Anda di halaman 1dari 4

Howard Gardner

Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti
Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang
mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan
orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan
dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa
beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang
dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini
berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa
pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada
kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam
bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya dalam
bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple
Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada
ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi
tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk
kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi
pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau
menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu
kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek
yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan
orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia
untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan
beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan
merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa
teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang
pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan
kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The
Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau
membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan
pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk
belajar secara tradisional.
Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti.
Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang
dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai
semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai “too narrow a notion of how the human mind
works.” Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk
pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan
manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang


kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah
diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah menjadi
pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam
mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya
bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap
individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini,
tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai sama
seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan
Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti
Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran
Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda
manusia seperti The Mind’s New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences,
Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk
yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang
mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia
menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan
mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya
yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau
mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian
masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan pengetahuan
tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah
boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang
penting kepada mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun
pada 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner,
setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner
menambahkan “Existential Intelligence” yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau
belum bersedia menerima “Spiritual Intelligence” sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan pelbagai.
Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang Puluwat yang
tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan
dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang
diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum
dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan
Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

3. Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai

3.1. Logikal Matematik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan
di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara
semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang
logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik
tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik
dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat
kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.

Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar
terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai
fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap
pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya,
saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

3.2. Spatial / Visual Ruang

Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan
dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis,
pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan
spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran.
Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta
bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan
individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan
kreatif.
Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang
dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung
untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam
jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami
gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu
yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta
mempunyai daya imaginasi yang kuat.

Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk
pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3. Linguistik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan
verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya
yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh.
Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka
cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan
dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai
ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan
keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan
individu.

Anda mungkin juga menyukai