
di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, kajian ini akan turut mengkaji hubungkait diantara
tahap kesihatan organisasi dengan jenis iklim sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Secara amnya kajian yang dijalankan, berkisarkan kepada penkonsepan dan pengukuran
tahap kesihatan sesebuah organisasi sekolah yang dibangunkan oleh Hoy, Tarter & Kottkamp
(2003) berpaksikan pada sistem sosial. Sebuah organisasi sekolah yang sihat perlu memastikan
bahawa kesemua lima dimensi pengurusan , (i) integriti institusi, (ii) kepimpinan sepasukan, (iii)
sokongan sumber, (iv) kesepakatan guru-guru, dan (v) penekanan akademik, berada dalam
suasana kebergantungan (interdepency) dan seimbang, agar sebuah iklim sekolah yang kondisif
dan produktif dapat diwujudkan. Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk:

a) Mengetahui tahap implimentasi pengurusan dimensi Organisasi Sihat yang paling


dominan di sekolah-sekolah rendah zon bandar, Daerah Kulaijaya.
b) Mengetahui tahap implimentasi pengurusan dimensi Organisasi Sihat yang paling
diabaikan di sekolah-sekolah rendah zon bandar, Daerah Kulaijaya.
c) Mengetahui tahap-tahap iklim sekolah dan jenis iklim sekolah yang paling dominan di
sekolah-sekolah rendah zon bandar, Daerah Kulaijaya.
d) Mengenal pasti hubungan di antara kadar implimentasi dimensi-dimensi Organisasi
Sihat dengan iklim sekolah di sekolah-sekolah rendah zon bandar, Daerah Kulaijaya

7
1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian akan dinyatakan dalam format hipothesis null. Hipotesis null akan
ditolak jika kajian mendapati terdapat perkaiatan yang signifikan di antara tahap kesihatan
organisasi dengan jenis iklim di sesebuah sekolah. Terdapat satu hipotesis kajian yang telah
dibina dan perlu diuji dalam kajian ini. Hipotesis tersebut adalah:

H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikasi di antara tahap kesihatan


organisasi dengan jenis iklim di sesebuah sekolah

1.6 Rational / Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan kepada guru-guru di sekolah-sekolah rendah dalam zon bandar
Kulajaya. Kajian ini amat wajar dijalankan memandangkan kepentingannya kepada mereka yang
terlibat (secara langsung atau tidak) dengan organisasi sekolah iaitu Kementerian Pelajaran, guru
besar, guru-guru dan pengkaji-pengkaji akan datang. Berikut adalah kepentingannya kepada
setiap pihak tersebut :

i. Kementerian Pelajaran

Kebanyakan masalah yang timbul dalam memastikan keberkesanan sekolah


berpunca daripada ketidakseimbangan pengurusan lima dimensi organisasi sihat dalam
pentadbiran sekolah. Kelima-lima dimensi (i) integriti institusi, (ii) kepimpinan
sepasukan, (iii) sokongan sumber, (iv) kesepakatan guru-guru, dan (v) penekanan
akademik, perlulah berada dalam suasana kebergantungan (interdepency) dan seimbang,
agar sebuah iklim sekolah yang kondisif dan produktif dapat diwujudkan. Oleh yang
demikian, pihak kementerian perlu merangka satu perancangan atau garis panduan
implimentasi yang berkesan untuk disampaikan kepada para guru besar. Implimentasi
keseimbangan pengurusan sekolah sebagai organisasi sihat ini amatlah penting dalam
mencorak langkah mengorak kejayaan sekolah sebagai institusi pendidikan yang
berkesan. Diharapkan dengan dapatan kajian ini, Kementerian Pelajaran akan dapat
merangka satu garispanduan untuk guru besar mengenai penekanan kepentingan
kepemimpin yang meliputi dimensi-dimensi sebuah organisasi yang sihat dan seimbang.

8
Garis panduan ini juga boleh dikukuhkan dengan satu rangka kerja yang mantap dan
menyeluruh dengan tujuan untuk memandu guru besar untuk mencapai tahap kepimpinan
yang tertinggi demi pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu,
pihak kementerian juga boleh menggunakan instrumen / alat ukur tahap kesihatan
organisasi sekolah yang dibina oleh Hoy dan Miskel (2003) iaitu Organisational Health
Inventory (OHI-E) untuk menilai tahap keberkesanan implimentasi pengurusan di
peringkat sekolah rendah, selain pengukuran jenis iklim sekolah dengan menggunakan
instumen Organizational Climate Discriptive Questionaire (OCDQ) yang dibina oleh
Hoy, et al (1994).

ii. Guru besar

Prestasi sesebuah sekolah biasanya boleh dihubungkaitkan dengan prestasi guru


besar sebagai pentadbir dan pendidik. Pengurusan yang baik di sesebuah sekolah akan
mewujudkan suatu organisasi yang berkesan yang bergantung kepada kemahiran
pucuk pimpinan organisasi dan kualiti kepimpinan seorang guru besar. Dengan
dapatan kajian ini, diharapkan para guru besar akan sentiasa membuat refleksi diri
untuk menilai kekuatan dan kelemahan mereka sebagai pengurus dan mengekplorasi
semua peluang yang terdapat dalam organisasi sekolah mereka agar ianya dapat
digunakan sebagai suatu paradigma yang dapat meningkatkan keberkesanan sistem
pengurusan mereka. Guru besar akan menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk
terus mengurus dan memimpin sekolah. Kekuatan ini juga menjadi peluang bagi guru
besar mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam kepimpinannya.

iii. Guru

Kajian ini juga secara tidak langsung memberikan kepentingan kepada para guru.
Guru-guru akan lebih memahami corak pengurusan dan kepentingan setiap dimensi
dalam merialisasikan sebuah institusi sekolah sihat dan lantas mewujudkan iklim
sekolah yang terbaik. Mereka akan mengenal pasti tingkah laku pengurusan dan
kesan yang akan dialami sebagai sebuah unit yang saling berhubungkait. Dengannya,
guru-guru akan dapat mentafsirkan dan menilai mengapa dimensi-dimensi tertentu
menjadi fokus dan dititikberatkan dalam pentadbiran dan pengurusan guru besar

9
(khususnya dalam meningkatkan dimensi integriti institusi). Dengannya guru-guru
dapat mewujudkan satu kerja berpasukan antara mereka dan guru besar dengan visi
dan misi yang sama demi mewujudkan sebuah organisasi sekolah yang sihat.

iv. Pengkaji-pengkaji akan datang

Kajian ini akan menjadi literatur tambahan untuk pengkaji-pengkaji akan datang
yang mengkaji topik yang sama atau yang berkaitan dengannya. Mungkin juga kajian
ini akan disambung oleh pengkaji akan datang untuk melihat hubungan dan
keberkesannanya dalam mengkaji dan mencirikan sebuah organisasi sekolah yang
sihat dan mempunyai iklim sekolah yang kondusif dan produktif.

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini berkisarkan kepada penkonsepan dan pengukuran tahap kesihatan sesebuah
organisasi sekolah yang dibangunkan oleh Hoy, Tarter & Kottkamp (2003) berpaksikan pada
sistem sosial. Sebuah organisasi sekolah yang sihat perlu memastikan bahawa kesemua lima
dimensi pengurusan , (i) integriti institusi, (ii) kepimpinan sepasukan, (iii) sokongan sumber, (iv)
kesepakatan guru-guru, dan (v) penekanan akademik, berada dalam suasana kebergantungan
(interdepency) dan seimbang, agar sebuah iklim sekolah yang kondisif dan produktif dapat
diwujudkan. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti dimensi dalam peringkat pengurusan
yang mempunyai kadar implimentasi yang paling tinggi dan yang paling diabaikan.Selain itu,
ianya juga bertujuan untuk mendapatkan hubungan diantara kadar kesihatan sekolah dengan
jenis iklim di sesebuah sekolah. Kajian telah dijalankan di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di
zon Bandar Kulaijaya sahaja. Oleh itu, kajian tidak menggambarkan secara keseluruhan tahap
implementasi pengurusan organisasi sihat dan perkaitannya dalam mempengaruhi iklim
organisasi sekolah rendah di daerah luar dari zon bandar Kulaijaya atau di daerah dan negeri-
negeri lain.

1.8 BATASAN KAJIAN

10
Hanya sebilangan sekolah sahaja di daerah Kulaijaya yang dilibatkan dalam kajian ini
iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) di zon bandar Kulaijaya.Kajian ini juga tidak melibatkan
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) atau sekolah rendah persendirian.Oleh sebab itu, dapatan kajian
ini hanya mewakili sampel kecil sahaja daripada keseluruhan populasi guru-guru di sekolah-
sekolah rendah seluruh negeri Johor. Maka, dapatan tidak menggambarkan keseluruhan keadaan.

Kajian ini juga bersifat kuantitatif dan menggunakan kaedah soal selidik yang
dikemaskinikan dalam borang yang diedarkan kepada responden. Maka kaedah pengutipan data
bersifat kualitatif seperti temu bual, pemerhatian atau analisis dokumen tidak dilakukan sama
sekali. Kejujuran dan pertimbangan responden adalah juga amat diharapkan dalam memastikan
kesahan dapatan kajian.

Batasan seterusnya ialah skop kajian. Dimensi-simensi organisasi sihat yang diukur dan
dikaji mempunyai batasan dan limitasi dari aspek objektiviti atau kesahihan sumber maklumat
oleh kerana ianya merupakan salah satu terjemahan persepsi yang bersifat subjektif dan personal
berdasarkan pengalaman dan tanggapan peribadi setiap responden terhadap keberkesanan
pengurusan di setiap peringkat sistem sosial.

