Anda di halaman 1dari 8

3.

0 Modul Penggunaan “TinyTap”

3.1 Melayari Laman Wen ”TinyTap”

TinyTap boleh dicari di laman web https://www.tinytap.com/content/. Langkah pertama


untuk membuat permainan berasaskan pendidikan melalui medium Tiny Tap adalah dengan
membuat akaun baru sekiranya belum mendaftar sebagai ahli dalam apikasi tersebut. Akaun
boleh dibuat dengan menekan butang “ Create+” yang berada di atas sebelah kiri gambar
rajah tersebut.

3.2 Mendaftar Akaun Baru

Akaun baru perlu didaftarkan untuk pengguna baru bagi aplikasi ini. Terdapat dua cara
untuk membuat akaun baru iaitu dengan menyambungkan akaun media sosial iaitu
facebook dengan aplikasi ini. Selain itu, akaun pengguna juga boleh didaftar dengan
menggunakan email persendirian seperti gmail, yahoo dan sebagainya. Setelah selesai
mendaftar akaun baru, pengguna boleh log masuk ke dalam portal Tinytap
3.3 Profile Akaun TinyTap

Setelah pengguna berjaya mendaftar dan log masuk ke akaun TinyTap, portal akan
menunjukkan profile pengguna. Profile akan menunjukkan nama pengguna dan gambar
pengguna. Selain itu, dibawah gambar profile pengguna, terdapat dua butang iaitu “ Create
Game” dan “Create Course”. Fungsi bagi butang pertama adalah untuk membuat permainan
yang menarik manakala untuk butang kedua fungsinya adalah untuk membuat nota atau
bahan bacaan.

3.4 Ciri-ciri TinyTap Untuk Membuat Permainan Dalam TinyTap

Terdapat terdapat beberapa ciri khas yang dimiliki oleh TinyTap untuk membantu pengguna
bagi memudahkan proses membuat permainan yang berdasarkan Pendidikan. Ikon yang
terdapat di sebelah kiri dalam gambar rajah merupakan alatan yang telah disediakan untuk
membuat aktiviti, pergerakan, hiasan dan aksi yang diingini pengguna. Fungsi-fungsi setiap
butang dijelaskan dalam jadual berikut:
Ikon Fungsi
Pek Ciptaan (Creation Packs) – Menyediakan beberapa templat
untuk mencipta latar belakang permainan serta item-item yang
diperlukan mengikut tema dalam sesuatu permainan.

Pencarian Web (Web Search) – Membantu pengguna untuk


mencari gambar untuk dijadikan latar belakang atau ikon-ikon
sekiranya templat yang disediakan tidak mencukupi.

Muat Naik (Upload) – Membolehkan pengguna memuat naik


sebarang gambar atau ikon untuk menambah variasi dalam
permainan yang hendak dibuat. Selain itu, pengguna juga boleh
memuat naik templat dari perisian lain seperti PowerPoint,
Presentation dan sebagainya tetapi ciri khas dari perisian-perisian
tersebut tidak dapat diaplikasikan ke dalam TinyTap.

Penulisan (Writing) – Membolehkan pengguna menulis ayat untuk


tujuan arahan, soalan, pernyataan dan sebagainya.
Penetapan Aktiviti (Set Activity) – Membolehkan ikon-ikon dalam
templat melakukan sebarang pergerakan untuk menambah
keseronokan dalam permainan. Terdapat beberapa variasi aktiviti
yang telah disediakan seperti berikut:

1. Ask a Question – Pengguna boleh merekod suara untuk


menanyakan soalan atau memberi pernyataan kepada
pemain. Apabila permainan bermula pemain perlu
mendengar dengan teliti soalan dan jawapan akan
dipaparkan dalam skrin untuk dipilih oleh pemain.
2. Shape Soundboard – Pengguna boleh membuat ikon-ikon
dalam templat berbunyi atau bersuara dengan
menggunakan menekan butang ini untuk merekod suara.
3. Puzzle – Aktiviti ini membolehkan ikon-ikon yang terdapat
dalam templat bergerak dari satu arah ke arah yang lain
untuk manjadikan permainan lebih menarik.
4. Say Something – Aktiviti ini membolehkan pengguna
merekod suara untuk menceritakan atau menjelaskan satu
templat dalam permainan. Aktiviti ini sesuai untuk tujuan
penyampaian maklumat dan bukan untuk permainan.
5. Video – Pengguna boleh menyelitkan video pembelajaran
dengan meletakkan pautan video dari YouTube.
6. Talk or Type – Aktiviti ini membolehkan pengguna
membuat soalan dengan merekod suara dan cara untuk
pemain menjawab soalan adalah dengan menaip jawapan
yang betul dari soalan yang telah direkod.
Percubaan Permainan (Game Trial) – Membenarkan pengguna
untuk mencuba permainan yang telah dibuat walaupun permainan
belum sepenuhnya siap. Ini adalah untuk melihat keberkesanan
permainan dan mengelakkan sebarang ralat ketika bermain.

Slaid (Slaid) – Fungsi butang ini adalah untuk membolehkan


pengguna menambah slaid agar permainan boleh dipelbagaikan.

3.5 Menyimpan Permainan


Setelah pengguna telah memasukkan semua elemen yang diperlukan untuk permainan yang
dibuat, pengguna perlu menekan butang ” done” yang berada di atas sebelah kanan ataupun
yang telah ditanda dengan kanta berwarna hitam. Ini adalah untuk memastikan permainan
dapat disimpan. Kanta yang berwarna kuning pula ialah video tutorial yang boleh dirujuk
kepada pengguna sekiranya pengguna tidak dapat memahami arahan di jadual sebelum ini.

3.6 Menerbitkan permainan

Untuk memastikan permainan boleh dimain oleh pemain luar, pengguna perlulah
menerbitkan terlebih dahulu permainan yang telah dibuat. Untuk menerbitkan permainan,
pengguna perlu nyatakan nama permainan, sedikit huraian tentang permainan, kategori
permainan dalam konteks pendidikan, peringkat umur yang sesuai bermain dan bahasa
yang digunakan dalam permainan. Setelah melengkapi maklumat-maklumat ini, permainan
boleh diterbitkan.
3.7 Permainan Online Bermula

Setelah permainan diterbitkan, pengguna boleh mengongsikan pautan untuk permainan ini
dengan menekan butang share seperti dalam gambar rajah diatas. Dalam masa yang sama
pengguna juga boleh melihat contoh permainan yang telah dibuat oleh pengguna lain
seperti dalam gambar rajah yang berada di sebelah kanan.

7.0 Cadangan Penambahbaikan ”TinyTap”

7.1 Meambah Ciri-Ciri Khas Dalam Membuat Permainan

Aplikasi TinyTap mempunyai ciri-ciri khas yang terhad dan memberi kesan terhadap
permainan yang dicipta. Ciri khas merupakan aspek penting agar sesuatu permainan
yang dicipta akan lebih mencabar dan lebih menarik. Dengan ciri-ciri khas yang sedia
ada dalam aplikasi TinyTap, ia mampu mencipta sebuah permainan yang menarik
namun kurang mencabar dan pola permainan adalah berulang. Oleh hal yang
demikian, penambahbaikan perlu dilakukan iaitu dengan menambah ciri-ciri khas
dalam aplikasi tersebut. Sebagai contohnya, elemen-elemen dalam TinyTap adalah
bersifat statik pada satu tempat. Apabila soalan penyelesaian dibuat, terdapat tiga
cara pemilihan jawapan sahaja yang boleh dibuat iaitu, dengan menulis jawpan,
mengerakkan objek ke arah jawapan dan menekan jawapan yang betul. Pola
permainan ini akan berulang-ulang namun kreativiti dalam membina soalan
terpulang kepada pengguna. Namun demikian walaupun pengguna aplikasi ini kreatif
dalam membina soalan-soalan yang menarik, tetapi ciri-ciri khas adalah terhad, ia
tidak akan memberi kesan yang besar kepada kepuasan pemain dalam bermain
permainan ini.
Ciri-ciri khas yang boleh ditambah ialah membolehkan elemen-elemen dalam
templat bergerak semasa permainan berlangsung. Ini akan meningkatkan lagi
kesukaran dalam pemilihan jawapan kerana jawpan yang perlu dicari sentiasa
bergerak. Selain itu, ciri khas yang boleh ditambah juga ialah membolehkan banyak
aktiviti dalam satu templat. Hal ini kerana satu templat dalam aplikasi TinyTap hanya
membolehkan satu aktiviti sahaja seperti permainan ” puzzle” dan selebihnya boleh
dibuat di templat yang berbeza. Dengan menambah aktiviti dalam satu templat,
permainan yang dibuat akan lebih menarik dan kesan khas visual akan lebih menarik
kerana kepelbagaian yang terdapat dalam satu permainan.

7.2 Menyediakan Templat Permainan Yang Lebih banyak

Templat yang disediakan dalam TinyTap hanya boleh digunakan sebagai latar
belakang permainan dan elemen-elemen untuk permainan sahaja. Penambahbaikan
perlu dilakukan untuk memudahkan pengguna membuat sesuatu permainan.
Templat permainan ini bermaksud templat permainan yang sedia ada dan pengguna
hanya perlu mengedit templat tersebut dengan menukar soalan-soalan atau elemen-
elemen yang ada namun pola atau corak permainan sudah tersedia dalam templat
yang ada. Ini akan memudahkan lagi sesuatu permainan itu dibuat dan masa yang
lebih singkat untuk membuat permainan. Hal ini sangat berguna terutama kepada
guru-guru yang perlu menerapkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Guru-
guru mempunyai kekangan masa dalam menyiapkan bahan pengajaran dan
pembelajaran kerana terdapat banyak kelas yang perlu diajar. Templat permainan
yang sedia ada dalam aplikasi TinyTap akan memudahkan proses pembuatan
permainan oleh guru tersebut.

7.3 Menyediakan Rekod Skor Pemain

Aplikasi TinyTap tidak menyediakan rekod skor atau markah kepada pemain setelah
selesai bermain. Bagi sesetangah pengguna yang mencipta permainan ini,
penyediaan skor adalah kurang penting sebaliknya kepada guru, rekod skor adalah
penting untuk menilai tahap pengetahuan murid dalam topik yang diajar. Penyediaan
rekod skor sangat berguna kepada guru-guru untuk melihat sejauh mana murid-
murid dalam kelas faham tentang subjek yang diajar. Sebagai contohnya, dalam
permainan matematik berdasarkan topik waktu dan masa. Dengan adanya ruang
rekod skor dalam permainan TinyTap, guru boleh menilai sama ada murid-murid
memahami topik waktu dan masa kerana guru boleh melihat skor murid setelah
mereka selesai menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

7.3 Menambah Muzik Latar Permainan

Aplikasi TinyTap kekurangan dari segi muzik latar semasa permainan berlangsung.
Semasa bermain permainan dalam aplikasi ini, hanya bunyi yang menunjukkan
jawapan salah atau benar sahaja yang ada. Walaupun aplikasi ini membolehkan
pencipta permainan untuk merekod suara namun ia tidak boleh dimasukkan bersama
templat untuk permainan dan kualiti bunyi setelah bunyi atau suara yang direkod
tidak sebaik yang asalnya. Elemen muzik juga penting dalam sesuatu permainan
untuk menambah keriangan dan keseronokan dalam bermain. Sebagai contohnya,
permainan berasaskan subjek matematik menggunakan aplikasi TinyTap akan lebih
menarik sekiranya disertai dengan muzik latar. Soalan-soalan bagi subjek matematik
selalu dianggap susah dan mencabar bagi sesetangah murid dan semasa menjawab
mereka akan merasa sedikit tertekan dengan situasi yang tegang. Namun demikian,
unsur muzik dapat menceriakan suasana dengan melodi yang tenang dan ceria.
Selain daripada itu, murid juga tidak akan cepat bosan kerana keadaan yang sunyi
telah dipenuhi dengan melodi-melodi yang menggembirakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai