Anda di halaman 1dari 24

1

PENGENALAN

Pentaksiran sekolah telah dikenali sebagai pentaksiran bilik darjah (PBD)


mulai hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan
melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap
penguasaan ini dinyatakan dalam Standart Prestasi seperti terdapat dalam dokumen
standart kurikulum dan pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah
Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan (KSPK),Kurikulum Standart Sekolah
Rendah (KSSR), kurikulum Standart Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standart
Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada Standart Prestasi,Standart Kandungan
dan Standart Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
( Kementerian Pendidikan 2019).

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat


autentik dan holistik, serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran
murid dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan. Pentaksiran Bilik Darjah juga
dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna.
Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun di tahap 1 adalah
untuk membolehkan guru memberikan lebih pertumpuan terhadap PdP yang dapat
membina kareakter dan sahsiah murid dan amalan nilai rutin harian.

Dalam konteks melaksanakan tugas sebagai seorang pengajar dan pentaksir,


guru bukan sahaja perlu menguasai kandungan kurikulum malah harus tahu untuk
menggunakan kaedah yang sesuai untuk menyampaikan kurikulum tersebut PBD
merupakan satu kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur proses
perkembangan pembelajaran murid secara berterusan (Jacob & Parkinson, 2015).

Proses ini agak berbeza jika dibandingkan dengan peperiksaan yang


hanya mengukur pembelajaran murid di hujung proses pembelajaran. Kedua-dua
konsep ini mempunyai satu perbezaan yang agak ketara, memandangkan
peperiksaan adalah lebih bersifat pentaksiran sumatif manakala PBD adalah lebih
bersifat pentaksiran formatif. Oleh kerana peperiksaan dan pentaksiran adalah dua
2

proses yang berbeza, maka guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam
dalam mengendalikan kedua-dua proses ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada


Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM) telah bersatu tenaga untuk merangka satu sistem pentaksiran yang berupaya
untuk mentaksir pelajar secara lebih holistik jika dibandingkan dengan
peperiksaan. Proses ini juga menampakkan keprihatinan KPM terhadap proses
pembelajaran murid berbanding dengan gred pencapaian seseorang murid.
Berpaksikan kepada matlamat ini, ketiga-tiga pihak ini telah berjaya merangka satu
kurikulum yang meliputi ketiga-tiga standard, iaitu standard kandungan, standard
pembelajaran dan standard prestasi. Ketiga-tiga komponen ini memerlukan guru
sebagai agen pelaksana kurikulum harus mempunyai kompetensi yang tinggi terhadap
tugas mengajar dan mentaksir.

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi
PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan kebolehan dan
penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan
proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang
berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah
menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran
yang jelas tentang penguasaan murid terhapat standart pembelajaran yang ditetapkan
dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah tujuan
untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut
hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang
tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid
pembelajaran.

Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan


objektif pembelajaran berdasarkan Standart Pembelajaran yang hendak
ditaksir,merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran,
3

merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan


membuat tindakan susulan.

PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif


iaitu:

 Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for learning)


 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as learning)

Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan
murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD
membolehkan murid, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah mengetahui kualiti
pembelajaran murid. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran tentang Pembelajaran
(Assessment of learning).

Konsep pentaksiran, pengukuran, penilaian dan pentaksiran merupakan empat


konsep asa pentaksiran pendidikan yang mempunyai makna yang berbeza namun
saling berkaitan.

Pengujian

Pengujian merupakan suatu prosedur yang sistematik untuk mengukur


sebahagian daripada semua perubahan aspek tingkah laku seseorang individu terhadap
pembelajaranya. Pengujian adalah bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang
pelajar dalam pembelajaran. Pengujian juga berguna dalam usaha menempatkan
seseorang pelajar dalam kumpulan yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan sama
ada dengan cara mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan. Pengujian
biasanya dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik/unit pelajaran diajarkan.

Pengukuran

Pengukuran boleh ditakrifkan sebagai sebarang prosedur yang membenarkan


pengumpulan objektif data oleh individu atau kumpulan. Pengukuran ialah suatu
proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian
dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran. Pengukuran bertujuan untuk membuat
perbandingan pencapaian dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan
pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk penjelasan, pensijilan dan
4

penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran berlaku dalam pengiraan
markah selepas ujian ditadbirkan (Buku Panduan Pentaksiran IPG 2022).

Penilaian

Penilaian merupakan proses untuk memperoleh maklumat dan


menggunakanya bagi membuat keputusan. Penilaian bertujuan untuk memberikan
maklumat tentang pencapaian pelajar, objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan
pelaksanaan kurikulum (MQA 2013). Penilaian berguna sebagai maklum balas bagi
menambah baik kurikulum, mengesan punca kelemahan, dan membuat ramalan
terhadap pencapaian pelajar. Penilaian dibuat berdasarkan jadual atau gred yang
dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik). Penilaian boleh dilakukan
sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisis, dan membuat
kesimpulan.

