Anda di halaman 1dari 7

E FORUM SOALAN 1

Isu berkaitan Kurikulum

1. Beri pendapat anda tentang isu yang wujud berkaitan pelaksanaan DSKP
Matematik di dalam bilik darjah.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, DSKP untuk subjek Matematik


merupakan garis panduan untuk guru Matematik merancang dan melaksanakan
PdPc Matematik.Kandungan kurikulum DSKP Matematik KSSR yang telah diubah atau
disusun semula. Kurikulum yang menekankan pembangunan dan kemajuan murid ke
arah Pembelajaran Abad ke-21 berasaskan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
telah menambahbaik dan menyusun semula kurikulum DSKP Matematik pada tahap
yang lebih tinggi. Misalnya, perubahan standard pembelajaran dalam topik operasi
nombor asas dan penambahan pembelajaran dividen dalam topik wang untuk kelas
tahun 6. Ini telah menyebabkan beberapa isu yang wujud berkaitan pelaksanaan
DSKP Matematik di dalam bilik darjah.

Pada pendapat saya, isu yang pertama iaitu kesediaan guru dan murid. Apabila guru
kurang pemahaman mengenai standard yang ditetapkan akan menyebabkan guru
mengajar atau memberikan arahan yang kurang jelas kepada murid. Maka, guru
perlu menghadiri kursus dan sebagainya untuk menambah pengetahuan dalam
perubahan kurikulum tersebut. Ini bukan sahaja mengganggu masa guru, malah
murid akan ketinggalan pelajaran pada topik-topik tertentu semasa guru menghadiri
kursus. Murid juga memerlukan masa dan kaedah pembelajaran yang lebih kreatif
untuk memudahkan pemahaman mereka dan ini menyebabkan murid-murid yang
lemah akan terus tercicir dan sukar untuk mengikuti pelajaran Matematik seterusnya
dan menyebakan murid hilang minat untuk terus belajar. Oleh itu, guru perlulah
sentiasa bersedia untuk mengajar, kreatif dalam melaksanakan PdPc dan sentiasa
menambah ilmu sesuai dengan perubahan pendidikan kini.

Isu seterusnya adalah guru tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan. Dengan perubahan dan penambahan dalam kurikulum Matematik
menyebabkan guru perlu mengejar silibus yang banyak dalam masa yang terhad.
Ditambah lagi dengan tugas guru untuk mengajar semula murid yang lemah dan
masa untuk membimbing murid memahami aras soalan yang terlalu tinggi akan
mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu bijak
mengintegrasikan pembelajaran yang hampir sama bagi topik yang berbeza untuk
memberi pendedahan dan pengalaman awal kepada murid bagi memudahkan
penguasaan pembelajaran seterusnya.

Selain itu, keterbatasan sumber atau kemudahan di dalam bilik darjah juga menjadi
isu dalam melaksanakan DSKP Matematik yang menekankan PAK-21 dan bagi
menarik minat murid secara konsisten dalam pembelajaran yang menekankan aras
pemikiran yang tinggi. Kemudahan seperti peralatan, buku rujukan dan teknologi
menghalang murid belajar secara efektif dan mengehadkan potensi mereka.
Contohnya sekolah di luar bandar, murid disediakan dengan kumputer riba, namun
dengan tiadakan rangkaian internet dan kurangnya kemahiran guru menggunakan
teknlogi tersebut juga membataskan pembelajaran murid di dalam kelas. Oleh itu,
pembinaan dan kaedah mengajar yang kreatif dan inovatif perlulah dipraktikkan di
sekolah untuk menggalakan peningkatan prestasi murid dan memotivasikan murid
untuk belajar.

2. Huraikan isu yang timbul dalam penyampaian secara efektif kurikulum


sebagai pengalaman pelajar.

Penyampaian secara efektif kurikulum membantu pelajar untuk menjadikan


pembelajaran tersebut sebagai pengalaman mereka dan ini memudahkan
pemahaman dan ingatan murid mengenai topik yang diajar. Berdasarkan kepada
soalan iaitu isu dalam penyampaian dapat kita fokuskan kepada penyampaian
guru di dalam ataupun di luar kelas bagi mewujudkan pengalaman murid terhadap
topik tersebut.

Antara isu dalam penyampaian guru yang efektif bagi mewujudkan pengalaman
pelajar iaitu penggunaan kaedah tradisional seperti kaedah berpusatkan guru. Ini
menyebabkan penglibat murid dalam aktiviti PdPc kurang dengan kurangnya
aktiviti hands on dan aktiviti dalam bentuk permainan yang memerlukan
komunikasi antara murid. Teknik penyampaian yang kreatif membantu guru
mewujudkan pengalaman pelajar secara tidak langsung memudahkan pelajar
mengaplikasikan pelajaran tersebut dengan keadaan kehidupan sebenar.

Isu yang seterusnya adalah persekitaran bilik darjah. Ini dapat kita lihat dari segi
sumber yang disediakan. Pengalaman pelajar memerlukan sumber atau bahan
yang dapat digunakan oleh mereka sendiri seperti teknologi, buku rujukan dan
sebagainya. Murid- murid memerlukan bahan maujud untuk membina
pengalaman untuk pelajaran di bawah pengawasan guru. Selain itu, persekitaran
bilik darjah yang sempit dengan jumlah murid yang ramai juga menyukarkan
pemyampaian secara aktif kurikulum oleh guru. Hal ini kerana, murid yang terdiri
daripada pelbagai tahap pencapaian akademik dalam jumlah yang ramai
menyukarkan guru memberi fokus sepenuhnya kepada semua murid.

Tambahan lagi, isu tenaga pengajar sama ada guru opsyen atau bukan opsyen yang
mengajar Matematik. Guru opsyen Matematik tidak semestinya menunjukkan
minat dalam mengajar Matematik. Contohnya, guru yang masih menggunakan
teknik pengajaran tradisional dan guru yang tidak suka menghadiri kursus sesuai
dengan perubahan kurikulum kini. Bagi guru bukan opsyen pula, ini akan
menyukarkan mereka memberi arahan yang jelas dan kurang penggunakan teknik
penyampaian yang efektif sebagai pengalaman pelajar.
E FORUM SOALAN 2
Bagi menghuraikan langkah-langkah mengatasi isu dalam pengajaran guru,
terlebih dahulu disenaraikan antara isu dalam pengajaran guru dan disertakan
langkah-langkah mengatasi isu-isu tersebut.

1. Isu pengajaran guru ke arah Pendidikan Abad ke -21 yang berfokuskan


kepada pembelajaran dan pengajaran digital.

Langkah mengatasi isu ini adalah dengan penyediaan infrastruktur dan


kemudahan pembelajaran. Sumber teknologi yang secukupnya perlulah disediakan di
sekolah. Pihak yang berkaitan perlulah menyediakan bantuan dari segi kewangan
kepada guru bagi menghasilkan kaedah pengajaran ke arah Pendidikan Abad ke - 21.
Oleh itu, guru juga perlu mahir menggunakan bahan pembelajaran digital untuk
menghasilkan pengajaran yang kreatif dan inovatif . Dengan itu, sistem
penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk
stereotaip tetapi berbentuk proaktif.

2. Desakan memenuhi Standard Prestasi Antarabangsa (contohnya, TIMSS


&PISA)

Langkah mengatasi isu ini adalah guru perlu mengenalpasti kepelbagaian potensi
dan gaya pembelajaran murid. Setiap kepelbagaian potensi pelajar hendaklah
dikembangkan dengan lebih teratur. Menyediakan pelbagai peluang pembelajaran
yang efektif termasuklah penggunaan bahan-bahan yang inovatif. Para guru
hendaklah cakna bahawa generasi Y dan Z lebih cekap dalam menggunakan
paparan skrin yang boleh disentuh iaitu penggunaan gajet. Manakala bagi
murid-murid yang berada di kawasan luar bandar, mereka lebih cenderung kepada
pembelajaran di luar kelas seperti lawatan di luar kelas dan juga aktviti berkumpulan.
Oleh yang demikian, para guru hendaklah lebih fleksibel dengan keadaan semasa
serta guru hendaklah menyesuaikan diri dalam sebarang situasi tanpa mengira di
kawasan bandar mahu pun luar bandar. Seterusnya, guru-guru mestilah pandai untuk
menggunakan satu spektrum kecerdasan dan pengalaman multi-sensori untuk
mencungkil kepelbagaian potensi murid. Oleh yang demikian, pemahaman yang
mendalam terhadap kepelbagaian murid yang wujud sekarang bukan hanya dilihat
pada tahap pembelajaran sahaja malahan guru-guru seharusnya memberikan
pemerhatian yang teliti terhadap faktor-faktor kepelbagaian murid.
3. Kurangnya motivasi dan fokus murid semasa guru mengajar

Langkah mengatasi isu pengajaran guru atas sebab kurangnya motivasi murid iaitu
dengan mewujudkan suasana kondusif untuk pembelajaran. Persekitaran
pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran murid adalah faktor penting dalam
memastikan murid memberi fokus kepada pembelajaran dan berminat untuk
mendalami sesuatu topik pembelajaran. Justeru, dalam merangka iklim pembelajaran
yang kondusif perkara penting untuk diberi perhatian oleh setiap guru dalam
menyusun atur bilik darjah adalah ruang pembelajaran selesa, selamat dan murid
dapat bergerak aktif untuk berinteraksi dan melakukan aktiviti pembelajaran. Susun
atur bilik darjah yang terhad dan mengekang pergerakan murid untuk melakukan
aktiviti pembelajaran dan menyebabkan mereka cepat bosan, malas serta tidak dapat
memberi fokus yang baik dalam pembelajaran. Penting untuk guru menghias bilik
darjah, namun ia tidak sepatutnya berlebihan khususnya dalam pemilihan warna,
dekorasi dan perkakasan yang tidak diperlukan. Pencahayaan dan pengudaraan
dalam ruang bilik darjah juga penting dalam memastikan murid terbabit aktif dalam
pembelajarannya.

4. Kesediaan guru terhadap perubahan dalam kurikulum

Perubahan dalam sistem pendidikan menyebabkan guru kurang yakin dan


pengajaran dan akhirnya memberikan arahan dan penyampaian pengajaran yang
kurang jelas. Bagi mengatasi isu ini, antara langkah yang dapat dibuat adalah dengan
memantapkan kemahiran sedia ada guru. Mengikuti pelbagai kursus dan seminar
yang berkaitan dengan tugas guru. Guru juga perlu berkolabotif dengan guru lain
seperti guru pakar, guru panitia dan guru cemerlang untuk berkongsi pengetahuan
dan menghasilkan bahan bantu belajar sesuai dengan perubahan pendidikan yang
baru. Guru hendak sentiasa kreatif dalam cara pengajaran.
E FORUM SOALAN 3

Isu Mengintegrasikan KBAT dalam PdPc Matematik

Huraikan kepentingan mengintegrasikan KBAT dalam PdPc Matematik dan


cabaran yang dihadapi oleh para guru.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda
untuk menangani cabaran baru (Onosko & Newmann, 1994). KBAT dimaksudkan
adalah di mana seorang individu itu perlu untuk memahami, menterjemah,
menganalisis, dan memanipulasikan maklumat. KBAT juga merupakan salah satu
komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran
berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak
menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga
membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
menyenaraikan enam ciri utama yang perlu ada bagi setiap murid untuk bersaing
pada peringkat global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam
ciri tersebut.

Pentingnya mengintegrasikan KBAT dalam PdPc Matematik kerana KBAT


merupakan satu aspek yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
menjadi satu elemen penting di mana KBAT membantu mewujudkan kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda, menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu
idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kemahiran ini juga penting untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada dan
menilai idea-idea baru itu dalam konteks paradigma lama. Ringkasnya, kemahiran
berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan. Jikalau
seseorang individu sering memikir dan menghasilkan idea baru dan munasabah,
barulah kemahiran berfikir secara kritis dapat digunakan untuk mencari kelemahan –
kelemahan dan kesilapan – kesilapan yang ada pada idea supaya dapat diperbaiki.

KBAT amat penting dalam Matematik kerana dapat menghasilkan modal insan yang
cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia. Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi,
menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada menyatakan
semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar
akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas
berfikir.

Selain itu, KBAT turut memberi kepentingan dalam menghasilkan pelajar yang berfikir
secara kreatif dan kritis. KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam
dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam membentuk pelajar yang
sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin yang
hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori. Kemahiran
berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan.

Tambahan lagi, dalam pembelajaran Matematik, penerapan KBAT dapat mendidik


murid membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah merupakan kepentingan KBAT yang lain. Kemahiran berfikir aras
tinggi dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Konsep matematik dapat
dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan KBAT. Pelajar yang mengaplikasikan
konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan
masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan
pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan
semata-mata mengingat fakta. Tidak semua tugasan sama, tugasan yang berbeza
menggalakkan tahap dan jenis pemikiran yang berbeza. Tahap pemikiran di mana
murid melibatkan diriakan menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan Bukan
Rutin yang memerlukan tahap kognitif yang lebih tinggi dapat membentuk KBAT
dalam kalangan murid.

Cabaran Yang Dihadapi Oleh Para Guru

Dalam proses penerapan KBAT untuk murid, guru-guru terpaksa berhadapan dengan
beberapa cabaran. Antaranya adalah guru-guru perlu menggunakan teknologi yang
canggih untuk mendapat banyak maklumat. Selain itu, guru perlu lebih bersedia
sebelum memulakan sesuatu kelas. Melalui ini juga, guru dapat meningkatkan tahap
pembacaan mereka. Mereka akan merujuk beberapa bahan rujukan untuk
menghasilkan soalan yang berunsur bukan rutin. Justeru ini, guru-guru dapat
meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Guru-guru akan meluangkan lebih masa
untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan KBAT.

Selain itu, pengintegrasian KBAT dalam pengajaran subjek Matematik iaitu


kurangnya respon daripada pelajar. Pelajar lebih menyukai aktiviti dan tugasan
dengan soalan dan jawapan yang mudah. Soalan KBAT ini akan menyebabkan murid
tidak berani untuk menjawab kerana mereka risau jawapan yang diberikan adalah
salah. Hal takut melakukan kesilapan kerana kurangnya pengetahuan asas yang
diperlukan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Kenyataan ini disokong
oleh Coffman (2013) yang menyatakan kesukaran guru dalam menggunakan KBAT
adalah dipengaruhi oleh faktor keengganan pelajar.

Penekanan dari pihak pentadbiran untuk menghabiskan silibus tepat pada waktu juga
merupakan cabaran untuk guru mengintegrasikan KBAT dalam subjek Matematik.
Kekangan masa ini menyebabkan guru perlu mengejar prestasi pelajar dan kurang
memberi tumpuan dalam pelaksanaan KBAT secara menyeluruh.

Akhir sekali, antara cabaran yang dihadapi oleh guru dalam proses pengintegrasian
KBAT kepada murid adalah kurangnya kemahiran KBAT yang mantap guru itu sendiri.
Akibatnya, guru akan fokus kepada penyampaian fakta atau konsep Matematik
sahaja tetapi mengabaikan kaedah pembelajaran kendiri iaitu untuk mengetahui
“bagaimana”. Pelajar tidak diberi peluang berfikir tentang isi yang dipelajari dan tidak
mampu menghasilkan idea baru dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, penerapan
KBAT dalam subjek Matematik haruslah diterapkan dalam setiap sesi pengajaran dan
pemudahcaraan.
2. Pilih satu tajuk dalam Bidang Ukuran dan Sukatan berdasarkan DSKP
Matematik Sekolah Rendah dan bina DUA soalan bagi SETIAP aras Taksonomi
Anderson (Taksonomi Bloom semakan) yang berikut:

BIDANG: SUKATAN DAN GEOMETRI


TAJUK: 6.0 UKURAN DAN SUKATAN
UNIT: PANJANG, JISIM DAN ISI PADU
TOPIK: TUKAR UNIT PANJANG
KELAS : TAHUN 3
Aras Taksonomi Dua Contoh Soalan
Bloom
i) Aplikasi Tukarkan 5 km 800 m kepada meter
Tambahkan 236 m dengan 389 m. Kemudian, tukarkan
jawapan kepada unit m dan cm.

ii) Analisis Berdasarkan gambar yang diberi, lengkapkan dan bina ayat
matematik yang sesuai dengan gambar rajah tersebut.

iii) Menilai Berdasarkan gambar berikut, kirakan panjang pensil


sekiranya panjang satu klip kertas adalah 2.7 cm.

Jarak dari sekolah ke bank ialah 15.358km. Jarak bank ke


hospital adalah 5.406km kurang daripada jarak sekolah ke
bank. Hitung jumlah jarak dari sekolah ke hospital.

iv) Mencipta

Anda mungkin juga menyukai