Anda di halaman 1dari 19

GGGA5032:

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI


MALAYSIA
SEMESTER 1 2022/2023

PENSYARAH:
DR. SYAR MEEZE MOHD RASHID

TUGASAN 2
TAJUK :
KESAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TERHADAP MURID
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) PENDENGARAN DI
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

NAMA NO. MATRIK


MUHAMAD FARIS BIN ABDULLAH SANI P123211
MOHAMAD BIN ABDULLAH P124052
MUHAMMAD IBNUL FAIZAL BIN MISKON P122750
MUHAMMAD ARIFULLAH BIN ROSLEE P123302
MUHAMAD NASUHA BIN AB RASHID P123015
1. PENGENALAN

Seperti dalam perancangan Kementerian Pendidikan Malasyia (KPM) telah


melaksanakan program Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dilaksanakan mulai
hujung tahun 2016. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk memastikan pentaksiran
menyeluruh dijalankan ke atas diri murid dan tidak hanya berfokuskan kepada sistem
peperiksaan semata-mata.

Sistem pendidikan merupakan asas pembangunan masyarakat dan negara.


Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, sektor pendidikan di Malaysia perlu
mengalami peralihan pemikiran yang dapat merintiskan alaf baru dalam semua aspek
pendidikan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pendidikan serantau
Ambotang, (2013). Transformasi kurikulum dilakukan untuk menambahbaikan
pembelajaran dari aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran sejajar dengan hasrat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mewujudkan
murid yang berilmu pengetahuan, mempunyai keupayaan untuk berfikir, memiliki
sifat-sifat kepimpinan, menguasai kemahiran dwibahasa, mengamalkan etika dan
kerohanian serta mempunyai identiti nasional (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2016).

Menurut Arumugham (2020), PBD diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai


dan mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid secara holistik. Ia boleh
membawa lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid dan bukan
lagi berorientasikan peperiksaan. Pentaksiran Bilik Darjah juga dapat mewujudkan
budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Pemansuhan amalan
peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun adalah untuk membolehkan guru
memberikan lebih tumpuan terhadap PdP yang dapat membina kareakter dan sahsiah
murid dan amalan nilai rutin harian.

Seiring perkembangan pendidikan dunia, bidang pendidikan khas juga tidak


ketinggalan. Pendidikan Khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak luar
biasa dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan
untuk belajar seperti kanak-kanak normal yang lain. Murid khas merupakan
sekumpulan pelajar yang kurang upaya dan mengalami masalah pembelajaran.

2
Mereka memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan
potensi dan kemajuan kendiri pelajar.

Kerajaan telah menggubal kurikulum khas bagi kumpulan pelajar dalam


spektrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk melalui pelbagai tahap
kefungsian daripada tinggi hingga rendah yang dikenali sebagai Kurikulum
Pendidikan Khas Bermaslaah Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini diguna berasaskan
kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima
manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Reka bentuk kurikulum ini
bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi yang
sedia ada (Mohd. Sofi, Rohana & Amirmudin, 2010).

Pendidikan Khas merupakan perkhidmatan pendidikan yang diwujudkan


khusus untuk memenuhi keperluan pendidikan untuk murid berkeperluan khas.
Perlaksanaannya bukan sahaja dengan mewujudkan Sekolah Pendidikan Khas
malahan Program Pendidikan Integrasi dan pendekatan inklusif juga dibangunkan
bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas ini.Demi menjamin kualiti
pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’,
sistem peperiksaan sekarang telah diperkukuh dengan memperluaskan konsepnya
kepada pentaksiran (Fakhri & Mohd Isha, 2016).

2. PERNYATAAN MASALAH

Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),


pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menunjukkan bahawa guru masih
belum memahami dan menguasai sepenuhnya perubahan yang berlaku (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Dapatan kajian oleh Arsaythamby, Hariharan dan Ruzlan
Md-Ali (2015) turut menunjukkan guru juga masih tidak jelas dalam pelbagai aspek
pentaksiran termasuk tujuan, masa pelaksanaan, teknik melaksana, membuat
pemerhatian, mengumpul, merekod, mentafsir dan menggunakan maklumat
pentaksiran untuk membuat keputusan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Guru masih kurang mengetahui mengenai keberkesanan pelaksanaan melalui


PBD termasuk cabaran guru untuk mengendalikan murid PPKI. Cabaran untuk
memahami PBD dikalangan ibu bapa mengenai sistem pendidikan terkini sama ada

3
pembelajaran bilik darjah. Kemahiran berintraksi yang sesuai dengan murid PPKI
pendengaran dengan sempurna.

Penyediaan kurikulum yang sesuai bagi Murid berkeperluan Pendidikan Khas


(MBK)adalah sangat kritikal semasa di peringkat sekolah menengah. Walaupun MBK
diajar oleh guru yang cemerlang, jika kurikulum tidak bersesuaian dengan keperluan
mereka, sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdP) berkemungkinan tidak akan
membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Kurikulum MBK semasa mereka berada
di sekolah menengah mestilah komprehensif. Kurikulum tersebut pula mestilah
responsif terhadap keperluan individu murid dan memudahkan integrasi secara
maksimum bersama dengan rakan-rakan. Kurikulum mestilah menyediakan aspek
sosialisasi dan memberi tumpuan terhadap hala tuju murid selepas alam persekolahan
(Smith, Polloway, Patton & Dowdy, 2004).

3. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

a) Untuk mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai bagi murid


pendidikan khas PPKI Sekolah kebangsaan Putrajaya presint 18(1).
b) Menilai tahap kebolehan murid PPKI pendengaran yang sebenar melalui
pencapaian dan pemerhatian gurunya.
c) Mengenal pasti penerimaan ibubapa dalam perlaksanaan PBD bagi murid
pendidikan khas PPKI serta cabaran yang dihadapi oleh guru.

4. TUJUAN KAJIAN

Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran bertujuan memberi maklumat dan


gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu, guru dapat mengesan
punca masalah yang dihadapi murid, merangka intervensi yang sesuai, memilih
strategi pengajaran yang tepat dan menempatkan murid sesuai mengikut tahap

4
kebolehan masing-masing. Manakala tujuan keseluruhan pentaksiran ialah untuk
kemajuan murid dalam pembelajaran.

Secara amnya, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji


keberkesanan Instrumen Pentaksiran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (IPMBK)
bagi kemahiran :

•Pengetahuan •Kemahiran kinestatik


•Kemahiran berfikir •Kreativiti
•Kemahiran berbahasa •Kesihatan dan kecergasan
•Kemahiran mengira •Amalan nilai murni
•Kemahiran belajar •Kemahiran amali
•Kemahiran manipulatif •Kemahiran bersosial
•Sikap

Garis panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) menurut Jabatan


Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (JAWI), 2021. PBD menjadi agenda
utama untuk mendapatkan maklumat secara berterusan berkaitan perkembangan
prestasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Situasi
ini membolehkan guru-guru memberikan lebih penumpuan terhadap Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) yang dapat membina karakter, sahsiah murid dan amalan nilai
rutin harian.

5. METHODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana melalui kaedah


temubual dengan salah seorang guru yang bernama Arifudin bin Zulkifli. Seorang
tenaga pengajar di PPKI pendengaran Sekolah kebangsaan Putrajaya presint 18(1).
Beliau yang sebelum ini juga telah berpengalaman berkhidmat sebagai guru PPKI di
beberapa buah sekolah.

5
5.1 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru sekolah rendah yang
mengajar Kelas PPKI Pendengaran Sekolah kebangsaan Putrajaya presint 18(1),
mereka ini mempunyai sejarah latar belakang pendidikan serta mempunyai kepakaran
dalam bidang PPKI yang tinggi. Persampelan rawak mudah diaplikasikan dalam
kajian ini, guru PPKI Pendengaran Ustaz Arifudin bin Zulkifli sebagai individu yang
dipilih telah memberikan maklumat dengan sangat baik. Ustaz Arifudin bin Zulkifli
dipilih sebagai sample kerana untuk mengelakkan kajian ini bias. Ustaz Arifudin bin
Zulkifli yang mana mengajar darjah 5 dan 6 murid PPKI ini mempunyai sejarah dan
pengalaman yang luas dalam mengendalikan murid PPKI. beliau berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) di PPKI pendengaran bermula tahun
2020.

Kajian ini juga memilih guru PPKI pendengaran sebagai sample karena guru
adalah orang yang paling rapat dan mengenali murid-murid mereka dari segi
pertumbuhan dan perkembangan pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja, guru juga
orang yang paling dekat dan dapat menilai tingkah laku dari segi kebolehan, sosial,
moral, emosi dan sebagainya. Menurut Rohani Arbaa, Hazri jamil & Nordin Abd
Razak, 2010, Guru sememangya akan mendapati kelemahan dan kekurangan yang
terdapat pada para pelajarnya. Walaubagaimanapun, guru yang berkualiti tidak akan
menganggap kelemahan tersebut adalah satu perkara yang tidak boleh berubah,
sebaliknya guru sepatutnya memberi fokus kepada tingkah laku positif yang terhasil
dan menggunakan kekuatan tersebut untuk menarik lagi minat mereka dalam
mencapai kecemerlangan diri.