Pentaksiran

Pentaksiran merupakan kaedah pengumpulan data langsung atau tidak


langsung serta bukti pembelajaran pelajar yang dijalankan secara sistemarik,
berterusan, dan berulang dengan menggunakan sumber pelbagai dan berbeza. Data
yang di kumpul, dianalisi dan bincangkan adalah bertujuan untuk membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan,
pentaksiran ialah proses mendapatkan maklum balas dan gambaran tentang prestasi
pelajar dalam pembelajaran secara holistik untuk tujuan menambah baik kualiti
prestasi murid (Buku Panduan Pentaksiran V2-2022).

Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran juga dirujuk sebagai pentaksiran formatif.


Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP.
Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk merancang
strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah meningkatkan
pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka. Berdasarkan tujuan ini,
pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran diagnostik.
5

Satu contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab yang


dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan soal-jawab itu
adalah untuk mengenal pasti pengetahuan,kemahiran dan nilai murid. Maklumat yang
diperoleh dari aktiviti soal-jawab itu membantu guru meneruskan PdP dan merancang
pelaksaan PdP seterusnya.

Komponen PBS meliputi kategori akademik dann kategori bukan akedmik.


Kategori akademik meliputi pentaksiran pusat (PP) dan pentaksiran sekolah (PS),
kategori pula meliputi pentaksiran aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum (PAJSK)
dan pentaksiran (PPsi) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

AKADEMIK BUKAN AKADEMIK

PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
PUSAT (PP) SEKOLAH (PS)

PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
AKTIVITI JASMANI, PSIKOMETRIK
SUKAN DAN (PPsi)
KOKURIKULUM
(PAJSK)

PP adalah pentaksir sumatif bagi mengukur kemajuan akdemik pelajar dari aspek
pengetahuan, kemahiran, dan nilai secara komprehensif. Ujian Pencapaian SEkolah
Rendah (UPSR) adalah komponen PP di peringkat sekolah rendah. selanjutnya PS
adalah komponen dan pembelajaran (Pdp) yang dijalankan dalam organisasi
Pendidikan secara menyeluruh dari aspek perancangan, pengubalan soalan
pentaksiran, peberian pemarkahan, catatan hasil pentaksiran dan laporan. PAJSK pula
merupakan spesifikasi untuk mengukur kegiatan fizikal dan kesihatan serta mengukur
penyertaan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan, kokurikulum dan
ekstrakurikulum. Komponen yang terdapat dalam PAJSK ialah Standard kecergasan
fizikal kebangsaan (SEGAK), body mass index (BMI), aktiviti kokurikulum dan
ekstrakurukulum. PPsi mengambarkan tret psikologi murid dimana kupayaan semula
jadi dan keupayaan yang diperolehi daripada pengalaman dan persekitaran pelajar.
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2016)
6

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan


menilai perkembangan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan mereka
memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan bagi
menguasai sesuatu objektif pembelajaran. Pentaksiran sebagai pembelajaran terdiri
daripada pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Maklumat dari pentaksiran
ini memberi petunjuk kepada murid tentang tahap penguasaan mereka dalam
pembelajaran.

i. Pentaksiran Kendiri

Pentaksiran kendiri berlaku apabila murid menilai kerja mereka sendiri


berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas bagi tujuan mengingkatkan prestasi masa
hadapan. Pentaksiran kendiri merupakan kaedah pentaksiran yang berkesan untuk
menilai tahap pembelajaran akademik murid pada akhir tempoh pengajaran.

Kaedah pentaksiran ini menggalakkan murid untuk lebih melibatkan diri dan
bertanggungjawab dalam pembelajaran sendiri, di samping memupuk minat mereka
dalam pembelajaran. Kaedah pentaksiran ini dapat membantu murid untuk memikir
dan menilai prestasi, tahap penguasaan, kemajuan, pencapaian, kekuatan dan
kekurangan diri sendiri secara refleksi.

ARAS CIRI SOALAN


 Menguji kebolehan calon
menginat sesuatu semula,
mengecamkan idea, mengenal
1. mengingat (remembering) pasti, menyenaraikan dan
menamakan keterangan,
perinsip atau fakta yang telah
dipelajari.
2. Memahami (Understanding)  Menguji kebolehan kognitif
yang mnelibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi
7

baharu.
a) penterjemahan :
kemahiran menyatakan sesuatu
konsep yang diketahui melalui
perkataan /symbol
 Menterjemahkan satu Bahasa
ke Bahasa lain.
 Menukar bentuk symbol
kepada verbal atau sebaliknya
 Membaca skor muzik
b) Interpretasi
Kemahiran menghubungkan bahagian
dalam sesuatu set komunikasi dan
menyatakan dalam bentuk lain dengan
mengekalkan makna set komunikasi
itu.
 Mengolah, Menyusun,
meringkaskan sesuatu
penyataan peristiwa atau
konsep, mengunakan Bahasa
sendiri tanpa mengubah makna
dan tujuan asal
c) Ekstrapolasi
Kemahiran yang melibatkan
interpretasi yang melampau tentang
maklumat dalam set komunikasi
 Membuat ramalan, inferens
atau anggaran berdasarkan
pemerhatian, pengalaman,
corak,atau trend
 Membuat telahan sebab dan
akibat sesuatu peristiwa terjadi
3. Mengaplikasi (applying)  Menguji kemahiran
8

