Anda di halaman 1dari 31

BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

Individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental di samping kemahiran yang rendah dari segi tingkah laku penyesuaian. Kanak-kanak yang mengalami perkembangan minda dan daya fikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelektual dan sosial. Kanak-kanak yang megalami masalah kecacatan yang minima tidak dapat dikesan semasa kecil.

Memperolehi skor Ujian IQ bawah 70 -75. Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah terencat akal dapat dikenalpasti berdasarkan 3 kriteria:
1. Kefungsian intelek 2. Lemah tingkah laku suaian 3. Kelihatan semasa kanak-kanak sehingga usia 18 tahun

TAHAP KERENCATAN AKAL RINGAN SEDERHANA TERUK SANGAT TERUK

UKURAN KECERDASAN MENTAL (IQ) 50 70 35 49 20 34 BAWAH 20

MASALAH BAHASA KK TERENCAT AKAL CIRI-CIRI KK TERENCAT AKAL

IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA

BAHASA KK TERENCAT AKAL

ASPEK PSIKO-MOTOR
Tiada masalah dari segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan. Bentuk badan dan koordinasi motor kanakkanak ini tidak banyak berbeza dengan kanakkanak normal. Kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus.

Mempunyai keupayaan mental yang rendah. Mempunyai masalah ingatan kerap terlupa. Kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek. Tiada kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran yang lemah Pencapaian akademik adalah rendah.

ASPEK KOGNITIF

ASPEK AFEKTIF

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu.
Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan motivasi rendah
Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanakkanak biasa

Masalah fonologi dan morfologi


kesukaran dalam penghasilan pertuturan (artikulasi) kurang konsonan yang berkelompok konsonan terakhir dipotong Contoh: Bola ola Makan aka Nyanyuk - ayuk

Masalah sintaksis
lebih susah membina bahasa atau ayat umur mental berpadanan dengan struktur sintatik

Semantik
mengalami masalah penaksiran semantik tidak dapat memahami ungkapan kiasan mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif

Masalah pragmatik
lambat untuk menghurai dan memahami pertuturan perbuatan atau arahan orang lain menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka.

IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA KANAKKANAK TERENCAT AKAL


Kaedah penilaian bahasa

Strategi intervensi yang spesifik

Keberkesanan komunikasi

Definisi intervensi bahasa


Intervensi bahasa merupakan program atau strategi atau aktiviti yang menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman bahasa sebenar dengan bimbingan dan bantuan. Ia bertujuan agar mereka berupaya menggunakan bahasa dengan baik tanpa berlaku sebarang gangguan dalam kehidupan seharian.

Kaedah Penilaian Bahasa

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Penilaian melalui portfolio

Penilaian melalui pemerhatian

1. Penilaian melalui portfolio


Portfolio atau fail yang mengandungi bahan- bahan yang dikumpul melalui proses pembelajaran untuk menjelaskan perkembangan kognitif kanak- kanak terhadap sesuatu tugasan yang mereka lakukan. Ia juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan.

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan perancangan dan pelaksanaan penilaian yang teliti

Pemilihan maklumat dari fakta bermula di peringkat awal hingga akhir

Ciri- ciri portfolio

Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik

Portfolio kerja harian Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam jangka waktu yang diberi

Jenis portfolio

Portfolio dokumen Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan

portfolio hasil terbaik Dipilih bardasarkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian

Kepentingan portfolio
Membolehkan guru membuat penilaian berdasarkan bukti yang direkodkan Mengawal atau memantau perkembangan dan pembelajaran kanak- kanak ini Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, rekod pelaksanaan tugasan dan pencapaian hasil kerja pelajar Membolehkan penilaian tentang usaha dan aplikasi dapatan.

2. Penilaian melalui pemerhatian


Pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan. Cara ini boleh dilaksanakan secara senarai semak,atau rekod profil. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Pemerhatian dilakukan mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatiakan atau dinilai

Memerhatian tanpa membuat tafsiran atau tanggapan Melaporkan apa sahaja yang dilihat

Jenis pemerhatian
Memerhati apa yang telah dirancang secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan

Memerhati untuk jangka pendek atau panjang Penilaian dalam bentuk susuanan

Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti/ dirancang Refleksi tentang pengalman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. Menggunakan senarai semak Strategi Pelaksanaan

Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.

Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian.

Fungsi penilaian melalui pemerhatian


Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. Guru dapat membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor,dan pendidik.

Strategi/ Teknik Intervensi Yang Spesifik


Menggalakkan murid-murid meniru perkataan dan ayat ketika berinteraksi didalam bilik darjah. Mengarahkan murid-murid membina ayat sekurangkurangnya 5 patah perkataan setiap hari berdasarkan perkataan yang diberi oleh guru. Elakkan memberi perkataan yang sukarkerana bimbang jika murid tidak mampu membina ayat.

Menyediakan pelbagai aktiviti permainan bahasa. Guru juga perlu menerangkan maksud perkataan kepada murid terlebih dahulu bertujuan untuk membantu murid memahami dengan lebih baik. Guru perlu banyak menggalakkan murid untuk mengekspresikan idea dan berkongsi pendapat.

Guru haruslah memberi maklum balas yang segera terhadap pencapaian atau kelemahan bahasa murid supaya murid sedar terhadap kemampuan mereka.
Menggalakkan murid supaya bertanya didalam bilik darjah ketika guru mengajar atau melakukan aktiviti kelas. Guru perlu merancang dan menetapkan jangkaan atau harapan terhadap pencapaian murid dalam jangka masa tertentu

Menggalakkan murid-murid berlatih menggunakan bahasa terutamanya di dalam bilik darjah. Guru perlu mempelbagaikan strategi mengajar Beri masa kepada murid berfikir untuk menjawab soalan yang diberikan.

Keberkesanan Komunikasi
Seperti yang kita ketahui, antara ciri- ciri kanakkanak terencat akal ialah mengalami masalah komunikasi. Oleh itu, terdapat tiga cara yang ditekankan untuk membantu kanak- kanak yang bermasalah komunikasi ini. Antaranya ialah:
Terapi pertuturan

Pendekatan interaktif

Komunikasi alternatif

i) Terapi pertuturan
Ahli terapi akan membantu murid berdasarkan penilaian yang dibuat terhadap keperluan mereka. Terapi tersebut akan dijalankan samada secara individu atau berkumpulan. Antara teknik terapi yang biasa digunakan ialah teknik main peranan. Melalui teknik tersebut, ahli terapi akan mengembangkan tindak balas murid dan menunjukkan sebutan dan penggunaan bentuk bahasa yang betul

ii) Pendekatan interaktif


Melibatkan individu seperti ibu bapa atau guru yang akan menggunakan dorongan semulajadi kanak- kanak untuk bercakap perkara yang mereka rancang dan sedang lakukan atau permainan yang mereka sukai. Kebiasaannya ia dilakukan semasa murid sedang makan atau bermain untuk menggalakkan mereka bertutur.

iii) Komunikasi alternatif


Ada sesetengah kes dimana, kanak- kanak ini langsung tidak boleh bertutur. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka. Komunikasi alternatif atau bantuan komunikasi adalah melibatkan pendekatan seperti penggunaan bahasa isyarat, alat latihan komunikasi yang dicipta khas dan penggunaan teknologi komputer.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai