Anda di halaman 1dari 1

Rumusan Pengurusan Grafik

Pengurusan bilik darjah merupakan tindakan guru mengendalikan kelas untuk


mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan juga kawalan guru ke atas tingkah laku
dan interaksi dengan murid. Tujuannya adalah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), mengurangkan masalah disiplin murid serta
menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid. Guru perlu memahami
keperluan murid sebelum proses PdP dijalankan dari segi keperluan psikologi, fisiologi dan
akademik seperti keperluan rehat dan keperluan mendapat pengalaman kejayaan.

Seterusnya, guru dapat menguruskan persekitaran pembelajaran secara kondusif


melalui pengurusan persekitaran fizikal, persekitaran psikososial, serta pembentukan
peraturan dan rutin bilik darjah. Guru haruslah memastikan pencahayaan, pengudaraan,
kebersihan dan perabot dalam keadaan yang baik, susunan bilik darjah yang sesuai dan
dapat dipantau oleh guru dengan mudah dan cepat serta bilik darjah yang bebas daripada
ancaman dan bahaya fizikal. Guru perlu menyediakan peluang yang sama rata untuk semua
murid dan mengglakkan murid untuk berkongsi idea. Namun, kerjasama antara guru dengan
murid amat diperlukan untuk memastikan peraturan dan rutin bilik darjah dapat berjalan
dengan baik.

Isu-isu masalah tingkah laku murid semakin serius pada hari ini. Antara isu-isu yang
paling ramai dilakukan oleh murid ialah perbuatan kes buli, gejala vandalisme, dan kes
melawan guru. Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09
peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin
(Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005).

Saya telah memilih Model Disiplin Asertif Canter untuk mengurangkan dan
mengelakkkan kes buli daripada berleluasa dengan menentukan peraturan-peraturan bilik
darjah dengan jelas. Murid yang mematuhi peraturan akan diberi ganjaran manakala murid
yang melanggar peraturan tersebut akan menerima hukuman yang telah ditetapkan. Saya
juga memilih Model Akibat Logikal Dreikurs untuk mengenal pasti punca salah laku gejala
vandalisme dan kes murid melawan guru. Melalui model ini, murid dapat mengenal pasti
kelemahan diri dan belajar cara mengatasi kelemahan tersebut.

Bimbingan dan kaunseling merupakan cara intervensi yang dipilih oleh saya untuk
membantu murid menghadapi masalah, mengubah sikap dan mencegahnya. Saya telah
menggunakan kemahiran memberikan perhatian, kemahiran mendengar dengan aktif dan
kemahiran berempati semasa sesi bimbingan dan kaunseling dijalankan. Guru haruslah
mengutamakan kemahiran mendengar dengan aktif, contohnya memahami kelakuan non-
verbal murid, mesej-mesej verbal, konteks sebenar dan membaiki salah tanggapan murid.

Anda mungkin juga menyukai