menggunakan pengetahuan
untuk memberikan penjelasan
bagi situasi baharu atau
menyelesaikan masalah yang
baharu.
 Mengaitkan peristiwa
masa kini dengan
peristiwa masa lalu
 Menyelesaikan
masalah matematik
dengan menggunakan
rumus yang
bersesuaian
 Menggunakan
pengetahuan dan
pengalaman yang ada
untuk menyelesaikan
masalah berkaitan
dengan aspek aspek
kognitif. Misalnya
memberikan cadangan
berasaskan fakta.
4. menganalisis (Analying)  Menguji kemahiran
mencerakinkan/mengumpul
maklumat atau bahagian-
bahagian dalam suatu set
komunikasi sehingga pertalian
antara bahagian-bahagian
tersebut dapat ditunjukan
dengan jelas.
 Menguji kebolehan
membanding dan
menghuraikan fakta-fakta
9

kesamaan, perbezaan, dan


perhubungan antara satu sama
lain
 Menguji kebolehan
membuktikan, menilai,
mengesahkan mengkritik
merumuskan atau memberikan
pendapat terhadap sesuatu
penyataan
 memerlukan calon melihat
fakta dari aspek pro dan kontra
semasa membuat penilaian.
 Membuat pertimbangan
ataumemberi gred dengan
menggunakan kaedah dan
kreteria standard tentang
5. Menilai (Evaluating) kesesuaian, ketepatan,
kecekapan, keberkhasilan dan
sebagainya.
 Menetukan ketepatan,
kecukupan dan
kerelevanan data
 Menyokong sesuatu
dapatan atau
kesimpulan yang dibuat
berdasarkan kaedah
standard
 Mengenal pasti sifat
bias dan emosi dalam
persembahan
6. mencipta (creating)  Menguji kebolehan calon
merancang,
mereka/mencipta/menghasilka
10

n sesuatu yang kreatif dan


penggabungan pelbagai unsur.
Hal ini termasuk penghasilan
sesuatu rancangan, rumusan,
kaedah, prosedur atau
cadangan.

DEFINISI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam


sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara
formatif dan sumatif, sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.

Beberapa istilah yang sering diguna pakai dalam bidang pengukuran dan
penilaian pendidikan. Istilah seperti ujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
seringkali digunakan secara bertindang. Gallagher (1998) berpendapat keempat empat
istilah tersebut berkait rapat dengan proses sistematik pengumpulan dan analisis data
untuk membuat sesuatu keputusan.

Pengujian atau testing adalah satu alat , peranti atau prosedur yang dijalankan
bagi mengukur tingkah laku individu, dinilai dan diberi skor mengikut peraturan yang
ditetapkan.

Pentaksiran atau assessment menurut Popham (2010) ialah istilah mutakhir


yang digunakan secara meluas dalam kalangan pendidik. Istilah pentaksiran merujuk
kepada proses mengukur proses penilaian. Pentaksiran ialah satu prosedur yang
sistematik bagi mengumpul maklumat yang dapat digunakan untuk membuat inferens
terhadap karakter dan ciri orang atau objek bertujuan membantu guru membuat
penghakiman atau keputusan khususnya dalam konteks bilik darjah .

Definisi Pentaksiran menurut Lembaga Peperiksaan (2000) ialah proses untuk


mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
11

sesuatu sistem pendidikan. Proses ialah langkah, tindakan atau operasi yang
digunakan untuk mendapat hasil yang dikehendaki. Maklumat pula ialah bukti tentang
prestasi calon dalam sesuatu konstruk yang ditaksir. Manakala penghakiman merujuk
proses pertimbangan tentang pencapaian akademik calon. Seterusnya produk
bermaksud pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh pelajar setelah melalui
proses pembelajaran.

Sebaliknya, Hopkins dan Antes (1990) memberi definisi yang agak berbeza
mengenai pentaksiran, apabila merujuk kepada penilaian sesuatu program, manakala
istilah appraisal merujuk kepada pentaksiran murid. Manakala Abu Bakar Nordin
(2008) mengguna pakai istilah penaksiran dan bukanya pentaksiran, dimana
penaksiran merujuk kepada proses membuat keputusan yang berkesan berdasarkan
maklumat, data atau bukti-bukti. Istilah penaksiran dan pentaksiran digunakan bagi
maksud yang sama tetapi istilah pentaksiran telah diterima pakai secara meluas dalam
sistem pendidikan negara masa kini.

Haydn yang dipetik di dalam Capel (2001) menerangkan bahawa pentaksiran


melibatkan semua aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pihak-pihak berkaitan untuk
mengukur tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tugas
pentaksiran tidak hanya terhad kepada mengukur dan memberi markah kepada setiap
pelajar, ujian dan peperiksaan tetapi lebih menyeluruh termasuk merekod dan
melaporkan keputusan. Proses mengumpul data melalui pentaksiran penting untuk
membuat keputusan tentang individu atau kumpulan dan memberi maklum balas
dalam tempoh segera. Manakala ujian pula adalah sebahagian daripada pentaksiran.
Apabila guru mentaksir, beliau sebenarnya mengukur tahap kecekapan pelajar sama
ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran atau
pembelajaran telah tercapai atau sebaliknya.

