Anda di halaman 1dari 8

Tajuk : Masalah dalam Pelaksanaan Kurikulum Baru

Oleh : Suhaiza binti Zainoldin @ Zainuddin

Pengenalan

Perkembangan kurikulum di Negara kita menunjukkan peningkatan yang

semakin baik saban tahun. Perubahan yang berlaku dalam perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran di peringkat sekolah membuka mata kita tentang pentingkan sistem

pendidikan diselarikan dengan perkembangan dan kepesatan Negara. Ini bagi menjamin

keperluan tenaga kerja yang semakin meningkat dan pelbagai. Justeru kewujudan mata

pelajaran baru terutama diperingkat sekolah telah memberi ruang kepada masyarakat

amnya mempelajari lebih banyak kemahiran baru untuk diaplikasikan dalam sektor

pekerjaan. Perbezaan yang wujud antara keperluan sektor pekerjaan dengan penghasilan

tenaga kerja mahir diperingkat sekolah dan institusi pengajian Tinggi adalah tertakluk

kepada kurikulum yang dibentul dan dilaksanakan di semua peringkat. Oleh itu

kurikulum ini perlu menepati kehendak yang digariskan oleh majikan supaya tidak

berlaku lambakan tenaga dalam bidang yang tidak diperlukan. Di sini kurikulum adalah

asas kepada keperluan semasa yang sering berubah dan dilihat sebagai satu penentu

kepada kewujudan bidang pekerjaan baru di negara ini. Kurikulum baru yang diwujudkan

di negara kita memerlukan penelitian yang mendalam agar perlaksanaannya dapat

memenuhi matlamat yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya

dapat melahirkan modal insan cemerlang. Walau bagaimanapun terdapat pelbagi

kekangan yang dihadapi baik di pihak penggubal mahupun pelaksana. Dalam konteks ini
masalah yang wujud merupakan satu kekangan yang nyata dan amat memerlukan

perhatian semua pihak. Oleh kerana perlaksanaannya di peringkat permulaan, boleh

dikatakan ianya merupakan satu ujikaji bagi melihat sejauhmana keberkesanan

perlaksanaan mata pelajaran baru ini terhadap bidang pekerjaan. Pastinya berlaku

perbagai kelemahan dan kekurangan dalam perlaksanaanya di peringkat awal ini. Justeru

penulisan ini akan melihat sejauhmana kelemahan yang berlaku dalam perlaksanaan

kurikulum baru di peringkat sekolah.

Kekurangan alat bantu mengajar

Alat bantu mengajar merupakan satu bahan yang menjadi penguat kepada

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya mampu memperjalaskan konsep dan

memudahkan ingatan para pelajar terhadap satu perkara yang disampaikan oleh guru.

Alat bantu mengajar juga dapat menjadi medium perantara untuk menyampaikan

maklumat dengan lebih cepat dan tepat. Justeru kepentingan dalam penggunaan alat

bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi. Namun masalah yang sering dihadapi apabila

sesuatu kurikulum baru dilaksanakan adalah kurangnya alat bantu mengajar yang ingin

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila satu kurikulum baru

dibentuk ianya hanya diperjelaskan dengan dokumen sukatan pelajaran dan juga huraian

sukatan pelajaran. Proses pembinaan alat bantu mengajar biasanya akan dilakukan oleh

guru serta pihak yang berpengalaman tentang kurikulum yang dibentuk. Jadi ianya akan

mengambil masa untuk guru mengenalpasti alat bantu mengajar yang perlu disediakan

bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar
boleh terdiri dari objek sebenar, model, gambarah, foto, tayangan slid dan juga video.

Akibat yang ketara dalam kekurangan alat bantu mengajar ini adalah guru sukar untuk

mempelbagaikan kaedah pengajaran akibat alat yang tidak mencukupi. Guru juga terbatas

dari segi kreativiti kerana alat yang terhad setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Oleh itu sangat perlu untuk penggubal kurikulum memikirkan tentang alat

bantu mengajar yang sepatutnya untuk setiap bab dalam kurikulum baru yang digubal.

