Anda di halaman 1dari 4

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam
proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua
benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan
sebagainya .

Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu ;


i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii)Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
iii)Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman

Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik


1.Papan tulis
2.Buku teks
3.Papan Pamer
4.Fail tegak dan bahan bacaan
5.Gambar
6.Kad imbasan atau kad cantuman
7. Carta
8. Grafik
9. Papan pengajaran
10. Model
11. Boneka
12. Diorama
Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik
1.Overhead projektor (OHP )
2. Traspirensi
3. Slide
4.Radio
5. Televisyen dan VCR
6. Tayangan filem
7. Komputer

Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar


Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran. Ini
dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan murid-murid
secara langsung. Bahan daripada alam sekitar yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi terbahagi
kepada beberapa kumpulan seperti:

i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya


ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya
iii-tumbuhan seperti rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya
iv-benda hidup : ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima
daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan
lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat
banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia.

Rangsangan yang sukar diterima tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman.
Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan,
ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu
mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan
pengalaman.

Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan
bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para
pelajar.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau ‘
media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang
diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-
kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras
dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara
keseluruhannya.

Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran
itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah
boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.
Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria
pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran mestilah :,
I.Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar .
II.Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar
III.Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru
IV.Membantu memokuskan perhatian murid .
V.Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian

Anda mungkin juga menyukai