Rajah 2.1.1 berikut menggambarkan konsep dan hubungan antara


pengukur,penilaian dan pentaksiran. Bulatan paling besar menggambarkan konsep
pentaksiran yang meluas dan menyeluruh merangkumi proses yang sistematik dalam
penilaian dan pengukuran. Bulatan paling kecil ialah pengukuran yang boleh
dilakukan melalui mekanisme pengujian. Seterusnya penilaian akan dilakukan
terhadap maklumat yang diperoleh melalui pengukuran yang memberikan nilai, sama
ada secara kualitatif seperti gred dan kuantitatif dalam bentuk skor.
12

Rajah 2.1.1 Konsep Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran

Pengumpulan maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan murid


sebahagian besarnya melalui pengujian atau testing. Ujian ialah alat ukur digunakan
untuk mengukur penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Tahap penguasaan
murid kemudiannya akan dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan
yang diberikan (Mohd Saharandi 2012) atau desebut sebagai pengukuran. Seterusnya
tahap penguasaan murid yang telah diukur dengan skor atau skala tertentu akan diberi
nilai secara kualitatif contohnya cemerlang,baik, memuaskan atau tidak mencapai
tahap yang dikenali sebagai proses penilaian. Rumusanya pentaksiran adalah
merangkumi semua proses pengujian, pengukuran dan penilaian bertujuan
mengumpul bukti-bukti secara sistematik berkaitan kemajuan murid. Bukti atau data
yang diperoleh sangat penting untuk membuat pertimbangan profesional atau
keputusan tertentu berkaitan pelajar atau program.

Keutamaan dalam reka bentuk pentaksiran untuk pembelajaran adalah untuk


memenuhi kehendak pembelajaran murid, secara sedar atau tidak guru sebenarnya
sentiasa melakukan pentaksiran terhadap pengajaran atau pembelajaran di mana ianya
bergerak seiring atau dalam PnP (Mohamad Azhar Mat Ali (2002),bahkan
berpendapat senahagian besar daripada pengurusan masa guru banyak diperuntukkan
untuk tujuan mengukur dan menilai. Sebagai contohnya pengukuran dan penilaian
dijalankan melalui tugas menyemak latihan pelajar,nota, jawapan ujian, aktiviti
13

perseorangan dan kumpulan ,menyoal,menemu bual dan memerhati tingkah laku


pelajar tersebut.

Menurut Azman Wan Chik (1994) guru perlu mengambil perhatian terhadap
empat persoalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama mengapa
dinilai?, iaitu dengan menetapkan tujuan berdasarkan keperluan menilai. Kedua,
apakah yang hendak dinilai?, iaitu berdasarkan kepada isi kandungan pembelajaran
sama ada berdasarkan ujian rujukan kriteria atau ujian rujukan norma. Ketiga,
bagaimana kaedah menilai?, iaitu dengan menetapkan teknik, bentuk, pendekatan dan
strategi selaras dengan tujuan pentaksiran. Seterusnya dan terakhir, bagaimanakah
guru bertindak mentafsir semua maklumat atau data pentaksiran.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN BERTERUSAN

Pelbagai jenis pentaksiran berterusan boleh dilaksanakan untuk mencapai HPK.


Tugasan pentaksiran berterusan yang digubal dapat menguji kefahaman pelajar untuk
merancang, menganalisis, menghubung kait dan menilai serta menciptabagi
menghasilkan tugasan yang berkualiti serta menapati ciri-ciri pentaksiran berterusan.

Contoh-contoh tugasan pentaksiran berterusan seperti dalam jadual dibawah :

1. Penghasilan produk 2. Penulisan


 Bahan bantu belajar  Catatan log
 Model/replica/prototaip  Penulisan jurnal
 Pakej/modul/kit  Esei
pembelajaran/buku  Refleksi
cerita/kamus mini  Kertas kerja
 Hasil seni ( contoh :  Kertas cadangan kajian
gubahan lagu/lukisan, arca)  Ringkasan eksekutif
 Brosur/prospektif/risalah  Penulisan akademik
 Pengurusan grafik  Penyutingan
 Instrument/item ujian  Penulisan skrip
 Mural  Nota lagu
 Landskap/taman
matematik/laman
14

sejarah/laman geografi dan


lain-lain
 Portfolio atau e-portfolio
 Dokumentari/iklan
 Vedioa, blog, bahan digital
multimedia
3. Ulasan kritis 4. Ujian atau kuiz
 Artikal/jurnal  Kertas dan pensil
 Video klip  Dalam talian
 buku  Berasaskan komputer
5. Laporan 6. Kerja amali
 Laporan kajian  Ujian amalai
 Laporan amali  Ujian lisan
 Laporan temu bual
 Laporan inkuiri
 Laporan lawatan
 Laporan pemerhatian

7. Persembahan 8. Pengajuran
 Main peranan  forum
 Teater/drama/pantomime  pertandingan seperti
 Syarahan/pidato bercerita, nyayian,
 Pembentangan tilawah, nasyid, poster,

 Konsert mini/ensemble kuiz dan robotic.

 Pengajaran mikro dan  Pameran/ekspo

makro  Projek seperti kem


Bahasa, bulan
kemerdekaan, hari
keusahawanan
 Seminar
 Sukan dan permainan
15

TEORI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Bagi memahami keperluan teori ujian di bilik darjah adalah sangat penting
untuk memahami tentang sifat atas pengukuran, gagasan, dan ujian psikologi.
Weitzenhoffer (1951) menjelaskan pengukuran sebagai satu operasi yang
dilaksanakan keatas kefahaman dalam pembelajaran di dalam kelas.