Kekurangan kepakaran guru

Apabila satu kurikulum baru diperkenalkan maka tugas untuk menyampaikan

kurikulum ini akan dipikul oleh guru yang telah dilatih dalam bidang tersebut. Selain itu

guru tersebut harus mempunyai ilmu pengetahuan yang menyeluruh tentang semua isi

kandungan yang terdapat dalam kurikulum yang ingin dilaksanakan ini. Persoalannya,

berapa lama masa yang perlu diambil untuk melatih guru-guru agak benar-benar mahir

dalam bidang kurikulum baru yang ingin dilaksanakan ini. Adakah guru-guru yang dilatih

telah mencapai tahap yang sepatutnya untuk mengajarkan kurikulum baru ini kepada para

pelajar. Pada peringkat awal perlaksanaan sesebuah kurikulum maka dilihat semua tenaga

pengajarnya adalah guru yang dikira amatur. Tiada yang boleh diiktiraf sebagai pakar

bedasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran tersebut kerana semuanya baru. Oleh

itu apabila berlaku satu pertikaian maka tiada satu individu yang khusus untuk dijadikan

rujukan kerana kurangnya pengalaman dan kepakaran terhadap kurikulum yang baru

dilaksanakan. Di peringkat sekolah terdapat gelaran guru pakar, guru cemerlang, jurulatih

utama dan guru rujukan. Mereka merupaka individu yang diiktiraf kepakarannya dalam
subjek tertentu. Justeru mereka menjadi sumber rujukan bagi guru-guru lain yang

menghadapi masalah dalam pengajaran mata pelajaran tersebut. Dengan perlaksanaan

kurikulum baru ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk

seseorang guru itu diiktiraf sebagai pakar dalam bidangnya. Tempoh ini dilihat sebagai

tempoh yang sukar untuk perlaksanaan kurikulum baru kerana tiada sumber rujukan yang

benar-benar mahir dan berpengalaman dalam membantu apabila timbul masalah.

Kekurangan bahan rujukan

Bahan rujukan merupakan satu lagi perkara penting dalam apa juga kurikulum

yang diajar. Baik diperingkat sekolah mahupun pusat pengajian tinggi, bahan rujukan

memainkan peranan penting dalam membantu guru dan pelajar mempelbagaikan sumber

untuk dirujuk bagi meningkatkan kefahaman masing-masing. Lazimnya bahan rujukan

utama yang dibekalkan bersama kurikulum baru yang dilaksanakan di sekolah adalah

buku teks. Ianya meliputi keseluruhan topik yang akan diajar beserta huraian dan latihan

yang mengikut aras kemahaman tertentu bergantung kepada objekif pengajaran yang

telah digariskan. Justeru bahan rujukan ini adalah nadi utama dalam membantu guru dan

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun biasanya terdapat

kesilapan yang berlaku dalam penulisan buku teks, guru dan pelajar yang

menggunakannya dalam perlaksanaan kurikulum baru tidak mempunyai pilihan kerana

tiada sumber rujukan lain yang lebih efektif untuk dirujuk. Kekurangan bahan rujukan ini

juga menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk mempelbagaikan kaedah

pembelajaran mereka terutama bagi pelajar yang sering belajar sendiri dirumah.
Kadangkala pelajar juga membuat perbandingan antara mata pelajaran baru ini dengan

mata pelajaran yang sudah lama dijalankan diperingkat sekolah yang mempunyai

pelbagai bahan rujukan yang mudah didapati di kedai-kedai buku. Di sini pelajar akan

mempunyai persepsi bahawa kurikulum yang baru ini lebih sukar kerana mereka tidak

dapat memperolehi bahan rujukan lain selain buku teks untuk dirujuk.

Peruntukan masa yang tidak mencukupi

Dalam setiap kurikulum yang dibentuk, peruntukan masa juga memainkan

peranan penting dalam memastikan semua proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan sempurna tepat mengikut perancangan. Peruntukan masa yang tidak

bersesuaian dengan kandungan kurikulum akan mengakibatkan isi kandungan kurikulum

tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan mungkin berlaku keciciran dalam sesetengah

bab kerana guru mengejar masa untuk menghabiskan silibus. Sekiranya peruntukan masa

yang diberikan terlalu panjang untuk penyampaian kurikulum yang sedikit maka ianya

akan menyebabkan berlaku istilah sambil lewa dalam pengajaran dan pembelajaran

kurikulum baru ini. Jadi sesetengah kurikulum baru memerlukan tempoh percubaan tahun

pertama untuk melihat maklum balas dari guru dan pelajar tentang peruntukan masa yang

ditetapkan. Sekiranya tidak mencukupi maka penilaian semula akan dibuat untuk

menggugurkan beberapa subtopik dalam kurikulum tersebut sehingga semua dilihat dapat

memenuhi masa yang ditetapkan dengan lancar dan silibus dapat dihabiskan dengan

jayanya. Peruntukan masa untuk perlaksanaan kerja kursus dan amali juga perlu dititik

beratkan kerana ianya akan melibatkan masa tambahan. Biasanya pelajar akan
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja kursus terutama bagi kerja kursus

yang melibatkan penggunaan alatan di bengkel. Oleh itu peruntukan masa dilihat sebagai

satu masalah yang perlu diambil perhatian setiap kali sesebuah kurikulum dibentuk.

Tiada contoh soalan peperiksaan sebenar

Dalam peperiksaan awam yang besar seperti SPM dan STPM, soalan peperiksaan

merupakan satu lagi bahan yang penting bagi digunakan oleh guru dan pelajar-pelajar

sebagai latihan. Selain dapat memberi gambaran tentang bentuk soalan yang akan ditanya

dalam peperiksaan awam yang sebenar, ianya dapat membantu guru dan pelajar dalam

membiasakan menjawab kertas soalan sebenar serta mendapatkan keyakinan dalam

menyelesaikan soalan peperiksaan. Dalam perlaksanaan kurikulum baru, masalah yang

jelas dihadapi pada tahun pertama dan kedua adalah tiada contoh soalan bagi peperiksaan

sebenar. Ini akan meimbulkan masalah kepada guru unutk merangka bentuk soalan

latihan yang sesuai dengan bentuk soalan sebenar dalam peperiksaan awam. Selain itu

ianya akan menyebabkan pelajar kurang keyakinan dalam menjawab soalan latihan

kerana tidak pasti adakah bentuk soalan sebegini yang akan ditanya dalam peperiksaan

sebenar kelak. Pelajar dan guru biasanya akan membuat spekulasi tentang bentuk soalan

yang akan di tanya dalam peperikssaan dan sekiranya tekaan mereka tepat maka ianya

menjadi ssatu kelebihan kepada pelajar tersebut. Namun sekiranya tekaan mereka kurang

tepat maka pelajar akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan peperiksaan

sebenar kerana tidak bertepatan dengan soalan latihan yang biasa dibuat. Oleh itu adalah

disarankan satu modul bentuk soalan peperiksaan sebenar dikeluarkan bersama-sama


kurikulum baru dan buku teks bagi membantu guru dan pelajar dalam menguasai topik

dalam kurikulum ini disamping dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam mata

pelajaran baru ini.

Kesimpulan

. Kurikulum baru yang diwujudkan di negara kita memerlukan penelitian yang

mendalam agar perlaksanaannya dapat memenuhi matlamat yang digariskan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya dapat melahirkan modal insan cemerlang.

Walau bagaimanapun terdapat pelbagi kekangan yang dihadapi baik di pihak penggubal

mahupun pelaksana. Antara masalah yang sering dihadapi apabila sesuatu kurikulum baru

dilaksanakan adalah kurangnya alat bantu mengajar yang ingin digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu masalah kekurangan kepakaran guru dalam isi

kandungan kurikulum, kekurangan bahan rujukan, peruntukan masa yang tidak

mencukupi dan tiada contoh soalan peperiksaan sebenar. Justeru diharapkan penggubal

kurikulum dapat menyediakan alat bantu mengajar dengan mencukupi, mempelbagaikan

bahan rujukan yang pelbagai untuk rujukan para pelajar dan menyediakan satu modul

bentuk soalan peperiksaan sebenar dihantar bersama kurikulum baru dan buku teks.
Rujukan

Abdullah Sani Yahya 2005. Mengurus Sekolah, PTS Professional


Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Hamdan, 2007. Pengajian Kurikulm, Johor : Penerbit Universiti


Teknologi Malaysia Skudai.

Ahmad Zairi Hj Abas, 2002 Permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran


teknologi kejuruteraan : satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah
Batang Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak. Projek Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia.

Curtis R. Finch and John R.Crunkilton, 1993. Curriculum Development in


Vocational and Technical Education, Planning, Content and Implimentation. Needham
Heights, MA United States of America

Grayson Lawrence, 1978, On a Methodology for Curriculum Design, Engineering


Education

Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Daud Hamzah, 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

M S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, 1987. Perkembangan Kurikulum:


Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.

Peter S Hlebowitsh. 2005. Designing the School Curriculum. Boston ; Pearson


Education Inc.