Anda di halaman 1dari 12

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

27200 KUALA LIPIS, PAHANG

TAJUK : konsep, prinsip asas dan NAMA PELAJAR : SHALINI A/P


RAVICHANDRAN
faktor-faktor perkembangan
NO KP: 961101065958
kanak-kanak. ANGKA GILIRAN : 2014112310039

KOD & NAMA KURSUS : UNIT : PISMP PENGAJIAN TAMIL


EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK
KANAK SEMESTER : 1/2015

NAMA PENSYARAH : ROZIKY EFFENDY TARIKH MULA : 18.08.2015


BIN REPIN
JABATAN : ILMU PENDIDIKAN TARIKH HANTAR : 17.09.2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : SHALINI RAVICHANDRAN / Angka Giliran Pelajar : 2014112310039


Tajuk tugasan : konsep, prinsip asas dan faktor-faktor perkembangan kanak-kanak.

Pensyarah : ROZIKY EFFENDY BIN REPIN Subjek / Kursus : EDUP3023 -


PERKEMBANGAN KANAK KANAK
Tarikh hantar : 17.09.2015 Tarikh Diterima : 18.08.2015
Pengakuan pelajar

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : __________________________ Tarikh: 17.09.2015

( SHALINI A/P RAVICHANDRAN)

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa Moderator
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki

Tandatangan: Tarikh : Tandatangan : Tarikh :


Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar : SHALINI RAVICHANDRAN Tarikh :17.09.2015


PENGHARGAAN
Saya SHALINI A/P RAVICHANDRAN dari unit PT PISMP Sem 1 Ambilan Jun 2015
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan yang ikhlas kepada
beberapa pihak yang berganding bahu bersama saya untuk tugasan ini iaitu Perkembangan
kanak kanak dengan sempurna dan baik.

Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari saya untuk bersyukur kepada hadrat Yang
Maha Esa kerana dengan limpah kurniaannya, saya dapat menyiapkan tugasan yang mencabar
ini dengan begitu baik sekali.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, En. Roziky Effendy Bin
Repin kerana beliau telah membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini
dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna dan baik.

Dalam masa yang sama, saya juga amat berbudi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
telah memberi dorongan dan sokongan dari segi moral dan kewangan untuk menyempurnakan
tugasan ini. Tidak terlupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
pelatih berkongsi idea dan pendapat dengan saya untuk memproses dan menyempurnakan
kerja kursus pendek ini.

Sekian terima kasih!

ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan

2. Pengenalan

3. Isi Kandungan

4. Analisis peringkat peringkat perkembangan sosioemosi


murid murid sekolah rendah berdasarkan Teori Erik
Erikson bagaimana guru menangani keadaan tersebut.
5.
Refleksi

6. Rujukan

7. Lampiran

PENGENALAN
Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-
kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti
berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu,
perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan
pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi
ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal
yang lebih kompleks yang lain. Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan
dengan peringkat-peringkat sebelum ini.

Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada
bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada
peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat dilihat beberapa
perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan
hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan
penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak
mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula,
mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih
kasar.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11 semakin
berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, menyepak,
menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik.
Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor.
Kemahiran perwakilan mendalan dalam tulisan juga semakin berkembang. Perlu diketahui
bahawa peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu
perempuan 2 tahun lebih awal.

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja,
pertumbuhan paling utama sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja
perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan
dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal
berbanding lelaki.

Teori perkembangan sosia-emosional diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 1994 )


yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Salah
satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan identiti ego. Identiti
ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita
sentiasa berubah ubah disebabkan oleh pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh
dalam interaksi harian kita dengan orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa
rasa kecekapan juga mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk,
orang itu akan merasai perasaan yang tidak mencukupi.

Beliau juga menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu


iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu:

i. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama

ii. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-


keperluan asas

iii. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu

iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi
dengan jayanya pada tahap berikutnya .

v. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan


tahap yang berikut

Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan gambaran dengan


menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan
peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa di dalam
setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian
psikologikal kerana konflik emosinya.

Peringkat pertama
1. > Rasa kepercayaan dibina dalam Bayi mestilah menjalinkan
tahun pertama hubungan kasih sayang serta
kepercayaan dengan pengasuh
>membina rasa kepercayaan secara atau sebaliknya membentuk
0 - 1 tahun(bayi) peringkat perasaan tidak percaya.
>membina rasa ketidakpercayaan
- Kepercayaan jika keperluannya tidak dapat
lawan ketidakpercayaan dipenuhi
>ketidakpercayaan akan membentuk
tingkah laku negatif

Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur
0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan
kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat
dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu
bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati.

Peringkat kedua

1 -3 tahun - Keinginan memiliki kuasa Perkembangan kanak-kanak


(awal kanak-kanak) - keinginan membuat sesuatu dengan daya
pada tahap ini tertumpu kepada
perkembangan kemahiran
usaha sendiri fizikal seperti berjalan dan
- Autonomi Lawan Malu/Ragu - merasa malu jika tidak diberi kuasa pelbagai lagi. Rasa percaya
- merasa malu didepan orang kepada keupayaan diri timbul
- merasa takut melakukan kesalahan. jika berjaya dan menerima
sokongan. Sekiranya gagal
mereka akan ragu-ragu
terhadap keupayaan diri

Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak
berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk
melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-
kanak yang ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan
sebagainya.

Peringkat ketiga
belajar cepat Kanak-kanak pada tahap ini
3-6 tahun akan cuba berdikari melakukan
( awal kanak bergerak cepat sesuatu dan jika gagal
kanak tadika ) perasaan bersalah akan
merasa serba salah jika ketawa timbul. Mereka meneroka
- Inisiatif lawan serba salah persekitaran dan mencuba
membina sikap negatif jika merasa serba kemahiran-kemahiran baru.
salah

Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-
kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap
berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka
dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku.
Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala,
kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin
terhadap dirinya sendiri.

Peringkat keempat

6-11 tahun keinginan menguasai


( kanak-kanak) sesuatu Kanak-kanak mesti menghadapi
pembelajaran kemahiran baru atau
- kerajinan lawan rasa rendah diri. keinginan berjaya sebaliknya menghadapi risiko
perasaan rendah diri, kegagalan
menguasai kemahiran asas dan tidak cekap. Kemahiran yang
fizikal dan sosial diperoleh berkisar di alam
persekolahan.Kanak-kanak yang
gagal dalam peringkat ini akan
memerlukan peneguhan merasa rendah diri dan tiada
positif/ penghargaan keupayaan bukan sahaja terhadap
terhadap tugas yang pencapaian akademik tetapi juga
disempurnakannya dalam hubungan sosial dengan
individu di persekitaran mereka
merasa komplek rendah
diri jika dikritik

Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud
pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi
peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika
menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada
kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya
untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas.

Peringkat kelima

Cuba memahami diri Remaja mesti berjaya


mencari identiti dalam
menghadapi krisis identiti pelbagai aspek seperti
12-20 tahun pekerjaan, peranan jantina,
(remaja) sensitif kepada perubahan social, dan sebagainya jika
badan dan imej diri tidak perasaan rendah diri
- Identiti lawan keliruan akan timbul. Mereka akan
identiti meniru identiti orang lain di
persekitaran.

Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak
yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam
personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka
keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran
sosial mereka.

Peringkat keenam
21-25 tahun berusaha terus Pada tahap ini manusia
(Awal Dewasa) mencari identity akan membentuk
keintiman dalam
- Kemesraan lawan keterasingan berusaha membentuk perhubungan menuju ke
ikatan kemesraan alam perkahwinan serta
membina kerjaya,
sesetengah individu sekiranya gagal akan
yang gagal kerana merasa terasing dan
pengalaman kecewaan, tersisih. Individu pada
terus keterasingan peringkat ini sudah
berupaya menjaga dan
melindungi individu lain
(suami/isteri dan anak)
tanpa hilang identiti diri

Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an
mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih. Individu ini mula
mengenali diri sendiri. Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan
intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini
sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau isteri dan anak) tanpa hilang
identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan
menghindari perhubungan dengan orang lain

Peringkat ketujuh

26-60 tahun Generativiti bermaksud Kehidupan berkeluarga dan


memberi sumbangan kerjaya yang baik dapat
kepada generasi memuaskan hati, atau
berikutnya atau sebaliknya akan membawa
melakukan aktiviti kepada perasaan
produktiviti mementingkan diri serta
hanya memusatkan kepada
individu akan merasa perkembangan atau aktiviti
kecewaan kerana gagal diri. Mereka yang tidak dapat
dalam pencapaian yang membentuk keintiman akan
bermakna. rasa terasing dan akan
menghindari perhubungan
dengan orang lain
Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam
lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk
memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati
sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga akan
menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada
perasaan kecewa dan tidak berpuas hati serta mementingkan diri sendiri.

Peringkat kelapan

61 ke atas tahun Integriti adalah hasil Merupakan kemuncak


kebangaan terhadap perkembangan iaitu
kehidupan yang berkaitan dengan kejayaan
berharga hidup berkeluarga dan karier
akan menimbulkan
orang tua yang kurang kepuasan dalam diri.
puas hati dengan Perkara sebaliknya jika
kehidupannya akan gagal akan membawa
takut mati. kepada kedukaan dan
kekecewaan di hari tua dan
berputus asa dengan
kehidupannya.
Peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang
menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui
pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya malaui segala krisis
perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua.

Peringkat keempat merupakan peringkat sosioemosi murid murid sekolah rendah. Iaitu
peringkat kerajinan lawan rasa rendah diri. Pada peringkat ini kanak-kanak perlu menyalurkan
tenaga mereka kepada perkara yang baik. Dengan ini guru akan memberi tugasan tugasan
yang mencabar bagi murid murid mereka berdasarkan pembelajaran. Ini akan menyalurkan
tenaga mereka kepada perkara yang memberi faedah. Ketekunan mereka mampu
dipertingkatkan melalui tugasan yang bertujuan. Melalui ketekunan, kanak-kanak
berkeupayaan untuk melakukan sesuatu.

Peringkat ini merupakan kunci kepada perkembangan sikap yang rajin dan keinginan
melakukan aktiviti yang berfaedah sahaja. Guru menangani ini dengan mengadakan aktiviti
diluar kelas yang agak menarik perhatian pelajar pelajar sekalian. Sebagai contoh, guru sains
bolehlah membawa murid murid ke zoo apabila mengajar tentang binatang. Apabila murid di
sekolah melakukan aktiviti ataupun guru melakukan quiz, pelajar haruslah memberi perhatian
dan mengambil tempat dalam aktiviti aktiviti tersebut. Dengan menyertai aktiviti di kelas guru
boleh memberi hadiah kepada pemenang sebagai tanda kepujian. Kanak-kanak akan berasa
rendah diri sekiranya tidak diberi galakkan kerana kurang keyakinan diri. Justeru itu, aktiviti
berfaedah yang dijalankan oleh kanak-kanak hendaklah sentiasa dipuji dan digalakkan agar
sikap ketekunan dapat dipupuk.

(1430 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai