Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Masa : 30 minit

Umur : 5 tahun

Standard kandungan : SA 3.4 Membuat penerokaan ke atas tumbuh-

tumbuhan

Standard pembelajaran : SA 3.4.7 Memerhati dan merekodkan proses percambahan dan


pertumbuhan biji benih.

KD 2.3.5 Menunjukkan kebolehan sendiri melalui pelbagai kaedah


komunikasi.

BM 3.2.4 Menyalin perkataan.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Murid dapat memerhati dan merekodkan proses


percambahan dan pertumbuhan biji benih dengan baik.
2. Murid dapat menunjukkan kebolehan sendiri melalui
pelbagai kaedah komunikasi dengan betul.
3. Murid juga dapat menyalin perkataan dengan betul.

Standard prestasi : Murid dapat memerhati dan merekodkan proses

percambahan dan pertumbuhan biji benih dengan

baik.

Kemahiran berfikir : Menganalisa dan penilaian.

Langkah aktiviti pelajaran :

1. Guru menanyakan kepada murid tentang apakah sayur yang


mereka sukai.
2. Guru mengeluarkan satu bekas yang berisi bijih benih kacang
hijau dan kapas serta satu bekas air lalu menunjukkan kepada
murid.
3. Guru bertanya kepada murid kebaikan apabila kita makan
sayur dan murid menjawabnya.
4. Lalu guru membuat demonstrasi dihadapan bagaimana cara-
cara untuk menanam pokok.
5. Guru memberikan setiap murid sebuah bekas,kapas, kacang
hijau dan air.
6. Guru memberi arahan kepada murid dan murid
melakukannya sambil dibimbing oleh guru dan guru
melakukan bersama-sama murid aktiviti tersebut.
7. Setelah selesai guru mengajak murid untuk meletakkan
bekasnya di luar kelas di “Taman sains”.
8. Guru bertanyakan semula kepada murid cara-cara untuk
menanam biji kacang hijau tersebut iaitu dengan meletakkan
kapas yang sudah diserap dengan air dan menyusun biji
kacang hijau pada kapas tersebut secara jarak-jarak.
9. Guru menyuruh murid untuk melihat setiap dua hari sekali
untuk memerhatikan pokok yang ditanam dan mencatatkan
pada buku perubahan yang berlaku.
10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

LEMBARAN KERJA

Namakan barang barang yang diperlukan dalam proses penanaman biji kacang hijau.
Nama :___________________________________

Lukiskan perubahan yang berlaku pada biji kacang hijau mengikut minggu.

Minggu 1 Minggu 2
Minggu 3 Minggu 4

Minggu 5 Minggu 6

Anda mungkin juga menyukai