Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat ini juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan dan merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Tujuan SPI diwartakan adalah sebagai satu peringatan dan tidak awal atau langkah keselamatan, sebagai langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna, selain sebagai satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta sebagai satu peraturan dan perlindungan. Sasaran SPI ini adalah untuk golongan pelajar, guru, pentadbira

sekolah, PPD dan juga JPN, selain memfokuskan juga kepada golongan ibubapa dan juga agensi luar ( NGO dan GO ). Dalam tugasan kali ini kami diminta untuk mengambil salah satu daripada SPI yang telah ada dan membuat ulasan berkenaan dengannya, setelah membuat penelitian dan sedikit bacaan, saya akhirnya memilih untuk membuat ulasan berkenaan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/198: Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan di Sekolah.

2.0 PENERANGAN KANDUNGAN SURAT PEKELILING IKHTISAS

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1989: Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1989 telah dikeluarkan secara rasmi pada tarik 3 Januari 1989 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat ini dikeluarkan bertujuan bagi menggalakan penglibatan murid-murid dalam kegiatan sukan di sekolah, ini kerana seperti yang telah dinyatakan dalam surat pekeliling tersebut, sebaik-baik saluran untuk membina kesihatan mental, jasmani, rohani dan emosi pelajar adalah melalui kegiatan sukan. Surat ini juga menyatakan bahawa kita seharusnya melihat bidang sukan adalah sama penting dengan bidang-bidang pendidikan yang lain. Selain itu juga SPI ini juga memperlihatkan kekecewaan KPM kerana terdapat keadaan dimana kegiatan sukan tidak disertai oleh sebilangan ramai pelajar dan hal ini tidak pula cuba diatasi atau diberikan penekanan oleh pihak pentadbir sekolah. Dalam surat ini, KPM telah menyenaraikan sebanyak empat perkara ataupun arahan yang perlu dipatuhi oleh pihak pentadbir sekolah. Yang pertama adalah melibatkan pelajar mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu jenis permainan ataupun olahraga, ataupun pelajar setidak-tidaknya turut serta dalam larian merentas desa, jogging ataupun perlumbaan jalan kaki. Yang kedua merupakan arahan kepada pihak sekolah untuk memperkemaskan perancangan dan pengurusan kegiatan sukan di sekolah supaya dapat mempertingkatkan lagi minat dan penyertaan pelajar dalam kegiatan sukan di sekolah. Arahan yang ketiga juga masih di tujukan kepada pihak sekolah, arahan ketiga ini menyarankan agar pihak sekolah menambah serta mempelbagaikan jenis kegiatan sukan di sekolah dengan memberikan penumpuan kepada kegiatan-kegiatan yang dapat melibatkan penyertaan pelajar yang ramai. Dan yang terakhir sekali KPM mengarahkan pihak sekolah

untuk menyediakan kemudahan dan peralatan setakat yang boleh bagi menggalakkan kegiatan sukan di kalangan pelajar.

3.0 REFLEKSI MENGENAI SURAT PEKELILING IKHTISAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1989: Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

Setelah membuat bacaan dan penelitian terhadap isi kandungan SPI tersebut, saya telah mengenal pasti terdapat empat isi utama yang terkandung dalam surat tersebut iaitu penglibatan pelajar sekurang-kurangnya dalan satu jenis permainan, kedua memperkemaskan perancangan dan pengurusan sukan di sekolah, yang ketiga menambah jenis kegiatan sukan si sekolah, yang keempat menyediakan kemudahan dan peralatan sukan. Secara keseluruhannya dapat kita lihat keempat-empat kandungan surat tersebut, tiga daripadanya berfokuskan kepada pentadbiran sekolah berkenaan bagaimana dan apa yang harus dilakukan bagi menggalakkan minat pelajar untuk menyertai atau melibatkan diri dengan sukan di sekolah, manakala satu berfokuskan murid ataupun pelajar itu sendiri. Aktiviti sukan dalam kalangan pelajar mampu membentuk pajar yang seimbang dalam semua aspek yang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani dan intelek. Antara maslahat penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam diri pelajar, ini dapat kita lihat melalui penglibatan diri pelajar dalam aktiviti persatuan ataupun pergerakan yang terdapat di sekolah seperti perkhemahan ataupun aktiviti-aktiviti berkawat dan lain-lain aktiviti yang beloeh dilakukan khususnya dengan penglibatan diri dalam badan-badan unit beruniform. Selain itu sukan juga mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Melalui aktiviti sukan pelajar dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain latar belakan dan budaya semasa menyertai sesuatu aktiviti. Di samping itu melalui aktiviti sukan juga, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit beruniform di sekolah, memerlukan kemampuan pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa perlu bergantung kepada orang lain

serta disiplin yang tinggi. Selain itu, seorang pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Ini kerana, pelajar-pelajar tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Selain daripada itu, aktiviti sukan juga dapat memjadikan sesorang

berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktiviti bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak capat berputus asa. Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini kerana, biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain computer game dan tidak akan menghabiska masanya untuk berplesiran di pusat membeli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu,

sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih berfaedah lagi. Ini sekali gus dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di dalam sekolah, selain mampu mengharumkan nama sekolah melalui penyertaan sukan dalam kalangan pelajar. Meskipun melalui sukan kita dapat memperolehi banyak faedah, namun tidak lupa juga bahawa setiap apa yang dirancangkan kadang-kadangan tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana terdapat beberapa kengkangan ataupun halangan yang dihadapi oleh pelajar mahupun pihak sekolah. Ini kerana terdapat sesetengah guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih menganggap kegiatan kokurikulum sebagai membuang masa, menambah perbelanjaan keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut tidak penting. Faktor-faktor mendorong kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah penyertaan guru-guru semasa mengendalikan kegiatan tersebut. Menurut Abu Bakar (1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting. Peranan serta penyertaan guru diperlukan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolahsekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Perlaksanaan kokurikulum di sekolah boleh dikatakan tidak mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelajar

dan guru. Kadangkala terdapat guru yang malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bersama pelajar apatah lagi untuk merancang programprogam yang berfaedah. Pendapat ini disokong oleh Abu Bakar (1991), di mana beliau menyatakan antara alasan guru untuk tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, terlalu banyak tanggungjawab yang dikendalikan oleh mereka dan ada juga guru yang merasakan mereka kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang yang ditugaskan. Selain itu, faktor pesekitaran dan dalaman sesebuah sekolah juga menjadi faktor penghalang dalam melaksanakan aktiviti sukan, sebagai contoh padang yang tidak diselanggarakan kurang menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti sukan, ini berlaku apabila sekolah mengalami masalah kekurangan peruntukan yang juga merupakan faktor pokok yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempergaruhi aspek pengurusan dan kemungkinan mengakibatkan komitmen sederhana. Faktor yang seterusnya adalah faktor kekurangan masa merupakan penghalang utama yang dihadapi oleh semua golongan pelajar sama ada di bandar ataupun luar bandar, sosio ekonomi tinggi mahupun sosio ekonomi rendah untuk menyokong terutama untuk turut serta dalam beberapa aktiviti sukan di sekolah juga menjadi penghalang. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan bilangan kelas juga amat mempengaruhi penglibatan dalam menyertai kegiatan sukan, selain faktor kekurangan kemudahan sukan ataupun terlalu ramai pelajar yang

menggunakan kemudahan tersebut atau lokasinya yang tidak bersesuaian. Meskipun begitu faktor masa juga merupakan faktor yang meghalang penglibatan Kebanyakan pelajar pelajar dalam terlalu kegiatan sibuk sukan dengan kerana aktiviti kekurangan berkaitan masa.

akademik

terutamanya pelajar yang terlibat dalam peperiksaan. Masalah kekurangan alatan yang tidak mencukupi adalah faktor halangan yang tidak menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatan didi dalam kegiatan sukan di sekolah. kemudian diikuti dengan masalah pengangkutan.

Faktor yang berkaitan dengan kemudahan dalam penggunaan alatan dan jadual pengunaan alatan merupakan faktor yang seterusnya merupakan halangan kepada pelajar ini kerana sesetangah pelajar tidak mampu membel alatan sukan yang mahal yang menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti aktiviti sukan. Selain itu, faktor pengetahuan pelajar tentang aktiviti juga memainkan faktor penghalang dalam penglibatan pelajar, ini berkemungkinan ketiadaan papan maklumat yang dapat memberi tahu berkenaan dengan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh pihak sekolah. Faktor ketakutan pelajar menghadapi kegagalan dalam peperiksaan juga antara sebab mengapa aktiviti sukan yang dilakukan tidak mendapat tempat di hati pelajar, bagi pelajar masa lapang mereka di isi dengan mengikuti kelas tuisyen dan belajar, ini didorong kuat dengan pengaruh ibu bapa yang berkemungkinan menginginkan anak-anak mereka fokus dengan pembelajaran lebih daripada bersukan.

3.0 REFLEKSI Syukur kehadrat Ilahi, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya dalam waktu telah ditetap. Tugasan kali ini sama sahaja seperti tugasan-tugasan yang lain, yang memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Semasa melakukan tugasan ini, pelbagai cabaran yang harus saya lalui, salah satunya apabila saya kekurangan bahan bagi menyiapkan tugasan ini, sumber rujukan yang terhadap membuatkan kami berlumba-lumba untuk mencari bahan rujukan di perpustakaan, dan alhamdulillah berkat usaha dari awal untuk mencari bahan saya akhirnya berjaya meminjam beberapa buah buku rujukan yang seterusnya saya gunakan dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu terdapat masalah yang datang daripada diri saya sendiri, akibat daripada tidak bijak dalam mengatur masa bagi menyiapkan tugasan saya akhirnya kelam kabut apabila tempoh menyiapkan tugasan hanya berbaki beberapa hari sahaja dari tarikh menghantar tugasan. Namun saya hanya panik seketika, dan mula menyiapkan baki tugasan dengan bersungguh-sungguh dan alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman suka dan duka, namun semua itu hanyalah sebagai sampingan, apa yang lebih penting adalah dapatan yang diperolehi daripada tugasan ini. Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai pendidik, namun guru juga harus mempunyai pelbagai kebolehan sebagai contohnya kemahiran dari segi memberikan ucapan di khayalak ramai. Kita tidak tahu bila kita akan dipanggil bagi memberikan ucapan, namun dengan adanya tugasan ini, sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk memberikan ucapan. saya bersyukur sepanjang 3 semester kami berada di Tuanku Bainun dan belajar berkenaan subjek sejarah kami masih lagi bertahan dan teguh dalam memperjuangkan nasib untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan berwibawa. Meskipun begitu, tiadalah gunanya kita melakukan sesuatu tanpa kesilapan, kerana kesilapan itu mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik,

Harapan saya moga tugasan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan serta teguran daripada pensyarah saya terima dengan rendah hati.

Anda mungkin juga menyukai