1.9 Kerangka Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan kepada model Organisasi Sihat yang dibangunkan oleh
Hoy, Tarter & Kottkamp (2003) Kerangka konsep menunjukkan dimensi-dimensi pengurusan
dalam pentadbiran organisasi sihat. Terdapat 5 dimensi utama dalam pembangunan sekolah
sebagai organisasi sihat, (i) integriti institusi, (ii) kepimpinan sepasukan, (iii) sokongan sumber,
(iv) kesepakatan guru-guru, dan (v) penekanan akademik.

Kajian ini juga bertujuan untuk menerangkan hubungan antara tahap kesihatan
organisasi ciri iklim di sesebuah sekolah. Teori berkaitan iklim sekolah yang digunapakai dalam
kajian ini merupakan hasil modifikasi oleh Hoy dan Clover (1986) terhadap model asal iklim
sekolah yang dibangunkan oleh W. Halpin dan Don B. Croft (1962). Model ini membahagikan
iklim sekolah kepada 4 jenis iaitu, (i) iklim terbuka (open climate), (ii) iklim tertutup ( close
climate), (iii) iklim terikat (engage climate) dan, (iv) iklim tidak terikat (disengaged climate).

11
Jenis iklim di sesebuah sekolah adalah ditentukan berdasarkan kepada beberapa dimensi yang
bersandarkan kepada keterbukaan tingkah laku guru besar (diukur melalui skor indeks-indeks
supportiveness, restrictiveness dan directiveness) dan juga tahap keterbukaan hubungan antara
guru-guru yang mengandungi skor bagi indeks-indeks collegial, intimacy dan disengaged.

Dalam kajian ini, tahap kesihatan organisasi sekolah berfungsi sebagai pemboleh ubah
tidak bersandar. Manakala, iklim sekolah sebagai pembolehubah bersandar. Hal ini kerana tahap
implimentasi dimensi organisasi sihat adalah bersifat bebas dan tidak terikat dengan faktor-faktor
pengurusan sistem sekolah yang ditadbir oleh kerajaan pusat, contohnya; aspek kewangan (nilai
peruntukan bagi setiap sekolah adalah bergantung kepada alokasi yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan Malaysia) atau aspek sukatan pelajaran (diseragamkan secara standard oleh pihak
Kemeterian Pelajaran Malaysia). Walaubagaimanapun tahap pengurusan dimensi organisasi sihat
ini akan mempengaruhi jenis iklim di sesebuah sekolah, ini kerana dalam kajian ini, iklim
sekolah diukur berdasarkan kepada aspek ketelusan komunikasi antara pentadbir dengan gur-
gurunya.
Hubungan antara kedua pemnoleh ubah ini dinyatakan dengan jelas dalam kerangka
konsepo kajian dalam Rajah 1.1. Kerangka ini menujukkan kesemua dimensi yang terkandung
dalam Organisasi Sihat yang mempunyai hubung-kait yang kuat antara satu dimenis dengan
dimensi yang lain. Mengikut kerangka konsep ini, pemboleh ubah bersandar (iklim sekolah)
adalah bergantung kepada tahap kesihatan sesebuah organisasi sekolah. Setiap sekolah adalah
di bawah pendekatan kepimpinan dan orientasiu komunikasi yang berbeza-beza. Oleh yang
demikian, perbezaan inilah yang akan menentukan tahap kesihatan di sesebuah sekolah itu.
Apa yang penting, pembolehubah bersandar dalam kajian inilah (iklim sekolah) yang akan
menentukan keadaan atau suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan
selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar sekali gus akan dapat
merialisasikan matlamat pendidikan Negara.

12
DIMENSI ORGANISASI SIHAT IKLIM SEKOLAH
Integriti institusi Iklim terbuka
(Instituitional integrity) (Open climate)

Kepimpinan sepasukan Iklim tertutup


(Collegial leadership) (Close climate)

Sokongan sumber Iklim terikat


(Resource support) (Engaged climate)

Kesepakatan guru-guru Iklim tidak terikat


(Teachers affiliation) (Disengaged climate)

Penekanan akademik
(Academic emphasis)

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian Organisasi Sihat dan Hubungannya dengan Iklim Sekolah

1.10 Definasi Istilah

Dalam kajian ini, definisi-definisi berikut digunakan bagi menjelaskan maksud organisasi
sihat, iklim sekolah, guru besar dan guru. Definisi tersebut adalah :

1.10.1 Organisasi Sihat

Organisasi sepertimana yang ditakrifkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat adalah
kesatuan (atau susunan) yg terdiri daripada bahagian-bahagian (atau individu) dalam sesuatu
pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama).
Dari segi definasi secara abstrak, organisasi itu bererti segala elemen yang diselaras dan
dihubungkaitkan secara sistematik menjadi satu keseluruhan yang bersama-sama bertindak
kearah memenuhi matlamat dan objektif bersama (Robiah Sidin, 2003). Manakala sihat
ditakrifkan sebagai tidak menghidap sebarang penyakit; tidak sakit-sakit dalam Kamus Pelajat
Edisi Kedua.

13
Oleh itu organisasi sihat boleh dirumus dan ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan yang
dibentuk untuk mencapai matlamat dan tujuan yang jelas dan sepakat yang berada dalam
keaadaan seimbang serta harmoni yang terhindar bebas dari sebarang ancaman atau konflik.

1.10.2 Iklim sekolah

Menurut Kamus Dewan (2000), iklim ditakrifkan sebagai suasana atau keadaan.
Manakala sekolah didefinasikan sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima
dan memberi pelajaran (Kamus Dewan Edisi Empat).

Iklim sekolah umumnya digambarkan sebagai satu konsep mengenalpasti kualiti dalam
sesebuah organisasi. Gilmer (1966) mendefinasikan iklim sesebuah organisasi sebagai cirri-ciri
yang membezakan sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain yang mempengaruhi
kelakuan dan tindakan individu dalam organisi tersebut. Sementara George Litwin dan Robert
Stringer (1968) pula mendefinasikan iklim sebagai satu set ciri yang boleh diukur dalam
persekitaran pekerjaan, yang didasarkan kepada persepsi kumpulan individu yang bekerja dan
hidup dalam organisasi tersebut dan yang menunjukkan bahawa mereka terpengaruh dengan
keadaan yang ada di dalamnya. Berdasarkan kepada definasi iklim organisasi yang dinyatakan
tadi, keduanya memberi perkaitan suasana dalam mempengaruhi sikap, tingkahlaku dan motivasi
ahli di sesebuah organisasi itu.

1.10.3 Guru Besar

Guru besar ialah individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan proses tindakan,
menentukan matlamat dan proses menggerakkan anggota bagi memastikan operasi harian di
sekolah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Azlin, 2004). Guru besar ialah orang yang
penting yang memimpin dan mengurus sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Sebagai ketua
yang dilantik secara formal oleh pihak berkuasa dan sah dari segi undang-undang dalam
organisasi sekolah, guru besar diberikan kuasa dan kedudukan yang istimewa bagi menentukan
perjalanan sekolah sewajarnya. Guru besar diharapkan dapat menjalankan ketiga-tiga bidang
tugas sekali gus iaitu mengurus, memimpin dan mentadbir (Hussein, 1993). Dalam kajian ini,
guru besar memainkan peranan yang penting sebagai penggerak kepada pengurusan sistem sosial
sekolah. Guru besar yang dikaji ialah guru besar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dalam
zon Bandar daerah Kulaijaya.

14
1.10.4 Guru

Individu yang bertauliah dalam profesion pendidikan yang menyampaikan ilmu


pengetahuan kepada pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta
bermotifkan perubahan jasmani, emosi, rohani dan intelek individu pelajar itu (Roslan, 2004).
Guru juga ialah pemberi khidmat pendidikan yang paling baik daripada mana-mana pihak di luar
sekolah dan mempunyai autoriti untuk merangka dan menyampaikan ilmu kepada para
pelajarnya (Ab. Rahim, 2000). Guru-guru dalam kajian ini ialah guru-guru di sekolah rendah
kebangsaan di zon bandar Kulaijaya.

1.11 Kesimpulan

Membina sebuah organisasi yang sihat dan berkesan adalah satu usaha berterusan yang
perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang berkenaan, namun peranan utama masih perlu
dimainkan oleh pengurusan sekolah kerana kejayaan segala perancangan organisasi sangat
bergantung kepada mereka. Sebuah organisasi sekolah yang sihat akan menyediakan sebuah
iklim sekolah yang selesa, kondosif dan dapat meningkatkan keberkesanan funugsi institusi
sekolah keperingkat yang lebih optimum.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

15
2.1 PENGENALAN

Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada tiga aspek. Aspek-aspek tersebut adalah
(i) sekolah sebagai organisasi system sosial (ii) konsep dan dimensi organisasi sihat, (iii) model
konsep iklim sekolah, (iv) kajian-kajian lepas tentang kedua-dua pemboleh ubah ini. Di akhir
kajian literatur akan dinyatakan kesimpulan kepentingan pengurusan sekolah sebagai organisasi
sihat dalam memastikan wujudnya suatu iklim sekolah yang harmoni dan kondusif sekali gus
menigkat keberkesanan sekolah ke tahap yang lebih optimum.

2.2 SEKOLAH SEBAGAI ORGANISASI SISTEM SOSIAL

Seperti tubuh badan manusia, organisasi sekolah terbahagi kepada beberapa bahagian
kumpulan yang mempunyai fungsi dan peranan yang perlu dimainkan dengan efektif secara
saling berhubungkait agar suatu organisasi yang produktif dan berkesan dalam diwujudkan.
Kegagalan sesuatu bahagian atau anggota untuk berfungi dengan sebaiknya akan mengakibatkan
ketidakseimbangan, sekaligus menjadi punca masalah kesihatan dalam sesebuah organisasi.
Organisasi sekolah merupakan suatu organisasi yang dibangunkan berpaksikan pada sebuah
sistem sosial yang saling berhubungkait dan berinteraksi secara aktif dalam mencapai matlamat
organisasi. Ini dapat dipastikan dengan meneliti ciri-ciri tertentu yang harus dipunyai oleh
sesebuah organisasi yang berorientasikan sistem sosial seperti yang dicadangkan oleh Robiah
Sidin (2003), yang dapat dikaitkan secara langsung dengan organisasi sekolah:-

1. Mengandungi bahagian-bahagian yang berkaitan dan berpertalian antara satu


sama yang lain.
Sistem sekolah terdiri daripada bahagian- bahagian, ciri-ciri dan aktiviti-
aktiviti yang saling berhubungkait yang menyumbang juga menerima kesan
daripada keseluruhan proses. Ini bermaksud, apabila satu bahagian yang terjejas,
riaksi atau kesan dari situasi ini akan dapat diperhatikan di keseluruhan sistem
organisasi. Sebagai contoh, apabila seseorang guru besar diminta untuk
menjalankan langkah penambahbaikan terhadap program-program kecemerlangan di
sekolah beliau (yang dikatakan kurang efektif oleh sebilangan besar ibubapa),
permasalahan ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab guru besar tersebut sahaja
namun, ianya secara tidak langsung akan turut melibatkan para guru dan juga murid.

16
2. Sistem sosial berorientasikan beberapa gol atau matlamat.
Dalam setiap organisasi sekolah, kecemerlangan pelajaran dan kemenjadian
murid merupakan di antara matlamat utama pendidikan di sekolah seperti yang
dimanifestasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. Sistem sosial digerakkan oleh individu-individu yang memainkan pelbagai peranan.


Pelbagai lapisan struktur peranan individu dapat diperhatikan dengan jelas
dalam organisasi sekolah. Antara tugas dan peranan individu-individu yang terlibat
termasuklah sebagai pegawai pentadbir, pegawai perkhidmatan pendidikan (guru),
murid, pekerja kebersihan, dan sebagainya.

4. Ia mengandungi struktur yang membahagi dan menentukan peranan setiap


komponen (elemen atau bahagian) dan peranan individu-individu yang terdapat
dalam komponen itu.
Sistem sekolah terdiri daripada pelbagai komponen yang berstruktur yang
mempunyai fungsi-fungsi yang terarah ke satu matlamat yang telah ditetapkan.
Sistem pentadbiran sekolah mempunyai elemen-elemen utama pentadbiran birokrasi
seperti (i) pembahagian tugas (division of labour) contohnya; Guru Penolong Kanan
Kurikulum, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal ehwal
Murid dll, (ii) pengkhususan (specialization) contohnya amalan pembahagian
matapelajaran yang diajar oleh guru mengikut kepada bidang kepakaran masing-
masing, dan (iii) hierarki (hierarchy) contohnya dapat dilihat dalam carta organisasi
yang menampakkan dengan nyata susunan aliran kuasa dari peringkat yang tertinggi
(guru besar) hingga yang paling rendah (murid).

5. Ia mengandungi nilai-nilai, peranan dan peraturan, prosedur tertentu.


Keperluan mematuhi nilai dan sebagainya menjadikannya satu sistem yang
normatif yang berasaskan kepada peraturan yang standard. Peraturan sekolah
bertindak sebagai garis panduan yang dapat membentuk tingkah laku ahli-ahli
organisasi sekolah agar menjadi insan yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi.
Dengan wujudnya peraturan, setiap ahli organisasi diharapkan agar bersikap saling
menghormati hak dan batasan yang ditetapkan bagi mereka dan dapat mencegah diri

17
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan peraturan yang
telah ditetapkan oleh organisasi sekolah.

6. Ada peraturan, sistem ganjaran dan hukuman yang dilaksanakan secara formal
mahupun tidak formal.
Dalam organisasi sekolah, mekanisme formal termasuk penggantungan jawatan,
penamatan tempoh perkhidmatan dan kenaikan pangkat, dan lain-lain. Mekanisme
formal juga boleh merujuk kepada sekatan dan peraturan yang termaktub dalam
akta-akta serta pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.
Sekatan atau mekanisme tidak formal biasanya digunakan diantara ahli organisasi
yang tidak melibatkan perkara-perkara yang serius dan formal. Antara mekanisme
tidak formal yang digunakan dalam kalangan ahli organisasi sekolah termasuklah
penggunaan bahasa sindiran, kiasan, pemulauan dan cemuhan (Hoy & Miskel,
2006).

7. Sistem ini mengamalkan sistem terbuka (open system).


Ia dipengaruhi dan mempengaruhi persekitarannya yang lebih luas dan besar,
dan persekitaran ini juga menentukan nilai-nilai, prosedur, aktiviti-aktiviti dan
sebagainya dalam sesebuah organisasi. Dalam organisasi sekolah, perkaitan dan
pengaruh persekitaran luar boleh dilihat berdasarkan berdasarkan kepada dua aspek
utama, (i) perhubungan yang terjalin antara organisasi sekolah dengan pentadbiran
atasan ( Pejabat Pelajaran Daerah, atau Jabatan Pelajaran Negeri) yang dimanifestasi
melalui pekeliling, akta dan sebagainya, dan (ii) hubungan yang terjalin antara pihak
sekolah dan ibubapa. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa
dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan permasalahan pembelajaran dan
penyesuaian diri dengan komuniti sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan
melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang mengenai kemajuan anak-
anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara guru besar pula
mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang keterbukaan dalam
menerima pendapat dan pandangan yang disuarakan oleh pihak ibubapa.

Menurut Parsons, Bales & Shils (1953) jika sesebuah sistem sosial (khususnya sekolah),
ingin mencapai matlamat dalam membangun serta meningkatkan integriti dan keberkesanannya,
ianya haruslah dapat mengatasi empat sumber permasalahan utama dalam organisasi mereka,

18
iaitu masalah penyesuaian (adaptation), pencapaian matlamat (goal attainment), integrasi
(integration) dan kelembaman (latency). Dalam erti kata lain, organisasi yang efektif dapat
menyelesaikan (1) masalah untuk mendapatkan sumber-sumber yang mencukupi dan memenuhi
keperluan ahli organisasi, (2) masalah untuk menetapkan dan mencapai matlamat,(3) masalah
mengekalkan perpaduan dalam sistem, dan (4) masalah mencipta dan memelihara nilai-nilai
yang unik dalam sistem. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi mestilah prihatin dengan
keperluan instrumental (sumber atau bahan), kebolehupayaaan ahli organisasi dalam
mengadaptasikan diri dalam sistem organisasi dan pencapaian matlamat, serta keperluan mereka
dalam integrasi hubungan sosial dan normatif.

Menurut Talcoot Parsons (1967) sebuah organisasi sosial yang berjaya mengatasi
kesemua permasalahan yang dinyatakan diatas, bukan sahaja dianggap sebagai sebuah
organisasi yang berkesan, malah ianya juga dikatakan mempunyai tahap kesihatan yang tinggi
( a healthy organization). Beliau juga menyatakan bahawa organisasi formal (khususnya
sekolah) memainkan tiga peranan dan tanggungjawab yang berbeza dalam mengawal setiap
permasalahan ini - peringkat teknikal (technical level), peringkat pengurusan (managerial level)
dan peringkat penginstitusian (instuitional level).

Rangka konsep organisasi sistem sosial yang dibangunkan oleh Parsons, Bales & Shils
(1953) merupakan satu rangka konsep yang integratif dan lengkap dalam penkonsepan dan
pengukuran tahap keberkesanan sesebuah organisasi sekolah yang dibangunkan berpaksikan
pada sistem sosial sepertimana yang telah dibincangkan tadi. Kerangka konsep sebuah organisasi
yang berkesan menyeimbangi kesemua tiga peringkat sistem sosial ini dimanifestasikan dengan
jelas dalam kerangka konsep Organisasi Sihat.

2.3 KONSEP DAN DIMENSI-DIMENSI ORGANISASI SIHAT

Kesihatan organisasi (organizational health) merupakan satu pengkonsepan yang


mengambil kira pengukuran ketiga-tiga peringkat sistem sosial dalam memastikan kelangsungan
dan keberkesanan organisasi sekolah . Konsep Organisasi Sihat (Healthy Organisation) pada
mulanya digunakan oleh Matthew Miles (1965) untuk mengkaji sifat-sifat sekolah. Namun,
konsep ini semakin berkembang dan diperluaskan oleh para pengkaji bidang pendidikan barat

19
antaranya Kimpston dan Sonnabend (1975) yang mengaplikasikan sepuluh dimensi Organisasi
Sihat, dalam instrument kajian mereka yang dikenali sebagai Diskripsi Soal Selidik Kesihatan
Organisasi (Organizational Health Description Questionnaire (OHDQ)).

Matthew Miles (1969) mentakrifkan sebuah organisasi yang sihat sebagai sebuah
organisasi yang bukan sahaja mampu mengawal anasir luaran, bahkan berjaya menukarkan kuasa
ancaman menjadi kuasa dorongan dalam mencapai misi dan matlamat organisasi, selain
kemampuanya untuk terus mengekalkan kelestarian organisasinya seiring dengan perubahan
persekitarannya. Kejayaan jangka masa panjang adalah elemen yang paling dititikberatkan dalam
sesebuah organisasi yang sihat.

Konsep asas organisasi yang sihat merujuk kepada tahap kemampuan sesebuah organisasi
itu untuk bukan hanya bertahan dalam persekitaran, malah terus berkembang dan berjaya dalam
jangkamasa panjang. Walaubagaimanapun, setiap organisasi pasti menghadapi kemungkinan
kemerunduman sekiranya ditimpa masalah, namun organisasi yang sihat mampu untuk mengelak
ketidakberkesanan secara berterusan (Miles, 1965).

Kerangka konsep Organisasi Sihat yang dibangunkan oleh Miles (1969) kemudiannya
menjadi rujukan asas bagi kerangka Organisasi Sihat yang dibangunkan oleh Hoy & Miskel
(2006) yang berpendapat bahawa sebuah organisasi sekolah yang sihat dan berkesan berjaya
menyediakan satu persekitaran yang selesa, kondusif dan menyenangkan. Dimensi-dimensi
dalam sebuah Organisasi Sihat (Healthy Organisation) dibangunkan berdasarkan kepada tiga
peringkat sistem sosial seperti yang dijadualkan dalam Jadual 2.1 berikut.

Jadual 2.1 : Dimensi Organisasi Sihat Berdasarkan Peringkat Pengurusan Sistem Sosial

Peringkat Pengurusan Sistem Sosial Dimensi Organisasi Sihat


1. Peringkat Penginstitusian 1.(a) Integriti institusi
2. Peringkat Pengurusan 2.(a) Kepimpinan sepasukan
2.(b) Sokongan sumber
3. Peringkat teknikal 3.(a)Semangat kesepakatan
3.(b) Penekanan akademik

20
2.3.1 Peringkat penginstitusian

Peringkat penginsitusian menghubungkan organisasi dengan


persekitarannya. Pengaruh dan sokongan dari masyarakat sekeliling adalah penting
untuk setiap sekolah. Ini kerana pentadbir dan para guru memerlukan sokongan
bagi melaksanakan fungsi masing-masing dengan cara yang selesa dan harmoni.
Namun begitu, mereka diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas mereka tanpa
terikat dengan tekanan yang tidak wajar dan gangguan daripada individu atau
anasir-anasir di luar sempadan sistem sekolah.

2.3.1(a) Integriti Institusi

Mencirikan sebuah sekolah yang mempunyai integriti dan ketetapan mutlak


dalam perlaksanaan program-program pendidikan. Organisasi sekolah tidak
tertakluk kepada kepentingan masyarakat dan permintaan ibubapa. Organisasi
sekolah dapat menghadapi ancaman anasir luar dengan jayanya.

2.3.2 Peringkat pengurusan

Peringkat pengurusan menjadi pengantara dan mengkoordinasi tindakan


dan usaha-usaha dalaman sesebuah organisasi. Proses pentadbiran menjalankan
fungsi pengurusan yang merupakan satu proses yang berbeza dari proses pengajaran
(peringkat teknikal). Guru besar merupakan pengurus utama dalam pentadbiran di
sekolah. Guru besar perlu mengenalpasti langkah-langkah dan cara untuk
merangsang serta memenangi kesetiaan dan kepercayaan para guru yang sekali gus
akan dapat meningkatkan tahap motivasi dan komitmen guru guru dalam
menjalankan tanggungjawab mereka. Peringkat pengurusan mengawal dan
membantu guru-guru melalui dua fungsi tugas yang penting; pertama, ia menjadi
pengantara di antara guru-guru dan mereka yang menerima perkhidmatan mereka
(para murid dan ibu bapa), dan kedua, ia menyediakan sumber-sumber yang
diperlukan oleh para guru bagi memastikan kelancaran dan keberhasilan pengajaran
yang berkesan. Oleh itu, keperluan guru adalah menjadi keutamaan peringkat
pengurusan.

2.3.2(a) Kepimpinan sepasukan

21
Tingkahlaku guru besar yang bersifat ramah (friendly), menyokong
(supportive), terbuka (open) dan sepasukan (collegial).

2.3.2(b) Sokongan sumber

Merujuk kepada peruntukan dan penyediaan sumber keperluan di


sebuahsekolah di mana bekalan bilik darjah dan bahan-bahan alat bantu pengaja
ran yang mencukupi disediakan, dan bahan-bahan keperluan tambahan dapat
diakses dan didapati dengan mudah oleh para guru.

2.3.3 Peringkat teknikal

Peringkat teknikal adalah tahap dimana produk sesebuah organisasi itu


dihasilkan. Di sekolah, fungsi teknikal merujuk kepada proses pengajaran dan
pembelajaran, yang mana para guru bertanggungjawab secara langsung dalam
memastikan keberkesanan dan kelancaran proses tersebut. Murid yang berilmu dan
berkeperibadian tinggi merupakan produk asas sesebuah institusi sekolah, dan
seluruh subsistem dalam peringkat teknikal memainkan peranan yang berkait-
langsung dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

2.3.3(a) Semangat kesepakatan

Merujuk kepada tahap kepercayaan, keyakinan, semangat kesepaduan


keramahan yang dipamerkan dalam kalangan para guru. Guru-guru mempunyai,
dan tahap toleransi dan kesepakatan yang tinggi dan mempunyai hubungan yang
baik terhadap satu sama lain dan pada masa yang sama merasakan satu kepuasan
dan kejayaan dalam menjalankan tugas mereka.

2.3.3b Penekanan akademik

Merujuk kepada penekanan sekolah dalam pencapaian tahap kecemerlangan


akademik yang tinggi (dan realistik) yang mampu dicapai murid, suasana
pembelajaran yang teratur dan fokus pada kecemerlangan. Para guru percaya pada
kebolehan murid untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan murid bekerja
keras kearah kecemerlangan.

22
Organisasi sekolah yang sihat dilindungi dari pencerobohan yang tidak munasabah
(integriti institusi). Para guru berasa selesa, menyayangi dan menghargai sekolah, murid, dan
mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain (semangat kesepakatan). Mereka melihat
para murid sebagai sebuah pasukan yang komited dalam pembelajaran mereka (penekanan
akademik ). Di samping itu, para guru juga melihat guru besar sebagai sekutu yang sangat
mereka kagumi dan percayai dalam memperbaiki mutu pengajaran; guru besar adalah seseorang
yang mudah didekati, sentiasa member sokongan, bertimbang rasa, dan yakin dengan kebolehan
para guru melaui penetapan standard prestasi guru yang tinggi (kepimpinan sepasukan). Guru-
guru bergantung kepada guru besar untuk menyemai dan menyediakan satu struktur
pembelajaran yang kondusif agar pembelajaran yang berkesan boleh berlaku (sokongan sumber),
dan pada masa yang sama, untuk menjadi seorang pemimpin yang sensitif kepada keperluan
sosial dan emosi kumpulan. Guru besar mempunyai pengaruh dengan pihak atasan pentadbiran
pusat ( Pejabat Pelajaran Daerah, dan Jabatan Pelajaran Negeri) dan dilihat oleh guru-guru
sebagai seseorang yang boleh menyalur dan menyampaikan maklumat keperluan mereka
terutamanya, yang berkaitan dengan sumber-sumber bahan dan fasiliti pengajaran yang mereka
perlukan (sumber pengaruh penegtua yang tinggi). Organisasi sekolah yang sihat tidak perlu
untuk memaksa kerjasama, bahkan kerjasama lahir dari sikap toleransi dan kerelaan bebas yang
diberikan oleh ahli organisasi yang memahami tanggungjawab mereka masing-masing. Oleh
yang demikian, kesimpulan mengenai kepentingan organisasi sihat ini jelas menggambarkan
perkaitan antara tahap kesihatan sekolah dengan jenis iklim di sesebuah sekolah.

2.4 MODEL KONSEP IKLIM SEKOLAH

Iklim sekolah umumnya digambarkan sebagai satu konsep mengenalpasti kualiti dalam
sesebuah organisasi. Gilmer (1966) mendefinasikan iklim sesebuah organisasi sebagai cirri-ciri
yang membezakan sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain yang mempengaruhi
kelakuan dan tindakan individu dalam organisi tersebut. Sementara George Litwin dan Robert
Stringer (1968) pula mendefinasikan iklim sebagai satu set ciri yang boleh diukur dalam
persekitaran pekerjaan, yang didasarkan kepada persepsi kumpulan individu yang bekerja dan
hidup dalam organisasi tersebut dan yang menunjukkan bahawa mereka terpengaruh dengan
keadaan yang ada di dalamnya. Berdasarkan kepada definasi iklim organisasi yang dinyatakan
tadi, keduanya memberi perkaitan suasana dalam mempengaruhi sikap, tingkahlaku dan motivasi

23
ahli di sesebuah organisasi itu.Secara ringkasnya, iklim organisasi sekolah ialah satu set ciri-ciri
dalaman yang membezakan satu sekolah dari sekolah yang lain dan ianya mempengaruhi tingkah
laku ahli-ahlinya.

Terdapat banyak penyelidikan telah dijalankan untuk mendapatkan definisi dan konsep
umum tentang iklim sekolah. Hasil daripada itu, berbagai teori dan pendapat telah dikemukakan
untuk mendefinisikan iklim, atmosfera atau apa yang dikatakan sebagai suasana umum sesebuah
sekolah itu.