Terdapat beberapa teori dan model berkaitan pentaksiran, model pentaksiran


bersepadu oleh Fautley (2008) yang melihat elemen pentaksiran sebagai sesuatu yang
tidak dapat dipisahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pada peringkat awal, P&P dan pentaksiran dianggap sebagai dua elemen yang
terpisah sama sekali. Pelajar hanya akan ditaksir pada akhir sesuatu unit P&P. Namun
perkembangan pentaksiran pendidikan memperlihatkan anjakan paradigma mengenai
bentuk hubungan dua hala di antara P&P dan pentaksiran. P&P dan pentaksiran
adalah dua eleman bersepadu dan bukanya terpisah seperti yang digambarkan. Hal
tersebut kerana pentaksiran membantu pembelajaran murid dan maklum balas yang
diperoleh melalui pentaksiran secara berterusan dalam bilik darjah memberi peluang
kepada guru untuk modifikasi dan merancang strategi P&P secara langsung.

Manakala teori kedua, kajian penyelidikan adalah seperti yang diketengahkan


oleh Brookhart (1997) , dimana beliau menonjolkan fungsi dan peranan pentaksiran di
bilik darjah dan pengaruhnya terhadap pelajar merangkumi aspek peningkatan usaha
kendiri dan pencapaian pelajar.

Dalam konteks bilik darjah, guru sebenarnya berinteraksi secara langsung


dengan pelajar secara individu atau berkumpulan melalui tugasan yang diberikan,
aktiviti P&P dan maklum balas mengenai keupayaan dan tahap prestasi pelajar.
Pelajar pula akan memberi respons berdasarkan persepsi mereka mengenai peluang
pembelajaran dan keupayaan kendiri dalam menyempurnakan tugasan yang diarahkan
oleh guru. Aktiviti-aktiviti pentaksiran yang berlangsung dalam mana-mana bilik
darjah berulang-ulang kali secara konsisten akan membentuk peristiwa pentaksiran
yang tertentu dan akhirnya membina suatu iklim pentaksiran.
16

Iklim pentaksiran pula mempengaruhi dan memberi kesan kepada aspek


psikologi dan pengalaman pembelajaran pelajar sebagai individu sebuah komuniti
kecil dalam bilik darjah. Brookhart (1997) menjelaskan lagi secara empirikal fungsi
dan peranan pentaksiran di bilik darjah ke arah meningkatkan usaha kendiri dan
motivasi pelajar sekaligus mendorong kepada peningkatan pencapaian pelajar.
Manakala aktiviti pentaksiran di bilik darjah pula dilihat sebagai satu mekanisme bagi
menghuraikan bagaimana kurikulum, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran boleh
memberi kesan terhadap usaha kendiri dan pencapaian pelajar. Komponen penting
dalam teori ini memberi fokus kepada aspek hubungan individu pelajar dengan rakan
sebaya mereka. Pengalaman pelajar pula berkait rapat dengan aspek pembelajaran
yang berlaku, hubungan interpersonal di antara guru-murid dan murid-murid serta
melibatkan aspek kognitif dan afektif individu yang terlibat.

Pentaksiran di bilik darjah juga dikenal pasti sebagai mekanisme penting untuk
memahami dengan lebih mendalam dan terperinci hubungan di antara pengajaran dan
pengalaman pembelajaran dalam kumpulan dengan aspek psikologi pembelajaran
individu pelajar. Amalan pengajaran di bilik darjah melibatkan tiga fasa, iaitu objektif,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Setiap elemen mempengaruhi
dan saling berhubung kait. Kedua-dua elemen objektif dan penilaian terlibat secara
langsung dengan apa yang dijustifikasikan sebagai pentaksiran di bilik darjah. Secara
tidak langsung, objektif pembelajaran yang ditentukan dapat menjelaskan apakah
aspek pencapaian yang perlu ditaksir. Dalam konteks ini, pentaksiran di bilik darjah
dilihat sebagai titik fokus kepada pengalaman pembelajaran yang menyediakan pelajar
untuk penilaian pada peringkat seterusnya.

Peristiwa pentaksiran pula berlaku apabila beberapa tugasan, aktiviti atau satu
set tugasan dan aktiviti-aktiviti diberikan kepada pelajar, di mana jangkaan dan
aspirasi guru dimaklumkan kepada pelajar. Bagaimana persepsi pelajar terhadap
tugasan yang diberikan dan bagaimana tugasan tersebut dikendalikan memberi kesan
kepada usaha kendiri pelajar dan pencapaian mereka. Setiap individu pelajar melihat
tugasan yang sama secara berbeza bergantung kepada persepsi masing-masing
mengenai kepentingan tugasan, tahap kesukaran dan keperluan mereka berfikir. Kadar
usaha kendiri pelajar yang ditunjukkan untuk memahami dan melaksanakan tugasan
17

adalah berdasarkan persepsi mereka mengenai fungsi dan kepentingan tugasan serta
tahap kesukaran tugasan atau mudah.

