Anda di halaman 1dari 6

Faedah Menyertai Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum. Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Kebaikan Meyertai Kokurikulum


Badan yang sihat akan mempamerkan otak yang cerdas. Begitulah ungkapan yang menekankan kepentingan badan yang sempurna untuk melaksanakan kegiatan seharian. Dewasa ini, menyertai aktiviti badan beruniform merupakan cara yang efektif dalam menghasilkan insan sebegitu yang bukan sahaja produktif, malahan juga proaktif. Antara aktiviti-aktiviti badan beruniform yang dilaksanakan saban hari termasuklah aktiviti perkhemahan, merentasi hutan dan kembara duga. Aktiviti-aktiviti sebegini dilaksanakan dengan giat di dalam Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam dunia yang serba moden ini, aktiviti unit beruniform memainkan peranan yang amat penting dalam membina keperibadiaan individu. Antara kebaikan menyertai aktiviti termasuklah aktiviti ini akan meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Marcapada ini, para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak diri mereka. Antara aktiviti yang kerap dilaksanakan untuk membina peribadi individu termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan membina jati diri. Aktiviti sebegini kerap diaplikasikan supaya para pelajar arif tentang kepentingan menjaga keadaan tubuh badan dan juga minda. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara. Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga berupaya memupuk dan menggembur semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dalam diri seseorang pelajar. Para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan lebih sedar akan tanggungjawab yang harus dijunjung oleh mereka untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna. Aktiviti seperti membina khemah dan merentasi hutan bukan sahaja akan membina hubungan yang lebih erat antara para pelajar, malahan akan menanam sifat kepimpinan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka.Ringkasnya, mereka

kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat dan menjadi lebih berdisiplin. Selain hanya memupuk keperibadian yang seimbang, aktiviti badan beruniform turut menggalakkan pelajar mendalami pengetahuan asas bantuan kecemasan. Persatuan ataupun unit beruniform seprti St. John dan Persatuan Bulan Sabit Merah acapkali melaksanakan aktiviti untuk membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan aktiviti sebegini mampu membantu para pelajar dalam kehidupan saban hari. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform turut akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini akan memberi satu pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan dan sebaliknya memikirkan kebaikan yang akan ditawarkan oleh aktiviti kokurikulum sebegini. Sikap tidak acuh pelajar ini harus dikikis kerana aktiviti badan beruniform mempunyai banyak kebaikan yang berfadah untuk pelajar.

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga. Huraikan.
Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan . Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mew ajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarn ya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat. Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh y ang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era perseko lahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu me ngurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pela jar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiv iti yang berbeza iaitu kokurikulum. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang te lah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan mas a untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mul a menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, sy arikat dan mungkin juga negara. Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jeni s manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini se mua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar . Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan berunifor m akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kec emasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan . Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan a pabila mereka keluar dari sekolah. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa s ebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghal

ang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulu m kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.

Anda mungkin juga menyukai