Anda di halaman 1dari 1

Ketaatan anak hanya pada perintah ibu bapa

Rupanya masih ramai yang terkeliru antara ketaatan, penghormatan dan keutamaan
terhadap ibu bapa. Hukum asalnya anak-anak wajib mentaati ibu bapa berdasarkan al-
Quran dan Hadis. Di sini mereka mula keliru lalu anak-anak dengan senang-senang
memaki hamun ibu bapa yang membuat dosa dan maksiat.

Perlu dijelaskan di sini, mentaati adalah pada perintah, maknanya kalau ibu bapa
memerintah anak itu melakukan sesuatu maka wajiblah ditaati sama ada redha atau
tidak. Maka kalau ibu bapa suruh anaknya bercakap baik, wajiblah dia mentaatinya.
Kalau ibu bapa suruh anak itu beri sedekah kepada orang miskin maka wajib lah dia
memberi, kalau ibu bapa suruh anaknya belajar sungguh-sungguh wajiblah dia
mentaatinya. Tapi kalau dia suruh anaknya main judi, tak wajib taat, kalau ibu bapa
suruh anaknya beli rokok tidak wajib taat.

Persoalan sekarang, apabila anak tidak wajib taat perintah ibu bapa tersebut, bolehkah
mereka menengking atau membenci ibu bapanya? Anak-anak sama sekali tidak boleh
bertindak sedemikian terhadap ibu bapa. Sebaliknya anak-anak tetap wajib
menghormati ibu bapanya dalam keadaan apa sekali pun. Maknanya anak wajib
menghormati ibu bapanya sebagai ibu bapa, bukan kawan apatah lagi musuh.
Bercakap dengan sopan dan tidak meninggikan suara di hadapannya.

Jelas di sini, menghormati ibu bapa bukan sahaja pada keadaan dia memerintah tetapi
dalam semua keadaan. Sebagai contoh, isteri wajib taat kepada suaminya, dan tidak
wajib taat kepada ibu bapanya, namun dia tetapi wajib menghormati kedua-duanya.
Kalau begitu tentu tidak wajar anak menengking ibu bapanya apabila ibu bapa tidak
mahu mengikut kehendaknya. Ingatlah sikap anak ini adalah termasuk dalam kategori
anak derhaka.

Menyedari keadaan itu, si anak tidak boleh bersangka buruk kepada ibu bapanya.
Maka kalau ada desas desus orang lain menceritakan keburukan ibu bapanya dia wajib
mempertahankan ibu bapanya dan pada masa yang sama perlu mendapatkan
pejelasan ibu bapanya dengan cara terhormat. Kalau memang mereka bersalah
nasihatkan dengan baik agar bertaubat, bukan memulaukan mereka.

Apa yang disebut dalam hadis ini bukan isu mentaati atau menghormati tetapi di sudut
keutamaan antara kedua ibu bapa itu siapa yang lebih berhak diberi perhatian.
Rasulullah menetapkan bahawa ibu yang patut diberi keutamaan berbanding bapa.
Maknanya soal taat sama, soal menghormati sama, tetapi dalam soal keutamaan
berbeza. Jadi, jangan ada dalam kalanang umat Islam yang mengatakan anak wajib
lebih mentaati ibu daripada bapanya. Kesilapfahaman ini perlu diperbetulkan semula.

Anda mungkin juga menyukai