Hasrat guru melihat pelajar mereka dapat mengembangkan aspek pengetahuan


dan kemahiran, menjadi pelajar yang baik dan berusaha gigih untuk berjaya. Jika
pelajar gagal memanfaatkan peluang pembelajaran, guru akan kecewa dan bimbang
mengenai kesannya kepada masa depan mereka. Penglibatan pelajar secara aktif
dalam aktiviti P&P dan pentaksiran juga sangat penting kerana menjadi petunjuk
usaha kendiri pelajar untuk meningkatkan pencapaian dan kemahiran.

ISU-ISU PENTAKSIRAN

1. Guru tidak bersedia.


Guru tidak bersedia dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah juga menimbul
pelbagai isu seperti kesahan, kebolehpercayaan, praktikaliti, pentadbiran,
pemantauan , dan penyertaan (Yaakop, 2002). Kebanyakan guru tidak bersedia
dengan tugasan baharu ini kerana menambahkan lagi tugasan guru. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan kursus bagi guru-guru untuk
memahami tetapi masih lagi di kalangan guru-guru tidak bersedia pelbagai bentuk
kerana sudah terbiasa dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid
menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel. Ini bermakna guru masih lagi
percaya bahawa penilaian sumatif ini lebih berkesan berbanding dengan pentaksiran
di bilik darjah. Kaedah lama guru dapat menentukan penilaian taraf IQ pelajar
terhadap kefahaman soalan yang diberikan. Sistem ini dikatakan yang terbaik untuk
menentukan kebolehan dan kemajuan murid.

2. Sikap guru
Selaras dengan perubahan fokus dan format pentaksiran, kompetensi para guru
perlu dipertingkatkan agar dapat menjalankan tugas secara professional dan
berwibawa. Salah satu faktor yang mempergaruhi keberkesanan perlaksanaan
pentaksiran di sekolah adalah pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang
pentaksiran pendidikan (Rohaya et al. 2008). Guru harus bertanggungjawab untuk
memahami sikap anak murid untuk memudahkan urusan pentaksiran di bilik darjah.
18

Selain itu, guru perlu ada strategik pengajaran yang boleh menarik minat terhadapat
sesuatu subjek untuk meningkatkan kefahaman yang disampaikan oleh guru. Guru
perlu menghasilkan pelbagai model pembelajaran untuk menarik minat pelajar
dengan kesesuaian tahap umur. Dapatan kajian Rashidah (2008) turut mendapati
guru menghadapi masalah dan kekeliruan untuk membezakan tujuan dan matlamat
sebenar penggunaan ujian formatif dalam bilik darjah sebagai satu strategik kepada
praktis perlaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran pembelajaran (assessment of learning). Selain itu, tahap kesediaan guru
untuk melaksanakan pentaksiran untuk pembelajaran juga tahap rendah.

3. Pengetahuan pentaksiran
Pengetahuan pentaksiran amat penting terhadap pihak sekolah untuk mengetahui
prestasi pelajar sekolah tersebut. Guru perlu mengetahui gaya pentaksiran yang
berkesan untuk pelajar. Ini kerana pelbagai pentaksiran akan memudahkan guru
menilai seseorang pelajar. Abdul Zubir (2007) pula mendapati hampir separuh
daripada kalangan guru-guru yang terlibat dengan kajian tidak pernah menerima
Latihan atau pendedahan secara khusus atau secara formal. Guru-guru disekolah
hanya menerima latihan berdasarkan buku-buku panduan pentaksiran bilik darjah.
Penglibatan khusus pentaksiran ini tidak semua guru dapati. Persediaan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengadakan khusus setiap guru dan
mempunyai jam kredit. Ini untuk memastikan bahawa guru-guru sudah bersedia
untuk menghadapi perkara baharu seperti pentaksiran di bilik darjah yang mana telah
dikuatkuasa pada tahun 2019. Kajian Singh (2007) pula mendapati bahawa guru
yang berkesan ialah guru berpengaruh dan berkemahiran dalam pelbagai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta proses pentaksiran.

4. Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran

Dalam melaksanakan pentaksiran alternatif seperti PBS, guru hendaklah


diperuntukan masa yang mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana di dalam kelas jumlah murid terlalu ramai dalam sekitar 30-35. Jadi perlu
memperuntukan masa untuk membuat pentaskiran dibilik darjah. Kajian yang dijalan
19

oleh Mohamad Azhar (2006) mendapati bahawa tempoh masa pengajaran yang
terlalu pendek sehingga sehingga guru tidak mencukupi masa untuk membuat
pentaksiran. Guru perlu mengejar silibus pembelajaran yang telah ditetapkan dalam
RPT. Ia akan menjadi bertambah tugasan guru dan masa untuk membuat tugasan
baharu yang diarahkan oleh jabatan. Selain itu, masa yang diperuntukan adalah
untuk proses pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc). Perihal lain juga pengagihan
jadual guru untuk melaksanakan kelas pembelajaran kurang berkesan untuk
laksanakan pentaksiran kerana guru yang mengajar banyak kelas mengajar dan padat
dalam seminggu. Perkara ini akan membuatkan pentaksiran tidak berkesan. Aktiviti
atau program di sekolah akan membuatkan guru kekurangan masa untuk menilai
secara baik untuk pelajar. Kesemua isu yang dinyatakan di atas merupakan masalah
yang menganggu pengurusan masa baut guru dalam pengajaran dan pembelajaran
termasuk aktiviti pentaksiran.

5. Bebanan guru
Dalam kajian Abdul Sukor Shaari et al. (2006) tentang beban guru di sekolah
rendah kawasan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di daerah Kota Star mendapati guru
terbeban dengan tugas akademik dan juga bukan akademik di sekolah. Perkara
tersebut menyebabkan guru membawa balik kerja sekolah ke rumah ini membuatkan
aktiviti kekeluargaan berkurang. Beliau juga menemui guru membuat pentaksiran PBS
tidak dapat dilakukan di sekolah malah di sambung pentaksiran di rumah. Silibus
setiap mata pelajaran perlu di selesaikan dengan baik kerana untuk ditaksirkan setelah
selesai habis silibus. Ini membuatkan guru perlu bersegera menghabiskan silibus tanpa
melihat objektif yang diajar dicapai pelajar atau tidak. Merujuk kepada kajian oleh
Wan Mohd Zuhairi (2004) banyak aktiviti pentaksiran yang di amalkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan dan menumpukan kepada
persediaan menduduki peperiksaan (exam oriented). Akibatnya satu perasaan
kebimbangan, kerisauan, keresahan dan juga tekanan yang dirasai oleh sebahgian
pelajar yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah.
Dalam pentaksiran guru untuk menanyakan beberapa soalan kepada pelajar, sebahgian
pelajar tersebut masih ada beberapa kemahiran bahasa seperti berkomunikasi tidak
bergitu baik oleh pelajar. Jadi membuatkan guru sukar untuk menilai markah dalam
pentaksiran dalam kelas. Justeru, guru perlu mencari masa untuk membantu pelajar
tersbut untuk menilai pentaksiran dengan perolehi markah yang baik.
20

6. Campur tangan ibu bapa

Keputusan pentaksiran yang telah dilakukan di sekolah ada sebahgian ibu bapa
yang tidak berpuas hati hasil pentaksiran dari guru. Ia membuatkan hal ini sukar untuk
guru menilai pentaksiran dalam bilik darjah. Kekurangan kefahaman ibu bapa tentang
pentaksiran di dalam bilik darjah membuatkan segala pentaksiran yang telah di buat
kerja guru akan menjadi tertangguh.

7. Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran


Penilaian pentaksiran dalam kelas ia perlu bersikap adil tetapi amalan biokrasi
ini semakin menjadi-jadi. Ini kerana hanya sekadar mengisi keperluan markah sahaja.
Sikap guru akan menjadi ambil mudah hal pentaksiran di dalam kelas tersebut. Pihak
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu
memberikan ruang kepada guru metaksirkan pemarkahan pelajar dengan adil saksama.
Disini boleh meningkatkan mutu pembelajaran pelajar untuk di baiki. Kejujuran sikap
guru sangat penting untuk mengetahui prestasi pelajar dalam sesebuah sekolah
tersebut.

CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS DALAM KALANGAN


GURU

Membuat dasar kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan


Malaysia) Perlaksanaan pentaksiran alternatif akan menjadi lebih berkesan sekiranya
pihak berwajib seperti KPM dan LPM memberi penjelasan akan kepentingan dan
kelebihan pentaksiran alternatif berbanding pentaksiran yang lama. Semua guru di
Malaysia hendaklah diberi Latihan dan kursus untuk membolehkan mereka dapat
melaksanakan pentaksiran dengan lebih baik dan berkesan. Guru hendaklah
didedahkan dengan kepentingan pentaksiran alternatif dan bukannya menekankan
kepada bagaimana untuk melaksanakan Pentaksiran sekolah (Ramlah, Jamil dan
Analisa, 2015). Seperti yang diketahui bahawa Latihan dan kursus akan melahirkan
guru yang lebih berkeyakinan menjalankan menjalankan aktiviti pentaksiran. Dalam
hal ini, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia hendaklah sentiasa menganjurkan
21

kursus dan bengkel berkaitan peningkatan profesionalisme guru berkaitan aspek


pentaksirsan seperti cara pembinaan item atau instrument pentaksiran yang betul. Cara
menggunakan atau mengaplikasikan maklumat pentaksiran sebelum, semasa dan
selepas pengajaran. Cara membangunkan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut
hasil pentaksiran. Cara berkomunikasi tentang keputusan pentaksiran kepada pelajar,
ibu bapa dan pentadbir dan sebagainya (Ramlah et al. 2015). Pihak KPM juga perlu
peka dengan tahap motivasi guru dari masa ke semasa. Selain itu, kursus motivasi
oerlu diberikan kepada guru dari masa ke semasa. Dengan itu, faktor kecerdasan,
kebodohan dan kemalasan bukan lagi faktor penghalang kepada pembangunan sikap
yang positif terhadap pentaksiran (Ramlah et al. 2015). Pegawai Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) terlebih dahulu perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi berbanding guru-guru di sekolah.
Mereka perlu mengadakan sesi perantaraan di peringkat negeri dan daerah dengan
lebih efektif agar tidak ketirisan atau kecairan maklumat tentang pentaksiran dalam
kalangan guru di sekolah. Stingins dan chappuis (2006) menyatakan bahawa apa yang
menjadikan kebimbangan adalah kita tidak memberi peluang kepada guru-guru yang
belajar bagi memahami prinsip-prinsip pentaksiran untuk pembelajaran (assessment
for learning) untuk membuat persediaan untuk memasukan kursus ini dalam program
kursus mereka.