5.2 Analisis data

Guru PPKI yang mengajar di PPKI seramai 15 orang, 12 orang guru


perempuan dan 3 orang adalah guru lelaki. Menurut Winston Tellis (1997), analisis
adalah berpandukan kepada cadangan teori yang digunakan seterusnya membawa
kepada kajian kes. Melalui temu bual yang kami jalankan, teori yang digunakan oleh
Ustaz Arifudin bin Zulkifli dalam pengajaran dan pembelajarannya antaranya teori
pembelajaran kon pengalaman dale yang mana melalui proses persimbolan,

6
pemerhatian dan seterusnya penglibatan murid itu sendiri. Beliau juga menggunakan
teori behaviourism dan kognitif yang mana lebih kepada melihat perubahan tingkah
laku murid yang terkait rapat dengan perkembangan pemikiran murid-murid PPKI
Pendengaran Sekolah Kebangsaan 18 (1).

Didalam kajian kami,kebanyakan guru di Sekolah Kebangsaan Putrajaya


Presint 18 (1) bagi murid PPKI Pendengarann ini menggunakan kaedah iaitu :

i. Behaviouris
Menurut Dr Abdullah Yusof dan Dr Che Rabiaah Mohamed, dalam buku
memahami kecacatan bahasa dan komunikasi (2017), teori berasaskan behaviouris
menekankan bahawa berlaku berdasarkan perlakuan yang dilakukan secara
berulang-ulang, iaitu unsur rangsangan dan gerak balas memainkan peranan.
Bahasa dianggap sebagai perlakuan perulangan yang dimantapkan sebagaimana
perlakuan lain.
ii. Mentalis
Teori yang berasaskan mentalis pula menekankan bahawa manusia telah
dibekalkan dengan alat pemerolehan bahasa (language Aquisition Device- LAD)
yang berada di bahagian otak.
iii. Kognitif
Teori berasaskan kognitif membawa unsur pemerolehan berlaku secara beransur-
ansur berdasarkan perkembangan dan pertumbuhan manusia, iaitu fikiran
memainkan peranan besar dalam pemerolehan bahasa.

Konsep Pentaksiran Bilik Darjah MBK

Dalam keputusan Pra-Sidang mesyuarat Task Force pentaksiran berasaskan


sekolah (PBS) bil.2/2019 pada 16 April 2-19 dipengurusi oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (KPPM) adalah pentaksiran bilik darjah bagi Murid Berkeperluan
Khas (MBK) kurang upaya pendengaran telah mendapat kelulusan untuk melakukan
modifikasi pada kemahiran yang ada dalam Dasar Standard dan Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) untuk disesuaikan dengan tahap kemampuan dan kefungsian
ambang pendengaran MBK. (Bahagian Pendidikan Khas 2016)
PBD merupakan sebahagian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam
bilik darjah dan dijalankan secara berterusan melibatkan kategori MBK Masalah

7
Pembelajaran berdasarkan Domain Pendidikan Khas. PBD dilaksanakan dalamsemua
mata pelajaran dalam proses PdP harian dan secara berterusan. PBD dilaksanakan
secara formatif dan sumatif mengikut keupayaan dan kefungsian /keperluan MBK.
Berikut adalah kaedah pelaksanaan PBD:
1. Merancang PdP dan kaedah pentaksiran mengikut kategori MBK Masalah
Pembelajaran berdasarkan Domain Pendidikan Khas dengan meneliti serta
memahami kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Pendidikan Khas (DSKPPK).
2. Melaksanakan PBD untuk mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah
pentaksiran.
3. Membina instrumen PBD dan menggunakan instrumen saringan yang sedia ada
berasaskan keperluan pembelajaran MBK seperti:
 Senarai semak - Instrumen Saringan Domain Pendidikan Khas
 Soal-selidik
 Lembaran Kerja
 Rekod berterusan
 Ujian (lisan/bertulis)
4. Merekod dan menganalisis penguasaan MBK untuk tindakan susulan.
5. Melapor tahap penguasaan dan perkembangan MBK sekurang- kurangnya dua
kali setahun.
Lima (5) Aktiviti Teras PBD Dalam PdP
1. Projek Mudah
2. Bercerita
3. Permainan
4. Main Peranan
5. Kuiz
Guru mata pelajaran boleh berbincang dan merancang dengan guru mata
pelajaran lain untuk melaksanakan aktiviti PdP. Aktiviti boleh menggabungkan
kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran. Guru pendidikan khas juga boleh
menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang bersesuai dengan MBK.

8
Pelaksanaan pemulihan (intervensi)
Murid Tahap 1 yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira dikenal pasti dan diberi pemulihan yang bersesuaian.
Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan pemulihan mengikut kesesuaian
di peringkat sekolah. Sekolah boleh menggunakan instrumen yang bersesuaian seperti
instrumen LINUS Pendidikan Khas dan instrumen Domain Pendidikan Khas yang
sedia ada atau senarai semak untuk mengenal pasti tahap penguasaan MBK.

Peranan guru pendidikan khas dalam PBD


1. Menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran,
merancang dan membina instrumen PBD berdasarkan Standard Prestasi,
melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat
pentaksiran, membuat tindakan susulan dan laporkan perkembangan
pembelajaran MBK.
2. Memastikan terdapat perkembangan dalam pembelajaran MBK. Setiap MBK
dibimbing untuk mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 1. Walau
bagaimanapun, guru pendidikan khas juga perlu membuat perancangan dan
pelaksanaan untuk memastikan pengembangan potensi semua MBK bagi
mencapai tahap optimum.
3. Mentaksir MBK secara holistik berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, latihan,
respons MBK secara lisan dan kerja projek. Guru pendidikan khas hendaklah
menggalakkan MBK melaksanakan pentaksiran rakan sebaya atau secara kendiri.
4. Boleh menyimpan hasil kerja MBK, dalam bentuk lembaran kerja, kertas ujian
atau buku latihan dan/atau dalam bentuk objek/maujud sebagai bahan bukti untuk
menunjukkan perkembangan penguasaan MBK kepada pihak yang
berkepentingan seperti pentadbir dan ibu bapa.
5. Sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang perkembangan dan kemajuan
MBK dalam pembelajaran serta kaedah PdP yang sesuai untuk meningkatkan
tahap penguasaan MBK.
6. Menentukan Tahap Penguasaan MBK berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
Tanggungjawab profesional guru pendidikan khas dan hasil pentaksiran MBK.

9
7. Menyediakan Pelaporan Tahap Penguasaan MBK untuk dimaklumkan kepada
MBK dan ibu bapa mengenai tahap pembelajaran MBK untuk tindakan susulan.
8. Memberikan ulasan perkembangan MBK seperti kemahiran, sikap dan nilai pada
ruangan ulasan guru pendidikan khas dalam templat pelaporan untuk
menggambarkan profil MBK secara menyeluruh.

6. DAPATAN

Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pentaksiran bilik darjah PBD


dilihat memberi kesan yang baik kepada murid PPKI pendengaran, berdasarkan kajian
yang dijalankan ialah seperti yang dapat dilihat dalam pelaporan pelajar pentaksiran
pertengahan tahun yang telah direkodkan. Pertama, Nur humaira Raihanah Binti
Harizan dari Kelas 6 Yunus berkecenderungan mahir dalam matapelajaran Bahasa
Melayu (suaian) iaitu Tahap Penguasaan Keseluruhannya mencapai tahap 3, Nur
humaira mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat
bercerita dan memberi maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah
untuk memberikan alasan mudah di samping membaca, memahami serta dapat
bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya bukan sastera secara
ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit
penulisan mudah dengan tanpa bimbingan guru.Ini adalah satu perkembangan yang
baik.

Kedua, Muhammad Zamil Hadif Bin Mohd Zaidi dan Nur Aysha Binti
Mohamed Hisham dari Kelas 6 Yunus berkecenderungan mahir dalam Pendidikan
Islam (suaian) juga Bahasa Melayu (suaian) iaitu keduanya mencapai tahap 3, Hadif
dan Nur Aysha boleh mempamerkan tahap penguasaan yang sederhana dan boleh
menjelaskan kandungan pelajaran yang dipelajari tanpa bimbingan dan betul. Mereka
berdua juga dapat menjalankan arahan pembelajaran dengan baik, namun perlu lebih
menambah usaha.

Ketiga, Farah Nurul Hani binti Hafizam dari kelas 6 yunus berkecenderungan
mahir dalam ketiga–tiga matapelajaran iaitu bahasa Melayu (suaian), pendidikan
Islam (suaian)serta bahasa isyarat komunikasi iaitu mencapai tahap 3, ini dapat dilihat

10
apabila Farah dapat mengisyaratkan isyarat dan kod tangan bagi menjawab soalan-
soalan guru dengan baik Farah boleh belajar dengan baik.

Disini pengkaji menyediakan bahan laporan dari Cikgu Pendidikan Islam iaitu
Ustaz Arifudin bin Zulkifli yang mana, guru ini telah menyediakan laporan akhir bagi
pelaporan pentaksiran pertengahan tahun. Pelaporan ini, pengkaji mengambil 4 orang
murid sahaja sebagai data analisis

PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


NAMA MURID : NUR AYSHA BINTI MOHAMED HISHAM
KELAS : 6 YUNUS
JANTINA: P
PELAPORAN: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
SEKOLAH : SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
JALAN P18 PRESINT 18
62150 PUTRAJAYA
TARIKH: 3/6/2022
TAHAP
MATA PELAJARAN PENGUASAAN PENYATAAN
KESELURUHAN
Aysha mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat bercerita dan memberi
maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah untuk memberikan alasan mudah di
samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya
BAHASA MELAYU bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit
TP 3
(SUAIAN) penulisan mudah dengan tanpa bimbingan guru.
Aysha boleh memberikan respon secara lisan dengan baik, banyak idea dan pendapat tentang sesuatu perkara dan mudah
faham akan maklumat yang disampaikan. Namun dari segi membaca dan menulis, masih perlu banyak bimbingan dan
penambahbaikan.
Aysha dapat mengenal, memahami serta mengisyaratkan isyarat dan kod tangan dengan sedikit bimbingan
BAHASA ISYARAT
TP 2 guru
KOMUNIKASI
Aysha aktif dalam perbincangan dan aktiviti PdP. Tiada masalah disiplin.Teruskan usaha lagi.
Aysha Murid boleh mempamerkan tahap penguasaan yang sederhana dan boleh menjelaskan kandungan
PENDIDIKAN
TP 3 pelajaran yang dipelajari tanpa bimbingan dan betul.
ISLAM (SUAIAN)
Aysha mempunyai potensi yang baik, namun perlu lebih fokus di dalam kelas

ULASAN GURU KELAS : Aysha sering memberikan respon yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran kelas. Namun, dia perlu
lebih yakin dalam menjawab soalan-soalan penilaian.

…………………………………………………………
CHE ROZI BIN HASSAN ARIFFUDIN BIN DZULKHEFLI
GURU BESAR GURU KELAS
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

…………………………………………………………
Tanda Tangan Ibu Bapa/ Penjaga
Nama:
Tarikh:

TP 1 T P3 T P6
Tahap penguasaan terendah Tahap penguasaan minimum Tahap penguasaan tertinggi

11
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
NAMA MURID : MUHAMMAD ZAMIL HADIF BIN MOHD ZAIDI
KELAS : 6 YUNUS
JANTINA: L
PELAPORAN: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
SEKOLAH : SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
JALAN P18 PRESINT 18
62150 PUTRAJAYA
TARIKH: 3/6/2022
TAHAP
MATA PELAJARAN PENGUASAAN PENYATAAN
KESELURUHAN
Hadif mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat bercerita dan memberi
maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah untuk memberikan alasan mudah di
samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya
BAHASA MELAYU bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit
TP 3
(SUAIAN) penulisan mudah dengan tanpa bimbingan guru.
Hadif boleh memberikan respon secara lisan dengan baik, banyak idea dan pendapat tentang sesuatu perkara dan mudah
faham akan maklumat yang disampaikan. Namun dari segi membaca dan menulis, masih perlu banyak bimbingan dan
penambahbaikan.
Hadif dapat mengenal, memahami serta mengisyaratkan isyarat dan kod tangan dengan sedikit bimbingan
BAHASA ISYARAT guru
TP 2
KOMUNIKASI Hadif sangat fokus dan rajin dalam kelas. Perlu meningkatkan keyakinan diri dan aktif melibatkan diri dalam
perbincangan serta aktiviti PdP. Teruskan usaha lagi.
Hadif Murid boleh mempamerkan tahap penguasaan yang sederhana dan boleh menjelaskan kandungan
PENDIDIKAN
TP 3 pelajaran yang dipelajari tanpa bimbingan dan betul.
ISLAM (SUAIAN)
Hadif dapat menjalankan arahan pembelajaran dengan baik, namun perlu lebih menambah usaha.

ULASAN GURU KELAS : Hadif mempunyai sifat kerjasama dan toleransi yang baik sesama rakan sekelas. Namun, perlu
penambahbaikan dalam penulisan supaya lebih kemas dan teliti.

…………………………………………………………
CHE ROZI BIN HASSAN ARIFFUDIN BIN DZULKHEFLI
GURU BESAR GURU KELAS
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

…………………………………………………………
Tanda Tangan Ibu Bapa/ Penjaga
Nama:
Tarikh:

TP 1 T P3 T P6
Tahap penguasaan terendah Tahap penguasaan minimum Tahap penguasaan tertinggi

12
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
NAMA MURID : NUR HUMAIRA RAIHANAH BINTI HARIZAN
KELAS : 6 YUNUS
JANTINA: P
PELAPORAN: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
SEKOLAH : SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
JALAN P18 PRESINT 18
62150 PUTRAJAYA
TARIKH: 3/6/2022
TAHAP
MATA PELAJARAN PENGUASAAN PENYATAAN
KESELURUHAN
Hana mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat bercerita dan memberi
maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah untuk memberikan alasan mudah di
samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya
BAHASA MELAYU bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit
TP 3
(SUAIAN) penulisan mudah dengan tanpa bimbingan guru.
Raihanah boleh memberikan respon secara lisan dengan baik, banyak idea dan pendapat tentang sesuatu perkara dan
mudah faham akan maklumat yang disampaikan. Namun dari segi membaca dan menulis, masih perlu banyak bimbingan
dan penambahbaikan.
Hana dapat mengenal, memahami serta mengisyaratkan isyarat dan kod tangan dengan sedikit bimbingan
BAHASA ISYARAT
TP 2 guru
KOMUNIKASI
Hana aktif dalam perbincangan dan aktiviti PdP.Tiada masalah disiplin. Teruskan usaha lagi.
Hana Murid boleh mempamerkan tahap penguasaan yang sederhana dan boleh menjelaskan kandungan
PENDIDIKAN
TP 3 pelajaran yang dipelajari tanpa bimbingan dan betul.
ISLAM (SUAIAN)
Raihanah dapat menjalankan arahan pembelajaran dengan baik, namun perlu lebih menambah usaha.

ULASAN GURU KELAS : Raihanah mampu mencapai tahap pembelajaran yang baik. Namun, masih memerlukan usaha dan kerajinan
untuk terus berjaya.

…………………………………………………………
CHE ROZI BIN HASSAN ARIFFUDIN BIN DZULKHEFLI
GURU BESAR GURU KELAS
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

…………………………………………………………
Tanda Tangan Ibu Bapa/ Penjaga
Nama:
Tarikh:

TP 1 T P3 T P6
Tahap penguasaan terendah Tahap penguasaan minimum Tahap penguasaan tertinggi

13
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
NAMA MURID : FARAH NURUL HANI BINTI HAFIZAM
KELAS : 6 YUNUS
JANTINA: P
PELAPORAN: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN
SEKOLAH : SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
JALAN P18 PRESINT 18
62150 PUTRAJAYA
TARIKH: 3/6/2022
TAHAP
MATA PELAJARAN PENGUASAAN PENYATAAN
KESELURUHAN
Farah mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat bercerita dan memberi
maklum balas dan maklumat ringkas dalam komunikasi mudah untuk memberikan alasan mudah di
BAHASA MELAYU samping membaca, memahami serta dapat bercerita tentang maklumat dalam karya sastera dan karya
TP 3 bukan sastera secara ringkas di samping menulis, mencatat ayat mudah dan menghasilkan serta mengedit
(SUAIAN)
penulisan mudah dengan tanpa bimbingan guru.
Farah cepat faham,memberikan respon yang baik secara lisan/isyarat,boleh memberikan idea dan pendapat sendiri
tentang sesuatu perkara. Namun, kemahiran membaca dan menulis masih perlukan penambahbaikan.
BAHASA ISYARAT Farah dapat mengisyaratkan isyarat dan kod tangan bagi menjawab soalan-soalan guru dengan baik
TP 3
KOMUNIKASI Farah boleh belajar dengan baik. Namun cepat lupa. Perlu kerap mengulang kaji. Teruskan usaha lagi.
Farah Murid boleh mempamerkan tahap penguasaan yang sederhana dan boleh menjelaskan kandungan
PENDIDIKAN
TP 3 pelajaran yang dipelajari tanpa bimbingan dan betul.
ISLAM (SUAIAN)
Farah mempunyai potensi yang baik, namun perlu lebih fokus di dalam kelas

ULASAN GURU KELAS : Farah mampu mencapai tahap pembelajaran yang baik, namun perlu lebih memberikan tumpuan terhadap
pengajaran di dalam kelas.

…………………………………………………………
CHE ROZI BIN HASSAN ARIFFUDIN BIN DZULKHEFLI
GURU BESAR GURU KELAS
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

…………………………………………………………
Tanda Tangan Ibu Bapa/ Penjaga
Nama:
Tarikh:

TP 1 T P3 T P6
Tahap penguasaan terendah Tahap penguasaan minimum Tahap penguasaan tertinggi

14
Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk
pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid.
Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun
secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata
pelajaran. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang ditetapkan dalam kurikulum. Taksonomi yang berkaitan kognitif, psikomotor
dan afektif digunakan sebagai asas membina tahap penguasaan dalam Standard
Prestasi.

Enam Tahap Penguasaan yang dicadangkan dalam DSKP. Setiap penyataan


Tahap Penguasaan ditafsir secara generik dalam mata pelajaran sebagai aras tertentu
untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid. Tahap penguasaan
minimum bagi semua mata pelajaran ditetapkan pada Tahap Penguasaan 3. Pada tahap
ini murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
atau tugasan pada sesuatu situasi. Setiap murid dibimbing dan diberi peluang untuk
mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3. Walau bagaimanapun, tidak
semua murid berupaya mencapai tahap ini pada kadar yang sama kerana potensi
individu adalah berbeza. Oleh itu, guru perlu mengambil tindakan susulan dan
sentiasa berusaha untuk membantu murid meningkatkan tahap penguasaan masing-
masing.

Dapatan kajian ini mendapati Tahap penguasaan murid disekolah ini, berada di
tahap ke 3 sahaja didalam Pendidikan Islam. Ini kerana, itu kemampuan murid
Pendengaran boleh kuasai. Jika dilaksanakan peperiksaan seperti UPSR sebelum.
Agar sukar murid ini menumpukan hasil kepada tahap 6. Ini menyebabkan guru,
ibubapa dan murid berada di dalam tekanan disebabkan ingin melaksanakan
peperiksaan yang besar berbanding pentaksiran didalam bilik darjah (PBD).

PERBINCANGAN

Kesan dan hasil perbincangan, didalam PBD PPKI pendengaran di Sekolah


Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1), guru hendaklah menentukan Tahap Penguasaan
murid dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan. Guru juga

15
digalakkan untuk merekod perkembangan murid sama ada di dalam buku rekod
mengajar, buku latihan murid, buku catatan guru, buku amali murid, folio hasil kerja
murid, senarai semak, jadual atau lain-lain yang bersesuaian. Perekodan Tahap
Penguasaan dalam templat pelaporan hanya dibuat setelah PdP bagi setiap bidang,
tema, kemahiran atau kelompok Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
selesai dilaksanakan. Pelaporan Tahap Penguasaan dimaklumkan kepada murid dan
ibu bapa sebagai maklum balas terhadap tahap pembelajaran murid untuk tindakan
selanjutnya.

Daripada hasil temubual juga mendapati masih ramai diantara ibubapa yang
masih tidak memahami atau baru sahaja tahu berkenaan pelaksanaan pentaksiran bilik
darjah PBD atau sistem pelajaran berdasarkan penilaian ini. Ada diantara ibubapa
yang menerima baik sistem PBD ini dan ada juga yang kurang bersetuju dan mahukan
sistem penilaian yang lama iaitu berdasarkan peperiksaan. Tetapi untuk Murid-murid
PPKI pendengaran Sekolah kebangsaan Putrajaya presint 18(1), ibu bapa yang terlibat
menerima baik sistem pentaksiran didalam bilik darjah (PBD).

Pada akhir sesi persekolahan, guru perlu menentukan Tahap Penguasaan


Keseluruhan bagi sesuatu mata pelajaran. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Untuk itu, guru perlu mentaksir
murid secara menyeluruh dan holistik dengan melihat pelbagai aspek semasa proses
pembelajaran murid secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian
mereka dalam ujian topikal, pemerhatian, latihan, pembentangan, respons murid
secara lisan, kerja projek, produk dan sebagainya. Guru hendaklah menentukan Tahap
Penguasaan Keseluruhan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, tanggungjawab
profesional dan input murid serta perbincangan dengan rakan sejawat dalam mata
pelajaran yang sama.

Guru perlu menyelesaikan PdP bagi satu kelompok bidang, tema atau
kemahiran dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebelum
menentukan tahap penguasaan murid. PdP guru berdasarkan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran manakala Standard Prestasi merupakan indikator kepada tahap
penguasaan murid.

16
Di samping itu, guru perlu membuat perancangan untuk mengembangkan
potensi semua murid bagi mencapai Tahap Penguasaan 4 hingga Tahap Penguasaan 6.
Murid perlu diberi ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti dan meneroka
pengalaman bagi membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi.
Murid yang mencapai Tahap Penguasaan 4 hingga Tahap Penguasaan 6 boleh
membantu murid lain dalam meningkatkan pembelajaran mereka, dan boleh menjadi
satu teladan yang cemerlang.

KESIMPULAN

Guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan


kemenjadian murid dalam kalangan murid pendidikan khas. Semua pihak harus
bekerjasama dalam usaha meningkatkan kualiti kemenjadian murid mengikut hasrat
dan impian negara. Dengan itu, diharap guru terus bersemangat untuk meneruskan
tugas dan peranan sebagai pendidik yang lebih berkualiti dan bertindak sebagai
pemangkin satu transformasi pendidikan supaya sistem pendidikan kita akan dapat
memenuhi keperluan dan permintaan abad ini selaras dengan kemajuan dan
perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang di dunia.

17
RUJUKAN

Albi Anggito, Johan Setiawan. 2018. Metodologi penelitian kualitatif, CV Jejak (Jejak
Publisher), 2018, ISBN 6024743920, 9786024743925

Arbaa, R., Jamil, H., & Abd Razak, N. 2010. Hubungan guru-pelajar dan kaitannya
dengan
komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan
pembelajaran antara jantina pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61-69.

Garis panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (pbd) menurut Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (JAWI), 2021.

Irny, S.I. and Rose, A.A. 2005. “Designing a Strategic Information Systems Planning
Methodology for Malaysian Institutes of Higher Learning (isp- ipta), Issues in
Information System, Volume VI, No. 1, 2005.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2021. Bengkel Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif, Metode
Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif untuk Pengajian Islam dan
Pendidikan Islam Siri 5. 25

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik


Darjah Edisi ke-2.

Tellis, W. M. 1997. Application of a Case Study Methodology. Qualitative Research


Graduate Certificate, 3(3), 1-19. Retrieved from
htp://nsuworks.nova.edu/tqr/vol3/iss3/1

Yusof, Dr Abdullah dan Mohamed, Dr Che Rabiaah. 2017. Memahami


Kecacatan Bahasa Dan Komunikasi.

Ambotang, A. S. (2013). Cabaran Transformasi Agenda Pendidikan Negara.


Berita Harian. MindaPendidik.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Penerangan Kurikulum


Standard Sekolah Rendah(KSSR). Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari


Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1),
152-161.

18
Zahari Suppian, Nor Hasnida Che Md Ghazali, Nor Junainah Mohd Isa &
Govindasamy, P. (2020). Penilaian Kendiri Guru Pelatih Terhadap Tahap Kemahiran
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 98-106.

Mohd Sofi Bin Nasri, Rohana Hamzah, Amirmudin Udin (2010)


Falsafah pendidikan kebangsaan memperkasakan peranan Pendidikan Teknik
Vokasional dan Pendidikan Khas. Edupress 2010.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2013). Kajian PBS: kefahaman dan
amalan guru. KualaLumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia
Arsaythamby, V., Hariharan, N.K., & Ruzlan Md-Ali. (2015).
Teachers’ knowledge and readiness towards implementation of school based
assessment in secondary schools. International Education Studies, 8(11), 193-
203. doi:10.5539/ies.v8n11p193.
Smith,T.E.C., Polloway, E., Patton, J.R. & Dowdy, C. A. (2004).
Teaching students with special needs in inclusive settings (4th Ed.). Boston:
Pearson Educational Inc
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019) Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) Murid Keperluan Khas (MBK) Masalah Pembelajaran Tahap 1

19

Anda mungkin juga menyukai