Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Bahasa merupakan komunikasi yang penting dalam suatu kehidupan. Melalui bahasa,
manusia dapat berinteraksi dan menjalankan kegiatan harian dengan lancar disebabkan
dapat maklumat dapat disampaikan dengan jelas. Bagi kanak-kanak bahasa merupakan
satu kemahiran yang membolehkan kanak-kanak dalam usaha menyusun dan melontarkan
pendapat, idea dan pengalaman mereka. Perkembangan dan penggunaan bahasa adalah
sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi antara satu dengan yang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) menyatakan bahawa bahasa adalah
satu sistem lambing bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia. Menurut Asmah Hj, Omar (1988), bahasa ialah firasat atau
petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya iaitu
cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut.

Kepentingan bahasa kepada kanak-kanak perlu diberikan penekanan. Hal ini


disebabkan bahasa akan membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih baik
dan tepat dalam usaha membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran interpersonal
mereka. Kanak-kanak akan belajar menyusun gambaran pemikiran yang akan membantu
mereka dalam proses pembelajaran. Perkembangan bahasa kanak-kanak akan dapat
dikembangkan melalui perancangan aktiviti yang dilakukan kepada mereka. Janet Fellowers
& Grace Oakley (2014) dalam Language Literacy and Early Childhood Education
menjelaskan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kemahiran berbahasa dalam kalangan
kanak-kanak mengikut peringkat umur.

1
2.0 PERKEMBANGAN BAHASA MENGIKUT PERINGKAT UMUR

Janet Fellowers & Grace Oakley (2014) dalam Language Literacy and Early Childhood
Education menjelaskan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan kanak-kanak mengikut peringkat umur. Berdasarkan buku tersebut telah
menyenaraikan perkembangan bahasa mengikut peringkat umur. Terdapat 5 peringkat umur
yang dinyatakan dan peringkat umur tersebut seperti ;

Peringkat 1
(Pra-Bahasa)

Baru Lahir (4 Minggu Awal)


2 – 3 Bulan
4 – 6 Bulan
7 – 11 Bulan
Peringkat 2
(Ucapan Bahasa)
Peringkat 5
(Ucapan Bahasa) 1 – 2 Tahun
PERKEMBANGAN
6 – 8 Tahun BAHASA MENGIKUT Peringkat 3
PERINGKAT UMUR (Ucapan Bahasa)

2 – 3 Tahun
Peringkat 4
(Ucapan Bahasa)

3 – 4 Tahun
4 – 5 Tahun
5 – 6 Tahun

Peta Minda 1 : Perkembangan Bahasa Mengikut Peringkat Umur

2
2.1 Peringkat 1 (Pra-Bahasa)

Pada Peringkat 1 (Pra-Bahasa) menurut Janet Fellowers & Grace Oakley (2014) dalam
Language Literacy and Early Childhood Education, kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-
kanak yang berusia seawal 0 hingga 4 minggu, 2 hingga 3 bulan, 4 hingga 6 bulan, dan 7
hingga 11 bulan.

Pada peringkat ini, bayi berada dalam proses bercakap tanpa bunyi. Bayi yang baru
lahir (4 minggu awal) hanya mendengar bunyi di sekitar mereka dan kemudian mereka
membezakan bunyi. Mereka hanya akan memberikan respon seperti menangis untuk
menunjukkan keperluan dan emosi mereka. Manakala bayi pada peringkat umur 2 hingga 3
bulan, mula bercakap dengan mengeluarkan bunyi tetapi bukan perkataan. Bayi pada usia
ini akan lebih seronok mendengar suara yang biasa mereka dengari terutamanya suara
ibubapa. Bayi akan mula memberikan senyuman apabila melihat orang yang dikenali dan
memberi perhatian kepada suara yang baru mereka kenalpasti.

Seterusnya pada peringkat usia 4 hingga 6 bulan, mereka bercakap yang


mengeluarkan bunyi tetapi bukan perkataan. Mereka berkebolehan untuk membezakan
bahasa sendiri dengan yang lain dan memberikan respon kepada perkataan seperti “jangan”
dan sebagainya. Kanak-kanak pada peringkat ini mula tertarik dengan bunyi-bunyian di
persekitaran mereka dan seronok dengan permainan yang boleh mengeluarkan bunyi
bising, muzik, dan bunyi-bunyian harian yang mereka dengar. Mereka juga mula membuat
eksperimen terhadap bunyi yang mereka buat melalui mulut mereka sendiri. Mereka juga
mula mengeluarkan bunyi babbling iaitu menggunakan bibir untuk menghasilkan bunyi.

Pada usia 7 hingga 11 bulan pula, mereka bercakap yang mengeluarkan bunyi tetapi
bukan perkataan. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula memberikan respon kepada
soalan yang mudah dan mengenalpasti nama objek yang biasa mereka lihat di persekitaran
mereka. Mereka sangat responsive apabila bercakap dan memberi perhatian apabila nama
mereka dipanggil. Mereka sudah mula faham dan berorientasikan interaksi mata. Kanak-
kanak pada usia ini sudah mula meniru bunyi dan mengucapkan perkataan yang tidak
masuk akal yang kedengarannya seperti intonasi yang betul. Ia dipanggil sebagai
Halophrastic Speech. Contohnya cucu yang merujuk kepada susu.

3
2.2 Peringkat 2 (Ucapan Bahasa)

Pada peringkat ini, usia kanak-kanak yang terlibat adalah 1 hingga 2 tahun dan mereka
bertutur satu perkataan. Kebolehan kanak-kanak dalam berkomunikasi mengalami
perkembangan yang cepat. Kefahaman mereka berkaitan ayat dan struktur sintaksif
meningkat dengan sangat cepat dan dapat dilihat melalui kebolehan kanak-kanak dalam
mengenalpasti gambar di dalam buku apabila disebut. Mereka boleh memahami arahan
ringkas dan memberi reaksi kepada arahan yang mudah.

Kanak-kanak pada usia 18 bulan, mereka akan mengeluarkan 5 hingga 50 patah


perkataan dan mula untuk mengajuk orang di sekeliling mereka. Mereka juga akan
menerima perbendaharaan kata sehingga 100 hingga 300 patah perkataan. Pada peringkat
usia ini kanak-kanak sudah mula untuk mencuba menyanyi dan berminat untuk mendengar
cerita. Pada usia mereka mencecah 2 tahun, mereka akan mula untuk bertutur
menggunakan dua hingga 3 patah perkataan dan sebutan mereka lebih jelas.

2.3 Peringkat 3 (Ucapan Bahasa)

Pada peringkat ini, usia kanak-kanak yang terlibat adalah 2 hingga 3 tahun dan mereka lebih
kepada pembuatan ayat kepada frasa. Kanak-kanak pada usia ini lebih gemar mendengar
irama dan cerita. Mereka sudah mula memahami arahan yang memerlukan dua bentuk
aktiviti seperti mengambil bola dan menendangnya ke gawang gol. Kanak-kanak seusia ini
memahami konsep yang berlawanan seperti besar atau kecil, luar atau dalam dan
sebagainya.

Pada usia mereka memasuki 2 tahun, kanak-kanak ini akan mengeluarkan 50 hingga
200 patah perkataan dan ayat yang mereka tuturkan adalah ayat yang mudah.
Perbendaharan mereka juga berkembang dengan cepat. Ketika memasuki usia 3 tahun,
mereka akan menuturkan dan mengeluarkan 200 hingga 1000 patah perkataan dan
mengajukan pelbagai soalan. Kebanyakkan mereka telah mengalami perubahan dalam
kebolehan mereka untuk melibatkan diri melalui interaksi sosial dengan yang lain dan
melalui perbualan yang mudah mereka akan secara bergilir-gilir untuk mendengar dan
bercakap.

4
2.4 Peringkat 4 (Ucapan Bahasa)

Pada peringkat ini, usia kanak-kanak yang terlibat adalah 3 hingga 4 tahun, 4 hingga 5
tahun, dan 5 hingga 6 tahun. Kanak-kanak pada lingkungan usia ini, perkembangan bahasa
mereka lebih jelas dengan menggunakan ayat yang mudah dan lengkap. Mereka akan
mengeluarkan perbendaharaan sehingga mencapai 10,000 patah perkataan.

Kanak-kanak pada usia ini mengalami perkembangan dari segi sebutan perkataan
dan ayat dengan jelas dan mudah untuk mengikuti arahan selain mereka sudah mula
memahami soalan dan akan mengajukan soalan kepada orang lain.

2.5 Peringkat 5 (Ucapan Bahasa)

Pada peringkat ini, usia kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak yang berusia 6
hingga 8 tahun. Pada peringkat ini, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah sangat
cepat dan kanak-kanak sudah boleh menggunakan bahasa secara simbolik. Pada usia
mereka memasuki 6 hingga 8 tahun, mereka ini akan mengeluarkan sehingga 25000 patah
perkataan dan ayat yang mereka tuturkan adalah ayat yang mudah. Perbendaharan mereka
juga berkembang dengan cepat.

5
3.0 CADANGAN AKTIVITI

Pelbagai aktiviti cadangan yang boleh dilaksanakan bersama kanak-kanak mengikut


peringkat umur dalam usaha memperkembangkan kemahiran bahasa kanak-kanak-kanak.
Termasuklah ;

BERCERITA

BERNYANYI

CADANGAN AKTIVITI KANAK-


KANAK PADA PERINGKAT 1
PEEK A BOO

MEMBACA

Peta Minda 2 : Cadangan Aktiviti Kanak-kanak Peringkat 1 (4 Minggu Awal, 2 – 3 Bulan, 4 –


6 Bulan, dan 7 – 11 Bulan)

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak adalah dicadangkan untuk melakukan aktiviti
bercerita, menyanyi, membaca dan melakukan aktiviti Peek A Boo atau dalam bahasa
Melayu Cak Kun Cak. Bagi kanak-kanak seusia seawal 4 minggu sehinggalah mencapai 11
bulan, aktiviti menyanyi, bercerita dan membaca bersama kanak-kanak adalah sangat baik
dalam usaha meningkatkan perkembangan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Kanak-
kanak seusia awal 4 minggu sehingga berusia 6 bulan, masih belum boleh mengeluarkan
perkataan dan mereka hanya mendengar bunyi. Pada peringkat ini, adalah sesuai untuk
bayi mendengar bunyi nyanyian, mendengar cerita untuk mereka mengecam bunyi dan
mereka akan cuba untuk meniru bunyi yang mereka dengar.

6
Seterusnya, apabila usia kanak-kanak sudah mencapai 7 hingga 11 bulan, cadangan
aktiviti boleh dilakukan adalah dengan bermain permainan Peek A Boo atau Cak Kun Cak
bersama kanak-kanak selain aktiviti membaca, bercerita dan menyanyi. Aktiviti ini akan
dilakukan bersama ibubapa atau sesiapa sahaja untuk memberikan satu nilai emosi yang
menyeronokkan kepada kanak-kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mudah untuk
mengecam bunyi dan bermain emosi bersama kanak-kanak. Bahasa mereka akan dapat
dikembangkan berdasarkan kepada interaksi dalam permainan dan aktiviti yang dilakukan
bersama mereka.

ACTION RHYMES

CADANGAN AKTIVITI KANAK-


KANAK PADA PERINGKAT 2

PUPPET / BONEKA

Peta Minda 3 : Cadangan Aktiviti Kanak-kanak Peringkat 2 (1 hingga 2 tahun)

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak adalah dicadangkan untuk melakukan aktiviti
Action Rhymes dan Bermain Puppet atau Boneka selain bercerita, menyanyi, membaca dan
sebagainya. Bagi kanak-kanak seusia 1 hingga 2 tahun, aktiviti Action Rhymes dan Bermain
Puppet atau Boneka bersama kanak-kanak adalah sangat baik dalam usaha meningkatkan
perkembangan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Action Rhymes akan dilakukan dengan
pergerakan dalam nyanyian atau puisi. Penggunaan lirik atau puisi yang mudah dalam
aktiviti ini akan menggalakkan perkembangan bahasa kanak-kanak dan ia akan
menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Permainan puppet atau boneka boleh dilakukan oleh kanak-kanak samada bersama
kumpulan, berpasangan ataupun secara individu. Hal ini akan membuatkan kanak-kanak
akan berinteraksi dengan rakan yang lain mahupun berinteraksi bersama boneka mereka. Ia
akan menggalakkan perkembangan bahasa kanak-kanak disebabkan interaksi dan

7
penggunaan kata yang banyak ketika bermain. Ia akan membantu dalam memperjelaskan
sebutan kanak-kanak dan sebagainya.

MAIN PERANAN

CADANGAN AKTIVITI
KANAK-KANAK PADA
PERINGKAT 3

MELUKIS

Peta Minda 4 : Cadangan Aktiviti Kanak-kanak peringkat 3 (2 hingga 3 Tahun)

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak adalah dicadangkan untuk melakukan aktiviti
Main Peranan dan Melukis selain beberapa aktiviti yang dicadangkan yang lain. Bagi kanak-
kanak seusia 2 hingga 3 tahun, aktiviti Main Peranan dan Melukis bersama kanak-kanak
adalah sangat baik dalam usaha meningkatkan perkembangan kemahiran berbahasa
kanak-kanak. Usia kanak-kanak pada peringkat ini mengalami perkembangan bahasa yang
sangat pesat dan mereka boleh dan gemar melakukan aktiviti Main Peranan. Kanak-kanak
akan disediakan ruang yang sesuai untuk aktiviti main peranan samada secara individu
mahupun bersama rakan-rakan yang lain. Mereka akan melakonkan watak kesukaan
mereka seperti Didi and Friends, Upin Ipin, Askar dan sebagainya. Melalui permainan aktiviti
ini, akan menggalakkan interaksi dan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Melukis dengan melakukan contengan bebas merupakan satu aktiviti yang


menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Selepas kanak-kanak selesai melukis, kita
akan meminta kanak-kanak untuk bercerita apa yang telah mereka lukis. Melalui aktiviti ini,
ia akan menggalakkan interaksi, imaginasi dan beberapa kemahiran yang lain terutamanya
perkembangan dalam kemahiran berbahasa kanak-kanak itu.

8
PICTURE TALK

CADANGAN AKTIVITI KANAK-


KANAK PADA PERINGKAT 4

THINK, PAIR & SHARE

Peta Minda 5 : Cadangan Aktiviti Kanak-kanak Peringkat 4 (3 – 4 tahun, 4 – 5 tahun, dan 5 –


6 tahun)

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak adalah dicadangkan untuk melakukan aktiviti
Picture Talk dan Think, Pair & Share selain beberapa aktiviti yang dicadangkan yang lain.
Bagi kanak-kanak seusia 3 hingga 6 tahun, aktiviti Picture Talk dan Think, Pair & Share
bersama kanak-kanak adalah sangat baik dalam usaha meningkatkan perkembangan
kemahiran berbahasa kanak-kanak. Untuk aktiviti picture talk, ia adalah sejenis aktiviti
bercerita kanak-kanak tetapi menggunakan gambar sebagai rangsangan idea berbahasa.
Gambar yang digunakan adalah dari gambar buku yang diminati oleh kanak-kanak ataupun
dari bahan yang yang lain mengikut kesesuaian. Untuk merangsang perkembangan itu, guru
atau ibubapa akan bertanya kepada kanak-kanak tentang gambar yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tersebut.

Manakala aktiviti Think, Pair & Share merupakan aktiviti untuk melihat kerjasama
kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah atau menjawab soalan mengenai bacaan yang
diberikan kepada mereka. Kemudian, kanak-kanak akan diberikan peluang untuk berfikir
dan bercakap tentang idea yang ingin mereka sampaikan. Untuk proses menguatkan
pemikiran kanak-kanak, kanak-kanak boleh diminta untuk melukis dan menulis idea yang
mereka ingin sampaikan.

9
TREASURE HUNT

CADANGAN AKTIVITI
KANAK-KANAK PADA
PERINGKAT 5

SIAPA SAYA?

Peta Minda 6 : Cadangan Aktiviti Kanak-kanak Peringkat 5 (6 hingga 8 Tahun)

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak adalah dicadangkan untuk melakukan aktiviti
Treasure Hunt dan Siapa Saya selain beberapa aktiviti yang dicadangkan yang lain. Bagi
kanak-kanak seusia 6 hingga 8 tahun, aktiviti Treasure Hunt dan Siapa Saya bersama
kanak-kanak adalah sangat baik dalam usaha meningkatkan perkembangan kemahiran
berbahasa kanak-kanak. Treasure Hunt merupakan aktiviti memburu harta karun.
Permainan ini akan diberikan petunjuk seperti perkataan yang ditulis pada kertas dan kertas
tersebut disembunyikan. Kertas yang dijumpai oleh kanak-kanak akan memberi petunjuk
untuk ke langkah seterusnya. Melalui aktiviti ini, selain kanak-kanak memahami arahan dan
soalan, ia meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Seterusnya aktiviti Siapa Saya adalah permainan meneka watak samada watak
katun, pekerjaan dan apa sahaja mengikut kesesuaian dan tema. Perkataan watak tersebut
akan dilekatkan samada pada bahagian belakang kanak-kanak ataupun bahagian depan.
Kemudian, kanak-kanak yang lain cuba untuk melakonkan watak tersebut untuk diteka oleh
kanak-kanak tersebut. Interaksi ini akan menggalakkan lagi perkembangan kanak-kanak
dari segi kemahiran bahasa.

10
4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah mengikut kepada


peringkat usia kanak-kanak dan aktiviti yang dirancang hendaklah sesuai dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang untuk kanak-kanak adalah bertujuan
untuk meningkatkan perkembangan bahasa mereka dalam usaha mencapai satu bentuk
kanak-kanak yang seimbang dari pelbagai sudut.

11
RUJUKAN

Fellowes, J. & Oakley, G. (2014). Language Literacy and Childhood Education. Melbourne :
Oxford University Press Australia.

Modul Bahasa Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Institut


Pendidikan Guru Malaysia : Kementerian Pendidikan Malaysia (November 2018)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Pendidikan Prasekolah, Dokumen


Standard Kurikulum Dan Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum :
Kementerian Pendidikan Malaysia.

12
LAMPIRAN

SLOT PENGAJARAN HARIAN

Kelas : TABIKA KEMAS Kg. Gaya (B), Pulau Gaya

Tarikh : 06 Mei 2019 Isnin

Masa : 8.20-8.50 (30 Minit)

Bilangan murid : 23 orang

Modul : Asas

Tema : Kawan saya

Tunjang Utama : Bahasa Melayu

Standard Kandungan : BM 2.2.Mengenal huruf abjad

Standard Pembelajaran : BM 2.2.2. Menyebut dan membunyikan huruf vokal

Kesepaduan Tunjang : Pm 9.1.2. Murid berani mencuba sesuatu tugasan yang


baru.

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat ,

1. Murid dapat mengenal huruf vokal.


2. Menyebut huruf vokal.

Pengetahuan Sedia ada : Murid sudah tahu menyebut A-Z

Kemahiran Berfikir : Menjana idea

Penerapan Nilai : Berani, yakin,

Bahan bantu Mengajar : Kad huruf vokal

Fokus MI : Intrapersonal

Kosa Kata : Vokal

13
LANGKAH-LANGKAH

Langkah Isi Pengajaran Aktiviti PNP Bahan


Set induksi Menyanyi lagu ABC Kanak-kanak menyanyi Carta lagu ABC
5 Minit lagu ABC sambil mnulis
huruf di udara.
Langkah 1 Mengenal huruf vokal -Guru menunjukkan kad Kad huruf vokal
huruf vokal kepada
8 minit Kad huruf vokal. kanak-kanak.Contoh Nilai: Berani
a,e,i,o,u a,e,i,o,u.
-Kanak-kanak menyebut
huruf vokal yang
ditunjukan secara
beramai-ramai,
berkumpulan dan
berpasangan
Langkah 2 Mewarna lembaran kerja huruf vokal -Kanak-kanak diberi MI:Intrapersonal
a,e,i,o,u lembaran kerja
12 minit -Kanak-kanak mewarna Lembaran kerja
huruf vokal
menggunakan warna
yang diberi.
Penutup 1. Murid menghantar lembaran kerja.
5 minit 2. Murid menerima pujian daripada guru

Refleksi :

14

Anda mungkin juga menyukai