PERBANYAKAN LATIHAN DAN BENGKEL DALAM PENTAKSIRAN

Ilmu pentaksiran sangat penting dikalangan guru agar setiap pentaksiran dibuat
menajdi telus dan berkualiti. Dengan adanya khusus ini akan mendapat sesuatu yang
berguna dan dapat mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam
pentaksiran ini mempunyai kaedah yang betul dan akan menjadi mudah jika mahir
dalam petaksiran dalam bilik darjah. Pihak jabatan pendidikan haruslah membuat
pantauan setiap sekolah untuk mengenal pasti kebersediaan guru terhadap pentaksiran
berasaskan sekolah. Penyampaian ilmu ini boleh dibuat dua atau tiga kali setahun
untuk semua guru kerana setiap kali hendak buat pentaksiran akan timbul masalah
untuk perlaksanaan. Maka proses pentaksiran ini akan menjadi berjalan lancar tanpa
ragu-ragu dan dapat diselesaikan dengan sempurna.
22

PEMANTAUAN YANG KONSISTEN DAN BERMATLAMAT

Pihak JPN/PPD mahu pun pentadbir sekolah seharusnya memantau semasa


proses Ketika pentaksiran sedang dijalankan. Ia tidak boleh membuat pantauan kepada
guru-guru dari segi lisan yang bertulis. Laporan bertulis boleh ditulis secara direka-
reka dan bukan menjadi laporan sebenar. Maka sebaiknya setiap pemantau dibuat oleh
pegawai sendiri yang bertanggungjawab sejauh mana tanggungjawab seorang guru
terhadap pentaksiran dibuat terhadap pelajar. Dengan itu perlu membuat penambah
kebaikkan dengan kadar segera untuk mengatasi permasalahan yang ditanggung oleh
guru. Kekerapan pemantau juga boleh menjaminkualiti sesuatu pentaksiran. Ini adalah
kerana guru-guru perlu sentiasa bersedia dengan proses sebelum, semasa, dan selepas
pentaksiran. Maka dengan adanya pemantauan masalah sebegini dapat ditangangi
dengan mudah dan terus diberi tunjuk ajar kepada guru untuk pentaksiran kepada
pelajar dengan lebih berkesan dan berkualiti.

KURANGKAN GANGGUAN DALAM PENTAKSIRAN

Program sekolah harus dikurangkan supaya tiada gangguan semasa


pentalksiran dijalankan. Pihak pentadbir perlu memberi kerjasama dengan tidak terlalu
membebankan guru dengan tugasan yang bukan melibatkan pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah kerana guru perlu merancang dengan teliti dan menepati
objektif pengajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran dan pembelajaran.
Program sekolah yang sering lakukan sedikit sebanyak dapat menganggu masa
perancangan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Maka dengan ini perlunya guru
dan pelajar beri tumpuan penuh kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan kualiti dalam pentaksiran mencapai piawai yang telah ditetapkan.
23

RUMUSAN

Guru yang melaksanakan tugas Pentaksiran Berasas Sekolah seharusnya


diberikan pengetahuan dalam pentaksiran supaya keseragaman dan kejituan dalam
memberi skor markah. Pihak sekolah perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti yang
menganggu guru dalam PdP. Pihak atasan juga perlu memantau setiap sekolah untuk
memastikan pentaksiran ini berjalan dengan lancar dan berkualiti. Dalam sistem
pentaksiran yang telah ada dalam sistem pentaksiran di Malaysia akan lebih Berjaya
sekeiranya semua pihak bertanggungjawab bergabung untuk melaksanakannya dengan
bersungguh-sungguh.Pentaksiran ini dapat dilaksankan lebih Berjaya sekiranya semua
guru mendapat kursus dan Latihan yang mencukupi tentang pentaksiran. Jika guru
sudah bersedia , aktiviti pentaksiran akan lebih mudah untuk dilaksanakan di sekolah.
Hasil kajian juga mendapati guru terbeban dengan aktiviti pentaksiran PBS yang
melibatkan pelbagai prosedur seperti pengumpulan maklumat, merekod, menganalisi
dan mempersembahkan. Selain itu pihak berautoriti seperti pihak pentadbir, pihak
PPD dan KPM juga mempengaruhi keberkesanan aktiviti pentaksiran terutamanya
pentaksiran PBS. Bagi memastikan pentaksiran berjalan dengan betul, ada cadangan
daripada oleh Begum dan Farooqui (2008) dalam kajiannya iaitu penyelia akademik
perlu bertanggungjawab untuk memantau, guru besar perlu membuat mesyuarat dan
memeriksan rekod semua guru-guru setiap penggal. Sehubungan itu, guru juga perlu
memahami segala jenis pentaksiran samada pentaksiran lama mahupun pentaksiran
bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara tidak
langsung proses pembinaan model insan yang holistik dapat diteruskan sejajar dengan
saranan kementerian.
24

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai