Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan landasan utama pembentukan Kurikulum


PERMATA Negara dalam usaha membentuk dan melahirkan kanak-kanak sebagai modal
insan yang berkualiti tinggi melalui Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dasar Asuhan dan
Didikan Kanak-kanak Kebangsaan yang telah diluluskan memberi penekanan kepada
penyediaan pendidikan dan asuhan berkualiti kepada kanak-kanak sejak lahir sehinggalah 4
tahun.

Kurikulum PERMATA Negara yang dibentuk adalah bermatlamatkan kepada


pengembangan kemahiran dan peribadi kanak-kanak sebagai persediaan mereka untuk
memasuki persekolahan formal. Kurikulum PERMATA Negara adalah satu garis panduan
kepada pengusaha dan pendidik TASKA dalam melaksanakan peranannya untuk
membangungkan kecemerlangan potensi dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Melalui Kurikulum PERMATA Negara tersebut, banyak hal yang dititikberatkan dari segi
kaedah, pemberian pengalaman pembelajaran, penyediaan asuhan yang holistik,
perancangan aktiviti dalam usaha menaksir perkembangan kanak-kanak, dan mengadakan
kerjasama bersama ibubapa.

Melalui Kurikulum tersebut, terdapat beberapa bidang Pembelajaran PERMATA


yang telah dibentuk dan dirancang dalam usaha membentuk perkembangan kanak-kanak
yang holistik termasuklah Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian,
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal, Perkembangan Awal Matematik dan
Pemikiran Logik, Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran,
Perkembangan Fizikal dan Psikomotor, dan Perkembangan Kreativiti dan Estetika. Satu
daripada bidang Pembelajaran PERMATA tersebut akan dibincangkan.

1
2.0 BIDANG PEMBELAJARAN PROGRAM PERMATA

Program PERMATA mempunyai beberapa Bidang Pembelajaran utama yang telah melalui
proses perancangan dalam usaha membantu perkembangan kanak-kanak dalam enam (6)
aspek yang menjadi fokus Kurikulum PERMATA iaitu ;

1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian


2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
3. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
4. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
5. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Perkembangan Sahsiah,
Sosioemosi & Kerohanian

Perkembangan Bahasa,
Komunikasi & Literasi

Perkembangan Awal Matematik


& Pemikiran Logik
BIDANG PEMBELAJARAN
PROGRAM PERMATA
Perkembangan Deria &
Pemahaman Dunia Persekitaran

Perkembangan Fizikal &


Psikomotor

Perkembangan Kreativiti dan


Estetika

Peta Minda 1 : Bidang Pembelajaran Program PERMATA

2
2.1 Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Perkembangan Fizikal dan Psikomotor merupakan bidang pembelajaran yang fokus


kepada perkembangan kemahiran fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang berumur
0-4 tahun. Tujuan perkembangan itu adalah untuk melihat dan membolehkan kanak-
kanak mengawal anggota tubuh badan mereka dengan lebih berkesan dan efektif.

Kemahiran fizikal yang dimaksudkan adalah yang berkaitan dengan


pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak, kekuatan dan kecergasan dalam
menjalankan aktiviti pembelajaran yang dirangka oleh PERMATA. Manakala
kemahiran psikomotor pula kemahiran yang melibatkan pengukuhan dan kemahiran
menggunakan motor kasar dan motor halus, koordinasi mata dan tangan yang
bertujuan untuk mengawal anggota badan selain mengurus diri.

Sesuatu perkembangan fizikal kanak-kanak telah dijelaskan melalui Bidang


Pengasuhan Kanak-kanak yang berfokuskan kepada pemakanan sihat, latihan
mengurus diri, senaman selain kesihatan dan kebersihan. Ia akan fokus kepada
perkembangan psikomotor iaitu kemahiran motor kasar dan motor halus selain
koordinasi mata, tangan dan kaki seseorang kanak-kanak.

2.1.1 Perkembangan Motor Kasar

Kebolehan kanak-kanak dalam menggunakan otot-otot besar yang terdapat pada


anggota tubuh badan mereka seperti otot kaki, berlari, menyepak bola dan
sebagainya merupakan perkembangan motor kasar seseorang kanak-kanak.

Proses merangkak seseorang bayi seusia 6 bulan satu proses


perkembangan motor kasar. Hal ini kerana, bayi seusia itu akan menggunakan otot-
otot besar pada kaki dan tangan untuk proses mengangkat badan dan
mengimbangnya dalam bentuk pergerakan.

3
Dari segi latihan untuk motor kasar, ia lebih kepada latihan berlari, melompat,
menyepak, melontar, memanjat dan melambung. Sebagai contoh, apabila kanak-
kanak berlari sambil membuat sepakan pada bola, kanak-kanak tersebut sedang
menggunakan koordinasi mata dan kaki dalam usaha membolehkannya melakukan
latihan atau aktiviti tersebut. Melompat sambil menangkap bola juga membolehkan
kanak-kanak menggunakan koordinasi mata, kaki dan tangan.

2.1.2 Perkembangan Motor Halus

Kebolehan kanak-kanak dalam memanipulasi objek yang kecil seperti memegang


pensel untuk melukis, menggunting, mengutip benda kecil selain membutang baju
dan sebagainya adalah satu bentuk kemahiran motor halus. Kemahiran motor halus
ini memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik disebabkan kanak-kanak
perlu menggunakan penglihatan kanak-kanak yang tepat ke arah objek atau garisan
yang hendak digunting dan sebagainya.

Otot-otot pada jari dan tangan kanak-kanak dalam mengawal aktiviti seperti
menggunting adalah diperlukan. Latihan motor halus boleh dilakukan seperti melukis
dan mewarna dengan menggunakan berus dan kecil dalam usaha membantu pincer
grip untuk kemahiran menulis. Bagi bayi, boleh menggunakan Peg Puzzle untuk
memberi peluang kepada bayi untuk menggunakan jari dan ibu jari untuk memegang
tombol pada kepingan puzzle. Permainan doh juga memberi latihan kepada motor
halus kanak-kanak disebabkan kanak-kanak berpeluang untuk menguli dan
membentuk apa saja yang mereka kehendaki. Latihan atau aktiviti menguntai manik
akan memberi perkembangan yang baik untuk koordinasi mata dan tangan kanak-
kanak disebabkan ia akan membuatkan kanak-kanak akan fokus kepada aktiviti yang
mereka lakukan.

4
2.1.3 Hasil Pembelajaran Bidang Perkembangan Fizikal dan Psikomotor, dan
Aktiviti Cadangan

Bagi kanak-kanak yang berkembang dari segi Fizikal dan Psikomotor, mereka akan
membesar dan berkembang selaras dengan kecergasan selain mahir dalam
memanipulasi permainan yang berbentuk peralatan. Mereka akan mahir dalam
menggunakan pensel, menggunting, menguntai dan sebagainya disebabkan mereka
telah menguasai kemahiran koordinasi mata, tangan dan kaki.

Penguasaan kemahiran koordinasi mata, tangan dan kaki tersebut juga akan
memberi perkembangan positif kanak-kanak dari segi menangkap bola, mengikat
tali, membaling bola selain meletakkan sesuatu benda tepat pada sasaran dan
sebagainya. Melalui kemahiran-kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak ini akan
menjadikan mereka seseorang yang berkeyakinan, minat untuk belajar dan
sebagainya.

Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 0 – 6 Bulan

Umur Kanak-kanak Hasil Pembelajaran dan Aktiviti Cadangan

0 – 6 Bulan 1. Mencapai objek di depan mata


2. Mengangkat dagu dan dada apabila meniarap
3. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan.
4. Memusing kepala menghala datangnya bunyi atau
rangsangan
5. Bergerak ke arah objek/mainan
6. Menggenggam objek dengan tangan dan jari
7. Menggunakan tangan dan jari untuk bermain

Jadual 1 : Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 0 – 6 Bulan

5
Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 6 – 12 Bulan

Umur Kanak-kanak Hasil Pembelajaran dan Aktiviti Cadangan

6 – 12 Bulan 1. Duduk bersendirian tanpa bantuan, kemudian boleh


mengangkat badan untuk merangkak, kemudian
berdiri dengan bantuan, dan akhirnya berjalan
tanpa bantuan.
2. Memanjat dan mencapai objek-objek yang
berdekatan
3. Memegang objek besar (botol susu) menggunakan
ibu jari dan jari telunjuk - genggaman pincer
(cubitan).
4. Menconteng secara bebas.

Jadual 2 : Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 6 – 12 Bulan

Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 1 – 2 Tahun

6
Umur Kanak-kanak Hasil Pembelajaran dan Aktiviti Cadangan

1 – 2 Tahun 1. Mengawal keseimbangan badan dan berjalan


mengikut garisan lurus
2. Berjalan perlahan, laju dan berhenti, berlari,
menaiki dan menuruni tangga (dengan
pengawasan), melompat dengan dua kaki,
menyepak dan menendang.
3. Meningkatkan lebih banyak kemahiran motor halus
seperti memungut objek yang terjatuh, memegang
sudu, cawan, krayon, mencakar dan menconteng,
membalikkan muka surat pada buku, menggunting
dan melekatkan gambar, mewarna dan melukis.
4. Meningkatkan kebolehan menggunakan motor
halus dan koordinasi mata-tanganuntuk menolak
dan menarik, memanjat, mengayuh basikal roda
tiga, membaling bola dan menuang air,
memasukkan objek-objek ke dalam bekas pada
jarak yang ditentukan, menyusun blok dan
sebagainya

Jadual 3 : Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 1 – 2 Tahun

7
Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 2 – 3 Tahun

Umur Kanak-kanak Hasil Pembelajaran dan Aktiviti Cadangan

1. Meningkatkan kemahiran keseimbangan badan,


2 – 3 Tahun memanjat naik dan turun tangga dengan yakin,
mengayuh basikal roda tiga dengan lebih cekap,
boleh berlari perlahan, laju dan berhenti, boleh
melompat halangan yang kecil, menendang bola
dan berenang.
2. Meningkatkan koordinasi mata-tangan dan motor
halus seperti kemahiran:
3. Membasuh dan mengeringkan tangan
4. Memegang permainan dan memungutnya apabila
terjatuh
5. Makan dan minum, memakai baju sendiri,
memberus gigi, mengurus diri di tandas
6. Meramas dan membentuk doh/tanah liat
7. Membaling dan menangkap bola
8. Memegang pensel, krayon atau berus lukisan,
melukis garis menegak dan melintang, melukis
bulatan, mewarna, menyambung titik (dot-to-dot),
menguntai manik/straw
9. Menyusun blok dan menggunting.

Jadual 4 : Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 2 – 3 Tahun

Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 3 – 4 Tahun

8
Umur kanak-kanak Hasil Pembelajaran dan Aktiviti Cadangan

3 – 4 Tahun 1. Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor


halus serta koordinasi mata tangan,
merangsangkan kanak-kanak menjalankan aktiviti
seperti:
2. Berjalan secara berundur, melompat dengan satu
kaki dan berjengket
3. Mengayuh basikal roda tiga
4. Memanjat dan bergayut, bermain gelongsor,
mengayun buaian
5. Membaling, menyambut, melambung dan melantun
bola, menendang bola ke dalam gol
6. Membaling dan menyambut pundi kacang dengan
menggunakan dua belah tangan dan sebelah
tangan
7. Membuka muka surat buku dari satu muka ke muka
yang lain
8. Makan dan minum sendiri, menggunakan sudu
dengan yakin
9. Memakai pakaian sendiri, memasang dan
membuka butang pakaian sendiri
10. Memegang krayon dan melukis, menggunting
kertas, melukis orang dengan kepala, badan dan
kaki
11. Mencantum puzzle
12. Berenang.

Jadual 5 : Hasil Pembelajaran Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak 3 – 4 Tahun

9
3.0 RUMUSAN

Kurikulum PERMATA Negara secara keseluruhannya menyediakan program asuhan dan


pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu selaras dengan matlamat pembentukannya.
Selain memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman
pembelajaran awal kanak-kanak yang berkualiti dalam usaha melahirkan modal insan yang
mempunyai kemantapan sahsiah, rohani, intelek yang tinggi, budaya, patriotism dan
pengamalan hidup sihat, kurikulum ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
berkembang selaras dengan bidang Pembelajaran Program PERMATA Negara.

10
RUJUKAN

Aminah Ayob et al. (2013). Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara.
Modul Pendidik/Pengasuh. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Aminah Ayob et al. (2008). Kurikulum PERMATA. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak
0 – 4 Tahun. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siti Azizah Sheikh Abod et all. (2013). Kurikulum PERMATA. Panduan Pendidikan Awal
Kanak-kanak 0 – 4 Tahun. Cetakan Ketiga. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak
(PERMATA). Jabatan Perdana Menteri

11

Anda mungkin juga menyukai