Anda di halaman 1dari 9

MASALAH KOKURIKULUM DAN CABARAN

Pengenalan

Pendidikan sememangnya merupakan satu aspek yang amat penting yang harus dimiliki oleh
semua manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Ia merupakan aset yang
tidak ternilai harganya. Tanpa pendidikan manusia akan hilang arah, hidup tidak ketentuan
dan akan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Namun begitu, masyarakat Malaysia
kini berpegang pada falsafah pendidikan seimbang, yang bukan hanya menyampaikan ilmu
pelajaran dalam kurikulum, malahan memberi fokus kepada tatacara dan kemahiran insaniah
yang disalurkan melalui aktiviti kokurikulum. Ia termaktub dalam Akta Pelajaran 1956
(Mohamed Nor Che’ Noh 1985). Meskipun begitu, perancangan, pentadbiran dan
pengelolaannya masih perlu diberi perhatian, berbanding tumpuan yang diberikan kepada
kurikulum. Dari masa ke semasa kokurikulum sentiasa diberi nafas baharu, khususnya dari
aspek perlaksanaan gerak kerja. Banyak kajian telah dijalankan mengenai keberkesanan
kokurikulum dalam membantu membentuk peribadi pelajar dan dalam masa yang sama turut
membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.Gabungan antara kurikulum dan
kokurikulum atau intelek dan fizikal akan membantu remaja untuk bertindak dengan lebih
tersusun di dalam merancang aktiviti harian mereka. Ini kerana,gabungan antara kognitif,
afektif dan psikomotor akan membolehkan seseorang menjadi remaja yang unggul yang
mampu menerajui kepimpinan pada masa akan datang.

Objektif

1. Mengenal pasti permasalahan yang terdapat dalam pelaksanaan kokurikulum


2. Implikasi kokurikulum dalam kehidupan
3. Untuk mengkaji kepentingan kokurikulum

Masalah Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

 Guru

Kejayaan atau keberkesanan sesebuah aktiviti kokurikulum itu sebenarnya bergantung pada
tahap kesediaan guru / penasihat / jurulatih. Guru yang berminat akan sentiasa hadir ketika
aktiviti kokurikulum diadakan. Sebaliknya bagi guru yang tidak berminat dan berprasangka
bahawa aktiviti kokurikulum membebankan, akan malas untuk hadir ketika aktiviti kokurikulum
diadakan. Oleh kerana itu, kadangkala kita dapati terdapat permainan atau persatuan atau badan
beruniform yang sangat aktif di sekolah serta ada juga seperti ”hidup segan mati tak
mahu”, ataupun sekadar “melepaskan batuk di tangga”. Guru yang berkemahiran dan
berpengetahuan dalam bidang mereka selalunya akan cuba untuk menyalurkan idea,
pengetahuan dan kemahiran untuk dikongsi bersama dengan pelajar mereka. Ilmu yang ada dan
berkualiti harus diserahkan kepada generasiyang akan menyambun gnya kepada generasi yang
seterusnya. Guru seharusnya melakukan persediaan yang rapi untuk setiap aktiviti kokurikulum.
Guru/Penasihat/Jurulatih perlu mengenal pasti aktiviti yang akan dijalankan, tempat yang sesuai
untuk aktiviti tersebut dan alatan yang sesuai serta bilangan diperlukan. Oleh itu guru perlu
kerap memasuki bilik sukan/bilik kokurikulum untuk mengetahui jenis dan bilangan peralatan
yang terdapat di dalamnya. Semua ini mesti dibuat terlebih awal dan menjimatkan masa ketika
aktiviti kokurikulum dilaksanakan. Guru yang tidak membuat persediaan biasanya guru-guru
yang berfikiran bahawa aktiviti kokurikulum tidak penting kerana untuk riadah atau rekreasi
sahaja dan tidak perlu membuang masa memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar. Terdapat
juga guru yang sengaja tidak memakai pakaian sukan / uniform kerana mereka berpendapat
membuang masa sedangkan mereka hanya diperuntukkan dua jam sahaja seminggu. Guru-guru
ini juga tidak tahan dengan cuaca panas. Kegagalan guru menyumbang sesuatu kepada pihak
sekolah dalam aktiviti kokurikulum merupakan salah satu masalah dalam perlaksanaan aktiviti
di sekolah. Ini bertepatan dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) yang menyatakan
kecenderungan guru terhadap beberapa aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform dan
aktiviti sukan tidak memberangsangkan. Sementara Adnan (1990), menyatakan walaupun
sumbangan kokurikulum dalam pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami
hingga ada yang masih menganggap kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh kerana itu,
program atau aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara sambil lewa dan aktiviti dijalankan
secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti kurikulum. Di samping itu Abu Bakar
(1999), menyatakan guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, terlalu banyak
tanggungjawab, guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti yang ditugaskan kepada
mereka. Guru-guru di sekolah harus mengubah persepsi ini kerana implikasinya sangat besar,
iaitu pelajar mereka akan gagal bersaing untuk menempatkan diri ke SBP kerana tidak peroleh
markah semaksimum mungkin. Sebaliknya, dengan pertolongan dan komitmen yang diberikan
oleh guru, peluang pelajar mereka ke SBP terbuka luas.

 Murid

Perlaksanaan aktiviti kokurikulum boleh dikatakan gagal disebabkan ketidakhadiran murid


dalam aktiviti yang diadakan. Antara faktor ketidakhadiran murid ialah tiada minat terhadap
aktiviti yang disertainya, masa aktiviti kokurikulum dijalankan kadang kala serentak dengan
kelas tuisyen yang mereka ikuti, terutama tuisyen yang dilaksanakan oleh pihak swasta.
Faktor lain ialah kesukaran untuk mendapatkan bas untuk datang dan pulang ke sekolah,
terutama bagi murid yang menaiki bas secara bulanan. Faktor- faktor ini akan menjejaskan
perjalanan aktiviti kokurikulum di sekolah. Bagi murid yang kurang berkemampuan, faktor
kewangan juga mendorong mereka untuk tidak hadir bagi mengikuti aktiviti kokurikulum.
Wang yang lebih harus disediakan untuk makanan dan minuman, baju untuk badan
beruniform dan sebagainya. Murid menunjukkan sikap yang pasif dan tidak bersungguh-
sungguh melakukan aktiviti sukan yang diarahkan oleh guru. Keadaan ini amat
membimbangkan pihak sekolah dan masyarakat. Fenomena ini wujud disebabkan oleh sikap
pelajar itu sendiri. Kadang-kala seseorang pelajar tidak mahu melakukan aktiviti contohnya
permainan di depan pelajar lain kerana dia mungkin kurang berbakat dan takut dimalukan
oleh pelajar- pelajar lain. Kegiatan sukan berperanan untuk menyihatkan tubuh badan
manusia. Dengan menjalankan kegiatan sukan, kadar pergerakan darah adalah lebih cepat.
Sukan juga merupakan terapi yang berkesan untuk mengubati penyakit sosial yang melanda
anak-anak kita hari ini. Sukar untuk dinafikan bahawa pelajar-pelajar yang giat dalam bidang
kokurikulum, selain dapat mencergaskan otak dan menyihatkan tubuh badan, ia juga dapat
menghindarkan pelajar daripada terjebak dalam gejala- gejala tidak sihat. Namun, semua ini
adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berbuat demikian. Hanya individu itu
sendiri yang dapat menentukan gaya hidup masing- masing. Tidak ada sesiapa yang boleh
menghalang seseorang jikalau dia memilih gaya hidup yang tidak aktif. Faktor terakhir ialah
mereka tidak tahu matlamat mengapakah mereka harus mengikuti aktiviti kokurikulum. Oleh
itu, penjelasan terperinci harus disampaikan oleh pihak pentadbir seperti guru besar,
penolong kanan dan setiausaha kokurikulum bahawa antara syarat kemasukan ke SBP
diambil dari kegiatan kokurikulum sama ada kategori sukan, kelab dan persatuan serta badan
beruniform. Aspek dikenal pasti adalah jawatan yang disandang oleh murid dan penglibat an
serta pencapaian murid di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau negara. Dengan
penjelasan yang begitu terperinci, maka murid memahami sebab mereka harus mengambil
bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Akhirnya, mereka akan menganggap aktiviti
kokurikulum bukannya aktiviti yang menghalang mereka untuk menyambung pelajaran
khususnya ke SBP, sebaliknya aktiviti ini merupakan satu bonus yang mungkin memberi
peluang keemasan kepada mereka untuk ke SBP, berbanding rakan mereka yang tidak
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

 Ibu Bapa
Ibu bapa juga merupakan penyebab mengapa murid tidak hadir bagi kegiatan aktiviti
kokurikulum. Kepentingan aktiviti kokurikulum tidak dapat diperoleh segera. Contohnya,aktiviti
kokurikulum dapat mengawal berat badan anak-anak jagaan mereka. Dengan kata lain, dapat
mengurangkan murid yang obes. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa obesiti merupakan satu
penyakit yang sangat berbahaya kepada murid. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan di negara China mendapati seorang daripada empat orang, terutamanya lelaki
mengalami berat badan yang berlebihan (obesiti). Sementara kajian kesihatan kebangsaan
negara China yang dijalankan pada 2005 mendapati hampir 25% budak lelaki antara tujuh
hingga lapan belas tahun yang tinggal di kawasan bandar mengalami obesiti. Kesedaran ibu
bapa atau penjaga terhadap perkara ini boleh mengurangkan  jumlah ketidakhadiran pelajar
dalam kegiatan aktiviti kokurikulu m. Seterusnya ibu bapa kurang diberi penerangan tentang
kokurikulum untuk kemasukan ke SBP.Faktor lain pula, berkemungkinan masalah kewangan
yang membebankan keluarga kurang mampu, untuk menyediakan pakaian bagi kegiatan aktiviti
kokurikulum seperti pakaian Badan Beruniform.

 Kemudahan
Faktor ini juga merupakan salah satu aspek yang kadangkala menjadi penghalang kepada
kegiatan aktiviti kokurikulum di sekolah. Contohnya, ketiadaan padang yang sesuai untuk
aktiviti praktikal boleh menyebabkan guru atau pelajar bosan, lama kelamaan keadaan ini akan
mengurangkan minat mereka untuk hadir melakukan aktiviti kokurikulum. Keadaan ini berlaku
sekiranya sekolah tidak mempunyai kemudahan alternatif seperti dewan dan kawasan lapang
yang lain. Setelah mempelajari kemahiran secara teori, selalunya pelajar terangsang untuk
melakukan sesi praktikal. Kemudahan yang dilihat menghalang hasrat guru dan pelajar seperti
padang atau gelanggang, peralatan permainan seperti kuantiti bola yang tidak mencukupi, kayu
hoki yang sudah rosak, net takraw yang usang dan sebagainya. Terdapat padang sekolah yang
digunakan untuk aktiviti yang lain seperti yang terjadi di Pulau Pinang, padang sebuah sekolah
dijadikan satu kawasan untuk masyarakat luar melakukan aktiviti riadah. Walaupun aktiviti ini
baik, tetapi keutamaan harus diberikan

 Masalah Fizikal dan Kesihatan


Masalah fizikal pelajar merupakan faktor yang kerap timbul dalam aktiviti
kokurikulum.Keadaan fizikal yang kurang memuaskan berpunca daripada penyakit, kekurangan
zat makanan atau kemalangan dan sebagainya dapat menimbulkan masalah dalam kokurikulum.
Biasanya, pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini akan cepat berasa letih dan tidak
menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti. Kecergasan fizikal yang baik akan
membolehkan seseorang murid itu melakukan sesuatu kemahiran atau tugas dengan sempurna
tanpa berasa penat atau letih. Seperti yang kita ketahui bahawa perkembangan dan pertumbuhan
manusia adalah berbeza antara satu individu dengan individu yang lain dari segi kematangan,
kadar dan arah pertumbuhan. Kematangan adalah kemunculan sebarang ciri-ciri yang
menunjukkan kesempurnaan perlaksanaan. Perkembangan ciri ini bergantung kepada fungsi
neurologi dan berlaku pada hayat awal individu. Variasi pemakanan latihan dan keadaan alam
sekeliling tidak begitu mempengaruhi kematangan. Kematangan dicapai oleh seorang individu
tanpa mengadakan usaha yang serius atau yang banyak. Aktiviti kokurikulum senang
dikendalikan sekiranya pelajar-pelajar mempunyai peringkat kematangan yang baik dan sesuai
dengan aktiviti yang dipelajari. Namun demikian, halangan akan berlaku dalam aktiviti
kokurikulum jika berlaku di sebaliknya. Dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum,guru/penasihat/jurulatih perlu peka terhadap perbezaan-perbezaan ini dan
persamaan-persamaan yang dijangka akan berlaku. Kemahiran motor akan berkembang apabila
sistem otot sudah bersedia. Tindak balas akan terbentuk apabila peringkat kematangan sudah
sampai atau dicapai. Seorang kanak-kanak lebih senang dilatih jika dia sudah mencapai
peringkat persediaan fisiologi. Guru dan ibu bapa akan menentukan masa yang paling baik
untuk mempelajari kemahiran dan menyusun satu situasi pembelajaran yang berkesan untuk
perkembangan kemahiran seseorang murid atau pelajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai
pertumbuhan jasmani yang lambat atau terencat tidak boleh dilayan sama seperti pelajar-pelajar
yang normal. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang mengalami perkembangan jasmani yang
melebihi umurnya. Keengganan guru memberi perhatian
Kesan Negatif Tidak Melaksanakan Kokurikulum

 Murid
Bagi murid yang tidak mengikuti aktiviti kokurikulum, maka mereka akan kehilangan
markah bagi kemasukan ke SBP. Ini merupakan satu kerugian kepada murid yang
sememangnya bijak dalam akademik, tetapi kurang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Kegagalan mereka menempatkan diri di SBP, mungkin disebabkan oleh kegagalan mereka
hanya dalam aktiviti kokurikulum sepanjang masa persekolahan. Selain itu, pelajar juga akan
mengalami masalah kesihatan seperti yang umum ketahui seperti obesity, athsma, lesu badan
dan sebagainya.

 Sekolah

Kebanyakan sekolah akan dikenali di peringkat zon, daerah, negeri atau negara berdasarkan
kecemerlangan dari segi pencapaian kurikulum dan atau kokurikulum. Oleh itu, sekiranya
sekolah yang tidak cemerlang dalam akademik, mereka masih boleh dikenali di peringkat yang
dinyatakan melalui kecemerlangan kokurikulum, kadang kala, sekolah juga akan diambil
tindakan jika tidak melaksanakan aktiviti kokurikulum oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

 Guru
Guru tidak dapat mengembangkan pengetahuan yang mereka peroleh sama ada dari
bakat semula jadi atau dari mengikuti kursus, bengkel atau pun seminar. Oleh itu, ilmu
pengetahuan yang mereka peroleh tidak dapat disalurkan kepada murid yang
sememangnya dahagakan ilmu, sama ada akademik mahupun kokurikulum.

Kesan Positif Kokurikulum

 Sebuah Gaya Hidup Sihat


Rawatan terhadap tekanan darah tinggi boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu mengamalkan
gaya hidup sihat seperti mengurangkan makanan bergaram, mengurangkan berat badan dengan
melakukan aktiviti fizikal selain mengambil ubat-ubatan. Jadi penyertaan murid dalam aktiviti
kokurikulum merupakan satu langkah bijak bagi menangani masalah ini.

 Nilai Murni

Aktiviti kokurikulum penting sebagai alat untuk menyediakan pelajar yang matang berfikir
secara kritis dan kreatif, serta mempunyai fizikal yang sihat selaras dengan harapan dalam Dasar
Pendidikan Negara, iaitu membentuk warganegara yang bersahsiah mulia, seimbang dari segi
rohani dan jasmani. Pengalaman yang diperoleh semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum
akan dapat meluaskan pandangan,pengetahuan, kefahaman pelajar serta menghasilkan
perkembangan dan kematangan mental, sosial, emosi dan jasmani. Ini diperoleh melalui interaksi
sosial yang sihat dan positif dalam suasana yang lebih bererti, gembira, meyakinkan dan menyeronokkan.
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga merupakan proses untuk melahirkan barisan kepimpinan negara
pada masa akan datang. Ini diperoleh melalui aktiviti persatuan, badan beruniform serta sukan dan
permainan. Murid akan dilantik menjadi pengerusi, dilatih berpidato dan sebagainya. Mohd Hamidi
(2002), menyatakan ilmu kepimpinan dan mengurus bukan seperti orientasi ilmu akademik yang
kebanyakannya berkisar dalam kelas dan kertas-kertas ujian, tetapi melalui satu pendidikan yang mesti
dialami dan dilaksanakan sendiri oleh pelajar tersebut, kerana memimpin dan mengurus perlu berhadapan
dengan manusia. Lantaran itu, apabila pelajar diberikan tugas atau tanggungjawab mengurus dan
memimpin persatuan, kelab, badan beruniform atau permainan, maka secara tidak langsung mereka akan
memimpin dan mengurus subordinat (ahli-ahlinya). Proses memimpin dan mengurus ini memerlukan
kebijaksanaan, komunikasi, psikologi dan strategi yang berkesan.

 Integrasi

Perpaduan kaum seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Pendidikan Malaysia dalam
perutusan Tahun Baru 2002 kepada warga pendidik, iaitu ”perpaduan akan terus menjadi
agenda utama bagi memupuk perpaduan kaum melalui sistem pendidikan di negara kita. Kita
akan terus mempergiatkan lagi program dan aktiviti yang melibatkan penyertaan pelajar dari
pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan, terutamanya melalui kegiatan kokurikulum seperti
program sukan dan berpersatuan”.

 Murid
Bagi murid, mereka kurang didedahkan kepada keberkesanan menyertai aktiviti kokurikulum.
Menurut Halim Md Salleh (2002), dengan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan yang
dipelajari semasa mengikuti aktiviti kokurikulum, pelajar diharap boleh memupuk satu gaya
hidup yang sihat. Ini bermakna mereka akan terus melakukan aktiviti ini sekurang-kurang 30
minit setiap sesi dalam masa 3 kali seminggu. Sementara itu, Wee Eng Hoe (1996), menyatakan
kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara murid sekali gus memupuk
integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja,
berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi
warga negara yang berguna dan produktif.Pengetahuan yang diperoleh semasa mengikuti
aktiviti kokurikulum juga akan menyebabkan murid berasa yakin, kerana guru yang
berpengetahuan dan berkemahiran akan mengajar mereka cara untuk mengatasi keresahan atau
kebimbangan, terutama ketika menghadapi sesuatu kejohanan atau pertandingan, tidak kira di
peringkat zon, daerah, negeri ataupun kebangsaan. Contohnya, mereka mungkin diajar
melakukan latihan imageri, mental rehearsal  ataupun simulasi oleh guru sebelum bertanding.
Anuar Din (2003) pula menyatakan bahawa murid akan berasa yakin dan dapat
mengurangkan perasaan bimbang apabila bertanding dengan melakukan perkara- perkara yang
telah diajar oleh guru atau jurulatih mereka.
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

 Kepentingan : Kepimpinan

aktiviti kokurikulum yang di adakan di sekolah bertujuan melahirkan pemimpin dalam


kalangan masyarakat murid untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa akan datang.
Proses kepimpinan mula terbentuk apabila seorang ketua mampu untuk mengemudi
kumpulan atau orang yang di pimpin dengan baik (Gary Yulk, 2001). Dalam konteks
kokurikulum, kemahiran memimpin merupakan aspek yang ditekankan apabila melibatkan
gerak kerja yang memerlukan sesorang pemimpin yang bertindak sebagai ketua mengemudi
ahli dalam kumpulannya bagi menjamin tugasan yang dilaksanakan akan berjaya.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sangat digalak supaya mereka dapat menimba
pengalaman sebagai pemimpin yang disegani pada masa hadapan serta belajar bekerjasama
dengan berpersatuan, mengurus akaun kelab dan sebagainya.

 Kepentingan : Integrasi

Penglibatan pelajar dalam kokurikulum mampu mengukuhkan perpaduan dan kerjasama


antara pelajar. Kokurikulum merupakan pelengkap ke arah pendidikan holistik bukan sahaja
dari segi peningkatan dan pengembangan kemahiran sosial, afektif dan psikomotor sahaja
malah untuk mengukuhkan lagi interaksi, toleransi dan integriti antara kaum. kokurikulum
terbukti mampu membina kemahiran bersosial dan sememangnya diketahui bahawa kegiatan
kokurikulum yang mantap dapat memperkukuh interaksi antara murid dan sekali gus
memupuk interaksi antara kaum dan masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini kerana
interaksi banyak berlaku melalui aktiviti kokurikulum. Misalnya, melalui sukan dan
permainan berlaku pembentukan pasukan atau team building yang memupuk semangat
menyumbang secara kolektif atau berkumpulan. Aktiviti persatuan dan kelab serta pasukan
badan beruniform pula memberi penekanan kepada pergaulan dan khidmat masyarakat.
Melalui interaksi sosial sebegini dapat menyemai nilai murni di samping dapat menanamkan
perasaan kekitaan antara pelajar pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang cara hidup
dan budaya yang berbeza.

 Kepentingan : Sihat Tubuh Badan

Aktiviti kokurikulum ini sememangnya dapat menyihatkan tubuh badan. Tubuh badan kita
akan sihat jika berpeluh. Aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan menggalakkan
murid bersukan kerana telah seharian memerah otak pada pagi hari. Oleh itu, dengan aktiviti
sukan dan permainan ini, murid dapat menghilangkan stres di samping dapat menyihatkan
tubuh badan dengan mengeluarkan peluh. Intihanya, bersukan dapat menyihatkan tubuh
badan dan merehatkan otak kerana badan cergas, otak sihat.Selain itu badan yang lemah
mampu kembali cergas dengan adanya aktiviti kokurikulum kerana murid perlu
menggunakan tenaga dan kudrat mereka untuk melaksanakan aktivit kokurikulum. Hal ini
sekaligus membantu murid membina badan yang cerdas dan cergas tidak kira dalam apa jua
keadaan sekalipun.

 Kepentingan : Mengembangkan Potensi Pelajar

Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan
kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam
kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada
dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat
dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu
akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara
tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk
mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara.

KESIMPULAN

Konklusinya, aktiviti kokurikulum memberi banyak kepentingan kepada para pelajar. Para
pelajar pasti akan dapat menggunakan manfaat yang diperoleh sesama aktiviti kokurikulum
untuk digunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya, otak yang cerdas datangnya
daripada tubuh badan yang sihat. Ia bergantung kepada diri pelajar masing-masing samada
untuk memberikan fokus dalam aktiviti tersebut atau melakukannya secara sambil lewa dan
hanya membuangkan masa sahaja. Guru-guru dan ibu bapa adalah pihak yang terpenting bagi
menjayakan aktiviti kokurikulum ini kerana merekalah yang mampu memberi sepenuh
galakan kepada para pelajar. Mereka perlu memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan anak-anak di sekolah menyertai aktiviti kokurikulum secara sepenuh hati agar
mereka berjaya mendapat nilai yang ingin diterapkan dalam inisiatif ini. Tanpa penerapan
nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda hari ini sudah pasti usaha pembangunan negara
akan terbantut. Hal ini demikian kerana mereka merupakan jentera penggerak kemajuan
negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.

RUJUKAN

 Rosmadi bin Dollah . 2012. Hubungan aktiviti kokurikulum unit


beruniform denganpembentukan daya kepimpinan pelajar. Fakulti Pendidikan
.Universiti KebangsaanMalaysia. Bangi

 Mohd Jaflus Bahari. 2008. Faktor-faktor yang mengahalang penglibatan pelajar


dalamkegiatan kokurikulum sukan di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan
Seremban.Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Maktab Perguruan
Islam. dalamhttp://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf (19 Mei 2015)
 Adnan Kamis (1988): Nilai-Nilai Murni dalam Aktiviti Kokurikulum Pergerakan
Beruniform Ke Arah Menghasilkan Insan yang Mantap lagi Seimbang Menurut
Falsafah KBSM. Kertas kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

 Saifullizam Puteh (2004): Pengurusan Kokurikulum. Universiti Tun Hussein Onn


Malaysia (UTHO).

Anda mungkin juga menyukai