Pengukuran dan pengkonsepan paling terkenal dan merupakan perintis tentang iklim
organisasi telah dilakukan oleh Andrew W. Halpin dan Don B. Croft (1962).Mereka telah
menjalankan soal selidik dan membangunkan soalan kajian yang dikenali sebagai soalan
Deskripsi Iklim Organisasi atau Organizational Climate Description Questionnaire (OCDQ)
sebagai alat untuk mengukur keadaan yang terdapat di sekolah yang kemudiannya dimodifikasi
dan diubahsuai mengikut peredaran semasa oleh Hoy, Tarter & Kottkamp (2003), melahirkan
Organizational Climate Descriptive Questionaire (OCDQ-RE). Mereka melahirkan empat jenis
iklim sekolah yang mencirikan organisasi sekolah berdasarkan kepada dua kelompok faktor
penentu iaitu (i) persepsi guru terhadap tingkahlaku rakan sekerjanya dan (ii) persepsi guru
terhadap tingkahlaku guru besar. Empat jenis iklim yang dicadangkan dijelaskan dalam Rajah 2.1
yang berikut:-

Rajah 2.1 : Jenis-jenis Iklim Sekolah

TINGKAHLAKU GURU BESAR


Terbuka Tertutup
TINGKAHLAKU GURU

Terbuka Iklim terbuka Iklim terikat


(open climate) (engaged climate)

Tertutup Iklim tidak terikat Iklim tertutup


(disengaged climate) (closed climate)

2.4.1 Iklim terbuka (Open climate)

24
Ciri-ciri yang utama yang terdapat dalam ciri iklim terbuka ialah semangat
kerjasama, rasa hormat-menghormati, dan keterbukaan yang wujud di dalam organisasi
sekolah, baik dalam hubungan antara guru-guru mahupun hubungan antara guru dengan
pentadbir (guru besar). Guru besar mendengar dan menerima idea-idea guru, menghargai
usaha para guru dengan memberikan pujian dan penghargaan, dan menghormati
kecekapan dan daya inovatif para guru (tahap tingkahlaku menyokong yang tinggi). Guru
besar juga memberi kebebasan kepada para guru untuk membuat keputusan dan
melaksanakan tugasan yang diberi tanpa pemantauan yang terlalu menyekat kreativiti
guru (tahap tingkahlaku mengarah dan tingkahlaku mengawal yang rendah).

Tambahan lagi, para guru mengamalkan tingkah laku yang positif dan profesional
dalam kalangan guru-guru (tahap tingkahlaku kesejawatan yang tinggi). Para guru
mengetahui latarbelakang dan mengenali dengan rapat, dan mempunyai hubungan yang
mesra antara satu sama lain (tahap tingkahlaku kemesraan yang tinggi). Mereka bersama-
sama bekerjasama dan komited dalam menjalankan tugas sebagai pendidik (tahap
tingkahlaku tidak sehaluan yang rendah). Secara ringkas, tingkah laku guru besar dan
guru-guru adalah tulen, ikhlas, dan terbuka.

2.4.2 Iklim terikat (Engaged climate)

Iklim yang terikat berbeza dengan iklim terbuka dari segi orientasi tingkahlaku
guru besar yang gagal dalam menjalankan tugas dan perananya sebagai seorang ketua
yang efektif. Namun begitu, para guru mempunyai orientasi tingkahlaku perhubungan
yang sangat rapat dan kondusif antara rakan sekerja. Guru besar mentadbir dengan cara
yang sangat terikat dan autokratik (tahap tingkahlaku mengarah yang tinggi) dan tidak
mengendahkan kepakaran profesional yang dimiliki oleh para gurunya dan juga tidak
mengambil berat tentang kebajikan para gurunya (tahap tingkahlaku menyokong yang
rendah). Di samping itu, guru besar juga dilihat sebagai membebankan para gurunya
dengan bebanan tugas yang melampaui kemampuan mereka (tahap tingkahlaku
mengawal yang tinggi).

25
Walau bagaimanapun, para guru bertindak untuk tidak menitikberat dan
mengendahkan usaha keterlaluan yang mengakibatkan kegagalan guru besar dalam
mengurus tadbir dan mengendalikan diri mereka sebagai kumpulan profesional yang
produktif. Mereka menghormati dan menyokong antara satu sama lain, berbangga dengan
sekolah mereka, dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai pendidik (tahap tingkahlaku kesejawatan yang tinggi). Mereka bukan sahaja
menghormati kecekapan profesional antara rakan guru, malah mereka menyenangi dan
menghargai kewujudan rakan guru yang lain sebagai teman yang rapat (tahap tingkahlaku
kemesraan yang tinggi). Para guru sama-sama terlibat sebagai satu unit kumpulan yang
progesif dan komited dalam menjalankan tugas mereka (tahap tingkahlaku tidak sehaluan
yang rendah). Secara ringkas, para guru adalah kumpulan yang sangat proaktif dan
produktif walaupun diurus tadbir di bawah
kepimpinan guru besar yang tidak ekeftif.

2.4.3 Iklim tidak terikat (Disengaged climate)

Iklim tidak terikat mengambarkan suasana iklim yang bertentangan dengan iklim
terikat. Tingkah laku kepimpinan guru besar sebagai seorang pentadbir yang komited,
menyokong, dan juga seorang ketua yang prihatin terhadap keperluan guru gurunya.
Guru besar mendengar dan terbuka kepada pandangan guru (tahap tingkahlaku
menyokong yang tinggi), memberi guru-guru kebebasan untuk bertindak atas asas bidang
kepakaran mereka (tahap tingkahlaku mengawal yang rendah), dan tidak membebankan
para gurunya dengan bebanan tugasan yang berkadaran dengan kemampuan mereka
(tahap tingkahlaku mengarah yang rendah).
Walau bagaimanapun, para gurunya bertindak balas dengan sebaliknya; para guru
enggan untuk menerima tanggungjawab dengan mengabaikan langkah inisiatif
kepimpinan efektif yang dilakukan oleh guru besar. Guru-guru bukan hanya tidak
menyenangi guru besar mereka malah, mereka juga tidak mempunyai hubungan yang
rapat dengan rakan sekerja mereka (tahap tingkahlaku kemesraan yang rendah), dan tidak
juga menghormati antara satu sama lain (tahap tingkahlaku kesejawatan yang rendah).
Para guru mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pendidik (tahap tingkahlaku tidak
sehaluan yang tinggi). Walaupun, guru besar mengamalkan tingkahlaku kepimpinan yang

26
efektif dan positif (iklim terbuka) namun, para guru tidak memberikan komitmen dan
tidak bekerjasama dalam membentuk organisasi sekolah yang berkesan (iklim tertutup).

2.4.4 Tutup iklim (Closed climate)

Iklim tertutup adalah bertentangan dengan iklim terbuka. Guru besar dan guru-
guru tidak mempunyai semangat untuk mendidik dan semata-mata bertumpu kepada
keperluan kerja sebagai sumber kewangan. Guru besar mengurus tadbir dengan menekan
para guru untuk menjalankan tugas mereka (tahap tingkahlaku mengarah yang tinggi)
tanpa memberi bantuan dan sokongan terhadap para gurunya dalam menjalankan arahan
yang diberi (tahap tingkahlaku menyokong yang rendah). Guru besar juga memandang
para guru sebagai liabiti organisasi ; dan bukannya aset, yang dilayan tanpa
mengambilkira hal ehwal dan kebajikan mereka (tahap tingkahlaku menyokong yang
rendah).
Konsep kepimpinan guru besar yang lemah ini bukan sahaja mengakibatkan
kemerosotan keberkesanan organisasi malah juga menyumbang kepada tahap hubungan
yang tidak mesra terjalin antara guru (tahap tingkahlaku kesejawatan dan kemesraan yang
rendah). Para guru menberikan kerjasama diperingkat yang paling minimun, dan
mempunyai tahap kepuasan dan komitmen kerja yang rendah.

Jenis iklim di sesebuah sekolah ditentukan berdasarkan gabungan dimensi tingkahlaku


guru besar (diukur melalui skor indeks-indeks supportiveness, restrictiveness dan directiveness)
dan juga tahap keterbukaan tingkahlaku para guru yang mengandungi subdimensi collegial,
intimacy dan disengaged. Huraian mengenai keenam-enam subdimensi tingkahlaku ini
diterangkan dalam Jadual 2.2.

27
Jadual 2.2 : Enam Subdimensi Kelakuan Guru Besar dan Guru

Dimensi Kelakuan Huraian


Guru besar member sokongan, mengambil berat
Tingkahlaku menyokong terhadap guru, sedia mendengar dan menerima
(Surportive Behaviour) cadangan guru, kerap member pujian atau kritikan
yang membina, menghormati profesionalisme guru
Tingkahlaku Guru Besar

dan mempercayai sepenuhnya terhadap


kemampuan para gurunya.
Pengetua mengamalkan penyeliaan yang ketat,
Tingkahlaku mengarah kawalan yang rapid an terperinci, peraturan yang
(Directive Behaviour)
ketat dan menggunakan kuasa sah untuk mengarah
Guru besar member bebanan kerja dan menghalang
Tingkahlaku mengawal tugas pengajaran guru dengan kertas kerja serta
(Restrictive Behaviour)
kerja-kerja rutin yang tidak relevan dengan tugas
guru sebagai pendidik.
Terdapat interaksi yang terbuka antara guru-guru.
Tingkahlaku kesejawatan Guru-guru berbangga dengan sekolahnya,
(Collegial Behaviour)
mempunyai semangat kerja yang tinggi, saling
bentu-membantu dan hormat-menghormati.
Guru-guru mempunyai jaringan social yang baik
Tingkahlaku kemesraan antara satu sama lain, berhubungan rapat,
Tingkahlaku Guru

(Intimate Behaviour)
berkerjasama dan member sokongan sepenuhnya
kepada rakan sekerja.
Guru-guru mempunyai hubungan yang tidak akrab,
Tingkahlaku tidak sehaluan tidak member maklum balas kepada cadangan guru
(Disengaged Behaviour)
yang lain, kurang member tumpuan kepada aktiviti
professional, guru hanya mahu mengahbiskan masa
disekolah dengan sepantasnya, tidak mempunyai
semangat sepasukan serta bersikap negative
terhadap rakan sekerjanya.
*Disunting dari Loh (2009)28
Iklim sekolah memainkan peranan penting dalam sesebuah sekolah. Iklim sekolah yang
baik akan mengakibatkan guru-guru rasa selamat, yakin dan puas hati serta tidak terasa terancam
untuk datang dan mengajar di sekolah. Pentadbir (guru besar atau guru besar) pula dirasakan
berkeyakinan, mesra, sederhana, mudah ditemui dan bersifat terbuka serta berkebolehan
memberi kepimpinan di sekolah.Murid-murid pula mempunyai semangat setia kawan, berasa
selesa untuk belajar dan hadir ke sekolah.Ini disokong lagi berdasarkan kepada komposisi
organisasi sekolah yang berteraskan kepada hubungan dominan interaksi antara manusia.
Kolaborasi antara elemen-elemen tersebut akan menentukan sama ada suasana iklim berada
dalam keadaan baik atau sebaliknya.

2.5 Kajian-kajian lepas

29
Kajian mengenai keberkesanan sesebuah sekolah berdasarkan tahap kesihatan
berdasarkan kerangka organisasi sihat masih belum banyak dikaji, namun kajian mengenai
keberkesanan institusi sekolah banyak dikaji berdasarkan kepada tahap suasana atau iklim di
sesebuah sekolah itu. Namun begitu, dapatan kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai iklim
sekolah banyak mendapati perkaitan yang kuat antara tahap dimensi-dimensi organisasi sihat
dengan tahap iklim di sekolah-sekolah. Kenyataan ini disokong dengan meneliti hasil dapatan
kajian yang berikut:-

a) Iklim sekolah yang berada dalam tahap sederhana mencerminkan aspek pentadbiran yang turut
berada pada tahap rendah/lemah, manakala aspek pengajaran dan pembelajaran serta persepsi
pelajar terhadap guru juga berada pada tahap rendah/lemah (Dimesi Organisasi Sihat; penekanan
akademik) (Md Rizal, 2005)

b) Aspek semangat kekitaan di antara para guru (Dimensi Organisasi Sihat; kesepakatan guru-
guru), serta pendekatan hubungan pentadbir (pengetua/ guru besar) yang besifat membimbing
dan bertimbang rasa (Dimensi Organisasi Sihat; kepimpinan sepasukan) didapati mempunyai
hubungan yang signifikan dengan tahap prestasi kerja para guru. (Mukhtar B L.Salleh, 2000)

c) Ibubapa merasa yakin dengan pengajarann dan pembelajaran anak mereka apabila mereka
merasakan bahawa pihak pengurusan sekolah menitikberatkan tahap pencapaian anak mereka
melalui program kecemerlangan yang dijalankan. (Dimensi Organisasi Sihat; Integriti institusi)
(Nasriah Bt Sudin, 2008).

2.6 Kesimpulan

Kajian mengenai organisasi sekolah yang bersandarkan kepada kerangka organisasi sihat
wajar dilakukan sebagai kaedah alternatif yang boleh dijalankan bagi mengukur tahap
keberkesanan institusi pendidikan, khususnya sekolah. Selain dari melihat isu keberkesanan
sekolah berdasarkan kepada pengukuran suasana atau iklim sesebuah sekolah itu, kerangka
konsep organisasi sihat dilihat dapat menilai tahap kesihatan sekaligus dapat membantu
mengenalpasti jenis tahap iklim yang mempengaruhi tahap keberkesanan sekolah. Ini adalah
kerana dimensi-dimensi yang terdapat dalam organisasi sihat diperhatikan dapat menyumbang
kearah mewujudkan suatu suasana iklim sekolah yang kondusif dan selesa, seperti yang telah
dirumuskan berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan. Namun, persoalan sejauh manakah

30
tahap keberkesanan sekolah mempengaruhi jenis iklim, akan dibincangkan dalam Bab 4 yang
berikut.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi adalah satu aspek yang perlu diberikan perhatian untuk memperoleh hasil
kajian yang baik dan boleh dipercayai. Hal ini supaya kaedah yang digunakan bersesuaian
dengan pembolehubah yang hendak dikaji dan hipotesis-hipotesis yang diuji dalam kajian itu.
Bab ini menjelaskan metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian
ini. Bab metodologi ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu rekabentuk kajian, populasi dan
sampel kajian, instrumen kajian, pengutipan data dan penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

31
Menurut Opponham (1996), fungsi rekabentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik
mendapatkan jawapan yang jelas dan tepat terhadap persoalan kajian. Kerlinger (1970), salah
satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada
persoalanpersoalan penyelidikan. Reka bentuk kajian ini akan membimbing penyelidik dalam
usaha mendapatkan maklumat dan data berhubung objektif kajian yang dijalankan.
Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dalam kalangan guru
di sekolah rendah kebangsaan di zon bandar Kulaijaya, Johor Darul Tazim. Kaedah kuantitatif
digunakan sebagai kaedah penyelidikan dan pengumpulan maklumat daripada sampel yang
dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan lima dimensi
organisasi sihat sebagai pembolehubah bebas dan jenis iklim sekolah sebagai pemboleh ubah
bersandar. Hal ini menepati objektif kajian serta senang diuruskan untuk pengumpulan maklumat
dan penganalisisan data.
Menurut Mohd Najib (2003), kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang popular. Kaedah
ini digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas lalu melalui sekali kutipan data,
selalunya melalui soal selidik. Selain itu, kaedah ini juga mudah dilakukan, iaitu sampel
diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan kemudian maklumat diproses mengikut kaedah
analisis yang dirancang oleh penyelidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan data
daripada sampel saiz besar kerana proses dengan kaedah lain adalah sukar dan kompleks.
Dalam kajian ini, maklumat yang diperoleh adalah berdasarkan maklum balas responden
melalui soal selidik yang diberikan dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ditentukan.
Maklumat tambahan juga diperoleh daripada rujukan dokumen di perpustakaan, pusat sumber
dan internet seperti artikel-artikel, sorotan penulisan, kertas kertas kajian, jurnal dan projek /
disertasi yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik yang terdahulu. Rujukan ini amat penting
bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan kajian dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas
tentang topik kajian.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Mengenal pasti populasi penting dalam sesuatu kajian kerana aspek ini menentukan
bidang masalah yang perlu dikaji (Mohd. Majid, 2004). Menurut Santoso & Tjiptono (2002),
populasi merupakan sekumpulan orang atau objek yang memiliki kesamaan dalam satu atau
beberapa hal dan yang membentuk permasalahan utama dalam suatu kajian. Oleh yang demikian,

32
populasi yang akan diteliti harus didefinisikan dengan jelas sebelum penelitian sample kajian
dilakukan.
Populasi kajian adalah seramai ______ orang guru yang mengajar di sekolah-sekolah
rendah kebangsaan di zon bandar Kulaijaya (Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya, 2012).
Pemilihan sekolah-sekolah di zon bandar Kulaijaya ini sebagai populasi kajian dirasakan wajar
dengan kaedah pengumpulan data yang akan dijalankan. Sekolah-sekolah yang terpilih ialah
sekolah-sekolah rendah kebangsaan di zon Bandar Kulaijaya sahaja seperti yang disenaraikan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya. Daripada populasi tersebut seramai ____ orang
sampel dijadikan responden kajian ini. Jumlah sampel ini adalah menepati cadangan yang dibuat
oleh Roscoe (1975) dalam Lim (2009), yang berpendapat bahawa sampel yang melebihi 30
orang dan kurang daripada 500 orang adalah bertepatan dalam sesuatu penyelidikan.
Persampelan tidak rawak bertujuan digunakan. Pemilihan dibuat secara khusus dengan
sengaja memilih sampel tertentu untuk memenuhi kehendak pengkaji (Mohd. Najib,
2003). Penyelidik pergi sendiri ke sekolah-sekolah yang dijangka akan memberikan
kerjasama. Di samping itu, penyelidik mengambil kira pengalaman mengajar responden
tidak kurang daripada satu tahun. Borang akan diserahkan dan diurus tadbir oleh penyelidik
sendiri tanpa melalui pihak pentadbiran sekolah (guru besar atau guru
penolong kanan) agar suatu suasana tidak terancam (non-threatening atmosphere) dapat
diwujudkan kepada para responden dalam memastikan kejujuran dan kesulitan maklumat yang
diberikan.

Jadual 3.1 : Taburan Responden Mengikut Sekolah

3.5 InstrumenKajian
Bil Nama Sekolah Populasi Bilangan Sampel
3.6 KajianRintis
1 SK Bandar Putra
3.7 PembolehUbahKajian
2 SK Taman Muhibbah
3.8 Pengumpulan
3 DataIndahpura 1
SK Taman
3.9 Penganalisisan
4 SK TamanData
Indahpura 2
3.10 5Kesimpulan
SK Kulai
6 SK Kulai 1
7 SK Taman Kota Kulai
8 SK Taman Kota Kulai 2
Sumber : Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya 2012

33
3.4 Instrumen Kajian

Penyelidikan dibuat menggunakan kaedah soal selidik sebagai alat kajian. Kajian ini akan
menggunakan boring soal selidik bagi mengumpul data kuantitatif sebagai instumen yang akan
diurustadbir kepada para responden. Keseluruhan bahagian dalam soal selidik yang akan
digunakan adalah dalam versi terjemahan Bahasa Melayu yang diterjemahkan melalui kaedah
terjemahan terbalik atau back-to-back translation. Bagi memastikan kejelasan terhadap setiap
item yang telah diterjemah, item asal (versi Bahasa Inggeris) bagi setiap penyataan item juga
disertakan sebagai rujukan tambahan kepada para responden. Intrumen soal selidik Organisasi
Sihat yang digunapakai dalam kajian ini adalah adaptasi dari instrumen The Organizational
Health Inventory for Elementary Schools, (OHI-E) yang telah dibangunkan oleh Hoy, Tarter &
Kottkamp (2003). Bagi tujuan mendapatkan data berkaitan dengan jenis iklim di sesebuah
sekolah pula, pengkaji mengambil soal selidik Organizational Climate Descriptive Questionaire
(OCDQ-RE) dibina oleh Hoy, Tarter & Kottkamp (2003), yang telah dimurnikan dari instrumen
asal (OCDQ) oleh Andrew W. Halpin dan Don B. Croft (1962). Instrumen ini juga telah
diterjemah kepada Bahasa Melayu juga dengan menggunakan kaedah back-to-back translation
oleh penterjemah yang mahir.

Secara keseluruhan, bagi mendapatkan data berkaitan dengan tahap kesihatan organisasi
sekolah dan hubungannya dengan jenis iklim, soal selidik yang diurus-tadbir dalam kajian ini
terbahagi kepada 3 bahagian seperti yang dibutirkan dalam setiap bahagian berikut.

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Diri Responden

Bahagian ini mengandungi maklumat ciri-ciri demografik responden atau butiran


maklumat diri responden kajian yang secara tidak langsung mempengaruhi tahap kesihatan dan
ciri iklim di sesebuah sekolah. Maklumat demografik seperti jantina, jawatan di sekolah, jumlah
tahun pengalaman berkhidmat dalam bidang pendidikan dan juga tempoh perkhidmatan di
sekolah kini, mempunyai kaitan secara langsung terhadap persepsi serta pengalaman peribadi
para responden dalam memberi pandangan dan respon terhadap kenyataan dalam soal selidik ini
nanti.

34
3.4.2 Bahagian B : Sekolah sebagai Organisasi Sihat

Bahagian B ialah intrumen soal selidik Organisasi Sihat yang diterjemah dalam Bahasa
Melayu dari instrumen The Organizational Health Inventory for Elementary Schools, (OHI-E)
yang telah dibangunkan oleh Hoy, Tarter & Kottkamp (2003). Terdapat lima dimensi peringkat
pengurusan sebuah organisasi sihat iaitu, (i) integriti institusi, (ii) kepimpinan sepasukan, (iii)
sokongan sumber, (iv) kesepakatan guru-guru, dan (v) penekanan akademik. Item-item bagi
setiap dimensi telah disusun secara rawak dalam bahagian ini agar responden akan membaca dan
menilai penyataan dengan teliti bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan kesahan dapatan
kajian (Azizi Yahaya,2007). Gabungan serta keseimbangan kelima-lima dimensi ini akan
menentukan tahap kesihatan serta jenis iklim sekolah yang mencirikan sekolah-sekolah rendah
kebangsaan dalam zon bandar, daerah Kulaijaya.

3.4.3 Bahagian C: Iklim Sekolah

Bahagian C ialah instrumen soal selidik mengenai iklim sekolah yang dinilai dengan
menggunakan set soal selidik Organizational Climate Descriptive Questionaire (OCDQ-RE)
dibina oleh Hoy, Tarter & Kottkamp (2003), yang telah dimurnikan dari instrumen asal (OCDQ)
oleh Hoy, et al (1994).. Item-item dalam instrumen ini mengukur jenis iklim sekolah berdasarkan
faktor orientasi hubungan guru dengan guru besar serta hubungan guru dengan guru. Terdapat
beberapa dimensi kelakuan yang dikaji bersandarkan kepada keterbukaan tingkah laku guru
besar (diukur melalui skor indeks-indeks supportiveness, restrictiveness dan directiveness) dan
juga tahap keterbukaan hubungan antara guru-guru yang mengandungi skor bagi indeks-indeks
collegial, intimacy dan disengaged. Gabungan keenam-enam dimensi kelakuan menerusi
persepsi guru mampu menentukan jenis iklim sekolah di sekolah-sekolah rendah kebangsaan
yang terlibat dalam kajian ini.

3.4.4 Skala Soal Selidik


Kesemua item-item dalam soal selidik ini akan menggunakan skala Likert empat poin
bermula daripada Sangat Tidak Setuju (STS) hingga Sangat Setuju (SS) (Jadual 3.2) untuk
Jadual terhadap
mengukur tahap persetujuan responden 3.2 : Pemilihan Skala
penyataan-penyataan item.
Nombor Penyataan Singkatan
1 Sangat jarang SJ
2 Sekali sekala SS
3 Kerap kali KK 35
4 Sangat kerap SK
Responden dikehendaki menandakan satu jawapan berdasarkan peringkat skala
persetujuan terhadap setiap penyataan. Nilai min bagi setiap dimensi akan ditentukan mengikut
bilangan responden dalam setiap sekolah. Jumlah min bagi setiap dimensi ini akan menentukan
tahap kesihatan serta jenis ikilim di setiap sekolah rendah kebangsaan yang terlibat dalam kajian
ini.

Jumlah keseluruhan item soal-selidik yang dibina bagi mencapai matlamat kajian ini
adalah sebanyak 79 item kesemuanya. Pengagihan serta perincian taburan item dalam setiap
dimensi pembolehubah yang dikaji disussun mengikut nombor soalan dalam Jadual Penentuan
Ujian (JPU) yang berikut:-

Jadual 3.4 : JPU Iklim Sekolah Taburan Nombor Soalan bagi


Enam Dimensi Kelakuan Guru Besar dan Guru
Jadual 3.3 : JPU Organisasi Sihat Taburan Nombor Soalan bagi
Dimensi Kelakuan Jumlah
Lima Dimensi Organisasi Item
Sihat Nombor Item

Dimensi Organisasimenyokong
Tingkahlaku Sihat Jumlah Item Nombor
4, 9,15,Item
16, 22, 23, 28,
9
Tingkahlaku Guru Besar

Integriti institusi
(Surportive Behaviour) 6 8, 14, 19, 25, 29,
29, 42
30
Kepimpinan sepasukan 10 1,3,4,10,11,15,17,21,26,34
Sokongan sumber 7 2, 5, 9, 12, 16, 20,22
Kesepakatan guru-guru
Tingkahlaku mengarah 9 13,23,27,28, 32,33, 35, 36, 37
9 5, 10, 17, 24, 30, 34, 35,
Penekanan akademik
(Directive Behaviour) 5 6, 7, 18, 24, 31
39, 41

Tingkahlaku mengawal 5 11, 18, 25, 31, 36


(Restrictive Behaviour)

Tingkahlaku kesejawatan 8 1, 6, 12, 19, 26, 32, 37, 40


(Collegial Behaviour)
Tingkahlaku Guru

Tingkahlaku kemesraan 7 2, 7, 13, 20, 27, 33, 38


(Intimate Behaviour)
36

Tingkahlaku tidak sehaluan 4 3, 8, 14, 21


(Disengaged Behaviour)
3.5 Kajian Rintis

Sebelum menjalankan kajian, satu kajian rintis telah dilakukan untuk menguji
kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian. Melalui kajian rintis ini
juga pengkaji dapat memastikan tahap kejelasan intrumen yang telah diterjemahkan daripada
Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, serta mendapatkan komen daripada guru-guru bagi
memperbaiki dan memperkemaskan lagi instrumen kajian ini.
Seramai -- orang responden yang terdiri daripada guru di sekolah lain yang tidak terlibat
dalam kajian digunakan dalam kajian rintis ini.Hasil kajian rintis ini dianalisis
dengan menggunakan SPSS-Window (Statistical Packages For Social Sciences) versi
17.0 . Kebolehpercayaan soal selidik diuji melalui ujian pekali Alpha Cronbach yang melihat
korelasi satu item dengan item yang lain yang setara dengannya atau yang menyoal konsep yang
sama. Menurut Mohd. Najib (2003), pekali kebolehpercayaan yang sesuai digunakan dalam
penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai pekali kebolehpercayaan

37
lebih daripada 0.70 . Ini dapat dipastikan dengan merujuk kepada Jadual 3.5 di bawah, dimana
nilai indeks korelasi antara 0.71 higga 0.90 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai diterima sebagai alat pengukur (Rowntree, 1981).
Jadual 3.5 : Nilai Korelasi dan Interpretasi daripada Rowntree (1981)

Nilai Indeks Korelasi Interpretasi


0.0 0.20 Sangat lemah
0.21 0.40 Lemah, rendah
0.41 0.70 Sederhana
0.71 0.90 Tinggi, kuat
0.91 1.00 Sangat tinggi, sangat kuat

Dipetik daripada Lim (2009): dari sumber Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk
Tinjauan Soal Selidik Pendidikan Skudai:UTM)

Hasil kajian rintis ini ditunjukkan dalam Jadual 3.6 di bawah. Instrumen kajian ini sesuai
digunakan kerana nilai pekali Alpha Cronbach bagi kedua-dua pemboleh ubah melebihi 0.60 .
Keputusan ini membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi dan
menepati kehendak kajian yang dijalankan.

Jadual 3.6: Keputusan Kajian Rintis

Bidang Kajian Bilangan Item Nilai Alpha Cronbach


Sekolah sebagai Organisasi Sihat
Iklim Sekolah

3.6 Prosedur Kajian

Setelah mendapat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan daripada Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia,
penyelidik menghantar surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk
memohon kebenaran bagi membuat penyelidikan di sekolah rendah kebangsaan yang terpilih di
zon Bandar Kulaijaya dengan disertakan bersama surat kebenaran daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Setelah surat kebenaran diperoleh, penyelidik berjumpa dan memaklumkan Pegawai

38
Pendidikan Daerah Kulaijaya tentang penyelidikan ini. Seterusnya, penyelidik pergi ke setiap
sekolah yang terpilih dan memaklumkan pihak pentadbiran sekolah-sekolah yang terlibat bagi
menyempurnakan kajian ini. Di samping itu, penyelidik juga memberitahu guru besar tersebut
bahawa dapatan hasil dari kajian ini akan dimaklumkan kepada beliau agar langkah
penambahbaikan atau pemantapan pengurusan organisasi sekolah dapat ditingkatkan. Bagi
tujuan kesulitan maklumat dapatan kajian ini, nama sekolah tidak akan dinyatakan dan sekolah-
sekolah yang terlibat hanya akan dirujuk dengan menggunakan nama simbolik
(contoh : Sekolah A, Sekolah B, dan seterusnya). Ini bagi mengelakkan rasa kegusaran dan
penyangkalan terhadap kajian yang akan dijalankan.
Setelah kajian rintis bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam
soal selidik, dilakukan dan dianalisa, penyelidik telah menyediakan sebanyak ..... set instrument
untuk dijawab oleh para responden kajian. Penyelidik telah mendapatkan kebenaran dari pihak
pentadbiran sekolah untuk mendapatkan sampel kajian secara sukarela. Borang soal selidik
kemudiannya diedarkan kepada para responden di sekolah-sekolah yang terpilih. Tempoh
pengumpulan boring soal selidik adalah selama ..........

Jadual 3.7 Penganalisisan Data Deskriptif Instrumen

3.7 Penganalisisan Data


Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif
melalui perisian komputer SPSS-Window (versi 17.0). Kaedah deskriptif dan inferensi
digunakan. Bagi data deskriptif, beberapa peringkat penganalisisan data telah dilakukan seperti
yang diterangkan dalam Jadual 3.7:-

Peringkat Keterangan
Pertama Nilai skor bagi setiap item dalam instrumen dikenalpasti (berdasarkan
nilai skala instrumen yang telah dipilih oleh para responden)
Nilai purata bagi setiap item seterusnya dikira berdasarkan bilangan
Kedua responden bagi setiap sekolah. Contohnya, bilangan responden bagi

39
Sekolah A ialah 30 orang guru, oleh itu jumlah skala yang dipilih oleh
kesemua 30 orang guru bagi setiap item akan dipuratakan berdasarkan
jumlah responden di sekolah tersebut (30 orang).
Di akhir peringkat kedua ini, sebanyak 79 skor (berdasarkan jumlah
item instrumen) bagi setiap sekolah akan dapat dikenalpasti.
Keempat Nilai skor setiap dimensi bagi kesemua sekolah kemudiannya di
jumlahkan bagi mencari nilai min (M) dan sisihan piawai () bagi
populasi kajian. Nilai-nilai ini dikenalpasti berdasarkan simbol-
simbol dibawah:-
Dimensi Min Dimensi Sisihan Piawai
Dimensi
Dimensi Organisasi Sihat (dOS):-
Integriti institusi MdOS.i dOS.i
Kepimpinan sepasukan MdOS.ii dOS.ii
iii. Sokongan sumber MdOS.iii dOS.iii
iv. Kesepakatan guru-guru MdOS.iv dOS.iv
v. Penekanan akademik MdOS.v dOS.v
Dimensi Iklim Sekolah (dIS):-
i. Tingkahlaku menyokong MdIS.i dIS.i

ii. Tingkahlaku mengarah MdIS.ii dIS.ii

iii. Tingkahlaku mengawal MdIS.iii dIS.iii

iv. Tingkahlaku kesejawatan MdIS.iv dIS.iv

v. Tingkahlaku kemesraan MdIS.v dIS.v

vi. Tingkahlaku tidak sehaluan MdIS.vi dIS.vi

Kelima Nilai subskor setiap dimensi bagi setiap sekolah kemudiannya


diselaraskan dengan menggunakan kaedah standardized score (SdS
Skor), dengan nilai min 500 dan sisihan piawai 100 (Hoy, 2003).
100 [ dOS .iM dOS .i ]
Contoh: Sds skor dOS . i= +500
dOS .i

Jumlah nilai perbezaan subskor dimensi sekolah (dOS.i) dengan nilai


min populasi (MdOS.i) perlu dikenalpasti sebelum nilai didarap dengan

40
100. Hasil pengiraan ini kemudiannya dibagaikan dengan nilai sisihan
piawai populasi (dOS.i), yang akhirnya dijumlahkan dengan min Sds
skor, 500. Langkah ini diulangi dengan kesemua 10 dimensi yang
lain.

Keenam Langkah pengiraan seterusnya akan dijalankan berdasarkan jenis


pembolehubah yang dikaji (i) sekolah sebagai organisasi sihat dan (ii)
jenis iklim sekolah.
(i) Sekolah sebagai organisasi sihat
Indeks tahap kesihatan =
Sds skor dOS .i+ Sds skordOS . ii+Sds skor dOS . iii+ Sds skor dOS .iv+ Sds skor dOS . v
5

Jadual pengukuran:-
Tahap kesihatan Markah Keterangan
Organisasi sekolah yang > 600 Sangat tinggi
551-600 Tinggi
sihat 525-550 Atas purata
511-524 Sedikit tinggi dari purata
490-510 Purata
Organisasi sekolah yang 476-489 Sedikit di bawah purata
450-475 Di bawah purata
tidak sihat 400-449 Rendah
< 400 Sangat rendah

(ii) Iklim sekolah


Indeks tingkahlaku guru besar =
Sds skor dIS. i+Sds skor dIS .ii +Sds skor diS . iii
3

Indeks tingkahlaku guru-guru =


Sds skor dIS . iv+ Sds skor dIS . v+ Sds skor diS . vi
3

Jadual pengukuran:-
Tahap keterbukaan Markah Keterangan
hubungan
> 600 Sangat tinggi
551-600 Tinggi

41
Orientasi terbuka 525-550 Atas purata
511-524 Sedikit tinggi dari purata
(open) 490-510 Purata
476-489 Sedikit di bawah purata
450-475 Di bawah purata
Orientasi tertutup 400-449 Rendah
(closed) < 400 Sangat rendah

Nilai yang didapati dari statitik deskriptif ini kemudiannya digunakan untuk membuat
inferensi terhadap hipotesis kajian yang dijalankan. Analisis inferensi digunakan untuk melihat
perkaitan yang wujud di antara kedua pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini, iaitu
organisasi sihat sebagai pembolehubah bebas dan iklim sekolah sebagai pembolehubah
bersandar. Bagi menentukan sama ada terdapat perhubungan yang linear di antara kedua-dua
pembolehubah ini, analisis korelasi Pearson akan digunakan. Indeks korelasi menerangkan arah
hubungan dan kekuatan hubungan antara kedua-dua pembolehubah ini, samada positif
(hubungan yang sehaluan; peningkatan yang berkadar terus) atau negatif (hubungan yang
bertentangan; peningkatan secara songsang, peningkatan satu pembolehubah bebas
mengakibatkan penurunan pembolehubah bersandar), (Mohamad Najib, 2003). Bagi melihat
magnitude atau kekuatan perkaiatan di antara dua pembolehubah, nilai koefisien korelasi r akan
dirujuk. Petunjuk kekuatan bagi nilai koefisien korelasi yang akan digunapakai dalam kajian ini
adalah berdasarkan hasil kajian Davis (1971) yang dijadualkan seperti yang berikut:-

Jadual 3.8: Indeks Pekali Korelasi

Julat (+ atau -) Kekuatan


0.01 hingga 0.09 Kaitan yang sangat rendah, boleh diabaikan
0.10 hingga 0.29 Kaitan yang tidak begitu kuat atau rendah
0.30 hingga 0.49 Kaitan yang sederhana kuat
0.50 hingga 0.69 Kaitan yang kuat
0.70 atau lebih Kaitan yang sangat kuat

3.8 Kesimpulan
Bab ini menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian ini iaitu bagaimana
kajian ditadbir untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Metodologi yang

42
digunakan dilakukan secara berturutan untuk memastikan proses penyelidikan berjalan lancar.
Bilangan responden yang terlibat dinyatakan dengan terperinci untuk memberikan gambaran
yang jelas. Semua aspek ini amat dititikberatkan untuk mendapatkan dapatan yang mempunyai
nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

43

Anda mungkin juga menyukai